Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

FAKTOR PERTUMBUHAN EKONOMI

DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN 1: HAFIZ, FATIN, IKHWAN, AIN

Tanah
Konsep tanah dalam ekonomi merujuk sumber alam semula jadi yang terdapat di permukaan atau di dalam perut bumi. Sektor pertanian telah memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan kemajuan negara ini .

Sabah dan Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia dan memiliki tanah yang luas. Sebahagian besar dari kawasan-kawasan ini amat sesuai untuk projek-projek pertanian. Selain penanaman padi yang merupakan makanan utama negara ini, kerajaan Malaysia juga telah menggalakkan penanaman getah dan kelapa sawit.

Industri penanaman getah wujud di negara ini pada tahun-tahun 1980an kesan dari kenaikan harga getah yang melambung di pasaran dunia. Getah juga didapati sesuai ditanam di Malaysia. Selepas merdeka, penekanan utama kerajaan ialah - memelihara dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport utama getah asli di dunia - merangka semula struktur industri getah bagi membolehkan rakyat negara ini mempunyai hak milik bertaraf estet dan pengeluaran yang besar dalam industri getah.

Dalam proses mempelbagaikan sektor pertanian, pembajaan dan perkembangan industri kelapa sawit telah memberi kejayaan yang cemerlang. Hari ini Malaysia adalah negara pengeluar utama minyak kelapa sawit di dunia. Dalam tempoh Rancangan Malaysia keempat, minyak kelapa sawit mengatasi getah sebagai komoditi utama sektor pertanian.

Faktor-faktor utama pengeluaran yang berpunca - keadaan cuaca yang baik, - penggunaan baja yang bermutu tinggi, - teknik pendebungaan yang berkesan, - pertambahan keluasan ladang yang mengeluarkan hasil - harga eksport yang menggalakkan.

Sumber asli
Sektor perlombongan juga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi negara Malaysia meliputi bidang pengeluaran petroleum, bijih timah, tembaga, bauksit, bijih besi dan sumber galian lain. Sebahagian besar pertumbuhan sektor ini berpunca daripada industri petroleum. Telaga minyak yang pertama beroperasi di kawasan rantau ini ialah di Brunei. Oleh kerana Brunei dikelilingi oleh Sarawak yang menjadi sebahagian dari wilayah Malaysia, maka sumber-sumber minyak juga telah ditemui di Sarawak.

Manakala industri bijih timah pula telah berkembang sejak berabad-abad lamanya di Semenanjung Tanah Melayu dan dilombong bagi kegunaan tempatan serta untuk dieksport ke negara China. Menjelang tahun-tahun 1980an, pengeluaran timah di Semenanjung Tanah Melayu telah meningkat dengan pembukaan lombonglombong bijih timah. Kini Malaysia terus kekal sebagai negara pengeluar utama timah dunia.

You might also like