Oji Kuasa Stim

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

OJI KUASA STIM Pengenalan

Sebuah loji kuasa stim menggunakan tenaga haba yang dihasilkan dari pembakaran bahan api seperti minyak diesel, arang batu atau bahan-bahan lain yang boleh dibakar untuk menghasilkan tenaga elektrik. Loji jenis ini digunakan secara meluas di muka bumi.

Loji ini menggunakan kitar Rankine. Kitar ini menerangkan stim yang dihasilkan oleh dandang, kemudian dihantar ke turbin stim ( penggerak utama ). Dari turbin, stim

disejukkan kembali menjadi air yang berlaku di pemelowap, menghasilkan air tersebut disuap balik ke dandang untuk mengulangi proses penghasilan stim semula.

Kerana kepelbagaian bahan api yang boleh digunakan, loji jenis ini boleh digunakan untuk menghasilkan jumlah tenaga elektrik yang lebih besar. Di kebanyakan negara, loji ini dijadikan loji muatan pengkalan. Ini kerana loji kuasa stim lambat untuk dihidupkan dan tidak boleh digunakan sebagai pembekal tenaga untuk muatan kemuncak yang umumnya berlaku pada waktu yang singkat.

Loji kuasa ini yang digunakan bersama loji kuasa nuklear dijalankan hampir kepada keupayaan sepenuhnya untuk tempoh 24 jam sehari. Loji ini mempunyai tempoh hayat dari 30-40 tahun.

Gambarajah asas operasi loji kuasa stim

Enjin wap atau enjim stim merupakan sejenis enjin pembakaran luar yang menggunakan tenaga haba yang wujud dalam wap, dan menukarkannya kepada kerja mekanikal. Enjim wap digunakan sebagai pengerak utama bagi stesyen pam, kereta api, kapal wap, enjin geseran (traction engine), lori wap dan kenderaan lain. Ia penting bagi revolusi industri dan digunakan secara meluas bagi tujuan perdagangan di kilang dan logi, sungguhpun kebanyaknya telah digantikan oleh enjin pembakaran dalam dan motor eletrik. Turbin stim, secara teknikalnya sebuah enjim stim, masih lagi digunakan secara meluas untuk menjana kuasa elektrik. Kira-kira 86% daripada semua kuasa elektrik di dunia dihasilkan melalui penggunaan turbin stim

Turbin stim adalah sebuah alat mekanikal yang menggunakan tenaga haba daripada tekanan stim dan menukarkan tenaga ini kepada gerakan putaran. Penjelmaan modennya dicipta oleh Sir Charles Parsons pada tahun 1884.[1] Ia hampir mengantikan penggunaan enjin stim piston salingan (dicipta oleh Thomas Newcomen dan diperbaiki lebih lanjut oleh James Watt) terutamanya disebabkan kecekapan haba yang lebih baik dan nisbah kuasa kepada berat lebih tinggi. Oleh kerana turbin menghasilkan pergerakan berputar, ia sangat sesuai untuk digunakan bagi memacu penjana elektrik kira-kira 80% kuasa elektrik di dunia dihasilkan dengan menggunakan turbin stim. Turbin stim merupakan satu bentuk enjin haba yang terhasil daripada pembaikan di dalam kecekapan thermodinamik melalui penggunaan tahap berbilang dalam pengembangan stim, yang mana menghasilkan pendekatan lebih dekat kepada proses boleh balik yang ideal

Pembekalan kuasa eletrik ialah satu sistem perhubungan untuk menghantar kuasa elektrik kepada pengguna, baik untuk perindustrian, perumahan dan lain lain. Biasanya di dalam satu sistem elektrik, sistem grid digunakan dalam talian penghantaran kuasa eletrik berperanan untuk mengalirkan kuasa eletrik dari satu tempat ke satu tempat dengan optimum dan cekap. Di Semenanjung Malaysia, talian penghantaran (transmission line) kuasa eletrik adalah dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Sistem penghantaran di Malaysia menggunakan sistem penghantaran eletrik AC talian tiga fasa yang berkuasa 500 kV, 275 kV, 132 kV, atau 66 kV yang menjadi penghubung daripada janakuasa kepada sistem pengagihan. Frekuensi yang digunakan pula ialah 50 Hertz. Rekaan sistem penghantaran ini direka kebanyakannya menggunakan sistem arus ulang alik. Ini adalah kerana sistem ulang alik dapat "langkah naik" (step-up) atau "langkah turun" (step-down) kuasa eletrik tersebut dengan bantuan transformer. Selain itu, sistem ini lebih mampu menghantar tenaga elektrik dalam jarak jauh lebih efisen berbanding sistem arus terus. Pada zaman sekarang, sistem HVDC (arus terus voltan tinggi) digunakan dalam sesetengah negara dalam pembekalan kuasa. Namun, sistem ini memakan kos yang tinggi.

Talian penghantaran eletrik dibina sama ada di terowong bawah tanah mahupun merentasi ruang udara. Disebabkan keperluan keselamatan yang tinggi, kabel bawah tanah memerlukan pembinaan yang rapi dan kos pembinaan kabel bawah tanah boleh jadi berganda-ganda sekiranya di banding dengan pembinaan talian di ruang udara. Talian penghantar elektrik di ruang udara terdiri daripada wayar yang disangkutkan dengan pemuat (capacitor), dan digantung kepada tiang. Pemuat tersebut biasanya diperbuat dengan seramik yang dapat menahan haba dan julat eletrik tenaga eletrik yang dihantar

You might also like