Folio Batik Tingkatan 3 2013

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 42

a) Orang Sumber

Nama : Helmi Al-Mukqriz Dek (Pekerja di Kilang Batik Fauzi). Umur : 28 tahun. Masa : 1 petang hingga 5:00 petang. Tarikh : 19 April 2013

Transkripsi Perbualan Bersama Encik Hemli Al-Mukqriz Dek

Balqis : Assalamualaikum Encik, saya Raja Balqis Sofiah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai, ingin menemu ramah encik mengenai perusahaan encik iaitu batik bagi menjalankan kerja kursus yang telah ditugaskan. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana encik sudi meluangkan masa bersama saya. Encik Helmi : Waalaikummussalam, Balqis. Sama-sama. Ia tidak menjadi masalah bagi saya. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kerana Encik Fauzi, iaitu pemilik kilang ini tidak dapat hadir pada temu bual ini. Jadi saya, Encik Helmi iaitu pekerja di sini, menggantikan tempatnya hari ini. Balqis : Ohh, tidak mengapa. Kalau begitu, boleh encik ceritakan sedikit tentang sejarah kewujudan Kilang Batik Fauzi ini? Encik Helmi : Sebenarnya Kilang Batik Fauzi merupakan syarikat seratus-peratus bumiputera yang beroperasi di Lot 27866, Jalan Besar, Kg. Ulu Chemor, 31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan. Aktiviti utama syarikat ini ialah di dalam proses pembuatan dan pengeluaran batik. Pengeluarannya merangkumi di sektor kerajaan dan swasta. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 22 April 2001. Balqis : Berapakah modal untuk menubuhkan perusahaan ini? Encik Helmi : Modal pertama kami adalah RM 100 ribu. Manakala modal untuk peralatan membuat batik , RM 25 000. Ketika itu kami hanya membeli peralatan membuat batik yang murah-murah dan senang didapati. Apabila keuntungan semakin meningkat, barulah kami menukarkannya kepada peralatan yang lebih canggih dan tahan lama.

Balqis : Apakah keistimewaan kraftangan batik Kilang Batik Fauzi ini ? Encik Helmi : Keistimewaannya ialah, kami menjual corak batik yang paling terkenal iaitu batik tulis tangan. Balqis : Adakah Kilang Batik Fauzi ini ada cawangan di kawasan lain? Encik Helmi : Cawangan kami hanya di sini sahaja. Balqis : Boleh encik terangkan sedikit berkenaan cawangan Kilang Batik Fauzi ini di Chemor? Encik Helmi : Cawangan kami di sini mendapat banyak sambutan. Semua jenis golongan seperti cina, india dan melayu amat menggemari batik kami. Balqis : Adakah encik Fauzi mempunyai masalah ketika hendak menubuhkan syarikat ini ? Encik Helmi : Sudah semestinya. Masalah yang sering dihadapi ialah masalah pemasaran dan kekurangan pekerja. Keluarga encik Fauzi mendapat permintaan yang tidak konsisten dan saingan daripada peniaga lain. Balqis : Berapakah bilangan pekerja yang terdapat di kilang ini ? Encik Helmi : Pekerja yang terdapat di kilang ini ialah 10 orang. Balqis : Apakah corak batik yang dijual di sini selain batik tulis tangan? Encik Helmi : Di sini, kami hanya membuat batik tulis tangan kerana masa yang diperlukan untuk menyiapkan batik ini hanyalah 1 jam. Balqis : Sekian sahaja temu bual pada hari ini. Terima kasih di atas informasi yang diberikan oleh Encik. Semoga perniagaan Encik membangun dengan jayanya.

Encik Helmi : Sama-sama.

Disediakan oleh,

(Raja Balqis Sofiah binti Raja Salehhuddin) 3 Ceria.

b) Melawat Tempat Kajian Tarikh Lawatan : 19 April 2013 Masa : 1:00 petang hingga 5:00 petang Tempat : LOT 27866, Jalan Besar, Kg. Ulu Chemor 31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan.

c) Internet

https://www.facebook.com/KilangBatikFauzi

http://fauzibatik.blogspot.com/2007/10/kilang-fauzi-batik.html

http://batik-warisananggun.com/

d) Buku Nama buku : Buku Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 4 & 5 (OXFORD FAJAR) Penulis : Azimah A. Samah Zailani Yaacob Tarikh diterbitkan : 2004 Alamat : Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

TAJUK KAJIAN

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Isi Kandungan Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian 1.0 Maklumat Asas 1.1 Nama/ Jenis Kegiatan Ekonomi 1.2 Sejarah/ Asal-usul Kegiatan Ekonomi 1.3 Lokasi/ Tempat Kajian 1.4 Pihak yang mengusahakan/ individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan 2.0 Latar Belakang 2.1 Tujuan dijalankan 2.2 Proses/ Cara Pelaksanaan 2.3 Peralatan/ Kaedah yang digunakan 2.4 Produk yang dihasilkan 2.5 Tempat/ Kawasan (bengkel/ keluasan tanah DLL) 2.6 Kos Pengendalian (pilih mana-mana 4 aspek sahaja) 3.0 Sumbangan/ Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat 3.1 Status Keluarga/ Mobiliti Sosial 3.2 Identiti Keluarga/ Kawasan 3.3 Sumber Pendapatan 3.4 Penerusan Tradisi Keluarga 3.5 Memenuhi Permintaan 3.6 Pembangunan kawasan setempat 3.7 Hubungan Kemasyarakatan 3.8 Industri Hiliran 3.9 Prasarana/ Rangkaian Perniagaan 3.10 Pelancongan 3.11 Peluang Pekerjaan (pilih mana-mana 4 aspek sahaja) 4.0 Prospek 4.1 Cabaran/ Kekangan yang dihadapi

Muka surat

7. 8. 9.

4.2 Penglibatan pihak luar/ galakan kerajaan atau swasta 4.3 Reaksi/ penerimaan masyarakat 4.4 Saranan dan harapan (pilih mana-mana 4 aspek sahaja) Rumusan Lampiran Rujukan

PENGHARGAAN Selamat Sejahtera. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai, Tuan Haji Suriahidayat bin Mohd kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar. Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya Encik Vijayakumar kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana membantu saya dari segi kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan.

OBJEKTIF KAJIAN Mengkaji dan meneliti latar belakang sistem ekonomi tradisional di Malaysia. Mengkaji dan menyelidik perihal pengeluaran hasil kraftangan di negara kita. Meneliti kaedah, cara kajian lapangan dijalankan terutama dari segi prosedur dan langkah bagi menghasilkan kajian bercorak tempatan. Menentukan faedah pengeluaran di negara ini dari segi ekonomi dan sosial. Menentukan jangka masa depan dan permasalahan kraftangan tradisional di negara kita.

KAEDAH KAJIAN Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2013 . Maklumat adalah seperti di bawah.

1.

Kaedah kajian membaca buku ilmiah. Saya merujuk beberapa buku ilmiah di

perpustakaan sekolah bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan berkaitan dengan tajuk kegiatan ekonomi tradisional kraftangan batik di Malaysia. 2. Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara berkaitan dengan

tajuk kajian. Kaedah kajian ini agak mudah kerana ianya dapat dilakukan pada bila-bila masa dan mempunyai banyak sumber yang diperlukan.

3.

Kaedah Melawat Tempat Kajian saya praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut

berkaitan huraian kajian kerja kursus ini. Saya telah melawat tempat kajian saya iaitu di Lot 27866, Jalan Besar, Kg. Ulu Chemor, 31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan.

4.

Kaedah seterusnya ialah dengan merujuk tajuk kajian pada akhbar dan majalah. Saya merujuk pada akhbar dan majalah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kraftangan batik.

1. Maklumat Asas - Nama/jenis kegiatan ekonomi Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah kraftangan batik yang diusahakan oleh Encik Mohd Fauzi bin Zainal Abidin. -Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi Syarikat ini telah ditubuhkan pada 22 April 2001. Penubuhan Kilang Batik Fauzi adalah bagi menyahut seruan kerajaan dalam usaha membentuk usahawan bumiputera yang berdaya saing dengan bantuan serta kerjasama badan kerajaan dan swasta. Walaupun banyak saingan dari syarikat-syarikat lain, Kilang Batik Fauzi mampu memberi persaingan sihat kepada syarikatsyarikat lain bagi menceriakan dunia perniagaan yang makin mencaba ini, terutama di dalam industri pembuatan berasaskan kraftangan. -Lokasi/tempat kajian Lokasi atau tempat kajian ini dijalankan ialah di Lot 27866, Jalan Besar, Kg. Ulu Chemor 31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan. -Pihak yang mengusahakan/individu/kelompok masyarakat yang mengusahakan. Kraftangan batik ini turut juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di sekitar rumah mereka untuk tujuan yang sama seperti Encik Mohd Fauzi bin Zainal Abidin. Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Mohd Fauzi bin Zainal Abidin kerana beliau merupakan

antara orang yang lama terlibat dengan kraftangan batik di kampung ini selain jarak rumahnya dengan rumah saya yang berdekatan bagi membuat kajian kerja kursus ini.

2 Latar Belakang -Tujuan Dijalankan Encik Mohd Fauzi bin Zainal Abidin pada mulanya menjalankan kegiatan ekonomi tradisional kraftangan batik ini untuk menyahut seruan kerajaan untuk menjalankan perindustrian secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat luar bandar untuk menjana pendapatan selain menstabilkan ekonomi negara. Dalam pada itu batik dapat mengekalkan identiti warisan turun-temurun. -Proses/cara pelaksanaan TEKNIK DAN PROSES BATIK LUKIS 1. Kain dibersih dan dikeringkan. 2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu.

3. Motif dan corak dilakarkan dengan pensel di atas permukaan kain. 4. Bahan campuran lilin dipanaskan sehingga cair.

5. Canting digunakan untuk mengisi lilin cair dan melakarkan corak pada kain.

6. Berus digunakan untuk menyapu warna mengikut gubahan warna.

7. Kain yang telah siap diwarnakan

dibiarkan kering.

8. Kain direndam atau disapu dengan sodium silikat selama 8-12 jam untuk mematikan warna.

9. Kain direbus di dalam campuran air dan debu soda. 10. Kain dicuci, dibilas kemudian dijemur ditempat redup atau digosok sehingga kering.

Batik Cop/Blok

Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul . Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna. Dicetak menggunakan cop berbagai corak/motif Biasanya lebih murah berbanding Batik Lukis & Batik Digital Proses awal dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang acuan kayu dengan menerap sejenis pewarna hitam dan teknik awal ini dikenali sebagai 'terap hitam'

Corak-corak acuan ini lebih kemas dan halus buatannya. Acuan khas disediakan untuk menerap lilin pada sarung di bahagian kepala kain, kapit kain, badan kain dan kaki kain.

Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannya berdasarkan kepada flora dan fauna

-Peralatan/kaedah yang digunakan

ALAT YANG DIGUNAKAN

1. Canting 2. Pemidang 3. Berus 4. Periuk 5. Kuali atau bekas 6. Dapur

BAHAN

1. Kain putih (fabrik yang sesuai) 2. Campuran lilin

3. Bahan pewarna 4. Bahan pemati warna (fixer) 5. Debu soda

JENIS FABRIK Pada kebiasaanya, fabrik yang digunakan untuk menghasilkan batik lukis adalah fabrik yang meresap warna. Ini penting untuk menjaga warna lukisan dari rosak.

Fuji

Kain yang lembut dan mudah berkedut tetapi tampak berkilat Harga yang murah selalu digunakan untuk dijadikan kaftan.

Chiffon

Kain bermutu tinggi tetapi agak jarang dan nipis Kain lembut,sejuk dan selesa dipakai Mudah digosok

Cotton

Kain yang agak keras sedikit tetapi selesa dipakai Harga yang murah berbanding fabrik lain sesuai untuk dibuat kemeja.

Crepe

Kain bermutu tinggi Kain lembut,sejuk dan selesa dipakai Mudah digosok

Sutera Jacquard

Kain jenis berkilat seakan satin Kain sejuk dan selesa dipakai Tampak mewah

Sutera Rayon

Tekstur kain seakan Jacquard tetapi lebih tebal

Harga lebih rendah daripada jenis Jacquard

DESIGN BATIK

Batik Skrin

Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin disediakan berasaskan rekacorak yang dikehendaki. Bilangan blok yang disediakan bergantung kepada bilangan warna kain yang dikehendaki di mana setiap blok skrin boleh hanya dicetak satu warna.

Di dalam proses penyediaan blok skrin secara manual, rekaan diambil gambar,filem dicuci, dibuat pengasiangan warna dengan memotong dan menampalkan filem di atas plastik.

Ia seterusnya didedahkan kepada cahaya di atas kain sutera saring yang diregangkan di atas bingkai dan telah disapukan dengan photo emulsion di atasnya.

Kemudian blok skrin itu dibersihkan bagi menghasilkan rekaan di atasnya. Blok skrin yang telah disediakan, digunakan untuk mencetak kain dengan pewarna yang dikehendaki di atas meja skrin.

Kain yang telah dicetak dikeringkan dan dimatikan warnanya sebelum dibasuh dan akhirnya dikeringkan semula.

Percetakan kain boleh diulang beberapa kali bergantung kepada bilangan warna yang dikehendaki.

Batik Digital

Adalah batik teknologi terkini menggunakan System Atex Design iaitu proses perisian menghasilkan rekacorak batik secara pengendalian komputer.

Ianya mempercepat proses pengeluaran batik dan menjimatkan kos dalam jangka masa panjang.

Kelebihan proses Atex Design berbanding proses rekaan skrin secara manual ialah ia dapat menghasilkan rekaan dengan baik dan cepat.

Proses grafik juga dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Motif flora yang dihasilkan nampak seakan-akan 'hidup'

Batik Lukis

Harga lebih mahal Ia memerlukan kemahiran dan ketelitian pembatik Batik lukis menggunakan canting dan lilin Ia mempunyai identiti corak tersendiri kerana dilukis oleh tukang yang mahir. Batik lukis juga dikenali sebagai batik canting atau batik conteng

-Produk yang dihasilkan Bagi menghasilkan kemeja lelaki berlengan panjang, saiz (S,M,L,XL), ukuran kain yang diperlukan ialah 2.40m, bagi saiz XXL, XXXL, ukuran kain ialah 2.50m dan saiz yang lebih besar ialah 3m.

Manakan untuk baju kurung perempuan semua saiz ialah 4m manakala saiz luar biasa ialah 2.50m untuk kain dan 3m untuk baju.

Pemidang atau frame yang diperlukan ialah 5m panjang dan lebar 45 inci. Seterusnya semasa mencampurkan lilin dan dammar sukatanya ialah 60% lilin dan 40% damar. -Tempat/kawasan (bengkel/keluasan tanah dan sebagainya) Terdapat tiga bangunan utama di dalam kawasan perindustrian tersebut. Pertama, bangunan kediaman, kedua, bangunan tempat kerja dan ketiga bangunan show room/jualan hasil produk. Keluasan kilang ialah 1 ekar.

Bangunan tempat kerja

3 Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat -Sumber pendapatan Dengan mengusahakan kraftangan tradisional batik Encik Mohd Fauzi bin Zainal Abidin dapat menambah pendapatan keluarga beliau. Pada masa sekarang purata jualannya ialah sekitar RM 500 sehari. Dijual antara RM 90 hingga RM 250 bagi kain nela sahaja. Secara tidak langsung, pendapatan daripada jualan batik tulis beliau ialah sebanyak RM 4000 keatas sebulan. -Memenuhi permintaan Mulai 17 Januari 2008, semua kakitangan awam lelaki di Malaysia dikehendaki memakai baju batik Malaysia pada setiap hari Khamis. Sebelum ini peraturan memakai baju batik

hanya pada hari Sabtu sahaja. Ini kemudiannya diubah kepada 1 haribulan dan 15 haribulan. Tetapi orang ramai mudah lupa menyebabkan kembali semula kepada sistem lama berdasarkan hari. Bertitik tolak dari peraturan ini, permintaan batik telah meningkat dan perindustrian batik secara kecil-kecilan telah tumbuh dengan pesatnya. Antara objektif Encik Fauzi adalah juga meluaskan pasaran ke jabatan kerajaan dan syarikat swasta. -Pembangunan kawasan setempat Kilang Batik Fauzi, secara tidak langsung telah membangunkan kawasan persekitaran di situ. Dengan kehadiran ramai pelancong dan pembeli, prasarana kawasan setempat dibangunkan untuk keselesaan mereka. Dengan ini, masyarakat sekeliling juga dapat menikmati pembangunan juga menambah pendapatan seharian.

-Pelancongan Hala tuju dan masa depan Kilang Batik Fauzi untuk memperkenalkan budaya seni batik melayu ke negara luar. Sebelum hasrat ini tercapai, Kilang Batik Fauzi telah menerima ramai pelancong dari dalam negara mahupun luar negara. Salah satu tarikan yang ada di sini ialah, mencuba sendiri, mencanting batik.

4 Prospek -Cabaran/kekangan yang dihadapi Encik Fauzi bin Zainal Abidin menghadapi masalah untuk memasarkan hasil produknya ketika kilang baru dibuka. Antara punca masalahnya ialah kawasan kilang beliau agak terpencil dan kos pengangkutan agak mahal. Beliau juga menghadapi saingan dari kilangkilang batik yang ada di sekitar/pinggiran bandar Ipoh. -Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta Semua kakitangan awam di Malaysia dikehendaki memakai baju batik Malaysia pada setiap hari Khamis.. Adanya peraturan ini, permintaan batik telah meningkat dan perindustrian batik secara kecil-kecilan telah tumbuh dengan pesatnya. Antara objektif Encik Fauzi adalah juga meluaskan pasaran ke jabatan kerajaan dan syarikat swasta. Permintaan juga agak menggalakkan kerana batik yang dikeluarkan oleh Kilang Batik Fauzi adalah berkualiti.

-Reaksi/penerimaan masyarakat Reaksi masyarakat persekitaran begitu positif lebih-lebih lagi Kilang Batik Fauzi menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Encik Fauzi sendiri berhasrat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam seni batik.

-Saranan dan harapan Penubuhan Kilang Batik Fauzi adalah bagi menyahut seruan kerjaan dalam usaha membentuk usahawan bumiputra yang berdaya saing dengan bantuan serta kerjasama badan kerajaan dan swasta. Walaupun banyak saingan dari syarikat-syarikat lain, KILANG BATIK FAUZI mampu memberi saingan sihat kepada syarikat-syarikat lain bagi menceriakan dunia perniagaan yang makin mencabar ini, terutama di dalam industri pembuatan berasaskan kraftangan.

RUMUSAN Kajian yang saya lakukan selama 4 bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru yang menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.

Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang kraftangan di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.

Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

RUJUKAN - Internet http://batikfauzi.multimediaproject.my/index.php https://www.facebook.com/KilangBatikFauzi http://fauzibatik.blogspot.com/2007/10/kilang-fauzi-batik.html http://batik-warisananggun.com/ - Orang sumber Helmi Al-Mukqriz Dek, 28. - Melawat tempat kajian Kilang Batik Fauzi, LOT 27866, Jalan Besar, Kg. Ulu Chemor 31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan. - Buku Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 4 & 5. Azimah A. Samah, Zailani Yaacob.

Nama pelajar : Raja Balqis Sofiah binti Raja Salehhuddin Tingakatan : 3 Ceria Tajuk Kajian : Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia Kraftangan : Batik Nama Guru : Encik Vijayakumar A/L S.R. Rajoo

You might also like