Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Refleksi Bina Insan Guru Semester 5 2013

Muhammad Hazwan bin Khairil Khalid 910806-11-5433

Saya Muhammad Hazwan bin Khairil Khalid merupakan anggota unit Pendidikan Seni Visual(PSV) Semester 5 di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP). Saya menjadi ajk buku program untuk program Bina Insan Guru(BIG) kali ini. Saya bersama dengan Syarifah Nur Farahani dan Nur Zawani. Program BIG kali ini diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 pada hari Isnin bersamaan 18 Mac 2013. Kami unit PSV bersama-sama dengan unit Kajian Sosial(KS) mengadakan lawatan ke sekolah tersebut bagi menjadikan ia sebagai penanda aras selaku sekolah berprestasi tinggi. Kami bertolak ke Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman pada pukul 8.30 pagi dari IPG Kampus Dato Razali Ismail. Kekuatan Kekuatan program kali ini ialah kekerjasama erat ahli terlibat dalam mematuhi dalam setiap gerak kerja jawatankuasa yang dianjurkan ini. Kami mengembleng tenaga sepenuh hati dalam menjayakan program ini. Pengurusan program kali juga amat baik dan berjalan lancer ini terbukti dengan perlaksanaan pada hari program berlangsung. Ternyata peserta hadir dalam masa yang ditetapkan sebelum dikehendaki menaiki bas menuju ke Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Peluang Peluang yang diperolehi oleh program ini ialah mendapat pengalaman baru dalam mendalami suasana sekolah yang bakal kami hadapi sewaktu praktikum dan sewaktu dihantar bertugas nanti di akhir program. Banyak ilmu yang diperolehi terutama maklumat terperinci sekolah yang kami lawati ini. Bahkan kami dapat berkenalan dan mengenali pihak pengurusan sekolah ini. Alhamdulillah pertemuan ini merupakan satu pertemuan bermakna selaras dengan nama program ini iaitu Bina Insan Guru.

Kelemahan Walaupun banyak kelebihan dan peluang yang dinyatakan ternyata terdapat kelemahan yang masih perlu diperbaiki bagi memperkasakan lagi gerak kerja untuk program seumpama ini akan datang. Kelemahan yang disedari antaranya disiplin peserta program yang tidak menepati masa walaupun yang terbabit tidak berdisiplin merupakan golongan yang minoriti. Selain itu, penggunaan bas untuk dua program yang berbeza mencacatkan perjalanan program yang dirancang walaupun dapat ditampung dengan pengurusan yang baik oleh pihak atasan jawatankuasa ini. Ancaman Ancaman program ini ialah perancangan ahli jawatankuasa(ajk) yang ada kurang melaksanakan komitmen sebaiknya termasuk menepati masa menghantarkan hatta refleksi sekalipun. Semoga perkara ini tidak berulang di lain masa insya-Allah.

You might also like