Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

Topik7X Teori

Pengeluaran danKos Pengeluaran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. menyatakan tahap-tahap pengeluaran dalam jangka pendek; mengenalpasti hubungan antara jumlah keluaran, purata keluaran dan keluaran marginal dalam jangka pendek; menerangkan hukum pulangan marginal berkurangan; membandingkan kos pengeluaran dalam jangka masa pendek dengan jangka masa panjang; dan membicarakan mengenai ekonomi mengikut bidangan dan disekonomi mengikut bidangan.

X PENGENALAN
Perbincangan topik ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian I membincangkan mengenai teori pengeluaran dan Bahagian II pula membincangkan mengenai kos pengeluaran. Kita mulakan dahulu perbincangan topik ini dengan Bahagian I, iaitu melihat definisi dan konsep pengeluaran. Pengeluaran boleh didefinisikan sebagai proses transformasi input kepada output. Kemudian kita akan membincangkan tentang tiga tahap pengeluaran dalam jangka pendek. Ketiga-tiga tahap ini dapat diterangkan menggunakan Jadual dan Keluk. Keluk Pengeluaran Jangka Pendek menggambarkan hubungan antara jumlah keluaran, keluaran purata dan

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 135

keluaran marginal. Akhir sekali, kita akan membincangkan mengenai Hukum Pulangan Marginal Berkurangan. Seterusnya, Bahagian II pula akan membincangkan mengenai kos pengeluaran dalam jangka pendek dan jangka panjang. Dalam kos pengeluaran jangka pendek, kita akan membezakan kos eksplisit dengan kos implisit; diikuti dengan jenis-jenis kos yang terbabit. Kemudian, kita akan membincangkan tentang kos pengeluaran jangka panjang dan faktor-faktor yang mempengaruhi bentuk Keluk Kos Purata Jangka Panjang. Akhir sekali, kita akan melihat perbezaan antara ekonomi mengikut bidangan dan disekonomi mengikut bidangan.

7.1
7.1.1

BAHAGIAN I: TEORI PENGELUARAN


Definisi Pengeluaran

Pengeluaran boleh didefinisikan sebagai suatu proses pertukaran daripada input kepada output. Input terdiri daripada faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan. Output pula adalah barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan untuk memenuhi kehendak-kehendak manusia yang tidak terbatas. Misalnya, untuk mengeluarkan sebiji kek coklat, bahan mentah yang diperlukan adalah serbuk koko, tepung, mentega, susu, gula dan telur. Dalam kes ini, kek coklat adalah output manakala bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat kek tersebut adalah input. Fungsi pengeluaran merujuk kepada sebuah fungsi yang menerangkan hubungan di antara input dengan output. Ia dinyatakan seperti berikut:

Output Q

= =

f (Input) f (Tanah, Buruh, Modal, Usahawan)

Fungsi tersebut menjelaskan apabila kuantiti input semakin meningkat, maka output yang dihasilkan juga akan turut meningkat.

136 X

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

7.1.2

Konsep-konsep dalam Proses Pengeluaran

Dalam konsep-konsep proses pengeluaran, kita akan belajar tentang firma, industri, faktor pengeluaran, faktor tetap atau input tetap, faktor berubah atau input berubah, jangka masa dan hukum pengeluaran. Ini ditunjukkan dalam Rajah 7.1.

KonsepkonsepProsesPengeluaran Firma Industri FaktorPengeluaran FaktorTetap


Rajah 7.1: Konsep-konsep Proses Pengeluaran

FaktorBerubah JangkaMasa HukumPengeluaran

Penerangan diberi seperti berikut: (a) Firma Firma adalah sebuah unit kecil dalam proses pengeluaran yang mengubah input kepada output untuk dijual dalam pasaran. Misalnya, firma audit atau firma guaman. Industri Industri adalah sekumpulan firma yang mengeluarkan jenis barang dan perkhidmatan yang sama. Industri mengeluarkan lebih banyak output berbanding dengan firma. Misalnya, industri elektronik atau industri tekstil. Faktor pengeluaran Seperti yang telah dibincangkan, faktor-faktor pengeluaran terdiri daripada tanah, buruh, modal dan usahawan. Namun, proses pengeluaran dikategorikan kepada dua, iaitu faktor tetap dan faktor berubah. Faktor tetap atau input tetap Faktor tetap adalah tetap dan ianya tidak berubah apabila output bertambah atau berkurangan. Misalnya, tanah dan modal.

(b)

(c)

(d)

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 137

(e)

Faktor berubah atau input berubah Faktor berubah adalah tidak tetap dan berubah apabila output meningkat atau menurun. Misalnya, buruh dan usahawan. Jangka masa Dalam konteks proses pengeluaran, jangka masa dalam ekonomi terbahagi kepada dua, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. x Jangka masa pendek Jangka masa pendek merujuk kepada suatu jangka masa di mana terdapat kombinasi sekurang-kurangnya satu input tetap dengan satu atau lebih input berubah. Sekiranya seseorang pengeluar ingin menambahkan pengeluaran dalam jangka masa pendek, beliau perlu mengubah input berubah tetapi tidak input tetap. Misalnya, beliau boleh membeli lebih banyak bahan mentah untuk meningkatkan pengeluaran, tetapi tidak boleh menambah kuantiti tanah, kilang atau mesin yang dimilikinya. Jangka panjang Jangka masa panjang adalah suatu jangka masa di mana semua input adalah berubah. Ini bermakna dalam jangka masa panjang, tidak ada input tetap. Jangka masa ini adalah cukup panjang untuk setiap faktor pengeluaran berubah. Jika tanah dan modal dikategorikan sebagai tetap dalam jangka pendek tetapi dalam jangka panjang, mereka adalah input berubah. Dengan kata lain, firma atau industri boleh membina lebih banyak kilang baru atau membeli mesin-mesin baru.

(f)

(g)

Hukum Pengeluaran Pada umumnya, terdapat dua jenis hukum pengeluaran, iaitu Hukum Pulangan Marginal Berkurangan dan Hukum Pulangan Mengikut Skala.

Hukum Pulangan Marginal Berkurangan wujud dalam jangka pendek, iaitu apabila mempunyai sekurang-kurangnya satu input tetap. Manakala, Hukum Pulangan Mengikut Skala wujud dalam jangka panjang, iaitu apabila semua input berubah dan tiada input tetap.

7.1.3

Teori Pengeluaran Jangka Pendek

Seperti yang telah dibincangkan, jangka masa pendek adalah suatu jangka masa di mana terdapat kombinasi sekurang-kurangnya satu input tetap dengan satu atau lebih input berubah.

138 X

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

Beberapa andaian dalam jangka pendek adalah seperti berikut: (i) (ii) Tingkat teknologi adalah tetap; Satu input tetap digabungkan dengan satu input berubah. Tanah dianggap sebagai input tetap, manakala buruh dianggap sebagai input berubah. Ini bermakna output hanya boleh meningkat melalui peningkatan bilangan buruh yang diambil bekerja; dan

(iii) Buruh adalah homogeneous, iaitu buruh mempunyai tahap kecekapan yang sama.

7.14

Tahap Pengeluaran Jangka Pendek

Ringkasnya, dalam jangka pendek terdapat tiga tahap pengeluaran, iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3. (a) Tahap 1 Merujuk kepada Jadual 7.1, Tahap 1 bermula daripada titik origin sehingga AP berada pada titik maksimum atau titik persilangan di antara Keluk MP dengan Keluk AP. Didapati pada tahap ini, tanah (input tetap) tidak digunakan sepenuhnya kerana bilangan buruh (input berubah) yang diambil bekerja adalah kecil berbanding dengan tanah yang luas. Walau bagaimanapun, tambahan buruh akan membawa kepada peningkatan Keluk MP kerana penggunaan tanah yang lebih cekap di samping kedua-dua input telah digunakan dengan baik. Merujuk Jadual 7.1, jika seorang buruh sahaja diambil bekerja, beliau mampu mengeluarkan output sebanyak 3 unit. Apabila buruh ditambah kepada dua orang, jumlah output yang dihasilkan akan meningkat kepada 7 unit dan seterusnya. Situasi ini akan membawa firma kepada Pulangan Marginal Bertambah kerana lebih ramai buruh yang diambil bekerja membolehkan firma menguruskan tenaga kerja dengan lebih cekap melalui pengkhususan dan pembahagian kerja. Didapati juga pada tahap ini, Keluk MP akan meningkat, tetapi mula jatuh selepas buruh yang ketiga. Selagi Keluk MP lebih besar daripada Keluk AP, Keluk AP akan terus meningkat. Manakala Keluk TP pula terus meningkat pada kadar yang menaik. Pada tahap ini, pengeluar yang rasional akan terus mengeluarkan output kerana dengan mengambil lebih ramai buruh, jumlah pengeluarannya akan terus meningkat. Walau bagaimanapun, pada tahap ini didapati kombinasi antara tanah dan buruh tidak cekap kerana tanah tidak digunakan sepenuhnya.

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 139

Jadual 7.1: Hubungan antara Jumlah Keluaran (TP), Purata Keluran (AP) dan Marginal Keluaran (MP) Tanah 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 Buruh 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 TP 3 7 33 50 65 75 80 80 78 72 AP 3 3.50 11 12.5 13 12.50 11.43 10 8.67 7.20 MP 4 26 17 15 10 5 0 2 6 Hukum Pulangan Marginal Pulangan Marginal Bertambah Pulangan Marginal Berkurang Tahap 2 Tahap Pengeluaran Tahap 1

Pulangan Marginal Negatif

Tahap 3

(b)

Tahap 2 Tahap 2 bermula daripada AP maksimum sehingga keluk MP bersamaan dengan sifar (MP = 0). Ketika ini Keluk TP berada pada tahap maksimum. Rajah 7.2 menunjukkan apabila buruh ditambah secara terus menerus sedangkan tanah adalah input tetap, didapati Keluk TP akan terus meningkat tetapi pada kadar yang berkurangan. Pertambahan buruh akan menyebabkan Keluk MP berkurangan tetapi masih memberi pulangan positif. Dengan kata lain, apabila bilangan buruh semakin bertambah, sumbangan mereka terhadap jumlah keluaran semakin lama akan semakin berkurangan. Walaupun mereka semakin cekap, tetapi pada tahap ini, tanah telah terlebih guna, iaitu setiap tambahan buruh mempunyai ruang tanah yang kecil untuk bekerja berbanding dengan sebelumnya.

140 X

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

Pengeluaran

TP maksimum

TP Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3

MP maksimum AP maksimum

MP = 0AP 8 MP

Kuantiti Buruh

Rajah 7.2: Keluk Jumlah Keluaran (TP), Keluaran Purata (AP) dan Keluaran Marginal (MP)

Oleh sebab Keluk MP kurang daripada Keluk AP, maka Keluk AP juga akan berkurangan. Berdasarkan Jadual 7.1, didapati apabila firma meningkatkan pengeluarannya dengan menambah bilangan buruh daripada tiga kepada empat orang, maka berlakulah Pulangan Marginal Berkurang. Ini adalah kerana tambahan output yang dihasilkan oleh buruh yang keempat adalah kurang berbanding dengan buruh yang ketiga. Seorang pengeluar yang rasional akan mengeluarkan output pada tahap ini kerana jumlah pengeluarannya adalah maksimum. Tahap ini merupakan tahap yang paling berkesan kerana kombinasi antara input tetap dan input berubah adalah cekap. Kedua-dua tanah dan buruh digunakan sepenuhnya sehingga tiada berlaku pembaziran dan tiada buruh yang tidak bekerja.

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 141

(c)

Tahap 3 Tahap 3 bermula daripada Keluk MP = 0 sehinggalah Keluk MP memberi pulangan negatif. Ketika ini Keluk TP mula menurun. . Berdasarkan Rajah 7.2, apabila bilangan buruh ditambah secara terus menerus sedangkan tanah adalah tetap, Keluk TP mula menurun. Pada tahap ini, terdapat kesesakan buruh. Tambahan buruh yang seterusnya menghalang buruh yang lain daripada bekerja, menyebabkan pengeluaran buruh menurun. Jadual 7.1 menunjukkan Keluk TP mulai menurun daripada 21 ke 15 unit apabila buruh yang kesembilan dan kesepuluh diambil bekerja. Keluk MP akan menjadi negatif. Seorang pengeluar yang rasional tidak akan mengeluarkan output pada tahap ini kerana dengan menambah bilangan buruh, jumlah pengeluarannya semakin menurun. Dengan kata lain, kombinasi antara input tetap dan input berubah pada tahap ini adalah tidak ekonomikal kerana terdapat lebihan buruh. x Hukum pulangan marginal berkurangan Berdasarkan Rajah 7.2, kita dapati bahawa apabila buruh bertambah, Keluk TP akan meningkat pada kadar yang menaik. Tetapi apabila bilangan buruh semakin banyak, Keluk TP akan mula meningkat pada kadar yang berkurangan sehingga akhirnya ia menurun. Hukum Pulangan Marginal Berkurangan mengatakan bahawa apabila buruh ditambah secara terus menerus ke atas tanah sebagai input tetap, Keluk MP akan mula berkurangan, iaitu pada mulanya bersifat positif, kemudian sifar dan akhirnya bersifat negatif. Hukum pulangan ini mula beroperasi apabila Keluk MP maksimum sehingga Keluk MP bersamaan dengan sifar. Ketika ini, Keluk TP berada pada tahap maksimum. Kebanyakan pengeluar akan meneruskan pengeluaran sehingga Keluk TP mencapai maksimum. Mereka akan berhentikan pengeluaran selepas daripada titik ini kerana Keluk TP akan mula jatuh dan Keluk MP pula bersifat negatif.

Seterusnya, berdasarkan Rajah 7.2 kita akan melihat hubungan antara keluaran marginal (MP) dan jumlah keluaran (TP). Hubungan mereka adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Apabila TP meningkat pada kadar yang menaik, MP akan terus meningkat; Apabila TP meningkat pada kadar yang berkurangan, MP akan mula turun; Apabila TP maksimum, MP adalah bersamaan dengan sifar; dan Apabila TP menurun, MP bersifat negatif.

142 X

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

Manakala hubungan antara Keluaran Purata (AP) dan Keluaran Marginal (MP) adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Apabila MP meningkat, AP juga turut meningkat; MP bersilang dengan AP ketika AP berada pada titik maksimum; Apabila MP berada di atas AP, AP terus meningkat; dan Apabila MP berada di bawah AP, AP mula berkurangan.

7.1.5

Pengukuran Pengeluaran Firma Menggunakan Konsep-konsep Pengeluaran

Seterusnya, pengeluaran firma dapat diukur menggunakan konsep-konsep pengeluaran seperti berikut: (a) Jumlah Keluaran (TP) Jumlah keluaran (TP) didefinisikan sebagai jumlah output yang . Formula jumlah keluaran (TP) adalah dikeluarkan oleh sejumlah buruh. seperti berikut: TP = AP u L (kuantiti buruh yang diambil bekerja)

Contoh pengiraannya adalah: Jika L = 4 buruh AP = 4 unit Maka, TP ialah: TP = AP = 4 unit = 16 unit (b)

u u

L 4 buruh

Keluaran Purata (AP) Keluaran Purata (AP) merujuk kepada keluaran seunit buruh. Formulanya adalah seperti berikut:

AP =

TP L

Contoh pengiraannya adalah: Jika L = 3 buruh TP = 11.70 unit

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 143

Maka, AP ialah:

AP =

TP L 11.70 unit 3 buruh = 3.90 unit

(c)

Keluaran Marginal (MP) Keluaran tambahan output akibat daripada tambahan satu orang buruh. Marginal (MP) didefinisikan sebagai Formulanya adalah seperti berikut:

Perubahan dalam TP Perubahan dalam L TPn TPn 1 MPn = Ln Ln 1 MP =


di mana n = 1, 2, 3, 4, 5, , n Contoh pengiraannya adalah seperti berikut: Berapakah Keluaran Marginal (MP) apabila buruh bertambah daripada 3 orang kepada 4 orang?

MP4 MP4 MP4 MP4

TP4 TP3 L4 L3 5033 = 43 17 = 1 1 = 17 =

Apabila buruh bertambah daripada 3 kepada 4 orang (tambahan buruh sebanyak seorang), maka tambahan output yang dikeluarkan adalah 17 unit. Hubungan antara TP, AP dan MP di atas dapat diterangkan menggunakan jadual seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.1 dan Rajah 7.2.

144 X

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

AKTIVITI 7.1
(a) (b) (c) Bezakan jangka masa pendek dengan jangka masa panjang. Jelaskan hukum pulangan marginal berkurangan. Pada pendapat anda, mengapakah tahap pengeluaran yang rasional dalam fungsi pengeluaran tiga tahap adalah pada Tahap 2? Terangkan. Bolehkah seseorang pengeluar menjalankan operasinya pada Tahap 3 selama-lamanya? Beri sebab-sebab bagi jawapan anda. Andaikan anda adalah seorang pengurus sebuah syarikat. Senaraikan 10 faktor pengeluaran yang terlibat dalam syarikat anda. Sekarang, bolehkah anda kelaskan faktor-faktor yang telah disenaraikan itu kepada faktor tetap dan faktor berubah.

(d) (e)

7.2
7.2.1

BAHAGIAN II: KOS PENGELUARAN JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG


Definisi

Kos pengeluaran didefinisikan sebagai sejumlah wang yang dibelanjakan dalam proses pengeluaran apabila input digunakan bagi mengeluarkan output. Misalnya, jumlah wang dibelanjakan untuk mengeluarkan kek coklat adalah RM65, iaitu membeli bahan-bahan mentah seperti telur, gula, serbuk koko, tepung, mentega dan susu.

7.2.2

Jenis-jenis kos pengeluaran

Jenis-jenis kos pengeluaran terdiri daripada kos eksplisit dan kos implisit. Ini diterangkan seperti berikut. (a) Kos eksplisit Kos eksplisit merujuk kepada perbelanjaan ke atas faktor-faktor . Contohnya, bayaran sewa ke atas pengeluaran yang bukan milik firma. tanah, upah ke atas buruh, kadar bunga ke atas pinjaman dan insuran ke atas bangunan. Kos implisit Kos implisit merujuk kepada perbelanjaan ke atas faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki sendiri oleh firma. . Contohnya, tanah sendiri yang digunakan untuk mendirikan kilang atau bangunan sendiri yang dijadikan pejabat.

(b)

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 145

7.2.3
(a)

Kos Pengeluaran Jangka Pendek dan dan Kos Pengeluaran Jangka Panjang

Kos pengeluaran jangka pendek Jangka pendek adalah suatu tempoh masa di mana terdapat kombinasi antara sekurang-kurangnya satu input tetap dengan satu atau lebih . Untuk meningkatkan output dalam jangka daripada satu input berubah. pendek, pengeluar perlu mengubah input berubah tapi tidak input tetap. Misalnya, input tetap adalah tanah, saiz loji atau mesin. Input-input ini dikatakan tetap dalam jangka masa pendek kerana masa tidak mencukupi untuk menambahkan kuantitinya. Contoh input berubah pula adalah buruh dan bahan mentah. Input-input ini boleh ditingkatkan kuantitinya dengan membuat kerja lebih masa, sub-kontrak, syif tambahan atau membeli lebih banyak bahan mentah. Terdapat tujuh jenis kos pengeluaran dalam jangka pendek, seperti berikut: (i) Kos tetap (FC) Kos tetap didefinisikan sebagai perbelanjaan ke atas input tetap seperti sewa ke atas tanah, bayaran upah kepada kakitangan pengurusan, bayaran faedah atau premium insuran. Formulanya adalah seperti berikut: FC = TC VC FC = AFC u Q
C (RM)

100

FC

Q (unit)

Rajah 7.3: Keluk Kos Tetap (FC)

146 X

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

Jadual 7.2 menunjukkan bahawa apabila kuantiti meningkat, FC tetap tidak berubah. Keluk FC adalah lurus mendatar seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.3 (a). Keluknya tidak berubah dengan perubahan output. Walau berapa banyak output yang dikeluarkan, FC tetap tidak berubah. Walau bagaimanapun, nilai FC dipengaruhi oleh perubahan masa. Apabila kuantiti adalah kosong, didapati FC=TC. Rujuk Jadual 7.6.
Jadual 7.2: Jadual Kos tetap Purata (AFC) Q 1 2 3 4 5 FC 100 100 100 100 100 AFC 100 50 33.33 25 20 Perubahan 100 50 16.70 8.33 5

(ii)

Kos berubah (VC) Kos berubah didefinisikan sebagai perbelanjaan ke atas input berubah seperti pembelian bahan mentah, pembayaran upah kepada pekerjapekerja secara komisen asas atau diberikan elaun petrol. Formulanya adalah seperti berikut: VC = TC FC VC = AVC uQ Rajah 7.4 menunjukkan bahawa apabila ouput meningkat, Keluk VC juga turut meningkat. Keluknya mencerun ke atas bermula dari titik origin. Apabila pengeluaran bersamaan dengan sifar, didapati VC = 0. Rujuk Jadual 7.6.
C (RM) VC

Q (unit)

Rajah 7.4: Keluk Kos Berubah (VC)

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 147

(iii) Jumlah kos (TC) Jumlah kos (TC) merujuk kepada jumlah perbelanjaan ke atas kedua-dua input tetap dan input berubah. Formulanya adalah seperti berikut: TC = FC + VC TC = AC uQ Jadual 7.6 menunjukkan bahawa apabila output meningkat, TC juga turut meningkat. Keluk TC mencerun naik ke atas seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.5.

C (RM)

TC VC

100

FC

Q (unit)

Rajah 7.5: Keluk Jumlah Kos (TC)

Apabila output adalah kosong, didapati TC = FC. Keadaan ini dapat dibuktikan seperti berikut: TC = FC + VC Apabila Q = 0, FC = 100 dan VC = 0, maka: TC = 100 + 0 TC = 100 (iv) Kos tetap purata (AFC) Kos tetap purata (AFC) didefinisikan sebagai perbelanjaan ke atas input tetap seunit. Formulanya adalah seperti berikut (rujuk Jadual 7.6): AFC = AC AVC AFC = FC y Q

148 X

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

Jadual 7.2 menunjukkan bahawa apabila kuantiti meningkat, AFC akan berkurangan. Keluk AFC pula berbentuk hiperbola seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.6.

C (RM)

AFC 0 Q (unit)

Rajah 7.6: Keluk Kos Tetap Purata (AFC)

(v)

Kos berubah purata (AVC) Kos berubah purata (AVC) didefinisikan sebagai perbelanjaan ke atas input berubah seunit. Formulanya adalah seperti berikut (rujuk Jadual 7.6): AVC = AC AFC AVC = VC y Q Rajah 7.7 menunjukkan apabila kuantiti meningkat, Keluk AVC akan menurun sehingga minimum. Apabila kuantiti meningkat berterusan, Keluk AVC akan mula meningkat. Keluk AVC adalah berbentuk U.

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 149

C (RM) AVC

menurun

meningkat

minimum Q (unit)

Rajah 7.7: Keluk Kos Berubah Purata (AVC)

Ini adalah kerana bentuk Keluk AVC dipengaruhi oleh Hukum Pulangan Marginal Berkurangan. Keadaan ini dapat dijelaskan melalui hubungan antara Keluk Keluaran Purata (AP) dengan Keluk AVC seperti dalam Jadual 7.3 dan Rajah 7.8. Apabila kuantiti meningkat, Keluk AP juga turut meningkat, tetapi Keluk AVC akan menurun disebabkan oleh nisbah penyebaran kos di antara input tetap dengan input berubah adalah baik. Apabila pengeluaran terus bertambah, Keluk AP berada pada tahap maksimum. Sebaliknya, Keluk AVC berada pada titik minimum. Situasi ini menggambarkan kombinasi antara input tetap dan input berubah adalah paling cekap. Apabila kuantiti bertambah terus-menerus, dengan menambahkan lebih banyak bilangan buruh kepada mesin, Keluk AVC akan mula meningkat, sedangkan Keluk AP akan mula berkurangan.
Jadual 7.3: Jadual Keluaran Purata (AP) dan Kos Berubah Purata (AVC) Mesin 1 1 1 1 1 1 1 1 Buruh 1 2 3 4 5 6 7 8 TP 3 7 11.70 16 19 21 22 22 AP 3 3.50 3.90 4 3.80 3.50 3.14 2.75 AVC 21 19 18 19 20 27 30

150 X

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

AP

maksimum

meningkat

menurun

APL

0 AVC

AVC

menurun

meningkat

minimum Q (unit)

16

Rajah 7.8: Hubungan antara Keluaran Purata (AP) dan Kos Berubah Purata (AVC)

Merujuk Rajah 7.8, didapati Keluk AVC menurun mungkin disebabkan oleh pengkhususan dalam buruh. Pengkhususan akan meningkatkan kecekapan seseorang buruh. Andaikan dengan mengupah seorang buruh, beliau perlu melakukan semua tugasan. Pengeluarannya mungkin terjejas. Tetapi dengan mengupah lebih daripada seorang buruh, maka setiap buruh tersebut boleh mengkhusus dalam satu-satu jenis pekerjaan.

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 151

Dengan melakukan pekerjaan yang sama pada setiap hari, kecekapan buruh akan meningkat. Oleh itu, nisbah mesin (input tetap) kepada buruh (input berubah) berada pada tahap maksimum. Selepas daripada titik minimum, didapati Keluk AVC mula meningkat mungkin disebabkan oleh lebihan buruh atau terdapat banyak buruh yang melakukan kerja yang sama. (vi) Kos purata (AC) Kos purata(AC) didefinisikan sebagai perbelanjaan ke atas kedua-dua input tetap dan input berubah seunit. Formulanya adalah seperti berikut (rujuk Jadual 7.6): AC = AFC + AVC AC = TCy Q Rajah 7.9 menunjukkan apabila kuantiti bertambah, keluk AC akan berkurangan sehingga titik minimum dan apabila kuantiti meningkat secara berterusan, Keluk AC akan mula meningkat.

C (RM) AVC

menurun

meningkat

minimum

Q (unit)

Rajah 7.9: Keluk Kos Purata (AC)

Keluk AC juga berbentuk U tetapi dari segi kedudukan, ianya terletak di atas Keluk AVC kerana dipengaruhi oleh hukum pulangan marginal berkurangan seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.4 dan Rajah 7.10.

152 X

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

Didapati apabila kuantiti meningkat, kedua-dua Keluk AFC dan AVC akan berkurangan. Namun, kadar penurunan dalam Keluk AFC adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar penurunan dalam Keluk AVC. Oleh itu, Keluk AC akan berkurangan sehingga minimum. Apabila kuantiti meningkat secara beterusan, Keluk AFC akan terus menerus berkurangan, tetapi Keluk AVC akan mula meningkat. Ketika ini, kadar peningkatan Keluk AVC adalah lebih besar daripada kadar penurununan Keluk AFC. Oleh itu, Keluk AC akan mula meningkat.
J Jadual 7.4: Jadual Keluk Kos Purata (AC)

Q 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

AFC 100 50 33.33 25 20 16.67 14.29 12.50 11.11 10

Perubahan 100 50 16.67 8.33 5.00 3.33 2.38 1.79 1.39 1.11

AVC 30 27 21 19 18 19 20 22 24 27

Perubahan 30 3 6 2 1 1 1 2 3 3

AC 130 77 54.33 44 38 35.70 34.30 34.50 35.10 37

Rajah 7.10: Keluk Kos Purata (AC)

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 153

(vii) Kos Marginal (MC) Kos Marginal (MC) didefinisikan sebagai tambahan kos akibat daripada tambahan satu unit output. Formulanya adalah seperti berikut (rujuk Jadual 7.6):

MC MCn

Perubahan dalam TC Perubahan dalam Q TCn TCn 1 = Qn Q n 1

di mana n = 1, 2, 3, , n atau

MC MCn

Perubahan dalam VC Perubahan dalam Q VCn VCn 1 = Q n Q n 1 =

di mana n = 1, 2, 3, , n Rajah 7.11 menunjukkan bahawa apabila kuantiti meningkat, Keluk MC akan menurun sehingga minimum dan apabila kuantiti meningkat berterusan, Keluk MC akan mula meningkat.
C (RM)

MC

menurun

menaik

minimum

0
Rajah 7.11: Keluk Kos Marginal (MC)

Q (unit)

154 X

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

Keluk MC juga berbentuk U tetapi ianya lebih curam berbanding dengan Keluk AVC dan Keluk AC kerana Hukum Pulangan Marginal Berkurangan seperti diterangkan dalam Jadual 7.5 dan Rajah 7.12.
Jadual 7.5: Jadual Keluaran Marginal Buruh (MP) dan Kos Marginal (MC) Mesin 1 1 1 1 1 1 1 1 Buruh 1 2 3 4 5 6 7 8 TP 3 7 11.70 16 19 21 22 22 MP 4 4.70 4.30 3 2 1 0 MC 24 9 13 14 24 26 30

Didapati apabila kuantiti meningkat, Keluk MP turut meningkat, tetapi Keluk MC akan menurun, mungkin disebabkan oleh nisbah penyebaran kos di antara input tetap dengan input berubah adalah baik. Apabila kuantiti meningkat secara berterusan, Keluk MP berada pada maksimum, manakala Keluk MC pula berada pada tahap minimum. Keadaan ini menunjukkan bahawa kombinasi antara input tetap dan input berubah adalah paling cekap. Namun, apabila kuantiti terus-menerus meningkat kerana lebih banyak input berubah ditambah kepada input tetap, kita akan dapati Keluk MP akan mula menurun, manakala Keluk MC pula akan terus meningkat.

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 155

Rajah 7.12: Hubungan Keluaran Marginal (MP) dan Kos Marginal (MC)

156 X

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

Akhir sekali, hubungan antara Keluk MC, Keluk AVC dan Keluk AC dapat dijelaskan menggunakan Rajah 7.13.
C (RM) MC AC AVC

titik optima firma titik tutup firma AFC Q (unit) 0

Rajah 7.13: Hubungan antara Kos Marginal (MC), Kos Purata (AC) dan Kos Berubah Purata (AVC)

Jika Keluk MC kurang daripada Keluk AC dan Keluk AVC, kedua-dua keluk AC dan AVC akan turun (jatuh) sehingga minimum. Jika Keluk MC lebih besar daripada Keluk AC dan AVC, kedua-dua AC dan AVC akan mula meningkat. Jika Keluk MC bersilang dengan AVC pada satu titik minimum, ia dikenali sebagai Titik Tutup Firma. Pada titik ini, firma mengalami kerugian dalam jangka pendek. Oleh itu, firma berada dalam dilemma, sama ada mahu meneruskan atau memberhentikan pengeluaran. Firma akan meneruskan pengeluarannya dalam jangka pendek, apabila harga barang (P) lebih besar daripada AVC atau P > AVC. Sebaliknya, firma akan memberhentikan pengeluaran, jika P < AVC. Jika MC bersilang dengan AC pada titik minimum, ia dikenali sebagai Titik Optima. Di sini, firma telah menggunakan faktor-faktor pengeluaran secara cekap dalam jangka masa pendek. Kesimpulannya, Keluk Kos Purata Jangka Pendek (SRAC) berbentuk U kerana dipengaruhi oleh Hukum Pulangan Marginal Berkurangan.

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 157

Jadual 7.6: Kos Pengeluaran Jangka Masa Pendek Q 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 FC 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 VC 0 30 54 63 76 90 114 140 176 216 270 TC 100 130 154 163 176 190 214 240 276 316 370 AFC 100 50 33.33 25 20 16.67 14.29 12.50 11.11 10 AVC 30 27 21 19 18 19 20 22 24 27 AC 130 77 54.33 44 38 35.70 34.30 34.50 35.10 37 MC 30 24 9 13 14 24 26 36 40 54

ACTIVITY 7.2
(a) Anda diberi maklumat berikut: Q = f (K, L) C = f (Q) iaitu Q = kuantiti barang (unit) K = modal (RM) L = buruh (orang) C = kos pengeluaran (RM) Anggaran fungsi kos pengeluaran berasaskan satu sampel yang terdiri daripada 500 unit keluaran adalah C = 250 + 32Q: (i) (ii) Berapakah kos tetap bagi pengeluaran barang tersebut? Hitung kos purata bagi tingkat pengeluaran 50 unit.

(b)

(iii) Buat satu jadual yang menunjukkan jumlah kos (TC), kos purata (AC), kos marginal (MC) dan kos berubah (VC) dari keluaran 1 unit sehingga 10 unit. (iv) Dengan menggunakan kertas graf, lakarkan keluk-keluk kos seperti dalam (iii) di atas. (v) Berikan interpretasi mengenai kos marginal (MC) bagi pengeluaran di atas. Bincangkan dengan pensyarah anda mengapakah keluk kos purata jangka pendek berbentuk U?

158 X

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

(b)

Kos pengeluaran jangka panjang Jangka panjang adalah suatu jangka masa di mana semua input adalah input berubah dan tiada input tetap. Misalnya, tanah dan modal adalah input tetap dalam jangka pendek tetapi menjadi input berubah dalam jangka panjang. Keluk Kos Purata Jangka Panjang (LRAC) adalah Keluk Perancangan di mana firma akan merancang pengeluarannya dengan memilih saiz logi yang terbaik (merujuk kepada Keluk SRAC) yang bukan sahaja dapat memaksimumkan output tetapi juga meminimumkan kos pengeluaran. Andaikan dalam jangka panjang terdapat tiga saiz loji yang diwakili oleh keluk kos purata jangka pendek (SRAC), iaitu SRAC1, SRAC2 dan SRAC3 seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.14. Pada output Q1, terdapat dua kos pengeluaran yang terlibat, iaitu Qa pada SRAC1 dan Qb pada SRAC2. Pengeluar yang rasional akan memilih untuk beroperasi pada SRAC1 kerana kos pengeluaran yang terlibat adalah rendah berbanding dengan SRAC2, walaupun output yang dihasilkan adalah sama. Seterusnya, pada output Q2, kos pengeluaran yang terlibat adalah sebanyak Qc melalui kedua-dua SRAC1 dan SRAC2. Pada ketika ini, pengeluar tidak mempunyai masalah, sama ada memilih untuk beroperasi pada SRAC1 atau SRAC2 kerana kos pengeluaran yang terlibat adalah sama. Pada output Q3, terdapat dua kos pengeluaran yang terlibat, iaitu Qd pada SRAC2 dan Qe pada SRAC3. Pengeluar yang rasional akan memilih untuk beroperasi pada SRAC3 kerana kos pengeluaran yang terlibat adalah rendah berbanding dengan SRAC2,walaupun output yang dihasilkan adalah sama.

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 159

C (RM)

SRAC SRAC Q Q Q Q Q SRAC

Q Q

Q (unit)

Rajah 7.14: Keluk Kos Jangka Pendek (SRAC)

Keluk Kos Purata Jangka Panjang (LRAC) Keluk Kos Purata Jangka Panjang (LRAC) terbentuk daripada jutaan Keluk Kos Purata Jangka Pendek (SRAC). Melalui keluk-keluk ini, firma akan merancang pengeluarannya dengan memilih satu saiz logi yang terbaik sahaja (merujuk kepada Keluk SRAC) yang bukan sahaja dapat memaksimumkan output tetapi juga meminimumkan kos pengeluaran. Andaikan dalam jangka panjang terdapat tiga saiz loji yang diwakili oleh keluk kos purata jangka pendek (SRAC), iaitu SRAC1, SRAC2 dan SRAC3 seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.15.
C (RM) SRAC SRAC SRAC LRAC A industri kos menurun B C industri kos meningkat industri kos tetap disekonomi mengikut Q Q Q (unit)

ekonomi mengikut Q

Rajah 7.15: Keluk Kos Purata Jangka Panjang (LRAC)

160 X

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

Pada output Q1, Keluk LRAC akan menyentuh Keluk SRAC1 pada titik sebelah kiri. Keadaan ini menunjukkan faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada tidak digunakan dengan cekap. Oleh sebab faktor-faktor ini mudah diperolehi dan boleh dibeli pada harga yang murah, maka kos pengeluaran yang terlibat adalah rendah. Situasi ini dikenali sebagai industri kos menurun. Pada tahap ini, didapati apabila output bertambah, kos pengeluaran akan berkurangan dan ini disokong dengan Keluk LRAC yang semakin menurun. Pengurangan kos pengeluaran ini juga dikatakan berkait dengan pulangan bertambah mengikut skel, iaitu pertambahan dalam input akan menyebabkan pertambahan dalam output pada kadar yang lebih besar. Apabila input bertambah sebanyak 30%, output akan bertambah pada kadar yang lebih besar daripada pertambahan input sebanyak 30%. Pada output Q2, Keluk LRAC akan menyentuh Keluk SRAC2 apabila mereka berada pada tahap minimum. Keadaan ini menggambarkan bahawa kesemua faktor pengeluaran telah digunakan secara cekap. Oleh sebab harga faktor pengeluaran adalah tetap, maka kos pengeluaran yang terbabit juga adalah tetap. Keadaan ini dikenali sebagai industri kos tetap. Pada tahap ini didapati bukan sahaja output dapat dimaksimumkan, malah ianya dapat dikeluarkan pada kos yang paling minimum. Industri ini didapati berkait dengan pulangan malar mengikut skel, iaitu pertambahan dalam input akan menyebabkan pertambahan dalam output pada kadar yang sama. Apabila input bertambah sebanyak 30%, output akan bertambah pada kadar yang sama dengan pertambahan input sebanyak 30%. Pada output Q3, Keluk LRAC akan menyentuh Keluk SRAC3 pada titik sebelah kanan. Keadaan ini menunjukkan faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada tidak mencukupi. Oleh sebab faktor-faktor pengeluaran ini sukar diperolehi dan boleh dibeli pada harga yang mahal, maka kos pengeluaran yang terlibat telah meningkat. Situasi ini dikenali sebagai industri kos meningkat. Pada tahap ini, didapati apabila output bertambah, kos pengeluaran juga akan bertambah dan ini disokong dengan Keluk LRAC yang meningkat. Peningkatan kos pengeluaran ini juga dikatakan berkait dengan pulangan berkurang mengikut skel, iaitu pertambahan dalam input akan menyebabkan pertambahan dalam output pada kadar yang lebih kecil. Apabila input bertambah sebanyak 30%, output akan bertambah pada kadar yang lebih kecil daripada pertambahan input sebanyak 30%. Kesimpulannya, dalam jangka panjang saiz loji terbaik yang dipilih oleh pengeluar adalah SRAC2. Ini adalah kerana berbanding dengan SRAC1 dan SRAC3, output Q2 dihasilkan pada titik minimum kedua-dua LRAC dan SRAC2.

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 161

Situasi ini menunjukkan bahawa faktor-faktor pengeluaran telah digunakan secara cekap dalam jangka panjang. Malah, berbanding dengan SRAC1 dan SRAC3, kos pengeluaran yang ditanggung oleh firma adalah yang paling rendah, iaitu sebanyak (Q2B). Justeru itu, dengan memilih untuk beroperasi pada SRAC2, pengeluar bukan sahaja telah memaksimumkan output tetapi juga meminimumkan kos pengeluaran. Akhir sekali, Keluk LRAC Berbentuk U (lebih landai berbanding dengan Keluk SRAC) kerana dipengaruhi oleh ekonomi dan disekonomi mengikut bidangan.

7.3

EKONOMI MENGIKUT BIDANGAN

Ekonomi mengikut bidangan merujuk k kepada penurunan Keluk LRAC apabila pengeluaran semakin meningkat. Ia juga berkait dengan pulangan bertambah mengikut skel. Dengan kata lain, ekonomi mengikut bidangan merujuk kepada perkembangan-perkembangan yang berlaku di dalam dan di luar firma akibat daripada kecekapan firma itu sendiri. Sekiranya peningkatan kecekapan adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang berlaku di dalam firma itu sendiri, maka ianya dikenali sebagai ekonomi dalaman. Sebaliknya, jika peningkatan kecekapan adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang berlaku di luar firma, maka ianya dikenali sebagai ekonomi luaran.

7.3.1

Ekonomi Dalaman

Contoh-contoh ekonomi dalaman adalah seperti pengkhususan kerja, ekonomi kewangan dan ekonomi pengurusan. (a) Pengkhususan kerja Andaikan dengan mengupah seorang buruh, beliau perlu melakukan semua tugasan. Pengeluarannya mungkin terjejas. Tetapi dengan mengupah lebih daripada seorang buruh, maka setiap buruh tersebut boleh mengkhusus dalam satu-satu jenis pekerjaan. Dengan melakukan pekerjaan yang sama pada setiap hari, kecekapan buruh akan meningkat. Situasi ini akan menyebabkan firma mengeluarkan output yang lebih banyak dengan kos yang lebih rendah. Ekonomi kewangan Firma-firma besar lebih mudah memperolehi pinjaman berbanding dengan firma-firma kecil. Justeru itu, firma-firma besar ini dapat mengeluarkan output yang lebih banyak dengan kos yang lebih rendah berbanding

(b)

162 X

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

dengan firma-firma kecil. Tambahan pula, kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman mereka adalah rendah. Ini membolehkan mereka menjelaskan pinjaman sebelum tempoh matang bagi menambahkan lebih banyak modal. (c) Ekonomi pengurusan Perkembangan sesebuah firma membolehkan firma tersebut meningkatkan kecekapan kerja-kerja pengurusan dan pentadbirannya. Kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran akan menjadi semakin mantap dan karenah birokrasi dapat diminimumkan. Ini membolehkan firma tersebut mengeluarkan output yang lebih banyak dengan kos yang lebih rendah.

7.3.2

Ekonomi Luaran

Contoh-contoh ekonomi luaran pula adalah seperti ekonomi penempatan dan ekonomi maklumat. (a) Ekonomi penempatan Ekonomi penempatan adalah lokasi di mana sesebuah firma dapat menjalankan aktiviti ekonominya dalam satu kawasan perindustrian. Kawasan perindustrian ini kebiasaannya dibiayai oleh kerajaan dengan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti bekalan air, elektrik, jalan raya, kemudahan perhubungan dan lain-lain. Dengan adanya kemudahankemudahan ini, ia akan memudahkan kerja-kerja firma. Oleh itu, firma dapat mengeluarkan output yang lebih banyak dengan kos yang lebih rendah. Ekonomi maklumat Perkongsian maklumat adalah penting bagi sesebuah firma untuk memperoleh kejayaan. Dalam kes ini, adalah mustahak untuk firma saling bekerjasama di antara satu sama lain. Misalnya, mereka boleh merancang untuk mengadakan persidangan, seminar, mesyuarat atau pameran perniagaan. Melalui perkongsian maklumat ini, idea-idea baru dapat dilahirkan sekali gus membolehkan firma mengeluarkan output yang lebih banyak dengan kos yang lebih rendah.

(b)

7.4

DISEKONOMI MENGIKUT BIDANGAN

Disekonomi mengikut bidangan merujuk kepada kenaikan Keluk LRAC apabila pengeluaran semakin meningkat. Ia juga berkait dengan pulangan berkurangan mengikut skel. Dengan kata lain, disekonomi mengikut bidangan merujuk kepada penurunan perkembangan yang berlaku di dalam dan di luar firma akibat daripada kemerosotan dalam kecekapan firma itu sendiri.

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 163

Sekiranya kemerosotan kecekapan adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang berlaku di dalam firma itu sendiri, maka ianya dikenali sebagai disekonomi dalaman. Sebaliknya, jika kemerosotan adalah disebabkan oleh perkara-perkara yang berlaku di luar firma, maka ianya dikenali sebagai disekonomi luaran.

7.4.1

Disekonomi Dalaman

Contoh-contoh disekonomi dalaman adalah seperti masalah buruh dan masalah ekonomi pengurusan. (a) Masalah buruh pabila buruh melakukan kerja yang sama berulang-kali, lama-kelamaan mereka akan menjadi lembap dan bosan. Keadaan ini menyebabkan produktiviti mereka semakin lama semakin berkurangan. Justeru itu, kekerapan mereka melakukan kesilapan dalam pekerjaan adalah tinggi. Situasi ini menyebabkan kos pengeluaran firma akan meningkat. elain itu, buruh-buruh akan mula menuntut kenaikan dalam upah, terutamanya kakitangan profesional. Firma tiada cara lain selain daripada memenuhi tuntutan dan mengekalkan kerja mereka. Situasi ini akan menyebabkan firma menanggung kos yang berlebihan. (b) Masalah ekonomi pengurusan pabila firma menjadi terlalu besar, proses membuat keputusan akan menjadi perlahan. Urusan pengurusan dan pentadbiran akan menjadi lebih sukar dan rumit. Misalnya, seorang pengurus tidak boleh mengawal bilangan pekerja yang semakin ramai dan kerja-kerja sukar untuk dikoodinasikan. Keadaan ini akan menyebabkan kos pengeluaran firma meningkat.

7.4.2

Disekonomi Luaran

Contoh-contoh disekonomi luaran adalah seperti masalah kos sosial dan penurunan keuntungan. Ini dijelaskan seperti berikut: (a) Masalah kos sosial Firma yang berkembang sehingga menjadi terlalu besar akan menyebabkan berlakunya pencemaran dan kesesakan lalu-lintas. Untuk mengatasi masalah ini, kebanyakan firma terpaksa menanggung kos sosial. Dalam kata lain, firma terpaksa menghabiskan banyak masa dan wang untuk memulih-semula persekitaran dan ini akan meningkatkan kos pengeluaran firma.

164 X

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

(b)

Penurunan keuntungan Sekiranya sesebuah firma bersaing hebat dalam urusan penjualan dan pembelian, seluruh industri akan mengalami kesannya. Persaingan ini akan meningkatkan kos pengeluaran dan mengurangkan keuntungan yang diterima oleh sesebuah firma.

AKTIVITI 7.3
(a) Mengapakah kos purata pengeluaran sesebuah firma selalunya meningkat pada jangka pendek dan jangka panjang, dengan adanya tambahan output yang cukup? Bincangkan dengan pensyarah anda. Terangkan bagaimana anda dapat menentukan bahawa sesebuah firma beroperasi pada tingkat ekonomi mengikut bidangan. Apakah faktor-faktor yang mewujudkan disekonomi mengikut bidangan? Huraikan dengan memberikan contoh-contoh yang bersesuaian. Cuba anda kaitkan kewujudan ekonomi dan disekonomi bidangan dalam syarikat anda bekerja. Bentangkan jawapan anda di dalam kelas.

(b) (c)

(d)

x x

Pengeluaran boleh didefinisikan sebagai proses transformasi input kepada ouput. Pengeluaran jangka pendek menggambarkan hubungan antara jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran marginal. Kesimpulannya, dalam jangka pendek terdapat tiga tahap pengeluaran iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3. Di antara ketiga-tiga tahap ini, tahap yang rasional dipilih oleh pengeluar adalah Tahap 2. Teori pengeluaran jangka pendek juga turut dipengaruhi oleh Hukum Pulangan Marginal Berkurangan. Hukum ini mengatakan bahawa apabila buruh ditambah secara terus-menerus, tambahan pengeluaran semakin lama akan semakin berkurangan. Kos pengeluaran sesebuah firma pula terbahagi kepada dua, iaitu kos eksplisit dan kos implisit. Dalam jangka pendek, sebahagian kos pengeluaran firma tidak akan berubah apabila tingkat keluaran berubah dan sebahagian kos pengeluaran firma akan berubah apabila tingkat

TOPIK 7

TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

W 165

keluaran berubah. Ini bermakna terdapat dua jenis kos yang wujud, iaitu kos tetap dan kos berubah.
x

Dalam jangka panjang pula, kuantiti setiap faktor pengeluaran dapat ditambah apabila firma ingin menambahkan pengeluaran. Oleh sebab itu, kos pengeluaran yang wujud adalah kos berubah. Maka, setiap firma akan memilih saiz loji yang dapat mengeluarkan output dengan kos yang paling rendah. Akhir sekali, kedua-dua Keluk Kos Purata Jangka Pendek (SRAC) dan Keluk Kos Purata Jangka Panjang (LRAC) adalah berbentuk U. Bezanya Keluk SRAC dipengaruhi oleh Hukum Pulangan Marginal Berkurangan, manakala Keluk LRAC dipengaruhi oleh ekonomi dan disekonomi mengikut bidangan.

x x x x x x x

Pengeluaran Fungsi Pengeluaran Jumlah Keluaran Keluaran Purata Keluaran Marginal Tahap-tahap Pengeluaran Hukum Pulangan Marginal Berkurangan

x x x x x x x

Ekonomi Mengikut Bidangan Disekonomi Mengikut Bidangan Pulangan Tetap Mengikut Skel Pulangan Bertambah Mengikut Skel Keluk Kos Purata Jangka Pendek Pulangan Berkurang Mengikut Skel Keluk Kos Purata Jangka Panjang

Hashim Ali. (1999). Comprehensive economics guide. Singapore: Oxford University Press. Tucker, I. B. (2005). Economics for today (5th ed.). USA: South-Western College Publishing Thomson Learning. Ward, D., & Begg, D. (2003). Economics: Students workbook (7th ed.). UK: McGraw Hill.

You might also like