Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Hubungkait teori-teori pembelajaran dengan kepentingan penggunaan sumbersumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran

i. Gagne: Bahan bercetak. Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) memperkenalkan sebuah teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teori, semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Gagne memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai berdasarkan kepada teori beliau. Bahan bercetak merupakan sumber pelajaran yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Bahan-bahan bercetak yang terdapat di sekolah boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar. Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar. Bahan-bahan bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. Hal ini sesuai dengan teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu membina set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka masa panjang mahupun ingatan jangka masa pendek. Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan raya. Teori Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan kepada penggunaan bahanbahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkan dengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti membuat graf atau melukis dan member peluang kepada murid untuk meluaskan penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang sesuatu laporan. ii. Bruner: Penggunaan Peta Minda dan Bahan Eksperimen Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui murid itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme). Dalam mempelajari manusia, Bruner menganggap manusia sebagai pemproses, pemikir dan pencipta informasi. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran itu meliputi tiga proses kognitif, iaitu memperoleh informasi baru, transformasi pengetahuan, dan menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan. Penggunaan peta minda dan bahan eksperimen dikenalpasti sebagai sumber utama pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada teori beliau. Melalui sumber-sumber tersebut, murid akan memperoleh keberkesanan dalam proses pembelajaran kerana aktviti seperti eksperimen melibatkan penglibatan langsung murid-murid dan akan mendedahkan mereka kepada pengalaman-pengalaman yang baru. Murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna.

Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Oleh yang demikian, penggunaan peta minda diterapkan di dalam teori beliau. Pengetahuan perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. iii. Bandura: Relia dan Model Mengikut teori peniruan dan permodelan yang diperkenalkan oleh Bandura, pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia.Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu secara tidak langsung, mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Penggunaan relia dan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati teori yang dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif. Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan boleh ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan pemikiran. Guru dan murid juga merupakan model semulajadi di dalam sesebuah kelas. Implikasinya, penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi role model yang boleh dicontohi oelh murid. Guru juga boleh menjadikan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi di dalam bilik darjah. iv. Vygotsky: Rakan Sebaya dan Penggunaan Bahan Sumber / Alat Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda murid. Kebanyakan daripada kemahiran kognitif murid terhasil daripada interaksi sosial dengan rakan sebaya. Perkembangan mental murid terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang. Walaupun begitu persekitaran dan sistem lingkungan budaya murid membantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif. Setiap budaya menerapkan cara hidup dan cara berfikir kepada murid-murid. Vygotsky turut menekankan penggunaan bahan sumber dan alat. Bahan boleh membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar, membantu murid memahami apa yang diajar. Bahan pengajaran penting sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deira, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong pengajaran terancang. http://thenotejots.blogspot.com/2011/06/hubungkait-teori-teori-pembelajaran.html

You might also like