Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI NYAK GAM 06900 YAN KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA MENJALANKAN PROJEK SUDUT MATEMATIK DAN SAINS DI BILIK PEMULIHAN ________________________________________________________________

1.0

TAJUK Cadangan Kertas Kerja menjalankan projek sudut Matematik di bilik pemulihan Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam.

2.0

PENDAHULUAN Sudut Matematik di bilik pemulihan merupakan salah satu projek yang akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam semasa Intership yang dijalankan bermula dari 30 Jun 2013 hingga 25 Julai 2013. Projek ini merupakan salah satu elemen yang wajib dijalankan semasa Internship kerana penilaian akan dijalankan oleh mentor berdasarkan projek yang diusahakan.

3.0

MATLAMAT Projek ini bermatlamat untuk mendedahkan murid-murid dengan

pelajaran yang mereka sudah pelajari dan belum pelajari supaya mereka dapat mengakses ilmu pengetahuan pada bila-bila masa. Projek sudut matematik ini menekankan aplikasi matematik dalam kehidupan seharian.

Antara elemen yang akan diterapkan dalam sudut matematik ini adalah pengiraan wang dan juga kiraan hari dalam seminggu. Oleh itu, pembinaan sudut matematik ini boleh digunakan untuk pembelajaran matematik yang lebih berkesan dan menarik.

4.0 4.1

OBJEKTIF Memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam pembinaan sesebuah sudut ilmu untuk kegunaan murid-murid.

4.2

Memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk melihat dengan lebih dekat dan mencipta sendiri kepelbagaian permainan sains dan matematik.

4.3

Mendedahkan para guru pelatih tentang ciri-ciri pembinaan sudut Matematik yang baik dan perancangan yang dibuat.

4.4

Guru pelatih dapat mengutip maklumat serta segala pengalaman yang berguna untuk dijadikan panduan kelak.

4.5

Memberi

peluang

kepada

murid

prasekolah

untuk

menghayati

pembelajaran melalui permainan.

5.0

TEMPAT Bilik Pemulihan Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam, Yan, Kedah Darul Aman

6.0 -

TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN 30 JUN 2013 25 JULAI 2013 4 minggu

7.0

KUMPULAN SASARAN Guru pelatih Institut Perguruan Teknik di Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam.

9.0

AHLI JAWATAN KUASA

Penaung Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi

: Tn. GB : mentor : qib : Nur yuniisa

10.0 BIL.

ANGGARAN BELANJAWAN BARANGAN HARGA 1 UNIT KUANTITI JUMLAH HARGA

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Coloured Foam Kad Manila Kertas Warna Kertas A4 Putih Double Sided Tape

RM 9.00 RM 0.50 RM 9.00 RM 11.00 RM 2.00

3 12 1 1 2

RM 27.00 RM 6.00 RM 9.00 RM 11.00 RM 4.00

JUMLAH

RM 57.00

11.0

KETERANGAN PROJEK Sudut Matematik yang bakal dilaksanakan adalah bertemakan

pengetahuan am. Memandangkan pelajaran sains dan matematik merupakan subjek yang tidak dapat dipisahkan, maka sudut ini adalah sudut matematik dan sains berdasarkan subjek yang dipelajari iaitu Awal Sains dan Awal Matematik.

Justeru itu, kebanyakan perkara yang dirancang untuk sudut ini ialah untuk membolehkan kanak-kanak mengenali kehidupan harian iaitu pengetahuan am seperti hari dalam seminggu, bulan dalam setahun dan habitat haiwan.

Sudut Sains dan Matematik yang akan dikendalikan oleh kumpulan kami adalah di kawasan bahagian sudut tepi belakang berhampiran dengan sinki dalam kelas tersebut seperti gambarajah berikut;

SUDUT bahasa MEJA GURU

meja

whiteboard

SUDUT BAHASA

PINTU

PINTU

Fail pelajar

Pembinaan Sudut Sains dan Matematik ini dimulakan dengan menampal kata-kata hikmat iaitu Mathematics is Fun dan Matematik Menyeronokkan dengan menggunakan foam yang disediakan. Bagi perkataan Matematik Menyeronokkan, foam yang digunakan adalah dua warna iaitu bertujuan untuk membezakan suku kata dalam perkataan tersebut.

Kemudian terdapat diorama habitat haiwan yang ditampal dibahagian dinding berhampiran sinki. Habitat haiwan yang dibina adalah sungai, pokok, tanah, gua dan lain-lain lagi. Pembinaan habitat haiwan adalah menggunakan foam yang dipotong mengikut warna-warna yang sesuai dan juga kad-kad tebal bagi melebel haiwan yang mendiami habitat tersebut. Senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk melaksanakan projek ini boleh dirujuk diruangan Belanjawan.

Selain itu, carta alir juga akan dibina untuk memperkenalkan senarai bulan-bulan yang terdapat dalam setahun manakala senarai hari-hari dalam seminggu akan dipamerkan menggunakan foam yang berbentuk keretapi untuk menarik minat murid.

12.0

PENUTUP

Semoga pembinaan Sudut Sains dan Matematik ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada murid-murid prasekolah malah kepada sekolah itu sendiri. Kami mengharapkan agar semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak, memberikan kerjasama yang sepenuhnya dan berdoa agar semua kerja berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang masalah yang boleh merencatkan pembinaan Sudut Sains dan Matematik ini.

Disediakan oleh,

______________________ (NUR ATIQAH BT AHMAD BUKRI) Setiausaha, Guru Praktikum, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Teknik, KUALA LUMPUR.

Disemak oleh,

________________________ (PN. FATIMAH BT SUDAR) Guru Penasihat Praktikum, Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya, Seksyen 4 Wangsa Maju, KUALA LUMPUR.

Diluluskan oleh,

________________________ ( TN. HJ ZAINAL BIN KADIR ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya, Seksyen 4 Wangsa Maju, KUALA LUMPUR.

You might also like