Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Topik6 Sumber

Fabrik
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5.

X Mengenali

Menyenaraikan sumber gentian asli dan gentian buatan. Menjalankan ujian membakar ke atas fabrik gentian asli dan gentian buatan. Merekodkan pemerhatian hasil ujian membakar fabrik gentian asli dan gentian buatan. Mengenal pasti ciri fabrik gentian asli dengan ciri fabrik gentian buatan. Merumuskan ciri fabrik yang diperbuat daripada gentian asli dan fabrik yang diperbuat daripada gentian buatan.

PENGENALAN

Dari mula anda bangun pagi, anda sudah menyentuh, melihat dan mengendalikan fabrik. Lihat sahaja sekeliling anda baju tidur, cadar, sarung bantal, selimut, langsir dan seterusnya banyak lagi. Pernahkah anda terfikir: Dari manakah asal fabrik itu? Mengapakah setiap fabrik itu berbeza-beza dari segi rupa, rasa sentuhan dan sifatnya antara satu sama lain?

TOPIK 6

MENGENALI SUMBER FABRIK

97

Rajah 6.0: Contoh Fabrik

Fabrik diklasifikasikan kepada dua mengikut sumbernya. Dua klasifikasi tersebut ialah: x x Sumber asli dan Sumber buatan.

Kedua-dua sumber ini telah dibincangkan secara ringkas dalam Modul HBLS 1203 di bawah topik Kajian Fabrik. Kali ini, topik mengenali sumber gentian membincangkan asal usul sumber fabrik asli dan fabrik buatan dan mengenal pasti ciri-ciri setiap fabrik tersebut melalui ujian pembakaran. Pelajar dikehendaki mengendalikan ujian ini dan membuat pemerhatian di setiap peringkat dan seterusnya merekodkan pemerhatian tersebut.

6.1 SUMBER FABRIK


6.1.1 Gentian Asli
Fabrik di bawah kumpulan gentian asli adalah terdiri daripada sumber berikut:     Selulosa atau tumbuhan Haiwan Getah Mineral

98

X TOPIK 6

MENGENALI SUMBER FABRIK

Jadual 6.1: Sumber Gentian Asli dan Contoh Fabrik JENIS GENTIAN Selulosa Pokok kapas Pokok fleks Batang jut Batang rami Haiwan Ulat sutera Kambing biri-biri Bulu binatang Kambing kashmir, kambing angora, arnab angora, arnab kashmir Getah Mineral Susu pokok getah SUMBER FABRIK Kapas Linen Jut Rami Sutera Sayat biri-biri

Fur
Bulu Elastomer Asbestos

Chrysolite daripada campuran magnesium


dan silicon

6.1.2 Gentian Buatan


Gentian buatan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu: x Gentian Terjana Semula Gentian terjana semula berasaskan bahan selulosa yang diproses untuk dijadikan fiber. Gentian Sintetik Gentian sintetik diperbuat daripada bahan berasaskan petroleum. Di antara beberapa fabrik sintetik termasuklah triasetat, akrilik, poliester, nilon, spandex, kaca dan logam. Bahan kimia berbeza akan menghasilkan jenis fabrik sintetik yang berlainan juga.
Jadual 6.2: Sumber Gentian Buatan dan Contoh Fabrik Jenis Gentian terjana semula Gentian sintetik Sumber Asas selulosa Asas petroleum Fabrik Rayon Asetat Akrilik Poliester Spandex Nilon Logam Kaca

Asas logam

TOPIK 6

MENGENALI SUMBER FABRIK

99

6.2 CIRI
Ciri sesuatu gentian itu bergantung kepada sifat-sifat gentian tersebut. Ciri-ciri gentian tersebut dikategorikan kepada 4 iaitu: x Estetik Estetik bermaksud menarik atau cantik dari sudut pandangan mata. Ciri estetik termasuk licin, lembut, halus, berkilau, gebu, drep. Nilai estetik ini berbeza bagi setiap tujuan fabrik digunakan. Kekukuhan Kekukuhan ialah tahap keteguhan sesuatu fabrik. Kekukuhan gentian ini berdasarkan keadaan semulajadi mengikut gentian asalnya atau cara yarn fabrik itu dipintal. Keselesaan Keselesaan merujuk kepada keadaan fabrik itu apabila dipakai. Nilai keselesaan berbeza-beza dengan jenis pakaian dan tempat pakaian digunakan. Rupa Rupa ialah tahap fabrik dapat mengekalkan rupa asalnya semasa ia digunakan dan selepas didobi. Semasa pemakaian, fabrik perlu kelihatan sentiasa rata, tidak berkedut dan dapat kembali ke bentuk asal. Sifat ini dinamakan keanjalan fabrik. Tahan kecut ialah salah satu sifat yang mempengaruhi rupa.
Jadual 6.3: Ciri Fabrik Asli Fabrik Kapas Ciri Estetik Permukaan tidak berkilau Kekukuhan Teguh terutama bila basah Teguh, tahan haba yang tinggi, cepat terbakar Tidak kukuh Keselesaan Pengalir haba yang baik, menyerap kelembapan Menyerap kelembapan Rupa Mudah renyuk dan tidak menganjal, mengecut Mudah renyuk, tidak menganjal

Linen

Permukaan yang berkilau dan licin Rapuh

Jut

Keras, kurang serap kelembapan

Kurang menyerap

dye

100 X TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK

Rami

Keras

Tahan geseran, kukuh terutama bila basah Teguh, tetapi lemah semasa basah, tidak tahan geseran Sangat teguh

Menyerap kelembapan

Tebal, tidak menganjal

Sutera

Permukaan berkilau, drep dengan baik Gebu, lembut dan ringan, tidak berkilau

Menyerap kelembapan, pengalir haba yang baik Memerangkap udara dan bertindak sebagai penebat haba Tidak menyerap kelembapan, panas kerana pengalir haba yang lemah

Tidak mudah renyuk, tidak mengecut

Bulu biri

Tidak renyuk, mengecut apabila dicuci dalam air panas, sangat menganjal Memeri

Elastomer

Drep dengan baik, mengikut bentuk badan

Tidak kukuh, mudah rosak apabila kena peluh

Jadual 6.4: Ciri Fabrik Buatan Fabrik Rayon Ciri Estetik Lembut, berkilau, halus, drep dengan baik Tebal, lembut pada rasa tangan, rupa seperti bulu biri Sama seperti gentian asli yag mana ia dicampurkan Kekukuhan Tidak kukuh terutama bila basah Tahan geseran, kurang teguh, tahan sinaran matahari Sangat teguh, tahan geseran Keselesaan Menyerap kelembapan Rupa Adakala mengecut dan adakala memeri

Akrilik

Tidak menyerap kelempapan, panas bila dipakai Tidak menyerap kelembapan jika tidak dicampurkan dengan gentian asli, statik

Tidak renyuk, menganjal, berbiji di bahagian geseran

Poliester

Tidak renyuk

TOPIK 6

MENGENALI SUMBER FABRIK

W 101

Nilon

Licin, ringan, drep dengan baik

Sangat teguh

Tidak menyerap kelembapan, panas jika dibuat pakaian Kurang menyerap kelembapan Tidak selesa Tidak selesa

Menganjal, tidak mengecut

Spandex

Selesa, nipis

Sangat teguh, tidak kalah kepada asid Tidak terbakar, tahan geseran Tidak boleh diseterika

Kenyal, tidak renyuk, memeri Tidak mengecut

Kaca Logam

Keras Keras, cantik sebagai hiasan

AKTIVITI 6.1
1. Anda dikehendaki menyediakan bertajukKajian Fabrik. sebuah buku skrap

2.

Sediakan sampel fabrik berikut berukuran 6cm x 6cm untuk dimasukkan dalam buku skrap berkenaan iaitu: (a) Kapas (b) Linen (c) Bulu biri (d) Sutera (e) Spandex (f) Poliester (g) Nilon (h) Akrilik (i) Rayon Pada setiap sampel, anda perlu masukkan maklumat berikut iaitu: (a) Nama fabrik, (b) Sumber fabrik, (c) Sifat fabrik, (d) Kelebihannya, dan (e) Kelemahannya.

3.

102 X TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK

6.3 AKTIVITI AMALI


Ujian membakar adalah ujian yang paling mudah untuk anda kendalikan bagi mengenalpasti ciri sesuatu fabrik. Anda dikehendaki mengendalikan ujian ini dan membuat pemerhatian pada setiap peringkat fabrik itu apabila ianya dikaitkan dengan api.

6.3.1 Alatan yang Diperlukan ialah:


(a) (b) (c) (d) Bunsen atau lilin Mancis atau pemetik api Kanta atau piring Tong atau sepit

6.3.2 Bahan yang Diperlukan:


(a) Fabrik asli x x x x (b) Fabrik kapas Fabrik bulu biri Fabrik sutera Fabrik spandex

Fabrik buatan x x x x Fabrik poliester Fabrik nilon Fabrik akrilik Fabrik rayon

6.3.3 Ujian Pembakaran


Sila perhatikan perubahan yang berlaku kepada setiap fabrik yang dibakar mengikut peringkat berikut: (a) (b) Pembakaran hampir dengan api Semasa dalam api

TOPIK 6

MENGENALI SUMBER FABRIK

W 103

(c) (d) (e)

Setelah api berhenti Bau asap atau bau semasa membakar Rupa arang setelah fabrik dibakar

6.3.4 Pelaksanaan Ujian


Langkah 1: Sediakan LAMPIRAN PEMERHATIAN seperti berikut:
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 FABRIK KAPAS LINEN BULU BIRI SUTERA SPANDEX POLIESTER NILON AKRILIK RAYON HAMPIR DGN. API KETIKA DIBAKAR SETELAH API PADAM RUPA ABU

104 X TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK

6.4 MENGENAL GENTIAN MELALUI UJIAN MEMBAKAR


(a) Hampir dengan api

Rajah 6.2: Ujian pembakaran hampir dengan api

Perhatikan apa terjadi kepada fabrik semasa fabrik diletak paling hampir dengan api seperti dalam Rajah 6.2. Anda hendaklah meletakkan fabrik untuk beberapa ketika berhampiran dengan haba api untuk melihat reaksi fabrik. Mana satukah reaksi fabrik yang anda bakar? (a) (b) (c) Cair Mengecut dan merekut Tidak menunjukkan apa-apa perubahan

TOPIK 6

MENGENALI SUMBER FABRIK

W 105

(b)

Sedang dalam api

Rajah 6.3: Ujian pembakaran dalam api

Perhatikan rupa fabrik apabila sedang dibakar seperti dalam Rajah 6.3 di atas. Mana satukah reaksi fabrik yang anda bakar? (a) (b) (c) (c) Menyala bersama api Tidak menyala tetapi hanya kelihatan hangus Cair

Setelah api berhenti

Rajah 6.4: Setelah api pembakaran berhenti

Setelah dibakar seperti dalam Rajah 6.4, letakkan fabrik yang masih menyala atau berasap ke atas piring atau kanta. Perhatikan apa pula yang berlaku kepada bahan tersebut:

106 X TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK

(a) (b) (c) (d)

Terus menyala Api terus terpadam Api padam perlahan-lahan

Bau asap atau bau semasa membakar Ketika membakar anda perlu peka dengan bau yang dihasilkan dari pembakaran tersebut. Ambil perhatian dengan bau yang anda hidu seperti: (a) (b) (c) Berbau hangit Berbau seperti kertas terbakar Berbau busuk

(e)

Rupa arang setelah fabrik dibakar

Rajah 6.5: Rupa arang setelah fabrik dibakar

Rujuk kepada Rajah 6.5 di atas. Bagaimanakah rupa dan keadaan abu atau sisa bahan yang telah dibakar itu? Adakah ia seperti salah satu ciri berikut? (a) (b) (c) (d) (e) Menjadi abu berwarna kelabu Menjadi abu berwarna hitam Menjadi seperti manik yang keras Menjadi manik yang rapuh Bergumpal dan keras tanpa bentuk tertentu

TOPIK 6

MENGENALI SUMBER FABRIK

W 107

AKTIVITI 6.2
Dari pemerhatian ujian membakar yang telah anda jalankan, cuba jawab soalan-soalan ini: 1. 2. 3. 4. 5. Apakah jenis fabrik yang mudah terbakar? Apakah jenis fabrik yang tidak menyala apabila dibakar? Apakah jenis fabrik yang cair apabila terkena haba? Apakah jenis fabrik yang tidak mudah terbakar? Apakah fabrik yang selamat digunakan sebagai pakaian kanakkanak?

x x x x x x x

Fabrik berasal dari dua sumber gentian iaitu: gentian asli dan gentian buatan. Gentian asli ialah daripada selulosa, haiwan dan getah. Fabrik yang dihasilkan daripada gentian selulosa ialah kapas, linen, jut dan rami. Fabrik yang dihasilkan daripada gentian haiwan ialah sutera, bulu biri-biri, fur dan bulu. Fabrik yang dihasilkan daripada gentian getah ialah elastomer. Gentian buatan berasal daripada gentian terjana semula dan gentian sintetik. Fabrik buatan berasal daripada gentian terjana semula ialah rayon dan asetat.

Gentian

Serat dari mana asalnya fabrik. Serat diproses untuk menjadi gentian dan seterusnya dijadikan yarn sebelum ditenun atau dikait untuk dijadikan fabrik Kebolehan fabrik kembali ke bentuk asal selepas digenggam. Keadaan fabrik apabila mengecut serta berubah bentuk yang tidak menentu.

Keanjalan Fabrik Merekut

108 X TOPIK 6 MENGENALI SUMBER FABRIK

1.

Pernyataan yang manakah paling tepat mengenai sumber gentian? A Semua fabrik berasal daripada gentian asli atau gentian buatan. B Gentian asli menghasilkan fabrik yang dinamakan poliester. C Akrilik ialah sejenis fabrik daripada bahan terjana semula. D Salah satu fabrik daripada sumber haiwan ialah linen. Apakah maksud estetik apabila membincangkan ciri fabrik? A Sifat keanjalan fabrik. B Keselesaan fabrik apabila dipakai. C Kecantikan fabrik dari sudut pandangan mata. D Kekuatan fabrik dalam keadaan basah atau kering. Diantara berikut fabrik manakah yang mempunyai daya serap yang paling baik? I. Rayon II. Kapas III. Poliester IV. Sutera A B C D I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja I, III dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

2.

3.

4.

Mana satukah fabrik yang mempunyai daya anjalan yang paling baik? A Poliester, jut, rami B Poliester, kapas, logam. C Sutera, nilon, bulu biri-biri D Rayon, sutera, logam Apakah persamaan sifat di antara fabrik sutera dan fabrik kapas? I. Pengalir haba II. Sumber selulosa III. Mudah terbakar IV. Teguh apabila basah A B C D I dan II sahaja II dan III sahaja I dan IV sahaja III dan IV sahaja

5.

TOPIK 6

MENGENALI SUMBER FABRIK

W 109

Azmawati Binti Abdul Aziz, Zaitun Zakian Binti Mohd. Noor Dan Lamah Binti Abdul Ghani (2002) Pengurusan Pakaian Tingkatan 4: Bahan Sumber Pengajaran Kuala Lumpur: Edu System Bhd Complete Guide To Needlework Readers Digest 1979. Mariam Abu Bakar (2004) Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah Teknik Menjahit . Kuala Lumpur: Melita M Neal (1961) Needlework for School. Blackie & Son Limited. Glasgow Noorhababiah B. Osman Etl (2002) Pengajian Pakaian Tingkatan 5: Edusystem Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur Sara J. Kandolph, Anna L. Longford, Norma Hellen, Jane Saddler, (1988) Textiles. Ontario, New York. Macmillan Pub. Co.

x x x x x

You might also like