Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN JABATAN TENAGA RAKYAT ( KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ) MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
KURSUS / TRADE TAHAP / LEVEL DUTI / DUTY TUGAS / TASK OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJEKTIVE NO. KOD PEMBANTU JURUTEKNIK SISTEM RANGKAIAN 2 01 ESTABLISH COMPUTER NETWORK SYSTEM 01-01 study plan layout Study plan layout using tools, equipment and materials such as plan layout document and office procedures so that plan layout is obtained, examined and network structure is confirmed according to office procedures D- 051-2 - 01.01- N1 Muka : 1 Drp : 5

TAJUK: PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN KOMPUTER (COMPUTER NETWORK) TUJUAN: Supaya pelatih-pelatih mengenal pelan lakaran menggunakan alat dan peralatan serta bahan seperti dokumen pelan lakaran dan prosedur pejabat supaya pelan lakaran di kenalpasti, diperiksa dan struktur rangkaian di kenalpasti mengikut prosedur pejabat. PENERANGAN: Teknologi rangkaian komputer merupakan teknologi yang amat cepat berkembang. Sebaik sahaja rangkaian komputer diperkenalkan, ramai manusia yang cuba menggunakannya. Kini rangkaian menjadi sebahagian daripada kemudahan infrastruktur bagi kita. Rangkaian banyak digunakan untuk urusan perniagaan, pengiklanan, pendidikan, pengeluaran, penghantaran, perancangan, perakaunan dan urusan pentadbiran. Melalui rangkaian juga wujud teknologi-teknologi baru dan peluang pekerjaan yang baru.

Tarikh Semakan : 25/09/02

NO KOD

D-051-2-01.01-N1

Muka : 2

Drp : 5

Terdapat 3 jenis rangkaian yang utama yang perlu diketahui iaitu: Rangkaian kawasan setempat (LAN) Rangkaian kawasan metropolitan (MAN) Rangkaian kawasan Luas (WAN)

RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN) Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad seperti di dalam kampus universiti, di dalam sebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minicomputer. Naum begitu, jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya. Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio. Setiap topologi perlu melaksanakan kerja yang sama. Situasi yang paling biasa ditemui oleh rangkaian ialah mesej dari satu komputer ke komputer yang lain atau arahan supaya menjalankan aturcara yang tersimpan di dalam system rangkaian. Data atau atur cara yang dimntaoleh mesej mungkin disimpan pada komputer yang digunakan oleh seseorang rakan sekerja dalam rangkaian atau pada pelayan fail (server). Server biasanya adalah merupakan komputer berkuasa tinggi dan mempunyai pemecu cakera keras yang tidak digunakan secara eksklusif oleh individu pada rangkaian itu serta cakera padat (Compactr Disc). Server juga seharusnya mempunyai storan semua perisian yang mengawal pengurusan sesuatu system rangkaian itu. Selain daripada itu, server juga wujud hanya untuk melayan semua komputer lain yang berada di dalam system rangkaian tersebut. Komputer-komputer yang disambung kepada server dikelani sebagai stesen kerja (workstation). Workstation tidak semestinya berkuasa tinggi seperti server namun begitu, komputer-komputer tersebut boleh mempunyai perisian tambahan pada cakera keras masing-masing. Manakala, setiap satu komputer yang menggunakan khidmat server dikenali sebagai pelanggan atau client. Pencetak juga boleh boleh disambungkan kepada rangkaian supaya iaboleh dicapai oleh semua pelanggan LAN. Untuk menggunakanya, rangkaian mestilah menerima permintaan daripada komputer individu atau nod yang dihubungkan pada rangkaian dan ia mestilah mempunyai cara untuk mengendalikan permintaan serentak bagi perkhidmatanya. Sebaik sahaja komputer mendapat perkhidmatan rangkaian, ia haruslah mempunyai cara untuk menghantar mesej dari satu komputer kepada komputer yang lain supaya ia hanya menuju kepada nod yang diperlukan dan tidak muncul di komputer yang lain. Rangkaian pula mestilah melakukan semua ini secepat mungkin sambil memberi perkhidmatanya secara serata mungkin mengikut giliran di antara nod lain di dalam LAN.

Tarikh Semakan : 25/09/02

NO KOD Ciri-ciri LAN

D-051-2-01.01-N1

Muka : 3

Drp : 5

LAN selalunya mempunyai kurang dari 2 km Menghantar data lebih kurang 10 mbps 100 mbps Selalunya LAN digunakan untuk system rangkaian sesuatu bangunan, sekolah, institusi ataupun pejabat. Menggunakan topologi STAR, RING dan BUS

RANGAKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN) Rangkaian kawasan Metropolitan ( Metropolitan Area Network-MAN) lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolahataupun di sesebuah daerah. Dengan menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana besarnya di dalam lingkungansusun atur geografi yang besar, informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan. Perpustakaan-perpustakaan awam dan agensi-agensi kerajaan biasanya gemar menggunakan MAN untuk berhubung dengan warga setempat dan pihak pengurusan sector swasta. Satu contoh penggunaan MAN di sini dikenali sebagai the MIND Network yang mana rangkaian tersebut berfungsi menghubungkan semua pusat media Pasco kepada komputer kerangka utamaberpusat (centralized mainframe) yang terletak di pejabat daerah dengan menggunakantalian telefon, kabel koaksial, alat perhubungan tanpa tali (wireless communication prviders) Ciri-ciri MAN MAN selalanya mempunyai kurang dari 50 km Gabungan LAN Sistem rangkaian MAN lebih besar dari LAN Menghubungkan bandar ataupun metropolis-metropolis

Tarikh Semakan : 25/09/02

Direction of flow on bus A

Bus A

komputer

N
Head End

Bus B
Direction of flow on bus B

RUJUKAN: 1. Penulis. Tahun. Tajuk Buku. Penerbit. Muka surat

NO KOD WAN (Wide Area Network)

D-051-2-01.01-N1

Muka : 4

Drp : 5

Router

LAN

LAN

LAN

LAN

Hub ungan di antara LAN dengan LAN Boleh melibatkan kawasan yang luas iaitu di antara bandar, negeri dan negara. Ia mengandungi beberapa mesin untuk melarikan aplikasi pengguna dan mesin ini dinamakan hosts. Hosts dihubungkan oleh subnet. Tugas subnet ialah membawa mesej dari satu host ke satu host. Kebanyakan WAN mengandungi dua komponen iaitu laluan penghantaran (transmission line) dan elemen pensuisan (switching element) Laluan penghantaran juga disebut trunks, saluran (channels) atau litar (circuits) yang

Tarikh Semakan : 25/09/02

digunakan untuk memindahkan bit-bit di antara mesin-mesin. Elemen pensuisan merupakan komputer khusus yang digunakan untuk menghubungkan di antara dua atau lebih laluan penghantaran. Apabila data tiba di laluan masuk (incoming line), elemen pensuisan akan memilih laluan keluar (outgoing line) untuk meneruskan proses penghantaran data. Beberapa terminologi yang digunakan untuk menggambarkan proses tersebut ialah Nod Pensuisan Paket (Packet Switching Nodes), Antara Sistem (Intermediate System) dan Data Switching Exchanges Satu lagi term yang digunakan ialah router. Router ialah sejenis komputer pensuisan (switching computer). Host akan dihubungkan kepada LAN melalui router. Dalam sesetengah keadaan host boleh berhubung secara terus kepada router. Tugas router ialah ia akan tapis paket-paket yang diterimanya dan akan halakan mana-mana data yang tidak diperlukan. Oleh itu, subnet ialah koleksi router dan laluan komunikasi (communication line) yang memindahkan paket-paket dari satu host ke satu host.

Store and forward subnet ialah term yang digunakan untuk menerangkan bahawa apabila paket data diterima oleh router, router akan simpan data tersebut sehingga ada laluan keluar yang kosong.

NO KOD SOALAN

D-051-2-01.01-N1

Muka : 5

Drp : 5

1. Apakah cirri-ciri yang ada pada LAN

2. Apakah cirri-ciri yang ada pada MAN

3. Apakah cirri yang ada pada WAN

Tarikh Semakan : 25/09/02

4. Terangkan tentang LAN

5. Apakah topologi yang digunakan untuk sistem rangakain LAN?

Copyright Brian Brown, 1996-1999. All rights reserved.


http://tienee.tripod.com/sistem_rangkaian_komputer.htm

Tarikh Semakan : 25/09/02

You might also like