Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kesimpulan yang boleh didapati daripada mengenali langkah-langkah 5S ini adalah satu cara berkesan bagi mewujudkan persekitaran

tempat kerja yang berkualiti untuk menaikkan imej perniagaan. Melalui Seiri (Sisih) perniagaan akan dapat menyisihkan barang yang tidak perlu; Seiton ( Susun) membolehkan penyusunan barang dan rekod perniagaan dibuat dengan lebih kemas; dan Seiso (Sapu) akan menghasilkan kawasan perniagaan yang bersih. Kemudian Seiketsu (Seragam) menggariskan satu panduan untuk digunakan oleh semua pihak daripada majikan sehinggan kepada pekerja dan Shitsuke (Selalu amal) akan membantu mendisiplinkan diri dan seterusnya menjadikan satu amalan yang cemerlang. Sokongan dan komitmen berterusan pengurusan utama perniagaan. Sokongan dan komitmen pihak pengurusan utama perniagaan dapat mewujudkan suasana yang menyemarakkan pelaksanaan Amalan 5S. Selain mampu memberi kesan yang berpanjangan ia akan memberikan hala tuju dan keputusan-keputusan terbaik untuk memastikan Amalan 5S dapat dilaksanakan dalam organisasi perniagaan dengan baik. 5S bermula dengan pendidikan dan latihan. Melatih semua peringkat anggota untuk mengamalkan amalan 5S dengan mengadakan latihan kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam Amalan 5S. Perlu dirancang latihan asas Amalan 5S kepada setiap pekerja termasuk pengurusan atasan. Ini bagi membolehkan seluruh anggota organisasi tahu apa peranan yang harus mereka laksanakan dalam Amalan 5S. Membentuk Prasarana Yang Berkesan Sediakan prasarana yang bersesuaian. Menjadi kepentingan untuk mengenal pasti terlebih dahulu aspek atau ruang yang bersesuaian untuk dilaksanakan Amalan 5S dalam organisasi. Tindakan yang bersistematik adalah perlu dengan mewujudkan beberapa jawatankuasa bagi pelaksanaan Amalan 5S dan terma rujukan yang jelas. Mengadakan Sistem Komunikasi Yang Berkesan Sediakan dan lancarkan sistem atau kaedah komunikasi yang sesuai. Ini penting bagi memberikan penerangan akan keperluan, kepentingan dan kebaikan 5S kepada setiap individu yang terlibat dalam organisasi perniagaan. Untuk itu, beberapa kaedah boleh digunakan misalnya: 1. 2. 3. 4. 5. Melalui mesyuarat; Menggunakan internet seperti portal, blog atau laman web perniagaan; Informasi di papan kenyataan; Poster dan risalah; dan Surat berita (Newsletter).

You might also like