Taksanomi Bloom & Wrath

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Tutorial minggu 2

Taksanomi Bloom & Domain Krath

Apa itu Taksanomi Bloom


Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar

ARAS TAKSONOMI BLOOM

1- Pengetahuan 2- Kefahaman 3- Aplikasi 4- Analisis 5- Sintesis 6- Penilaian

PENGETAHUAN
Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya

KEFAHAMAN
Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai

APLIKASI
Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.

ANALISIS
Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan. Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

SINTESIS
Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

PENILAIAN
Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Taksanomi Domain Krath


APA ITU TOKSONOMI KRATHWOHL? Diasaskan oleh, David R. Krathwohl Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

PENERIMAAN
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :


Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka. Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik. Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

GERAK BALAS
Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

MENILAI
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

You might also like