Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 29

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

6 Tajuk 7
KULIAH
1

SOALAN UNTUK ULANGKAJI


Apakah pendekatan yang telah anda pelajari tentang manusia sebelum ini ?
Namakan pendekatan tersebut. Apakah persamaan dalam pendekatan tersebut? Senaraikan perbezaan antara pendekatan tersebut.

TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI

Diakhir pelajaran ini anda dapat menyenaraikan tokoh bagi Pendekatan Kognitif :
Teori Pilihan dan Terapi Realiti

Apakah andaian Teori Pilihan tentang manusia ? Apakah teknik dan prosedur dalam Terapi Realiti bagi membantu seseorang yang menghadapi masalah?

Choice Theory (Teori Pilihan) dan Reality Therapy (Terapi Realiti) adalah salah satu teori kaunseling yang ada digunakan oleh kaunselor.

Mengikut Glasser (1998, 2000)

Choice Theory (Teori Pilihan) menekankan bahawa tingkah laku individu berasal sepenuhnya daripada dunia dalaman (quality world) individu itu sendiri. Dunia luaran (real world) memberi kesan kepada diri individu setelah individu itu memilih apa yang baik untuk dirinya. Dunia dalaman (quality world) terdiri daripada lima keperluan asas (basic needs) iaitu keperluan untuk menyayangi dan di sayangi (love & belonging), keinginan rasa dihargai (power), inginkan kebebasan (freedom), kegembiraan (fun) dan ingin terus hidup (survival).
6

Mengikut Glasser (1998 dalam Ahmad Jazimin et al. 2010)

Konflik timbul apabila apa yang individu itu inginkan (quality world) tidak sama dengan apa yang individu itu dapat (perceived world) daripada real world (dunia sebenar). Klien akan membuat pilihan berdasarkan pleasure (keseronokan) dan painful (kesakitan) melalui skala imbangan (comparing place) yang wujud dalam dirinya.

Perkara ini akan mempengaruhi tingkah laku keseluruhan (total behavior) yang merangkumi aspek tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi. Keseluruhan tingkah laku (total behavior) inilah yang akan menyumbang kepada identiti berjaya dan identiti gagal. Peranan kaunselor yang Terapi Realiti menolong beridentiti gagal . menggunakan individu yang

Teori Pilihan dan Terapi Realiti telah diasaskan oleh William Glasser. Beliau merupakan seorang doktor psikologi klinikal. Glasser telah mendapat ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology (Parrott 2003). Beliau telah membuat keputusan memilih bidang psikologi kaunseling walaupun mempunyai asas dalam bidang kejuruteraan kimia (Howatt 1997). Pada tahun 1948 beliau mendapat ijazah Master dalam Clinical Psychology dari Case Western Reserve University dan menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran perubatan di universiti yang sama sehingga tamat pada tahun 1953.
9

Idea berkaitan dengan Terapi Realiti mula timbul apabila Glasser menjadi residen psikiatri di University of California LA pada tahun 1956 . Glasser telah memecahkan tradisi dalam model kaunseling dan psikoterapi apabila membina model kaunseling sendiri pada awal 1960. Glasser mula mengaplikasikan idea-idea Teori Pilihan dan Terapi Realiti dalam sistem pendidikan di California dalam tahun 1966.

10

Glasser yakin bahawa adalah amat penting bagi seseorang individu menerima tanggungjawab ke atas pilihan yang dibuat. Oleh itu, setiap orang boleh mengawal kehidupannya berdasarkan pilihan yang telah dibuat (Corey, 2009).

11

View of Nature in Choice Theory according to Glasser (Corey, 2009) :

We are born with five genetically encoded needs (survival, love and belonging, power or achievement, freedom or independence, and fun) that drives us all our lives. Brain functions as a control system. monitors our feelings to determine how well we are doing in our lifelong effort to satisfy these needs.

12

Keperluan kadangkala tidak dapat dipenuhi sepenuhnya. Oleh itu kita cuba dapatkan sesuatu yang dapat memenuhi keperluan tersebut. Kita masukkan segala kemahuan (wants) dalam minda kita dan bina satu fail yang dinamakan kehendak quality world yang mempunyai gambaran situasi, orang yang signifikan, aktiviti, harta yang dapat memenuhi kehendak kita. Orang merupakan komponen yang amat penting dalam quality world.
13

Andaian Teori Pilihan tentang manusia mengikut Glasser (1986, 2000) adalah seperti berikut:

Manusia bertingkah laku berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan asas, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai & pengetahuan, skala perimbangan, tingkah laku keseluruhan, sistem tingkah laku, identiti berjaya dan identiti gagal
14

Manusia memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang diinginkan


Keinginan psikologi manusia merangkumi
seseorang yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin penghargaan daripada lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan.

15

Keperluan fisiologi manusia merujuk kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu ini berani mengambil risiko, mempunyai wang yang cukup, keselamatan, dilindungi dan seksual yang sihat

16

Mengikut Teori Pilihan, seseorang itu bermasalah apabila keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. Keinginan seseorang dipengaruhi oleh keperluan psikologi dan fisiologi

17

Konflik juga timbul apabila apabila seseorang itu tidak mendapat apa yang mereka kehendaki.Keadaan ini boleh mewujudkan keseronokan atau kesakitan kepada seseorang itu. Konflik ini juga akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi seseorang. Keseluruhan tingkah laku seseorang itu akan menyumbang kepada identiti dirinya sama ada identiti berjaya atau identiti gagal (Ahmad Jazimin 2008).

18

Personaliti gagal terbentuk apabila seseorang itu gagal memenuhi kehendaknya dengan cara yang bertanggungjawab. Seseorang yang memiliki personaliti yang gagal biasanya kecewa dengan kehidupan dan sentiasa menafikan kegagalan yang mereka hadapi. Mereka akan memilih simptom negatif dan akhirnya mengalami tingkah laku yang tidak efektif. Seterusnya, mereka akan melarikan diri daripada tanggungjawab setelah emosi dan pemikirannya terganggu (Ahmad Jazimin,2008)

19

Penekanan terhadap pilihan dan tanggungjawab Menolak unsur transferens Mengekalkan perbincangan tentang isu kini dalam terapi Elak daripada memfokus kepada simptom Mencabar pandangan tradisional tentang kesihatan mental

20

Kehendak kualiti (quality world) Keperluan asas (basic needs) Tingkah laku keseluruhan (total behaviour) Identiti berjaya dan identiti gagal Individu bertanggungjawab dalam memilih keputusan dalam hidupnya Perlakuan tidak efektif dan efektif

21

22

Teori Pilihan membincangkan bagaimana manusia itu bertingkah laku manakala Terapi Realiti pula digunakan untuk membantu diri kita dan orang lain. Terapi ini adalah suatu proses untuk memahami tingkah laku seseorang itu dan bagaimana seseorang itu memilih dan membuat keputusan yang tepat dalam kehidupannya. Berdasarkan Terapi Realiti, guru boleh memberi tumpuan kepada tingkah laku semasa dan tingkah laku yang dipilih perlulah sesuai dengan kehendak murid. Proses yang berlaku dalam Terapi Realiti adalah merujuk kepada prosedur WDEP.

23

Proses yang berlaku dalam Terapi Realiti adalah merujuk kepada prosedur WDEP. WDEP merupakan akronim yang digunakan sebagai strategi dalam Terapi Realiti yang boleh digunakan oleh guru untuk menolong murid berubah dari aspek tingkah laku yang sesuai dengan kehendak seseorang itu.

24

Mengikut Wubbolding dan Brickell (1999), akronim WDEP


W merujuk kepada wants, needs and perceptions (kehendak, keperluan dan persepsi). D merujuk kepada directions and doing (terarah dan lakukan) manakala E merujuk kepada evaluation (penilaian) dan akhirnya P pula merujuk kepada planning and commitment (pelan bertindak dan komited)

Langkah-langkah dalam Terapi Realiti yang menggunakan strategi WDEP boleh digunakan oleh guru untuk menolong orang lain.
25

Mewujudkan Suasana Perbincangan Yang Kondusif Meneroka Kehendak, Keperluan dan Persepsi Murid (Want) Guru Meneroka Arah Tuju Pelajar (Doing & Direction) Murid Membuat Penilaian Terhadap Diri Mereka (Evaluation) Guru Berbincang Tentang Pilihan Murid Membuat Tindakan (Planning and Commitment)

26

Mengikut Teori Pilihan, konflik timbul apabila apa yang individu itu inginkan (quality world) tidak sama dengan apa yang individu itu dapat (perceived world) daripada real world (dunia sebenar). Individu itu membuat pilihan berdasarkan keseronokan dan kesakitan melalui skala imbangan yang wujud dalam dirinya. Perkara ini akan mempengaruhi tingkah laku keseluruhan (total behavior) yang merangkumi aspek tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi.

27

Keseluruhan tingkah laku (total behavior) inilah yang akan menyumbang kepada identiti berjaya dan identiti gagal. Maka, di sinilah besarnya peranan guru membantu orang yang beridentiti gagal.

28

Apakah yang anda fahami tentang pendekatan humanistik ? Salah satu teori dalam pendekatan humanistik adalah Teori Pemusatan Insan. Apakah yang tahu tentang teori ini? Apakah pandangan teori ini tentang manusia ? Apakah konsep-konsep utama dalam teori ini? Jelaskan perkembangan kendiri yang membawa kepada perkembangan sahsiah yang positif.

29

You might also like