Pengamatan Penglihatan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PENGAMATAN PENGLIHATAN Pengamatan atau persepsi merupakan elemen terpenting dalam proses kognitif.

Pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola yang bermakna. Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur. (Mohd. Salleh Lebar, 1995) AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN Bahan-bahan Lembaran kerja Langkah-langkah 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar. Setiap pelajar mendapat lembaran kerja daripada pelbagai aktivi pengamatan seperti diskriminasi saiz, mencari jalan keluar, cari benda tersembunyi dan banyak lagi. 2. Guru mengarahkan pelajar untuk membuat latihan tersebut bersama-sama. Guru membacakan arahan kepada pelajar dan membimbing pelajar menyiapkan tugasan tersebut.

PRATULISAN Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di ataS permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

AKTIVITI PRATULISAN Bahan-bahan Pasir, air, bekas, kotak dan tali Langkah-langkah Ada empat aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah, sebelum mengajar murid-murid menulis, iaitu: 1. Latihan melukis bentuk asas di udara (a) Pastikan posisi guru dan murid betul. (b) Pandu murid menggunakan jari telunjuk. (c) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak. (d) Sebut nama bentuk semasa melukis di udara. (e) Lakukan secara berulang-ulang.

2. Latihan melukis bentuk asas di atas pasir (a) Pandu murid menggunakan jari telunjuk. (b) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak.

(c) Sebut nama bentuk semasa melukis di pasir. (d) Latihan secara berulang-ulang. (e) Gunakan dulang jika dilaksanakan dalam bilik darjah.

3. Latihan melukis di dalam air (a) Boleh menggunakan bekas air seperti baldi dan lain-lain. (b) Pandu murid menggunakan jari telunjuk. (c) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak. (d) Sebut nama bentuk semasa melukis. (e) Latihan berulang-ulang untuk pengukuhan.

4. Melatih pergerakan tangan (a) Guru mengedarkan kad yang mengandungi pelbagai bentuk kepada murid. (b) Pandu murid menggunakan jari telunjuk. (c) Gerakkan jari mengikut tali dan lakukan secara perlahan-lahan. (d) Latihan berulang-ulang untuk pengukuhan.

PENYERAPAN PJK DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN MEMBACA & MENULIS Dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatana) Aktiviti bermain dengan huruf dan perkataan secara lokomotor (gerakan bebas)dan bukan lokomotor (gerakan statik). Kepentingan PJK 1. Membangunkan tahap kecergasan murid. 2. Tingkatkan kemahiran pergerakan asas, kreatif, sukan, dan gimnastik. 3. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak tentang Gaya Hidup Sihat.

AKTIVITI PENYERAPAN DAN PEMULIHAN MEMBACA DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATANAN. Bahan-bahan Kolam kecil, kad bergambar, kad yang mengandungi perkataan, joran Langkah-langkah 1. Guru menyediakan bahan dan menyusunnya di hadapan kelas. 2. Guru membuka peluang kepada pelajar untuk melakukan aktiviti. 3. Pelajar bergilir untuk memancing gambar di dalam kolam. 4. Pelajar memadankankan gambar yang dipancing dengan perkataan di dalam bakul. 5. Pelajar menyebut nama gambar yang dipancing dengan kuat dan diikuti oleh rakan yang lain. 6. Pelajar bergilir untuk memancing gambar.

BENGKEL TULISAN MEKANIS Konsep tulisan mekanis 1. Dikenali sebagai peringkat mendirikan asas. 2. Bertujuan untuk menguasai kemahiranmembentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad dengan betul. 3. Memberi tumpuan kepada aspek mekanikal. 4. Melibatkan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan sebagainya. 5. Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapa t membentuk lambang lambang huruf atau tulisan yang betul dan tepat serta menulis dengan kemas.

Kepentingan kemahiran tulisan mekanis 1. Mendirikan asas yang kukuh. 2. Membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi suku kata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi. 3. Membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup. 4. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. 5. Mempertingkatkan fleksibiliti pergerakan tangan seseorang kanak-kanak bagi proses menulis. 6. Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan

sempurna dalam bentuk tulisan dan seterusnya mendedahkan kanak-kanak cara penulisan yang betul.

AKTIVITI TULISAN MEKANIS Latihan Menulis Huruf Di Atas Kertas Bergaris Empat, Tiga, Dua Dan Satu. Bahan-bahan Handout Langkah-langkah 1. Guru menunjuk cara menulis di atas garisan bergaris empat di papan tulis di hadapan kelas. 2. Guru mengedarkan handout kepada pelajar untuk latihan menulis di atas kertas bergaris empat. 3. Pelajar membuat latihan menulis huruf di atas kertas bergaris empat bermula dari huruf a hingga z dengan pemantauan guru. 4. Apabila pelajar sudah mahir menulis di atas kertas bergaris empat, guru mengulangi langkah yang sama menggunakan kertas bergaris tiga, dua dan satu.

Latihan Memadankan Huruf. Bahan-bahan Kad-kad huruf besar dan huruf kecil Langkah-langkah 1. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. 2. Guru membahagikan kad kepada pelajar di dalam setiap kumpulan. 3. Pelajar akan memadankan huruf besar dengan huruf kecil dan

meletakkannya di suatu tempat sehinggan habis. 4. Pelajar yang berjaya memadankan dan menghabiskan huruf dengan cepat dikira sebagai pemenang.

You might also like