Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Imam al-Bukhari

Nama sebenar Imam Al-Bukhari ialah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin AlMughirah bin Bardizbah. Beliau biasa digelar dengan panggilan Abu Abdullah. Diletakkan Al-Bukhari pada namanya kerana dinisbatkan kepada tempat asalnya, iaitu Bukhara.

Imam Al-Bukhari mula mencari hadith dan menghafaznya sejak berusia 10 tahun. Sejak usia kecil juga, beliau telah menghafal kitab karangan Abdullah Ibnu Mubarak . Ketika berusia 16 tahun, beliau bersama-sama dengan ibunya dan saudara lelakinya menunaikan haji di Makkah. Daripada situ, beliau berpisah dengan keluarganya untuk mendalami ilmu hadith. Hanya setelah 16 tahun berkelana barulah beliau kembali ke Bukhara.

Beliau mengembara ke Khurasan, Iraq, Hijaz, Syam dan Mesir untuk mencari ilmu. Jumlah guru beliau melebihi 1000 orang, antaranya Imam Ahmad bin Hanbal . Imam Ahmad sendiri mengambil ilmu daripadanya. Antara anak murid Imam Al-Bukhari pula termasuklah Imam Muslim , At-Tirmidzi , Ibnu Khuzaimah dan ramai lagi.

Kegigihan dan kekuatan hafalan beliau memang luar biasa. Beliau pernah berkata: "Tidak ada hadith bagi saya kecuali ada sanadnya. Saya tidak meriwayatkan hadith daripada sahabat dan tabi'in kecuali saya tahu tempat tinggal, kelahiran, wafatnya dan asalusul mereka. Saya telah menghafal 100,000 hadith sahih dan 200,000 hadith tidak sahih".

Ramai 'ulama mengakui ketokohannya. Ad-Darimi berkata: "Saya telah melihat 'ulama di Haramain, Hijaz, Syam dan Iraq, tetapi saya tidak melihat 'ulama seperti Muhammad bin Ismail. Beliau adalah orang yang lebih faqih daripada anda dan lebih banyak menuntut ilmu". Al-Mawarzi berkata: "Tidak pernah saya melihat pemuda secerdas Bukhari". Al-Khuza'i berkata: "Muhammad bin Ismail pakar umat". Daripada segi pengiktirafan, Imam Bukhari diakui oleh para 'ulama sebagai pakar yang paling terkemuka dalam ilmu hadith.

Antara kitab-kitab karangan beliau ialah


Al-Jami' Al-Musnad Al-Sahih Al-Mukhtasar min Umur Rasululllah wa Sunnanihi wa Ayyamihi (dikenali dengan Sahih Bukhari) Al-Adaabul Mufrad At-Tarikh Kabir serta banyak lagi yang lain.

Kitab Sahih Bukhari diakui sebagai kitab hadith yang paling sahih antara sekalian kitab-kitab hadith yang ada. Beliau mengambil masa selama 16 tahun untuk menyiapkan kitab ini dengan mengumpulkan sekitar 9000 hadith yang benar-benar sahih sahaja.

Imam Al-Bukhari wafat pada hari Sabtu, 1 Syawal 256H atau 31 Ogos 870 ketika berusia 62 tahun. Semoga Allah merahmatinya. Betapa besarnya jasa beliau dalam perkembangan ilmu hadith dan pengumpulan hadith. Begitu banyak hukum-hakam dalam agama ini yang bersumberkan kepada hadithhadith sahih himpunan beliau.

Biografi Ekspres Imam Al-Bukhari ~ Tajdid Jiwa.htm

You might also like