Peraturan Keselamatan Makmal Komputer

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER 1.4.2 Tatacara Penggunaan Am Bilik Komputer penyelaras makmal sebelum menggunakan makmal. b.

Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa. c. Mendapatkan kebenaran penyelaras makmal sebelum menggunakan kemudahan makmal. d. Membuat tempahan awal, kebenaran bertulis atau mengisi borang permohonan penggunaan kemudahan makmal. e. Meninggalkan kasut dan beg di rak yang disediakan di bahagian luar makmal. f. Menggunakan kemudahan dalam makmal mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. g. Mematuhi panduan yang betul semasa menghidup dan mematikan semua peralatan komputer. h. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memasuki makmal tanpa kehadiran guru mereka. i. Tidak dibenar menggunakan kemudahan internet tanpa pengetahuan guru. j. Kebenaran daripada guru mestilah diperolehi sebelum melaksanakan urusan cetakan. k. Pelajar-pelajar di larang sama sekali memasuki Bilik Pelayan (server). l. Mencatatkan maklumat penggunaan makmal pada buku log penggunaan makmal (guru bertugas) dan buku log penggunaan komputer (pelajar). m. Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua peralatan, perkakasan dan perisian dalam makmal kepada penyelaras makmal atau wakilnya dengan SEGERA. n. Dilarang mengalih atau memindahkan segala peralatan dan perkakasan dalam makmal tanpa kebenaran daripada guru penyelaras. o. Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran. 1.4.3 Tatacara Penggunaan Murid

a. Semua pengguna makmal mestilah menerima taklimat keselamatan makmal daripada

a. Dilarang masuk tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. b. Masuk mengikut Jadual Waktu Penggunaan Pusat Akses. c. Catat segala penggunaan dalam Buku Rekod Penggunaan Makmal. d. Berada di dalam Pusat Akses dalam keadaansenyap dilarang berlari, bergurausenda dan bergaduh di dalam Pusat Akses.

e. Dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer. f. Dilarang membawa masuk sebarang perisian luar kecuali dengan izin Penyelaras g. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian kecuali dengan izin Penyelaras. h. Dilarang melayari internet pada alamat yang tidak senonoh / lucah. i. Kemaskan Pusat Akses dan susun semula kerusi sebelum keluar. j. Sentiasa menjaga kebersihan Pusat Akses. k. Laporkan segera kepada Penyelaras atau guru bertugas, jika terdapat sebarang bunyi ganjil, terbau benda terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal.

1.4.3

Tatacara Penggunaan Guru

a. Semua peralatan di dalam Pusat Akses tidak dibenarkan di bawa keluar. b. Kertas taip putih dan bewarna tidak akan dibekalkan kepada guru-guru untuk kegunaan peribadi. c. Ia juga tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai bahan conteng d. Sesuatu yang diperlukan mestilah dimaklumkan kepada Penyelaras supaya dapat direkodkan dan memudahkan untuk dikesan pergerakannya. e. Segala peralatan yang digunakan, mestilah diletakkan di tempat asalnya. f. Sesuatu alat yang dipinjam mesti ada tandatangan pengakuan mengambil atau memulangkannya dengan ditandatangani pengesahan oleh Penyelaras. g. Penyelaras berhak menuntut semula barang yang dipinjam jika melebihi dua minggu dari tempoh pinjaman h. Guru-guru yang datang ke Pusat Akses tidak dibenarkan menyelongkar atau membaca apa jua bahan di dalam fail tanpa kebenaran Penyelaras. i. Kebenaran hendaklah diminta untuk mencetak bahan-bahan dan mencetak bahan persendirian adalah tidak dibenarkan. j. Guru yang hendak menggunakan Pusat Akses, makluman hendaklah dibuat kepada Penyelaras sehari sebelum penggunaan. k. Persediaan hendaklah dibuat sepuluh minit sebelum murid masuk untuk memastikan PC boleh digunakan.

l. Guru yang membawa murid masuk ke Pusat Akses juga hendaklah mengisi Buku Rekod Penggunaan Pusat Akses dan memastikan setiap murid yang menggunakan PC mencatatnya dalam Buku Rekod Penggunaan PC. m. Setelah selesai sesuatu penggunaan, guru tersebut hendaklah memeriksa PC dan memastikan PC dimatikan dengan betul. n. Guru tersebut hendaklah mencatatkan sebarang masalah dan kerosakan dalam Buku Laporan Kerosakan untuk makluman Penyelaras.

You might also like