Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Konsep Sekolah Wawasan.

Sekolah Wawasan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara. Jika dilihat dari segi konsepnya, sekolah yang diwujudkan dahulu terasing antara satu sama lain tetapi kini akan disatukan dalam sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat untuk menghasilkan rakyat yang mempunyai semangat baru bagi meneruskan wawasan negara. Sekolah wawasan merupakan pengelompokan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil dalam satu kawasan yang sama(Ramlan Abd. Wahab, 2000; 22). Pengelompokan ini tidak akan menyebabkan perubahan kepada struktur organisasi dan pentadbiran setiap sekolah, khususnya para guru dan kakitangan, dan peruntukan kewangan dari Kementerian Pendidikan Malaysia . Pihak pentadbir Sekolah Wawasan juga bebas melaksanakan perancangan pembangunan pendidikan masing- masing. Oleh sebab sekolah-sekolah ini terletak di dalam satu kawasan yang sama, maka kemudahan-kemudahan infrastruktur yang disediakan seperti kantin, padang permainan, kawasan perhimpunan, laluan dan sebagainya dikongsi bersama (Ramlan Abd. Wahab, 2000: 22). Sebenarnya konsep Sekolah Wawasan telah pun dipersetujui oleh Kabinet pada 1997 berikutan wujudnya kesedaran di kalangan para pemimpin negara betapa pentingnya perpaduan kaum dipupuk di peringkat yang lebih awal. Sekolah Wawasan Lurah Bilut merupakan sekolah perintis bagi merealisasikan hasrat tersebut. Pembukaan Sekolah Wawasan Larah Bilut timbul berikutan permintaan penduduk tempatan yang terdiri darip ada, bangsa Melayu, Cina dan India (Ramlah Abd. Wahab, 2000: 23). Sekolah ini didirikan di atas tanah seluas 10 ekar tanpa dipisahkan oleh sempadan dan pagar. Ini bermakna murid-murid di ketiga - tiga buah sekolah (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Kebangsaan) mempunyai peluang berinteraksi sesama mereka. Guru juga harus memberi motivasi dalam menjayakan program Sekolah Wawasan seperti menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar bagi melahirkan semangat toleransi antara kaum. Seandainya dilihat daripada strategi kerajaan, pelaksanaan konsep Sekolah Wawasan merupakan kesinambungan daripada matlamat Wawasan 2020 iaitu mengintegrasikan menyatu padukan masyarakat pelbagai kaum. Sesebuah negara yang membangun bukan sahaja perlu mempunyai pendapat per kapita yang setanding dengan negara maju, malah perlu merangkumi pencapaian negara dalam semua aspek, iaitu integrasi sosial, tahap ekonomi, keadila n sosial, kestabilan politik dan kejayaan dalam memajukan kualiti kehidupan rakyat daripada aspek sosial serta aspek rohaniah. Di samping itu, keyakinan dan kebanggaan terhadap pencapaian negara juga perlu dipupuk di kalangan rakyat. Kerajaan Malaysia sejak dahulu lagi sedar bahawa perpaduan antara kaum yang berbilang bangsa dan agama perlu dipraktikkan bagi menjamin kesejahteraan dalam negara.

Pendidikan merupakan pendekatan terbaik bagi merealisasikan matlamat penyatuan kaum. Kerajaan berhasrat untuk membentuk bangsa Malaysia yang sudah pasti akan menghapuskan jurang perkauman dan seterusnya mewujudkan satu budaya bangsa Malaysia yang pelbagai agar memupuk keharmonian masyarakat sejagat. Keharmonian akan menyediakan satu platform untuk kerajaan mengagihkan hasil produk negara tanpa mengira kaum. Kemajuan dalam bidang ekonomi tidak,hanya bergantang kepada bidang itu sendiri, malahan banyak bergantung kepada bidang sosial. Kekukuhan sistem sosial menjadi alat pemangkin utama dalam mencapai kesejahteraan bidang yang lain. Konsep Sekolah Wawasan merupakan kaedah yang terbaik bagi merealisasikan integrasi kaum dan menghapuskan tembok pemisah serta mengurangkan jurang yang wujud antara pelbagai kaum di negara kita. Sama ada disedari ataupun tidak, dengan membiarkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan terus wujud dalam bentuknya yang asal akan menyebabkan proses integrasi dan asimilasi terbantut. Konsep Sekolah Wawasan harus dilihat dari perspektif yang positif iaitu satu alternatif untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dan bukannya bertujuan untuk menghapuskan identiti sesuatu kaum serta menghilangkan terus Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK). Sebagai sebuah negara yang sudah mencapai kemerdekaan selama 57 tahun, masyarakat Malaysia seharusnya sudah menyaksikan sebuah generasi yang bangga mengidentifikasikan dirinya sebagai bangsa Malaysia. Sebaliknya yang berlaku ialah masih ada lagi rakyat Malaysia yang merujuk dirinya mengikut pengenalan keturunan dan kaumnya. Melalui Sekolah Wawasan, interaksi secara langsung oleh murid- murid yang terdiri daripada pelbagai keturunan akan menjayakan matlamat perpaduan antara kaum. Konsep Sekolah Wawasan ini juga begitu bersesuaian dengan pepatah Melayu yang mengatakan "Melentur Buluh Biarlah Daripada Rebung. Pendedahan pada peringkat awal (muridmurid sekolah rendah) adalah yang paling sesuai. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan bertanggungjawab menyediakan garis panduan program bagi membantu. Sekolah Wawasan mencapai matlamatnya. Jika dilihat dari aspek perpaduan antara kaum di Malaysia, ketegangan kaum yang pernah wujud di kalangan masyarakat timbul daripada sikap prejudis serta perasaan curiga mencurigai sesama mereka. Masalah ini timbul apabila kurangnya interaksi antara masyarakat pelbagai kaum. Proses asimilasi budaya kurang wujud apabila anak- anak dibesarkan tanpa pendedahan tentang budaya kaum lain melalui pengasingan tempat pendidikan serta institusi awam yang lain. Sikap para pelajar Cina dan India Yang mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan dan yang bercampur gaul dengan~pelajar Melayu adalah berbeza dengan para pelajar Cina dan India Yang tidak mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan serta bercampur dengan pelajar Melayu. Pelajar Cina dan India Yang bersekolah di sekolah kebangsaan didapati lebih bersikap terbuka dan mampu mewujudkan suasana harmoni dan hormatmenghormati antara satu sama lain. Agenda nasional iaitu penyatuan masyarakat pelbagai kaum tidak harus diberi tanggapan sebagai ugutan untuk menghapuskan identiti sesuatu kaum. Semua pihak harus memberi sokongan terhadap usaha kerajaan dalam menjayakan proses penyatuan pelbagai kaum.

You might also like