Sejarah Sekolah Kebangsaan Seri Gading

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GADING, 83300 BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM Sekolah Kebangsaan Seri Gading

terletak kira-kira 15km. Dari Bandar Penggaram dan jarak 1km dari pekan Seri Gading. Sejarah awal sekolah ini bermula pada tahun 1924 di sebuah kedai di pekan Seri Gading yang disewa khas oleh penduduk kampung untuk dijadikan bilik darjah bagi menampung keperluan pendidikkan kepada anak-anak tempatan yang jumlahnya ketika itu seramai 40 orang.seorang tenaga pengajar dilantik untuk mengendalikan kelas tersebut .beliau ialah maston bin Hj. Tahir. Nadi utama yang menjadi pergerakan kea rah penubuhan Sekolah Kebangsaan Sri Gading ialah seorang anak watan yang bejiwa gigih yang mahukan anak anak bangsanya maju mengikut arus perkembangan zaman ketika itu. Beliau yang dimaksudkan adalah Encik Saat bin Lokman yang bertindak sebagai pengerusi jawatan kuasa penubuhan sekolah tersebut. Pada peringkat awalnya, segala urusan pentadbiran bagi mengendalikan sekolah tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh penduduk- penduduk kampong. Urusan ini termasuk bayaran sewa kedai, gaji guru, dan membeli alat- alat pegarajaran dan pembelajaran. Oleh sebab pertambahan penduduk yang semakin meningkat, bilangan murid juga bertambah. Pada tahun 1926 jumlah murid menjadi sekali ganda dengan yang demikian. Sebuah bangunan yang lebih besar perlu diwujudkan.berkat muafakat serta gandingan tenaga gotong-royong penduduk kampung. Terdirilah sebuah bangunan sekolah yang berbentuk seperti sebuah bangsal berhampiran dengan kawasan masjid yang ada sekarang. Terlaksana usaha ini adalah atas dorongan serta kesungguhan penghulu mukim V ketika itu iaitu penghulu Abdul kadir bin rahmat. Dengan usaha jawatankuasa pentadbiran sekolah yang diketuai oleh penghulu abdul kadir akhirnya sekolah ini diterima serta diiktiraf sebagai sekolah kerajaan dan semua urusan pentadbiran diuruskan oleh pihak kerajaan. Seorang guru tambahan, En. Mohammad b Mohd zain, juga ditempatkan di sekolah ini.

Malang tidak diduga menimpa ke atas bangunan sekolah yang baru berusia dua tahun ini iaitu apabila ia sujud mnyembah bumi kerana roboh dipukul ribut. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1928 murid murid berjumlah hampir 100 orang terpaksa berhijrah semula ke bangunan kedai yang asal dengan keadaan bersesak sesak. Pada yahun 1930, dengan rayuan orang orang kampong dan perhatian baik dari kerajaan johor, sebuah bangunan baru dibina ditapak yang ada sekarang. Bangunan ini berukuran 1201 x 241 dan dapat menampung seramai 120 orang murid. Pada tahun 1938 bangunan ini diperbesarkan kerana menampung pertambahan murid yang terus meningkat dengan tambahan seluas 50 x 24. Bangunan ini masih berdiri tegak sekarang dan digunakan untuk sekolah agama pada waktu petang. Pada tahun 1941 1944, Jepun telah menawan Negara kita dan sekolah ini menerima nasib yang sama apabila diambil alih oleh pentadbiran jepun untuk mengembangkan pengetahuan bahasanya. Sekolah ini dibuka semula pada tahun 1945 iaitu setelah jepun berundur dari negara kita. Pada tahun 1955, sebuah lagi bangunan sekolah dibina oleh orang orang kampong di kampong sengkuang untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Sekolah ini diberi nama Sekolah Seri Bunga dan dapat menampung seramai 400 orang murid. Pada tahun 1980 pentadbiran sekolah ini dicantumkan dengan sekolah kebangsaan seri gading sebagai induknya. Pada tahun 1978, YAB Tun Hussein Onn,Perdana Menteri Malaysia, juga wakil parlimen kawasan sri gading,telah melawat ke kampung sri gading kerana merasmikan bangunan masjid baru.dalam tinjauwan beliau telah mencadangkan supaya sebuah sekolah baru dibina di kampong ini dan akhirnya pada tahun 1980 satu peruntukan benilai lebi satu juta telah diluluskan untuk projek bangnan sekoah baru yang mengandungi 2 blok bangunan dua tingakat.projek ini mengandungi kelengkapan: 12 Bilik Darjah Sebuah Setor Bilik Guru Perpustakaan

Bilik Tv Bilik Sembahyang Kantin Tandas Bekalan Air Dan Api Padang Dan Pagar Jambatan Pada 21 jun 1983 projek bangunan ini telah dapat disiapkan dan mula

digunakan.murid-murid dari sekolah cawangan(sekolah keb.seri bunga)telah dipindahkan ke bangunanbaru ini.bangunan sekolah cawangan tersebut untuk sekolah agama sahaja Tarikh 25.10.1987 merupakan hari bersejarah bagi Sekolah Keb. Seri Gading ini kerana pada hari tersebut satu majlis gilang-gemilang telah di adakan untuknya iaitu perasmian bangunan baru yang mengambil semperna perayaan juhil intan genap 63 tahun usianya.tan sri muyhyden yasin,menteri besar johor.telah merasmikan majlis yang bersejarah itu Sepanjang usianya,sekolah kebangsaan seri gading telah ditadbir oleh beberapa orang guru besar yang silih berganti.mereka ialah: 1.Encik Maston Bin Haji Tahir 2.Encik Hj.Hamzah Bin Mahmood 3.Encik Abdul Rahman Bin Manaf 4.Encik Salmon Bin Mansor 5.Tuan Hj Yahya B Abd.Rahim 6.Tuan Hj Ismail B.Idris 7.Tuan Hj Ahmad Bin Omar 8.Tuan Hj.Osman B.Yaccob 9.Tuan Hj.Mahyun B. Yusuf Tahun 1924-1934 Tahun 1935-1940 Tahun 1940-1942 Tahun 1942-1947 Tahun 1948-1969 Tahun 1969-1980 Tahun 1981-1982 Tahun 1982-1986 Tahun 1986-1988

10.Tuan Hj.Manaf B.Abdullah 11.Tuan Hj.Md.Zin B.Hashim 12.Encik Mohdi Jailani Hasan Tami 13.Tuan Hj.Mohammad Hamim 14.Encik Abdul Rahim Bin Jamaludidn

Tahun 1988-1991 Tahun 1992-1994 Tahun 1994-2005 Tahun 2005-2011 tahun 2011-kini

Sekolah Kebangsaan Seri Gading telah banyak mengukir beranikar sejarah dari semenjak awal penubuhannya.selain daripada dapat menyalurkan tenagatenaga.iatelek untuk keperluan Negara dan bangsaianya juga kini dikenali ramai sebagai salah sebuah sekolah yang mempunyai pusat sumbernya yang terbaik di negeri johor.penilaian ini didasarkan kepada kejayaannya yang telah dicapai dalam pertandingan pusat sumber peringkat negeri,menjadi johan tiga tahun berturut-turut dari tahun 1989 hingga 1991. Semoga Sekolah Kebangasaan Seri Gading terus maju mengukir namanya.

You might also like