Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

Keselamatan di Makmal o o o o o o o o o o o Keselamatan dan kesihatan merupakan suatu aspek penting dalam pengendalian makmal.

Untuk menjamin persekitaran makmal yang selamat, semua pihak yang menggunakan makmal seharusnya terlibat. Mengurangkan risiko kesihatan akibat pendedahan kepada bahan kimia serta mengelakkan kemalangan atau kecederaa berlaku. Jumlah pelajar di dalam makmal hendaklah sesuai dengan kapasiti makmal. Menjangka & mengenalpasti hazard dan risiko makmal. Pengawasan agar pelajar mengikut arahan yang diberikan dan tidak ditinggalkan bekerja bersendirian tanpa sebarang pengawasan. Pastikan setuap bahan kimia disimpan dalam jumpa terkawal atau diasingkan mengikut garis panduan keselamatan. Pastikan penggunaan peralatan/ pakaian perlindungan diri yang sesuai. Pastikan makmal sentiasa tersusun rapi dan mempunyai ruang selsa untuk bergerak. Pastikan dtiada alangan di semua jalan keluar makmal. Makanan dan minuman dilarang dalam makmal. Keselamatan di Bengkel o o o o o o o Murid mestilah mendapat kebenaran sebelum menggunakan bengkel. Tidak dibenarkan melakukan kerja2 bengkel tanpa pengawasan guru bertugas. Laportkan kepada guru jika peralatan yang digunakan tidak berfungsi dan tiada dalam simpanan seperti yang dipamerkan. Penggnaan sebarang peralatan mestilah mengikut prosedur dan tunjuk ajar guru. Memastikan tangan dibersihkan selepas aktiviti dijalankan. Dilarang bermain, berlari, membuat bising atau berkelakuan tidak senonoh di dalam bengkel. guru memastikan bahan buangan lebihan dibuang atau disimpan dengan cara yang betul.

Kawalan Kebersihan dan Keselamatan di Kantin


KAWALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN KANTIN KAWALAN KEBERSIHAN Keracunan makanan, kolera, typhoid dan hepatitis A adalah antara penyakit yang berpunca daripada makanan dan minuman yang dicemari oleh bakteria. Pencemaran makanan dan air juga boleh disebabkan oleh bahan kimia. Kawalan kebersihan kantin adalah perlu bagi mengawasi kebersihan diri, kemudahan tempat dan perkakasan. Pengawasan perlu ditingkatkan semasa berlaku wabak penyakit berjangkit atau bencana alam seperti banjir. 1. Kebersihan Kemudahan Semua kemudahan kantin seperti tempat menyedia, mempamer atau menghidang makanan hendaklah sentiasa dijaga dalam keadaan bersih dan kemas. Semua sinki hendaklah sentiasa bersih dan berfungsi. Bilik air dan tandas hendaklah sentiasa bersih, selamat dan berfungsi. Tempat rehat dan stor hendaklah sentiasa bersih dan selamat. Tempat mengumpul sampah hendaklah sentiasa bersih dan kemas. Tong-tong sampah hendak berplastik di dalamnya dan bertutup. Peti sejuk dan freezer hendaklah sentiasa bersih, kemas dan berfungsi. 2. Kebersihan Peralatan Alat atau perkakas yang digunakan hendaklah dibersihkan dengan air yang bersih sebaik-baiknya air panas dan bahan pencuci yang sesuai. Alat dan perkakas yang bersih hendaklah disimpan di tempat yang sesuai dan bersih. Pisau yang digunakan untuk memotong bahan mentah tidak boleh digunakan untuk memotong makanan yang sudah dimasak atau makanan yang dimakan segera. Pinggan mangkuk, sudu dan garpu hendaklah dibilas dengan air panas selepas dicuci. Semua peralatan (contoh:- pinggan mangkuk, piring, gelas, cawan, sudu, garpu, cerek dan pisau) yang retak, sumbing/ sompek, calar dan berkarat tidak boleh digunakan. Kain-kain pengelap yang kotor hendaklah dicuci dengan air panas dan bahan pencuci yang sesuai.

3. Kebersihan Bangunan

Seluruh bangunan dan kawasan sekitarnya hendaklah dijaga supaya sentiasa bersih, kemas dan selamat. Lantai, longkang, dinding dan siling hendaklah dibersihkan setiap hari. Tempat makan hendaklah sentiasa bersih, selamat, dan teratur.

KESELAMATAN Kemalangan boleh dielakkan sekiranya: peralatan diuruskan dengan sempurna, diletakkan di tempat yang sesuai dan yang rosak dibaiki. semua kerja dilakukan dengan cermat. segala punca kemalangan dikenal pasti dan segera diatasi. 4. Langkah Mencegah Kebakaran Pastikan alat-alat dan pendawalan elektrik sentiasa dalam keadaan sempurna. Urusan sambungan elektrik perlu mendapat kelulusan pihak yang berkenaan. Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah diletak jauh dari dapur masak. Sebarang minyak dan cairan yang mudah terbakar mestilah dilabelkan dan ditutup dengan ketat. Murid-murid tidak dibenarkan masuk atau bermain di kawasan dapur. Kawasan dapur hendaklah sentiasa bersih dan kemas. AIat pemadam api hendaklah disediakan di kawasan dapur dan: B diletakkan di tempat yang sesuai B mencukupi B berada dalam keadaan baik B berfungsi dan disahkan oleh pihak bomba 5. Langkah Mencegah Kecederaan Lantai hendaklah sentiasa bersih, kering dan tidak licin. Murid-murid tidak dibenarkan bermain atau berlari di kantin. Barang-barang hendaklah diurus dengan sempurna supaya tidak menghalang pergerakan dan membahayakan pengguna. Bahan-bahan yang boleh menyebabkan kecederaan hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan selamat. Peralatan yang boleh menyebabkan kecederaan hendaklah digunakan dengan berhati-hati.

Bahan-bahan yang beracun hendaklah disimpan di luar kawasan dapur dan berasingan daripada tempat menyimpan makanan. Perabot hendaklah selamat dan sesuai digunakan. Poster atau cogan kata keselamatan yang sesuai hendaklah ditampal di tempat-tempat yang strategik. 6. Langkah-Langkah Mencegah Renjatan Atau Kejutan Elektrik Peralatan dan pendawalan elektrik hendaklah sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat untuk digunakan. Sebarang sambungan elektrik hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan. Tangan hendaklah kering semasa mengendalikan peralatan dan suis elektrik. Pengetua hendaklah dimaklumkan secepat mungkin tentang sebarang kerosakan elektrik. 7. Alat-Alat Pertolongan Cemas Sebuah peti pertolongan cemas yang lengkap dengan bahan asas pertolongan cemas hendaklah disediakan. Peti pertolongan cemas hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut: Jenis yang bertutup. Diperbuat daripada bahan yang licin. Dicat putih luar dan dalam. Ditanda dengan terang perkataan PERTOLONGAN CEMAS atau simbol.

http://ehwalmurid.blogspot.com/2011/01/kawalan-kebersihan-dan-keselamatan-di.html

ISU-ISU BERKAITAN SEKOLAH

Dewasa ini berbagai isu berkaitan pendidikan sering dipaparkan di dada akhbar. Fenomena ini berlaku kerana sekolah dilihat dari beberapa aspek yang amat berkait rapat dengan masyarakat seperti; i. aktiviti yang dijalankan di sekolah mempunyai kepentingan terhadap masyarakat ii. ibubapa sentiasa peka tentang program yang dijalankan di sekolah iii. pelajar sentiasa melaporkan kepada ibubapa sebarang kejadian atau aktiviti yang berlaku di sekolah iv. guru diamanahkan untuk bertindak sebagai loco parentis di sekolah v. pengetua sebagai ketua bertanggungjawab dalam semua aspek di sekolah dan vi. pengetua adalah penjaga kepada pelajar-pelajar Antara isu salah urus yang melibatkan pengurusan hal ehwal murid ialah isu keracunan makanan di kantin ataupun di asrama sekolah. Kejadian sebegini berlaku disebabkan oleh faktor kebersihan makanan dan penyediaan makanan yang tidak diberikan perhatian oleh pengurusan kantin ataupun asrama sekolah. Namun kecuaian atau sikap tidak ambil peduli pengurusan sekolah dalam memantau kantin dan asrama sekolah secara konsisten dalam aspek kebersihan dan kualiti makanan menjadikan pihak sekolah sentiasa terdedah kepada kritikan masyarakat. Justeru itu langkah-langkah proaktif perlu diambil oleh pihak pengurusan sekolah sebelum isu ini berlaku. Antara langkah-langkah yang dapat diambil ialah i. menyediakan jadual pemantauan kantin/asrama yang tetap dan lebih kerap ii. melantik guru bertugas khusus bagi tugas pemantauan di mana rekod pemantauan perlu dicatat di dalam buku log pemantauan iii. memastikan pekerja-pekerja kantin/asrama sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan iv. bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan nasihat dalam aspek kebersihan fizikal dan proses penyediaan makanan v. mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengusaha kantin/asrama apabila berlaku kepincangan di dalam pengurusan kantin/asrama sekolah dan vi. mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1995 (Keracunan Makanan Di Sekolah-Sekolah) Isu berkaitan dengan kurikulum pula yang sering mendapat perhatian masyarakat ialah mengenai dakyah bahawa kerajaan akan menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil. Isu ini timbul berikutan adanya pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh dengan harapan ianya akan menjadi suatu tarikan untuk mendapatkan sokongan politik. Walaupun isu ini lebih menjurus kepada peranan kerajaan dalam menentukan dasar pendidikan negara namun pihak sekolah tidak seharusnya mengambil langkah berdiam diri dan memencilkan diri dari cuba menjelaskan kedudukan yang sebenar kepada masyarakat. Pihak sekolah khususnya pentadbir Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil perlu bertindak bagi menangani isu ini. Langkah yang dapat diambil termasuklah; i. mengadakan pertemuan dengan waris-waris bagi menjelaskan kedudukan sebenar berkaitan isu ini ii. menjemput wakil-wakil daripada kementerian pelajaran untuk memberikan penerangan yang terperinci berkaitan isu yang dibangkitkan iii. menegaskan bahawa Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Seksyen 28 ada menyebut tentang penubuhan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan serta penyenggaraannya yang tertakluk di bawah bidang kuasa menteri iv. menjelaskan bahawa berlakunya perpindahan bukannya penutupan beberapa sekolah jenis kebangsaan yang kurang murid dilakukan ke kawasan berpenduduk padat Kegiatan kokurikulum juga merupakan suatu bidang yang sering mendapat perhatian masyarakat khususnya apabila berlaku kecuaian pihak sekolah dalam mengendalikan sesuatu aktiviti. Kes-kes seperti pelajar mati lemas semasa berkhemah, pelajar maut akibat kemalangan jalanraya semasa dalam perjalanan mengikuti aktiviti kokurikulum dan lainnya merupakan kes-kes yang

sering terpampang di dada akhbar. Kecuaian pihak sekolah mengawal keselamatan pelajar semasa aktiviti kokurikulum dijalankan, mengabaikan aspek keselamatan semasa mengendalikan sesuatu aktiviti, guru tidak berada bersama pelajar semasa aktiviti kokurikulum dijalankan dan prosedur keselamatan tidak dipatuhi sepenuhnya merupakan punca-punca berlakunya sesuatu kemalangan terhadap pelajar ketika menjalani aktiviti kokurikulum. Bagi mengelakkan daripada pihak sekolah dipersalahkan apabila sesuatu kemalangan yang melibatkan pelajar itu berlaku semasa menjalani aktiviti kokurikulum maka pihak sekolah perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti; i. sentiasa memberi keutaman dan peringatan mengenai keselamatan dan kebajikan pelajar semasa menjalani aktiviti kokurikulum ii. memastikan tanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar dalam aktiviti kokurikulum menjadi tanggungjawab semua guru dan dilaksanakan secara kolaboratif iii. merancang dengan teliti setiap aktiviti yang akan dijalankan dengan mementingkan aspek keselamatan iv. melengkapkan diri guru-guru dengan ilmu pengetahuan tentang kecemasan v. mengadakan pelan kontingensi jika berlaku kecemasan dan kemalangan vi. mengambil skim perlindungan diri untuk setiap pelajar dan vii. mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 berkaitan Panduan Keselamatan Diri Pelajar. Isu berkaitan kewangan di sekolah juga sering mendapat perhatian ibubapa khususnya berkaitan dengan bayaran berkaitan persekolahan dan bayaran tambahan. Walaupun Kementerian Pelajaran telah memansuhkan yuran persekolahan di sekolah rendah dan sekolah menengah mulai tahun 2008 ini serta menetapkan paras siling kutipan bayaran tambahan sebanyak RM 38.50(rendah) dan RM 55.50(menengah) namun masih terdapat sekolah-sekolah yang mengutip bayaran tambahan sehingga mencecah ratusan ringgit. Kegagalan pihak sekolah untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran telah menjadi isu yang hangat sedikit masa lalu. Justeru itu pihak sekolah hendaklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengelak daripada timbulnya isu-isu yang tidak diingini. Beberapa langkah yang dapat dipraktikkan ialah; i. menjelaskan kepada waris tentang kekeliruan yang timbul berkaitan pemansuhan yuran persekolahan ii. menerima bayaran daripada waris secara ansuran dalam tempoh yang ditetapkan iii. mematuhi paras siling yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran iv. mendapatkan persetujuan daripada PIBG untuk mengenakan bayaran tambahan bagi tujuan peningkatan akademik dan v. mencari sumber kewangan tambahan daripada agensi luar Salah laku kakitangan sekolah juga merupakan isu yang sering dipaparkan oleh media cetak dan media elektronik. Kesalahan seperti menampar dan merotan pelajar tanpa mengikut prosedur ditetapkan seringkali dilakukan oleh guru. Kegagalan mengawal emosi serta kejahilan tentang undang-undang dikenalpasti sebagai punca kesalahan ini dilakukan. Di samping itu terdapat juga keskes yang berlaku akibat daripada tekanan jiwa yang dialami oleh guru. Sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini maka pihak pengurusan sekolah boleh mempraktikkan beberapa perkara di bawah; i. sentiasa mengingatkan guru-guru tentang tatacara untuk mengambil tindakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan ii. memberi latihan dalaman kepada guru atau menghantar guru berkursus berkaitan pengurusan disiplin pelajar iii. melantik guru-guru disiplin yang berwibawa dan berketrampilan iv. mewujudkan program peningkatan sahsiah pelajar bagi mengurangkan masalah disiplin v. memberi kaunseling kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin vi. merekodkan setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam buku rekod kesalahan pelajar dan vii. mematuhi arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 berkaitan tatacara mengenakan tindakan dan hukuman terhadap pelajar sekolah. Beberapa isu yang diutarakan di atas berkaitan pengurusan hal ehwal murid, kurikulum, kokurikulum, kewangan dan kakitangan di sekolah yang sering dipaparkan di dada akhbar perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah. Pendedahan guru-guru kepada Ordinan Pelajaran 1957,

Peraturan-Peraturan Pelajaran(Disiplin) Sekolah 1959, Akta Pendidikan 1961, Akta Pendidikan 1996(Akta 550), Peraturan Pendidikan(Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan Peraturan Pendidikan (PIBG) 1998 perlu dilaksanakan dengan segera dan menyeluruh bagi mengelak daripada isu-isu yang tidak diingini daripada berlaku dalam organisasi persekolahan.

http://infopendidikanpelajar.blogspot.com/2010/04/isu-isu-berkaitan-sekolah.html

POLISI SEKOLAH SELAMAT


KESELAMATAN PELAJAR PERGI DAN BALIK SEKOLAH
PENDAHULUAN : Keselamatan murid pergi dan balik dari sekolah adalah tanggungjawab sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat.Sokongan dan kerjasama semua pihak amatlah diperlukan dalam melaksanakan polisi ini. RASIONAL:

Sepanjang perjalanan pergi dan balik dari sekolah, setiap warga SMK Baru Bintulu sentiasa terdedah kepada bahaya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan risiko kemalangan adalah minimum pada setiap masa semasa pergi dan balik dari sekolah. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik Sekolah diwujudkan untuk menyediakan suatu garis panduan keselamatan untuk setiap warga sekolah merangkumi guru, kakitangan, pelajar serta pelawat.

OBJEKTIF

Membekalkan maklumat kepada warga sekolah tentang undang-undang dan penggunaan jalan raya yang selamat. Mengenalpasti masalah berkaitan penggunaan jalan raya di dalam dan di luar kawasan sekolah. Meningkatkan kesedaran tentang prosedur keselamatan jalan raya. Membimbing dan menekankan pemanduan berhemat kepada murid yang menggunakan kenderaan. Mengambil tindakan berdasarkan peraturan sedia ada terhadap kesalahan penggunaan jalan raya.

TATACARA PELAJAR

Kehadiran ke sekolah adalah seperti berikut: Sesi Pagi : 6.50am - 12.35pm Sesi Petang : 12.45pm - 6.15pm Sekiranya berlaku kecemasan, sila dapatkan kebenaran untuk balik atau ke hospital daripada PK HEM/ pihak pengurusan.

Dilarang berlari dalam kawasan sekolah. Mematuhi peraturan lalu lintas. Terus pulang ke rumah masing-masing. Memaklumkan kepada pihak sekolah sebarang masalah yang dihadapi dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah. Bagi murid yang mempunyai kenderaan sendiri, pastikan anda dan kenderaan anda mematuhi peraturan lalu lintas dan jalan raya Malaysia.

TATACARA GURU / KAKITANGAN

Kehadiran guru adalah seperti berikut: Sesi Pagi

: 6.50am - 12.35pm

Sesi Petang : 12.45pm - 6.15pm

Kenderaan guru / pengurusan harus diletakkan di zon yang telah ditetapkan dan menggunakan pelekat sekolah yang berdaftar dengan Jawatankuasa Keselamatan. Memasukkan unsur-unsur keselamatan jalan raya dalam pengajaran di dalam kelas. Menasihati pelajar agar melaporkan semua kes kemalangan jalan raya sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah yang berkaitan dengan pelajar. Peka dan mengambil tindakan segera terhadap maklumat yang diterima tentang keselamatan pelajar sekolah. Mengenal pasti bagaimana pelajar pergi dan balik dari sekolah. Membuat pemantauan keselamatan pelajar.

TATACARA PELAWAT

Mendapatkan pas pelawat di pondok penjaga. Mematuhi peraturan keluar masuk sekolah. Jika berlaku kemalangan, ikut peraturan dan arahan yang telah ditetapkan.

TATACARA IBU BAPA


Pastikan anak dihantar sehingga ke pagar sekolah dengan selamat. Kenderaan ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali jika hari hujan. Ibu bapa / penjaga hanya dibenarkan menghantar / mengambil / menunggu anak / jagaan mereka di luar pagar sekolah kecuali jika hari hujan.

Menemani anak untuk menaiki bas atau berjalan kaki dalam keadaan gelap / hujan / sunyi. Mengingatkan / menasihatkan anak supaya sentiasa berwaspada dengan orang yang tidak dikenali dan berhati-hati semasa pergi dan balik sekolah. Mengambil tahu waktu anak pergi dan balik dari sekolah dan menghubungi pihak sekolah sekiranya anak lewat balik. Memastikan anak memakai pakaian cerah atau bahan reflektif jika berjalan dalam keadaan cuaca gelap / buruk. Memastikan anak berjalan secara berkumpulan jika melalui kawasan yang semak / sunyi / gelap. Jika anak anda membawa kereta atau motor ke sekolah, pastikan anak anda memiliki lesen memandu, insurans, cukai jalan, dan kenderaan dalam keadaan sempurna.

Polisi Keselamatan Kegiatan Luar Bilik Darjah


Polisi ini harus dibaca bersama:

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:1/1989 Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 8/1995

Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 3/1995

Perlaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan.

SURAT PEKELILING KHTISAS BIL: 25/1998 dan BIL: 3/1979 Pendidikan Jasmani.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 24/1988

Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 25/1998 Perlaksanaan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 9/2000 dan BIL: 1/1995

Panduan Keselamatan diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan dan Di Luar Kawasan Sekolah.

PENGENALAN

Aktiviti ko-kurikulum merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang tidak melibatkan waktu pembelajaran.

RASIONAL

Pihak Sekolah bertanggungjawab menyediakan iklim sekolah yang selamat semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Warga sekolah terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal dan semasa penggunaan peralatan sukan. Menyedari keperluan pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan.

OBJEKTIF

Memastikan kegiatan ini bergerak selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mengelakkan berlakunya kemalangan semasa kokurikulum dijalankan. Mendisiplin diri dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.

PERANAN MURID

Melapor taraf kesihatan diri kepada guru Mengikut arahan guru / jurulatih sepanjang aktiviti dijalankan. Melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang aktiviti dijalankan. Mengikut aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan.

PERANAN JURULATIH / GURU

Memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti kokurikulum melalui:

a. b. c. d. e. f.

Poster Perhimpunan Mingguan Ceramah Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran dalam klelas Edaran Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan. Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat. Memaklum kepada ibubapa dan pihak berkenaan.

Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti ko-kurikulum.

Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti ko-kurikulum.

PERANAN IBU BAPA DAN PENJAGA.

Mengambil tahu aktiviti ko-kurikulum yang diikuti oleh anak/jagaan masing-masing. Meneliti dan mengisi borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan. Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti. Menyediakan bahan keperluan anak / jagaan sepanjang aktiviti dijalankan. Mengenalpasti jurulatih / guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon jurulatih / guru berkenaan dan pihak sekolah.

POLISI

Memastikan warga sekolah adalah tertakluk kepada Peraturan Polisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum. Pegawai yang bertugas semasa aktiviti kokurikulum dijalankan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua polisi, peraturan dan langkah-langkah keselamatan diikuti sepenuhnya.

Segala kemalangan yang berlaku harus disusuli dengan tindakan segera mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, laporan mesti dibuat kepada pegawai atau sekolah. Semua pelajar akan dilindungi melalui Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok ( rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/1995 )

Polisi keselamatan kegiatan kokurikulum adalah diketahui oleh semua warga sekolah melalui usaha penyebaran maklumat dan taklimat rasmi.

Semua warga sekolah adalah tertakluk kepada polisi ini.

POLISI KESELAMATAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH

1. SUKAN / PERMAINAN /KELAB / UNIT BERUNIFORM. ( Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil: 24/1998 )

Semua warga sekolah yang menjalankan kegiatan sukan, permainan, kelab dan unit beruniform haruslah bertanggungjawab ke atas:

1.1 Tatacara Am Keselamatan diri sama ada kegiatan tersebut dijalankan di dalam atau diluar kawasan sekolah. Keselamatan alatan kelengkapan dan kemudahan. Keselamatan fizikal. Keselamatan emosi. Keselamatan sosial.

1.2 Tatacara Murid.

Memastikan keselamatan diri terjamin. Mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa Sentiasa mematuhi arahan jurulatih atau guru penasihat. Mendapat kebenaran jurulatih / guru penasihat sebelum menggunakan alatan. Menjalankan aktiviti di tempat yang ditetapkan. Menjalankan aktiviti dengan teratur dan sistematik. Memakai alat perlindungan diri untuk aktiviti bebahaya. Pelajar yang telah dipilih mewakili sekolah/ bahagian/ negeri / negara mesti membuat pemeriksaan kesihatan ( Medical Examination )

Memberitahu guru tentang sejarah kesihatan mereka ( Medical History Memberitahu / melaporkan kepada guru sekiranya mengetahui perilaku rakan-rakan yang tidak sihat, contohnya: penyalahgunaan dadah, pil khayal dan lain-lain.

1.3 Tatacara Pengurusan / Jurulatih/ Guru.

Memberi taklimat keselamatan kepada pelajar. Mengetahui dan mempunyai pelan keselamatan. Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan. Membuat pengawasan yang rapi sebelum, semasa dan sesudah digunakan. Menjalankan aktiviti di tempat yang ditetapkan. Memberhentikan serta merta aktiviti di tempat lapang jika didapati cuaca buruk akan berlaku.

Memastikan pelajar menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. Memastikan hanya jurulatih yang berklayakan / bertauliah contohnya dari Majlis Sukan Negeri serta mengetahui latar belakang mereka.

Menyediakan peti pertolongan cemas. Menyediakan pegawai yang bertauliah dalam rawatan kecemasan mengiringi pelajar yang mewakili sekolah. Mempunyai rekod sejarah kesihatan dan maklumat peribadi pelajar yang lengkap. Membuat siasatan rapi atas laporan yang telagh dibuat oleh pelajar dan mengambil tindakan dengan segera. Memberi kaunseling kepada pelajar yang bermasalah contohnya masalah emosi, pencapaian sukan dan akademik yang menurun dan lain-lain. ( Jika perlu hantar kepada kaunselor bertauliah )

Membuat pemeriksaan kesihatan yang lengkap ( Medical Examination ) untuk pelajar yang mewakili sekolah sahaja ) Menjaga kebajikan pelajar, contohnya, menyediakan makanan dan minuman, memberi wang saku, menyediakan kenderaan dan lain-lain.

Memberitahu ibubapa/ penjaga tentang pemilihan pelajar dalam aktiviti-aktiviti tertentu, tarikh, masa dan tempat latihan. Memastikan Borang Akuan Lepas Tanggungan dan Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan diisi dengan lengkap untuk memudahkan guru menghubungi ibubapa / penjaga semasa kecemasan.

Menyediakan Fail Peribadi pelajar-pelajar yang dipilih mewakili sekolah, bahagian, negeri dan negara. Memastikan pemandu bertauliah dan kenderaan yang digunakan untuk menghantar pelajar pergi dan balik semasa mengikuti aktiviti dalam keadaan baik dan selamat.

Harus mempunyai insurans kemalangan diri. Menyediakan prosedur khas untuk agensi/badan latihan luar yang menggunakan khidmat pelajar, contohnya, mewakili dalam sukan / permainan.

1.4 Tatacara Ibubapa / Penjaga.

Menandatangani Surat Kebenaran Ibubapa/ Penjaga. Memastikan anak berada dalam keadaan sihat. Memakulumkan kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing. Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk menyertai aktiviti. Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti. Mengetahui masa bermula dan berakhirnya sesuatu aktiviti. Memastikan peralatan yang mencukupi untuk anak-anak jagaan menjalankan aktiviti. Mengambil tahu tempat dimana aktiviti dijalankan. Mendapat maklumat guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah dihubungi.

2. Penyelengaraan Peralatan Sukan ( Stor Sukan ) ( Rujuk Surat Pekeliling Ikhitsas Bil. 9/2000 )

Semua warga sekolah yang menggunakan peralatan sukan bertanggungjawab ke atas:

2.1 Tatacara Am.

Peralatan sukan yang dianggap merbahaya. Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang membahaya diadakan pada hari atau masa yang berasingan

Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa. Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja.

Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar masuk peralatan sukan. Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan. Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang selamat. Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang digunakan yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.

2.2 Tatacara Murid.

Pelajar dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru.

2.3 Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru. Merekod semua alat sukan yang digunakan. Mengeluar, menyimpan dan memeriksa alatan yang digunakan. Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya. Memastikan alatan sukan yang digunakan dalam keadaan baik. Membuat laporan tentang peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki. Memastikan hanya jurulatih/ guru penasihat yang bertauliah mengendalikan peralatan sukan.

3. Peralatan Sukan. ( Rujuk Saurat Perkeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 )

Pihak Pentadbir, Jurulatih dan Guru Penasihat bertanggungjawab ke atas :

3.1 Tatacara Am. Peralatan sukan Peralatan sukan mestilah selamat dan sesuai digunakan. Peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan. Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

3.2 Tatacara Murid.

Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan. Sentiasa berwaspada menggunakan peralatan.

3.3 Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru. Memastikan peralatan sukan selamat dan sesuai digunakan. Memastikan peralatan sukan mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan. Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan harus dilupuskan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Mengambil tindakan segera atas lsporan kerosakan peralatan.

4. Kawasan Sukan / Permainan / Tempat Latihan ( Rujuk Surat Perkeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 ) Pihak Pentadbir, Jurulatih dan Guru Penasihat bertanggungjawab ke atas :

4.1

Tatacara Am.

Kawasan latihan, permainan atau sukan dalam keadaan baik dan terurus.

4.2 Tatacara Murid. Mematuhi peraturan dan arahan guru. Dilarang pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi daripada guru. Memastikan keselamatan diri dan alatan terjamin. Menjaga kebersihan. Melaporkan kepada guru sebarang kerosakan yang berlaku.

Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti berada di kawasan latihan.

4.3 Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru. Memastikan tempat latihan dan alatan yang terdapat di situ dalam keadaan baik, terurus dan selamat. Tidak membenarkan pelajar pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi daripada gurtu. Mengambil tindakan segera terhadap laporan kerosakan yang berlaku. Memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan dan arahan. Memastikan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja yang berada di tempat latihan.

5. Kawasan Larangan ( Rujuk Surat Pekeliling Bil. 9/2000 ) Pihak pentadbir, jurulaih dan guru penasihat bertanggungjawab ke atas:

5.1 Tatacara Am. Kawasan larangan dan berbahaya seperti gynasium, angkat berat,, padang hoki/bola sepak, gelanggang bola tampar/ sepak takraw, lapangan latihan memanah, kawasan balapan dan stor sukan.

5.2 Tatacara Murid. Dilarang berada di kawasan larangan tanpa pengawasan rapi daripada guru. Memastikan keselamatan dan peralatan yang terdapat disitu adalah terjamin. Mematuhi peraturan dan arahan guru. Menjaga kebersihan. Membuat laporan tentang kerosakan atau kecederaan yang berlaku kepada pihak pengurusan / guru. Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja yang berada di kawasan larangan dengan pengawasan rapi guru.

5.3 Tatacara Pengurusan / Jurulatih /Guru.

Memastikan tiada pelajar berada di kawasan larangan tanpa pengawasan rapi daripada guru. Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan Memastikan kawasan dalam keadaan baik, terurus dan selamat digunakan. Memastikan peralatan yang terdapat disitu dalam keadaan selamat. Mengambil tindakan segera atas segala laporan yang disampaikan oleh pelajar dan merekodkannya.

Menyediakan seorang pegawai yang bertauliah dalam pertolongan cemas sepanjang aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut.

Menyediakan bilik rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut. Menyediakan bilik rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti / latihan dijalankan.

6. Cuaca / Musim ( Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2000 ) Semua warga sekolah bertanggungjawab ke atas:

6.1 Tatacara Am. Tidak menjalankan aktiviti di tempat lapang semasa cuaca buruk seperti hujan, kilat dan petir. Memberhentikan aktiviti apabila terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.

6.2 Tatacara Murid. Tidak berada di tempat lapang atau kawasan yang terdedah kepada bahaya semasa cuaca buruk. Berhenti serta merta setelah mendapat arahan daripada guru supaya berbuat demikian. Mematuhi arahan dan peraturan.

7. Laporan Kemalangan Atau Kecederaan. ( Rujuk Suat Pekeliling Bil. 9/2000 ) Jurulatih dan guru penasihat bertangunggjawab ke atas :

7.1 Tatacara Am. Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku kepada pihak pengurusan / guru. Membuat siasatan ke atas kemalangan dan kecederaan yang berlaku. Merekod semua jenis kemalangan dan kecederaan yang berlaku.

7.2 Tatacara Murid. Melaporkan semua jenis kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa menyertai aktiviti kepada pihak pengurusan / guru. Pelajar mesti memberitahu sejarah kesihatan mereka. Melaporkan aktiviti tidak sihat yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Contohnya, penyalahgunaan dadah dan lain-lain.

7.3 Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Guru.

Mengambil tindakan segera ke atas laporan yang dibuat oleh pelajar. Membuat siasatan ke atas kemalangan atau kecedraan yang berlaku. Merekod semua jenis kemalangan dan kecederaan yang berlaku.

8. Laporan Aktiviti ( Penilaian dan Pemantauan ) ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 )

8.1 Tatacara Am. Jumlah dan guru penasihat bertanggungjawab membuat penilaian dan laporan bertulis kepada pihak sekolah bagi setiap aktiviti yang dijalankan atau disertai pelajar. Jawatankuasa Keselamatan Ko-kurikulum membuat penilaian dan pemantauan keatas semua aktiviti ko-kurikulum sepanjang tahun.

8.2 Tatacara Murid. Membuat laporan bertulis ( jika perlu ).

8.3 Tatacara Pengurusan/Jurulatih/guru. Menyemak laporan bertulis oleh pelajar. Membuat laporan bertulis setiap aktiviti yang dijalankan atau disertai sama ada di dalam atau di luar sekolah.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KEGIATAN KOKURIKULUM.

1.1 Tatacara Am. Taklimat keselamatan oleh jurulatih atau guru penasihat sebelum aktiviti dijalankan. Mengetahui dan mempunyai pelan keselamatan sama ada di kawasan latihan, padang, gelanggang dan stor sukan. Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Pengawasan rapi sepanjang aktiviti dijalankan. Memastikan semua peralatan adalah selamat untuk digunakan dan dipulangkan dengan sempurna selepas digunakan. Sebarang aktiviti mesti dijalankan di tempat yang ditetapkan. Tidak menjalankan sebarang aktiviti di tempat lapang apabila terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.

1.2 Tatacara Murid. Memakai pakaian sukan atau seragam yang lengkap.

Mendengar talklimat keselamatan daripada guru tentang pelan keselamatan, operaturan dan tatacarta penggunaan peralatan yang betul.

Membuat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga dengan mengisi Borang Akuan Lepas Tanggungan dan Borang Kebenaran Ibubapa/ Penjaga untuk pembedahan.

Mengetahui cara penggunaan peralatan sukan dengan betul. Memakai alat perlindungan diri untuk aktiviti yang berbahaya. Memberikan kepada guru maklumat peribadi dan sejarah kesihatan yang lengkap dan betul. Mematuhi peraturan dan arahan guru.

1.3 Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Guru. Memastikan pelajar menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. Memastikan hanya juruilatih yang bertauliah /berkelayakan serta mempunyai latar belakang dan reputasi yang baik sahaja yang dibenarkan menjalankan latihan. Membuat laporan rapi atas laporan yang telah dibuat oleh pelajar dan mengambil tindakan seterusnya. Memastikan Borang Akuan Lepas Tanggungjawab dan Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan diisi dengan maklumat lengkap bagi memudahkan menghubungi ibubapa semasa kecemasan. Menyediakan Fail Peribadi dan pemeriksaan kesihatan ( Medical Examination ) yang lengkap bagi pelajar yang mewakili Sekolah, Bahagian, Negeri dan Negara. Menyediakan prosedur khas bagi agensi atau badan-badan luar yang memerlukan khidmat pelajar contohnya , mewakili dalam permainan / sukan.. Menyediakan seorang pegawai bantuan kecemasan yang bertauliah. Menjaga kebajikan pelajar. Mempunyai rekod maklumat peribadi dan sejarah kesihatan pelajar yang lengkap. Mengada aktiviti di tempat yang ditetapkan. Memberhentikan serta merta aktiviti di tempat lapang atau terdedah kepada bahaya jika terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku. Memberi taklimat keselamatan, peraturan dan tatacara penggunaan yang betul. Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan. Membuat pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan. Mempastikan pengeluaran dan pengembalian barang adalah mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

Menyediakan laporan yang lengkap tentang aktiviti yang dijalankan dan disertai. Menyediakan peti pertolongan cemas.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI TEMPAT LATIHAN.

1.1 Tatacara Am. Tempat latihan haruslah berada dalam keadaan bersih. Memastikan tempat latihan selamat digunakan. Mempunyai pelan keselamatan. Mempunyai jadual penggunaan tempat latihan. Pelajar adalah dilarang sama sekali berada di tempat latihan tanpa pengawasan jurulatih atau guru penasihat. Mempunyai peti pertolongan cemas. Memastikan semua peralatan yang terdapat di tempat latihan adalah selamat untuk digunakan. Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Membuat laporan tentang peralatan sukan yang telah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.

1.2 Tatacara Murid. Mematuhi peraturan dan arahan guru. Melarang pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi guru. Memastikan keselamatan diri dan alatan terjamin. Menjaga keselamatan. Melaporkan kepada guru sebarang kerosakan yang berlaku. Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja berada di kawasan latihan.

1.3 Tatacara Pengurusan/ Jurulatih/Guru. Memastikan peralatan sukan dan tempat latihan berada dalam keadaan terurus dan selamat. Tidak membenarkan pelajar pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi dan selamat. Mengambil tindakan segera keatas segala laporan kerosakan yang dibuat. Memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan dan arahan. Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja boleh berada di tempat latihan. Memberi taklimat tentang pelan keselamatan, peraturan dan tatacara penggunaan peralatan yang betul. Membuat laporan dan merekodkan sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku serta menmberitahu pihak pengurusan dan ibu bapa.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI STOR SUKAN.

1.1 Tatacara Am. Sentiasa menjaga kebersihan stor. Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan peralatan sukan. Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan. Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan. Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan. Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan. Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk-alat-alat sukan. Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja. Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki. Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat. Memasdtikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan selamat.

1.2 Tatacara Murid. Dilarang masuk ke dalam stor sukan.

1.3 Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Guru. Menjaga kebersihan stor sukan. Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci. Memadamkan suis apabila keluar dari stor. Mempunyai pelan keselamatan. Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk. Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan. Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN.

1.1 Tatacara Am Peralatan sukan mestilah mempunyai jaminan ( Warranty ) Peralatan sukan mestilah mempunyai kelulusan piawai dan pengiktirafan daripada undang-undang persatuan sukan.

Peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

1.2 Tatacara Murid. Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan kepada alatan yang digunakan. Sentiasa berwaspada meenggnakan peratan. Mengetahui tatacara penggunaan peralatan dengan betul.

1.3 Tatacara Pengurusan / Jurulatih /Guru. Memastikan peralatan sukan mempunyai jaminan ( Warranty ). Memastikan peralatan yang sudah tamat tarikh luput dihapuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. Mengambil tindakan segera atas laporan kerosakan peralatan yang berlaku. Memberi taklimat tatacara penggunaan peralatan yang betul.

KEGIATAN LUAR.

1.1

PENDAHULUAN.

Kegiatan luar ialah aktiviti yang dijalankan di luar daripada kawasan sekolah dan/atau melibatkan agensi luar untuk mengadakan lawatan atau perkhemahan.

1.2

RASIONAL

Kegiatan luar adalah perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk mendedahkan ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi di dalam bilik darjah kepada murid.

Mengubah sausana pembelajaran supaya murid lebih berminat untuk terus belajar. 1.3 OBJEKTIF Mengadakan lawatan yang berfaedah untuk murid.

Mengikut tatacara keselamatan yang disediakan apabila menjalankan aktiviti luar. Mengelakkan berlakunya kemalangan apabila menjalankan aktiviti luar dengan mengambil kira aspek keselamatan.

1.4

PERANAN MURID.

Murid mendapatkan kebenaran ibubapa. Memberitahu taraf kesihatan kepada guru/pihak pengurusan. Membawa peralatan yang diperlukan dengan lengkap. Mendengar dengan teliti arahan guru dan mengikut peraturan yang disediakan oleh guru. Sentiasa berada dalam kumpulan yang ditetapkan.

1.5

PERANAN GURU PENASIHAT/JURULATIH/ GURU PENGIRING

Memberi kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti luar melalui: a. b. c. d. e. f. g. h. Poster Perhimpunan Mingguan Ceramah Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas. Tayangan Video. Ceramah. Edaran.

Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan. Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat. Memaklum kepada ibu bapa dan pihak berkenaan. Menganalisis setiap kejadian. Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti luar sekolah.

Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti luar.

1.6

PERANAN IBUBAPA

Mengambil tahu aktiviti luar yang diikuti oleh anak jagaan masing-masing. Meneliti dan mengisi borang-borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan. Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti. Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan. Mengenalpasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon guru berkenaan/pihak sekolah.

1.7

TATACARA MURID

1.7.1 LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Pelajar melengkapkan borang kebenaran ibu bapa/penjaga yang disediakan dan serahkan kepada guru penasihat. Pakai pakaian dan peralatan yang sesuai. Pastikan ada pengenalan sekolah dan diri masing-masing ( pakai sentiasa ) pas lawatan sekolah.

Bawa peti kecemasan yang lengkap. Catat kedatangan pergi dan balik dan naik/turun daripada kenderaan yang digunakan dengan mengutamakan keselamatan. Setelah tiba di tempat yang ditujui, ikut arahan guru/pemandu pelancong/ peraturan di tempat lawatan. Lakukan aktiviti dalam kumpulan. Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik. Tunggu di satu tempat dan minta bantuan sehingga bantuan sampai.

1.7.2

LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN HUTAN.

Lengkapkan Borang Kebenaran Ibu bapa dan serahkan kepada guru penasihat Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru. Pakai pakaian yang sesuai- baju lengan panjang dan kasut sukan. Dirikan khemah di kawasan yang sesuai dan bukan di laluan air atau bawah pokok berdahan reput/di lereng bukit yang boleh berlaku tanah runtuh/berhampiran tebing sungai/tempat curam/tanah lembut/di kawasan lembah dan lain-lain tempat yang berbahaya.

Taburkan serbuk belerang/garam di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang merayap yang berbisa seperti ular dan serangga.

Bersihkan kawasan sekeliling khemah. Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana ia mungkin beracun. Ketua kumpulan jalankan aktiviti dalam kumpulan. Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku. Sekiranya diganggu oleh haiwan liar, jangan panik. Jerit minta pertolongan dan lari untuk menyelamatkan diri. Sekiranya terkena getah beracun, gatal-gatal, gigitan binatang berbisa, gigitan serangga atau luka, dapatkan pertolongan kecemasan segera ( Lampiran 4 )

Laporkan kepada guru. Sekiranya sakit berterusan, keluar daripada kawasan perkhemahan dan daptakan rawatan di klinik/hospital berdekatan.

Bawa peralatan lengkap dan peti kecemasan.

1.7.3

LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN BERAIR.

Kawasan berair seperti sungai, laut, lombong, tasik, loji penapisan air, empangan, bakau dan lain-lain.

Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru. Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru/pegawai bertugas / penyelamat kelemasan. Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air. Dapatkan kebenaran guru untuk sebarang aktiviti. Jika terdapat sebarang bentuk kecemasan seperti lemas, menjeritlah meminta tolong. Jangan cuba memberi pertolongan cemas kecuali jika anda mempunyai kelayakan menyelamat di air. Laporkan segera kepada guru/pegawai bertugas/penyelamat kecemasan.

1.8

TATACARA GURU.

Mestilah mempunyai Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Jika guru tidak mempunyai Sijil Kelayakan yang diperlukan, tenaga pengajar atau kakitangan lain yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan mesti mempunyai Sijil Kelayakan yang diperlukan.

Memohon kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, seperti polis (bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan). Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa/penjaga. Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa dan kumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan. Menyediakan peraturan yang lengkap sepanjang aktiviti dijalankan. Pengawasan dan penyeliaan yang rapi. Mengkaji dan meninjau tempat aktiviti yang dijalankan. Mengatur program yang sesuai.

1.9

TATACARA IBUBAPA/PENJAGA.

Menandatangani surat kebenaran ibubapa/penjaga. Memastikan anak berada dalam keadaan sihat. Memaklum kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing. Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk menyertai sebarang aktiviti.

Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak menyertai sebarang aktiviti. Mengetahui masa bermula dan berakhir sesuatu aktiviti. Memastikan peralatan mencukupi untuk anak jagaan menjalankan aktiviti. Mengambil tahu tempat aktiviti dijalankan. Mendapatkan maklumat guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah dihubungi.

TATACARA TINDAKAN APABILA BERLAKU KEMALANGAN.

1.1

DI DALAM KAWASAN SEKOLAH

Apabila berlaku kemalangan, terus laporkan kepada guru-guru yang bertugas. Buat laporan bertulis. Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan. Sekiranya serius, pihak sekolah akan menghantar pelajar berkenaan ke hospital dan laporkan kejadian tersebut kepada ibubapa murid/pesakit.

Sekiranya melibatkan kes polis, guru bertugas membantu buat aduan di Balai Polis. Guru segera dapatkan laporan bertulis daripada pihak hospital dan polis untuk tujuan tuntutan insurans. Serahkan kedua-dua laporan kepada pihak pentadbir untuk urusan memohon tuntutan insurans selanjutnya.

1.2

DI LUAR KAWASAN SEKOLAH.

Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan. Sekiranya serius, minta bantuan daripada orang yang berhampiran untuk menghantar ke hospital. Dapatkan maklumat ibu bapa, laporkan kemalangan kepada ibu bapa dan pihak pentadbiran / pejabat sekolah untuk tindakan membuat laporan seterusnya kepada polis.

Dapatkan laporan hospital dan pihak polis untuk diserahkan kepada pentadbiran sekolah bagi urusan tuntutan insurans

PERTINGKAT KESELAMATAN JALAN RAYA DI KAWASAN SEKOLAH


SEREMBAN 13 Jan. - Kesemua sekolah di negeri ini disaran supaya mengambil mempertingkatkan tahap keselamatan jalan raya berhampiran kawasan masing-masing. langkah

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Mohd. Rusdi Ismail berkata, tindakan tersebut adalah perlu bagi menjamin keselamatan pelajar-pelajar terutamanya di peringkat sekolah rendah. Katanya, pihak sekolah perlu berbincang dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan tentang langkahlangkah keselamatan jalan raya seperti pemasangan papan tanda serta lampu isyarat, pembinaan jejambat dan lintasan pejalan kaki. ''Tinjauan JKJR negeri mendapati sebahagian infrastruktur berkenaan dibina atau dipasang dengan tidak mengikut spesikasi yang ditetapkan," katanya. Mohd. Rusdi berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar selepas merasmikan program Sudut Keceriaan dan Keselamatan Jalan Raya anjuran ICI Paints (Malaysia) Sdn. Bhd. (ICI Paints) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Min, Nilai dekat sini hari ini. Hadir sama Pengarah Urusan ICI Paints, Goh Cheok Weng dan Guru Besar SJKC Kuo Min, Looi Chan Mun. Program berkenaan disertai lebih 800 murid-murid dari empat buah sekolah rendah di sekitar kawasan Nilai dan 80 kakitangan ICI Paints. Dalam pada itu, Mohd. Rusdi memberitahu, syarikat-syarikat swasta lain di negeri ini disaran agar mencontohi inisiatif ICI Paints menganjurkan program kesedaran keselamatan jalan raya di sekolahsekolah. Menurut beliau, inisiatif tersebut adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai terhadap isu-isu keselamatan jalan raya. ''Saya berharap penganjuran program yang serupa diperluas ke seluruh negeri khususnya di kawasan luar bandar," jelasnya.

Sementara itu, Cheok Weng berkata, ICI Paints akan sentiasa komited dalam usaha menerap kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pelajar sekolah. Katanya, selain SJKC Kuo Min, syarikatnya merancang untuk menganjurkan program kesedaran keselamatan jalan raya di tiga sekolah lain sekitar negeri ini.

http://www.smktpbaling.com/main2/index.php?option=com_content&view=article&id=233:pertingkatkeselamatan-jalan-raya-di-kawasan-sekolah&catid=74:pendidikan&Itemid=77

You might also like