Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SAFFA ATIFAH PN AMNAH ZANARIAH ABD RAZAK

BAB 2 - ERA KOLONIAL

Kemasukan idea komunisme dan penubuhan Parti Komunis Malaya ( PKM ) di Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945 selepas kekalahan di tangan Kuasa Berikat dan akibat daripada pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat. Dalam tempoh 14 hari, PKM ( Parti Komunis Malaya ) melalui Bintang Tiga yang cuba menguasai Tanah Melayu dan mencetuskan huru hara selepas Jepun menyerah kalah. Kebanyakan ahli Bintang Tiga yang mengembangkan ideologi komunis ialah kaum Cina. Hal ini mencetuskan masalah pertempuran kaum dan penyeksaan terhadap orang Melayu akibat layanan baik yang diterima oleh mereka semasa pendudukan Jepun. Antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan adalah dengan

pengisytiharan darurat pada 7 Julai 1948 dan pewartaan Undang-undang Darurat. Selain itu, penambahan dan membesarkan pasukan keselamatan seperti Rejimen Melayu, Pasukan Polis Persekutuan, mata-mata khas, pengawal kampung dan kemasukan tentera dari negara Komanwel lain ke dalam tentera kerajaan disebabkan kekacauan yang berlaku pada 16 Jun 1948 apabila tiga orang peladang Eropah dibunuh oleh anggota PKM di Sungai Siput. Penambahan ini juga

disebabkan anggota PKM yang cuba mengambil alih kuasa di Tanah Melayu secara kekerasan. Di samping itu, Sir Gerald Templer juga telah memperkenalkan sistem Kawasan Hitam dan Kawasan Putih pada tahun 1952. Kawasan hitam ialah kawasan yang didapati giat dengan aktiviti komunis dan perlu diberi kawalan ketat oleh pihak pertahanan, manakala kawasan putih pula ialah kawasan yang selamat dan bebas daripada pengaruh komunis. Pengenalan sistem kad pengenalan kepada rakyat yang berumur 12 tahun ke atas oleh Sir Gerald Templer untuk pengenalpasti identiti warganegara yang membezakan mereka dengan pengganas. Seterusnya, pengenalan Rancangan Briggs telah diperkenalkan oleh seorang Jeneral British bernama Horald Briggs untuk menjayakan usaha ini. Rancangan ini bertujuan menyekat makanan supaya tidak mudah diperoleh anggota komunis yang sebelum ini mendapat bekalan dari kampung-kampung di pinggir hutan dan petempatan semula setinggan ke kampung-kampung Baru. Selain daripada itu, Gerakan Kelaparan ini dilakukan bagi melumpuhkan usaha Min Yeun daripada pihak Parti Komunis Malaya. Gerakan kelaparan iaitu usaha memastikan bekalan makanan, senjata dan ubat-ubatan tidak sampai ke tangan komunis. Rancangan Perang Psikologi oleh Sir Gerald Templer dengan melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi membolehkan orang bukan Melayu menjadi wargenegara dengan mudah. Kesimpulannya, langkah-langkah ini didapati Berjaya mengikis kepercayaan rakyat kepada ideologi komunis membolehkan pengisytiharan darurat dibuat pada 31 Julai 1960.

You might also like