Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA (IPGKBA) LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) TESL KUMPULAN C AMBILAN JUN 2011 (KOHOT 1) SEMESTER 4

BINA INSAN GURU (BIG)


WAJ 3114

NAMA PELAJAR : SURIANI BINTI MD. DAUD NO. K/P PENSYARAH TAJUK : 810705-03-5540 : EN. BAHARUDIN B. HASSAN : LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 2

TARIKH HANTAR : 20 APRIL 2013

BIL

ISI KANDUNGAN

1 2 3 4 5 6

BIODATA PENGENALAN OLAHRAGA ACARA DI SEKOLAH-MERENTAS DESA LOMPAT JAUH LAMPIRAN

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikannya.

Secara dasarnya, Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai intipatinya seperti perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya yang dapat menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga pendidik sebagai insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Bagi peserta-peserta kursus PPG, program ini tidak terkecuali. Ia perlu bagi melengkapkan jumlah jam kredit yang diperuntukkan untuk memenuhi syarat pengajian kami. Di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa

(IPGKBA), program ini dijalankan secara langusng di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Untuk fasa 2 ini,kami selaku pelajar PPG TESL kohot 1 telah memutuskan untuk mengadakannya di SK Beranang, Selangor iaitu pada 12 April 2013. Beberapa dijalankan. fasa perancangan, perbincangan dan pelaksaan telah Di Sifat

Jawatankuasa kecil telah dibentuk bagi melicinkan program.

sinilah kebijaksanaan merancang, mengurus dan bertindak mula teruji.

peribadi seperti kesabaran, kemahiran berkomunikasi dan segala macam kekuatan dan kelemahan mulai terserlah satu demi satu agar kita lebih mengenali diri sendiri dan mengambil tindakan bijak untuk mengatasinya. Inilah objektif BIG!

MATLAMAT
Matlamat program ini ialah berhasrat untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga , masyarakat serta negara selaras dengan nilai nilai keguruan.

RASIONAL

Program Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara ilmiah dan menguji ketahanan mental dan fizikal seperti aktiviti perkhemahan dan latihan dalam kumpulan serta ceramah yang membawa guru pelatih untuk melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Di samping itu, program ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pentingnya membina kualiti peribadi dan profesional sebagai seorang guru yang mulia dan juga memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dikalangan guru pelatih

OBJEKTIF

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, guru pelatih dapat; 1. Menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. 2. Memiliki ketahanan fizikal, mental dan semangat juang. 3. Menguasai kemahiran asas interpersonal. 4. Menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan. 5. Memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.

LAPORAN BINA INSAN GURU SEMESTER 4 TARIKH TEMPAT PENGLIBATAN : : : 12 APRIL 2013 DEWAN SK BERANANG, SELANGOR SEMUA GURU SK BERANANG DAN PELAJAR PPG IPGKBA

SEBELUM PROGRAM BIG Pada tanggal 12 April 2013 yang lalu, kesemua guru PPG daripada opsyen TESL kumpulan C telah menjalankan tanggungjawab dengan mengikuti program Bina Insan Guru (BIG). Semua guru PPG yang terlibat telah datang ke Dewan SK Beranang tepat jam 2 petang bersama guru-guru SK Beranang yang terlibat. Kami membawa bersama buku nota dan pen untuk mencatat isi-isi penting dan kamera untuk merakam gambar semasa Program Bina Insan Guru ini dijalankan. Setibanya di sana, kami terus mengambil tempat masing masing di dalam dewan. Kami kemudiannya diberi sedikit taklimat daripada penceramah dan bersedia untuk Program Bina Insan Guru yang bakal dijalankan selepas itu.

SEMASA PROGRAM BIG Sebermulanya Program ini, kami terus mengambil tempat dan bersedia untuk diberi taklimat ringkas mengenai program ceramah oleh Pengerusi Program,Pn.Harishah bt. Hafni selaku tuan rumah. Kami menyedari beberapa ralat yang telah dilakukan selama ini kerana kami semua tidak peka dengan etika dan protokol yang sepatutnya diamalkan semasa sesuatu majlis. Sebagai contoh, kedudukan VIP duduk di hadapan juga mempunyai susunan tertentu yang perlu diikuti. Ceramah program Bina Insan Guru telah diadakan pada hari Jumaat, 12 April bertempat di Dewan SK Beranang, Kajang Selangor. Ceramah bermula tepat pada pukul 2.30 petang. Antara tetamu yang hadir adalah Puan Zarinah bt. Khalid selaku GPK Kokurikulum dan Encik Mohamad Samsul b. Dolah sebagai penceramah. Ceramah yang diadakan ini bertajuk Hubungan Insan Dalam Membentuk Budaya Kerja Cemerlang. Ceramah ini mendedahkan hubungan guru dan murid. Perubahan perubahan yang perlu dilakukan oleh guru untuk mendidik anak bangsa dititikberatkan dalam ceramah ini. Seterusnya, kami telah ditayangkan dengan tayangan multimedia

sepanjang ceramah tersebut berlangsung. Tayangan multimedia tersebut sangatlah menarik dan menyegarkan mata. Tayangan multimedia tersebut juga menarik minat kami semua untuk bersama-sama mendengar ceramah tersebut kerana kami tahu, ceramah tersebut tentunya penuh dengan informasi. Selain itu juga, hadirin diberi penerangan mengenai cara pendidikan terhadap seseorang dengan betul. Penceramah juga telah mengadakan perbincangan dengan peserta. Perbincangan adalah berkaitan dengan

bagaimana seseorang itu boleh digelar guru yang positif. Untuk menjadi guru yang positif bukanlah mudah. Apa yang cuba disampaikan melalui ceramah ini adalah tentang perlunya kasih sayang guru terhadap murid. Guru perlu menekankan aspek ini bagi membanteras salah laku murid pada masa kini. Dengan kasih sayang, murid merasakan dirinya dihargai dan seterusnya membantu dalam perkembangan pelajaran murid. Ceramah ini juga turut menyelitkan beberapa nasihat dan panduan kepada guru untuk melakukan perubahan dalam bidang perguruan. Setiap guru perlu

mengadakan anjakan paradigma dalam diri mereka. Guru perlu berani dalam melakukan perubahan terhadap kerjaya mereka. Hal ini kerana mereka yang menentukan masa hadapan anak didik didik mereka. Guru perlu berani bertindak untuk memastikan anak didik mereka menjadi insan yang cemerlang. Kesimpulannya, ceramah ini memberi motivasi kepada guru guru agar bersedia untuk melakukan perubahan dalam menghasilkan insan yang mampu membawa kepada kemajuan negara. Insan yang cemerlang akan terhasil jika guru yang mendidik adalah guru yang cemerlang dan mempunyai budi pekerti yang mulia. Guru-guru yang menghadiri ceramah telah memberi respons yang merangsangkan. Mereka berpendapat bahawa ceramah sebegini dapat memberi peringatan kepada mereka tentang nilai-nilai dan tanggungjawab seseorang guru, seterusnya memberi motivasi kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. Isu yang di bincangkan Kekuatan : 1. Saya mendapat pengalaman dan ilmu pengetahuan terutamanya dalam penyediaan untuk menjadi guru yang lebih berketrampilan. 2. Saya dapat memupuk kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan dan pihak berkaitan dan melatih diri saya untuk menberikan komitmen dalam melaksanakan peranan melalui ceramah ini. 3. Penceramah mendedahkan tentang pembinaan guru yang seimbang dengan jelas. 4. Saya dapat bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. 5. Melalui ceramah ini saya dapat membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah. 6. Saya dapat menampilkan ciri-ciri kerohanian, etika, nilai dan akhlak keguruan. 7. Ceramah ini mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam

kepelbagaian budaya. 8. Melalui ceramah ini ,saya dapat mempamerkan daya ke tahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial saya.

Kelemahan : 1. Masa tidak diurus dengan baik dan slot ceramah tidak dimulakan tepat pada masanya. 2. Sesi soal jawab juga tidak dijalankan. 3. Susunan tempat duduk guru PPG dan guru-guru SK Beranang diletakkan berasingan menyebabkan mereka tiada peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain. Cadangan : 1. Perlu memberi peluang kepada guru untuk menyuarakan sesuatu pendapat tentang isu yang diutarakan semasa pembentangan. 2. Aktiviti yang melibatkan kemahiran guru harus ditingkatkan.

Setelah selesainya ceramah kira-kira jam 4.30 petang, kami bersama-sama menjamu selera di kantin sekolah. Selepas itu,kami sama-sama melakukan gotong royong dengan mengecat dewan sekolah serta membersihkannnya. Majlis gotong royong berakhir kira-kira jam 6.30 petang tersebut.

SELEPAS PROGRAM BIG Selepas majlis penutupan kami telah diedarkan senarai semak perkara yang perlu disertakan di dalam fail Bina Insan Guru. Kami diminta mengisi laporan bagi setiap aktiviti, isu dan masalah, serta cadangan penambahbaikan. Laporan aktiviti tersebut dimasukkan sekali dengan biodata dan laporan individu dalam fail khas untuk BIG dan dihantar kepada tutor masing-masing.

REFLEKSI DIRI

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih saya kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua jurulatih dan rakan yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru pada kali ini sehingga kami dapat menempuhi semuanya dengan selamat tanpa banyak masalah besar yang timbul dan berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Kedua-dua aktiviti ceramah motivasi dan khidmat masyarakat mengajar saya bahawa hidup ini bukan sekadar kekuatan sahaja. Kita tidak sepatutnya merendahkan kebolehan diri sendiri sebelum mencuba akan sesuatu. Dalam

situasi perguruan, sebagai seorang guru kita patut menyediakan diri kita dengan pelbagai jenis ilmu. Ini kerana kita bakal berhadapan dengan lautan manusia yang mempunyai pelbagai kerenah. Dengan ilmu dan pengalaman yang kita timba, kita akan lebih bersedia menghadapi dunia yang semakin hari semakin mencabar terutamanya dalam bidang perguruan yang objektifnya menghasilkan modal insan berkualiti demi kelangsungan generasi seterusnya. Selain itu, melalui ceramah ini, saya dan rakan-rakan juga dapat mengeratkan hubungan sesama sendiri di mana kami saling bekerjasama untuk menjayakan program ini. Cadangan yang pelbagai memerlukan kami semua saling bersepakat untuk mencapai kata putus bagi membuat sesuatu keputusan. Justeru itu, kami juga saling tolong menolong tanpa mengira tugas AJK yang diberikan. Dengan adanya kerjasama, kerja menjadi lebih mudah. Kerja juga dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Dalam aktiviti ini juga, kami dapat menerapkan nilai-nilai

bertanggungjawab dan jujur dalam melakukan tugas yang telah diamanahkan kepada kami. Perkara sedemikian dapat dilihat melalui sikap semua peserta yang mengikut peraturan dan tugas yang telah ditetapkan dengan akur dan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Nilai-nilai bertanggungjawab dan jujur ini sangatlah penting dalam diri seorang pendidik. Setiap individu yang menyertai program ini termasuklah saya bertanggungjawab dalam

melaksanakan tugas masing-masing walaupun setiap individu merasakan kepenatan bekerja. Walaupun secara zahirnya saya berasa sangat penat,

namun pengalaman yang ditimba sangat berguna sebagai bekalan untuk menjadi seorang pendidik yang berilmu pengetahuan. Apa jua kesulitan yang kita alami, tentunya ada hikmah disebaliknya. Bak kata perumpaan, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Setiap kepahitan yang kita alami akan

menjadi sesuatu yang amat manis untuk dikenang di kemudian hari. Inilah yang berlaku kepada kami, peserta-peserta BIG PPG TESL Kumpulan C ambilan Jun 2011, usia tidak pernah membataskan kami daripada melakukan sesuatu yang disifatkan mustahil pada awalnya. Inilah antara apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini iaitu sikap sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda di sekeliling kita merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Tanpa ilmu, kita merupakan manusia yang paling malang dan miskin di dunia ini. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu di dada haruslah mencukupi. Ilmu yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah semua aspek kehidupan ini. maklumat. Ini kerana guru dijadikan tempat rujukan dan pusat

Perjuangan kami dalam mencapai objektif sebenar iaitu untuk

menaiktaraf diri sendiri dari segi taraf akademik belum berakhir. Tidak dapat dinafikan, terlalu banyak dugaan dan masalah yang timbul dan tidak terkecuali, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Semoga pengorbanan dan semangat kental kami akan menjadi pembakar semangat kepada anak-anak kami mahupun anak-anak murid kami untuk mencapai kecemerlangan. Rumusannya, program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk menilai kakuatan dan kelemahan diri sendiri. Disebalik semua kegembiraan dan kesedihan dan kesakitan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik sebagai seorang insan yang bergelar anak, isteri, ibu dan guru. Terima kasih program Bina Insan Guru!!

Guru PPG tegun mendengar ceramah En. Suher sebagai pengacara majlis

Penceramah pada sesi Ceramah Motivasi

Penyampaian cenderahati kepada Penceramah

Saya dan rakan-rakan (4 dari kiri)

Bergambar bersama guru-guru serta penceramah

Semasa gotong royong di dewan

Rakan-rakan saling membantu semasa gotong royong

Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang, BIG fasa 2 pasti bertemu lagi.

PENUTUP DAN PENGHARGAAN


Pertama sekali, limpah kesyukuran kepada Tuhan pencipta alam atas segala kurniaan dan nikmat kehidupan di bumi yang sangat indah ini. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga ditujukan kepada keluarga yang banyak memberi dorongan untuk saya terus melangkah sedepa lagi bagi meningkatkan kualiti diri. Kekuatan dan ketabahan yang kalian tunjukkan sentiasa menjadi inspirasi untuk langkah ini terus diayun dengan penuh yakin. Terima kasih khas kepada pihak pentadbiran IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, terutama kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah atas kepercayaan kepada kami sehingga Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 2 ini dapat direalisasikan biarpun agak kabur pada peringkat awal. Jutaan penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah di atas komitmen yang tinggi sehingga BIG PPG TESL Kumpulan C dapat dijayakan dan

mencapai objektif. Sesungguhnya semua pengalaman ini telah meremajakan kami dan menyedarkan kami untuk melawan arus kesukaran yang membatasi usia yang dihitung melalui angka. Buat rakan-rakan kumpulan PPGku, tugasan ini tidak sekadar melengkapkan kurikulum pembelajaran kita tetapi sesungguhnya ia memberi kesempatan untuk kita meninjau sejarah silam bagi meneroka masa hadapan yang lebih gemilang dan bermakna. Ayuh! nyalakan azam, pahatkan cita dan teruskan usaha. Sesungguhnya, benarlah slogan yang menjadi keramat kita, Together We Are Unstoppable. No Pain No Gain. Sejambak Kasih Seuntai Penghargaan daripada;

Suriani bt. Md. Daud PPG TESL Kumpulan C IPG KBA

You might also like