Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1.0.

BIODATA

Gambar Donald Trumph

Donald John Trumph di lahir pada 14 Jun 1646. Beliau ialah seorang usahawan, sosialit, pengacara televisyen dan pengarang berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakanPengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Trump Organization, sebuah pertubuhan pemaju hartanah di Amerika Syarikat. Trump juga merupakan pengasas syarikat Trump Entertainment Resorts yang mengendalikan berbilang kasino dan hotel di seluruh dunia. Gaya hidup mewah dan sifat terus terang yang dimiliki oleh Trump menjadikannya seorang selebriti, ditambah lagi dengan kejayaan mengacarakan rancangan televisyen realiti The Apprentice.

Gambar Syarikat Trump Entertainment Resorts

Donald adalah anak yang keempat dari lima anak Fred Trump, seorang pemaju hartanah yang bertapak di Bandar Raya New York. Donald kuat dipengaruhi oleh bapanya untuk mencapai cita-cita menjayakan kerjaya pembangunan hartanah . Selepas tamat pengajian di Maktab Wharton di Universiti Pennsylvania pada tahun 1968, Donald Trump pun menyertai syarikat milik bapanya iaitu The Trump Organization. Bermula dengan kerja-kerja pengubahsuaian Hotel Commodore menjadi Grand Hyatt bersama keluarga Pritzker, beliau turut mengusahakan Menara Trump diBandar Raya New York di samping pelbagai projek perumahan. Kemudian, Trump menceburi industri penerbangan (dengan membeli laluan penerbangan Eastern Shuttle), dan perniagaan kasino Atlantic City, termasuklah membeli Taj Mahal Casino yang menghadapi kemuflisan dari keluarga Crosby. Walau bagaimanapun, kegiatan peluasan yang dilakukannya ini, baik secara peribadi mahupun perniagaan, menyebabkan dirinya semakin berhutang keliling pinggang. Pada awal 1990-an beliau berdepan dengan perhatian akhbar yang berlebihan kerana masalah kewangan, jamin keluar oleh pemiutang, hubungan luar nikah bersama Marla Maples, dan penceraian dari isteri pertamanya iaitu Ivana Trump.Zaman penghujung 1990-an menyaksikan pulihnya kedudukan kewangan dan nama beliau. Pada tahun 2001, beliau menyiapkan bangunan Trump World Tower, sebuah pangsapuri 72 tingkat yang terletak di hadapan Ibu Pejabat Bangsabangsa Bersatu. Tambahan pula, beliau memulakan pembinaan Trump Place, sebuah projek pembangunan berbilang bangunan di sepanjang Sungai Hudson. Trump juga memiliki ruang perniagaan di Trump International Hotel and Tower, sebuah menara pelbagai kegunaan 44 tingkat (hotel dan kondominium) di Columbus Circle. Trump kini memiliki beberapa juta kaki persegi hartanah perdana diManhattan. Beliau kekal sebagai seorang tokoh utama dalam bidang hartanah di Amerika Syarikat di samping bertaraf selebriti kerana kisah-kisahnya sering didedahkan oleh media.

Gambar Trump Tower

2.0 STRATEGI YANG BERINOVASI DAN KREATIF


Tahun-tahun awal pembabitannya menyaksikan beliau mengalami kegagalankegagalan yang amat besar.Hutang peribadinya sahaja berjumlah USD950 juta. Ini belum lagi dikira hutang keseluruhan The Trump Organization yang berjumlah hampir USD5 bilion. Sebagai seorang usahawan yang baru membina nama, Trump benar-benar mengalami kejutan terbesar dalam hidupnya apabila beliau mula bergelut dengan krisis kebankrapan.

Kesannya terlalu besar dan mengesankan buat Trump. Trump bukan sahaja terpaksa melepaskan Trump Shuttle, sebuah syarikat penerbangan yang baru dibelinya. Malahan, nama beliau telah disingkirkan dari senarai bilionair majalah Forbes. Trump mengakui ini memberikan beliau sedikit kesan kepada psikologinya. Tidak cukup dengan itu, beliau juga terpaksa merayu dan berdepan dengan 32 buah bank dari seluruh dunia yang telah memberikan beliau pinjaman sebelum ini.

Ketika itu, ramai yang menjangkakan bahawa insan bernama Donald J. Trump akan sudah berada di penghujung kariernya sebagai seorang usahawan. Para media, pemerhati dan penganalisis perniagaan dunia meramalkan Trump akan kehilangan segala-galanya.

Antaranya ialah The Wall Street Journal dan The New York Times yang secara serentak dalam terbitan mereka pada 26 Mac 1991 meramalkan tamatnya nama beliau dalam dunia perniagaan. Pendek kata, tiada satu pun yang akan dimiliki beliau akhirnya dengan krisis kebankrapan dan kegagalan yang sedang dilalui itu. Rahsia Minda Jutawan Trump Namun, seperti yang dicoretkan di kulit hadapan buku Minda Jutawan Gaya Trump terbitan PTS Profesional. Tertera ayat berikut: Trump pernah bankrap dan hilang segala-galanya. Namun, dia mampu bangkit dan kembali menguasai dunia korporat.Rahsia hanya satu, MINDA JUTAWAN. Kebolehan beliau memprogramkan minda separa sedarnya menjadi minda jutawan telah menjadikan beliau kembali menguasai arena keusahawanan.Beliau percaya, setiap usahawan perlu memiliki minda jutawan agar perjuangan yang penuh ranjau dalam perniagaan tidak akanmenjadikan kegagalan sebagai penamat sebuah impian.

Apakah yang dimaksudkan dengan minda jutawan untuk seorang usahawan? Apakah konteks yang yang perlu kita fahami untuk lebih mudah mempratikkannya dalam kehidupan seharian sebagai seorang usahawan? Minda jutawan seperti mana yang dimiliki oleh Trump adalah minda separa sedar yang senantiasa berada dalam keadaan positif.Kerana ianya memiliki perisianperisian yang tepat dan bersesuaian dengan matlamat seseorang usahawan. Merujuk kes Trump, kita telah sedia maklum bahawa Trump menceburi bidang perniagaan hartanah kerana beliau amat mencintai perundingan dan pembangunan hartanah. Pada masa yang sama, beliau turut meletakkan matlamat untuk menjadi seorang jutawan yang terkenal. Apabila semua matlamat dan usaha disatukan di dalam minda beliau. Maka, bermula peringkat membentuk minda separa beliau menggunakan strategi-strategi tertentu agar minda separa sedarnya hanya dimasukkan dengan perisian-perisian yang positif dan selari dengan matlamat yang ingin dicapai.

Menapis Kata-kata Positif Sang Jutawan


Perisian-perisian minda separa sedar yang dinyatakan ini adalah saranansaranan seperti kata-kata yang dilafazkan oleh beliau atau dilafazkan oleh orang lain. Beliau akan menapis untuk memastikan hanya kata-kata yang positif sahaja akan kekal di simpan di minda separa sedarnya.

Sebagai seorang usahawan, Trump tidak dapat mengelakkan diri dari berurusan dengan ramai orang. Terutamanya mereka yang terdiri dari golongan usahawan, para pelabur serta para birokrat seperti Datuk Bandar New York dan ahli majlis bandaraya yang selalu memperkecilkan kebolehannya ketika permulaan perniagaan beliau di New York.

Walaupun begitu, kritikan dan kata-kata yang memperkecilkan kebolehan dan kemampuan beliau akan segera disingkirkan dari mindanya. Beliau sama sekali tidak akan mengizinkan kata-kata negatif ini merosakkan minda separa sedar beliau bertukar menjadi minda kemiskinan. Kata-kata negatif ini akan menjadi barah yang mampu menjahanamkan segala impian beliau untuk menjadi seorang usahawan dan jutawan yang berjaya.

3. Langkah Mencipta Sistem Minda Jutawan Trump


Oleh itu, beliau mengambil langkah-langkah pro-aktif dalam memastikan minda separa sedarnya sentiasa berada dalam kedudukan minda jutawan. Antara langkahlangkah pro-aktif membentuk minda jutawan yang diambil beliau ialah: 1 Kekalkan Fokus. Beliau menceritakan di dalam buku beliau yang bertajuk Trump: How To Get Rich bagaimana beliau menjadikan kegagalan beliau menguruskan kewangan sebagai satu pengajaran yang terbesar yang beliau perolehi dalam hidupnya. Ini menjadikan beliau lebih teguh ke atas matlamat yang ingin dicapai dan seterusnya membentuk minda beliau menjadi minda jutawan yang kekal fokus kepada kemahuan beliau. 2 -Berfikiran Besar Berfikiran besar adalah falsafah kehidupan beliau yang utama.Disebalik, kegagalan yang begitu memeritkan ketika permulaan menjadi usahawan. Minda jutawan beliau tetap teguh tanpa sedikit pun dapat dirobek oleh mana-mana virus kegagalan, yang biasanya akan berjaya mengubah jiwa orang yang gagal menjadi semakin lemah dan berputus asa. Ini kerana beliau mempunyai gaya

pemikiran yang senantiasa berpandangan jauh dan luas. Mengenai pemikiran besar seperti yang disaran oleh Trumph. Einstedt menjelaskan di dalam artikelnya Thinking Big : Your Vechicle to Big Succes iaitu apabila kita benar-benar berfikir besar. Kita tidak akan berasa kecil. Berfikir besar adalah dsisiplin, ini bermakna biarkan sahaja perkara kecil dan tidak penting berlalu pergi.Kita boleh katakana pada diri kita. Sekarang memang nampaknya kecil tetapi hasilnya akan datang jauh lebih besar. Beliau tidak menghadkan sesuatu perkara yang terjadi dalam hidupnya dengan skop yang kecil.

Apabila kita sedang memulakan gerak kerja, sudah pasti ia bermula daripada gerak kerja yang kecil tetapi itu bukan bermakna pemikiran kita juga harus kecil. Kita harus berfikiran mengenainya supaya kita sentiasa mempunyai motivasi dan daya juang yang tinggi dalam mencapai impian hidup. Contohnya Trumph yang pada awalnya hanya menjalankan projek pembinaan rumah kos rendah dan sederhana tetapi dalam mindanya sentiasa tersemat gambaran tentang sebuah empayar perniagaan yang berteraskan bangunan-bangunan mewah. Empayar The Trump Organization yang baru dibinanya boleh sahaja terus berkubur jika beliau tidak berfikiran besar dalam menangani krisis tersebut. Hasil pemikiran besar yang dimiliki beliau itu, strategi pentsrukturan semula hutang-hutang dan perniagaan dapat diselesaikan dengan mudah. Minda jutawan yang berasaskan berfikiran besar dapat memberikan idea-idea yang terbaik untuk beliau membentuk pelan penstrukturan semula hutang dan

perniagaan.Ini seterusnya matlamat beliau untuk menjadi usahawan dan jutawan terkenal bukan satu ilusi semata-mata walau sedang berhadapan dengan krisis kebankrapan. 3 Percaya Kata Hati Anda Trump adalah seorang yang insan amat mempercayai kata hatinya. Beliau amat yakin dengan kata hatinya dalam menentukan sesuatu, biar pun idea dan pandangannya tidak disukai ramai atau bertentangan dengan orang lain. Beliau yakin, dengan percaya kepada kata hatinya. Kejayaan yang lebih besar akan mampu beliau capai biar pun jalan-jalan yang dilalui itu akan mempunyai banyak halangan. Kegagalan bertindak mengikut kata hati mungkin menyebabkan beliau akan berada di tahap yang lebih rendah dari sepatutnya.

Keberanian beliau mengikut kata hatinya didasari oleh kekuatan kendiri yang ada pada diri beliau dengan memiliki minda jutawan. Pada beliau, mungkin orang lain tidak nampak apa yang beliau nampak dan ini menyebabkan mereka tidak sehaluan dalam perkara-perkara tertentu dengan beliau. Contohnya dalam pengisian daya penarik atrium Trump Tower New York. Trump memilih untuk membina air terjun sedangkan ramai eksekuti kanannya memilih untuk meletakkan lukisan yang besar.

Terbukti, minda jutawan yang mengilhamkan beliau untuk membina air terjun di atrium Trump Tower New York telah memberikan pulangan berpuluh-puluh juta dolar (USD), apabila saban tahun ia menerima kunjungan puluhan ribu pelawat kerana tertarik dengan keunikan dan kemewahan air terjun tersebut.

Minda Separa Sedar Berkuasa


Kesimpulannya, sebagai usahawan, memiliki minda separa sedar yang berada di dalam keadaan minda jutawan adalah satu keperluan buat para usahawan yang ingin berjaya dengan cermelang. Ianya bukan berkisar tentang sama ada kita mahu menjadi seorang jutawan atau tidak tetapi jauh lebih penting dari itu, minda jutawan yang dimiliki berfungsi untuk membolehkan kitameraih keuntungan di dunia dan akhirat, sebagaimana yang digariskan di dalam model Jutawan Al Falah.
Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan: Episod 3 akan mengupas lebih lanjut beberapa pratikal harian yang boleh dijadikan sebagai sebahagian strategi-strategi kejayaan seorang usahawan dalam mencapai kejayaan sebenar.

You might also like