Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 22

BAGAIMANAKAH KEBERKESANAN PENGAJARAN BERTERASKAN AMALI DALAM SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP MAMPU MEMBERI KEFAHAMAN DAN PENGUASAAN KEPADA

PELAJAR BERMASALAH DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA.

MUHAMMAD AZIZI BIN CHE RUSLI

Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat tuntutan tugasan kursus Peyelidikan Ilmiah ( SHP 4133) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup

Jabatan Kemahiran Hidup Fakulti Seni Dan Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

MAC 2010

PENGHARGAAN

Alhamdulillah , pertama sekali penyelidik melafazkan setinggi tinggi rasa bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya juga membolehkan penulisan cadangan ini sampai ke noktah yang berakhir. Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Prof Dr Yusuf Ibrahim selaku penyelia yang banyak memabantu dan memberi tunjuk ajar serta penerangan yang jelas kepada penyelidik dalam menulis cadangan kajian ini. Seterusnya, penyelidik ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penyelidik yang telah memberi kerjasama dalam memberi tunjuk ajar kepada penyelidik dan penulisan ini secara langsung mahupun tidak langsung. Akhir sekali, penyelidik amat menghargai pengorbanan yang diberikan oleh kedua ibu bapa yang tercinta kerana banyak memberi dorangan kepada penyelidik. Semoga Allah menerima amal merestui kalian semua.

BAGAIMANAKAH KEBERKESANAN PENGAJARAN BERTERASKAN AMALI DALAM SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP MAMPU MEMBERI KEFAHAMAN DAN PENGUASAAN KEPADA PELAJAR BERMASALAH DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA.

ABSTRAK Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar bermasalah pelajaran mengenai mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian telah dijalankan beberapa buah sekolah menengah harian biasa. Objektif kajian ialah, pertama Mengkaji minat pelajar bermasalah pembelajaran terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kedua Mengkaji kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran terhadap isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup.Ketiga Mengkaji pengaplikasian kemahiran amali mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam kehidupan seharian pelajar bermasalah pembelajaran. Kaedah temubual digunakan dalam kajian ini untum memperolehi data untuk dianalisis. Responden terdiri daripada pelajar yang berumur bermula daripada 13 tahun sehingga 15 tahun sama ada lelaki mahupun perempuan. Responden dipilih secara rawak bagi setiap sekolah yang dikaji. 4 orang responden dipilih untuk menjawab soalan temubual yang dirangka oleh penyelidik.

ISI KANDUNGAN

BAB 1 1.1 PENGENALAN 1.2 LATAR BELAKANG MASALAH 1.3 PENYATAAN MASALAH 1.4 OBJEKTIF KAJIAN 1.5 PERSOALAN KAJIAN 1.6 HIPOTESIS KAJIAN 1.7 DEFINISI ISTILAH 1.7.1 AMALI 1.7.2 MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP 1.7.3 KEFAHAMAN 1.7.4 PENGUASAN 1.7.5 PELAJAR BERMASALAH 1.8 RUMUSAN 4 4 4 4 4 5 1 1 3 3 3 3

BAB 2 2.1 PENGENALAN 2.2 KAJIAN LEPAS 2.3 MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP 2.3.1 BAHAGIAN TERAS 2.3.2 BAHAGIAN ELEKTIF 2.4 PERANAN GURU DIDALAM PENGAJARAN AMALI 2.5 TEORI PEMBELAJARAN YANG BERKAITAN 2.5.1 TEORI PELBAGAI KECERDASAN GARNER 2.5.2 TEORI KONSTRUKTIVISME 2.6 RUMUSAN 6 6 6 7 7 8 9 9 10 11

BAB 3 3.1 PENGENALAN 3.2 REKABENTUK KAJIAN 3.2.1 FASA PERTAMA : PENGUMPULAN MAKLUMAT 3.2.2 FASA KEDUA : BANDING BEZA PENGAJARAN SECARA TEORI DAN AMALI 3.2.3 FASA KETIGA : PENILAIAN 3.3 POPULASI KAJIAN 3.4 INSTRUMEN KAJIAN 3.4.1 TEMUBUAL 3.4.2 PEMERHATIAN 3.5 ANALISI DATA 3.6 RUMUSAN 12 12 12 13 13 13 13 13 14 14 14 14

RUJUKAN LAMPIRAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN Pembelajaran secara amali yang berteraskan kemahiran kendiri amat dititikberatkan dalam sukatan pelajaran pendidikan teknik dan vokasional khususnya di dalam mata pelajaran kemahiran hidup. Pembelajaran berteraskan amali mampu memberi kesan penguasaan kepada pelajar secara umumnya. Namun demikian sebilangan besar pelajar sekolah didapati masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran amali di bengkel. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran berteraskan kemahiran amali bagi mata pelajaran kemahiran hidup di kalangan pelajar sekolah di sekolah menengah harian biasa. Dalam kajian ini, pensampelan adalah secara rawak yang dijalankan di sekolah menengah harian biasa,sekolah yang dipilih adalah berdasarkan sekolah yang berhampiran dengan kediaman penyelidik. 1.2 LATAR BELAKANG MASALAH Di dalam kajian ini, penyelidik membincangkan Program Integrasi bagi pelajar-pelajar bermasalah. Maksud pelajar bermasalah disini adalah melibatkan pelajar yang lemah atau bermasalah dari segi penerimaan pembelajaran yang belajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing. Pelajar yang bermasalah di dalam pembelajaran boleh dikategorikan mengikut kebolehan fungsi kemahiran yang melibatkan kebolehan kognitif iaitu kebolehan menekan pada proses dalaman mentel.Seterusnya melibatkan kebolehan menggunakan bahasa dan pertuturan. Selain itu ianya juga melibatkan kebolehan kebolehan lain seperti penguasaan kemahiran membaca,penguasaan kemahiran mengikut

umurnya,pengurusan kemahiran berintraksi yang sesuai dan darjah peenerimaan mereka terhadap sesuatu perkara. Jika dilihat secara kasar, pelajar yang masalah di dalam pembelajaran mempunyai tingkah laku yang tertentu jika dibandingkan dengan pelajar yang normal di dalam pembelajaran. Antara ciri ciri tingkah laku pelajar bermasalah yang dapat dikenalpasti di sini adalah kelakuan pelajar berkenaan adalah terlalu aktif. Selain itu cirri cirri yang dikenalpasti yang dapat dikemukan adalah pelajar bermasalah didalam pembelajaran kebiasaannya mempunyai gangguan dalam ingatan yang menyukarkan mereka mengingat sesuatu perkara didalam tempoh yang lama. Seterusnya terdapat gangguan didalam memberikan penumpuan didalam pembelajaran. Pelajar yang bermasalah ini juga dapat diperhatikan mempunyai kelemahan didalam pengusaan kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Daripada pernyataan yang dikemukan, pelajar yang bermasalah didalam pembelajaran mempunyai masalah dalam tingkahlaku mereka, masalah neurological, fizikal, psikogikal dan masalah persekitaran. Kemahiran Hidup merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh pelajar sekolah yang bersekolah di sekolah menengah harian biasa mahupun berasrama penuh meskipun pelajar yang mempunyai permasalahan didalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, mata pelajaran kemahiran hidup ini mempunyai dua system pembelajaran iaitu pembelajaran berteraskan teori dan pembelajaran yang berteraskan amali. Kebanyakan pelajar yang bermasalah didalam pembelajaran lebih cenderung didalam perkaraperkara yang melibatkan amali kerana mereka kurang menggunakan pemikiran mereka untuk memikirkan perkara-perkara atau teori yang perlu dihafal. Ini bersesuaian dengan tahap penerimaan pemikiran mereka. Di dalam kajian ini, penyelidik ingin mengetahui persepsi pelajar yang bermasalah dalam peembelajaran penguasaan mereka terhadap pembelajaran secara amali didalam mata pelajaran Kemahiran Hidup yang telah mereka pelajari. Adakah mereka memahami apa yang diajar oleh guru Kemahiran Hidup kepada mereka? Adakah mereka dapat mengaplikasi apa yang dipelajari contohnya melakukan pertukangan mudah dalam kehidupan seharian mereka ataupun bercucuk tanam serta membaik pulih kerosakan mudah pada enjin. Penyelidik juga ingin mengkaji adakah mereka mempunyai kefahaman dan penguasaan terhadap apa yang dipelajari.

1.3 PENYATAAN MASALAH Penyelidik mengkaji mengenai persepsi pelajar bermasalah pembelajaran terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Aspek yang ingin dikaji ialah minat dan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Selain daripada itu penyelidik juga ingin mengkaji adakah pelajar mengaplikasikan bahagian amali mata pelajaran Kemahiran Hidup di dalam kehidupan seharian mereka 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini ialah untuk: 1. Mengkaji minat pelajar bermasalah pembelajaran terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup 2. Mengkaji kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran terhadap isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup 3. Mengkaji pengaplikasian kemahiran amali mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam kehidupan seharian pelajar bermasalah pembelajaran 1.5 PERSOALAN KAJIAN Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan atau diskriptif iaitu dengan mengambil data menggunakan soal selidik (Mohd Najib, 1999). Bagi kajian ini, pengumpulan data dan maklumat dibuat dengan menggunakan soal selidik yang dibina sendiri dan diberi kepada pelajar yang menjadi responden. Nilai Alpaha Cronbach untuk menguji kebolehpercayaan soalan soal selidik ialah 0.823. Tumpuan kajian ialah untuk mengetahui apakah persepsi pelajar mengenai mata pelajaran Kemahiran Hidup yang mereka pelajari.

1.6 HIPOTESIS KAJIAN Pelajar bermasalah didalam pelajar lebih berminat pembelajaran dan peengajaran yang berteraskan amali berbanding teori kerana mereka boleh bergerak aktif. Mereka lebih cenderung dalam penguasaan dan kefahaman didalam mata pelajaran kemahiran hidup apabila berada didalam kelas amali kerana mereka dapat melihat secara langsung terhadap pengajaran guru berbanding kelas teori yang hanya memberi gambaran sahaja. 1.7 DEFINISI ISTILAH

Bahagian ini adalah bertujuan memberi penjelasan atau pendefinisian terhadap perkataan yang digunakan bagi tajuk kajian yang dijalankan oleh penyelidik agar setiap perkataan yang digunakan memberi maksud dan gambaran yang jelas. 1.7.1 AMALI Kepelbagaian teknik dalam kaedah amali ini menyebabkan pelajar lebih aktif, tidak berasa bosan atau tertekan sepanjang kelas (Lemlech 2004; Williams et al. 2003). Selain daripada itu, penglibatan pelajar yang aktif dalam kesemua teknik tersebut mampu menerapkan ciri-ciri modal insan sama ada secara tersurat atau tersirat. Amali adalah melakukan kerja fizikal dalam sesuatu pembelajaran 1.7.2 MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan 1.7.3 KEFAHAMAN Kefahaman di sini bermaksud pelajar dapat menangkap segala ilmu yang disampaikan. Dengan erti kata lain pelajar mengerti pada setiap isi pelajaran yang dijelaskan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

1.7.4 PENGUASAN

Penguasaan adalah suatu yang abstrak,ianya dapat diberi erti sesuatu perkara yang dapat difahamai dan dapat diguna pakai kembali ilmu atau perkara tersebut. 1.7.5 PELAJAR BERMASALAH Pelajar bermasalah yang dimaksudkan didalam kajian ini adalah bermaksud pelajar yang bermasalah didalam pembelajaran mereka dan mempunyai permasalahan didalam memahami pengajaran guru ketika didalam kelas serta sukar untuk menangkap segala penjelasan guru terhadap pembelajaran yang dijalankan. 1.8 RUMUSAN Pembelajaran secra amali dapat membantu pelajar untuk memahami isi pelajaran kerana pelajar dapat mengerti penjelasan dikelas teori semasa melakukan kerja amali. Dengan ini ianya dapat membantu pelajar untuk menguasai mata pelajaran kemahiran hidup ini.

BAB 2

SOROTAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Di dalam bab ini akan menyentuh kajian-kajian berkaitan dengan kefahaman pelajar terhadap pelajaran berterasakan amali. Ia turut membincangkan aspek-aspek utama yang memberi kesan serta mempengaruh kajian yang dijalankan. Kajian-kajian lepas di ambil dari artikel-artikel dan buku-buku rujukan sebagai panduan dalam menghasilkan penulisan ini.

2.2 KAJIAN LEPAS Pada bahagian ini, ianya telah membincangkan mengenai tinjaun literatur ataupun sorotan kajian yang dibuat oleh penyelidik lepas bagi membantu penyelidik membina kaedah yang sesuai bagi bab 3 iaitu metodologi. 2.3 MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan mata pelajaran pravokasional yang bertujuan untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas secara teori dan juga praktikal yang diperlukan untuk mengendalikan kehidupan seharian dengan penuh sistematik. Mata pelajaran ini diperkenalkan pada tahun 1989. Pada tahun 1991, mata pelajaran ini dikenali sebagai Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan dibahagikan kepada bahagian teras dan bahagian pilihan. Bahagian teras terdiri daripada tiga komponen iaitu Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan dan Kekeluargaan yang wajib dipelajari oleh semua pelajar, manakala bahagian pilihan ialah Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT), Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan Pertanian. Semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga diwajibkan untuk mempelajari komponen di dalam bahagaian teras, manakala salah satu daripada tiga komponen pilihan.

2.3.1 BAHAGIAN TERAS Bahagian Teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk danTeknologi yang wajib dipelajari oleh semua murid. Reka Bentuk dan Teknologi Bidang Reka Bentuk dan Teknologi menyediakan murid Tingkatan I dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan produk yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. proses pembuatan yang melibatkan bahan binaan seperti kayu, papan lapis atau bahan komposit. Murid juga berpeluang mereka bentuk dan menghasilkan artikel jahitan dengan menggunakan mesin jahit, di samping berpeluang juga untuk menghias kawasan persekitarannya dengan tumbuhan hiasan yang dihasilkan. Selain daripada itu, murid juga melakukan kerja penyenggaraan dan baik pulih elektrik dan paip yang ditumpukan kepada pendawaian plag tiga pin, lampu pendafluor, tangki simbah, pili dan perangkap

2.3.2 BAHAGIAN ELEKTIF Bahagian pilihan Murid memilih salah satu daripada empat bidang pembelajaran dalam Bahagian Pilihan. Pilihan murid kekal dari Tingkatan I hingga Tingkatan III. Pilihan 1:KemahiranTeknikal Bidang Kemahiran Teknikal merangkumi unit pembelajaran yang membolehkan murid mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam elektrik dan asas elektromekanikal. Dalam pembelajaran elektrik, murid mengkaji litar siri dan litar selari untuk mengetahui kaitan antara voltan, arus dan rintangan. Murid akan menggunakan meter pelbagai untuk menguji keterusan litar dan mengukur nilai perintang tetap. Di samping pengiraan kuasa elektrik, murid juga diberikan rumusan untuk mengira rintangan dalam litar siri dan litar selari. Pendedahan kepada konsep pergerakan elektromekanikal bertujuan untuk membolehkan murid mengetahui dan memahami bagaimana komponen elektronik boleh mengawal dan mempertingkatkan pergerakan mekanikal.

Pilihan 2: EkonomiRumah Tangga Bidang Ekonomi Rumah Tangga membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran tentang makanan dan pengendalian makanan, masakan, pakaian dan jahitan. Murid membuat kerja amali dalam penyediaan sarapan dan minum pagi atau minum petang serta berpeluang mereka cipta resepi hidangan tersebut. Dalam aspek pakaian, murid mengenal pasti jenis fabrik dan memperoleh kemahiran memilih pakaian. Murid menjahit dan menghias skirt berkasing untuk kerja jahitan. Pilihan 3: Pertanian Bidang Pertanian memberi peluang kepada murid mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam pembinaan kompos dan penanaman sayursayuran. Murid berpeluang memilih jenis sayursayuran yang hendak ditanam, mengenal pasti kesesuaian tanah dan baja serta merancang projek penanaman sayur-sayuran. Melalui penanaman sayur-sayuran, murid akan memerhati kesan daripada penggunaan kompos dan amalan giliran tanaman terhadap tumbesaran dan penghasilan sayur-sayuran. Pilihan 4:Perdagangan danKeusahawanan Bidang Perdagangan dan Keusahawanan menyediakan murid dengan pengetahuan serta amalan perniagaan yang merangkumi langkahlangkah penubuhan dan pengendalian perniagaan serta pengenalan kepada bidangbidang pengeluaran yang telah sedia wujud. Murid juga diperkenalkan kepada pelbagai jenis dokumen penting bagi penubuhan dan pengendalian perniagaan. Antara tujuan bidang ini adalah untuk memupuk nilai dan sikap berdikari, yakin diri, inisiatif dan berdaya saing. Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana. Pendedahan murid kepada konsep dalam proses pengeluaran membantu mereka membuat pengiraan kos sesuatu projek secara sistematik 2.4 PERANAN GURU DIDALAM PENGAJARAN AMALI Guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru adalah seseorang yang memberi input kepada pelajar mereka terhadap proses pembelajaran yang dilakukan. Peranan ini tidak kira sama ada didalam kelas teori mahupun amali. Peranan guru didalam kelas amali adalah amat penting kerana semasa pengajaran berteraskan amali, guru

meerupakan individu yang menunjuk cara kepada pelajar sebelum pelajar mencuba dan mengaplikasikan sendiri apa yang ditunjukkan oleh guru meraka. Kaedah tunjuk cara yang betul oleh guru mampu memberi kesan yang baik terdapat pelajar dalam menguasai sesuatu isi pembelajaran yang dijalankan. Selain itu , peranan guru didalam pengajaran amali adalah untuk memastikan keselamatan pelajar ketika menjalani kerja amali yang dijalankan. 2.5 TEORI PEMBELAJARAN YANG BERKAITAN Teori merupakan satu landasan asas bagi sesuatu perkara. Penggunaan teori didalam kajian adalah amat penting kerana penggunaan teori ini adalah menjadi satu panduan atau petunjuk arah terhadap kajian tang dilakukan oleh penyelidik. Teori merupakan anadai awal atau hipotesis terhadap sesuatu kajian yang dilakukan. 2.5.1 TEORI PELBAGAI KECERDASAN GARNER Teori pelbagai kecerdasan dikemukakan oleh Howard Garner. Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Garner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994). Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik, seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik. Kecerdasan kecerdasan yang dikemukakan oleh Garner adalah seperti berikut : Kecerdasan Linguistik - kemahiran atau kebolehan mengguna perkataan dengan berkesan, baik secara lisan atau bertulis. Kecerdasan Logikal-Metematikal - kebolehan mengguna nombornombor secara efektif dan dapat mengulas dengan baik. Kecerdasan `Spatial - peka terhadap bentuk, ruang, warna, garisan dan corak serta berkebolehan membentangkan idea secara grafik.

Kecerdasan Kinestetik Badan kebolehan mengguna tubuh badan untuk menghuraikan idea-idea dan perasaan, serta menyelesaikan masalah. Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan gerak-geri dan perimbangan tubuh badan.

Kecerdasan Muzikal peka terhadap rentak, pic, dan melodi. Kemahiran dalam mengenali lagu-lagu mudah dan dapat mengubah kelajuan, tempo dan rentak dalam lagu mudah.

Kecerdasan Interpersonal kebolehan memahami perasaan hati (mood), motivasi dan keinginan orang lain. Kemahiran bertindak secara berkesan dalam menyelesaikan masalah dan mengatasi konflik bila berhubung dengan orang lain.

Kecerdasan Intrapersonal kebolehan memahami diri sendiri seperti kekuatan, kelemahan, perasaan hati (mood), keinginan, berahi (desires) diri. Kemahirannya termasuk menyedari bahawa dirinya adalah sama atau berbeza dengan orang lain, dan dapat mengawal serta menangani perasaan diri sendiri.

Kecerdasan Naturalis peka terhadap alam semulajadi, sedar akan gejala alam, berkemampuan untuk membezakan flora dan fauna, baik dalam kerja mengasing dan mengelas, mempunyai kemahiran memerhati, memahami fenomena semulajadi serta menjaga haiwan kesayangan dan juga suka kerja berkebun. Melalui aplikasi teori pelbagai kecerdasan yang sesuai, kita dapat memupuk dan mencungkil kecerdasankecerdasan yang diingini dengan pelbagai cara. Ia juga dapat membantu pendidik dalam mengendalikan serta menyesuaikan diri dengan perbezaan pelajar dan juga suasana pembelajaran.

2.5.2 TEORI KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme percaya pelajar tidak lagi di anggap belajar daripada apa yang diberikan oleh guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Dick (1991) menyatakan konstruktivisme mencadangkan kaedah dalam persekitaran pembelajaran yang boleh disusun atur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Konstruktivisme percaya pembangunan intelektual adalah hasil daripada interaksi secara berterusan dan juga faktor persekitaran.Apabila seseoarng pelajar berinteraksi dengan dunia di sekitarnya secara aktif, pengetahuan akan terbina dengan sendiri.

Pendekatan pengajaran pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme akan memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran pembelajaran yang sesuai dan pelajar sendiri boleh menentukan masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Guru pula boleh membuat penilaian kendiri dan menilai kefahamannya mengenai sesuatu bidang supaya pengetahuan dapat ditingkatkan lagi. Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1970) menyatakan Teori Konstruktivisme melibatkan pelajar di dalam pengalaman yang bermakna dengan menolak pemindahan ilmu secara pasif dan menfokuskan kepada penyelesaian masalah.

2.6 RUMUSAN Kajian yang telah dijalankan sebelum ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan membantu penyelidik untuk menyelesaikan permasalahan berkaiatan kajian yang dijalankan. Dengan ini kajian yang dilakukan dapat dijalankan dengan lebih baik lancar dan segala permasalah yang dihadapi dapat diatasi dengan sebaik yang mungkin.

BAB 3

METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Bahagian ini menyentuh dan membincangkan secara terperinci terhadap metodologi yang digunakan dalam kajian ini termasuklah model yang digunakan dalam rekabentuk pengajaran dan pembelajaran bagi membantu pembangun dalam menghasilkan bahan pembelajaran yang berkualiti. Terdapat beberapa fasa yang terlibat dalam proses pembangunan ini berdasarkan model rekabentuk yang dipilih. Perbincangan juga akan menyentuh mengenai populasi, sampel kajian dan instrumen kajian yang digunakan serta kaedah bagaimana kajian analisa data dilakukan.

3.2 REKABENTUK KAJIAN Rekabentuk kajian merujuk kepada bagaimana kajian yang dilakukan kepada respoden terhadap penyelidikan ini. Dalam kajian ini, kajian dijalankan dalam bentuk kualitatif. Kaedah kualitatif ini digunakan kerana ianya tidak melibatakan numerikal dan kaedah ini juga dapat mendapat maklumat secara terus dan tidak terbatas seperti kaedah kuantitatif. Untuk mendapatkan data bagi kaedah kualitatif yang dijalankan.dalam menganalisa respoden melalui pemerhatian dan temubual, kajian ini menumpukan kepada tiga fasa seperti berikut : 3.2.1 FASA PERTAMA : PENGUMPULAN MAKLUMAT Di peringkat ini, maklumat-maklumat dikumpulkan untuk dijadikan sebagai rujukan pengkaji. Antara maklumat yang dikumpulkan ialah mengenalpasti kefahaman dan penguasaan pelajar dalam memahami matapelajaran kemahiran hidup berteraskan. Seterusnya, pengkaji membuat kajian terhadap kefahaman pelajar bermasalah berkaitan dengan pembelajaran secara teori dan amali didalam subjek kemahiran hidup serta mengkaji pemilihan bahan bantu mengajar yang

bersesuaian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Maklumat-maklumat yang diperolehi adalah dari temubual tidak berstruktur dengan pengajar dan juga bahan bacaan yang berkaitan dalam pembangunan ini 3.2.2 FASA KEDUA : BANDING BEZA PENGAJARAN SECARA TEORI DAN AMALI Dalam kajian ini,model Pelbagai Kecerdasan Garner digunakan sebagai rujukan pengkaji dalam pemilihan bahan bantu mengajar bagi mendapatkan data berkaitan penguasaan dan kefahaman pelajar bermasalah terdapat pembelajaran secara amali. Seterusnya pengkaji menghadiri kelas teori dan amali bagi mendapatkan data, kajian yang dilakukan adalah berdasarkan fasa pertama. 3.2.3 FASA KETIGA : PENILAIAN Pada fasa ini, penilaian dibuat pada akhir prroses kajian. Ia bertujuan untuk menilai dan membuat sebarang perubahan besar yang perlu pada pengajaran seterusnya. Dalam kajian ini penilaian dibuat berbentuk teemu bual dan pemerhtian. Pemerhatian turut dibuat ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. 3.3 POPULASI KAJIAN Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar pelajar bermasalah yang terdapat di sekolah sekolah menengah harian biasa yang berhampiran dengan kediaman penyelidik. Respoden terdiri daripada pelajar menengah rendah iaitu pelajar yang berumur bermula daripada13 tahun sehingga berumur 15 tahun. Respoden juga adalah terdiri daripada palajar yang belajar mata pelajaran kemahiran hidup. Responden yang dipiih merupakan pelajar tang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Penyelidik akan mendapatkan data daripada responden yang dipilih secara rawak. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian yang digunakan didalam kajian adalah temubual. Bagi melakukan temubual,peenyelidik meenggunakan peralatan yang sesuai dengan kaedah temu bual yang dilakukan. Alatan yang digunakan merupakan sebuah video kamera berjenama JVC. Fungsi video yang digunakan adalah untuk merakam temubual yang dilakukan oleh penyelidik terhadap responden dan menganalisis data daripada temubual yang dijalankan.

3.4.1 TEMUBUAL Pengkaji mengadakan sesi temubual terhadap responden terpilih setelah sesi pengajaran dan pembelajaran didalam kelas amali. Temubual adalah dalam bentuk dialog dan bertulis. Kaedah ini adalah merupakan satu kaedah yang baik didalam melakukan penyelidikan kerana kaedah ini lebioh bersifat fleksibel iaitu soalan soalan temubual tidak terikat dan lebih bersifat keterbukaan. Selain itu kaedah ini mampu memberi penjelasan terhadap soalan yang sukar untuk difahami oleh responden. Kaedah ini juga dipilih kerana ianya berkaitan dengan pemilihan responden yang dikaji, penyelidik meletakkan kemungkinan atau kebarangkalian terdapat responden yang kurang lancar dalam pembacaan. 3.4.2 PEMERHATIAN Penyelidik turut menjalankan pemerhatian ke atas sampel kajian semasa mereka berada didalam sesi pembelajaran dan pengajaran didalam kelas amali dan teori. Pengyelidik bertujuan untuk melihat reaksi mereka terhadap peenguasaan dan kefahaman berkaitan pembelajaran mereka didalam kelas. 3.5 ANALISI DATA Analisa bermaksud mengkategori, memberi pangkatan, memanipulasi dan menyimpulkan data untuk mendapatkan jawapan kepada kajian (Mohd Najib, 2003). Setelah menjalankan kajian berdasarkan instrumen yang dipilih maka data akan di analisa. 3.6 RUMUSAN Metodologi kajian amat penting dalam memberi garis panduan kepada pengkaji untuk mendapatkan kajian yang lebih baik. Pembahagian perlaksanaan kajian berdasarkan pemilihan rekabentuk model pengajaran dapat memberi penerangan yang lebih jelas. Pemilihan instrumen, sampel dan analisa data yang betul dan tepat dapat membantu kajian lebih mendapatkan kesahan yang tinggi. RUJUKAN Abd. Rahim Abd Rashid (1999). Profesionlisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah.

Kuala Lumpur: Utusan Publications. Ainon Mohd, Abdullah Hassan (2002). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. Kuala Lumpur: PTS Publictions & Distributors. Azmi Abu Bakar & Lee Lay Wah (2004). Penilaian Aplikasi Multimedia Untuk Mengajar Kemahiran Membaca Kepada Pelajar Bermasalah Pembelajaran Projek Sarjana Muda, Universiti Kebangsaan Malaysia. Chua Tee Tee, Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jabatan Pendidikan Khas (2003). Sukaktan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. Juwita bt. Ahmad (2003). Penguasaan Guru-guru Pendidikan Khas Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Kurikulum Pendidikan Khas Program Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Projek Sarjana Muda, Universisi Teknologi Malaysia. Kementerian Pelajaran (1992). Pusat Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum Mohd Sharani Ahmad (2004). Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar. Bentong: PTS Publications & Disetributors..

LAMPIRAN

SOALAN TEMUBUAL Secara khusus soalan temubual adalah untuk mengetahui data yang dikehendaki oleh penyelidik untuk dianalisis. Antara soalan temubual yang dirangka oleh penyelidik adalah seperti berikut : Soalan umum 1. Adakah anda berminat dengan mata pelajaran kemahiran hidup? 2. Andakah anda faham terhadap pengajaran guru berkaitan mata pelajaran kemahiran hidup? 3. Pembelajaran secara teori dan amali dalam mata pelajaran kemahiran hidup, yang manakah lebih anda minati? 4. Kaedah pembelajaran manakah yang lebih anda faham bagi sesuatu sesi pembelajaran kemahiran hidup, sama ada kaedah teori atau amali? 5. Bagaimanakah kaedah amali dapat membantu anda untuk menguasai setiap bab dalam mata pelajaran kemahiran hidup? Soalan khusus untuk mengetahui minat,kefahaman dan penguasaan responden terdapan pembelajaran amali kemahiran hidup : Responden 1 1. Anda suka belajar memasak bersama rakan dan guru anda? 2. Anda suka belajar membeli bahan masakan di pasar? 3. Anda boleh mengenalpasti peralatan memasak seperti kuali, cerek, pinggan dan sebagainya ketika kelas amali? 4. Anda boleh menyebut jenis-jenis menu yang anda pelajari? 5. Anda boleh menerangkan langkah-langkah keselamatan di bengkel masakan? Responden 2 1. Anda boleh mengenalpasti alatan tangan kayu seperti pembaris keluli, tukul kuku kambing dan gergaji? 2. Anda boleh menerangkan langkah-langkah keselamatan di bengkel kayu? 3. Anda berminat membuat kerja kayu bersama kawan-kawan? 4. Anda berminat untuk belajar menggunakan alatan kerja kayu seperti sesiku L dan gergaji tangan? Responden 3 1. Anda suka berkebun terutama menanam sayur? 2. Anda suka mengutip hasil tanaman apabila sudah matang? 3. Anda boleh menyebut jenis-jenis sayuran yang anda pelajari ketika kelas amali?

4. Anda boleh mengenal jenis-jenis haiwan ternakan seperti kucing, arnab dan ayam?

Responden 4 1. Sebelum mencuci pakaian, adakah anda mengasingkan pekaian mengikut jenis dan warna? 2. Setelah mencuci pakaian,adakah anda menjemur pakaian di bawah matahari supaya pakaian cepat kering? 3. Anda membancuh minuman untuk ibu, bapa, kakak dan diri anda sendiri? 4. Adakah anda membantu ibu bapa membeli barang keperluan di pasar atau pasar raya? 5. Adakah anda selalu membantu ibu anda menghidang makanan?

You might also like