Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Rakyat yang bersatu negara membangunkan merupakan suatu ungkapan keramat yang menggambarkan betapa besarnya kesan daripada

rakyat yang bersatu. Bersatu di sini boleh dijelaskan dengan perkataan lain juga iaitu perpaduan, kerjasama, kestabilan dan toleransi.Bersatu itu sendiri membawa maksud bergabung menjadi satu,bermuafakat atau seia sekata dan bersefahaman dalam semua perkara yang mendatangkan manfaat kepada negara.Rakyat yang bersatu dan perpaduan yang mantap merupakan asas kepada pembentukan dan pembangunan sesebuah negara. Ungkapan Rakyat yang Bersatu Negara Membangunkan memang sesuai ditujukan kepada rakyat Malaysia. Tidak ada sesiapapun boleh menafikan kebenaran ini. Malaysia yang didiami hampir 25 juta penduduk pelbagai kaum dan etnik dengan majoriti kaum Melayu,Cina dan India sering disifatkan oleh negara luar sebagai sebuah negara yang boleh dijadikan contoh di dunia ini bagaimana rakyat yang berbilang kaum dapat hidup bersama di dalam kedamaian dan harmonis serta berusaha bersama-sama untuk kemajuan dan kesejahteraan negara ini. Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum, agama dan bahasa, Malaysia sesungguhnya adalah negara yang sangat unik dalam membuktikan bagaimana kepelbagaian kita dapat disatukan dan dijana untuk membangunkan negara.Walaupun terdapat pegangan politik dan pandangan yang berbeza, kita dapat menerima perbezaan tersebut dan menghormati di antara satu sama lain. Menerusi dasar perkongsian kuasa sejak negara mengecapi kemerdekaan pada tahun 1957,rakyat Malaysia dapat hidup secara aman dan harmoni.Sikap toleransi dan bersatu padu yang tinggi di kalangan rakyat memberikan banyak ruang untuk mereka bekerjasama dan meningkatkan interaksi dalam sebuah negara yang berbilang kaum. Keadaan dan suasana negara serta masyarakat Malaysia, sudah jauh berubah sesudah merdeka. Kebebasan yang diperolehi pada tahun 1957 , telah membolehkan Malaysia memiliki kuasa mencorakkan pemerintahan negaranya sendiri walaupun banyak pihak yang meramalkan kita tidak akan stabil, (Mahathir Mohamed,1999). Kestabilan politik negara ini melalui amalan pemerintahan Demokrasi Berparlimen adalah antara faktor kejayaan ini. Malaysia mewujudkan sistem pemerintahan dan membina kekuatan ekonominya sendiri di samping menjalankan rancangan-rancangan pembangunan untuk seluruh rakyat Malaysia.Akhirnya kita berjaya membentuk rupa bangsa, wawasan dan jati diri yang jelas mengikut acuan yang tersendiri (Angkatan Belia Islam Malaysia, 1993),

serta mampu membawa pembangunan dan keadilan bagi mewujudkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup di kalangan rakyatnya. Keadaan ini berbeza dengan beberapa negara di rantau ini yang sering berhadapan dengan kekacauan akibat rasa tidak puas hati terhadap pemerintah. Justeru dalam merencanakan pembangunan negara, perpaduan yang timbul daripada keharmonian beragama akan melahirkan rakyat yang berwawasan, berdaya maju, mampu bersaing dan cekal dalam mengorak langkah mengharungi cabaran globalisasi. Hal ini menjadi tanggungjawab seluruh lapisan masyarakat untuk memastikan agar suasana keharmonian ini wujud dan diperkuatkan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang ancaman terhadap kestabilan negara sekaligus mencacatkan usaha untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Salah satu dari cabaran yang paling besar digariskan di dalam Wawasan 2020 ialah bagaimana hendak membangunkan negara Malaysia bersatu ''Satu negara yang aman, bersatu padu di antara wilayah dan kaum-kaum di dalamnya, hidup di dalam harmoni dengan perkongsian penuh dan adil, dan terdiri dari satu 'Bangsa Malaysia' yang taat dan setia kepada negara ini''. Persefahaman dan perpaduan adalah sangat penting dan merupakan faktor utama kejayaan Malaysia. Sama ada Malaysia akan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 bergantung kepada beberapa faktor, dan yang terpenting adalah persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyatnya. Oleh yang demikian persefahaman dan perpaduan perlu dijadikan asas kepada semua aktiviti oleh semua sektor di dalam negara ini. Rakyat perlu memahami peranan dan sumbangan mereka terhadap perpaduan negara yang merupakan tonggak asas pembangunan negara. Pembangunan negara tidak akan bermakna tanpa persefahaman, harmonis, tolak ansur dan kepercayaan di kalangan rakyat yang berbilang kaum. Sifat perkauman dan penentangan adalah merupakan batu penghalang yang besar terhadap perpaduan negara dan setiap rakyat Malaysia hendaklah bertekad untuk memerangi sifat perkauman ini sama seperti kita memerangi ancaman dari penyalahgunaan dadah. Sebuah negara yang membangun yang diinginkan bukanlah negara maju yang moden sepertimana dalam pengertian Barat yang mana nilai dan moral yang diajar dalam semua agama diketepikan.Sebaliknya, kita mahukan sebuah negara Malaysia yang

menjunjung lima prisip rukun negara yang kita pegang selama ini.Iaitu bertunjangkan kepada prinsip pertama Rukun Negara, yakni kepercayaan kepada Tuhan, Negara maju yang kita sama inginkan adalah sebuah negara yang rakyatnya hidup bersatu, mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang tinggi, berintegriti, hidup dalam masyarakat yang demokratik, sederhana, bertoleransi, penyayang, adil, progresif, makmur, mampu bersaing dalam semua bidang ekonomi, dinamik, cergas serta kental dalam keperibadian dan mampu menempuh dugaan hidup secara bersama. Semua pihak perlu sentiasa berpegang kepada amalan perbincangan dan bermusyuwarah sepertimana yang kita lakukan pada hari ini dalam mengutarakan dan menyelesaikan sebarang masaalah dan perbalahan. Banyak contoh masyarakat dan negara yang porak peranda dan berperang sesama sendiri kerana gagal mencapai kesepakatan dalam sesuatu isu. Kita juga tidak mahu ada dalam kalangan kita menjadi tidak rasional dan emosional apabila membuat sebarang tuntutan kerana tindakan sedemikian akan mewujudkan keadaan yang tidak stabil dan boleh menjurus kepada berlakunya keganasan dan kegawatan dalam masyarakat. Inilah yang telah berlaku dihadapan mata kita di banyak negara yang bergolak pada hari ini. Sejak kita merdeka, kita telah berjaya mengatasi banyak masalah secara bersama melalui perundingan dan penyelesaian masalah melalui pegangan kepada prinsip-prinsip keadilan, timbang rasa, toleransi dan semangat bekerjasama yang dipupuk melalui kesederhanaan dan falsafah saling menghormati antara satu sama lain. Namun kita juga telah melalui keperitan apabila kita berpecah belah dan memusuhi antara satu sama lain. Kita juga sering berhadapan dengan situasi yang mana anasir-anasir luar yang sentiasa mencemburui kejayaan kita dan cuba menggugat kestabilan negara dengan berbagai-bagai cara. Dengan lain perkataan kita telah samasama merasa pahit dan masih hidup bersama. Alhamdullilah sebagai sebuah masyarakat, semua ini dapat kita atasi bersama atas berkat usaha sungguh-sungguh kepimpinan dan rakyat Malaysia keseluruhannya yang mengutamakan perpaduan dan kerukunan hidup bersama dalam sebuah negara yang sejahtera dan harmoni. Malangnya, apa yang telah berlaku dan apa yang kita saksikan , dunia masa kini masih dilanda kemelut dan konflik yang amat hebat yang tidak sahaja menganjak pola pemikiran kita, tetapi juga menimbulkan banyak ketidaktentuan. Ini mengakibatkan

timbul persoalan kemanakah arah sebenarnya dunia ini akan menuju. Adakah kita akan terus berhadapan dengan peperangan, konflik antarabangsa, rantau dan dalam negeri, penganiayaan serta penindasan yang akan terus mengugat keamanan dunia sejagat? Atau adakah kita akan dapat menikmati keamanan dan kestabilan yang benar-benar dapat memberi kita ruang untuk menjaga hak kita? Walau apapun situasi yang kita hadapi, apa yang penting, kesepakatan perlu ada di kalangan rakyat untuk menghadapi segala cabaran dan kemungkinan ini. Dengan kesepakatan yang utuh, kita dapat menghalang dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.Tidak menghairankan jika perpaduan yang ada di negara ini tidak dipelihara dengan baik dan akan berakhir seperti yang berlaku di rantau Balkan.Kegilaan politik bangsa mengakibatkan bangsa serb dab bosnia yang duu mempunyai tahap perpaduang yang tinggi,kini menyaksikan mereka saling berbunuhan .Adakah kita akan membiarkan perpaduan negara ini berakhir demikian? Contoh yang paling dekat dengan kita ialah apa yang telah terjadi di Iraq,sebuah negara yang mempunyai tamadun yang tinggi sejak beribu tahun lalu telah hancur musnah akibat pencerobohan Amerika Syarikat dan sekutunya telah menzahirkan kepada dunia betapa rapuhnya perpaduan di kalangan rakyatnya dalam mempertahankan negaranya. Oleh kerana, tidak ada kesepakatan, Iraq dapat diceroboh, dan secara langsung, pemimpin dan rakyat Iraq hilang hak ke atas negara mereka. Pencerobohan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas Iraq adalah suatu tindakan yang tidak dapat diterima akal yang waras kerana pencerobohan telah dilakukan tanpa mengambilkira kedaulatan dan hak negara mahupun hak kemanusiaan mereka. Bagi Amerika Syarikat dan sekutunya, semua itu tiada nilai kepada mereka. Yang pentingnya, hasrat dan objektif mereka dapat dicapai meskipun pembohongan perlu dilakukan bagi menyakinkan masyarakat antarabangsa bahawa regim Saddam Hussein mesti dihapuskan kerana mengancam Amerika Syarikat dan kestabilan dunia.Di sini jelaslah kepada kita bahawa perpaduan dan kestabilan dan perpaduan sangat didambakan oleh masyarakat dunia. Dan negara kita sendiri juga pernah mencatatkan sejarah berdarah yang mempunyai kaitan dengan masalah perpaduan ini. Peristiwa 13 Mei 1969 yang pastinya masih lagi terpahat kukuh dalam minda masyarakat Malaysia membuktikan bahawa penekanan yang diberi terhadap pertumbuhan ekonomi semata-mata adalah tidak

memadai untuk mengatasi sepenuhnya masalah sosioekonomi yang tidak seimbang di kalangan masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, DEB yang dirangka pada tahun 1970 mengakui bahawa sebarang usaha pembangunan yang dibuat tanpa mengambil kira sepenuhnya masalah-masalah sosioekonomi yang tidak seimbang antara kumpulan etnik dan wilayah akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang tidak disertai oleh pengagihan yang akhirnya boleh membawa kepada sebuah masyarakat yang berpecah belah dan negara yang kurang terjamin. Oleh itu, penekanan yang lebih kuat hendaklah diberi kepada matlamat perpaduan dan integrasi negara menerusi pengagihan pendapatan dan peluang-peluang ekonomi yang lebih saksama di kalangan semua rakyat Malaysia.Keadaan di negara Palestin juga sama,kerana tidak ada perpaduanlah masyarakat dan rakyat mereka masih lagi kucar-kacir dan tidak dapat membangunkan negara mereka. Malaysia dapat membentuk keamanan,kesatuan dan perpaduan dikalangan rakyatnya kerana mangamalkan beberapa formula yang berkesan.Formula ini antara lain ialah kerukunan hidup bangsa Malaysia, yang dicipta dan diamalkan oleh para pejuang yang juga pemimpin terdahulu. Dengan formula itu kita berjaya mencorakkan kehidupan masa kini. Kita meraih kemerdekaan secara bersama menerusi amalan bermuafakat, sederhana dan semangat toleransi. Kita berunding, kita bermufakat, kerana kita tahu betapa pentingnya berkongsi masa depan dalam sebuah negara pelbagai kaum.Bukanlah mudah bagi manusia yang berbeza latar belakang, berbeza agama dan berlainan budaya, dapat bekerjasama seperti yang kita lakukan di negara ini. Benar kita banyak berbeza, tapi kita dapat menghayati hidup bersama dengan bekerjasama, bersama-sama merasai susah, sama-sama mengecap kesenangan, saling berkorban dan berkongsi nikmat kemakmuran. Justeru, berbanggalah kita menjadi rakyat Malaysia. Selain itu,masyarakat Malaysia juga berkongsi kehidupan dan berkongsi masa depan yang menuntut komitmen untuk berkompromi dan berkorban dalam banyak keadaan. Setiap kaum mesti bersedia untuk mengorbankan sesuatu demi kebaikan keseluruhan masyarakat. Setiap orang diminta membuat pengorbanan, tetapi tidak seorangpun atau satu kaum pun yang diminta mengorbankan semuanya sekali. Dalam masyarakat berbilang kaum ini, kepentingan sesuatu kaum sentiasa perlu diseimbangkan dengan kepentingan masyarakat keseluruhannya.Dasar kerajaan diwujudkan bagi

memberi ruang kepada setiap warga Malaysia untuk sama-sama mendapat peluang dan saling komited kepada prinsip satu masyarakat satu negara. Maka, sambil mengimbas perjuangan membebaskan negara, dan mengiktiraf usaha membangunkan negara sehingga ke tahap hari ini, kita mesti waspada dengan ancaman dari dalam dan luar negara. Kalau sebelum merdeka dan di zaman awalnya, negara kita digugat oleh kuasa penjajah dan gerakan komunis; kini kita berdepan pula dengan ancaman dari dalam masyarakat kita sendiri. Sudah ada tanda-tanda wujud kumpulan-kumpulan yang melampau dari segi agama dan perkauman. Jika ini tidak dibendung segera, ia akan memusnahkan kerukunan hidup bangsa yang kita sendiri bina selama ini. Kesan daripada rakyat yang bersatu telah menyaksikan banyak perubahan dan pembangunan yang dapat dilakukan oleh Malaysia.Negara kita kini memiliki pelbagai prasarana dunia pertama seperti kemudahan pengangkutan transit aliran ringan,satelit sendiri dan lapangan terbang yang terkategori sebagai antara lapangan termaju di dunia.Tanpa prejudis,Penjara Sungai Buloh juga terhimpun antara koleksi terbaik negara dengan kemudahan penjara tercanggih di Asia Tenggara.Kita juga sudah mampu memiliki kereta lumba Formula 1 berjenama negara iaitu Sauber Petronas dan juga litar lumba bertaraf antarabangsa,litar Sepang.Beberapa tahun lagi Malaysia akan menghantar angkasawan yang pertama meneroka misteri alam cakerawala.Semua ini membuktikan bahawa Malaysia berjaya membangunkan negaranya dari status negara dunia ketiga kepada negara berasaskan industri maju dalam jangka masa kurang dari 100 tahun.Kejayaan ini adalah kerana faktor masyarakatnya yang sentiasa berganding bahu dan bersatu dalam semua perkara terutamanya dalam hal yang boleh memberi keuntungan kepada pembangunan negara. Bahkan banyak lagi kejayaan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia antaranya dalam bidang ekonomi yang menyaksikan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) meningkat kepada 5.03 % pada tahun 2003. Eksport negara juga meningkat berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya,contohnya dalam pengeksportan minyak kelapa sawit.Semua kejayaan ini adalah hasil perpaduan yang diamalkan oleh semua rakyat. Malaysia juga telah mebuktikan kepada dunia bahawa dengan perpaduan dan permuafakatan dikalangan rakyatnya dan pemimpin negara telah membolehkan Malaysia

membebaskan negara dari kemelut kemelesetan ekonomi yang melanda negara sekitar tahun 1998.Malaysia mampu menyelesaiakan masalah ini secara bijaksana dengan cara yang tersendiri tanpa meminta bantuan daripada kuasa asing.Sedangkan banyak negara lain pada masa itu terpaksa bergantung kepada pertubuhan antarabangsa untuk membantu mereka contohnya dengan meminjam wang dari tabung matawang dunia(IMF). Pengamatan Malaysia terhadap perpaduan dan permuafakatan tidak hanya tertumpu di negara Malysia sahaja bahkan turut diajukan kepada dunia.Peranan yang di mainkan oleh Malaysia sebagai pengerusi Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) dan pengerusi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) turut menunjukkan komitmen Malaysia untuk melihat masyarakat dunia dalam keadaan bersatu padu dan bekerjasama dalam menyelesaikan semua perkara.Penghormatan ini membolehkan Malaysia terus memainkan peranan yang lebih aktif dan berkesan di bidang diplomasi dan hubungan antarabangsa ketika dunia sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti isu pembebasan rakyat Palestin, pemulihan semula Afghanistan, pencerobohan Iraq serta ancaman kumpulan pelampau dan pengganas antarabangsa. Terbaru pada 31 Oktober 2003 menyaksikan satu peralihan kuasa antara bekas Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir dengan timbalannya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjalan lancar tanpa sebarang masalah.Jika di negara lain peralihan kuasa biasanya akan di ikuti dengan pertumpahan darah tetapi tidak di Malaysia.Ini menunjukkan bahawa perpaduan yang di banggakan oleh rakyat Malaysia bukanlah omongan kosong yang hanya untuk mencari populariti dunia tetapi ianya benar-benar wujud di bumi bertuah,Malaysia. Langkah yang telah diambil dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui pendidikan.Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam mencapai perpaduan nasional.(Amir Hasan Dawi,2002). Kita amat sedar akan hakikat kata-kata Imam Ghazali bahawa "keadaan dan kualiti belia hari ini akan menggambarkan realiti masyarakat dimasa akan datang". Oleh itu, kita mengambil pendekatan dan strategi yang paling asas tetapi berkesan walaupun ianya terpaksa memakan masa yang lama dan terlalu mahal iaitu kaedah "Pendidikan". Hakikat ini terbukti apabila setiap tahun kita memperuntukkan sejumlah besar bujet negara untuk pendidikan. Dalam pendidikan inilah kita berikan elemen ilmu pengetahuan,kemahiran,

menyatupadukan setiap kaum dalam negara, membentuk sahsiah, sikap positif, mendidik nilai murni, faham agama dan banyak lagi yang memang semua orang tahu. Nilai pendidikan tidak harus dilihat sebagai pengembang karier dan pencapaian individu dalam melakarkan kejayaan semata-mata sebaliknya ia perlu dilihat sebagai tempat menyemai perpaduan sejak awal lagi.Antaranya ialah pelaksanaan sekolah wawasan .Sekolah integrasi ini berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah satu bumbung atau satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Konsep ini bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya. Perkongsian kawasan dan kemudahan sekolah ini memungkinkan usaha-usaha penerapan nilai-nilai masyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman dan toleransi antara kaum, khususnya di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat rendah lagi. Matlamat utama program ini ialah mewujudkan perpaduan di kalangan muridmurid yang berbagai-bagai bangsa, latar belakang dan fahaman agama di samping memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran. Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain disekolah.Dan yang terbaru menerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program ini menyediakan latihan fizikal ala tentera,modul kenegaraan,modul pembinaan karektor serta khidmat komuniti,dengan harapan PLKN berjaya melahirkan rakyat Malaysia yang mampu berkhidmat dan berbakti kepada Negara.Selari dengan objektif asal program ini dapat dirujuk berdasarkan bukti fakta dan juga kenyataan-kenyataan para pemimpin negara,tercetusnya PLKN secara amnya adalah untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai peribadi tinggi serta berkemampuan untuk menyumbang ke arah kegemilangan pembangunan negara.Atas alasan itulah pemilihan peserta tidak hanya tertumpu kepada remaja lepasan SPM semata-mata malah remaja yang lahir pada tahun yang sama tetapi tidak menyambung pelajaran sehingga SPM juga turut di beri perhatian. Kejayaan program ini amat penting demi membina sebuah generasi muda yang lebih patriotik, lebih berdisiplin dan bersatu padu serta mempunyai jati diri dan semangat waja

untuk mendukung Wawasan 2020.Selain itu ialah mendaulatkan integerasi ini akan menjadi kenyataan menerusi persefahaman yang kukuh di samping sikap toleransi dan saling hormat menghormati. Kita mesti sanggup bertolak ansur dan bermuafakat, demi kepentingan bersama berlandaskan kesetiaan, ketaatan dan semangat patriotisme yang tinggi. Dalam hal ini, rakyat sendiri perlu menyedari akan tanggungjawab bersama untuk membina dan mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Ingatlah dan berpeganglah kepada hakikat bahawa Di sinilah Bumi Kita Pijak, dan Di Sinilah Juga Langit Yang Kita Junjung. Ini bumi kita, inilah negara kita Hari ini anasir-anasir yang menggugat kestabilan negara tetap ada dan terus berusaha untuk memusnahkan kedamaian, memusnahkan ekonomi dan meranapkan segala nikmat dan kemajuan yang ada. Apakah kita patut berdiam diri dan berpeluk tubuh? Jawabnya tentu tidak. Kita mesti melawan anasir-anasir ini. Cara terbaik ialah kita mesti bersatu padu kerana ini akan menjadikan kita kuat. Perpaduan adalah lambang kepada kekuatan. Justeru dalam merencanakan pembangunan negara, perpaduan yang timbul daripada keharmonian beragama akan melahirkan rakyat yang berwawasan, berdaya maju, mampu bersaing dan cekal dalam mengorak langkah mengharungi cabaran globalisasi. Adalah menjadi tanggungjawab seluruh lapisan masyarakat untuk memastikan agar suasana keharmonian ini wujud dan diperkuatkan untuk mengelak daripada berlakunya sebarang ancaman kepada kestabilan negara sekali gus mencacatkan usaha untuk menjadi sebuah negara Islam yang maju pada tahun 2020 .Jika tidak, apa maknanya negara mencapai kemajuan dengan teknologi canggih dan infrastruktur yang moden, tetapi rakyat hidup dalam kecurigaan dengan jiwa yang tidak tenteram. Sebab itulah Wawasan 2020 menetapkan bahawa kita perlu menjadi negara yang maju menurut acuan sendiri. Ia bermakna mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara, kesepaduan sosial kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan rasa bangga serta yakin dengan bangsa sendiri.Kita tidak boleh berfikir bahawa sekali merdeka,bermakna kita akan merdeka selama-lamanya. Jika kita tidak berusaha memelihara kemerdekaan ini, penjajah secara langsung atau tidak langsung akan kembali menjajah kita. Ketika itu, semuanya yang kita miliki ini, sudah tidak berguna lagi. Maka, hargailah kemerdekaan dan cintailah Negara demi merealisasikan pembangunan Negara kita dalam suasana bersatu padu.

10

You might also like