Tahsin Quran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

4.TAHSIN TILAWAH AL-QURAN (tajuk 2 :) 1.

. Buat RPH yg lengkap ttg p&p al-quran dlm tulisan jawi dan rakam p&p tersebut. (tajuk 2 :) 1. Catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan perkataan tartil ketika mentafsirkan ayat 4 surah al-Muzzammil. m/s 28 2. Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan hikmah hukum ro yang boleh di baca dua wajah di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan m/s 33. 3. Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad berikut : mad wajib, mad lazim , mas jaiz , mad farq , mad tamkin dan mad tazim m/s 36. 4. Senaraikan waqaf-waqaf Jibril yang disepakati yang terdapat di dalam al-Quran dan kenapakah di tempat-tempat tersebut kita disunnahkan Waqaf m/s 37. 5. Cari dan senaraikan susunan lagu-lagu tarannum yang popular di Malaysia m/s 47. (tajuk 3 : m/s 85) 1. Bezakan antara Hamzah Wasal dan Hamzah Qata` 2. Nyatakan cara penulisan huruf Hamzah ketika berada di tengah-tengah kalimah. 3. Apakah hikmah perbezaan kedudukan Hamzah dalam kalimah-kalimah al-Quran Jawapan Tajuk 2 1. Pendapat Ahli Tafsir Tentang Perkataan Tartil Dalam Ayat 4 Surah Muzammil Selain dari mengerjakan sembahyang malam itu, baik dua pertiga malam, atau separuh malam ataupun sepertiga malam, dan itu terserah kepada kekuatan mengerjakannya, hendaklah pula al-Quran yang telah diturunkan kepada engkau itu, selalu engkau baca dengan perlahan-lahan. Jangan dibaca dengan tergesa-gesa. Biar sedikit terbaca, asal isi kata-kata al-Quran itu masuk benar ke dalam hatimu dan engkau fahamkan dengan mendalam. Menurut sebuah Hadis yang dirawikan oleh Bukhari dan Anas bin Malik, ada ditanyakan kepada Anas bagaimana cara Nabi s.a.w. membaca al-Quran. Lalu Anas memberikan keterangan bahwa Nabi bila membaca al-Quran ialah dengan suara tenang panjang, tidak tergesa terburu. Anas membuat misal kalau Nabi membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim, Bismillah beliau baca dengan panjang, Arrahman dengan panjang dan Arrahim dengan panjang pula. Dan menurut riwayat Ibnu Juraij yang diterima dari Ummi Salamah, isteri Rasulllah, kalau beliau membaca surah al-Fatihah, tiap-tiap ayat yang beliau baca seayat demi seayat dengan terpisah. Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Beliau berhenti lalu beliau baca Alhamdulillahi Rabbil Alamin, demikian pula seterusnya. Sebab itu tidaklah beliau membacanya dengan tergesa -gesa bersambung-sambung tiada perhentian (washal). Itulah contoh teladan daripada Nabi s.a.w. sendiri di dalam hal membaca al-Quran. Malahan beliau anjurkan supaya dilagukan membacanya. Bahkan beliau suruh baca dengan perasaan sedih, seakan-akan hendak menangis, supaya dia lebih masuk ke dalam jiwa. Abu Musa al-Asyari ketika beliau dengan bagus bacaan Qurannya, beliau puji dan beliau katakan; Suaramu laksana bacaan Mazmur Nabi Daud. Karena Nabi Daud terkenal keindahan suara beliau ketika munajat kepada Allah dengan Mazmurnya yang terkenal. Abdullah bin Masud, sahabat Rasulullah s.a.w. memberi ingat kalau membaca al-Quran jangan tergesagesa, jangan terburu-buru, bahkan bacalah dengan perlahan, jangan sebagai mendendangkan syair. Kalau bertemu dengan keajaibannya berhentilah sejenak merenungkannya, dan gerakan hati untuk

memperhatikannya. Oleh sebab itu bertalilah rupanya di antara kedua ibadat ini, yaitu sembahyang malam dengan membaca al-Quran dengan tartil. Dan itu pun lebih dianjurkan lagi oleh Nabi jika bulan Ramadhan; di samping mengerjakan shalatul lail (sembahyang malam, tarawih) dianjurkan pula membaca al-Quran dengan tartil, supaya jiwa lebih kuat dan hati bertambah dekat kepada Tuhan, sehingga apa yang kita mohonkan kepada Tuhan akan mudah dikabulkan

2. Hukum ro yang boleh dibaca dua wajah bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian :
1) Bahagian Pertama Ro yang boleh dibaca secara tafkhim & tarqiq akan tetapi tarqiq lebih utama. Bahagian ini dibahagikan kepada 4 jenis : 1.1. Huruf Ro yang diwaqafkan dengan sukun dan selepasnya huruf ya yang dihazaf untuk mering ankan bacaan .Terdapat hanya dua kalimah didalam Al Quran iaitu : ( ) yang didahului dengan huruf wau, dan ( ) . Ditarqiqkan pada kedua-duanya ini kerana melihat kepada asal iaitu huruf ya yang dihazaf untuk meringankan bacaan dan dan melihat ketika dibaca wasal bahawa ianya ditarqiqkan kerana berbaris kasrah maka berlakunya keadaan waqaf sebagaimana wasal.Adapun ianya dibaca dengan tafkhim bukan kerana melihat kepada asal dan bacaan wasal , akan tetapi dikira dengan sesuatu yang mendatang iaitu waqaf dengan sukun bersama-sama dihazafkan huruf ya. 1.2. Huruf Ro yang diwaqafkan dengan sukun dan selepasnya huruf ya yang dihazaf dengan sebab bina ( Hazaf huruf illah iaitu ya).Terdapat hanya satu kalimah sahaja iaitu : ( ) sama ada didahului dengan huruf fa atau ( ) . Ditarqiqkan pada kedua-duanya ini kerana melihat kepada asal iaitu huruf ya yang dihazaf dengan sebab bina dan dan melihat ketika dibaca wasal bahawa ianya ditarqiqkan kerana berbaris kasrah maka berlakunya keadaan waqaf sebagaimana wasal .Adapun ianya dibaca dengan tafkhim bukan kerana melihat kepada asal dan bacaan wasal , akan tetapi dikira dengan sesuatu yang mendatang iaitu waqaf dengan sukun bersama-sama dihazafkan huruf ya. 1.3. Huruf Royang diwaqafkan dengan sukun dan sebelum huruf ro itu terd apat huruf mati daripada huruf istila dan sebelum huruf mati terdapat huruf yang berbaris bawah dan jika dalam keadaan wasal berbaris bawah. Terdapat hanya satu tempat di dalam Al-Quran iaitu: ( ) Ditarqiqkan bacaan ini kerana melihat kepada tarqiqnya ro itu apabila dibaca secara wasal dan dilihat juga kepada kasrah yang ada sebelum huruf sakin daripada huruf istila (huruf tho) dengan mengabaikan pandangan terhadap huruf sakin istila yang berada di tengah -tengah huruf itu. Adapun ianya dibaca dengan tafkhim kerana dikira dengan sesuatu yang mendatang iaitu waqaf dan tidak dikira dengan wasal. Dianggap juga huruf sakin yang berada di antara dua kasrah iaitu huruf tho sebagai benteng untuk mencegah daripada dibaca secara tarqiq. Ini kerana huruf tho merupakan salah satu huruf istila yang kuat. 1.4. Ro mati di tengah kalimah selepas huruf yang berbaris bawah asal dan selepasnya terdapat huruf

istila yang juga berbaris bawah dalam satu kalimah tersebut. Terdapat hanya satu lafaz di dalam AlQuran iaitu: ( ) Ditarqiqkan pada bacaan ini kerana melihat kepada kasrah yang ada sebelumnya dan bukan melihat kepada huruf istila yang ada selepasnya dengan sebab huruf istila itu berbaris bawah. Baris kasrah menjadikan huruf istila itu pada martabat yang lemah untuk ditafkhimkan ro, maka di sini tarqiq ro lebih sesuai. Adapun ianya dibaca dengan tafkhim kerana melihat kepada huruf istila selepasnya dan bukan melihat kepada baris kasrah yang berada sebelumnya dan juga bukan melihat k epada huruf istila yang berbaris bawah.

3. Mad Mad pada bahasa bererti pertambahan. Pada istilah mad diertikan memanjang suara melalui salah satu huruf mad atau huruf-huruf lin. Dalil bacaan mad terdapat melalui hadith nabi yang diriwayatkan oleh ibnu Masud di mana seorang lelaki membaca ayat 60 surah al-Taubah tanpa bacaan mad.

Huruf mad ada tiga iaitu alif wau dan ya tetapi dengan syarat-syarat berikut; pertama alif yang didahului oleh baris fathah, kedua wau sakinah yang didahului baris dommah dan ketiga ya sakinah yang didahului baris kasrah. Contoh bagi keadaan-keadaan mad tersebut terdapat pada kalimah " ", manakala huruf lin terdapat dua iaitu wau dan ya yang berkehendakkan syarat-syarat ; wau sakinah didahului baris fathah dan ya sakinah yang didahului baris fathah seperti contoh-contoh "

" .

Pembahagian mad. Mad terbahagi dua mad asli dan mad farei. Mad asli iaitu mad yang terjadi dengan sebab utama mad iaitu kewujudan huruf mad. Ia juga dikenali mad tabie dan mad zati. Mad asli terbahagi kepada dua pula iaitu mad asli harfi atau mad asli thunai. Ia hanya terdapat di huruf-huruf tertentu pembukaan surah yang dikumpulkan dalam ungkapan " mad asli kalimi atau mad asli mutlak seperti contoh sebelum ini.

". Mad asli kedua ialah

Mad farie pula terhasil daripada sebab kewujudan hamzah atau sukun yang mengiringi hurufhuruf mad atau lin. Ia juga dikenali dengan nama mad mazidi. Terdapat tiga jenis yang terhasil dengan sebab kewujudan hamzah. Mad-mad itu ialah mad wajib muttasil, mad jaiz munfasil dan mad badal. Mad arid lissukun, mad lin dan mad lazim pula terhasil daripada kewujudan sukun.

Jenis mad akibat kewujudan hamzah.


Mad disebabkan hamzah

Mad wajib muttasil

Mad jaiz munfasil

Mad badal

Mad wajib muttasil. Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam satu kalimah sama ada ketika bacaan wasal atau ketika waqaf. Mengikut imam Asim riwayat Hafs torik Syatibi wajib dibaca 4 atau 5 harakat ketika bacaan wasal dan harus dibaca 6 harakat ketika waqaf. Ketiga contoh bagi hukumnya terdapat pada kalimah-kalimah "

".

Mad jaiz munfasil. Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika bacaan wasal sahaja. Hukumnya mengikut imam Asim riwayat Hafs torik Syatibi harus dibaca 4 atau 5 harakat ketika wasal dan hanya dibaca dua harakat ketika waqaf. Contohnya terdapat pada kalimah "

".

Mad badal. Ia terjadi apabila hamzah mendahului huruf mad dengan syarat tiada hamzah atau sukun selepas huruf mad tersebut. Ia juga digelar mad badal asli. Mengikut riwayat Hafs torik Syatibi ia dibaca dua harakat. Contoh-contohnya terdapat pada kalimah-kalimah "

".

Jika huruf mad terdapat selepas huruf hamzah asli ia dinamakan mad syabih bil badal.

Contonya ialah ".

Mad disebabkan sukun

Mad arid lilsukun

Mad lin

Mad lazim

Mad arid li al-sukun. Ia terjadi apabila huruf mad bertemu sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf sahaja. Bacaannya harus 2,4 dan 6 harakat.

Mad lin. Ia terjadi apabila huruf lin bertemu dengan sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf sahaja. Ia harus dibaca 2 , 4 atau 6 harakat.

Mad lazim. Secara am mad lazim terbahagi kepada dua kategori kalimi dan harfi. Mad lazim kalimi apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam kalimah-kalimah al-Quran dan mad lazim harfi berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli pada huruf-huruf pembukaan (fawatih) alQuran. Setiap mad lazim harfi dan kalimi terbahagi kepada dua bahagian pula iaitu muthaqqal dan mukhaffaf. Maksud muthaqqal ialah huruf sukun selepas huruf mad diidghamkan ke dalam huruf selepasnya manakala mukhaffaf ialah huruf sukun selepas huruf mad tidak diidghamkan ke dalam huruf selepasnya.

Mad-mad farie yang lain.

Mad shilah. Terjadi ketika membaca wasal pada ha domir yang berada di antara dua huruf berbaris dan ia terbahagi dua iaitu qosirah dan towilah. Mad silah qosirah ialah apabila ha domir mendahului huruf hijaiyyah selain daripada hamzah. Ia dibaca 2 harakat ketika wasal dan ketika waqaf dimatikan ha domir tersebut. Mad silah towilah pula ialah apabila ha domir mendahului hamzah. Mengikut riwayat Hafs torik Syatibi ia dibaca 4 atau 5 harakat ketika wasal dan apabila waqaf ia dimatikan.

Mad tamkin. Apabila berhimpun dua huruf ya dengan syarat ya yang pertama bertasydid dan berbaris kasrah dan ya kedua sukun.

Mad iwad. Ia terjadi apabila waqaf pada huruf bertanwin mansub kecuali ta marbutoh. Bacaannya 2 harakat kerana ia mad tabie yang terjadi ketika waqaf.

Mad faraq. Ia terjadi apabila hamzah wasal yang berada sebelum lam tarif dimasuki hamzah istifham. Ia sebahagian daripada mad lazim kalimi sama ada muthaqqal dan mukhaffafah.

Mad tazim Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu hamzah pada kalimah "". Hukumnya harus dibaca 4 atau 5 harakat kerana ia sebahagian daripada mad jaiz munfasil.

Mad tabriah.

Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu dengan huruf hijaiyyah selain daripada hamzah. Hukumnya wajib dibaca 2 harakat kerana ia sebahagian daripada mad asli. 4. 5. Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia Bil. Jenis Lagu/Tarannum Catatan
1. Bayyati - Soba - Hijaz - Nahwand dan Rast 2. Bayyati - Hijaz - Nahwand - Rast dan Sikah 50% Qari dan Qariah mengamalkan kedua-dua bahagian ini. 3. Bayyati - Nahwand - Rast - Sikah dan Jiharkah 30% Qari dan Qariah mengamalkan bahagian ini. 4. Bayyati - Soba - Nahwand - Rast dan Sikah 15% Qari dan Qariah mengamalkan bahagian ini. 5. Bayyati - Iraqi - Hijaz - Sikah dan Rast 5% Qari dan Qariah mengamalkan bahagian ini

Jawapan Tajuk 3
1.PENGERTIAN HAMZAH QATHA Hamzah Qatha berupa Hamzah yang selalu diucapkan dengan ber -harkah fathah, dhammah atau kasrah. Tidak gugur pengucapannya baik di awal permulaan kalimat atau ditengah-tengah kalimat. Dan tidak gugur sekalipun berada diantara dua kalimah yang tersambung. tertulis di atas Alif bilamana berharkah fathah atau dhammah, dan dibawah Alif bilamana berharkah kasrah. Bentuknya seperti bentuk kepala Ain (). Hamzah Qatha terdapat pada selain kategori kalimah-kalimah yang telah disebutkan diatas sebagai Hamzah washal. baik pada kalimah Fiil, Kalimah Isim dan Kalimah Huruf.

PENGERTIAN HAMZAH WASHAL Hamzah Washal berupa Hamzah secara pengucapan dan berupa Alif secara tulisan. Diucapkan ketika menjadi permulaan saja. dan gugur ketika berada pada tengah-tengah penuturan kalimat, sekiranya didahului oleh satu huruf atau satu kalimah. Hamzah Washal adalah Hamzah zaidah berfungsi sebagai perantara atau penyambung kepada pengucapan huruf mati atau sukun yang berada setelahnya. Hamzah Washal terdapat pada kalimah fiil, kalimah isim maupun kalimah huruf.

You might also like