Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TATACARA PENCALONAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU SESI JUN 2013 HINGGA MEI 2016 ______________________________________________________________________ Hanyasanya

yang layak memakmurkan (menghidupkan) Masjid-Masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifatsifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (At-Taubah:18) Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subkaedah 6 (4) Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Sabah) (Pindaan) 2001, Majlis dengan ini membuat arahan berbentuk Tatacara yang berikut. 1. TUJUAN Tatacara ini diedarkan bagi melaksanakan Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau dan Semakan Pendaftaran Ahli Kariah Surau berdasarkan kepada Kaedah-Kaedah Pegawai Sabah) (Pindaan) 2001. 2. PEMAKAIAN Tatacara ini hendaklah terpakai hanya kepada semua Surau yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Sabah. 3. PELAKSANAAN PENCALONAN 3.1 Mesyuarat Agung Khas Setiap Surau hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan bagi mencalonkan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau pada masa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Sabah (MUIS). Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri

Page

1 of 11

3.2 Hebahan 3.2.1 Setiausaha Surau hendaklah mengeluarkan dan menandatangani notis memanggil mesyuarat kepada ahli kariah Surau dan sesalinan notis tersebut hendaklah disalinkan kepada Nazir Masjid dan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Khas Pencalonan diadakan. 3.2.2 Setiausaha Surau hendaklah menjemput Nazir Masjid, Ketua Kampung atau Pengerusi persatuan penduduk yang berkenaan untuk hadir dalam mesyuarat agung khas tersebut. 3.2.3 Notis memanggil mesyuarat hendaklah disifatkan telah diserahkan dengan sempurna kepada ahli kariah Surau apabila notis tersebut telah ditampal di papan kenyataan Surau atau kain rentang berkenaan mesyuarat agung telah digantung di dalam atau kawasan surau. 3.2.4 Untuk memastikan kehadiran ahli kariah ke Mesyuarat Agung Khas Pencalonan ini, pihak Surau bolehlah membuat hebahan sepertimenggantung kain rentang di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan ahli kariah dan membuat pengumuman pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai. 3.3 Pengendalian Mesyuarat 3.3.1 Mesyuarat Agung Khas Pencalonan ini hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi atau Surau Ketua atau wakilnya akan di kalangan anggota proses Jawatankuasa surau yang berkenaan. Manakala Nazir Masjid atau wakilnya Kampung mengendalikan pencalonan.

Page

2 of 11

3.3.2

Walau apa pun peruntukan Tatacara 3.3.1, Pengarah JAIS boleh mengarahkan mana-mana Pegawai Majlis Agama Islam Sabah untuk mempengerusikanmengendalikan Pencalonan tersebut. Mesyuarat Agung Khas

3.3.3

Setiausaha Surau hendaklah menjadi pencatat dan menyediakan minit Mesyuarat Agung Khas Pencalonan.

3.3.4

Ahli kariah yang berdaftar sahaja boleh mengundi mencalonkan, mencadang atau dicalonkan sebagai Pegawai atau Anggota Jawatankuasa Surau manakala ahli kariah yang tidak berdaftar boleh menjadi pemerhati semasa mesyuarat tersebut dijalankan.

3.3.5

Ahli kariah hendaklah mencalonkan 15 orang calon atau lebih termasuk sekurang-kurangnya seorang calon Pengerusi dan seorang calon Imam.

3.3.6

Setiap calon hendaklah mendapat sokongan 5 orang penyokong ( termasuk pencadang ) daripada ahli kariah yang berdaftar dan disahkan oleh Nazir Masjid atau wakilnya dan salah seorang yang hadir daripada yang berikut : a) Ketua Kampung lantikan kerajaan negeri ; atau b) Pengerusi Jawatankuasa Penduduk ; atau c) Pengerusi Surau atau wakilnya.

3.3.7

Pencalonan hendaklah menggunakan Borang A dan B yang telah ditetapkan oleh MAIS atau JAIS. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Nazir Masjid atau wakilnya untuk dikemukakan kepada Pejabat Agama Islam Daerah tidak lebih tiga hari daripada tarikh mesyuarat.

Page

3 of 11

3.3.8

Mana-mana ahli kariah yang berdaftar tetapi tidak hadir semasa mesyuarat dijalankan boleh dicalonkan sebagai Pegawai atau anggota Jawatankuasa Surau dengan syarat mengemukakan surat persetujuan pencalonan sebelum mesyuarat dilaksanakan.

3.3.9

Mana-mana ahli kariah yang berdaftar tidak boleh mewakilkan kepada mana-mana orang untuk hadir, mencadang dan menyokong bagi pihaknya.

3.3.10 Pencalonan

Pegawai

dan

Ahli

Jawatankuasa

Surau

adalah

berdasarkan kepada cadangan dan sokongan pencalonan daripada ahli kariah dan tiada proses pengundian boleh dilaksanakan dalam mesyuarat agung khas pencalonan tersebut. 3.3.11 Agenda Mesyuarat Agung Khas Pencalonan adalah seperti berikut: a. b. c. d. e. Bacaan Al-Fatihah dan doa; Ucapan Pengerusi Surau; Pemakluman Peraturan Mesyuarat dan Tatacara Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau. Sesi pencalonan (dikendalikan oleh Nazir Masjid atau wakilnya); dan Penangguhan mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.

Page

4 of 11

3.4 Senarai Pencalonan 3.4.1 Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau hendaklah mengambilkira kepada jawatan-jawatan berikut :a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k) 3.4.2 Pengerusi; Imam; Bilal; Siak; Setiausaha; Bendahari; Wakil Pemuda; Wakil Wanita; Bilal Jenazah Wanita; 2 orang Pemeriksa Kira-Kira; 4 orang Ahli Jawatankuasa Surau.

Setiausaha Surau hendaklah menghantar minit mesyuarat ke Pejabat Agama Islam Daerah selewat-lewatnya 7 hari selepas Mesyuarat Agung Khas Pencalonan diadakan.

3.5 Kelayakan calon Pegawai dan Jawatankuasa Surau Kelayakan calon Pegawai dan Anggota Jawatankuasa Surau adalah seperti berikut :3.5.1 3.5.2 3.5.3 3.5.4 Warganegara Malaysia; Berumur tidak kurang daripada 21 tahun tetapi tidak melebihi 65 tahun; Tinggal bermastautin, bermukim dan berdaftar sebagai ahli kariah Surau itu; Boleh membaca, menulis dan mengira;
Page

5 of 11

3.5.5

Mempunyai pengetahuan agama Islam yang tinggi dan berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mazhab yang diiktiraf oleh hukum syarak;

3.5.6 3.5.7 3.5.8 3.5.9

Mempunyai akhlak yang mulia dan amanah; Selalu membuat amal kebajikan; Sihat tubuh badan dan mental; Mempunyai daya kepimpinan; menjalin hubungan baik dengan ahli kariah dan menunjukkan ciri-ciri kreatif serta sering membawa idea-idea baru untuk meningkatkan kemajuan Surau;

3.5.10 Sentiasa

3.5.11 Tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah sivil atau syariah di manamana mahkamah yang melibatkan hukuman penjara melebihi 1 tahun. 3.5.12 Bukan seorang bankrap/muflis yang belum dilepaskan. 3.6 Keutamaan calon 3.6.1 Bagi jawatan Pengerusi, keutamaan akademik minima ialah mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Agama (SPA) dan keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai Diploma; 3.6.2 Bagi jawatan Pengerusi, keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang mampu mengetuai halaqah-halaqah ringan yang melibatkan Jawatankuasa dan jemaah di samping mampu mengimamkan sembahyang dan mengetuai majlis tahlil; 3.6.3 Bagi jawatan Imam dan Bilal, keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang mampu membaca Al-Quran dengan baik;

Page

6 of 11

3.6.4

Bagi jawatan Setiausaha, keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang memiliki pengalaman dalam bidang kesetiausahaan dan pentadbiran;

3.6.5

Bagi jawatan Bendahari, keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang memiliki ilmu dan berkemahiran dalam pengurusan kewangan; dan;

3.6.6

Ahli-ahli lain hendaklah terdiri dari mereka yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang kemahiran.

4.

SEMAKAN, PENGESAHAN DAN PELANTIKAN 4.1 Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah hendaklah mewujudkan satu panel khas bagi menilai dan mengesahkan kelayakan calon Imam dan Bilal yang akan dilantik. 4.2 Keputusan mesyuarat agung khas pencalonan ini akan dibentang di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pegawai dan Ahli Jawatankusa Surau Peringkat Daerah (JKPD) bagi proses semakan, tapisan dan sokongan pelantikan. 4.3 Keputusan mesyuarat JKPD akan dibentang semula dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS bagi kelulusan pelantikan dan disahkan dalam Mesyuarat MAIS sebelum tauliah pelantikan dikeluarkan.

5.

BANTAHAN Mana-mana ahli kariah yang tidak berpuashati dengan mana-mana perjalanan mesyuarat agung khas di bawah tatacara ini, boleh mengemukakan bantahan atau rayuannya kepada Setiausaha MAIS dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat agung khas dijalankan.

Page

7 of 11

6.

KUATKUASA Arahan ini hendaklah berkuatkuasa bagi proses pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau sesi 01 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016.

Disediakan oleh :

(HAJI HANIFUDDIN BIN ROSLAN) Bahagian Pengurusan Masjid Majlis Agama Islam Sabah Tarikh : 22 Januari 2013

Disahkan Oleh :

(DATO HAJI MARZUKI BIN HUSSIN)


D.S.I.S., S.M.S., A.M.N., P.J.K.,

Pengarah Majlis Agama Islam Sabah Tarikh : 22 Januari 2013

Page

8 of 11

JADUAL PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU NEGERI SABAH SESI 2013-2016

BIL

TARIKH
-

PERKARA
Kemaskini Pendaftaran Ahli Kariah Senarai ahli kariah yang telah berdaftar di tampal di papan kenyataan surau. Edaran borang pendaftaran ahli kariah dan membuat pendaftaran baru bagi ahliahli kariah yang belum berdaftar. Pendaftaran ahli kariah dibuka selewatlewatnya sebelum mesyuarat dilaksanakan. Hebahan dan Edaran Notis Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Edaran Surat Notis Mesyuarat Pemasangan Kain Rentang Tatacara Pencalonan di tampal di papan kenyataan Masjid/Surau Pemakluman tarikh mesyuarat kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan Nazir Masjid. Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Pemakluman dalam mesyuarat berkaitan Peraturan Mesyuarat dan Tatacara Pencalonan. Minit mesyuarat pencalonan dihantar ke PAID selewat-lewatnya 7 hari selepas mesyuarat diadakan.

CATATAN

1.

Mulai 1 Februari 2013

Hebahan dilaksanakan selewat-lewatnya 2 Minggu sebelum tarikh mesyuarat dilaksanakan.

Mulai 2. 8 Februari 2013 hingga 17 Mac 2013

18 Mac 2013 3. hingga 17 April 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pegawai dan Jawatankuasa Surau Peringkat Daerah

1 Bulan

Page

9 of 11

18 April 2013 4. hingga 31 Mei 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS dan Mesyuarat MAIS

1 Bulan

5.

1 Jun 2013

Pelantikan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Sesi 01 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016

Page

10 of 11

CARTA ALIR PROSES PENCALONAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU SESI JUN 2013 HINGGA MEI 2016
Mula Semakan dan Pendaftaran Ahli Kariah Hebahan Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan - Tatacara Pencalonan ditampal di papan kenyataan surau Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Sesi 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 - Keputusan mesyuarat ditampal di papan kenyataan Mesyuarat surau Jawatankuasa Pemilihan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Peringkat Daerah (JKPD) Semakan, Tapisan dan Pemilihan Pencalonan j Mesyuarat Penentuan Jawatan Jawatankuasa Surau Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS Kelulusan Pelantikan Mesyuarat MAIS Pengesahan Pelantikan Pelantikan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Selesai

Page

11 of 11

You might also like