Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Tajuk 3 Kemahiran Membaca

Annie Jerry Christy Vivien Jimmy Mohd Khairul Amin Bin Mohamad Noor Hazlinda Binti Usoof

Definisi bacaan
Frank Smith (1971), dalam Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010), membaca adalah satu operasi psycholinousitic. Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan yang diterima Atan Long (1976) mendefinisikan membaca sebagai proses kebalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambanglambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu

Konsep membaca
Kamarudin Hj. Husin (248: 1998), mengikut fahaman dahulu, membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya

Definisi kesediaan membaca


Situasi yang wujud dalam diri seseorang individu yang memungkinkannya untuk belajar atau mungkin melibatkan ciri-ciri yang menghalang pembelajarannya

Konsep kesediaan membaca


Bruner (1966), kesediaan belajar merujuk pada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangan. Piaget (1966), mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat pembelajaran mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-6 tahun), peringkat operasi konkrit (7-12 tahun), dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun).

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca


Pengalaman
Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung pada kematangan, tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang disusun rapi dapat menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata pelajaran tertentu

Persekitaran
Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah pada pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca, dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama.

Keadaan Fizikal
Keadaan fizikal merujuk pada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang sempurna.

Emosi, Motivasi, dan Sahsiah


Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanakkanak.

Kecerdasan
Kecerdasan dan perkembangan kognitif sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya

Penguasaan Bahasa
Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak, dan sebagainya semasa berkomunikasi.

Kognitif Persekitaran Budaya Sosioekonomi

Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya Memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik

Persekitaran

Persekitaran yang intelektual dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca, meningkatkan kemahiran membaca mereka Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, sahsiah kanak-kanak, manakala dorongan daripada ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak Persekitaran rumah banyak memainkan peranan contohnya tahap pendidikan ibu bapa, komunikasi ke atas pembelajaran

Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih tua menjadi role model dalam membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan kanak-kanak, rumah diisi dengan bahan bacaan dapat meningkatkan kemahiran membaca
Persekitaran sekolah juga boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak, sediakan persekitaran sesuai bagi membaca Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi kemahiran membaca murid Pemilihan bahan Jenis soalan yang ditanya Jenis maklum balas yang diberi Suasana pembelajaran Dorongan Pengukuhan yang digunakan

Bahan bacaan yang menarik minat murid akan meningkatkan kemahiran membaca

Budaya

Pihak sekolah yang menitikberatkan budaya membaca dapat mempengaruhi kemahiran membaca murid-murid

Guru yang mengamalkan budaya membaca akan dapat meningkatkan kemahiran membaca

Sosioekonomi

Pendapatan ibu bapa berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak termasuklah kemahiran membaca mereka Keluarga yang lebih berpendapatan boleh menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran membaca anak mereka

Masalah dalam bacaan


Tidak kenal huruf Meninggalkan huruf Meninggalkan perkataan Tidak memahami apa yang dibaca Teragak-agak Salah sebutan Lemah daya ingatan Menambah perkatan Mengulang perkataan

You might also like