Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Pengajian Am 2012 (Karangan)

Bentuk Laras
Karangan laras Sains idea yang diberi mestilah Laras Sains sahaja. Karangan Laras Sastera idea yang diberi mestilah laras Sastera sahaja.

Kaedah memahami setem soalan


Setem Awal Ayat selepas setem awal sangat penting.
Contoh : Bincangkan kepentingan satelit dalam pelbagai aspek di negara kita.

Setem Tengah Ayat selepas setem sangat penting, sementara ayat sebelum setem tidak penting.

Contoh : Pelancaran satelit membawa banyak kebaikan dalam pelbagai aspek. Bincangkan keburukan yang wujud kesan pelancarannya.

Setem Akhir Semua ayat sebelum setem sangat penting. Contoh : Pelancaran satelit membawa banyak kepentingan, namun kewujudannya juga membawa masalah. Bincangkan

Aliran Soalan
Satu Aliran - (4+0) Contoh : Masalah kepupusan floran dan fauna amat membimbangkan kita. Huraikan punca yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut. (Punca)

Dua Aliran - (2+2) Contohnya : Masalah kepupusan flora dan fauna berpunca daripada pelbagai faktor. Namun masalah ini dapat diatasi dengan pelbagai cara. Bincangkan. (Punca dan Langkah)

Tiga Aliran - (1+1+2)@(2+1+1)@(1+2+1)


Contoh :Masalah kepupusan flora dan fauna berlaku disebabkan oleh pelbagai penentu. Kepupusannya telah menimbulkan pelbagai masalah. Namun pelbagai langkah boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Bincangkan. (Punca, kesan dan langkah)

Empat Aliran (1+1+1+1) Contoh :Kewujudan flora dan fauna membawa pelbagai kepentingan. Kepupusannya disebabkan oleh pelbagai faktor penentu. Malah kepupusannya telah meningkatkan pelbagai impak. Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kepupusannya. Bincangkan. (kepentingan, punca, kesan dan langkah)

Bentuk Soalan
Soalan Terbuka Contoh : Bincangkan kebaikan dan keburukan proses pembandaran? (Kebaikan dan keburukan proses pembandaran)

Soalan Separa Terbuka Contoh : Bincangkan kebaikan dan keburukan proses pembandaran kepada alam sekitar. (Kebaikan dan keburukan proses perbandaran kepada alam sekitar)

Soalan Tertutup. Contoh : Proses perbandaran membawa kebaikan kepada sumber pendapatan negara, namun proses ini juga meninggalkan kesan kepada flora. Bincangkan. (sumber pendapatan negarakesan kepada flora)

Soalan idea percuma dan 3 idea difikirkan (1+3) Contoh : Proses pembandaran merupakan faktor utama pencemaran alam sekitar, namun masih terdapat faktor lain yang menyebabkan masalah pencemaran meningkat di negara kita.

You might also like