Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

1.0

TAJUK

KAJIAN:

KEGIATAN

EKONOMI

TRADISIONAL

PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG


Dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah PMR 2013, saya telah memilih tajuk kajian Kegiatan Ekonomi Tradisional Menternak Ayam Kampung yang dijalankan di Kampung Kauran, Keningau. Tujuan pemilihan tajuk kajian ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti kegiatan ekonomi ini yang menjadi kelaziman masyakarat terdahulu dan kini dalam menyara dan mendapatkan sumber pendapatan untuk menampung keperluan kehidupan harian.

Kajian yang saya lakukan ini sebenarnya terletak di kawasan kampung halaman saya sendiri dan saya mendapati bahawa biarpun penternakan ayam kampung dijalankan secara tradisional namun ianya boleh dikomersialkan secara berperingkat mengikut keperluan permintaan pelanggan dan pasaran semasa. Ayam kampung yang terdapat pada hari ini adalah kebanyakkannya terdiri daripada ayam kacukan dan sukar untuk mendapatkan baka ayam kampung asli. Contoh ayam-ayam kampung yang sempat dikaji dan diketahui adalah seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, Ayam Katik atau Ayam Jepun dan sebagainya.

Walaupun kegiatan ekonomi ini tidak begitu rumit untuk dilaksanakan dan hanya memerlukan perhatian dan rawatan berterusan ke atas ayam-ayam kampung, namun terdapat juga halangan-halangan atau cabaran dalam membiakkannya. Justeru itu, pemantauan berterusan terhadap kegiatan ternakan ayam kampung ini boleh menjamin pendapatan yang lumayan ke atas pengusahanya yang sentiasa gigih dan rajin. 1

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

2.0

SENARAI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN

NO.

1.0

Tajuk Kajian

2.0

Senarai Kandungan

3.0

Penghargaan

4.0

Objektif Kajian

5.0

Kaedah Kajian

6.0

Hasil Kajian

7.0

Rumusan

28

8.0

Lampiran

29

9.0

Rujukan

38

Penulisan Esei

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

3.0

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan pertolongan Nya, saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah 2013 ini dengan jayanya walaupun tidak seberapa. Saya, Mohd. Syairul bin Sawaluddin ingin merakamkan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama Tambunan, Ustaz Suhibun bin Kinsoi yang membenarkan saya dan juga pelajar-pelajar yang lain untuk menjalankan kajian ini sehingga selesai.

Jutaan terima kasih ini juga diucapkan kepada guru Sejarah saya, iaitu, Cikgu Faizal bin Zakaria kerana tanpa bimbingan, teguran, dan nasihat beliau adalah mustahil untuk saya melengkapkan kajian kerja kursus ini.

Seterusnya, ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu bapa saya Puan Fatimah binti Rakim dan Encik Sawaluddin bin Uldin yang sentiasa memberi dorongan serta sumbangan dalam bentuk modal sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga penghargaan terima kasih ini ditujukan buat rakan-rakan seperjuang di sekolah di atas perbincangan mengenai kajian ini. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Encik Rakim Bin Selamat dan Encik Rahim Bin Rakim selaku pengusaha ternakan ayam kampung kecil-kecilan serta mana-mana individu lain yang terlibat kerana sudi bekerjasama dengan saya dalam memberikan seberapa banyak maklumat yang diperlukan.

Sekian, terima kasih. 3

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, beberapa objektif perlu dicapai dan ia merangkumi perkaraperkara berikut:

i.

Kajian ini dilakukan secara amnya adalah untuk mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

ii.

Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang aktiviti-aktiviti kegiatan ekonomi tradisonal seperti penternakan ayam kampung yang dijalankan di negara kita, Malaysia.

iii.

Kajian ini juga dapat menyedarkan masyarakat tentang bagaimana kegiatan ekonomi penternakan ayam kampung ini mampu memenuhi keperluan kehidupan seharian serta menyatupadukan masyarakat.

iv.

Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR) 2013.

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

5.0

KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah kajian telah saya gunakan untuk mendapat maklumat yang diperlukan dalam kerja kursus ini. Antara kaedah yang digunakan ialah: i. Soal selidik: Saya telah menyediakan satu borang soal selidik yang perlu diisi oleh pengusaha penternak ayam kampung bagi memudahkan saya mendapatkan maklumat kajian yang akan dimuatkan dalam Bab Hasil Kajian. (Rujuk Lampiran A).

ii.

Temubual: Saya telah menemubual beberapa orang pelanggan dan masyarakat disekitarnya untuk mendapatkan maklumat dan penerangan tentang proses atau kaedah ternakan ayam kampung (Rujuk Lampiran B).

iii.

Pemerhatian: Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti jenis kegiatan yang dijalankan dan mengambil beberapa keping gambar tentang keperluan pengurusan ternakan ayam yang digunakan, peralatan dan sebagainya. (Rujuk Lampiran C).

iv.

Rujukan: Selain itu saya juga membuat rujukan di perpustakaan, buku kajian ternakan ayam kampung, melayari internet untuk mendapat maklumat tambahan tentang kegiatan ekonomi tradisional ternakan ayam kampung. 5

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

6.0
6.1

HASIL KAJIAN
MAKLUMAT ASAS

6.1.1 Nama kegiatan ekonomi Menternak Ayam Kampung

6.1.2 Sejarah kegiatan ekonomi Aktiviti penternakan ayam kampung telah wujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus). Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampung iaitu kacukan diantara ayam kampung generasi pertama dengan ayam kampung Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampung adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampung.

Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampung yang dapat kita lihat hari ini. Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampung dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampung mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampung seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, Ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat. Secara tradisi, kebanyakan ayam kampung diternak secara sistem lepas bebas dengan prasarana asas yang minimum dan mudah untuk dijaga serta didapatkan hasilnya. 6

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

Justeru itu, kegiatan ekonomi menternak ayam kampung ini menjadi amalan berterusan bagi pihak keluarga yang dikaji iaitu Encik Rakim Bin Selamat di Kampung Kauran, Keningau sebagai salah satu cara untuk memenuhi keperluan sara hidup dari segi makanan di samping untuk menambahkan sedikit pendapatan. Pada awalnya, penternakan ayam kampung ini hanya mempunyai 1 buah rumah reban ayam kampung kecil dan kini berkembang menjadi beberapa buah bilangan rumah reban ayam kampung.

6.1.3 Lokasi Kajian Simpang Surau Ar-Rahman Kampung Kauran, Kampung Kauran, Peti Surat 2064, 89008 Keningau, Sabah. (Rujuk Lampiran D).

6.1.4 Pihak Pengusaha Pengusaha Ternakan Ayam Kampung: Encik Rakim Bin Selamat Bangsa Umur Status : Jawa : 61 Tahun : Berkahwin

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

6.2

LATAR BELAKANG

6.2.1. Tujuan dijalankan Adalah sebagai amalan tradisi keluarga dalam memelihara ayam kampung dan menggalakkan ahli keluarga menjadi penternak kecil. Dalam masa yang sama, melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu: Telur dan daging untuk makanan keluarga Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

6.2.2 Proses atau cara perlaksanaan


Bina sistem perumahan : Reban Ayam Kampung

Penyediaan Pemakanan Ayam Kampung Mengikut Peringkat Umur

Pengurusan Penjagaan Ayam Kampung: Pengurusan Anak - (1 hari - 4 minggu) - Peringkat membesar hingga bertelur - (4 minggu hingga 22 minggu)

Penjagaan Proses Pembiakan

Kawalan dan Pencegahan Penyakit

Rajah 1: Ringkasan Proses Dan Cara Perlaksanaan Penternakan Ayam Kampung 8

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

6.2.2.1 Sistem Perumahan Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan Sistem Lantai Atas atau Sistem Lantai Bawah . 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai. Peralatan reban ayam terdiri daripada kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat Menggunakan peralatan makan/minum yang murah.

6.2.2.2 Pemakanan Ayam Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:i. Makanan komersil/dagangan Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash) Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet) Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)

ii.

Makanan Campuran atau Sisa Makanan Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek Ikan, baja, jagung dan lain-lain

6.2.2.3 Pengurusan Pengurusan penjagaan ayam kampung terbahagikepada beberapa peringkat iaitu: 9

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

1. Pengurusan anak (1 hari 4 minggu) Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu

2. Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu 22 minggu) Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit Boleh dilepaskan pada siang hari Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi Sediakan sarang bertelur Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

6.2.2.4 Pembiakan Proses pembiakan pula meliputi aspek-aspek: Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

6.2.2.5 Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Penyakit ayam boleh disebabkan oleh: Warisan 10

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

Pemakanan Pengurusan Persekitaran Jangkitan

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit: Reban sentiasa bersih Anak ayam bebas dari penyakit Jauh dari ternakan dan haiwan lain Pelawat perlu dikawal Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.

Program Pencegahan penyakit: Umur 1 hari Sampar Ayam F (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan) Umur 3 4 minggu Cacar Puru ayam dan Sampar F Umur 6 8 minggu Sampar S

Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit: Kurang nafsu makan Monyok dan tidak aktif 11

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung Muka bengkak Berak cair atau berdarah Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

Jenis-Jenis Penyakit Ayam: Sampar ayam (ND) Penyakit Gumboro (IBD) Puru Salmonellosis Pasteurellosis Lain-lain

6.2.3 Peralatan/ kaedah yang digunakan Jika dahulu keperluan peralatan untuk kegiatan ternakan ayam kampung ini adalah dengan menggunakan sangkar yang diperbuat daripada rotan atau buluh yang telah dipotong halus sebagai tempat tinggal untuk anak-anak ayam kampung atau ayam jantan.

12

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

Rajah 2: Sangkar Ayam Tradisional

Rajah 3: Reban Ayam Tradisional

Kini, keperluan peralatannya adalah jauh lebih moden sedikit. Berikut adalah merupakan keperluan peralatan yang perlu disediakan dalam penternakan ayam kampung dan kaedah yang digunakan. Keperluan ini sangat penting bagi melancarkan kerja-kerja penternakan dan pengurusan. Antara keperluan yang perlu disediakan dan diberi keutamaan ialah:

1. Peralatan reban induk Terdapat 2 pilihan reban induk iaitu secara lepas atau separa terbuka. Kaedah penggunaan reban ini adalah untuk berfungsi sebagai tempat tidur dan rehat ayam induk. Kebersihan reban induk ini perlu dititik beratkan agar penyakit dapat dihindari.

13

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

Reban induk separa terbuka

Reban induk secara terbuka Rajah 4: Reban Induk

2. Peralatan reban untuk tempat untuk ibu ayam bertelur. Tempat bertelur perlulah strategik dan terlindung dari binatang buas. Tahap keselamatan yang baik akan meyakinkan induk ayam untuk bertelur.

Rajah 5: Reban Untuk Ibu Ayam Bertelur

3. Peralatan reban kecil. Kaedah ini digunakan sebagai tempat asuhan anak ayam kecil dan ayam indung dan remaja. Saiz tidak perlu terlalu besar kerana saiz yang besar akan merencatkan tumbesaran ayam kampung kerana terlalu aktif bergerak.

14

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

Rajah 6: Tempat Asuhan Anak Ayam Kecil

Rajah 7: Tempat Ayam Indung Dan Remaja

4. Peralatan reban rawatan. Kaedah penggunaan reban ini sangat penting kerana dapat mengelakkan dan mengurangkan risiko penyebaran penyakit kepada ayam lain.

15

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

Rajah 8: Reban Rawatan

5. Bekas tadahan air minuman dan makanan untuk kegunaan ayam. Air merupakan entiti penting bagi semua jenis penternakan termasuklah penternakan ayam kampung. Jika bekalan air terputus, maka bekas tadahan air inilah yang akan menampung bekalan air. Begitu juga dengan bekas makanan yang akan digunakan tempat meletak makanan seperti baja, jagung dan sebagainya.

16

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

Rajah 9: Bekas Minuman Dan Makanan Ternakan Ayam Kampung

6. Lampu untuk menerangi pada waktu malam. Cahaya lampu ini dapat mengelakkan dari gangguan binatang buas dan juga kecurian serta memudahkan pengawasan.

Rajah 10: Lampu Ternakan Ayam Kampung

17

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

7. Inkubator untuk bantuan penetasan telur ayam. Inkubator amat diperlukan ketika musim tengkujuh kerana peratus penetasan melalui pengeraman akan turun mendadak ketika musim tengkujuh.

Rajah 11: Inkubator 8. Satu setor kecil untuk menyimpan stok makanan, ubatan dan lain-lain peralatan.

Rajah 12: Setor Kecil Untuk Menyimpan Stok Makanan, Ubatan Dan Lain-Lain Peralatan

Semua aspek diatas perlu ada walaupun penternakan ayam kampung ini dijalankan secara lepas atau separa lepas. Setiap keperluaan peralatan di atas mempunyai

18

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

tujuan pengkaedahan penternakan yang pastinya akan memudahkan pengurusan penternakan ayam kampung.

6.2.4 Produk yang dihasilkan Produk-produk yang dihasilkan seperti: 1. Sumber pemakanan: i. Telur ayam kampung o Telur dadar, telur mata kerbau dan sebagainya.

Rajah 13: Jenis-Jenis Masakan Daripada Telur Ayam Kampung

19

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

ii.

Daging ayam kampung o Ayam goreng, ayam krisek, ayam lengkuas dan sebagainya o Sup ayam kampung

Rajah 14: Jenis-Jenis Masakan Daripada Daging Ayam Kampung

2. Sumber perubatan: i. Dapat menguatkan tenaga tubuh badan melalui pengambilan makanan telur ayam kampung yang disatukan dengan madu. ii. Memulihkan keadaan badan bagi ibu-ibu selepas bersalin melalui pengambilan makanan sup ayam kampung.

20

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

6.2.5 Tempat reban ayam dan keluasan kawasan kajian Keluasan kawasan kajian penternakan ayam kampung adalah sekitar setengah ekar yang terletak di belakang rumah pengusaha di Kampung Kauran, Keningau.

Sekitar rumah reban ayam

Dalam rumah reban ayam Rajah 15: Tempat Ternakan Ayam Kampung

6.2.6 Kos pengendalian Kos permulaan ekonomi tradisional penternakan ayam kampung ini adalah sekitar dalam RM100.00 sehinggalah ia berkembang maju dengan anggaran kos pengendalian terkini yang meliputi keseluruhan pengurusan penternakan iaitu RM5,000.00.

21

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

6.3

SUMBANGAN DAN PENGARUH KEPADA KELUARGA ATAU MASYARAKAT Keluarga Encik Rakim memang sinonim dengan jolokan nama penternak ayam kampung. Ia seolah-olah menjadi sebahagian daripada identiti keluarga kerana sejak keluarga beliau mula berpindah ke kawasan tanah milik mereka seluas 2 ekar di kampung Kauran ini pada tahun 1987. Pada detik itu, mereka sekeluarga hidup dalam keadaan susah dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Akhirnya, selepas sebulan berpindah, mereka telah menternak ayam kampung secara kecil-kecilan untuk menampung keperluan makanan dan kehidupan seharian. Tuntutan hidup semasa dan adanya permintaan pembelian ayam kampung dari kawasan setempat akhirnya mereka mula memelihara dan menternak ayam kampung pada jumlah bilangan yang lebih banyak lagi dan diusahakan di belakang rumah. Apabila tiba musim perayaan terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, permintaan terhadap ayam kampung ini semakin meningkat dan apabila ada pihak penternak luar mengalami bekalan tidak cukup, maka mereka akan datang membeli ayam kampung daripada Encik Rakim. Lama-kelamaan, mereka mula dikenali ramai sebagai identiti penternak ayam kampung di kawasan Kampung Kauran dan di sekitar yang berdekatan.

Pengaruh ternakan ayam kampung ini akhirnya menjadi satu budaya perniagaan berterusan yang menjadi tradisi keluarga beliau untuk tujuan sara diri dan komersial. Anak beliau yang bernama Encik Rahim Bin Rakim juga turut membantu mengusahakannya dengan mempelbagaikan jenis-jenis ternakan ayam kampung dan memperluaskan kawasan reban ayam untuk lebih dikomersialkan. Tidak ketinggalan juga 22

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

anak-anak beliau yang lain yang turut sama menternak ayam kampung ini tetapi ianya lebih kepada sara diri.

Memandangkan Encik Rakim dan anaknya Encik Rahim tidak mempunyai sebarang pekerjaan, kegiatan ekonomi penternakan ayam kampung ini secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan dan kerjaya sebagai seorang penternak yang berjaya di samping dapat menjana sumber pendapatan secara berterusan. Pekerjaan ini tidak memerlukan batasan waktu cuma perlu bekerja keras dalam memberikan perhatian, menyediakan makan minum dan rawatan pada ternakan ayam kampung demi memastikan ternakan ayam kampung sihat serta dapat dijual sebanyak yang mungkin untuk meningkatkan pendapatan.

Pada awal kerjaya ini, sumber pendapatan yang diperolehi tidak begitu lumayan kerana mereka menawarkan harga jualan ayam kampung yang murah dengan kadar timbangan 1 kilo timbangan ayam kampung pelbagai jenis bernilai RM10.00. Pada kebiasaannya, seekor ayam kampung betina yang matang mempunyai jumlah berat sekitar dua hingga tiga kilo. Ini bermakna harga seekor ayam kampung betina bernilai lebih kurang RM25.00 hingga RM30.00. Kini, harga ayam kampung di pasaran telah meningkat kepada 1 kilo timbangan ayam kampung bernilai RM15.00 hingga RM18.00 mengikut jenis ayam kampung. Walaubagaimanapun, pengusaha Encik Rakim tetap menawarkan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran dengan harga 1 kilo timbangan ayam kampung pelbagai jenis bernilai RM14.00. Kesan daripada harga jualan ayam kampung yang murah, maka terdapat banyak permintaan daripada masyarakat 23

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

setempat untuk makanan di majlis-majlis mahupun restoran sehingga jumlah pendapatan yang diperolehi agak lumayan dengan jumlah anggaran pendapatan melebihi RM3,000 lebih sebulan pada kadar jualan melebihi 100 lebih ekor ayam kampung.

Biarpun menjadi seorang pengusaha ternakan ayam kampung kecil-kecilan, Encik Rakim juga tidak sombong malahan mempunyai hubungan kemasyarakatan yang baik, hormat-menghormati, jujur dan bertanggungjawab dengan masyarakat di sekitarnya serta para pelanggan. Justeru tidak hairanlah sekiranya setiap jualan ayam kampungnya sentiasa memenuhi permintaan masyarakat.

Apa yang nyata, ekonomi tradisional yang diusahakan oleh Encik Rakim ini telah membuahkan hasil yang lumayan dalam melengkapkan keperluan kehidupan seharian dan penjanaan ekonomi di samping dapat memperkukuhkan semangat kemasyarakatan dan nasionalisme bangsa negara.

24

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

6.4

PROSPEK

6.4.1 Cabaran/kekangan yang dihadapi i. Risiko penyakit ayam kampung Untuk menternak mana-mana haiwan termasuklah ayam kampung, masalah utama yang dihadapi adalah risiko penyakit yang boleh mengakibatkan kematian atau kecacatan pada ayam kampung sehingga boleh menjejaskan jumlah pendapatan. Ini adalah kerana, bagi ayam kampung yang telah mengalami serangan penyakit dan pulih sediakala tetapi mengalami kecacatan, harga jualan ayam kampung tersebut akan berkurangan.

ii.

Peratus kematian anak ayam yang tinggi Kematian ternakan serta kegagalan dalam menternak tak dapat dielakkan. Sedangkan dalam industri besar sekalipun, mereka membenarkan kematian ternakan bagi setiap pusingan sebanyak 5% iaitu kalau 1000 ekor, 50 ekor boleh mati dalam jagaan dan seterusnya. Ini bermakna, penguasaha terpaksa menghadapinya kerana ianya sudah menjadi pemilihan semulajadi alam kehidupan, yang sakit akan mati dan yang kuat sahaja akan tinggal untuk meneruskan generasi. Biasanya, jumlah peratusan seekor ibu ayam dapat membesarkan anaknya sehingga mereka dapat berdikari dengan sendirinya sebanyak 40%. Contohnya, jika seekor ibu ayam bertelur 10 biji, maka hasil anak ayam yang dapat dibesarkannya adalah dalam lingkungan 3 hingga 4 ekor. Ini disebabkan adanya faktor-faktor halangan penyakit, cuaca iklim, serangan pemangsa dan sebagainya. Maknanya, kadar pembiakan anak ayam adalah rendah sedangkan permintaan adalah tinggi. 25

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

iii.

Keluasan kawasan iklim bentuk muka bumi yang terhad Keluasan kawasan bentuk muka bumi rata yang sedia ada untuk ternakan ini adalah terhad dan ini telah membataskan untuk kemajuan prasarana kegiatan ternakan ayam kampung.

6.4.2 Penglibatan pihak kerajaan Bagi memastikan tahap kesihatan ayam kampung ini berterusan, pengusaha ternakan ayam kampung ini telah membuat kerjasama dengen Jabatan Haiwan, Keningau dalam memberikan rawatan penyakit dan bekalan ubat-ubatan kepada ayam-ayam kampung yang diternak. Pemantauan dan rawatan susulan turut dilakukan oleh pihak Jabatan Haiwan pada 25hb setiap bulan.

6.4.3 Reaksi dan penerimaan masyarakat Pada satu sisi tanggapan masyarakat terhadap penternak ayam kampung ini adalah kotor dan jijik disebabkan oleh ciri-ciri tahi ayam yang tidak baik serta berbau busuk. Oleh itu, reaksi dan penerimaan sesetengah masyarakat adalah negatif. Pada awal kegiatan ternakan ini dijalankan pengusaha ternakan ayam kampung ini pernah dipulaukan namun dengan sikap sabar, sentiasa berfikiran terbuka serta sentiasa menjalinkan hubungan kemasyarakatan dengan masyakarat setempat akhirnya telah memberikan kesan positif dan kegiatan ternakan yang dilaksanakan secara sara diri atau komersial dapat diterima umum.

26

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

6.4.4 Saranan dan harapan Bagi pengusaha penternak ayam kampung, Encik Rakim Bin Selamat berharap agar ternakan ayam kampung beliau dapat diperluaskan dan dikembangkan jaringan rangkaian perniagaan penternakan ayam kampungnya. Selain itu, beliau menyarankan agar manamana para penganggur yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan mencuba perusahaan ternakan ayam kampung ini sebagai salah satu pekerjaan serta sumber pendapatan dan jangan mengharapkan sebarang pekerjaan daripada pihak kerajaan.

27

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

7.0

RUMUSAN
Aktiviti ternakan ayam kampung merupakan salah satu daripada kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia yang kini telah berkembang pesat dan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan negara melalui eksport ayam kampung ke luar negara. Kegiatan ternakan ayam kampung ini lebih banyak diternak di kawasan kampung berbanding di kawasan bandar kerana faktor keluasan persekitaran kediaman.

Sepanjang tempoh melaksanakan kajian ini, saya telah memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan dan dapat membuat perbandingan nilai kegiatan ekonomi. Sebagai contoh, pada suatu ketika dahulu kegiatan ternakan ayam kampung ini hanya dibuat secara persendirian di rumah masing-masing sebagai saraan hidup atau hobi menternak tetapi kini ia lebih bersifat kepada komersial.

Melalui kajian ini juga secara tidak langsung dapat membentuk semangat bekerjasama dan memupuk perpaduan dalam kalangan ahli keluarga dalam meneruskan kegiatan ekonomi ternakan ayam kampung yang telah menjadi amalan tradisi ekonomi keluarga.

Apa yang pasti, kajian ini telah menyedarkan diri saya untuk sentiasa bersyukur di atas segala nikmat dan sumber rezeki yang diperolehi dalam apa jua bidang kegiatan ekonomi sekaligus melahirkan perasaan cintakan bumi negara Malaysia yang aman makmur serta kaya dengan sumber-sumber alamnya.

28

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

8.0
8.1

LAMPIRAN
LAMPIRAN A: BORANG SOAL SELIDIK

BORANG SOAL SELIDIK Sila tandakan () di dalam petak dengan jawapan yang sesuai.

1. Nama 2. Alamat 3. Jantina

: __________________________________________ : ________________________________________________________________ : Lelaki Perempuan

4. Umur

: 0-20 21-40 41-50 61 ke atas

5. Bangsa

: Dusun Murut Melayu Jawa Lain-lain

6. Namakan jenis kegiatan ekonomi tradisional yang anda dijalankan: __________________________________________________________________________ 7. Berapa lamakah kegiatan ini dijalankan: _________________________________ tahun. 8. Nyatakan anggaran keluasan kegiatan yang dijalankan. _____________________ ekar. 9. Anggaran modal awalan kegiatan ekonomi yang dijalankan. ___________________ 10. Anggaran keuntungan bersih yang biasanya diperolehi dalam sebulan. RM ______________

Sekian, terima kasih di atas kerjasama anda dalam menjayakan kajian ini.

29

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

8.2

LAMPIRAN B: SOALAN TEMUBUAL

Berikut adalah di antara beberapa soalan temubual yang telah dikemukakan untuk mendapatkan maklumat lanjut kajian.

1. Siapakah yang mula-mula mengusahakan ternakan ayam kampung ini? Adakah kegiatan ini turut dibantu oleh ahli keluarga yang lain?

2. Apakah tujuan sebenar kegiatan ternakan ayam kampung ini dijalankan?

3. Boleh ceritakan bagaimana proses atau cara perlaksanaan ternakan ayam kampung ini dijalankan dan apakah keperluan peralatan yang digunakan?

4. Apakah produk-produk yang dihasilkan daripada ayam kampung?

5. Apakah perbandingan yang dapat dilihat daripada cara penternakan suatu ketika dahulu dengan sekarang?

30

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

8.3

LAMPIRAN C: GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN KAJIAN

8.3.1 Jenis-Jenis Ayam Kampung Yang Diternak.

Ayam Botak

Ayam Bulu Balik

Ayam Selasih

Ayam Janggut

Ayam Laga atau Sabung

Ayam Togel

31

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

Ayam Jepun Ekor Panjang

Ayam Serama

Ayam Katik atau Ayam Jepun Jantan dan Betina

Ayam Hutan Merah Betina

Ayam Hutan Jantan

32

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

8.4

LAMPIRAN D: PETA LOKASI PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG

8.4.1 Peta Negeri Sabah

Peta Negeri Sabah

33

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

8.4.2 Peta Daerah Keningau

Peta Daerah Keningau

34

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

8.4.3 Peta Lokasi Kawasan Penternakan Ayam Kampung

BALAI RAYA KAMPUNG KAURAN

Kawasan Kajian PETUNJUK Rumah Masjid Padang

Peta Lokasi Kawasan Kajian Kampung Kauran Kawasan Penternakan Ayam Kampung

35

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

8.4.4 Kawasan Penternakan Ayam Kampung

Kawasan Penternakan Ayam Kampung

36

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

8.5

LAMPIRAN E: PENTERNAK AYAM KAMPUNG

Encik Rakim Bin Selamat (Penternak Utama)

Encik Rahim Bin Rakim (Pembantu Penternak) 37

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

9.0 1)

RUJUKAN Buku Teks Ahamd Fawzi Bin Mohd. Kasri, Mohd. Foad Bin Sakdan dan Azami Bin Man, 2011. Buku Teks KBSM - Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramlah Binti Adam, Shakila Parween Binti Yacob, Abdul Hakim Bin Samuri dan Muslimin Bin Fadzil, 2011. Buku Teks KBSM - Sejarah Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramlah Binti Adam, Shakila Parween Binti Yacob dan Muslimin Bin Fadzil, 2011. Buku Teks KBSM - Sejarah Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thang Koyn Leing, 2011. Ekonomi Asas Tingkatan 4 Axis. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn. Bhd.

2)

Buku Rujukan Fajar Bakti. 1986. Mikroekonomi. Singapura: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ghoh Cheng Leong. 1986. Perusahaan Perniagaan Kecil di Negara Kita, Kuala Lumpur: Bahasa Dan Pustaka

38

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

Mohd Hafflah Piei, Mh.Zahir Kechot dan Redzuan Othman, 1993. Makroekonomi STPM: Eastview Publication Sdn. Bhd.

Mohd. Noor Abdullah, 1979. Kemasukan Sabah Dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd. Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

3)

Internet http://202.188.124.45/events/merdeka2005/bm/history5.htm http://members.lycos.co.uk/nabirz/formmal.htm http://members.tripod.com/~smkdary/kandungan.htm http://www.lib.uum.edu.my/48merdeka/msia.htm http://www.epeladang.com.my/ruangan-berita/1-berita-terkini/131-ternakanayam-kampung-jana-pendapatan.html http://ayamkampungfauzi.blogspot.com/

4)

Orang Sumber Encik Rakim Bin Selamat, 61 tahun, penternak ayam kampung Kampung, Kauran, Keningau. Sabah. Encik Rahim Bin Rakim, 36 tahun, pembantu penternak ayam kampung, Kampung, Kauran, Keningau. Sabah.

39

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013 - KERTAS 2 _____________________________________________________________________________________________

Encik Samsudin Bin Ahmad, 45 tahun, penduduk kampung, Kampung Kauran, Keningau, Sabah.

40

You might also like