Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LOKASI KAJIAN Lokasi kajian ialah lokasi dimana seluruh kajian kita akan tertumpu hanya di kawasan itu

sahaja. Saya telah memilih kawasan Manjung kerana lokasi utama kajian saya ialah Pasaraya AEON, Manjung yang terletak di Manjung. AEON CO. (M) BHD. merupakan pasaraya terunggul di Malaysia dengan revenue sebanyak RM 2.985billion pada akhir bulan Disember 2011. Pasaraya AEON biasanya didirikan di bandar untuk golongan penduduk yang berpendapatan sederhana. Beberapa faktor harus diambil kira untuk memilih lokasi kajian. Antara faktor tersebut ialah demografi, kemudahan prasarana, sosioekonomi penduduk setempat dan lain-lain. Dari segi demografi, sejak tahun 1991, bilangan penduduk Manjung di Daerah Perak meningkat dari 168,331 orang kepada 191,132 orang pada tahun 2001 dan seterusnya meningkat lagi kepada 223,804 pada tahun 2010. Purata pertumbuhan penduduk dari tahun 2001-2010 ialah 1.58% (Statistics.Gov.My). Dianggarkan jumlah penduduk pada akhir bulan 2012 mencecah 250,000 orang disebabkan modenasasi kawasan Lumut, Manjung dan Sitiawan. Dari segi sosioekonomi pula, penduduk kawasan Manjung melakukan pelbagai jenis perkerjaan untuk menyara keluarga dengan kebanyakannya merupakan kakitangan kerajaan dan juga swasta yang bukan sahaja tertumpu di Manjung tetapi juga di Sitiawan. Ramai orang juga mengusahakan perniagaan atau mengendalikan perusahaan kecil seperti bengkel-bengkel pembuatan, perkhidmatan, produk dan lainlain. Kedai runcit, kedai makan, kedai peralatan komunikasi ialah sekadar beberapa contoh perniagaan di kawasan Manjung ini malah terdapat beberapa buah pasar malam dan pasaraya seperti GIANT dan TESCO selain AEON yang menjual pelbagai barang keperluan. Konklusinya, setelah menilai semua aspek di atas, saya telah memilih Pasaraya AEON sebagai lokasi utama kerana ianya seiiring dengan dunia globalisasi dan juga kawasannya yang strategik yang terletak di tengah-tengah kawasan Manjung dan Sitiawan.

PETA 1 : PETA LOKASI AEON DALAM DAERAH MANJUNG

PETA 2 : PETA TINGKAT BAWAH DALAM PASARAYA AEON

You might also like