Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH.

Pada zaman moden kini, penggunaan telefon bimbit semakin meluas. Fungsi telefon bimbit juga lebih banyak dan terdapat beraneka model. Pada kebiasaannya, masyarakat mampu memiliki telefon bimbit, termasuklah pelajar sekolah. Penggunaan telefon bimbit mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada para pelajar. Telefon bimbit memudahkan ibu bapa atau kawan-kawan pelajar

menghubungi seseorang pelajar . Selain itu, pelajar sekolah dapat berbual-bual dengan sahabat ataupun saudara yang berjauhan melalui telefon bimbit. Ibu bapa juga tidak begitu bimbang jika anak-anak mereka membawa telefon bimbit keluar berjumpa dengan kawan atau ke sesuatu tempat. Selain itu, telefon bimbit boleh mengurangkan kebosanan kepada pelajar sekolah. Mendegar lagu dari MP3 atau MP4 dalam telefon bimbit sementara bosan atau menunggu merupakan satu hiburan yang menyenorokkan kepada pelajar sekolah. Fungsi telefon bimbit yang banyak juga membolehkan pelajar mengambil gambar atau melayari internet . Seperti yang kita sedia maklum, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora, setiap yang sempurna di dunia ini pasti ada kecacatan dan kelemahannya. Penggunaan telefon bimbit juga tidak terkecuali daripada hakikat ini. Antara keburukannya adalah menjejaskan kesihatan pelajar.Jika pelajar menggunakan telefon bimbit dalam masa yang panjang, sinaran radiasi yang dikeuarkan sedikit sebanyak akan mengganggu kesihatan . Penyakit kanser ataupun penyakit yang berkaitan dengan gangguan sistem saraf akan terjadi dalam jangka masa panjang. Keburukan telefon bimbit yang seterusnya akan membazir wang. Pembelian telefon yang baru memerlukan perbelanjaan yang besar. Setiap panggilan telefon dan penghantaran SMS turut melibatkan bayaran. Pelajar

sekolah masih tidak bekerja, jadi ibu bapa merekalah terpaksa menanggung kos pembelian dan penggunaan telefon bimbit anak mereka. Selain itu penggunaan telefon bimbit akan menyebabkan pelajar sekolah mengabaikan pelajaran mereka. Hal ini demikian kerana ada sesetengah pelajar sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah atau pada masa tuisyen. Mereka asyik menghantar sms dengan rakan-rakan dan kurang memberikan tumpuan kepada apa yang diajar oleh guru mereka. Lama-kelamaan, pelajaran mereka akan terabai dan keputusan pelajaran akan merosot. Kesimpulannya, penggunaan telefon memang mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada pelajar sekolah. Oleh itu, para pelajar perlulah menggunakannya secara bijak. Para ibu bapa turut berperanan dalam mengawal penggunaan telefon bimbit.

You might also like