Laporan Lawatan Penanda Aras

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN REFLEKTIF

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KE SK (A) DATUK HAJI ABDUL KADIR HASSAN KUCHING Pada 22 Mac 2013, seramai 19 orang guru pelatih dari Pengajian Matematik Pendidikan Rendah semester 1 tahun 3 dan seorang pensyarah pembimbing iaiatu Puan Chua Leong Chee, telah bersama-sama melaksanakan Program Bina Insan Guru di Sekolah Kebangsaan (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan Kuching. Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah bertemakan benchmarking iaitu Lawatan

Penanda Aras ke satu sekolah pilihan di mana kami dikehendaki untuk membuat peninjauan dan penilaian sekolah tersebut daripada aspek-aspek seperti

pengurusan pentadbiran, infrastruktur, amalan budaya sekolah dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Kami sebulat suara bersetuju untuk menginap di Abbas Homestay yang

terletak di Kg. Panglima Seman Lama Petra Jaya, Kuching selama 2 hari 1 malam. Kami telah bertolak ke sana dengan menaiki bas Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang pada pukul 7.00 pagi. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih

kurang 30 minit. Setibanya di sana, kami disambut dengan hati yang terbuka oleh pihak sekolah.

Pihak sekolah menyambut baik kedatangan guru pelatih

Kami telah diberikan taklimat berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran oleh guru penolong kanan sekolah tersebut iaitu Tuan Haji Mohd. Sallehuddin.
1

LAPORAN REFLEKTIF
Sepanjang taklimat tersebut berlangsung kami ditayangkan persembahan

multimedia daripada sekolah tersebut yang menerangkan tentang visi dan misi serta matlamat yang hendak dicapai oleh sekolah. SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan ini merupakan sekolah kluster dari segi akedemik dan juga pencapaian kokurikulumnya iaitu, dari segi akademik, pencapaian sekolah ini adalah cemerlang dari aspek Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Arab. Manakala dari segi kokurikulum, sekolah ini mempunyai pencapaian yang membanggakan dari aspek permainan catur dan mempunyai pelapis untuk pemain catur yang akan menginjakkan kaki ke sekolah menengah pada tahun hadapan.

Guru pelatih mendengar taklimat daripada pihak sekolah

Pada tahun 2011, SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan telah menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan mendapat sokongan yang kukuh daripada PIBG sekolah ini dari aspek kewangan yang disumbangkan para ibubapa murid. Pada peringkat negeri, sekolah ini dikenali sebagai SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan manakala pada peringkat kementerian, sekolah ini di kenali sebagai sebuah sekolah madrasah. Keistimewaan sekolah ini yang dapat dilihat ialah, walaupun ianya merupakan sekolah agama namun, wajib mengambil Bahasa Arab dan Bahasa Cina untuk setiap tahap atau pun tahun untuk satu kelas. Jika dilihat dari aspek pengurusan pentadbiran, sekolah ini mempunyai tenaga manusia sebanyak 82 orang tenaga pengajar termasuk guru matapelajaran dan guru daripada JAIS yang masih lagi diketuai oleh guru besar,diikuti dengan guru penolong kanan, guru penolong kanan hal ehwal murid, guru penolong kanan
2

LAPORAN REFLEKTIF
kokurikulum dan seterusnya guru-guru panitia yang lain. Manakala, Ahli Khidmat Singkat (AKS) iaitu yang terdiri daripada kerani serta tukang cuci dan bersih adalah seramai 14 orang sama ada daripada KPM dan juga syarikat swasta. Dari segi infrastruktur pula, sekolah ini mempunyai kemudahan seperti bilik SPBT, dewan serbaguna, kantin, makmal komputer, padang sekolah, dan kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti yang terdapat pada sekolah biasa. Salah satu keunikan sekolah ini terdapat pada bahagian pintu masuknya iaitu mempunyai pintu gerbang yang menyambut kedatangan pengunjung dan menjadi salah satu simbol kepada sekolah ini. Jika dilihat secara umumnya, Sekolah

Kebangsaan (A) Datuk Abdul Kadir Hassan ini mempunyai kemudahan infastruktur dan yang serba lengkap sesuai dengan status sekolah kluster dalam pendidikan dan kokurikulum. Antara contoh-contoh budaya yang diterapkan oleh sekolah ini ialah memberi salam ketika berjumpa guru, mengetuk pintu bilik guru sebelum masuk, meminta kebenaran guru untuk ke tandas dan lain-lain lagi tanpa mengira pelajar , staf akademik mahupun staf bukan akademik. Satu lagi identiti sekolah ini ialah membudayakan bacaan yassin pada setiap awal pagi sebelum memulakan pembelajaran. Disebabkan masa yang tidak mencukupi, pengerusi untuk program pada kali ini iaitu Fatin Afiqah Binti Jamali diberi peluang untuk menyampaikan satu dua patah ucapan untuk pihak sekolah dan diteruskan dengan majlis pertukaran cenderamata kepada guru besar SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Puan Hajjah Yot Sli dan mentor, Puan Chua Leong Chee wakil dari IPG Kampus Sarawak. Majlis tersebut diakhiri dengan mengambil gambar sebagai tanda kenangan dan penghargaan daripada kedua-dua belah pihak di atas lawatan yang dijalankan ke sekolah tersebut. yang cemerlang

LAPORAN REFLEKTIF

Pihak sekolah dan pensyarah pembimbing bertukar cenderahati

Kami diberi peluang untuk meninjau dan melawat persekitaran sekolah untuk melihat sendiri pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Pada masa yang sama juga, kami berpeluang untuk melihat sendiri aktiviti tambahan yang dijalankan oleh pihak sekolah selain pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran biasa yang diadakan, dimana ketika itu sekolah juga telah menjalankan satu ceramah khas untuk murid tahun enam yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini.

Murid tahun enam SK (A) DHAKH mendengar ceramah UPSR

Kami juga berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana guru-guru di SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas.
4

LAPORAN REFLEKTIF

Salah seorang guru SK(A) DHAKH sedang melaksanakan p&p

Lawatan kami berakhir pada pukul 12.00 tengahari setelah hampir seluruh kawasan SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan kami lawati. Sebelum berangkat balik, kami disajikan dengan makanan pembuka selera daripada pihak sekolah iaitu mi kolok. Secara keseluruhannya, semua pihak terutamanya pihak sekolah SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan Kuching telah memberikan sokongan dan kerjasama yang begitu baik kepada kami dalam melaksanakan program Bina Insan Guru pada semester ini. Sememangnya lawatan kami pada semester ini tidak menghampakan dan ia juga telah banyak menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada kami dan ia boleh dijadikan panduan kepada kami apabila mengajar di sekolah rendah kelak.

You might also like