Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Langkah-langkah sebelum, semasa & selepas Aktiviti mendengar

Guru perlu merancang aktiviti P&P untuk memastikan kelicinan dan keberkesanannya. Perancangan boleh dijalankan berdasarkan tiga peringkat:

Pramendengar (sebelum)

Semasa mendengar (semasa)

Selepas mendengar (selepas)

Peringkat Pramendengar

Guru memberi tugasan/soalan kepada murid dahulu, sebelum mereka mula mendengar Guru memberi gambaran menyeluruh tentang apa yang hendak diperdengarkan. Guru turut memberi arahan yg jelas tentang tugasan dan pastikan bahan rangsangan berkeadaan baik dan mencukupi. Akhir sekali, guru pastikan murid bersedia untuk mengikuti aktiviti

Peringkat semasa mendengar

Guru memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan. Sebarang gangguan guru perlu atasinya.

Peringkat selepas mendengar

Guru menghuraikan apa-apa yang ditimbulkan oleh murid dalam bahan rakaman yang menyulitkan pemahaman mereka. Guru turut beri penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu. Guru juga memastikan murid menyempurnakan tugasan dan melakukan pengukuhan. Selepas itu, guru menjalankan aktiviti tindakan susulan.

Pengajaran kemahiran mendengar ini hendaklah digabungjalin dengan satu atau lebih kemahiran bahasa yang lain. # Contohnya, kemahiran mendengar digabungjalinkan dengan kemahiran bertutur

You might also like