Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

DIKEMASKINI : 181109

SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (LELAKI & WANITA)

1.0

PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan terbaru Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB). Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :1.3.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010. 1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada Peraturan Persekutuan Bola Tampar Antarabangasa (FIVB). 1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola Tampar SUKAN MALAYSIA XIII, Melaka 2010 adalah muktamad.

1.2

1.3

2.0

TARIKH PERTANDINGAN 12 19 Jun 2010

3.0

TEMPAT PERTANDINGAN Kolej Universiti Islam Melaka, Kuala Sungai Baru

1/10

4.0

PENYERTAAN 4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua negeri dan Negara Brunei Darussalam. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Majlis Sukan masing-masing. Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu pasukan sahaja yang terdiri daripada : Lelaki Wanita 1 orang 1 orang 1 orang 12 orang 12 orang 14 orang 13 orang

4.2

Pengurus Pasukan Jurulatih Pasukan Peserta JUMLAH

5.0

PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PESERTA 5.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun 1987 dan selepasnya sahaja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan. Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan Kad Pengenalan dan tiga (3) keping gambar berukuran Pasport Antarabangsa bagi setiap peserta bersama dengan Borang Pendaftaran Peserta. Bagi peserta PDRM kesahihan tarikh lahir hendaklah disahkan oleh Pengerusi/Setiausaha Majlis Sukan PDRM. Semua peserta yang menggunakan dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 adalah dibenarkan. Hanya peserta yang didaftarkan dengan Yuran Pendaftaran RM 100.00 seorang mengikut Peraturan Am Perkara 6.2 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini. Peserta-peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran/semasa taklimat Pengurus Pasukan akan dikenakan Yuran Pendaftaran RM 100.00 seorang. Gantian peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang telah didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran. Semua Yuran Pendaftaran peserta tidak akan dikembalikan. Tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.7, peserta yang berkhidmat dengan PDRM tidak boleh mewakili mana-mana kontinjen/negeri kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis Sukan berkenaan.

5.2

5.3

5.4

5.5

2/10

5.6

Atlet-atlet yang sedang menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi yang mendapat dermasiswa/biasiswa daripada Kerajaan Negeri hendaklah dibenarkan mewakili negeri yang menaja mereka. Kelayakan atlet kebangsaan adalah merujuk kepada Peraturan Am Perkara 4.6, Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010. Taraf pemastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.9 Setiap pemain hanya boleh didaftarkan untuk satu (1) discipline sahaja. Jika pemain didaftarkan untuk Bola Tampar Indoor maka pemain tersebut tidak boleh didaftarkan untuk Bola Tampar Pantai dan sebaliknya.

5.7

5.8

5.9

6.0

TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN. 6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan. Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta beserta dengan Kad Pengenalan atau Pasport Antarabangsa, dokumen pendaftaran, KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan. Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

6.2

6.3

7.0

INKUIRI PASUKAN 7.1 Semasa ketibaan di kampung sukan , pengurus dan jurulatih setiap pasukan mesti melaporkan diri di sekretariat untuk menjalani inkuiri pasukan. Dokumen berikut hendaklah dikemukakan untuk semakan oleh jawatankuasa kawalan :(a) (b) Borang pendaftaran (Senarai 12 pemain terakhir). Kad pengenalan pemain, atau passport, dokumen pendaftaran JPN 1/9 atau JPN 1/11 yang asal. Jersi dan seluar ketua pasukan bagi kedua-dua set jersi untuk menentukan warna dan nombor.

7.2

(c)

3/10

8.0

SISTEM PERTANDINGAN 8.1 Jika penyertaannya terdiri daripada 8-12 pasukan, maka sistem pertandingan adalah seperti berikut :8.1.1 Pusingan Awal 8.1.1.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan dan dalam 2 kumpulan A dan kumpulan B. Keempat-empat pasukan yang berjaya ke peringkat separuh akhir Sukan Malaysia XII, Terengganu 2008 akan menjadi pasukan pilihan atau seeded. Pasukan Johan dan pasukan tempat keempat akan dimasukkan ke dalam kumpulan A. Pasukan Naib Johan dan pasukan tempat Ketiga pula akan dimasukkan ke dalam kumpulan B. Pasukanpasukan yang lain akan diundi bagi menentukan kumpulan masing-masing.

8.1.1.2

8.1.2 Pusingan Suku Akhir dan Klasifikasi 8.1.2.1 Suku Akhir : 4 pasukan terbaik baik setiap kumpulan akan bermain dalam pusingan eliminasi seperti berikut :1A 1B 2A 2B 8.1.2.2 4B 4A 3B 3A

Klasifikasi (9-12) pasukan ke-5 dan ke-6 akan bermain dalam pusingan eliminasi seperti berikut :5A 5B 6B 6A

4/10

8.1.3 Pusingan Separuh Akhir dan Klasifikasi untuk 9-12 8.1.3.1 Separuh Akhir M (1A-4B) M (1B-4A) 8.1.3.2 M (2B-3A) M (2A-3B)

Klasifikasi (5-8) K (1A-4B) K (1B-4A) M (2B-3A) K (2A-3B)

8.1.3.3

Klasifikasi (9-12) Kedudukan 11-12 K (5A-6B) Kedudukan 9-10 M (5A-6B) K (5B-6A) M (5B-6A)

8.1.4 Pusingan Akhir 8.1.4.1 Bagi kedudukan 1-2 Menang (Separuh Akhir 1) mln Menang Separuh Akhir 2) 8.1.4.2 Bagi kedudukan 3-4 Kalah (Separuh Akhir 1)mln Kalah (Separuh Akhir 2) Sistem yang sama akan diaplikasikan bagi kedudukan 5-8 dan 9-12. 8.1.4.3 Kedudukan 5-6 Menang klasifikasi 1 Menang klasifikasi 2 8.1.4.4 Kedudukan 7-8 Kalah klasifikasi 1 Kalah kasifikasi 2 -

5/10

8.2

Di mana terdapat bilangan pasukan antara 13 dan 16. Sistem pertandingan terdiri daripada 4 pusingan dengan maksimum 52 perlawanan jumlahnya.

Pusingan awal Pusingan kedua Pusingan klasifikasi Pusingan akhir

24 perlawanan 6 perlawanan 10 perlawanan 12 perlawanan

8.2.1 Pusingan Awal Empat kumpulan (A,B,C,D) akan terdiri daripada maksimum 4 pasukan setiap satu. Pasukan-pasukan akan bertanding secara liga dalam kumpulan. Pasukan yang Ranking ke 4 dalam setiap kumpulan akan dieliminasikan dan meninggalkan kejohanan. 8.2.2 Pusingan Seeding dan Eliminasi Johan setiap kumpulan (1A, 1B, 1C, 1D) akan diundi untuk bermain 2 perlawanan Seeding. 2 pemenang dan 2 pasukan yang kalah akan ditentukan. Kumpulan Eliminasi akan terdiri daripada 8 pasukan, iaitu 4 pasukan naib johan dan 4 pasukan ke 3 dalam kumpulan. Pembahagian pasukan dalam kumpulan Eliminasi akan mengambil pertimbangan prinsip-prinsip berikut :a) Perlawanan antara 2 pasukan dalam pusingan akan dielakkan. 4 pasukan 2A, 2B, 2C dan 2D akan diundi ke dalam kedudukan 1,4,5 dan 8. 4 pasukan 3A, 3B, 3C dan 3D akan diundi dengan undian berpandu ke dalam kedudukan 2,3,6 dan 7 mengikut prinsip yang disebutkan di atas.

b)

c)

4 pasukan yang menang dalam kumpulan Eliminasi akan bersama 4 pasukan kumpulan Seeding (menang dan kalah) untuk bermain dalam pusingan akhir. 4 pasukan yang kalah dalam kumpulan Eliminasi akan meninggalkan kejohanan.

6/10

8.2.3 Pusingan Akhir dan Perlawanan Klasifikasi 4 pasukan kumpulan Seeding dan 4 pasukan yang menang dalam kumpulan Eliminasi akan bermain dalam pusingan akhir mengikut sistem kalah-mati untuk menentukan ranking 1-8. Kedudukan permulaan 8 pasukan untuk pusingan akhir akan ditentukan dengan prinsip-prinsip berikut :a) 2 pemenang kumpulan Seeding akan diundikan ke dalam kedudukan 1 dan 8. 2 pasukan kalah kumpulan Seeding akan diletakkan ke dalam kedudukan 4 dan 5 supaya mereka tidak akan mengulang perlawanan mereka telah bermain. 4 pasukan daripada kumpulan Eliminasi akan diundikan ke dalam kedudukan 2, 3, 6 dan 7 dengan undian berpandu supaya mengelakkan pengulangan perlawanan.

b)

c)

9.0

SISTEM PENGIRAAN MATA/CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN 9.1 Berikut adalah sistem pemberian mata : MENANG 2 mata 9.2 KALAH 1 mata LUCUT TEKNIKAL 0 mata

Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal terdapat dua (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka cara menentukan kedudukan akan dibuat mengikut sistem kiraan berpandu kepada Peraturan Pertandingan Persatuan Bola Tampar Malaysia.

10.0

PAKAIAN SERAGAM 10.1 Semua pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu jersi dan seluar pendek. Jersi hendaklah bernombor yang berukuran sekurangkurangnya 15 sm tinggi di hadapan pada paras dada dan 20 sm di belakang.

10.2

7/10

10.3 10.4

Nombor jersi hendaklah dari nombor 1 hingga nombor 18. Pasukan yang tidak memakai pakaian seragam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. Setiap pasukan mesti mempunyai dua set jersi yang berlainan warna.

10.5

11.0

PEMBATALAN (WALK-OVER) 11.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan. Pasukan yang lewat lima belas (15) minit masa yang telah dijadualkan itu tanpa memberi alasan yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawannya itu.

11.2

12.0

PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL PERTANDINGAN 12.1 Majlis Sukan Negara akan melantik Ketua Delegat Teknikal, Delegat-delegat Teknikal dan Pegawai-pegawai Teknikal setelah berbincang dengan MAVA tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 14.2 (i). Ketua Delegat Teknikal hendaklah mengemukakan laporan bersama-sama dengan laporan pengadil atau hakim mengenai peserta atau pegawai pasukan yang telah digantung daripada menyertai satu atau kesemua pertandingan bagi sukan berkenaan semasa SUKAN MALAYSIA dijalankan kepada Persatuan Bola Tampar Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Pertandingan akan dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa Kawalan ( Control Committee ). Jawatankuasa Kawalan terdiri daripada lapan (8) anggota, seorang pengerusi dan dibantu oleh seorang Penyelia Teknikal dan seorang Penyelia Pengadilan serta lima (5) anggota juri. Pada setiap perlawanan dua (2) ahli juri terdiri dari Jawatankuasa Kawalan akan ditugaskan untuk mengawal perlawanan.
8/10

12.2

12.3

12.4

12.5

13.0

MENARIK DIRI 13.1 Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang perlawanan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan adalah dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya. Tindakan disiplin akan diambil terhadap pasukan berkenaan
oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia.

13.2

14.0

BANTAHAN/TATATERTIB 14.1 Semua bantahan mesti dibuat oleh Pengurus Pasukan sahaja. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 tunai. Wang pertaruhan akan luput jika dikemukakan itu didapati tidak wajar. bantahan yang

14.2

14.3

Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah Pertandingan dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan itu tamat. Pada akhir sesuatu perlawanan, sekiranya mana-mana pasukan ingin membuat bantahan, bantahan itu hendaklah dikemukakan secara lisan kepada pengadil semasa menandatangani buku rekod, ketua permainan mestilah menulis perkataan Ingin Bantah di bawah tandatangannya agar bantahan itu akan lebih berkesan.

14.4

15.0

JAWATANKUASA BANTAHAN/TATATERTIB 15.1 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib sembilan (9) orang anggota iaitu :(a) (b) (c) (d) terdiri daripada

Pengerusi Jawatankuasa Kawalan MAVA. Pengarah Pertandingan. 3 orang ahli Jawatankuasa Kawalan MAVA. 2 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam bantahan itu.

9/10

15.2

Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib akan bersidang dalam masa dua (2) jam setelah menerima laporan dari Pengadil atau Pegawai Pertandingan dan membuat sesuatu keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil. Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib berhak mendapat sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan itu untuk membuat sesuatu keputusan. Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib Bola Tampar Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010 adalah muktamad.

15.3

15.4

16.0

HADIAH-HADIAH 16.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut:EMAS Pasukan Lelaki Pasukan Wanita JUMLAH 16.2 1(12) 1(12) 2(24) PERAK 1(12) 1(12) 2(24) GANGSA 1(12) 1(12) 2(24)

Pemberian pingat-pingat kemenangan adalah tertakluk kepada Peraturan Tetap Perkara 16.3.

Disediakan Oleh: Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010
Folder Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010
Bola Tampar

Kemaskini : 181109 syuk

10/10

You might also like