Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan.

Guru hendaklah mengelakkan diri daripada melemparkan sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh menjatuhkan nama baik seseorang guru lain di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah rakan sejawat. Mereka tidak boleh melibatkan diri dengan kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. Contoh : Terlalu aktif dalam penglibatan perniagaan sehingga mengabaikan kelas dan program sekolah. Mereka perlu berusaha untuk menunaikan tanggungjawab sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Contoh : - Menepati masa dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. - Melakukan rancangan pengajaran - Sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan - Menerapkan nilai kreatif dan inovatif dalam pengajaran. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. Contoh : Memberi tunjuk ajar kepada guru permulaan. Mereka hendaklah sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Contoh : - Tidak berkelakuan negatif Seseorang guru dikehendaki menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. Contoh : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK). Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB)

You might also like