Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

S t r a t e g i P e m e r e n g g a n a n | 17

UNIT 2 STRATEGI PEMERENGGANAN

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. 2. 3. Mengenal pasti konsep serta strategi pemerengganan Menghuraikan jenis-jenis perenggan dalam karangan Mengaplikasi pelbagai teknik menulis perenggan dalam karangan

Pengenalan

erenggan ditakrifkan oleh Kamus Dewan (1994) sebagai bahagian daripada muka atau bab dalam buku, rencana yang terdiri daripada beberapa baris dan pragraf. Perenggan merupakan unit karangan yang mengandungi beberapa ayat, yang antara satu dengan lainnya mempunyai hubungan dari segi makna dan tatabahasa. Manakala Fowler (1970) menyatakan perenggan ialah sebuah kotak kecil ayat-ayat yang membina bentuk dan pada masa yang sama juga berfungsi sebagai sebahagian daripada keseluruhan penulisan. Ringkasnya, perenggan merupakan sekelompok karangan yang pendek mengandungi struktur ayat yang bervariasi. Pemerengganan penting dalam menyampaikan idea yang konkrit dan tersusun. Perenggan yang bermutu ialah perenggan yang mengandungi idea yang jelas, maklumat yang mencukupi dan rangkuman ayat yang gramatis dan mudah difahami. Selain itu, sebuah perenggan yang berkesan ialah perengan yang dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Jika tugas perenggan itu adalah untuk memperkembangkan kenyataan maka setiap ayat yang terkandung di dalamnya hendaklah merupakan peluasan dan rujukan kepada kenyataan tersebut. Pembaca hendak merasakan bahawa semua ayat yang dibina dalam perenggan itu merupakan perkembangan yang berkesan kepada kenyataan yang dikemukakan. Seorang pengarang yang mahir mampu menyusun sebuah perenggan dengan kaedah penulisan yang sistematik. Jika kita lihat fungsinya, ternyata perenggan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti rajah 1.

S t r a t e g i P e m e r e n g g a n a n | 18

Perenggan

Utama

Khusus

Pengenalan Pengembang Penutup

Penyenaraian Percontohan Perbandingan Pengelasan Soalan-Jawapan Kenyataan Luar Dugaan Kontras Masa Penglibatan Pembaca

Falsafah Urutan Waktu Analogi Penghuraian Proses Urutan Ruang Anekdot Tiga Kata Bermakna Analisis

Rajah 1: Pembahagian perenggan utama dan khusus

Perenggan Utama Berdasarkan fungsinya dalam karangan, struktur perenggan utama dapat dijeniskan kepada tiga bentuk iaitu: i. Perenggan Pengenalan ii. Perenggan Pengembang iii. Perenggan Penutup Perenggan Pengenalan Perenggan pengenalan mempunyai fungsi tarikan yang penting kerana ia akan menentukan sama ada pembaca berminat untuk meneruskan pembacaan atau tidak. Selain itu perenggan pengenalan mesti menggambarkan tajuk karangan dan pernyataan penulis tentang tujuan penulisannya. Pengenalan yang menarik akan mengundang minat pembaca untuk menelaah karangan sehingga tamat. Isi perenggan pemulaan bertujuan mengutarakan aspek pokok perbincangan dan memberi latar belakang penting tentang tajuk yang ditulis. Manakala pengenalan yang lemah dan membosankan akan memudarkan minat pembaca dan sekali gus menunjukkan kegagalan seseorang pengarang. Perenggan pengenalan dapat dibina melalui teknik-teknik berikut, iaitu:

S t r a t e g i P e m e r e n g g a n a n | 19

i. ii. iii. iv. v.

Kutipan, peribahasa, anekdot Pendapat atau pernyataan seseorang tokoh Menyatakan maksud dan tujuan penulisan Mengemukakan pertanyaan Catatan pengalaman peribadi

Perenggan Pengembang/ Badan Karangan Perenggan pengembang bertujuan menjelaskan pokok perbincangan yang sebelumnya telah dinyatakan dalam perenggan permulaan. Perenggan pengembang berfungsi sebagai: i. ii. iii. iv. v. mengemukakan inti persoalan memberi ilustrasi dan contoh menjelaskan hal yang akan dibicarakan pada perenggan berikutnya meringkas atau mengejapkan isi perenggan sebelumnya mempersiapkan dasar atau landasan bagi kesimpulan

Sehubungan peranan tersebut, perenggan pengembang yang bermutu harus mengandungi ciri-ciri berikut, iaitu: i. ii. iii. iv. v. Ayat topik yang berkait langsung dengan pernyataan tesis (ayat tesis). Mengandungi bukti yang sahih seperti fakta, contoh, deskripsi fizikal dan pengalaman sendiri. Menggandingkan maklumat lama dan maklumat baharu. Mengandungi ayat penyangga yang memberi penerangan dan gambaran tentang ayat topik dalam sesebuah perenggan. Mengandungi kesinambungan idea antara perenggan dengan perenggan dan ayat dengan ayat.

Perenggan Penutup Perenggan penutup berbeza dengan perenggan lain kerana fungsinya menyimpulkan buah fikiran dalam satu atau dua perenggan sahaja. Selain itu perenggan penutup merupakan kesimpulan bagi seluruh isi karangan. Perenggan ini juga merupakan pernyataan kembali maksud penulis dengan tujuan mengejapkan kefahaman pembaca. Begitupun, sebagai perenggan terakhir, seharusnya struktur perenggan penutup mematuhi ciri-ciri berikut: i. ii. iii. iv. Mestilah berkait langsung dengan pernyataan tesis. Pernyataannya dapat mencerminkan keseluruhan isi utama. Mengandungi kesimpulan daripada suatu penyelesaian, ramalan dan cadangan (jika berkaitan). Memberi nilai judgement oleh penulis agar pembaca merasa puas hati terhadap hujah-hujah pengarang.

S t r a t e g i P e m e r e n g g a n a n | 20

Teknik Menulis Perenggan Terdapat pelbagai teknik menulis perenggan bergantung kepada jenis dan motif karangan. Perhatikan teknik-teknik perenggan berikut yang boleh diaplikasikan sama ada ketika kita menulis perenggan permulaan, peranggan di bahagian badan karangan ataupun perenggan penutup. 1. Teknik Penyenaraian Ayat dalam perenggan yang baik dapat dipecahkan kepada empat fungsi asas. Pertama, pembuka perenggan, iaitu ayat yang menentukan topik fokus dalam perenggan seluruhnnya. Kedua ialah pengembang perenggan yang menyajikan pelbagai contoh, bukti serta perincian bagi menyokong idea utama yang dikemukakan dalam pembuka perenggan. Ketiga ialah modulator, iaitu ayat yang menghasilkan peralihan yang lancar antara idea-idea yang berbeza dalam ayat. Keempat pengakhir perenggan, iaitu ayat menyimpulkan idea yang dibincangkan dalam perenggan secara logik. Bukan semua penulisan dicirikan oleh fungsi-fungsi ayat seperti yang dianalisis ini. Bagaimanapun, perenggan yang baik biasanya mempunyai gabungan beberapa fungsi daripada keempat-empat fungsi sepeti yang dinyatakan itu. Ciri-cirinya: Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat. 2. Teknik Percontohan Tidak syak lagi, banyak daripada tamadun besar terlibat dalam terjemahan yang luas. Di Asia, Jepun dan China terkenal kerana bidang terjemahan mereka. Begitu juga tamadun Anglo-Saxon di Britain, Amerika Utara dan Australia. Malah, ramai penulis kita mengenali sastera dunia hanya melalui bahasa Inggeris. Tamadun Melayu pada kurun ke empat dan lima belas juga telah membuka diri kepada pemikiran Arab serta Parsi. Ciri-cirinya: Asia, Jepun, China, Britain, Amerika Utara, Australia, Arab, Parsi. 3. Teknik Perbandingan Di universiti dan juga maktab, ujian objektif dan peperiksaan esei merupakan dua kaedah penilaian yang sering digunakan untuk mengukur pengetahuan dan pemahaman pelajar terhadap kursus yang diikuti. Ujian objektif lazimnya memuatkan beberapa banyak soalan dan pelajar perlu memperlihatkan penguasaan subjek secara terperinci. Sebaliknya peperiksaan bercorak esei menghendaki pelajar menyusun jawapan dalam bentuk karangan sebagai maklum balas terhadap soalan-soalan yang diajukan. Walaupun ujian objektif dan peperiksaan esei mempunyai tujuan yang sama, iaitu menilai pencapaian pelajar, namun teknik yang digunakan kedua-duanya berbeza sama sekali. Ciri-cirinya: Sebaliknya [tetapi, namun, bagaimanapun dan lain-lain].

S t r a t e g i P e m e r e n g g a n a n | 21

4.

Teknik Pentakrifan/ Definisi Kamus Dewan (1999) mendefinisikan struktur berhubungan dengan bentuk atau form. Struktur adalah makna yang mengambil bentuk, sehingga struktur rumah adalah sinonim dengan bentuk rumah, paling tidak dalam pengertian popular. Tidak ada perbezaan yang jelas antara struktur dan bentuk, bahkan mungkin sama. Paling-paling, penggunaan istilah struktur dianggap lebih bersifat ilmiah dibandingkan dengan istilah bentuk. Ciri-cirinya: Kamus Dewan (1999) mendefinisikan...

5.

Teknik Pengelasan Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dibahagikan kepada tiga sudut, iaitu fonologi, semantik dan sintaksis. Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bunyi secara rambang. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan ketara perbezaan tuturnya, tetapi kemudian maju kepada fonem-fonem halus dan seni perbezaan tuturnya. Dalam perkembangan semantik pula, kanak-kanak mula berupaya menguasai beberapa patah kata dan kemudian memperluas perbendaharaan katanya dengan agak cepat. Manakala dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran satu perkataan ketika berumur satu tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan ketika menjangkau dua tahun. Setelah meningkat kepada umur lima tahun barulah bahasa kanak-kanak itu hampir menyamai bahasa orang dewasa. Dengan memahami ketiga-tiga sudut perkembangan bahasa kanak-kanak ini, dapatlah kita terapkan pendidikan bahasa kepada anak-anak kita sejak peringkat awal lagi. Ciri-cirinya: fonologi, semantik dan sintaksis.

6.

Teknik Soalan-Jawapan Tahukah anda hutan mempunyai fungsi tersendiri dalam kehidupan manusia? Ahli-ahli kajian kehutanan kini mengetahui bahawa hutan membantu mengurangkan hakisan tanah. Ini berlaku melalui aliran air pada batang tumbuhan. Air hujan tidak akan terus menimpa permukaan bumi, sebaliknya akan mengalir turun melalui akar tumbuhan. Ini mengurangkan kelajuan air hujan yang tiba ke permukaan tanah. Akar tumbuhan pula memegang butiran tanah dan mengekalkan struktur tanah tersebut. Keadaan ini mengukuhkan struktur tanah dan dapat mengurangkan hakisan apabila hujan. Curahan air hujan di permukaan tanah mudah menghakiskan tanah sekiranya ikatan antara butir-butir tanah tersebut longgar. Tanah yang terhakis akan diangkut oleh aliran air hujan ke dalam sungai. Keadaan yang berterusan ini akan menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan turun lagi, sungai yang cetek itu tidak dapat menampung kandungan air tersebut. Ini akan menyebabkan banjir berlaku dan mengakibatkan kerosakan harta benda yang teruk. Ciri-cirinya: tanda soalan [?] dan diikuti dengan jawapan.

S t r a t e g i P e m e r e n g g a n a n | 22

7.

Teknik Kenyataan Luar Dugaan Di dalam buku Doctors terdapat pendedahan bahawa seorang doktor mempunyai peluang sebanyak 2.1 kali lebih tinggi daripada bukan doktor untuk dimasukkan ke dalam wad sakit jiwa; 2.6 kali lebih tinggi untuk menjadi pemabuk (atau lebih tinggi kerana para doktor enggan dirawat); 5.3 kali lebih tinggi untuk menghadapi masalah dadah. Kadar bunuh diri adalah tiga kali lebih tinggi daripada orang awam, enam kali lebih tinggi daripada guru dan 10 kali lebih tinggi daripada pegawai awam. Seorang daripada setiap 50 orang doktor didapati mengambil nyawanya sendiri. Kenyataan-kenyataan inilah agaknya yang menjadi bukti bahawa bidang perubatan dianggap kerjaya yang menekan perasaan. Ciri-cirinya: doktor sakit jiwa, pemabuk, dadah, bunuh diri.

8.

Teknik Kontras Masa Bidang pertanian di negara kita telah mengalami perkembangan yang pesat akibat daripada kemajuan teknologi. Kalau dahulu, petani menggunakan tukang empat kerat, bergantung sepenuhnya pada cuaca dan menggunakan bantuan perkhidmatan kerbau tetapi kini ciptaanciptaan moden telah mengambil alih peranan yang dimainkan oleh unsur-unsur tradisional itu. Kini alat-alat moden telah merevolusikan bidang pertanian dan penemuan-penemuan baru telah mengubah corak kehidupan petani. Ciri-cirinya: dahulu, kini [esok, lusa, semalam, kelmarin].

9.

Teknik Penglibatan Pembaca Kita semua tahu mengenainya atau kita rasa bahawa kita tahu. AIDS! Sudah terlalu banyak orang berkata tentang wabak Sindrom Kekurangan Daya Tahan Penyakit ini. Tetapi adakah cukup bagi kita untuk mengetahui sahaja penyakit ini dan kesan-kesan yang dibawa bersamanya sedangkan kita terus berpura-pura bahawa sebenarnya ia tidak wujud atau hanya wujud pada orang lain; bukan pada diri kita juga? Ciri-cirinya: kita...kita...kita...kita

10.

Teknik Falsafah Apabila kita bercakap tentang masa, sebenarnya terdapat dua cara orang melihat masa; setengah-setengah orang merungut kerana tidak mempunyai masa dan setengah-setengah yang lain berusaha mencari jalan untuk menghabiskan masa. Hakikatnya ialah bahawa masa diberikan dengan adil. Semua orang mendapat 60 minit setiap jam dan 24 jam setiap hari. Yang tidak diberikan dengan adil ialah tugas dan beban kerja. Tugas-tugas yang dilakukan menentukan sama ada masa seseorang itu pendek atau panjang. Ciri-cirinya: masa [abstrak] diberikan dengan adil [abstrak].

S t r a t e g i P e m e r e n g g a n a n | 23

11. Teknik Urutan Waktu Di Negeri-negeri Selat, yang diperintah oleh Inggeris, Pulau Pinang adalah negeri yang pertama menyaksikan penerbitan sebuah akhbar, iaitu apabila The Government Gazette diterbitkan dalam tahun 1806 oleh A.B. Bone, seorang tukang lelong dan pecetak, dengan keizinan Kompeni Hindia Timur Inggeris. Di Manila, akhbar tulen yang mula-mula terbit ialah Del Superior Gobierno, yakni mingguan berbahasa peribumi yang pertama hanya muncul dalam tahun 1862, iaitu apabila surat khabar dwimingguan, El Pasig, diterbitkan dalam bahasa Sepanyol dan Tagalog. Di Betawi, selepas Vendu Nieuws ditamatkan penerbitannya dalam tahun 1809, muncul pula pada 15 Januari 1801 surat khabar mingguan, Bataviasche Koloniale Courant, yang diusahakan oleh Ross, seorang pendeta pada masyarakat Belanda di Betawi. Tetapi akhbar ini pun terpaksa dihentikan apabila Tanah Jawa jatuh ke tangan Inggeris dalam bulan Ogos 1811. Ciri-cirinya: 1809, 1862, 1809, 15 Januari 1801 dan Ogos 1811.

12. Teknik Analogi Kealaman dengan segala kerahsiaannya dan kedirian dengan segala kerahsiaannya itu menunjangkan suatu ikatan yang amat akrab dan sukar dipisahkan, tidak ubah seperti gula dengan kemanisannya, garam dengan kemasinannya dan seruntun dengan kepahitannya. Kedua-duanya bukan sahaja tidak dapat direnggangkan sampai bila-bila tetapi juga akan bersebati menjadi benih dan yang sering kita henyak dengan kaki kita sendiri dan kaya dengan cacing-cacing itu adalah juga elemen diri kita yang merupakan warisan kita dan asal usul kita dan juga akhirnya kita akan kembali kepada tanah. Ciri-cirinya: gula - kemanisan, garam - kemasinan, seruntun - kepahitan. 13. Teknik Penghuraian Proses Sistem penyejukan enjin direka untuk menguraikan lebihan haba yang dihasilkan melalui pembakaran minyak petrol. Semasa enjin kenderaan dihidupkan dalam keadaan sejuk, ia mengambil masa untuk mencapai suhu operasinya. Haba akan hilang melalui aliran air di sekeliling blok enjin dan juga melalui radiator. Termostat pada enjin berfungsi untuk memberhentikan cecair penyejuk (air) yang mengalir melalui radiator apabila enjin di bawah suhu operasinya. Termostat terdiri daripada sebuah blok lilin dan penjunam berspring membentuk injap. Sebaik sahaja enjin mencapai suhu operasinya, lilin tersebut akan cair dan tekanan air akan menolak injap dan membukannya. Ini akan membenarkan cecair penyejuk mengalir melalui radiator. Apabila enjin dimatikan, spring akan menutup injap. Sebaik sahaja suhu enjin dan cecair penyejuk turun, lilin penyejuk akan memejal sehinggalah enjin memerlukan penyejukan semula. Ciri-cirinya: proses penyejukan enjin.

S t r a t e g i P e m e r e n g g a n a n | 24

14. Teknik Urutan Ruang Tengahari ini, kota Cairo seakan membara. Matahari berpijar di tengah petala langit. Seumpama lidah api yang menjulur dan menjilat-jilat bumi. Tanah dan pasir seakan menguapkan bau neraka. Hembusan angin Sahara disertai debu yang bergulung-gulung menambahkan panas udara yang semakin tinggi dari detik ke detik. Penduduknya, banyak yang berlindung dalam flat, yang ada dalam apartmen-apartmen berbentuk kiub dengan pintu, jendela dan tirai tertutup rapat. Ciri-cirinya: kota Cairo, Matahari, bumi, sahara, neraka, flat.

15. Teknik Anekdot Sering juga kesan panindera itu datang dengan mengejut; secara tidak disangka-sangka. Robert Stevenson, pengarang novel terkenal, Dream Island pada suatu petang sedang bermain dengan cucunya. Cucunya asyik melukis sesuatu di atas kertas, menconteng-conteng beberapa garisan dan garisan itu entah bagaimana menjadi satu peta sebuah pulau. Kesan daripada garisan cucunya itu memberi ilham kepada Stevenson mengarang novelnya yang agung itu. Ciri-cirinya: cerita dalam cerita yang bertujuan menjelaskan ayat topik, iaitu kesan pancaindera (ilham) datang secara tidak disangka-sangka.

16. Teknik Tiga Kata Bermakna Cemerlang, gemilang dan terbilang merupakan slogan keramat yang sudah tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia. Di sebalik keindahan sebutannya yang sedap didengar, slogan ini sebenarnya dicipta untuk membangkitkan semangat rakyat supaya membangun bersama kerajaan bagi merealisasikan wawasan negara dengan mengukir kejayaan lebih cemerlang bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal tetapi juga dapat membangunkan modal insan yang berhemah, berintigriti, berdaya saing dan berilmu pengetahuan. Ciri-cirinya: Cemerlang, gemilang dan terbilang.

17. Teknik Analisis Tautan penghubung ayat mempunyai 9 atau 56.25 peratus ikatan untuk teks 1 dan 7 atau 43.75 peratus ikatan untuk teks 2. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 16 dengan teks 1 mengatasi teks 2 dengan perbezaan sebanyak 2 ikatan. Tautan penghubung ayat ini merupakan tautan yang mempunyai jumlah tertinggi berbanding tautan penghubung ayat yang lain. Ciri-cirinya: perbincangan berbentuk analisis tautan penghubung ayat.

S t r a t e g i P e m e r e n g g a n a n | 25

Kepelbagaian Teknik Dalam Perenggan Kita telah belajar bahawa terdapat pelbagai teknik yang boleh diaplikasi dalam sesebuah perenggan. Tetapi tahukah anda bahawa dalam sebuah perenggan terdapat pelbagai teknik yang boleh digandingkan untuk menghasilkan sebuah perenggan yang bermutu. Pengarang yang mahir tidak bergantung kepada satu teknik sahaja, tetapi akan mencantumkan pelbagai teknik untuk memberi kesan kepada pembaca. Oleh sebab itu, apabila kita membincangkan strategi pemerengganan, kita mestilah melihat dalam konteks yang luas, misalnya: Di Negeri-negeri Selat, yang diperintah oleh Inggeris, Pulau Pinang adalah negeri yang pertama menyaksi penerbitan sebuah akhbar iaitu apabila The Government Gazette diterbitkan dalam tahun 1806 oleh A.B. Bone, seorang tukang lelong dan pecetak, dengan keizinan Kompeni Hindia Timur Inggeris. Di Manila, akhbar tulen yang mula-mula terbit ialah Del Superior Gobierno, yakni mingguan berbahasa peribumi yang pertama hanya muncul dalam tahun 1862, iaitu apabila surat khabar dwimingguan, El Pasig, diterbitkan dalam bahasa Sepanyol dan Tagalog. Di Betawi, selepas Vendu Nieuws ditamatkan penerbitannya dalam tahun 1809, muncul pula pada 15 Januari 1801 surat khabar mingguan, Bataviasche Koloniale Courant, yang diusahakan oleh Ross, seorang pendeta pada masyarakat Belanda di Betawi. Tetapi akhbar ini pun terpaksa dihentikan apabila Tanah Jawa jatuh ke tangan Inggeris dalam bulan Ogos 1811. Seperti dinyatakan terdahulu bahawa teknik yang digunakan dalam perenggan di atas adalah jenis uratan waktu, tetapi kita juga boleh menyatakan bahawa terdapat satu lagi teknik yang digunakan oleh pengarang, iaitu teknik urutan ruang. Antara ciri teknik ini ialah Pulau Pinang, Manila, Sepanyol, Betawi dan Jawa. Jelas bahawa semua lokasi-lokasi ini merupakan ruang dalam skala besar, iaitu sebuah negeri (Pulau Pinang), bandar (Manila), negara (Sepanyol), bandar (Betawi) dan pulau (Jawa). Kesimpulannya, sesebuah perenggan boleh mengandungi lebih daripada satu teknik. Kebijaksanaan menggandingkan pelbagai teknik dalam satu perenggan memerlukan latihan, kemahiran dan pembacaan yang meluas tentang selok belok penulisan.

PENILAIAN KENDIRI
1. 2. 3. 4. Apakah yang anda faham tentang strategi pemerengganan. Bincangkan perbezaan antara perenggan permulaan, pengembang dan penutup. Bina dua perenggan pengenalan menggunakan teknik anekdot dan teknik falsafah. Analisis sebuah karangan dari aspek strategi pemerengganan.

S t r a t e g i P e m e r e n g g a n a n | 26

KATA KUNCI
1. Perenggan Utama 2. Perenggan Pengembang 3. Perenggan Penutup Bahan Rujukan Awang Sariyan. (1992). Asas Penulisan Deskriptif. Kuala Lumpur: Menara Ilmu Sdn. Bhd. ____________. ( 2006). Tertib Mengarang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Henry Guntur Tarigan. (1986). Menulis sebagai Satu Ketrampilan Berbahasa. Bandung: Penerbit Angkasa. Ismail Ahmad. (1996). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Masri et al. (2007). Bahasa Melayu; Rujukan Menengah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 4. Teknik Aneknot 5. Teknik Falsafah 6. Kepelbagaian Teknik Perenggan

You might also like