Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

1.

0 Pengenalan Sebelum kemerdekaan yang sekaligus pembentukan Negara Malaysia dilaksanakan, Negara kita pernah menjadi mangsa keghairahan kuasa penjajah bermula daripada pertapakan Portugis kemudian Belanda, British, Jepun semasa perang dunia kedua dan kemudian kembali kepada pemerintahan British semula setelah dapat mengalahkan dan mengusir tentera-tentera Jepundaripada Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Pada tanggal 31 Ogos 1957, satu peristiwa bermakna telah berlangsung di Padang Bandar Hilir, Melaka apabila Bapa Kemerdekaan Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman telah melaungkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Kemerdekaan Tanah Melayu ini merupakan satu usaha yang telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman,mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama bersama dengan beberapa wakil kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu United Malay Nation Organization (UMNO) yang diketuai oleh Tunku sendiri dan Dato Abdul Razak, Ong Yoke Lin daripada Malaysian Chinese Association (MCA), dan V.T. Sambanthan wakil daripada Malaysian Indian Congress (MIC). Dalam usaha mendirikan sebuah negara yang kukuh Tanah Melayu pada ketika itu berada dibawah pucuk pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tanah Melayu masih berhadapan dengan pelbagai masalah tidak kira dari sudut domestik atau antarabangsa yang melibatkan penentangan daripada negara jiran iaitu Indonesia dan Filipina. Oleh yang demikian, kita menyaksikan satu lagi peristiwa bersejarah telah berlaku dalam sejarah politik negara kita iaitu penyertaan negeri Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada negara Malaysia yang berdiri teguh seperti yang ada sekarang. Sebelum secara rasminya Idea penubuhan Malaysia di utarakan oleh Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Tanah Melayu, idea Penubuhan Malaysia ini pada dasarnya merupakan sebuah idea yang pernah diutarakan Lord Brassey pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Company), Sir Malcom MacDonald Pesuruhjaya Tinggi Asia Tenggara, Mohd Ghazalie Shafie pegawai British yang berketurunan Melayu, Dato Onn Jafar pengasas UMNO, David Marshall ketua parti Barisan Buruh Singapura, dan juga Lee Kuan Yew pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura. Idea penubuhan Malaysia secara rasminya telah dikeluarkan oleh Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Tanah Melayu pada 27 Mei 1961 di sebuah Majlis bersama wartawan-wartawan luar Negeri di Hotel Adelphi Singapura dan juga ia merupakan hasil kerjasama dengan kerajaan British dengan Tanah Melayu yang pada ketika itu telah

mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Tanah Melayu dan walaupun idea berkenaan penubuhan gagasan Malaysia ini dikeluarkan oleh Tunku Abdul Rahman secara mengejut di dalam ucapan beliau di dalam sebuah majlis iaitu Foreign Correspondent Association of Southeast di Hotel Adelphi, Singapura1 yang dihadari oleh Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara namun pihak British telah menjangkakanya kerana idea seperti ini juga pernah diutarakan oleh pegawai-pegawai British seperti Lord Brassey pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Company), Sir Malcom MacDonald Pesuruhjaya Tinggi Asia Tenggara, Mohd Ghazalie Shafie pegawai British yang berketurunan Melayu dan sebelum idea ini diumumkan oleh Tunku, Tunku telah berbincang dan meminta pandangan daripada Sir Malcom MacDonald berkenaan hasrat Tunku untuk mewujudkan satu gagasan yang dikenali sebagai Malaysia. Dalam penulisan esei ini. Idea dan sebab-sebab penubuhan Malaysia akan diberikan perhatian mengikut beberapa individu ataupun tokoh yang pernah mengutarakan idea penubuhan ini sehinggalah perkara ini secara rasminya diutarakan sendiri oleh pemimpin Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman.

2.0 Idea-idea Awal Penubuhan Malaysia 2.0.1 Idea dan sebab Penubuhan oleh Lord Brassey Cadangan awal untuk menyatukan Tanah Melayu dan wilayah Borneo telah mula difikirkan sejak akhir abad ke-19 lagi. Pada tahun 1883, Lord Brassey, salah seorang pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Company) telah mengemukakan cadangan tersebut kepada kerajaan British iaitu supaya menggabungkan wilayah-wilayah jajahan mereka iaitu termasuklah Sabah, Sarawak, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis) Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan Manjung, Perak) menjadi sebuah Tanah Jajahan dibawah satu pentadbiran sahaja. Namun, idea beliau telah ditolak oleh pemegang-pemegang saham

Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia Melangkah Ke Hadapan: Pengajian Malaysia Sejak 1945.Perak: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Hlm 63.

syarikat tersebut kerana mereka yakin tindakan tersebut hanya akan merugikan syarikat mereka2. Walaupun begitu, perkara atau usul yang dicadangkannya ini juga pernah dibincangkakn oleh kabinet British pada tahun 1888 bagi memudahkan dan menjimatkan kos pentadbiran dan pertahanan British dalam Tanah Jajahannya tetapi tidak dapat diteruskan kerana British menggunakan alasan bahawa terdapat banyak lagi hal yang perlu dititikberatkan sebelum melaksanakan cadangan tersebut memandangkan pada ketika itu menghampiri jangka masa Perang Dunia Kedua, dan sekali lagi pada 1932 setelah British berjaya menguasai Sembilan buah negeri Melayu serta Sarawak dan Borneo Utara (Sabah) dengan melibatkan cadangan penggabungan yang lebih besar iaitu seluruh Kepulauan Borneo (Sabah dan Sarawak serta Brunei) dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, NegeriNegeri Melayu Tidak Bersekutu serta Negeri-Negeri Selat. telah dibincangkan secara lebih serius, dan pada ketika itu pihak British telah berusaha untuk memujuk Raja-raja Melayu bagi mewujudkan sebuah persekutuan yang lebih besar3. Namun begitu, usaha-usaha tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana perang Dunia kedua telah meletus di Eropah dan pada ketika itu, British lebih menumpukan keselamatan dan pentadbirannya di England dan cadangan ini lenyap begitu sahaja kerana tidak ada tindakan susulan diambil keatasnya.

2.0.2 Idea dan sebab penubuhan oleh Sir Malcom MacDonald Idea penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei juga pernah dikemukakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara (British

Commissioner General of Southeast Asia) iaitu Sir Malcom MacDonald (1945 1955). Idea
tersebut dikatakan mula diutarakan oleh beliau pada tahun 1948 namun tidak terdapat sebarang dokumen yang mampu menyokong pandangan tersebut. Walau bagaimanapun pada bulan November 1949 di Johor Baharu, dalam perbualannya dengan wakil presiden Indonesia iaitu Mohammad Hatta ketika makan malam di Johor Baharu, MacDonald telah menyatakan bahawa;

Arkib Negara Malaysia. (1981). Gagasan Persekutuan Malaysia: Hari ini dalam Sejarah jil II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara. 3 Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan. Op cit. Hlm 65.

..adalah menjadi hasrat British untuk memberikan kemerdekaan kepada

wilayah wilayah tersebut (Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara) tetapi bukan dalam bentuk yang terpisah pisah. 4
Namun,Hatta menyuarakan pendapatnya bahawa adalah lebih baik sekiranya wilayah wilayah tersebut iaitu Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak dibiarkan merdeka sendiri dan bukannya melalui gabungan. Hal ini demikian baginya, jika Singapura dan Tanah Melayu bergabung maka ia sudah tentu kaum Cina akan mengatasi kaum Melayu. Ini akan menjadikan tanah gabungan tersebut sebagai negara China kedua dan pengaruh komunis di Asia Tenggara akan bertambah kuat malah beliau menyatakan bahawa keadaan tersebut akan turut memberi kesan ke atas Indonesia. Hal ini jelas dalam kenyataannya; ...it would soon become a communist country. Such a second China,

created by the British, could lead to class struggle and racial strife that might easily flare up into a class war and a racial war. In a country that is politically and economically dominated by the Chinese, the Malays and Dayaks would become the oppressed group. A country that is faced with racial struggle within it borders is bound to remain weak and in danger of collapse. Therefore I said, it would be much better for Britain, when granting independence to its colonies in Southeast Asia, to set up three separate countries, this being the only logical division....5
Walau bagaimanapun, Sir Malcom MacDonald menjawab kepada Hatta dengan pandangan yang sebaliknya; .. in reality Malaya could not be called country of Malays, because it was

multi racial country. Less than half the population was of Malays stock; the Chinese number about 40% whereas at least 15% belonged to other racial group such as Indians and various mixtures. In North Borneo the Chinese comprised about 30% to 35% of the population. It was true that in a combination of Singapore and Malaya the Chinese would be in the majority. But in a combination of the three countries there would be

Mohammad Hatta. (1965). One Indonesian View of Malaysia issue. Asian Survey : Vol. 5, No. 3. University of California Press. Hlm. 141. 5 Ibid. Hlm 141

reasonable balance as the Chinese would then no longer be in the majority.6


Melalui hasil perbualan kedua dua tokoh tersebut, ia dapat menyokong kepada kewajaran penubuhan Malaysia yang menggabungkan lima wilayah; Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo ,maka jelas bahawa Sir Malcom MacDonald mempunyai niat untuk meletakkan wilayah wilayah tersebut dalam satu entiti politik yang lebih besar dan bukannya dalam bentuk berasingan. Beliau berpendapat bahawa pemisahan antara wilayah hanya akan melemahkan mereka walaupun diberikan kemerdekaan oleh British. Oleh yang demikian, MacDonald merasakan adalah lebih wajar jika ketiga tiga wilayah tersebut digabungkan dalam sebuah negara. Pendapat ini besar kemungkinan disebabkan pada masa tersebut di Asia Tenggara, Sarawak dan Borneo Utara dianggap merupakan wilayah yang vulnerable atau mudah terdedah kepada bahaya terutamanya melalui ancaman daripada negara- negara luar seperti Indonesia, Filipina dan China sama ada dari segi tuntutan wilayah mahupun pengaruh gerakan Komunis yang mampu menjatuhkan wilayah lekil tersebut.7 Namun begitu, idea tersebut tidak mendapat sambutan memandangkan keadaan yang tidak sesuai akibat daripada kegiatan Komunis di Tanah Melayu terutamanya dan pada ketika itu juga turut menyaksikan kebangkitan para golongan nasionalis yang berusaha menuntut kebebasan negara daripada penjajah serta ingin berkerajaan sendiri.8 Pada 2 April 1955, sekali lagi MacDonald sebagai wakil kerajaan British di Asia Tenggara telah mengutarakan cadangan penggabungan tersebut yang mana istilah Grand

Design atau rancangan jangka panjang British di Asia Tenggara telah digunakan.
Rancangan tersebut menurutnya berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat pertama dengan menggabungkan hanya Singapura serta Tanah Melayu dan wilayah Brunei, Sarawak serta Borneo Utara sebagai suatu entiti yang berasingan. Manakala di peringkat kedua, beliau mencadangkan di mana kesemua wilayah tersebut diletakkan di bawah sebuah kerajaan berperlembagaan atau dengan erti kata lain, membentuk sebuah negara. Kenyataan tersebut dapat dilihat;

6 7

Ibid. Hlm 141 Azharudin Mohamed Dali. (2012). Perlembagaan Malaysia : Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Hlm. 3. 8 Hairol Anuar. (2009). Sejarah Malaysia 1400 1969 : Satu Evolusi. Selangor : Koleh Universiti Islam Antarabangsa. Hlm. 184.

our ultimate objective is a confederation between the five present

territories as the Federation of Malaya, Singapore, Brunei, North Borneo and Sarawak. We have already agreed that this should be achieved in two stages : first by the combination of (a) Singapore and the Federation and (b) the three Borneo territories as separate entities; and second by bring together these two groups under one appropriate constitutional government.. 9
Beliau telah menggesa agar kerajaan British di London menerima pakai cadangannya berkenaan dengan rancangan Grand Design tersebut, walau bagaimanapun Pejabat Koloni (Colonial Office) di Britain telah menolaknya.10 Hal ini berikutan para pegawai British beranggapan bahawa ianya merupakan satu idea yang kurang matang dan sukar untuk dilaksanakan. Keadaan ini jelas memandangkan pada masa tersebut Tanah Melayu sibuk dalam mengatur perlembagaannya sendiri dalam usaha mendapatkan kemerdekaan daripada jajahan British. Manakala bagi wilayah Borneo iaitu Sarawak dan Borneo Utara terutamanya dianggap masih belum matang dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan. Aspek aspek tersebut dianggap sangat penting dalam memastikan hala tuju mahupun masa depan kedua dua wilayah tersebut. Dalam keadaan penduduknya yang jauh ketinggalan, maka mereka beranggapan bahawa Sarawak dan Borneo Utara masih belum bersedia bagi penggabungan tersebut.

2.0.3 Idea dan sebab Penubuhan oleh Mohd Ghazalie Shafie Selain daripada pemimpin British, cadangan untuk kerajaan menggabungkan wilayah-wilayah Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei telah disuarakan oleh Mohd Ghazali Shafie pada tahun 1954. Mohd Ghazali Shafie merupakan seorang pegawai kerajaan pada zaman British dan juga seorang ahli politik yang terlibat langsung dalam pembangunan ekonomi dan social serta mewakili rakyat dalam system pentadbiran pada ketika itu. Sekembalinya ke tanah air, beliau ditugaskan sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Selangor seterusnya ditukarkan ke Negeri Sembilan sebagai Pemangku Setiausaha Kerajaan. Antara tahun 1955 1957 beliau banyak bertugas di luar negara termasuklah di Pejabat Pesuruhjaya di London, kemudian ke pejabat Wakil Tetap Bangsa-bangsa Bersatu,
9

A.J. Stockwell. (2004). Malaysia : British Documents on the End of Empire . London : TSO. Hlm. xxxvii. David Easter. (2004). British and the Confrontation With Indonesia 1960 1966. London : Tauris Academic Studies. Hlm. 6.
10

Pesuruhjaya Tinggi British di New Delhi, India. Beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Persekutuan Tanah Melayu ke India di mana beliau kemudiannya bertanggungjawab menubuhkan Suruhanjaya Tinggi Malaya di New Delhi, India. Beliau merupakan salah satu tokoh yang banyak terlibat dan berperanan dalam sejarah penubuhan Malaysia serta menyumbangkan tenaga dan buah fikiran sehingga terbentuknya Negara Malaysia. Beliau terlibat dalam Suruhanjaya Cobbold yang menjadi tonggak kepada penggubalan dasar-dasar Negara di samping para pemimpin pada ketika itu.
11

Cadangan

untuk

kerajaan

menggabungkan

wilayah-wilayah

Tanah

Melayu,

Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei telah disuarakan oleh Mohd Ghazali Shafie pada tahun 1954. Beliau merupakan salah seorang pegawai British yang berketurunan Melayu. Beliau juga mencadangkan supaya penubuhan Komanwel Asia Tenggara. Namun,idea beliau telah ditolak kerana focus utama British adalah untuk mencapai kemerdekaan Malaysia.
12

Ghazali Shafie berkata dasar kerajaan British menggalakkan persatuan antara Singapura dengan Persekutuan tetapi persatuan itu haruslah tidak ada paksaan. Tambahnya lagi, pencantuman jika berlaku haruslah dari persetujuan penduduk kedua-dua kerajaan. Beliau mencadangkan pencantuman wilayah tersebut adalah demi kebaikan ekonomi, politik, budaya dan strategi sebab dan tawaran untuk lebih efektif tentang kemudahan sivil. Atas keadaan yang wujud, Britain kini perlu menekankan untuk melengkapkan dengan pemisahan dasar Malaya Union. Dasar British yang lebih positif menjadi penyebab kepada idea Ghazali Shafie untuk membentuk Komanwel Asia Tenggara. Yang mana telah pun di janjikan oleh Sir Shenton Thomas iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Negeri-negeri Melayu untuk melaksanakan serta mempercepatkan pencantuman antara Persekutuan dan Singapura yang membawa kepada Tanah Melayu berkerajaan sendiri dengan baik dan lancar serta cepat. Namun, idea tersebut tidak diterima oleh British kerana ia lebih kepada kemerdekaan Malaysia iaitu melalui percantuman antara Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak

11

Ghazali Shafie. 2004 (cetakan kedua). Ghazali Shafies Memoir on the Formation of Malaysia. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. 12 Tan Sri Dato Muhammad Ghazali Shafie. 2000. Ghazali Shafie: Malaysia, Asean and the New World Order. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

untuk membentuk Malaysia. Manakala idea tersebut hanya untuk kemerdekaan Tanah Melayu dan Singapura semata-mata.
13

2.0.4 Idea dan sebab Penubuhan oleh Dato Onn Jafar Idea penubuhan Malaysia juga telah diutarakan oleh Dato Onn Jaafar pada tahun 1956. Dato Onn Jaafar dari Parti Negara yang juga merupakan pengasas UMNO turut mencadangkan nama Malaysia sebagai nama Persekutuan Tanah Melayu yang bakal merdeka yang bermaksud Malaya untuk orang Melayu. Beliau menyatakan pandangannya bahawa British bakal menggabungkan Tanah Melayu dengan negeri-negeri jajahannya yang lain seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura untuk membentuk Malaysia. Idea gabungan ini sebenarnya telah dipersetujui oleh Inggeris sebelum kemerdekaan Tanah Melayu dan draf gabungan ini dikemukakan buat kali pertama pada Persidangan UMNO pada tahun 1955. Selepas kemerdekaan, UMNO telah mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Dato Onn Jaafar telah memberi cadangan agar wilayah-wilayah yang bakal bergabung dengan Tanah Melayu akan dinamakan Malaysia kerana beliau berpendapat bahawa peranan dan tanggungjawab Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang matang, akan dapat mengambil alih tanggungjawab kerajaan British terhadap negeri-negeri kecil di Borneo dan Singapura kelak. Menurut Dato Onn :

Saya percaya ahli-ahli fikir memikirkan bahawa Malaya pada hari ini akan merdeka itu akan berhubung juga pada suatu masa dengan negeri-negeri yang berhampiran seperti pulau Singapura dan Sarawak dan Brunei dan Labuan. Jika sekiranya difikirkan tujuan semacam itu apakah ada nama yang lebih munasabah dan lebih baik bagi Tanah Melayu pada hari ini daripada Malaysia itu oleh sebab perhubungan Malaysia yang baru itu zakan menjadi lebih luas pada satu masa hingga harus mengandungi pulau-pulau yang dikatakan Gugusan Pulau-pulau Melayu itu sama ada dengan terdirinya sebuah kerajaan yang besar seperti zaman Majapahit dahulu itu ataupun

13

Tan Sri Ghazali Shafie. 1982. Malaysia: International Relation (Selected Speeches by M. Ghazali Shafie). Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn Bhd. Hlm 5.

dengan cara terdirinya satu kesatuan atau persekutuan yang mengandungi negeri-negeri yang tersebut itu.14
Selain itu, cadangan Dato Onn Jaafar juga adalah berikutan daripada Perjanjian Pertahanan Bersama Tanah Melayu dan British yang merupakan salah satu prasyarat kemerdekaan pada tahun 1957. Dato Onn melihat keanggotaan Persekutuan Tanah Melayu dalam Kesatuan Negara Komanwel dan Kerakyatan Komanwel yang dilaksanakan terhadap Tanah Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan, adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan British. British ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai pangkalan tentera Komanwel dan pusat pertahanan kerajaan British di rantau ini. Oleh itu, dengan sikap pemimpin Persekutuan Tanah Melayu yang pro-British, Dato Onn menduga bahawa tanggungjawab untuk menjaga negeri-negeri yang belum merdeka itu akan diberikan kepada Tanah Melayu. Menurut Dato Onn:

Saya tidak lupakan bahawa pihak British itu akan berkuasa beberapa lama lagi di Singapura dan di Pulau Borneo. Saya tidak lupakan bagaimana British telah mengambil Sarawak dan saya tidak lupakan iaitu sebuah kerajaan yang besar yang dahulunya luas jajahannya dan kuatkuasanya, tidak mudah kerajaan British itu hendak melepaskan Asia Tenggara dengan mengangkat segala bungkus-bangkisnya berhabisan keluar dari Asia Tenggara.15
Dato Onn juga telah bercadang untuk membawa masuk orang Indonesia ke dalam Persekutuan Tanah Melayu untuk mengimbangi penduduk Melayu yang semakin kecil kerana polisi kerakyatan yang liberal selepas merdeka, juga selari dengan nama Malaysia itu sendiri16. Ini kerana, beliau berpendapat gabungan bangsa daripada rumpun yang sama adalah penting untuk mengukuhkan kedudukan politik orang Melayu di rantau ini. Namun, idea beliau telah ditolak oleh pemimpin lain seperti Tunku itu sendiri.

14

Kritik, 19 September 1956 dalam Ramlah Adam, Biografi Politik tunku Abd Rahman (2004), Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hal 320 15 Ramlah Adam, op.cit, Hlm 320 16 Ibid, Hlm 321

2.0.5 Idea dan sebab Penubuhan oleh David Marshall Kerajaan British membenarkan Singapura mengadakan pilihan raya umum

pertamanya pada tahun 1955, yang dimenangi oleh calon pro-kemerdekaan iaitu David Marshall, ketua parti Barisan Buruh. David Marshall adalah Perdana Menteri Singapura yang pertama. Namun begitu, beliau hanya memegang jawatan sebagai perdana menteri selama empat bulan sahaja iaitu pada April 1955 hingga Jun 1956 apabila beliau gagal untuk menjadikan Singapura berkerajaan sendiri17. Sebelum beliau berkecimpung dalam bidang politik, beliau merupakan seorang peguam yang hebat serta fasih dalam berbicara. Beliau telah banyak memenangi kes-kes di mahkamah. Menerusi bakat luar biasa yang ada dalam diri David Marshall, beliau telah mewakili Parti Barisan Buruh untuk bertanding dalam pilihan rayan apabila Kerajaan British membenarkan Singapura mengadakan pilihan raya umum pertamanya pada tahun 1955. Namun, kemenangan David Marshal sebenarnya tidak di duga oleh parti-parti lain termasuklah British kerana pesaing David Marshall begitu hebat seperti Lee Kuan Yew yang mewakili Parti Tindakan Rakyat (PAP). David Marshall telah berjanji bahawa beliau akan membentuk Singapura untuk berkerajaan sendiri. Demi memenuhi tuntutan pemerintahan sendiri sepenuhnya untuk Singapura dibawah perlembagaan baru, David Marshall mengetuai perwakilan ke London, tetapi ditolak oleh pejabat colonial British. Perwakilan ini bertujuan untuk meminta pihak british membenarkan Singapura untuk berkerajaan sendiri namun pihak British telah menolak cadangan tersebut. Hal ini juga kerana David Marshall merupakan parti daripada barisan sosialis dan berhaluan kiri. Oleh itu, sekiranya British membenarkan Singapura untuk berkerajaan sendiri, maka pengaruh komunis akan meluas. Namun, David Marshall tidak berputus asa, beliau telah mengugut british untuk meletak jawatan sekiranya British tidak meberi kemerdekaan kepada Singapura, tetapi pihak British langsung tidak menghiraukan ugutan tersebut. Beliau meletak jawatan sekembalinya ke Singapura pada bulan Jun apabila beliau gagal untuk membentuk kerajaan sendiri, lalu tempatnya diambil alih oleh Lim Yew Hock. Sebelum David Marshall menghantar perwakilan ke London untuk berkerajaan sendiri, beliau pernah mengutarakan keinginannya untuk membentuk persekutuan Malaysia iaitu pada tahun 1955. David Marshall pernah memberi mencadangkan kepada Tunku Abdul Rahman agar Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan, namun cadangan

17

Leon Comber.David Marshall and meet the people Singapore 195556. Hlm 1

10

tersebut

ditolak dengan tegas kerana beliau masih menitikberatkan keselamatan

persekutuan tanah melayu kerana beliau khuatir akan politik Singapura ketika itu yang tidak stabil dan di bawah ancaman pengaruh komunis serta jumlah penduduknya yang majoriti berketurunan Cina yang dianggap masih mempunyai tahap ketaatan yang kuat kepada China. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa penyatuan Singapura dan Persekutuan Malaya merumitkan dan cadangan David Marshall ini juga telah ditolak oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan UMNO.18

2.0.6 Idea dan sebab penubuhan Malaysia oleh Lee Kuan Yew Selain David Marshall, Idea awal penggabungan Tanah Melayu ini juga pernah disuarakan oleh pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Kuan Yew pada tahun 1959. Beliau membuat cadangan untuk mencantumkan Singapura dengan persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk satu wilayah politik yang lebih luas. Hal ini berikutan ramai yang berpendapat termasuklah pemimpin di Singapura sendiri sendiri seperti David Marshall dan Tan Sri Ghazali Shafie, bahawa negara itu tidak dapat berdiri dan hidup bersendirian sedar bahawa negara itu tidak dapat berdiri dan hidup bersendirian. Singapura dianggap tidak mempunyai sumber ekonomi yang mencukupi kerana hanya bergantung kepada aktiviti pelabuhan sahaja dan tidak mempunyai sumber bahan mentah yang lain seperti Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang kaya dengan sumber bahan mentahnya. Oleh itu, jika Singapura menjadi sebuah negara yang merdeka dan tidak bercantum dengan negara-negara lain, maka kedudukan ekonomi serta keselamatan Singapura mungkin akan terancam. Idea untuk menggabungkan Singapura dan Tanah melayu ini juga dilihat sebagai satu jalan keluar kepada Singapura dan juga kepada kerajaan British. Hal ini dilihat apabila pada dasarnya, British telah merancang untuk Singapura diberikan kemerdekaan sendiri. Namun meraka juga melihat faktor ekonomi Singapura tidak mengizinkan untuk negara itu merdeka. Tambahan lagi Pihak Britain juga dilihat amat bersetuju dengan percantuman antara Singapura dan Tanah Melayu. Britain tidak berapa senang jika Singapura dibiarkan merdeka sendiri dan berasingan daripada Tanah Melayu. Pihak Britain berpendapat Singapura adalah negara yang penting, baik dari segi pertahanan mahupun dari segi
18

Kevin Y L Tan (2008).Marshal of Singapore A Biography, Institute Of Southeast Asian Studies, Singapore. hlm 306

11

ekonomi. Pihak Britain juga mungkin telah memikirkan bahawa jika Singapura mencapai kemerdekaan dengan memasuki Malaysia, maka Britain akan terus dapat mengawal keselamatan Singapura dan kepentingan ekonomi British menerusi perjanjian pertahanannya dengan persekutuan Tanah melayu yang akan di perluaskan untuk meliputi Singapura.
19

Selain itu, Britain tidak berapa senang jika Singapura dibiarkan merdeka sendiri dan berasingan daripada Tanah Melayu. Hal ini kerana, dengan kepimpinan Parti Tindakan Rakyat dibawah pimpinan Lee Kuan Yew mula goncang dan berdasarkan kepada suasana politik yang berlaku, diramalkan Singapura akan dikuasai oleh parti berhaluan kiri dan seandainya Parti Barisan Sosialis berkuasa di Singapura, maka negara-negara Sosialis dunia akan memberi sokongan untuk menuntut kemerdekaan dari Britian seperti mana Britian telah berjanji untuk mengadakan rundingan perlembagaan dengan pemimpin tempatan bagi menentukan masa depan politik Singapura menjelang 1963 dan jika perkara ini terjadi maka strategi pertahanan British akan terjejas kerana sudah tentu sosialis akan mendesask British mengundurkan angkatan tenteranya daripada Singapura. Jesteru, bagi mengelakkan perkara ini berlaku Singapura perlu digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu kerana dengan penyertaan ini kedudukan pangkalan tentera British di Singapura tidak akan terjejas20. Hal ini disebabkan sejak daripada tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu sudah terikat dalam kerjasama pertahanan Anglo Malaya Mutual Defense Agreement (AMDA). Selain itu, Melihat dari reaksi Singapura pula, rancangan Malaysia ini akan memberi peluang kepada Parti Tindakan Rakyat Singapura yang diketuai oleh Lee Kuan Yew untuk terus memegang tampuk Kerajaan. Jika Malaysia tidak ditubuhkan, Parti Tindakan Rakyat pada masa itu sedang menghadapi keadaan yang buruk kerana terdapatnya desakan daripada parti berhaluan kiri. Keadan politik di singapura pada ketika itu juga tidak menyenangkan dan beranggapan jika Singapura ini dapat bergabung dalam rancangan penubuhan Malaysia, masalah politik ini sekaligus dapat di selesaikan. Kedaan politik yang meruncing jelas kelihatan apabila satu pilihan raya kecil telah diadakan pada bulan April 1961. Calon Parti Tindakan Rakyat yang disokong penuh oleh kerajaan Singapura tidak dapat mengalahkan lawannya, Ong Eng Guan yang merupakan wakil Parti Rakyat Singapura ( United Peoples Party UPP ) dan juga pernah menjadi Datuk Bandar Singapura. Fenomena ini menggambarkan betapa goyah kedudukan Parti Tindakan Rakyat kerana kalah pada persaingan antara UPP yang tidak mempunyai parti politik yang kukuh.

19 20

Hairol Anuar. Op cit. Hlm 184 Ibid .Hlm 184.

12

Parti Tindakan Rakyat yang memegang tampuk kerajaan juga telah kalah sekali lagi pada bulan julai 1961 dalam satu pilihanraya kecil yang membawa kemenangan kepada David Marshall dari Parti Pekerja iaitu parti sosialis. Parti berhaluan kiri telah menyokong David Marshall secara terbuka. Singapura berpendapat bahawa dengan menyertai Malaysia, soal keselamatan dalam negeri akan dipegang oleh kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur dan ancaman daripada golongan kiri akan dapat dikawal. Dalam pada masa yang sama, peluang kepada Lee Kuan Yew dan partinya untuk menguatkan kedudukannya akan tercapai kembali. Singapura juga tidak dapat berdiri sendiri kerana risau akan ancaman keselamatan negeri tersebut. Lee Kuan Yew selaku Ketua Meneteri Singapura menyokong gagasan ini kerana selain ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura juga menjadi pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. Mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia. 21 Daripada kenyataan ini, dapat dilihat bahawa idea percantuman difikirkan demi menjaga kepentingan antara dua pihak iaitu Singapura mahupun British itu sendiri. Lee Kuan Yew telah mengemukakan idea ini agar Singapura dapat manfaat daripada hasil gabungan Singapura dalam pembentukan Malaysia.

2.0.7 Idea dan sebab Penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman. Sebagaimana yang diketahui bahawa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 adalah hasil usaha tokoh pejuang kemerdekaan iaitu Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Sungguhpun beliau bukanlah perintis kebangkitan politik di Tanah Melayu pada mulanya namun begitu, beliau adalah pejuang kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dan wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak

21

R.S Milne and K.M Diane (1978). Politics and Government in Malaysia. Singapura: Federal Publications. Hlm 65.

13

bagi mencapai kemerdekaan. Ini dilihat apabila titik perjuangan beliau bukan hanya terhenti apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, bahkan ianya terbukti apabila beliau telah mengutarakan ideanya untuk menubuhkan suatu gagasan yang dinamakan pembentukan gagasan Malaysia. Sebelum melahirkan Idea ini, Tunku telah membuat pertemuan dan berbincang dengan beberapa wakil British. Iaitu seperti pertemuan awal yang dilakukan adalah semasa Tunku Abd Rahman telah menyatakan keinginannya itu secara rasmi kepada Malcolm MacDonald yang juga merupakan bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara pada tahun 195822. Bagi pihak british, mereka hanya ingin mempengaruhi Tunku untuk merapatkan hubungan dengan Singapura, ini disebabkan British mahukan Brunei, Sabah dan Sarawak untuk dapat bekerjasama dengan baik terlebih dahulu sebelum bergabung dengan Tanah Melayu. Keputusan Tunku yang tegas untuk enggan menerima pandangan British tersebut telah membawa kepada sebuah mesyuarat bagi membincangkan keadaan masa depan kawasan Borneo. Perbincangan tersebut telah diadakan pada 29 Mac 1960 di Pejabat Tanah Jajahan23, bersama William Goode. Menerusi pertemuan dengan Gabenor Sabah iaitu William Goode telah menimbulkan lagi keinginan Tunku untuk mencantumkan wilayah Borneo bersama negeri yang lain bagi menyertai gagasan tersebut kerana idea tersebut disambut baik oleh William Goode. Usaha Tunku terhadap wilayah Borneo tersebut diteruskan lagi apabila sebuah pertemuan ke pertemuan yang lain telah diadakan bagi menyatakan pendapatnya tersebut kepada pegawai-pegawai British, seperti pertemuan Tunku bersama Lord Peth yang ketika itu merupakan Menteri Negara British. Disini Tunku menjelaskan kepada Lord Peth bahawa wilayah Borneo tersebut berkemungkinan akan dikuasai oleh Indonesia yang juga dibawah kekuasaan belanda jika British hanya memerdekakan wilayah tersebut tanpa menyetujui penyertaan Borneo ke dalam gagasan Malaysia. Selain itu, Tunku juga telah menyatakan kesanggupan beliau bagi menghadapi segala permasalahan yang bakal berlaku bagi usaha beliau untuk mewujudkan gagasan tersebut. Dari aspek tersebut, Tunku Abd Rahman mengambil keputusan sepakat dengan pemimpin- pemimpin Perikatan bagi mengadakan cantuman dengan Singapura bersama
22

Mohamad Rodzi Abd Razak. (2003) . Gagasan Malaysia dan Penglibatan British : Satu Tinjauan. JEBAT -Vol29 (109-122). Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlmn 113 23 . Ibid hlm 114

14

wilayah jajahan British di Borneo Utara iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei. Manakala bagi wilayah-wilayah borneo pula, pertemuan antara Tunku bersama Senu Abdul Rahman yang merupakan Duta Besar Tanah Melayu di Jakarta pada tahun 1960 telah meyakinkan beliau untuk gabungan tersebut apabila respon yang diperolehi oleh Senu Abdul Rahman semasa membuat tinjauan selama 6 hari ke Sabah, Sarawak dan Brunei mendapat sambutan yang positif dan padu daripada pemimpin setempat dan masyarakat terutama Bumiputera dan berketurunan Melayu di Wilayah Sabah dan Sarawak. Hasil daripada tinjauan selama 6 hari tersebut telah menyebabkan Tunku tidak teragak-agak akan keputusan yang dibuatnya seperti mana yang dijelaskan Tunku; when he (senu) came back from Sarawak to tell me what he had heard there, I was

convinced that the idea was right24.


Kesungguhan Tunku Abd Rahman tersebut telah menyebabkan pegawai-pegawai British untuk mengadakan sebuah persidangan mengenai super federation yang ingin dilaksanakan oleh Tunku iaitu Malaysia. Persidangan Inter-Territorial Conference for The Borneo Territories diadakan di Kuching pada 20 Oktober 1960. Hasil daripada perbincangan tersebut telah melahirkan satu Grand Design yang disifatkan sebagai rancangan jangka panjang bagi masa depan politik rantau ini
25

. Persidangan tersebut diketuai oleh Lord Selrik

yang merupakan Gabenor Jeneral Borneo bersama wilayah-wilayah kerajaan British Borneo bagi melihat kemungkinan itu.26 Kemungkinan tersebut berkenaan dengan tafsiran yang dinyatakan oleh Roland Turnbull Gabenor North Borneo pada bulan Januari 1960 bahawa pembentukan satu gabungan antara persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan wilayah Borneo patut dilaksanakan.27 Hasil dari persidangan, keputusan dicapai bagi mengemukakan sebuah rancangan Grand Design yang berteraskan idea dan cadangan Malcolm Mac Donald pada tahun 1949 yang menyatakan bahawa mewujudkan kesefahaman Singapura dan Tanah Melayu dahulu serta Sabah, Sarawak, dan Brunei, setelah itu barulah ianya digabungkan menjadi sebuah persekutuan yang lebih besar. Selain itu, pegawai pegawai Britsh telah sepakat agar perkara mahupun rancangan yang berkaitan dengan politik dan ekonomi yang boleh memberi kesan negatif terhadap Grand Design tersebut akan dihalang dan ianya telah dipersetujui oleh Pejabat Tanah Jajahan.

24

Mohamed Noordin Sopiee. (2005). From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unification in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Hlmn 137 25 Mohamad Rodzi Abd Razak. Op cit. Hlm 115 26 Ramlah Adam. Op cit . Hlm 324 27 Ibid. Hlm 324

15

Menerusi kedua-dua rundingan awal di atas, telah menyimpulkan bahawa pihak British masih ragu-ragu akan memasukkan wilayah Borneo dalam Malaysia, ini kerana mereka menekankan agar hubungan antara negeri yang berada di wilayah Borneo tersebut hendaklah dirapatkan terlebih dahulu manakala pihak British lebih menginginkan dan masih berusaha untuk mempengaruhi Tunku Abd Rahman mengenai cantuman antara Persukutuan Tanah Melayu dan Singapura sahaja yang akan digabungkan. Seperti mana yang diketahui, pendirian Tunku sangat tegas akan perkara yang berperihalkan keselamatan penduduk tempatan di persekutuan Tanah Melayu terutama apabila akan wujudnya ketidakseimbangan kaum. Faktor perkauman merupakan salah satu aspek yang turut manyebabkan kenapa idea penggabungan wilayah Tanah Melayu, Singapura dan wilayah wilayah Borneo mempunyai rasionalisasinya. Jika dilihat pada tahun tahun sebelum tahun 1961, telah wujud harapan daripada para pemimpin terutamanya di Singapura untuk bergabung dengan Tanah Melayu seperti yang diutarakan oleh David Marshall, Lim Yew Hock dan Lee Kuan Yew. Walau bagaimanapun, keinginan tersebut pernah ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang akan wujudnya ketidakseimbangan kaum antara orang Melayu dan orang Cina yang mana ia akan memberi ancaman ke atas status quo politik orang Melayu.28 Kebimbangan ini jelas memandangkan jumlah penduduk Singapura majoritinya merupakan kaum Cina, jika digabungkan dengan Tanah Melayu maka jumlah tersebut akan meningkat dan akan menjejaskan penduduk peribumi Tanah Melayu itu sendiri apatah lagi kaum Cina kebanyakannya terpengaruh dengan kegiatan fahaman Komunis. Perkembangan politik yang berlaku sekitar tahun 1959 dan 1961 bagaimanapun telah mengubah pendirian Perdana Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu tersebut. Kebangkitan parti sayap kiri yang mampu menjatuhkan kedudukan Parti Tindakan Rakyat (P.A.P) pada bila bila masa sahaja agak membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Jika keadaan tersebut berlaku, maka pengaruh Komunis di Asia Tenggara akan bertambah kuat dan ia akan memberi kesan ke atas wilayah wilayah kecil yang lemah termasuk Tanah Melayu.29 Oleh yang demikian salah satu jalan terbaik yang dilakukan oleh Tunku ialah bukan sahaja menggabungkan Tanah Melayu dengan Singapura, bahkan dengan penyertaan wilayah wilayah Pulau Borneo iaitu Brunei, Borneo Utara dan Sarawak yang akan membantu dalam mengimbangi kaum bagi negara Malaysia kelak. Hakikat ini disedari Tunku
28 29

Nadzan Haron & Rozeman A. Hassan. Op cit. Hlm. 69. Mazlan Abdullah. (1978). Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors. Hlm. 101.

16

apabila majoriti penduduk di wilayah Borneo merupakan kaum bumiputera yang hampir sama dengan kaum Melayu di Tanah Melayu. Gabungan tersebut akan meningkatkan jumlah penduduk bumiputera serta menyeimbangkan jumlah penduduk antara kaum Cina dan bumiputera malahan survival politik orang Melayu juga tidak akan tergugat. Justeru itu, Tunku menolak berkali-kali cadangan pihak British tersebut seperti yang telah dijelaskan beliau kepada Tory pada 18 April 1961;

the silk of the Chinese in Singapore were incapable of adopting a truly Malayan viewpoint and therefore of being assimilated safety into the federation. 30
Ketegasan Tunku terhadap penolakan Singapura untuk bergabung dengan persekutuan Tanah Melayu telah menimbulkan banyak persoalan dikalangan ramai orang, apabila pendirian Tunku yang menerima semula Singapura ke dalam Penubuhan gagasan Malaysia selepas menemui Lee Kuan Yew di Kuala Lumpur pada 23 April 1961. Keperibadian Tunku sebagai seorang yang berpandangan jauh telah menyebabkan Tunku akur akan keputusannya, ini kerana beliau khuatir akan perkembangan politik di Singapura akan menjejaskan Tanah Melayu, jika sekiranya Singapura mencapai kemerdekaan Negara tersebut akan dikuasai oleh golongan berhaluan kiri dan Parti Tindakan Rakyat yang diketuai Lee Kuan Yew bertambah merosot. Sebagaimana yang diketahui, golongan berhaluan kiri di Singapura merupakan parti gerakan komunis, perihal ini akan merumitkan persekutuan Tanah Melayu yang sememangnya mempunyai hubungan luar negara yang baik dengan Singapura atas dasar ekonomi mahupun politik. Hasil daripada persetujuan yang dicapai menerusi pertemuan-pertemuan Tunku bersama pihak British tersebut seperti Malcolm Mac Donald dan Lord Peth bagi mewakili suara negeri-negeri yang terlibat dalam menyertai gagasan Malaysia seperti Sabah dan Sarawak yang dilaporkan oleh Senu Abdul Rahman, telah menyemarakkan lagi semangat Tunku Abd Rahman bagi meneruskan usaha dalam merealisasikan matlamat beliau bagi membina sebuah gagasan Malaysia. Tunku Abd Rahman yang juga memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri ketika itu, telah memberi pengalaman yang luas kepada beliau untuk melihat keadaan dasar luar negara selepas kemerdekaan dan mengetahui perkara-perkara yang berlaku di negara-negara jiran terutama bagi Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak yang telah membuka pandangan beliau untuk membuat keputusan untuk membentuk sebuah unit
30

Mohamad Rodzi Abd Razak. Op cit Hlm 115.

17

persatuan politik dan ekonomi antara Persekutuan Tanah Melayu dengan negara - negara tersebut. Berita yang mengejutkan ini telah diumumkan pada 27 mei 1961 dalam sebuah majlis atau persidangan iaitu Foreign Correspondent Association of Southest Asia di Hotel Adelphi Singapura31. Walaupun nada Tunku Abd Rahman dalam menyatakan pandangannya itu secara bersahaja namun ianya memberi impak yang besar apabila beliau berpendapat bahawa:

Tanah Melayu hari ini sebagai sebuah negara, tidak boleh berdiri sendiri dan memencilkan diri. Di luar politik antarabangsa, politik negara kita mestilah mempunyai dasar yang luas. Lambat launnya ia hendaklah mempunyai persefahaman dengan Britain dan rakyat dengan wilayah-wilayah Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah terlalu awal bagi saya hendak mengatakan sekarang bagaiman persefahaman yang rapat ini dapat dihasilkan, tetapi tidak dapat tiada harus kita memandang ke hadapan ke arah tujuan ini dan memikirkan satu rancangan yang dengannya wilaya-wilayah ini dapat dibawa lebih rapat lagi ke dalam bidang kerjasama politik dan ekonomi
32

Walaupun pengumuman ini tidak bernada serius, namun ianya mampu menarik tindak balas yang positif dari pihak media dan telah mendapat sambutan dan reaksi daripada pelbagai pihak seperti dikalangan pemimpin Tanah Melayu sendiri, pemimpin negeri-negeri yang terlibat dan masyarakat tempatan yang telah diketengahkan oleh beberapa penulis mahupun sejarawan terhadap keputusan Tunku tersebut hal ini kerana sebelum ini, Tunku Abdul Rahman merupaka salah seorang Individu yang menolak keras idea Penubuhan Malaysia dengan Singapura. Perkara ini terbukti apabila idea pembentukan awal ini sebenarya telah ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Tunku sebelum itu juga pernah menolak banyak kali permintaan dari Singapura untuk bergabung, baik daripada Menteri Singapura iaitu David Marshall, 1955 malah daripada Ketua Menteri kedua Singapura iaitu Lim Yew Hock. Penolakan idea penggabungan ini dijalankan adalah kerana melibatkan ancaman politik Tanah Melayu khususnya ketidakseimbangan populasi penduduk antara kaum Melayu dengan kaum imigran khususnya Cina. Majoriti penduduk Singapura (sekitar 85%) adalah berketurunan cina dan dianggap masih memiliki kesetiaan yang tinggi kepada

31

Zainal Abidin Adbul Wahid et.al. (1996). Malaysia, Warisan dan Perkembangannya: edisi kedua . Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 243. 32 Nadzan Haron dan Rozeman Abu Hassan. Op cit. Hlm 63.

18

Tanah Besar China. 33 Tunku khuatir jika Singapura dan Tanah Melayu bergabung, keadaan keseimbangan kaum akan menjadi lebih meruncing dan akan timbul masalah sosial berikutan masalah tersebut.

Jadual 1 : Komposisi penduduk selepas penggabungan Tanah Melayu dan Singapura (1962) Wilayah Melayu Bumiputera Tanah Melayu & 3,322,534 singapura Sumber : Ongkili, J.p., 1985: 154
34

& Cina 3,424,351

Lain-lain 977,802

Jumlah 7,724,687

Berdasarkan jadual diatas, jumlah penduduk adalah selepas penggabungan Tanah Melayu dan Singapura sebelum Borneo turut dibawa masuk dalam satu wilayah politik yang sama. Keadaan ini lah yang di khuatiri oleh Tunku Abdul Rahman akan berlaku jika Singapura pada awalnya dibawa masuk untuk bergabung. Komposisi penduduk Cina dilihat telah mengatasi jumlah kaum Melayu dan Bumiputera. Didapati jumlah besar penduduk berketurunan Cina mampu menggugat penduduk Melayu yang wujud pada ketika itu. Imbangan kaum ini juga dilihat sebagai isu sensetif kepada masyarakat Melayu dalam persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, idea awal penggabungan singapura ini juga ditentang kerana bimbangkan perkembangan ideaologi komunisme yang sedang hangat menular di Singapura akan terus merebak ke Tanah Melayu akibat Penggabungan ini. Keadaan politik Singapura juga dianggap berhaluan kiri dan dianggap condong kepada penguasaan Komunis. Oleh itu, Tunku merasa bimbang penguasaan kaum Cina akan membahayakan keselamatan Tanah Melayu jika kedua-dua negeri itu bergabung. Keresahan terhadap penggabungan kedua-dua negeri ini dapat dilihat melaui pandangan Tunku Abdul Rahman iaitu :

I felt then that the conditions prevailing in Singapore, the trend of thought and the sentiments of the people of Singapore were entirely different from us in the Federation. The

33 34

Mohamad Rodzi Abd Razak (2003) . op cit. Hlm 109-122. Ismail Said (2012) . Sejarah Malaysia Moden (1945-1969). Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Hlm 92.

19

predominantly Chinese population in Singapore almost make the island a Little China, and therefore the inclination of certains section of the Singapore people is to follow closely the trend of political thinking in China. 35
Namun disebabkan oleh beberapa faktor telah membuka minda dan merubah pendirian Tunku untuk menubuhkan gagasan Malaysia dengan mencantumkan sekali Singapura dan antara faktor tersebut ialah ingin membela kedudukan masyarakat Bumiputra di Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana Kemunduran Sabah dan Sarawak juga menjadi salah satu penyebab penyertaan mereka dalam Malaysia. Semasa pemerintahan British, masyarakat peribuminya dalam kemunduran dan nasib bumiputera sabah dan Sarawak terbiar dan tidak mendapat layanan yang baik.Walaupun British sedia ada telah membuat pelbagai perubahan. Walau bagaimanapun, perubahan itu sebenarnya bukanlah untuk masyarakat setempat tetapi hanya semata-mata untuk kepentingan ekonomi British. British dilihat lebih memberi layanan istimewa kepada orang luar. Orang luar lebih mendapat tempat dalam sektor pentadbiran dan pendidikan. Dengan keadaan begitu, orang luar dengan mudah memasuki Sabah dan Sarawak. Mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi dengan mudah memegang sebahagian besar jawatan penting. Walaupun jawatan-jawatan tinggi dipegang oleh pegawai British, namun dikatakan hampir sebahagian besar dipegang oleh orang luar. Golongan bumiputera sangat sedikit yang memegang jawatan tinggi kerana peluang untuk mendapat pelajaran peringkat tinggi sangat sedikit dan tidak boleh memegang jawatan tinggi. Sementara masyarakat setempat terus dalam kemunduran dan tidak berpendidikan. Justeru itu, adalah perlu untuk memasukkan keduadua negeri tersebut dalam persekutuan Malaysia. Hal ini kerana, kebarangkalian mendapat layanan yang baik kepada bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar kerana Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah dalam rumpun yang sama. Oleh itu, jika kedua-dua wilayah tersebut dimasukkan ke dalam Malaysia, maka kemungkinan layanan yang baik diberikan kepada bumiputera Sabah dan Sarawak. Dasar kebumiputeraan di Tanah Melayu yang telah dilaksanakan iaitu dengan kedudukan istimewa boleh dilaksanakan dan diperluaskan di Sabah dan Sarawak.
36

Hal ini juga, selama penjajahan British di Sabah dan Sarawak belum ada lagi pembangunan dan menyediakan penduduk dari segi social, ekonomi dan politik kepada

35 36

Mohd Rodzi Abd Razak. Op cit. Hlm 29. Zainal Abidin et.el. (1996). Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

20

kedua-dua penduduk negeri bagi menentukan masa depan politik masing-masing secara demokratik. Kedua negeri ini ketinggalan dari segi pembangunan social dan ekonomi, serta bersempadan hutan belantara yang luas dengan Indonesia. Oleh itu, Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia dengan pelbagai syarat. parti-parti di Sabah dan Sarawak menentang dengan alasan yang sama iaitu UNKO dan SUPP bimbang orang bukan Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak kehilangan identity dan dikuasai oleh orang Melayu, politik dan ekonomi Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Kerajaan Pusat, mahukan kemerdekaan terlebih dahulu diberikan serta bimbang tentang isu kemajuan ekonomi dan sosial.
37

Setelah lawatan Tunku Abdul Rahman

pada Jun 1961 yang menjelaskan kedudukan penggabungan tersebut akhirnya parti-parti politik Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menyertai gagasan Malaysia.38 Dalam pada masa yang sama Sabah dan Sarawak telah buat tuntutan sebagai syarat untuk menyertai Malaysia. Syarat ini dikenali sebagai Perkara 20 di Sabah dan 18 perkara di Sarawak yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan yang bertujuan untuk melindungi hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak. Perkara 20 dan perkara 18 tersebut merangkumi Ketua Negeri, Bahasa Kebangsaan, Agama Islam, kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal imigresen, kerakyatan, peruntukan kewangan dan pelajaran. Setelah bersetuju dengan syarat tersebut barulah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak akan dilakukan.39 Selain itu, Tunku juga ingin menubuhkan Malaysia kerana Tunku berpendapat bahawa dengan Melalui penubuhan Malaysia seperti yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei akan mencapai kemerdekaan yang lebih awal daripada apa yang dijangkakan tanpa berusaha bersendirian untuk menuntut kemerdekaan mereka40. Tunku berusaha agar negeri-negeri tersebut bergabung dengan Tanah Melayu agar sebuah persekutuan yang besar dan kuat dapat dibentuk sekaligus dapat mengawal pengaruh komunis yang sedang berleluasa pada ketika itu khususnya di Singapura. Di Samping itu, mereka juga akan dapat menikmati sosial, ekonomi dan politik. Hal ini demikian kerana, kesemua negeri-negeri tersebut kecuali Tanah Melayu masih lagi berada di bawah kekuasaan pihak British yang sah dan hal ini bertepatan
37

Paridah Abd. Samad. 2009. Tun Razak: Fenomena Politik Malaysia. Kuala Lumpur: Partisan Publication & Distribution. Hlmn 48-49. 38 Azharudin Mohamed. 2012. Perlembagaan Malaysia: Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Universiti Malaya: Jabatan Sejarah. 39 Ghazali Shafie. 2004 (cetakan kedua). Ghazali Shafies Memoir on the Formation of Malaysia. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlmn 321-326. 40 Zainal Abidin Abdul Wahid. Op cit .Hlm 245

21

dengan rancangan Tanah Melayu yang pada masa itu mahukan bahawa Malaysia haruslah ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang dua tahun. Keadaan didorong apabila pihak British itu sendiri dilihat tidak berminat untuk memberi kemerdekaan kepada keempat-empat buah negeri tersebut secara berasingan. Jika diteliti, tindakan British yang menginginkan keempat-empat negeri tersebut menyertai Malaysia adalah disebabkan ingin menjamin kepentingan pertahanan sekaligus ekonomi mereka khususnya di Singapura yang dapat memberi manfaat kepada British. Pada awal penubuhan gagasan Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak bersetuju untuk menyertai gagasan tersebut kerana menganggap gagasan Malaysia adalah sabagai satu helah untuk meluaskan kuasa tanah Melayu bagi menggantikan penjajah British. Namun, setelah dijelaskan akhirnya penduduk di kedua-dua buah negeri ini akhirnya bersetuju menyertai gagasan tersebut kerana jika Sabah dan Sarawak cuba mencapai kemerdekaan secara berasingan, maka besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam tempoh lima tahun kerana mereka perlu membuktikan kepada pihak British yang mereka mampu untuk mentadbir negeri mereka. Tambahan lagi, pada ketika itu, kedua-dua buah negeri ini masih belum matang dalam aspek pentadbiran mereka. Justeru, dengan menyertai gagasan Malaysia, kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak akan segera dicapai dan kaum bumiputera akan dapat menikmati layanan yang lebih baik apabila menyertai gagasan ini sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana, kedudukan istimewa memang telah pun dilaksanakan di Tanah Melayu atas dasar kebumiputeraan dan ini boleh diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Penggabungan antara keempat-empat buah negeri dengan Tanah Melayu akan dapat menamatkan penjajahan British di rantau ini serta dapat menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah tersebut daripada ancaman kuasa luar41. Pemberian kemerdekaan yang lebih cepat akan dapat mengelakkan hasrat komunis untuk bertapak di Tanah Melayu dan negeri-negeri yang terlibat. Selain itu, pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia menunjukkan minat terhadap Sabah, Sarawak dan Brunei telah menggalakkan lagi pihak British agar keempat-empat buah negeri ini menyertai gagasan Malaysia. Filipina misalnya di bawah pimpinan Presiden Macapagal telah membuat penguguman menuntut hak terhadap Sabah pada 1962 berdasarkan perjanjian Sultan Jamalul Alam dengan Baron Overback pada 22 jan 1878. Jika dilihat, tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara adalah tidak wajar kerana mengikut perjanjian yang telah ditandatangani antara Sultan Jamal ul-Azam,
41

Hairul Anuar Hj Mak Din, Sejarah Malaysia 1400-1969 Satu Evolusi (2009), Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa hal 186

22

Sultan Sulu dengan Baron de Overback menyatakan bahawa wilayah Borneo Utara telah diserah ataupun dipajak untuk selama-lamanya dengan bayaran tahunan sebanyak $5,000. Di Indonesia pula, walaupun pada awalnya mereka bersetuju dengan idea penubuhan Malaysia, namun tidak lama kemudian sikap kerajaan Indonesia berubah dan mengecam gagasan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru di Asia Tenggara. Presiden Sukarno telah mengistiharkan konfrontasi dengan melancarkan kempen Ganyang Malaysia. Oleh itu, adalah lebih baik jikan Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu membentuk Malaysia agar kemerdekaan Negara tersebut dapat dipercepatkan sekaligus mengelakkan ancaman daripada kuasa luar. Walau bagaimanapun, pengumuman Tunku Abd Rahman tersebut tidaklah

mengejutkan pihak British, ini kerana sebelum Tunku mengumumkan idea penubuhan tersebut, terlebih dahulu beliau telah menyatakan hasratnya kepada beberapa pegawai British seperti Harold MacMillan, Perdana Menteri British di London awal 1961 ketika itu dan disamping itu disisi pihak British pula, idea penubuhan ini juga pernah menjadi keinginan pihak mereka yang mahu membina penyatuan persekutuan yang lebih besar yang dikenali sebagai super federation. Antara sebab pihak British bersetuju dan menyokong idea Tunku Abd Rahman adalah; Pembentukkan gagasan Malaysia ini juga memberi keuntungan kepada pihak British, hal ini kerana perkara ini telah diusulkan oleh G.W. Tory kepada Commonwealth Relations Office yang telah menyatakan sokongannya terhadap penyatuan tersebut kerana melalui percantuman tersebut perluasan pengaruh komunis di Asia Tenggara dapat dihalang, seperti42;

I agree entirely with recommendation of the Conference that the United Kingdom Government should accept as their aim the policy of working towards a political association between Malaya, Singapore, and the Borneo Territories. In my view the best hope for stability and successful resistence to Communist encroachment in South East Asia in long term lies in Malaya, and in the continuation of strong and friendly Government in Malaya lies the best prospect of maintaining Commonwealth influence in the area. The association of Malaya, Singapore and the Borneo Territories to which the Inter-Territorial Conference has referred offers the only obvious solution to this problem.

42

Ramlah Adam.Op. cit. Hlm 324

23

Kebimbangan Tory terhadap perluasaan pengaruh komunis ini kerana Selepas Perang Dunia kedua, aktiviti-aktiviti parti-parti komunis semakin tidak terkawal serta semakin berjaya meluaskan pengaruhnya. Sejak Komunis Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1920, partiparti komunis turut ditubuhkan di negara-negara Asia Tenggara seperti di Indonesia, Tanah Melayu, Vietnam, Filipina, dan Indochina.
43

Sejak peristiwa kekalahan Perancis dan Amerika Syarikat kepada tentera Komunis Vietnam yang dibantu oleh Soviet Union dan China, kuasa-kuasa Barat telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengelak penguasaan tentera Komunis ke atas Asia Tenggara secara keseluruhannya. Pada tahun 1955 misalnya, Amerika Syarikat dan Britain bekerjasama mewujudkan SEATO (Southest Asia Treaty Organisation) iaitu merupakan satu pakatan tentera yang memberikan bantuan ketenteraan termasuk pembinaan pangkalanpangkalan tentera. Perkembangan pesat ideologi Komunis khususnya dalam kalangan masyarakat semakin membimbangkan British dan Kerajaan Tanah Melayu. Pada tahun 1950-an, pengaruh komunis telah merebak ke Sarawak apabila ideologi Komunis telah berjaya mendominasi Liga Belia Demokratik Cina Seberang laut dan Persatuan Belia Maju Sarawak. Begitu juga Parti Bersatu Rakyat Sarawak yang semakin dikuasai oleh ideologi komunis tersebut. Jadi, telah timbul satu idea bagi mewujudkan satu unit yang kuat dalam menghadapi ancaman Komunis. Idea penubuhan Gagasan Malaysia adalah merupakan satu strategi bagi memperkuat Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, dan negeri-negeri Borneo (Sabah, Sarawak, dan Brunei). Gabungan ini dilihat dapat menguatkan banteng keselamatan dan kawalan daripada perkembangan pesat ideologi Komunis di Asia tenggara. Selain itu, pihak british juga melihat dengan pembentukkan Super Federation ini merupakan satu peluang terbaik untuk melaksanakan dasar british bagi melepaskan tanggungjawab secara terhormat kepada wilayah-wilayah tanah jajahannya terutama Sabah dan Sarawak. Cara yang dilakukan oleh pihak British ialah melalui proses Dekolonisasi dimana pihak British melihat bahawa Penubuhan Malaysia merupakan satu Proses Dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang masih belum membangun. . Pada masa ini, hampir kesemua negara di Asia Tenggara telah berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah pada ketika itu. Tambahan lagi, tahun 1960-an British ingin
43

Ibid. Hlm 324.

24

membawa lebih banyak kemerdekaan kepada tanah jajahannya. Justeru, dengan membangunkan negeri Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura dengan Tanah Melayu akan lebih memudahkan negeri-negeri tersebut untuk mencapai kemerdekaannya44. Hal ini turut mendorong British untuk berbuat demikian kerana dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah timbul usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan. Oleh itu, kejayaan pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara. British berharap agar pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis yang sedang berleluasa di Singapura dan juga wilayah-wilayah Borneo. British perlu mengambil langkah ke arah memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutamanya pangkalan mereka di Singapura. Oleh itu, dapat dilihat bahawa proses dekolonisasi merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada pembentukan Malaysia. Seterusnya kerjasama ekonomi juga merupakan antara sebab yang mendasari idea pembentukan gagasan Malaysia bagi sudut pandangan pihak kerajaan British. Hal ini kerana kemajuan ekonomi di kelima-lima negeri yang menyertai gagasan Malaysia iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Ketidakseimbangan ekonomi ini dapat dilihat apabila setiap negeri memiliki hasil pengeluaran yang tidak sama seperti Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah, Brunei yang kaya dengan sumber petroleum dan kedudukan Singapura sebagai sebuah pelabuhan yang terkenal dan terpenting di kawasan asia tenggara manakala bagi ekonomi Sabah dan Sarawak ketika itu masih mundur dan jauh ketinggalan dalam pembangunan infrastruktur. Pihak british juga menyedari akan perbezaan arus pembangunan di Borneo Utara yang ketinggalan jauh adalah merupakan beban yang sangat berat bagi mereka untuk memajukan tanah jajahan tersebut. Oleh itu, pihak british berpendapat dengan penggabungan ini akan memberi kelebihan bagi wilayah Borneo Utara iaitu Sabah dan Sarawak dalam mewujudkan kerjasama ekonomi bersama yang seimbang serta terancang, seperti negeri-negeri yang maju dapat membantu negeri yang mundur. Tambahan juga, gabungan kelima-lima negeri tersebut dapat menghasilkan pasaran ekonomi Malaysia lebih luas dimana hasil bahan mentah yang diperoleh bagi setiap negeri mampu menarik pelaburan yang besar dan secara tidak langsung dapat menjamin kepentingan pelaburan British. Berikut merupakan jadual bagi hasil ekonomi yang diperoleh bagi kelima-lima negeri tersebut;

44

Zainal Abidin Abdul Wahid, op. cit, hal 244

25

Major Export Products45 (value Factor indicated by percentage) Rubber Tin Iron ore Palm product Pepper and spices timber Petroleum

Malaya North Borneo Brunei Sarawak

60% 20% 1% 25%

15%

6%

4%-5% 2% 13%

2% 15% 45% 99% 7.5% 10% 55%

Singapore 40%

Oleh yang demikian, sebab sebab tersebut telah menunjukkan bahawa kerajaan British sememangnya telah awal memikirkan konsep Super Federation dan manfaatnya kepada pihak mereka. Dari aspek itulah, pihak british tidak membantah idea terbabit malah membantu dan membimbing Tunku Abd Rahman sepanjang proses penubuhan Malaysia. 3.0 Penilaian Sebab-sebab pembentukan Malaysia sebenarnya mempunyai agendanya tersendiri yang lebih membawa kepada faedah yang boleh dikongsikan bersama. Jika diperhatikan, tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pemimpin-pemimpin yang terlibat menunjukkan bahawa pada ketika itu, mereka telah terlibat dengan politik bersifat permuafakatan yang mana sistem demokrasi yang mendasari politik Malaysia adalah bersifat permufakatan. Sebagai Contoh Rundingan demi rundingan yang telah dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dengan Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin III , pemimpin Singapura iaitu Lee Kuan Yew, pemimpin Sabah seperti Pengerusi United National Kadazan Organazation (UNKO), Donald Stephen dan parti-parti politik Sarawak seperti Parti Negara Sarawak (PANAS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) bagi menarik
45

Williard A.Hanna (1964). The Formation of Malaysia New Factor in World Politics. New York: American Universities Field Staff, INC. Hlm 11

26

pemimpin-peminpin wilayah-wilayah ini untuk menyertai gagasan Malaysia secara rela hati dan bukanya dengan kekerasan. Hal yang melibatkan kaum-kaum yang berbeza ini bukanlah sesuatu yang mudah dan ini memerlukan sikap rendah diri dan keterbukaan hati untuk menerima antara satu sama yang lain sepertimana yang dilakukan oeh Tunku Abdul Rahman dengan pemimpin-pemimpin negara yang terbabit dalam pembentukan Malaysia. Dan keadaan ini telah menunjukkan pemimpin pada ketika itu lebih kepada mengamalkan politik bersifat permuafakatan dan bukannya kekerasan. Melalui tajuk ini juga, terdapat beberapa nilai yang dapat kita jadikan panduan dalam menjalankan kehidupan kita sehari-harian sebagai rakyat Malaysia. Antaranya ialah selaku rakyat Malaysia yang mempunyai semangat cintakan tanah air sendiri, kita akan sentiasa melihat kepada sejarah-sejarah lepas yang pernah berlaku ke atas Negara Malaysia dan sentiasa ingin mengetahui dengan lebih lanjut terhadap sesuatu perkara yang didasari oleh perkara-perkara yang pernah terjadi sepanjang tempoh 50 tahun pembentukan Malaysia agar kita menjadi masyarakat yang melihat sejarah sebagai suatu pengajaran kepada kita untuk sentiasa memperbaiki diri dan Negara dan sentiasa menghargai keamanan yang dikecapi sehingga hari ini sebagai rakyat Malaysia terdapat pemisahan sempadan negeri daripada laut cina selatan yang telah memisahkan Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Pengajaran ataupun nilai-nilai yang dicapai daripada tajuk tugasan juga ialah kita seharusnya sentiasa berpandangan jauh dalam apa juga keadaan agar sesuatu keputusan yang diambil tidak merugikan kita suatu hari kelak. Hal ini dapat dilihat melalui ketokohan Tunku abdul Rahman, dimana pada awalnya Tunku tidak berminat dengan menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura kerana setelah dinilai kesan daripada penggabungan tersebut akan membawa kepada masalah ketidakseimbanggan penduduk Melayu dan cina. Tunku melihat keadaan ini akan mengancam status quo politik Melayu apabila Malaysia dibentuk46 melalui keadaan ini kita dapat melihat bahawa Tunku merupakan seorang Tokoh yang berpandangan jauh dan selaku rakyat Malaysia dan juga bakal pendidik kepada generasi yang akan datang dalam pendidikan Sejarah, kita seharusnya menjadi seorang yang sentiasa berpandangan jauh dalam membuat keputusan demi kebaikan yang akan dicapai dan sentiasa menerapkan semangat patriotik dalam diri generasi muda agar sentiasa cintakan Negara agar kemerdekaan dapat dipertahankan.

46

Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan. Op cit .Hlm 69.

27

Sebagai rakyat Malaysia dan juga bakal pendidik anak-anak bangsa kita pada masa hadapan kelak, seharusnya kita menanamkan sikap kepada generasi masa depan yang sentiasa berpendirian teguh dan sentiasa patuh kepada prinsip-prinsip negara kita yang mengamalkan keharmonian kaum dan sentiasa berpendirian teguh dalam menjaga keunikan kaum-kaum yang terdapat dalam Malaysia agar tidak kehilanggan pada masa yang akan datang. Contoh sikap berpendirian teguh ini dapat diambil daripada sikap Tunku Abdul Rahman, selaku Ketua Menteri Tanah Melayu dan juga Perdana Menteri Malaysia pertama telah menyatakan pendirian beliau untuk tidak berganjak dengan keputusan untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan juga Brunei dalam gagasan Malaysia sekirannya Singapura menginginkan untuk menyertai gagasan tersebut walaupun telah dipengaruhi oleh pemimpin British pada ketika itu iaitu Sir Malcom MacDonald untuk menggabungkan Tanah Melayu dan Singapura sahaja terlebih dahulu dan memberi alasan Sabah, Sarawak dan Brunei seharusnya memperbaiki hubungan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia. Namun Tunku sama sekali tidak terpengaruh dengan idea Sir Malcom MacDonald tersebut dan sentiasa menutarakan pandangan beliau dan situasi ini menunjukkan Tunku seorang yang berpendirian teguh dalam setiap keputusan yang diambilnya. Selain itu, nilai ataupun iktibar yang dapat diambil ialah bijak membuat keputusan. Menerusi topik ini, kita akan melihat salah satu sebab Tunku ingin membuat pembentukan Malaysia ialah kerana ingin menghalang pengaruh komunis untuk masuk ke Tanah Melayu oleh itu, Tunku Abdul Rahman bertindak memasukkan Singapura ke dalam pembentukan Malaysia kerana ingin memastikan tidak terdapat sebuah kerajaan komunis di muka pintu Negara iaitu Singapura kerana pengaruh golongan kiri di Singapura pada ketika itu amat membimbangkan Tanah Melayu. 4.0 Penutup Secara kesimpulannya, idea dan sebab-sebab penubuhan Malaysia ini adalah disebabkan oleh ucapan Tunku Abdul Rahman yang dianggap sangat bersahaja kerana ucapan tersebut tidak terlintas lansung dalam pemikiran ahli-ahli majlis yang dating pada ketika itu dan juga ucapan tersebut dibuat tanpa perbincangan serius yang dilakukan terlebih dahulu antara Tunku dengan pemimpin-pemimpin negeri yang ingin dibawa masuk ke dalam gagasan Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Walaupun ucapan Tunku di Singapura pada 27 Mei 1961 dilihat sangat ringkas namun membawa kepada reaksi dan kesan yang sangat penting khususnya dalam kalangan pemimpin-pemimpin

28

politik di negeri-negeri yang terlibat dan beberapa usaha-usaha telah dijalankan bagi merealisasikan matlamat tersebut dan tahun 1963 dijadikan sasaran untuk mencapainya47. Idea penubuhan Malaysia pada awalnya telah dikemukakan oleh Lord Brassey pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Company), Sir Malcom MacDonald Pesuruhjaya Tinggi Asia Tenggara, Mohd Ghazalie Shafie pegawai British yang berketurunan Melayu, Dato Onn Jafar pengasas UMNO, David Marshall ketua parti Barisan Buruh Singapura, dan juga Lee Kuan Yew pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura sebelum secara rasminya di kemukakan oleh Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Tanah Melayu. Antara sebab-sebab idea penubuhan Malaysia ini dibentuk oleh Tunku Abdul Rahman ialah bagi mengelakkan ancaman dan pengaruh komunis di Singapura dan juga Borneo, memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura dengan kadar yang segera, perkongsian faedah ekonomi antara Tanah Melayu yang kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei yang kaya dengan Sumber minyaknya dan Singapura pula akan lebih selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia dan kekayaan ekonomi dariapada Tanah Melayu, Brunei dan Singapura dapat membantu krisis ekomomi ynag melanda Sabah dan Sarawak pada ketika itu. Selain itu, sebab penubuhan Malaysia ini juga adalah untuk membela masyarakat Bumiputra di Sabah dan Sarawak yang mundur dari segi infrastruktur dan pendidikannya ,menjaga kepentingan hak kaum bumiputra kerana dengan penyertaan Sabah dan Sarawak maka bilangan bumiputra termasuk Melayu akan terjamin daripada menjadi tidak seimbang akibat penyertaan Singapura yang didominasi oleh kaum Cina dan menjadikan kumpulan Melayu dan Bumiputra kekal menjadi kumpulan yang terbesar dan sebagai proses dekolonisasi British terhadap wilayah jajahan juga merupakan salah satu sebab yang turut menyumbang kepada pembentukan Malaysia. Persetujuan Tunku Abdul Rahman untuk menerima penggabungan Singapura yang pada asalnya ditolak mentah-mentah oleh Tunku sendiri adalah kerana persetujuan British untuk melepaskan tanah jajahan mereka di Borneo untuk dibawa masuk ke dalam gagasan Malaysia. Hal ini adalah untuk mengimbangi kedudukan kaum Melayu dan Bumiputra di Malaysia. Keadaan ini memperlihatkan bahawa Tunku merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh.

47

Mohd Rodzi Abd Razak. Op cit. Hlm29.

29

Namun, idea penubuhan Malaysia bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah diusahakan oleh Tunku Abdul Rahman tetapi telah menghadapi pelbagai rintangan terpaksa dihadapi dalam menjayakan gagasan tersebut menjadi realiti sehingga membawa kepada pengistiharaan Malaysia pada 16 September 1963. Selain itu, dalam tempoh tidak kurang daripada tiga tahun tersebut, pelbagai reaksi dan tentangan telah wujud daripada Tanah Melayu sendiri dan juga negeri-negeri yang dicadangkan. Selain itu, tentangan besar juga terpaksa dihadapai daripada Negara-negara jiran khususnya Filipina dan juga Indonesia.

30

Rujukan A.J. Stockwell. (2004). Malaysia : British Documents on the End of Empire. London : TSO. Arkib Negara Malaysia. (1981). Gagasan Persekutuan Malaysia: Hari ini dalam Sejarah Jid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara Azharudin Mohamed Dali. (2012). Perlembagaan Malaysia : Penyertaan Sabah dan Sarawak

ke dalam Malaysia. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.


David Easter. (2004). British and the Confrontation With Indonesia 1960 1966. London Tauris Academic Studies. Ghazali Shafie. 2004 (cetakan kedua). Ghazali Shafies Memoir on the Formation of Malaysia. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hairol Anuar. (2009). Sejarah Malaysia 1400 1969 : Satu Evolusi. Selangor : Koleh Universiti Islam Antarabangsa. Ismail Said (2012) . Sejarah Malaysia Moden (1945-1969). Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Kevin Y L Tan (2008).Marshal of Singapore A Biography, Institute Of Southeast Asian Studies, Singapore Kritik, 19 September 1956 dalam Ramlah Adam, Biografi Politik tunku Abd Rahman (2004), Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Leon Comber.David Marshall and meet the people Singapore 195556.

Marshal of Singapore A Biography, Kevin Y L Tan.


Mazlan Abdullah. (1978). Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Mohamad Rodzi Abd Razak. (2003) . Gagasan Malaysia dan Penglibatan British : Satu Tinjauan. JEBAT -Vol29 (109-122). Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia

31

Mohamed Noordin Sopiee. (2005). From Malayan Union to Singapore Separation: Political

Unification in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur: University of Malaya


Press. Mohammad Hatta. (1965). One Indonesian View of Malaysia issue. Asian Survey : Vol. 5,

No. 3. University of California Press


Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia Melangkah Ke Hadapan: Pengajian

Malaysia Sejak 1945.Perak: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.


Paridah Abd. Samad. 2009. Tun Razak: Fenomena Politik Malaysia. Kuala Lumpur: Partisan Publication & Distribution R.S Milne and K.M Diane (1978). Politics and Government in Malaysia. Singapura: Federal Publications Ramlah Adam (2004). Biografi Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . Tan Sri Dato Muhammad Ghazali Shafie. 2000. Ghazali Shafie: Malaysia, Asean and the New

World Order. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.


Tan Sri Ghazali Shafie. 1982. Malaysia: International Relation (Selected Speeches by M.

Ghazali Shafie). Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn Bhd


Williard A.Hanna (1964). The Formation of Malaysia New Factor in World Politics. New York: American Universities Field Staff, INC Zainal Abidin Adbul Wahid et.al. (1996). Malaysia, Warisan dan Perkembangannya: edisi

kedua. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

32

You might also like