Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

NUR DHUHA ESOOF

nurdhuha@sph.com.sg
BULAN madu seorang us-
taz muda dan isterinya ber-
akhir dengan air mata apabila
beliau menemui maut dan is-
terinya cedera parah dalam
satu kemalangan kelmarin.
Ustaz Muhammad Saifud-
din Yusoff meninggal dunia
apabila motosikal berkuasa be-
sar yang ditunggangnya un-
tuk berbulan madu di selatan
Thailand terlibat dalam satu
kemalangan di Lebuh Raya
Utara Selatan dekat Taiping
Perak.
Ustaz sambilan warga Sin-
gapura yang sedang belajar di
Universiti IslamAntarabangsa
Malaysia (UIAM) itu dan isteri-
nya, Cik Asmah Nabila Jama-
luddin, baru bernikah kurang
dua bulan lalu.
Menurut bapa Allahyar-
ham, Encik Yusoff Ismail, pasa-
ngan itu bertolak dari Singa-
pura sekitar 6 petang dan me-
rancang bermalam di rumah
saudara seorang murid Allah-
yarham di Pulau Pinang sebe-
lum meneruskan perjalanan
esoknya.
Malang menimpa Allahyar-
ham, seorang hafiz berusia 27
tahun, dan Cik Asmah, 23 ta-
hun, tujuh jamselepas mereka
memulakan perjalanan, seki-
tar 1 pagi kelmarin.
Encik Yusoff, 52 tahun, ber-
kata beliau masih belum tahu
tentang kenderaan yang terli-
bat dalam kemalangan itu.
Cik Asmah, seorang warga
Malaysia, cedera di rusuk dan
bahu dan dikejarkan ke Hospi-
tal Taiping dalam keadaan ti-
dak sedarkan diri.
Bagaimanapun, beliau
membuka mata tidak lama ke-
mudian dan dapat menatap
wajah Allahyarham di hospi-
tal sebelum beliau dikebumi-
kan di Ampang, Kuala Lum-
pur petang kelmarin.
Cik Asmah sudah dibenar-
kan pulang ke rumah.
Menurut Encik Yusoff,
pasangan itu tinggal di sebuah
rumah sewa di Kuala Lumpur
tetapi Allahyarham pulang ke
Singapura setiap hujung ming-
gu kerana mengajar sambilan
bagi program aLIVE di Masjid
Al-Mawaddah di Sengkang
serta kelas membaca Al-Qu-
ran di sini.
Encik Yusoff berkata anak
sulungnya itu pulang ke Singa-
pura 16 Ogos lalu bersama is-
terinya untuk beraya di sini.
Rabu lalu, beliau pulang
ke Kuala Lumpur. Beliau juga
memberitahu saya beliau nak
ke selatan Thailand untuk ber-
cuti selama seminggu dua sebe-
lumkembali ke sekolah, kata
bapa lima anak itu.
Namun sekitar 3.30 pagi
kelmarin, beliau dikejutkan
daripada tidur oleh panggilan
daripada keluarga menantu-
nya di Malaysia yang menyam-
paikan berita buruk itu.
Murid Allahyarham, Encik
Azhar Khalid, berkata sekitar
10.30 malam Allahyarham
menelefon saudaranya di Pu-
lau Pinang dan memberitahu-
nya beliau mungkin sampai le-
wat sekitar 1 pagi.
Saudara saya kata tak me-
ngapa dan beliau boleh datang
bila-bila masa. Yang sedihnya
beliau tak sampai langsung,
kata penyunting kanan Chan-
nel News Asia (CNA) berusia
47 tahun itu.
Seorang rakan, Ustaz Ho
Muhammad Adi, berkata Al-
lahyarham selalu menung-
gang motosikal ke Malaysia
dan Thailand bersama rakan-
rakan.
Beliau seorang penung-
gang yang sangat selamat. Be-
liau selalu memakai pakaian
keselamatan seperti but, jaket,
sarung tangan dan alat pelin-
dung lutut, katanya,
Selepas tamat pengajian
prauniversiti di Madrasah Al-
junied Al-Islamiyah di sini, Al-
lahyarham ke Darul Quran di
Kolej Universiti Islam Melaka
(Kuim) untuk belajar mengha-
fal Al-Quran.
Beliau melanjutkan penga-
jian bidang Al-Quran dan su-
nah di UIAM dua tahun lalu.
ROSEBI MOHD SAH
rosebi@sph.com.sg
PEMERINTAH akan menambah
geran sebanyak $1 juta setiap tahun
kepada badan-badan Melayu/Islam
bagi projek meningkatkan prestasi
masyarakat.
Ini bermakna geran padanan
yang diberi pemerintah kepada Da-
na Pembangunan Masyarakat Mela-
yu-Muslim (MMCDF) akan berjum-
lah $2 juta setahun.
Dalam masa yang sama, 20 pera-
tus atau $600,000 daripada ge-
ran pemadanan yang diberi pemerin-
tah kepada Yayasan Mendaki dan
Angkatan Karyawan Islam (AMP)
akan disalurkan semula kepada
MMCDF.
Ini menjadikan keseluruhan ge-
ran berjumlah $2.6 juta setiap tahun
bermula tahun kewangan 2014.
Ini diumumMenteri Bertanggung-
jawab bagi Ehwal Masyarakat Islam,
Dr Yaacob Ibrahim, di majlis perjum-
paan Hari Raya bagi badan-badan
dan pemimpin Melayu-Islam di ho-
tel Sheraton Towers malam tadi.
Dalam ucapan beliau, Dr Yaacob
turut mengumumkan peluasan skim
Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian
Tinggi (TTFS) kepada pelajar Me-
layu yang mengikuti program diplo-
ma sepenuh masa dan ijazah terten-
tu di Kolej Seni Lasalle dan Aka-
demi Seni halus Nanyang.
Beliau juga memberi respons ke-
pada laporan Suara Musyawarah.
Dr Yaacob juga berkata dengan
dana lebih besar, akan terdapat per-
tanggungjawapan lebih besar dalam
menggunakan dana tersebut.
Pemerintah akan meneroka sa-
tu struktur laporan bagi semua ba-
dan Melayu-Islam supaya dapat me-
nilai dengan lebih baik bagaimana
dana itu digunakan.
Ini juga akan membolehkan pe-
merintah menyemak semula perun-
tukan dan jumlah dana dari masa ke
masa, kata beliau.
Mengenai laporan Suara Musya-
warah, Dr Yaacob berkata ia telah
menjana banyak idea berguna bagi
kebaikan masyarakat Melayu/Islam.
Beliau menggesa badan-badan
Melayu/Islam supaya bekerjasama
dan mengunakan sumber-sumber
dana yang diperbesarkan itu untuk
meraih faedahnya.
Dalam ucapannya, Dr Yaacob,
yang juga Menteri Menteri Perhubu-
ngan dan Penerangan, turut menyen-
tuh tentang semangat sukarelawan
di kalangan golongan muda Melayu/-
Islam.
Beliau juga menyentuh tentang
pembaharuan pucuk pimpinan Maj-
lis Ugama Islam Singapura (Muis);
pembangunan tahap selanjutnya ba-
gi masyarakat Melayu-Islam; serta
peranan masyarakat Melayu-Islam
dalampembangunan masa depan ne-
gara.
Menurut Dr Yaacob, sejak Singa-
pura mencapai kemerdekaan 48
tahun lalu, masyarakat Melayu/Is-
lamtelah menikmati pelbagai kema-
juan, termasuk tahap pendidikan
yang lebih tinggi.
Semakin ramai anak muda kita
menempa nama dalam bidang bu-
kan akademik; termasuk kesenian,
muzik, sukan dan keusahawanan.
Sekali gus, peningkatan dalam
pendidikan turut membawa kesan-
kesan positif yang lain seperti kadar
pendapatan yang lebih tinggi dan ke-
naikan sumbangan bagi kerja-kerja
kebajikan sama ada dari segi
kewangan ataupun tenaga.
Saya terharu dengan perkem-
bangan ini. Sepanjang Ramadan
yang baru berlalu, ramai belia kita
melibatkan diri dalam pelbagai usa-
ha untuk membantu golongan susah
dan warga emas.
Usaha murni ini adalah baik un-
tuk masyarakat kita kerana ia dapat
memperkukuh ikatan antara mere-
ka yang menolong dan yang diban-
tu, tidak kira bangsa atau agama. Se-
mangat gotong-royong seperti ini
harus dilakukan sepanjang tahun,
ujarnya.
Beliau berkata Perdana Menteri,
Encik Lee Hsien Loong dalamRapat
Hari Kebangsaan Ahad lalu, memuji
semangat gotong-royong masyara-
kat Melayu/Islam dan melahirkan
kesediaan pemerintah untuk mem-
bantu badan-badan Melayu/Islam.
Saya ingin mengambil kesempa-
tan ini untuk menyeru badan-badan
Melayu/Islam supaya mengambil
kesempatan ini untuk mengemaskini
tahap profesionalisme dan keceka-
pan masing-masing.
Usaha ini pada akhirnya akan
memberi manfaat kepada masyara-
kat kita juga, tambah beliau.
Laporan lain
Muka 4
Ustaz di Masjid Al-Mawaddah maut dalam nahas di Taiping
Gerantambahanbagi badanMelayu
TTFS akan diperluaskan
MICA (P) 041/11/2012 60 sen Sebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini
TERKORBAN: Ustaz Muhammad Saifuddin ketika bersama isterinya,
Cik Asmah Nabila, yang dinikahi 29 Jun lalu. Foto FACEBOOK
BERSAMA UNTUK MASYARAKAT: Dr Yaacob Ibrahim bersama-sama Anggota Parlimen Melayu yang lain dalam majlis Perjumpaan Hari Raya bagi badan-badan dan para
pemimpin Melayu/Islam di Hotel Sheraton Towers, malam tadi. Foto KHALID BABA
SABTU, 24 OGOS 2013 (17 SYAWAL 1434)
Saranan Suara Musyawarah boleh diteroka
Dr Yaacob:
Sepanjang 48 tahun sejak kemerdekaan, masyarakat Melayu/Islam telah maju seiring
warga Singapura lain sebagai satu negara. Sumbangan institusi kita memainkan peranan
penting dalam perjalanan ini dan kita perlu memastikan institusi itu terus diterajui
pemimpin progresif yang dapat memperkukuh lagi institusi itu.
Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim
PUTRAJAYA: Dua bekas anggota ko-
mando polis Malaysia dibebaskan
daripada tuduhan membunuh wani-
ta Mongolia, Altantuya Shaariibuu,
pada 2006 selepas Mahkamah Ra-
yuan membenarkan rayuan mere-
ka.
Panel tiga hakim terdiri daripada
Datuk Seri Mohamed Apandi Ali,
Datuk Linton Albert dan Datuk
Tengku Maimun Tuan Mat sebulat
suara membenarkan permohonan
rayuan bekas ketua inspektor,
Azilah Hadri, dan bekas koperal, Si-
rul Azhar Umar, semalam.
Kedua-duanya sebelum ini disa-
bitkan bersalah oleh Mahkamah
Tinggi Shah Alam atas tuduhan
membunuh model dan penterjemah
dari Mongolia berusia 28 tahun itu
di kawasan hutan simpanan di Shah
Alam, antara 10 malam 19 Oktober
dengan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Mahkamah Tinggi menjatuhkan
hukuman mati ke atas kedua-dua-
nya.
Mereka ketika itu bertugas di
Unit Tindakan Khas Bukit Aman
dan berada dalam pasukan kesela-
matan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika itu Datuk Seri Najib ada-
lah timbalan perdana menteri dan
menteri pertahanan. Beliau kini Per-
dana Menteri Malaysia.
Keputusan ringkas setebal empat
muka surat dan dibacakan selama li-
ma minit oleh Tengku Maimun itu,
antara lain menyebut bahawa ha-
kim perbicaraan di mahkamah ting-
gi gagal mempertimbangkan alibi
pembelaan yang difailkan oleh Azi-
lah.
Terdapat kelompangan pada
bukti yang diserahkan dan tidak ada
cukup bukti yang mengaitkan tertu-
duh dengan jenayah itu seperti yang
disyaratkan di bawah Seksyen 27
Akta Polis, kata Tengku Maimun.
Beliau selanjutnya berkata ha-
kim Mahkamah Tinggi juga gagal
menentukan kebolehpercayaan sak-
si pihak pendakwaan.
Namun, keputusan mahkamah
rayuan itu amat menyedihkan bagi
bapa Altantuya, Encik Setev Shaari-
ibuu.
Beliau, bagaimanapun, enggan
membuat sebarang kenyataan ke-
cuali berkata: Tiba masanya kera-
jaan Mongolia membuat kenyataan
berhubung keputusan itu.
Difahamkan, Encik Setev me-
mang menjangkakan keputusan itu,
dan kini mahu membawa hal itu ke
peringkat lebih tinggi demi mene-
gakkan keadilan bagi mendiang
anak perempuannya itu.
Reaksi segera itu diperolehi por-
tal berita Malaysiakini semalamme-
nerusi peguamnya di Mongolia, En-
cik Munkhsaruul Mijiddorj.
Keputusan mahkamah rayuan
itu juga mengejutkan beberapa pe-
ngamal undang-undang di Malaysia.
Jadi, soalnya sekarang ialah sia-
pa bunuh Altantuya? Jika mereka
tidak lakukan, siapa yang melaku-
kannya? Perkara ini mengejutkan,
kami mahu tahu siapa bunuh Altan-
tuya, kata Cik Latheefa Koya, se-
orang peguam dan aktivis Parti
Keadilan Rakyat (PKR). Agensi.
FADILAH A.MAJID
fadilah@sph.com.sg
KADAR inflasi di Singapura mening-
kat kepada 1.9 peratus bulan lalu berban-
ding 1.8 peratus pada Jun.
Ini didorong kenaikan dalam kos pe-
ngangkutan privet selepas ia merosot dua
suku berturut-turut.
Para pengamat ekonomi yang ditinjau
awal dari ini meramalkan bahawa inflasi
akan meningkat 2 peratus berbanding
tempoh sama tahun lalu.
Kos pengangkutan privet meningkat 2
peratus bulan lalu berbanding kemeroso-
tan 2.1 peratus pada Jun lalu, menurut
Penguasa Kewangan Singapura (MAS),
dan Kementerian Perdagangan dan Peru-
sahaan (MTI) dalamsatu kenyataan bersa-
ma.
Ini didorong harga kereta lebih tinggi
selepas premium Sijil Hak Milik (COE)
Kenderaan meningkat pada Jun, dan pe-
laksanaan bayaran tambahan baru bagi
kereta.
Harga petrol kenderaan juga mening-
kat sejajar dengan trend kenaikan dalam
harga minyak sejagat.
Kos penginapan meningkat pada kadar
lebih perlahan 2.6 peratus berbanding
dengan 4.8 peratus Jun lalu ekoran re-
bat bayaran Khidmat dan Penyenggaran
(S&CC) bagi flat Lembaga Perumahan
dan Pembangunan (HDB).
Bagaimanapun, kadar inflasi utama
MAS, yang tidak termasuk kos pengina-
pan dan pengangkutan privet, susut kepa-
da 1.6 peratus bulan lalu berbanding 1.7
peratus pada Jun lalu.
Inflasi perkhidmatan reda sedikit kepa-
da 2.5 peratus pada Julai berbanding 2.7
peratus pada sebulannya, didorong kenai-
kan kecil dalam kos jagaan kesihatan dan
khidmat keluarga.
Harga makanan naik 2.1 peratus bulan
lalu berbanding 2 peratus pada Jun, eko-
ran harga makanan belum masak yang
lebih tinggi.
Secara keseluruhannya, inflasi yang di-
import masih terkawal bagi tahun ini,
menurut kementerian itu.
Bagaimanapun, tekanan kos dalam
negeri dijangka berterusan di tengah-te-
ngah pasaran buruh yang ketat, dan kos
yang disalurkan menerusi kenaikan harga
dalam khidmat pengguna mungkin me-
ningkat sedikit.
Mengambil semua faktor itu, inflasi
utama MAS dijangka meningkat sederha-
na dalam enam bulan kedua tahun ini,
dan mencapai purata antara 1.2 peratus
dengan 2.5 peratus dalam 2013, ujar
MAS.
Bagi tahun ini, Indeks Harga Pengguna
(CPI) bagi semua barangan dijangka tum-
buh antara 2-3 peratus.
Dengan harga COE yang terus me-
ningkat, komponen pengangkutan ke-
mungkinan akan mengalami kadar inflasi
yang lebih tinggi dalam beberapa bulan
akan datang, ujar Dr Tan Khay Boon,
Pensyarah Kanan, SIM Global Education.
Menambah, pengamat Citi, Encik Kit
Wei Zheng, meramalkan tekanan kos, ter-
utama daripada kos buruh, akan terus di-
salurkan kepada pengguna dan akan me-
ningkatkan harga inflasi utama kepada 2
peratus atau lebih pada akhir tahun ini.
KEMENTERIAN Ehwal Luar
(MFA) semalam menyangkal lapo-
ran yang diterbitkan firma media
Global Times dan menyifatkan lapo-
ran yang mengandungi komen Per-
dana Menteri Lee Hsien Loong di
Persidangan Antarabangsa Nikkei
ke-19 sebagai tidak tepat dan menge-
lirukan.
Menjawab pertanyaan media, se-
orang jurucakap MFA berkata:
(Laporan itu) menggunakan ta-
juk berita sensasi dan telah meng-
gunakan komen Perdana Menteri
Lee di luar konteks, memutar-belit-
kan kenyataannya dan telah salah
lapor komen berkenaan.
Liputan tidak profesional sede-
mikian tidak berfaedah dan boleh
menjejas hubungan dua hala dan
hubungan antara rakyat.
Laporan itu diterbitkan Rabu lalu
di laman web bahasa Cina Global
Times mengenai persidangan yang
diadakan di Tokyo, Mei lalu.
Ia bertajuk China boleh dapat
Kepulauan Diaoyu tetapi akan hi-
lang kedudukan antarabangsa itu
menukil komen Encik Lee.
Menyangkal laporan itu, juru-
cakap MFA menegaskan bahawa
apabila ditanya sama ada perlu bagi
negara-negara melaksanakan kepu-
ngan ketat ke atas China, Encik Lee
dengan tegas menolak pendekatan
sedemikian.
Jurucakap MFAberkata Perdana
Menteri juga membuat beberapa ko-
men tambahan termasuk:
Negara-negara di rantau ini me-
raih manfaat daripada pembangun-
an China. China sendiri mendapati
ada kepentingan untuk membangun-
kan negara itu secara aman dan de-
ngan cara yang tidak mengancam
jirannya.
China juga akan membuat perhi-
tungan bahawa apa-apa keuntungan
yang diraih daripada pendekatan
tidak aman dalam isu pertikaian wi-
layah perlu dipertimbangkan de-
ngan implikasi yang lebih luas ter-
hadap reputasi dan kedudukannya
di pentas dunia.
Oleh itu, ia tidak akan memba-
wa sebarang faedah jika kita kata-
kan ayuh kita bina persahabatan di
kalangan semua negara yang takut
akan China.
Encik Lee membuat komen itu se-
cara terbuka di hadapan sidang me-
dia antarabangsa dan komen terse-
but dibuat sebagai teman baik China
dan untuk mengetengahkan kedudu-
kan China dengan adil.
Mana-mana pemerhati yang ti-
dak berpihak akan membuat kesim-
pulan bahawa Perdana Menteri, En-
cik Lee, membuat penilaian yang se-
imbang.
Perdana Menteri, Encik Lee, ju-
ga telah cuba membantu agar tidak
menimbulkan sebarang ketegang-
an, kata jurucakap MFA.
Kadar inflasi naik 1.9% bulan lalu
Laporan
Global Times
tentang
komen PM
Lee tak tepat
Bebas daripada tuduhan
MENDAPAT BERITA: Anak lelaki Sirul Azhar Umar, Shukri Azam Shirul (tengah), dipeluk oleh rakan keluarga, Encik Sulaiman
Daharun, sedang saudara lelaki Sirul, Encik Khairnizam Umar, mengesat air mata gembira di luar mahkamah di Putrajaya,
semalam. Foto REUTERS
Mahkamah Rayuan terima rayuan dua bekas anggota polis komando Malaysia
KES BUNUH ALTANTUYA
ALTANTUYA SHAARIIBUU: Dibunuh di
kawasan hutan simpanan di Shah Alam,
antara 10 malam 19 Oktober dengan 1
pagi 20 Oktober 2006. Foto SIN
CHEW JIT POH
2 Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013
Berita
Discount
up to
77
%
Singapore Brand Award 2012
THE MATTRESS KINGDOM
TM
One Stop Furniture Mall
More than 1000 items to choose from
M
E
G
A
S
A
L
E
F
u
r
n
i
t
u
r
e
F
a
i
r
No. 20
Sin Ming Lane
Midview City
Singapore 573968 Tel: 6659 5525
Open daily 10am - 10pm
MELETAK KRETA
PERCUMA
AUG
24
Saturday
open till
11pm
AUG
25
Sunday
open till
10pm
W
O
W
W
O
W
Hanya
2 Hari!
Hanya
2 Hari!
S
e
g
e
r
a
* Only at KING, Midview City
10-door
Wardrobe
$399
UP: $798 Mattress+Bedframe
*All pictures are for illustration purposes only.
$899
UP: $1798 Mattress+Bedframe
$999
UP: $1998 Mattress+Bedframe+2PiIIows
$699
UP: $1398 Mattress+Bedframe+2PiIIows
*
$599(1+4)
$699
UP: $1398
W2090 H400 D400
H94
5
/8
D23
1
/2
W63
6
/8
$299
UP: $598
UP: $1198
$699
UP: $1398 Mattress+Bedframe+2PiIIows
Bedframe $199
Special
Special
$599
$699
UP: $1398
L63
H95
W24
$599
UP: $1198
H77
W63
D24
L60
D16
H32
$399
UP: $798
$299
UP: $598
$299
UP: $598
$399
UP: $798
Children Bedroom Set includes
Mattress+Bedframe+Wardrobe+
Side Table+Computer Table
$49
$89
$189
$239
2+1per set
$399
UP: $999
$88
UP: $299
$399
UP: $798
Jualan Hebat Tilam Berjenama
D
IR
E
C
T
F
A
C
T
O
R
Y
P
R
IC
E
!!!
0
%
Interest
12 months
Instalment
OCBC
DBS
Citibank
Maybank
20 colours to choose from HOT BUYS
Special
BELOW
COSTS
B
a
g
u
s
only2
0
sets
While Stocks Last
THE MATTRESS KINGDOM
Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013 3
PELAJAR Melayu yang mengikuti
programsepenuh masa di Maktab Seni La-
salle dan Akademi Seni Halus Nanyang
(Nafa) bakal layak menerima Subsidi Yu-
ran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS).
Begitu juga dengan pelajar Melayu
yang mengambil ijazah sarjana muda di
Kolej Yale-Universiti Nasional Singapura
(NUS), dan Sekolah Perubatan Lee Kong
Chian Universiti Teknologi Nanyang
(NTU) yang baru.
Berita baik ini diumumkan oleh Men-
teri Bertanggungjawab bagi Ehwal Ma-
syarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim,
malam tadi.
Geran TTFS yang diperluaskan ini ber-
makna lebih ramai pelajar kita akan diberi
sokongan mengejar minat mereka, kata
beliau ketika berucap di Majlis Perjum-
paan Hari Raya.
Skim TTFS untuk pelajar Lasalle dan
Nafa itu adalah bagi mereka yang meng-
ambil program diploma dan beberapa
program ijazah sarjana muda terpilih.
Diperkenalkan pada 1991, TTFS ialah
skimpemerintah yang memberi subsidi yu-
ran kepada pelajar Melayu di institut pe-
ngajian tinggi.
Tahun lalu, kriteria kelayakan bagi
TTFS telah disemak semula untuk mem-
beri manfaat kepada lebih ramai pelajar.
Antara lain, kriteria berdasarkan penda-
patan bulanan per kapita (PCI), yang
mengambil kira saiz keluarga, telah di-
perkenalkan.
Sebelum ini, ia hanya berdasarkan
pendapatan bulanan sahaja.
Selepas kriteria itu disemak, pelajar
daripada keluarga yang mempunyai PCI
di bawah $1,000 akan menerima subsidi
sebanyak 100 peratus.
Mereka yang mempunyai PCI antara
$1,001 hingga $1,200 pula akan meneri-
ma subsidi 75 peratus.
Mereka yang mempunyai PCI antara
$1,201 hingga $1,500 pula akan meneri-
ma subsidi sebanyak 50 peratus.
Ini bermakna sebuah keluarga seramai
empat anggota yang mempunyai pendapa-
tan bulanan $6,000 layak bagi subsidi 50
peratus kerana PCI mereka ialah $1,500.
TERDAPAT beberapa saranan
berguna dalamlaporan Suara Musya-
warah yang boleh diterokai bagi
memperbaiki dan meningkatkan lagi
prestasi masyarakat Melayu/Islam
Singapura.
Justeru, Menteri Bertanggungja-
wab Bagi Ehwal Masyarakat Islam,
Dr Yaacob Ibrahim, berkata beliau
telah meminta Majlis Ugama Islam
Singapura (Muis) dan Yayasan Men-
daki mengkaji laporan itu lebih lan-
jut.
Tujuannya ialah melihat bagaima-
na program-program yang disaran-
kan dalam laporan itu dapat diterap-
kan sebaiknya dalam program ke-
dedua badan tersebut ataupun me-
nimbangkan memulakan inisiatif ba-
ru.
Keinginan mengecap tahap ke-
jayaan dan kehidupan yang lebih
baik merupakan salah satu impian
masyarakat kita.
Ini juga salah satu dapatan jawa-
tankuasa Suara Musyawarah. Mere-
ka telah menemui ramai anggota
masyarakat daripada pelbagai latar
belakang sama ada pemandu teksi,
ibu tunggal atau karyawan.
Walaupun Jawatankuasa Suara
Musyawarah akur terdapat golo-
ngan yang mudah terdedah kepada
gejala kurang positif, mereka yakin
masyarakat Melayu/Islam bersikap
tabah dan bertekad menghadapi
cabaran, serta mampu mencapai le-
bih banyak kemajuan pada masa
akan datang, ujar Dr Yaacob, yang
juga Menteri Menteri Perhubungan
dan Penerangan.
Mengenai satu aspek dalamLapo-
ran Suara Musyawarah iaitu tang-
gapan wujudnya diskriminasi peker-
jaan Dr Yaacob berkata pekerja
Melayu yang berasa kurang puas
hati boleh mendapatkan bantuan
nasional daripada Perikatan Tiga Pi-
hak bagi Amalan Pekerjaan yang
Adil (Tafep).
Tafep mempunyai seksyen di la-
man webnya, yang menjemput mak-
lumbalas daripada orang yang meng-
alami diskriminasi di tempat kerja
berdasarkan umur, jantina, kaum,
agama, bahasa, status keluarga atau
kurang upaya. Nasihat praktikal dan
bantuan disediakan kepada pengadu
oleh Tafep.
Satu lagi ialah hotline WorkRight
yang disediakan bersama oleh Ke-
menterian Tenaga Manusia (MOM)
dan Lembaga Tabung Simpanan Pe-
kerja (CPF) bagi para pekerja menda-
patkan bantuan, dengan butiran pri-
badi mereka dirahsiakan.
Saya galakkan para pekerja kita
memanfaatkan wadah-wadah na-
sional ini, tambah beliau.
Namun, Dr Yaacob berkata be-
liau juga telah meminta Mendaki
Sense untuk membentuk sebuah
unit bagi menyediakan keperluan
latihan komprehensif dan pelu-
ang-peluang pekerjaan bagi para pe-
kerja Melayu/Islam.
Beliau juga telah meminta Menda-
ki agar bekerjasama dengan enam
kelompok masjid bagi menyediakan
sistemmendekati keluarga yang me-
merlukan.
Mendaki akan mengendalikan
Mendaki@Heartlands dalam kelom-
pok-kelompok masjid.
Pegawai Mendaki akan bekerja-
sama dengan para pegawai masjid
bagi mengenalpasti keluarga-keluar-
ga yang memerlukan dan merujuk
mereka kepada agensi-agensi yang
relevan.
Keluarga itu dan anak-anak me-
reka juga akan menerima program
agama di masjid-masjid, tambah be-
liau.
SUMBANGANEdusave yang dilanjut-
kan kepada para pelajar madrasah oleh pe-
merintah baru-baru ini menunjukkan satu
isyarat bahawa pemerintah terus mende-
ngar keprihatinan rakyat dan menyemak
semula dasar-dasarnya.
Menteri Bertanggungjawab Ehwal Ma-
syarakat IslamSingapura, Dr Yaacob Ibra-
him, berkata masyarakat Melayu/Islam
sering menerima sokongan kukuh daripa-
da pemerintah dalamusahanya meningkat-
kan taraf masyarakat itu.
Pemerintah, kata beliau, sekali lagi te-
lah membuktikan komitmennya menden-
gar keprihatinan rakyat.
Saya gembira bahawa Perdana Men-
teri Lee mengumumkan Edusave kini
boleh dimanfaatkan oleh para pelajar mad-
rasah sebagai isyarat bahawa pemerintah
menghargai setiap pelajar. Ini merupakan
berita baik bagi kita dan satu lagi isyarat
pemerintah kita terus mendengar dan
menyemak semula dasar-dasarnya.
Selain peluang-peluang yang dibuka
oleh pemerintah, kami juga dapat faedah
daripada banyak program daripada ba-
dan-badan Melayu/Islam kita.
Kerjasama ini berfungsi dengan baik
dan mesti diteruskan, kata beliau yang ju-
ga Menteri Perhubungan dan Penerangan.
Semasa berucap dalam bahasa Melayu
di Rapat Hari Kebangsaan baru-baru ini,
Encik Lee mengumumkan bahawa peme-
rintah akan meluaskan akaun dan sumban-
gan Edusave kepada semua murid, tidak
kira sama ada murid itu murid madrasah,
murid yang berada di luar negara atau
mereka yang mendapat pendidikan di ru-
mah.
Menurut Encik Lee, isu memberi sum-
bangan Edusave kepada semua pelajar,
termasuk pelajar madrasah, merupakan
isu yang sudah lama tertunggak hinggakan
ada golongan murid berasa terpinggir.
Bahkan, para Anggota Parlimen Me-
layu Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah
banyak kali membincangkannya dan se-
panjang beberapa tahun lalu telah menge-
mukakan perkara tersebut kepada Encik
Lee untuk dipertimbangkan.
Sumbangan Edusave sebelum ini ha-
nya diberikan kepada pelajar di sekolah
nasional sahaja.
Dr Yaacob berkata bahawa masya-
rakat Melayu/Islam boleh berbangga de-
ngan cara bagaimana ia mengatasi pel-
bagai cabaran dan kesukaran awal di
samping memanfaatkan peluang yang dise-
diakan.
Setelah hampir lima dekad bekerjasa-
ma dengan warga Singapura lain memba-
ngunkan negara ini dan membina kedia-
man, masyarakat Melayu/Islam turut
membangunkan identiti Singapura yang
unik.
Singapura adalah rumah kita. Di sini
adalah tempat di mana kita membesarkan
keluarga kita, di samping membina dan
mengukuhkan masyarakat kita. Kita akan
membangunkan masa depan kita... Masya-
rakat kita mesti mengorak langkah ke
depan dan mengambil tempat dalammem-
bentuk masa depan negara kita, tambah
beliau.
MASYARAKAT Melayu/Islam mesti terus bekerjasa-
ma dengan warga Singapura lain bagi memastikan penaka-
tan berterusan Singapura.
Golongan muda Melayu/Islam, yang berkemahiran
boleh membuat perbezaan ketara dalam menentukan
sumbangan masyarakat kita bagi kemajuan negara.
Menteri Bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam,
Dr Yaacob Ibrahim, berkata dengan menggunakan media
sosial, individu-individu yang mempunyai minat dan kege-
maran yang sama boleh menjana inisiatif-inisiatif secara
pantas dan menjalin ikatan antara kumpulan-kumpulan
masyarakat berbeza.
Malah, golongan muda kita boleh bersuara dalam
wacana nasional dan memainkan peranan proaktif dalam
usaha-usaha pembangunan negara, kata beliau semasa
berucap di Perjumpaan Hari Raya bagi Badan-Badan Mel-
ayu-Islam malam tadi.
Beliau juga berkata pencapaian pendidikan yang se-
makin meningkat dalam masyarakat Melayu/Islam telah
membawa kepada pendapatan lebih tinggi dan kemewah-
an.
Pendapatan median keluarga Melayu/Islamtelah men-
ingkat daripada $2,709 dalam 2000 kepada $3,944 pada
2010.
Dengan kemewahan yang lebih baik, kita juga dapat
memberi lebih lagi bagi kerja-kerja kebajikan.
Lebih banyak wang dikumpul menerusi Dana Menda-
ki dan Dana Bangunan masjid (MBMF), zakat, pungutan
mingguan bagi 69 masjid di merata negara dan sokongan
bagi badan-badan kebajikan sukarela.
Ini adalah perkembangan positif. Apa yang lebih me-
narik ialah timbulnya semangat sukarelawan yang melebi-
hi peningkatan pencapaian pendidikan, yang saya rasa
baik bagi masyarakat kita, tambah beliau.
Dr Yaacob berkata beliau memerhatikan lebih ramai
golongan muda Melayu/Islam yang berkemahiran dan
mempunyai sumber-sumber giat menjalankan kerja-kerja
kemasyarakatan seperti projek-projek sekitaran, memban-
gunkan rumah bagi golongan kurang bernasib baik dan
mengajar kemahiran kepada golongan muda di nega-
ra-negara sedang membangun.
Saya merayu pada para pemimpin masyarakat kita su-
paya menyokong inisiatif-insiatif golongan muda kita
melakukan kerja-kerja berguna, ujar Dr Yaacob.
MAJLIS PERJUMPAAN RAYA
Tanda keprihatinan pemerintah
TTFS diperluas kepada
pelajar Lasalle dan Nafa
Saranan Suara Musyawarah boleh diteroka
Yaacob: Golonganmuda jana inisiatif
SEBAGAI presiden sepenuh ma-
sa, Haji Alami Musa telah meningkat-
kan taraf Majlis Ugama Islam Singa-
pura (Muis) sebagai badan berkanun
dan penguasa agama Islam di sini.
Beliau menyelia banyak projek
penting seperti SistemMadrasah Ber-
sama, Kelompok Masjid Yang Diper-
tingkat dan kurikulum pendidikan
agama separuh masa. Haji Alami ju-
ga merupakan seorang penyokong
kuat dalam dialog antara agama.
Memuji peranan penting yang di-
mainkan Haji Alami semasa menera-
jui Presiden Muis, Menteri Bertang-
gungjawab bagi Ehwal Masyarakat
Islam, Dr Yaacob Ibrahim, semasa
berucap di Perjumpaan Hari Raya
dengan badan-badan Melayu-Islam
malam semalam, berkata:
Marilah bersama saya menunjuk-
kan penghargaan kita kepada Haji
Mohammad Alami bagi sumbangan
tinggi beliau kepada masyarakat dan
berharap beliau dapat melakukan
yang terbaik bagi masa depannya.
Menurut Dr Yaacob, Haji Moham-
mad Alami telah bersetuju menyum-
bang kesinambungan bagi peralihan
pucuk pimpinan Muis dengan ber-
khidmat sebagai presiden bukan ek-
sekutif Muis.
Selain itu, Haji Alami juga akan
menerajui programkajian dalamHu-
bungan Antara Agama bagi Masya-
rakat Berbilang Kaum di Pengajian
Antarabangsa Sekolah S. Rajarat-
nam (RSIS).
Beliau juga dilantik sebagai duta
kelana ke Algeria dan sebagai Perwa-
kilan Perniagaan Kehormat Interna-
tional Enterprise (IE) Singapore bagi
Timur Tengah dan Afrika Utara.
Tugas pengurusan harian Muis di-
terajui Ketua Eksekutif barunya,
Haji Abdul Razak Maricar Hassan
Maricar sejak awal bulan ini sementa-
ra Haji Mohd Alami kini menjadi pre-
siden bukan eksekutif.
Jasa Alami
dihargai
DR SITI NURHANNA RIDUAN, 30 TAHUN, ZAMIL
POSKEDOKTORAN INSTITUT KEJURUTERAAN BIO
DAN TEKNOLOGI NANO (IBN)
Anggotai pasukan di IBN yang pertama di dunia berjaya
merubah karbon dioksida kepada methanol menerusi
proses hijau
AISHAH SAMAD, 41 TAHUN, BEKAS PENEMBAK
NASIONAL DAN PEMENANG PINGAT GANGSA
DI SUKAN ASIA TENGGARA (SEA)
Kededua pasang kaki dan tangannya dipotong akibat
jangkitan kuman, tetapi masih optimistik dan kini
berhasrat menyertai Sukan Paralimpik
NUR ATIQAH AZHARI, 19 TAHUN, PENERBIT BUKU
Tubuhkan syarikat penerbitan sendiri, Wishfalls, dan
menulis buku Kayden Cott dan siri buku Kiara Cott yang
disasarkan kepada kanak-kanak berusia sembilan hingga
11 tahun
MOHAMMAD SHAHRI SAMSI, 24 TAHUN, USAHAWAN
Tubuhkan syarikat keusahawanan sosial jual Pau,
Pau-Wer, yang gajikan bekas banduan dan ibu bapa
tunggal
PASANGAN ADIK BERADIK TENGKU AZAN SHAH TENGKU SRI INDRA, 33 TAHUN, DAN TENGKU SRI MELATI,
31 TAHUN
Anjur Ramadan Food Drive yang berjaya kumpul $18,000 menerusi Facebook dan agihkan habuan kepada sekitar
200 keluarga Ramadan lalu
Pencapaian bermakna individu Melayu
Foto FAIL
L
L L
L L
Boleh bersuara dalam wacana
nasional, main peranan
proaktif bangunkan negara
4 Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013
Berita
Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013 5
KEMENTERIAN Kebudayaan, Masya-
rakat dan Belia (MCCY) akan menyokong
6,000 belia yang ingin menyumbang kepa-
da masyarakat setiap tahun mulai tahun
depan.
Sokongan yang akan dihulurkan kepa-
da Pasukan Belia Sukarelawan itu tidak
hanya terbatas kepada geran, malah
dalambentuk latihan, mentor dan peluang
membina rangkaian perkenalan bersama
belia lain yang juga berminat melakukan
kegiatan kemasyarakatan.
Demikian dinyatakan Pemangku Men-
teri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia,
Encik Lawrence Wong, di satu taklimat
media, kelmarin.
Penubuhan pasukan yang meluaskan
peluang serta sokongan kepada belia un-
tuk melakukan projek-projek kemasyara-
katan di luar negara dan di Singapura itu
diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee
Hsien Loong, di rapat Hari Kebangsaan,
Ahad lalu.
Pasukan tersebut akan bekerjasama
dengan institusi pengajian tinggi seperti
Institut Pendidikan Teknikal (ITE), po-
liteknik dan universiti untuk memadan-
kan belia dan golongan dewasa muda
berusia antara 15 dengan 35 tahun de-
ngan golongan yang mempunyai keper-
luan kritikal.
Pasukan itu juga akan membantu be-
lia membina keupayaan memberi
sumbangan yang berkesan dan berke-
kalan kepada masyarakat.
Belia-belia itu akan disokong Majlis
Belia Kebangsaan (NYC) yang antara
lain akan memberi elaun kepada pelajar
yang mahu menunda pengajian mereka
selama beberapa bulan bagi memberi
sepenuh perhatian kepada kerja-kerja
kemasyarakatan.
Menerusi Pasukan Belia Sukarela-
wan, kami ingin menyediakan rangka
kerja di mana kami dapat menyediakan
pembangunan dan latihan lebih menye-
luruh kepada belia serta pementoran
dan bimbingan untuk pemimpin belia.
Kemudian, kami berikan wadah untuk
mereka berkhidmat kepada masyarakat
di luar negara dan di Singapura dan ka-
mi berharap pengalaman sebagai suka-
relawan itu akan menjadi sesuatu yang
bermakna dan memuaskan bagi mere-
ka, kata Encik Wong.
PARLIMEN ke-12 Singapura akan dihentikan buat
seketika tahun depan bagi membolehkannya menye-
mak kerja-kerja yang sudah dijalankan dan memberi la-
luan kepada Pemerintah melakar satu program perun-
dangan baru.
Mendedahkan langkah itu kelmarin, Perdana Men-
teri, Encik Lee Hsien Loong, berkata beliau berniat
mahu memprorog atau menggantung Parlimen satu
amalan yang biasa dilakukan pada tempoh pertengah-
an Parlimen tahun depan.
Amalan tersebut bakal melihat Parlimen menghenti-
kan sesinya, tanpa dibubarkan, dan kemudian dimula-
kan semula.
Apabila Parlimen bermula lagi (dalam sesi kedua),
kami akan menetapkan separuh penggal selanjutnya,
mengadakan titik permulaan yang baru bagi tempoh
penggal itu, tetapkan hala tuju yang saya fikir, akan
kami lakukan tahun depan, ujarnya.
Encik Lee berkata demikian semasa satu sesi dialog
selama 90 minit bersama golongan muda para pelajar
institusi pengajian tinggi (IHL) dan karyawan muda
anjuran Majlis Belia Kebangsaan (NYC) di kampus
Maktab Seni LaSalle, kelmarin.
Sesi itu turut disertai Pemangku Menteri Kebu-
dayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong.
Parlimen ke-11 Singapura pernah diprorog pada
2009, tiga tahun setelah ia dimulakan.
Parlimen ke-12 kini dimulakan pada Oktober 2011.
Pengumuman Encik Lee mengenai Parlimen itu
dibuat ketika menjawab pertanyaan seorang maha-
siswa Universiti Nasional Singapura (NUS), Encik Soh
Yi Da, 24 tahun, yang meminta Encik Lee memberikan
Pemerintah satu kad laporan pertengahan penggal
dengan markah antara 1 dengan 10.
Pelajar tidak pernah memberikan mereka kad lapo-
ran. Mereka tunggu guru mereka, seloroh Encik Lee.
Namun Encik Lee menambah satu laporan kema-
juan sedang disiapkan apabila Parlimen diprorog
kelak.
Meskipun beliau cuba tidak memberikan dirinya se-
barang gred, Encik Lee berkata sepanjang dua tahun la-
lu, Pemerintah sibuk melakukan perlakaran dasar, se-
perti perumahan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Isu sukarelawan menjadi satu topik hangat yang di-
bincangkan, dengan sesetengah peserta mengemuka-
kan kebimbangan mereka mengenai penubuhan Pasu-
kan Sukarelawan Belia yang diumumkan Encik Lee
dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan (NDR) beliau
Ahad lalu, yang boleh terlalu menginstitusikan sema-
ngat sukarela.
Menurut Encik Wong, pembuat dasar juga mempu-
nyai kebimbangan yang sama.
Kami amat berhati-hati, kami tidak mahu akhirnya
mengongkong semangat itu, kata Encik Wong.
Dalam pada itu, Encik Lee juga berkongsi tip me-
ngenai penggunaan media sosial yang kerap beliau la-
kukan untuk mendekati masyarakat.
... jika anda mahu lakukan sesuatu untuk Singapu-
ra, anda tidak harus berhenti hanya kerana terdapat ko-
men yang tidak baik. Dalam kehidupan awam, anda
perlu belajar tebalkan muka di tempat yang betul, pada
masa yang betul.
Saya mempunyai kehidupan awam. Anda bakar
saya (di dalam talian), saya kalis api! kata Encik Lee.
Belia inginberbakti disokong
PMLee umum
sesi Parlimen
dihenti seketika
Selain geran, MCCY beri sokongan dalam bentuk latihan, mentor dan peluang bina rangkaian kenalan
the
new
paper
LOUD
TUESDAY IN
Will Lady Gaga or Katy Perry
launch the better comeback at
this years MTV Video Music Awards?
Concert tickets to
Sam Tsui & Kurt Hugo
Schneider Asia Tour 2013!
+
WIN
G
I
R
L
F
IG
H
T
!
6 Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013
Berita SETEMPAT
Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013 7
NURADILAH MAHBOB
adilaham@sph.com.sg
PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP)
adalah satu peluang merenung pencapaian
negara ini menjadi sebuah masyarakat ber-
bilang bangsa yang bersatu padu, kata Pre-
siden Tony Tan Keng Yam.
Apabila rakyat Singapura daripada pel-
bagai latar belakang, budaya dan agama
berhimpun meraikan pencapaian negara, ki-
ta diingatkan erti menjadi rakyat Singapu-
ra, menghargai jalinan rapat dalam masya-
rakat, dan membangun atas warisan yang
ditinggalkan nenek moyang kita demi mem-
perkukuh negara, kata Dr Tony Tan.
Beliau berkata demikian ketika berucap
di satu jamuan petang yang dianjurkannya
di Istana kelmarin bagi memberi penghar-
gaan kepada penganjur dan peserta NDP
tahun ini.
Presiden Tony Tan berkata, Singapura
mengadakan NDP pertamanya pada 1966
dan sejak itu formatnya telah berubah, wa-
laupun semangat dan tujuan asas per-
barisan itu tetap sama.
Beliau memuji penganjur dan pasukan
kreatif kerana berani mencari konsep baru
di luar konsep tradisional hingga berjaya
memberikan satu pertunjukan yang me-
narik tahun ini.
Beberapa konsep baru yang diperkenal-
kan dalam NDP tahun ini termasuk koir se-
ramai 68 anggota, merangkumi warga biasa
yang menyanyikan lagu hari kebangsaan.
Sebelum ini, lazimnya penyanyi profe-
sional yang diundang mendendangkan lagu
itu.
Selain itu, NDP yang bertemakan Pel-
bagai kisah... Satu Singapura juga mema-
parkan peserta Sukan Olimpik dan Para-
limpik bagi mengiktiraf pencapaian dalam
sukan.
Dr Tony Tan turut memberi penghar-
gaan kepada sekitar 10,000 peserta dan kak-
itangan yang terlibat dalam NDP, termasuk
peserta Muslim yang gigih melibatkan diri
dalamsesi latihan meskipun menahan daha-
ga dan lapar dalam Ramadan.
Lebih 100 anggota jawatankuasa pengan-
jur dan wakil kumpulan peserta hadir di aca-
ra kelmarin.
Antaranya ialah guru prasekolah, Cik
Arfahrizan Abdul Wahed, 38 tahun, yang
berbesar hati diundang ke Istana buat perta-
ma kalinya.
Saya juga bangga terlibat dalam NDP
tahun ini kerana menerusi acara itulah kami
dapat rasa keakraban di antara warga Singa-
pura tidak kira latar belakang, ujar ibu em-
pat anak yang mewakili Rangkaian Guru
Prasekolah Singapura itu.
SHAMSUL JANGARODIN
shamj@sph.com.sg
HOSPITALmasyarakat kelima Singa-
pura, Hospital Masyarakat Yishun
(YCH), akan memperuntukkan lebih
banyak katil bagi pesakit yang memerlu-
kan rawatan separuh akut, atau rawatan
jangka masa pertengahan.
Mendedahkan butiran mengenai hos-
pital yang bakal dibina bersebelahan
Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) di
Yishun Central itu dan dijangka mula
beroperasi menjelang 2015, Ketua Pe-
gawai Eksekutif Kumpulan Alexandra
Health, Encik Liak Teng Lit, berkata se-
pertiga pesakitnya kelak bakal merupa-
kan pesakit separuh akut.
Ini termasuk warga tua yang memer-
lukan penjagaan lanjut selepas mengala-
mi serangan jantung atau orang muda
yang mengalami kecederaan teruk sele-
pas kemalangan.
Berkata demikian semasa acara pem-
bentonan YCH oleh Menteri Kesihatan,
Encik Gan Kim Yong, di tapak pembi-
naan hospital itu semalam, Encik Liak
menambah YCH direka dengan sekita-
ran riang, lengkap dengan ruang terbu-
ka dan taman-taman hijau bagi meng-
hidupkan satu suasana kampung.
YCH tidak akan menjadi sebuah
hospital di mana pesakit akan baring se-
panjang hari. Kami akan sediakan ruang
luas di dalam wad dan koridor di mana
pesakit digalak bangun, misalnya mem-
buat air mereka sendiri atau keluar
menghidu udara segar, dan bergerak
mendapatkan mobiliti mereka semula.
Lebih penting lagi, kami akan ada-
kan terapi seni dan muzik bagi mem-
bahagiakan pesakit. Ia bukan sebuah
hospital di mana pesakit rasa seperti
hendak mati, kata Encik Liak.
Langkah ini juga, tambah Encik Liak,
membolehkan KTPH, yang akan di-
hubungkan dengan YCH menerusi se-
buah jambatan, memberi tumpuan pada
para pesakit akut dan KTPH mungkin
satu hari nanti menjadi seperti sebuah
Unit Penjagaan Rapi (ICU) yang besar.
Jambatan ini membolehkan kede-
dua hospital saling berkongsi kemudah-
an, kata Encik Liak.
Alexandra Health System merupa-
kan kelompok penjagaan kesihatan
yang mengurus KTPH dan YCH.
Apabila siap, YCH akan menyedia-
kan 428 katil bagi pesakit menjalani
pemulihan, mendapatkan rawatan sepa-
ruh akut, demensia dan penjagaan palia-
tif atau melegakan kesakitan.
Ia juga menjalin kerjasama dengan
beberapa rumah rawatan seperti Villa
Francis Home, Sunlove Home dan Sree
Narayana Mission, bagi memudahkan
pesakitnya yang memerlukan penjagaan
rawatan jangka panjang dipindahkan ke
rumah-rumah rawatan itu setelah men-
jalani rawatan di YCH.
Pada masa sama, YCHjuga bakal me-
nempatkan Institut Pendidikan dan Ka-
jian Geriatrik (Geri) Kementerian Kesi-
hatan (MOH), badan nasional bagi penja-
gaan warga tua yang diumumkan dalam
Belanjawan 2011.
Dalam ucapannya, Encik Gan berka-
ta Geri akan memimpin pembangunan,
penyelarasan dan pelaksanaan inisia-
tif-inisiatif bagi memperkukuh pendidi-
kan dan kajian geriatrik bagi membantu
Singapura membuat persiapan lebih
baik dalam menempuh cabaran masya-
rakat yang menua.
NDP peluang renung
pencapaian berbilang kaum
YCHTumpu
rawatan
separuhakut
PENGHARGAAN PRESIDEN: Presiden Tony Tan (tengah) dan isterinya, Cik Mary Tan (baju merah), menganjurkan jamuan petang sebagai penghargaan
kepada penganjur dan peserta NDP. Acara itu turut dihadiri Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Negara
merangkap Pertahanan), Dr Mohd Maliki Osman (kemeja putih). Foto SPH
RitaBella Investment Pte Ltd
No. 627A Aljunied Road, #01-03, Biztech Centre
Tel : +65 6844 4426 Fax : +65 6844 4430 Email : enquires@ritabella.net
Dibawakan oleh
Bagaimana anda dapat :-
1. Mulakan Portfolio Pelaburan Hartanah Dengan Modal Kurang
dari $5000
2. Raih Keuntungan yang Selamat dan Terjamin (Guaranteed Returns)
3. Pelaburan Jangka Masa Pendek yang Tidak Membebankan (5 tahun)
4. Gandakan Wang Anda untuk Keperluan Masa Depan
Pelaburan hartanah merupakan salah satu pelaburan wajib yang selalu digunakan
oleh mereka yang berjaya. Hadiri workshop kelolaan
RitaBella Investment, yang direka khas untuk mereka
yang ingin menceburi pelaburan hartanah.
WORKSHOP
PELABURAN
HARTANAH
Penceramah: Mr S. Suresh,
CEO RitaBella Group
of Companies
Tarikh : 31 Ogos 2013
Masa : 3 4 petang
Tempat : Ritabella Investment Showroom,
No.136, Tessensohn Road,
S(217699).
Berdekatan Farrer Park MRT (Exit B)
Harga Tiket : PERCUMA
Untuk Pendaftaran, hubungi talian
6294 1434 dengan Segera
aBella Investment Pte Ltd
awakan oleh
ah Dengan Modal Kurang
n Terjamin (Guaranteed Returns)
ng Tidak Membebankan (5 tahun)
uan Masa Depan
satu pelaburan wajibb ya ya yyy ng ng selalu digunakan
kshop kelolaan
s untuk mereka
anah.
howroom,
oad,
k MRT
talian
a
(Exit B)
n
T
e
m
p
at
Terhad, Daftar Sekarang!
T
e
m
p
at
Terhad, Daftar Sekarang!
Penafian: Semua bentuk dagangan dan pelaburan membawa risiko. Kegiatan sedemikian mungkin tidak sesuai untuk sebilangan orang.
Hospital masyarakat
kelima direka dengan
sekitaran riang,
suasana kampung
Apabila rakyat Singapura daripada
pelbagai latar belakang, budaya dan agama
berhimpun meraikan pencapaian negara,
kita diingatkan erti menjadi rakyat
Singapura, menghargai jalinan rapat dalam
masyarakat, dan membangun atas warisan
yang ditinggalkan nenek moyang kita demi
memperkukuh negara.
Presiden Tony Tan Keng Yam
8 Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013
Berita SETEMPAT
HARGArumah di Singapura masih di-
anggap tinggi, di sebalik langkah peme-
rintah meredakan pasaran hartanah.
Menurut tinjauan laman hartanah
nombor satu Asia, iProperty Group, 61
peratus responden menganggap harga
jualan semula flat tidak dimampui keluar-
ga Singapura dengan pendapatan seder-
hana.
Ini berbanding 23 peratus yang men-
yatakan mereka mampu membelinya.
Para pemilik rumah pula umumnya
yakin bahawa harga rumah tidak akan
merosot.
Kajian itu juga mendapati 74 peratus
responden menunda pembelian mereka.
Malah, 60 peratus responden meminta
agar pemerintah melaksanakan langkah
-langkah tambahan bagi meredakan lagi
pasaran hartanah.
Seramai 2,825 responden di Singapu-
ra mengambil bahagian dalam Tinjauan
Sentimen Pengguna Hartanah Asia Pas-
ifik itu.
Pembeli amat bimbang mengenai
paras harga dan kemampuan mereka. Se-
bahagian besar responden menunda pem-
belian rumah.
Persoalannya ialah sama ada menun-
da pembelian itu merupakan pendeka-
tan terbaik.
Beberapa pengamat meramalkan
harga akan merosot. Namun, walaupun
terdapat ramalan kemerosotan harga har-
tanah, harga masih meningkat, ujar Pen-
gurus Besar iProperty.com, Encik Sean
Tan, dalam satu kenyataan.
Perangkaan terbaru Penguasa Pem-
bangunan Semula Bandar (URA) menun-
jukkan jumlah pembelian rumah privet
susut 73 peratus kepada 481 unit Julai la-
lu, berbanding 1,806 pada Jun.
Satu lagi isu ialah walaupun pemerin-
tah telah memperkenalkan langkah
meredakan pasaran hartanah, para pema-
ju hartanah telah membeli tapak-tapak
hartanah pada harga rekod.
Lantas, mereka tidak boleh meletak-
kan harga lebih rendah bagi rumah yang
mereka bangunkan.
Sebanyak 59 peratus responden
yakin harga rumah mereka akan dapat
dikekalkan, walaupun lebih banyak unit
rumah baru dilancarkan.
Minat membeli dan melabur rumah
baru masih kukuh, dengan 68 peratus re-
sponden minat dalampelancaran kondo-
minium baru.
Sebanyak 51 peratus responden mem-
beli rumah itu bagi pelaburan jangka pan-
jang, 46 peratus bagi pendapatan sewa,
dan 40 peratus untuk didiami.
Kondominium masih menjadi tum-
puan pelabur, dengan 68 peratus ingin
membeli rumah jenis ini.
NORHAIZA HASHIM
norhaiza@sph.com.sg
DANA pelaburan halal di Singapura men-
catatkan prestasi berbeza-beza, sedang pasa-
ran saham sejagat mengalami keadaan tidak
menentu.
Analisis yang dijalankan Ekoniaga menun-
jukkan Dana Takaful NTUCIncome mencatat
prestasi terbaik dalamjangka pendek dan pan-
jang.
Dua dana yang mencatatkan kerugian da-
lamtempoh jangka pendek sejak tiga bulan la-
lu berakhir kelmarin ialah Dana Logam Ber-
harga Noor DWS (dolar Singapura) dan Dana
Pertumbuhan Asia Syariah Franklin Temple-
ton yang baru diperkenalkan di Singapura Feb-
ruari lalu.
Dana Takaful NTUC Income, sebuah
produk insurans berkaitan pelaburan (ILP),
naik 7.44 peratus sejak tiga bulan lalu me-
ngatasi dana-dana halal yang lain.
Ia mengatasi sebuah lagi ILP takaful, Dana
Ekuiti Sejagat Beretika HSBC, yang tumbuh
5.95 peratus.
Dana halal terbaru di sini, Dana Pertumbu-
han Ekuiti Syariah Franklin Templeton, pula
naik 3.83 peratus.
Dalam tempoh jangka panjang dari seta-
hun hingga lima tahun, Dana Takaful NTUC
Income masih mengatasi dana-dana halal lain.
Kadar pulangan dana takaful itu naik 22.84
peratus bagi tempoh setahun, 34.48 peratus
bagi tempoh tiga tahun dan 31.47 peratus bagi
tempoh lima tahun.
Dana Takaful NTUCIncome, yang diperke-
nalkan pada 1 September 1995, mempunyai
dana $20.24 juta, menurut laman NTUC In-
come.
Dana Takaful NTUC Income lebih ba-
nyak melabur dalam saham-saham halal di
Amerika Syarikat dan kita tahu ekuiti Ameri-
ka telah mengatasi Asia sejak dua tahun lalu.
Hasilnya, dana ini menunjukkan prestasi
yang menggalakkan dalam jangka panjang,
ujar Pengarah Pelaburan (Ekonomi dan Strate-
gi) Financial Alliance dan Ketua Pengurusan
Harta IslamFinancial Alliance (FaiWA), Encik
Sani Hamid, ketika diminta mengulas se-
malam.
Prestasi positif dana-dana halal amat meng-
galakkan, sedang ketidaktentuan pasaran sa-
ham sejagat menjejas kebanyakan dana pela-
buran umum.
Kadar pulangan keseluruhan dana Skim
Pelaburan Tabung Simpanan Pekerja (CPFIS)
merosot 1.45 peratus bagi suku kedua ber-
akhir Jun lalu. Ini mengubah trend kenaikan
sejak tiga suku tahunan sebelum ini.
Dana Sekuriti LogamBerharga DWS Noor
satu-satunya dana halal yang melabur dalam
dana-dana berkaitan emas dan logam berhar-
ga di dunia susut 3.07 peratus dalamtempoh
tiga bulan dan 51.64 peratus dalam tempoh
tiga tahun lalu.
Kita sedar harga komoditi, termasuk
emas, di dunia telah merosot sejak setahun se-
tengah lalu kerana kelembapan ekonomi Chi-
na yang menjejas permintaan bagi komoditi.
Kemerosotan itu menjejas prestasi Dana
Sekuriti Logam Berharga DWS Noor dalam
tempoh tiga tahun lalu, jelas Encik Sani.
Harga emas mencecah AS$1,800 ($2,305)
seauns pada 2011 sebelum merosot kepada
AS$1,300 ketika ini, kemerosotan 28 peratus,
menurut laporan Bloomberg.
Namun, kemerosotan Dana Sekuriti Lo-
gam Berharga bermakna harga dana itu
rendah dan menarik untuk dibeli oleh para pe-
labur, ujar Encik Sani lagi.
Mengulas jangkaan prestasi dana-dana
halal itu bagi separuh kedua tahun ini, beliau
berkata ia dijangka menunjukkan kelakonan
seiring dengan ketidaktentuan harga pasaran
saham sejagat ketika ini.
Harga saham sedunia agak tidak menentu
sejak sebulan lalu selepas Ketua Lembaga Sim-
panan Federal Amerika, Encik Ben Bernanke,
memberikan isyarat bahawa lembaga itu akan
meredakan langkah merancakkan ekonomi
Amerika selepas terdapat tanda-tanda positif
di negara tu.
Jika QE diredakan, ia tidak bermakna ali-
ran masuk dana berhenti. Dana masih akan
mengalir, tetapi pada kadar lebih perlahan.
Satu lagi kesan ialah kadar faedah dijang-
ka meningkat setelah QE reda. Apabila ia ber-
laku, lebih banyak dana akan dikeluarkan dari
dana-dana bon dan dimasukkan ke dalam
dana-dana ekuiti. Dalamjangka panjang, dana
ekuiti boleh menunjukkan prestasi lebih
baik, tambah Encik Sani.
Takaful NTUCIncome
catat prestasi terbaik
Tinjauan: Harga rumah
dianggap tetap tinggi
3 bulan 6 bulan Setahun 3 Tahun 5 tahun

Dana Takaful
NTUC Income 7.44 10.77 22.84 34.48 31.47
Dana Sekuriti Logam
Berharga DWS Noor -3.07 -30.43 -32.27 -51.64 -47.65
Dana Ekuiti Asia
Beretika HSBC 1.26 0.51 10.02 13.58 17.57
Dana Ekuiti Sejagat
Beretika HSBC 5.95 6.78 14.58 27.01 7.68
Dana Ekuiti Diuruskan
Beretika HSBC 5.24 8.5 15.7 12.65 12.13
Dana Pertumbuhan
Asia Syariah -4.91
Franklin Templeton
Dana Pertumbuhan
Ekuiti Syariah 3.83
Franklin Templeton
Nota: Tempoh berakhir 22 Ogos 2013
Prestasi Dana-Dana Halal di Singapura (%)
Sumber: FundSingapore.com Foto Fail
Atasi lain-lain dana
pelaburan halal di Spura
Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013 9
Berita EKONIAGA
RANCANGAN Amerika Syarikat
meredakan langkah merancakkan eko-
nomi dan mengetatkan dasar kewanga-
nnya, jika dilaksanakan, bukan se-
suatu yang buruk bagi Asean, kata
Timbalan Perdana Menteri, Encik
Tharman Shanmugaratnam semalam.
Berucap di Forum Rangkaian
Asean di Hotel Shangri-La, beliau ber-
kata ia bukan kepentingan sesiapa un-
tuk membiarkan kadar faedah sejagat
kekal rendah dan akibat kadar faedah
rendah itu telah menyebabkan ketidak-
seimbangan kewangan di Asia.
Ulasan itu dibuat dalam masa pasa-
ran saham Asia tidak menentu setelah
para pelabur mengeluarkan dana dari-
pada rantau ini kerana meramalkan
Lembaga Simpanan Federal Amerika
akan mengurangkan program pembe-
lian bon.
Program meredakan langkah mer-
ancakkan ekonomi atau QE, program
itu telah membantu menyuntik kecair-
an dalam pasaran saham sejagat sejak
tiga tahun lalu.
Pengurangan QE akan dilaksana-
kan sejajar dengan pemulihan di Ame-
rika, dan itu bukan sesuatu yang nega-
tif bagi ekonomi-ekonomi Asean,
ujar Encik Tharman.
Katanya pertumbuhan ekono-
mi-ekonomi Asean kukuh berbanding
rantau lain dan risiko berlakunya krisis
keseimbangan pembayaran di rantau
ini adalah rendah.
Namun, Encik Tharman menegas-
kan Asean menghadapi cabaran jang-
ka panjang dan perlu menanganinya
bagi mengukuhkan asas-asas rantau
ini.
Dengan pertumbuhan dalam pasa-
ran-pasaran saham utama seperti
Amerika dijangka lemah dan China be-
ralih menjadi ekonomi berpandukan
perbelanjaan dalam negeri, beliau ber-
kata ekonomi-ekonomi Asean perlu
mewujudkan keadaan yang mampu
menggalak pelaburan swasta di sini
Ini selain langkah meningkatkan
produktiviti dan mempercepatkan pe-
nyepaduan serantau.
ATIYYAH MD SAID
atiyyahm@sph.com.sg
INDONESIA mengumumkan be-
berapa langkah bagi memulihkan keya-
kinan terhadap ekonomi negara itu
selepas modal asing ditarik keluar se-
cara besar-besaran minggu ini menye-
babkan saham dan nilai rupiah men-
junam.
Langkah itu diambil sedang eko-
nomi membangun di Asia, termasuk In-
donesia, terjejas teruk apabila pelabur
asing menarik diri ekoran keprihatinan
bahawa Amerika Syarikat mungkin
menamatkan program rangsangan
ekonomi tidak lama lagi.
Menyusuli pengumuman itu, rupiah
Indonesia pulih, naik 0.4 peratus kepa-
da 10,902 rupiah berbanding dolar
Amerika sehingga petang semalam, se-
mentara Indeks Komposit Jakarta
tidak banyak berubah.
Rupiah mencapai paras terendah
dalam masa empat tahun manakala
pasaran sahamnya jatuh hampir 9 pera-
tus sejak beberapa hari lalu.
Pasaran saham di Asia turut pulih
selepas merosot selama seminggu.
Indeks MSCI Pasaran Membangun
naik 0.7 peratus semalam, selepas
merosot 3.1 peratus pada minggu lalu.
Dalam kenyataannya semalam,
Bank Pusat Indonesia berkata, ia akan
menawarkan deposit tukaran asing
yang bertempoh selama 12 bulan ber-
banding 30 hari buat masa ini, kata Ga-
benor Bank Indonesia, Encik Agus
Martowardojo.
Dengan melanjutkan tempoh de-
posit, ia bermakna rizab tukaran asing
boleh dipegang bank pusat untuk tem-
poh lebih lama lagi.
Ini akan membantu membina ri-
zab dan meningkatkan kemampuan
Bank Indonesia untuk melindungi ru-
piah, ujar pedagang pendapatan tetap
PT Bank Rakyat Indonesia di Jakarta,
Encik Fahrudin Haris Prastowo.
Beberapa langkah lain juga diu-
mumkan untuk mengurangkan defisit
dan memastikan pelaburan dapat di-
lakukan dengan lebih mudah dalamse-
kitaran perniagaan yang sangat men-
cabar.
Kami sedang mengambil langkah
untuk menangani kesan daripada
ketidaktentuan global.
Saya selalu mengatakan bahawa
waktu-waktu sukar akan menghasil-
kan dasar-dasar yang baik, ujar Men-
teri Kewangan, Encik Chatib Basri, ke-
pada para pemberita di Jakarta se-
malam, lapor agensi Bloomberg.
Tambahnya, untuk mengurangkan
defisit, pemerintah akan menaikkan cu-
kai untuk beberapa barangan mewah
yang diimport, mengurangkan import
minyak dan gas dengan meningkatkan
penggunaan biodiesel serta merang-
sang eksport dengan pelepasan cukai
untuk industri-industri tertentu.
Perangkaan rasmi pada minggu lalu
menunjukkan bahawa defisit akaun se-
masa Indonesia naik sehingga AS$9.8
bilion ($12.5 bilion ) pada suku kedua,
yang tertinggi sejak krisis kewangan
Asia pada lewat 1990-an.
Bagi menggalak pelaburan, pihak
berkuasa akan mempercepatkan pro-
ses permohonan untuk projek-projek
dalam sektor pertanian dan bahan ga-
lian, kata Menteri Penyelarasan
Ekonomi, Encik Hatta Rajasa.
LEBIH banyak kedai dan
lebih banyak barangan berje-
nama mewah yang boleh dibe-
li dengan potongan harga
yang menarik.
Itulah yang bakal dinikmati
pengunjung ke Johor Premim
Outlets (JPO) apabila projek
perluasannya selesai Novem-
ber ini.
Pusat beli-belah seberang
tambak yang popular di kalan-
gan pengunjung dari Singapu-
ra dan negara lain itu kini se-
dang menjalankan pembinaan
fasa kedua.
Apabila siap kelak, ia akan
mempunyai kawasan tambah-
an seluas 100,000 kaki persegi
itu, dengan sekitar 40 kedai
baru menjadikan jumlah ke-
seluruhannya 120 kedai di pu-
sat beli-belah itu.
Pengurus Kanan JPO, En-
cik Jean Marie Pin Harry ber-
kata:
Kami gembira bahawa
JPO bukan sahaja menyedia-
kan pengalaman membeli-be-
lah yang menarik kepada pen-
duduk di kawasan sekitar dan
pengunjung lain, tetapi juga
menyokong masyarakat den-
gan mewujudkan pekerjaan
baru dan membantu dalam
pertumbuhan ekonomi keselu-
ruhan di kawasan ini, jelas
beliau.
JPO, yang dibuka pada
2011, dikendalikan oleh firma
Genting Simon iaitu usahasa-
ma di antara Genting Planta-
tions dan firma Amerika, Si-
mon Property Group.
Antara jenama yang sudah
ditawarkan termasuk Coach
dan Ralph Lauren.
KEGIATAN dagangan ribuan saham di Amerika Syarikat
tersekat semalam selepas satu masalah teknologi berkaitan de-
ngan sofwe komputer, menyebabkan kegiatan dagangan di Bursa
Saham Nasdaq (gambar) terpaksa digantung.
Nasdaq menyambung semula kegiatan dagangan selepas di-
gantung selama lebih tiga jam yang menjejas saham-saham
syarikat seperti Apple, Google, Microsoft dan 3,000 syarikat lain.
Kejadian itu merupakan penggantungan kegiatan dagangan
yang paling lama sejak akhir-akhir ini.
Indonesia ambil tindakan
40 kedai baru di Johor Premium Outlet
Dasar kewangan ketat AS tak semestinya negatif
Nasdaq lumpuh
Mata wang bagi S$1
Tukaran
RM 2.577
Rupiah 8,634
Baht 24.93
Aust$ 0.867
Yen 77.23
Peso F 34.51
Rupee 50.03
Riyal S 2.928
HK$ 6.055
NZ$ 1.003
Renminbi 4.780
TUKARAN ASING
KEJATUHAN NILAI RUPIAH
ZAKAT HARTA
Mata wang Nilai
Tukaran
AS$ (S$ bagi AS$1) 1.281
Euro (S$ bagi 1 Euro) 1.711
Paun (S$ bagi 1 paun) 2.000
Kadar nisab:
$4,639.00
Nilai mata wang naik
0.4 peratus kepada
10,902 berbanding
dolar AS
Foto BLOOMBERG
10 Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013
Berita EKONIAGA
DAMSYIK: Peng-
gunaan senjata kimia
di Syria merupakan sa-
tu jenayah terhadap
kemanusiaan, kata Se-
tiausaha Agung Pertu-
buhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), Encik
Ban Ki-moon, sema-
lam.
Sehubungan de-
ngan itu, beliau meng-
gesa agar siasatan di-
jalankan segera ter-
hadap kejadian pem-
bunuhan besar-be-
saran menggunakan
gas saraf sehingga
mengakibatkan
sekurang-kurangnya
1,300 kematian.
Serangan pada Ra-
bu lalu itu dipercayai di-
lakukan ketika pen-
duduk sedang tidur
dan kebanyakan mang-
sa terdiri daripada wanita,
kanak-kanak dan bayi.
Menurut kumpulan aktivis, pasu-
kan tentera Syria melancarkan roket
yang dilengkapi dengan gas saraf ke
beberapa kawasan pinggir bandar
termasuk Ain Tarma, Zamalka dan
Jobar di Ghouta.
Kesemua mayat mangsa mengala-
mi tanda-tanda terkena gas beracun
itu iaitu salur darah mengembang, ka-
ki sejuk dan mulut berbuih.
Sebarang penggunaan senjata
kimia di mana saja, oleh sesiapa pun,
di bawah apa keadaan sekali pun,
adalah salah di bawah undang-un-
dang antarabangsa. Pelaku jenayah
terhadap kemanusiaan ini harus
dikenakan hukuman berat, kata En-
cik Ban.
Beliau menyifatkan laporan me-
ngenai kejadian itu sebagai sangat
mengejutkan dan menggesa peme-
rintah Syria membenarkan merinyu
PBB, yang sudah pun berada di nega-
ra itu memulakan siasatan dengan
segera.
Encik Ban sudah memutuskan
menghantar duta PBBbagi ehwal pe-
lucutan senjata, Cik Angela Kane, se-
bagai wakil badan dunia itu ke Dam-
syik untuk tujuan tersebut.
Pada lewat Julai lalu, Damsyik te-
lah pun setuju untuk membenarkan
pakar PBB untuk melawat tiga loka-
si berhubung penggunaan senjata
kimia dalam serangan di kawasan
terbabit.
Damsyik telah menafikan peng-
gunaan senjata kimia, terutamanya
ketika merinyu PBBsudah pun bera-
da di negara itu. AFP.
KAHIRAH: Bekas Presiden Mesir,
Encik Hosni Mubarak, kelmarin
telah dipindahkan dari penjara ba-
gi menjalani tahanan dalam ru-
mah di sebuah hospital tentera.
Rakaman televisyen menun-
jukkan sebuah helikopter yang
membawa Encik Mubarak tiba di
tapak pendaratan di luar hospital.
Keputusan untuk mengena-
kan tahanan dalam rumah itu
dibuat kerana bimbang pembe-
basannya akan meningkatkan la-
gi konflik yang sedang berlaku di
Mesir berikutan penggulingan be-
kas Presiden Mohamed Mursi pa-
da 3 Julai lalu.
Awal dari itu, pihak mahka-
mah mengarahkan pembebasan
Encik Mubarak, 85 tahun, selepas
peguamnya membuat rayuan ter-
hadap kes rasuah yang dihadapi-
nya.
Beliau, yang telah meringkuk
di penjara selama dua tahun,
bagaimanapun masih berdepan
dengan beberapa lagi tuduhan di
mahkamah.
Mubarak telah dipindahkan
ke Hospital Tentera Maadi atas
permintaan peribadinya, kata ju-
rucakap menteri dalam negeri,
Jeneral Moustafa Bazz.
Sej ak hi l ang kuas a,
penyokong Encik Mubarak mem-
buat beberapa pendedahan ber-
canggah termasuk mendakwa be-
liau menderita serangan angin ah-
mar, serangan jantung dan koma.
Pengkritik menyifatkannya cu-
baan menagih simpati rakyat bagi
meringankan hukuman.
Isterinya, Cik Suzanne, yang
tinggal di Kahirah kerap melawat
Encik Mubarak dan dua anak lela-
ki mereka di penjara.
Sepanjang tempoh tahanan
dalam rumah, Encik Mubarak di-
larang ke luar negeri kerana be-
liau masih menantikan perbica-
raan bagi penglibatannya dalam
pembunuhan penunjuk perasaan
semasa pemberontakan rakyat
pada awal 2011.
Perbicaraan itu dijadualkan di-
adakan lusa.
Pembebasan Encik Mubarak
telah disambut dengan sorakan
para penyokongnnya yang ber-
himpun di depan Hospital Ten-
tera Maadi, sambil melaungkan
slogan menentang Encik Mursi
dan anggota Persaudaraan Islam
(Ikhwanul Muslimin).
Mengulas perkembangan ter-
baru itu, pemerintah Amerika
Syarikat berkata adalah menjadi
hak Kahirah untuk memutuskan
nasib Encik Mubarak.
Ini merupakan urusan perun-
dangan dal aman Mesi r.
(Meskipun demikian), pendirian
kami mengenai Encik Mursi tetap
sama. Kami percaya beliau harus
dibebaskan, kata jurucakap Ja-
batan Negara, Cik Jen Psaki.
AFP, AP, Reuters.
NEWDELHI: Seorang wartawan fo-
to wanita telah dirogol beramai-ra-
mai sedang rakan sekerja lelakinya
diikat dan dipukul di Mumbai, le-
wat kelmarin.
Awal dari itu wanita itu telah di-
arah mengambil gambar di sebuah
kilang tekstil yang terbiar di sela-
tan Mumbai.
Beliau kemudian didekati oleh
sekumpulan lima lelaki yang
menawarkan bantuan bagi menda-
patkan kebenaran bagi memboleh-
kan wanita itu mengambil gambar
di situ.
Pesuruhjaya Polis Satyapal
Singh dalam satu sidang akhbar se-
malamberkata semu suspek kemu-
dian mengikat tangan rakan seker-
ja wanita tersebut dengan tali ping-
gang sementara mangsa dirogol be-
ramai-ramai.
Mangsa yang berusia 22 tahun
itu kini dirawat di sebuah hospital
dan dilaporkan dalamkeadaan sta-
bil.
Kejadian itu merupakan kes
keganasan seksual yang terbaru di
India.
Pada Disember lalu, rakyat te-
lah melahirkan rasa marah dan
mengadakan bantahan selepas se-
orang wanita yang dirogol bera-
mai-ramai dalam sebuah bas di
New Delhi meninggal dunia.
Pihak berkuasa telah digesa
agar meningkatkan perlindungan
ke atas kaum wanita di negara itu.
Sejak itu beberapa lagi kes
rogol telah dilapor secara meluas.
Sebagai respons, pemerintah In-
dia telah memperkenalkan bebera-
pa undang-undang baru bagi
menangani masalah itu, termasuk
meningkatkan tempoh penjara ba-
gi kesalahan merogol.
Semalam, Encik Singh berkata
salah seorang suspek telah ditahan
sementara empat lain telah dikenal
pasti.
Menurut beliau, kawasan di ma-
na serangan itu berlaku sangat ter-
pencil dan para suspek mungkin
pengedar dadah. AP.
PBBselar serangan
senjata kimia di Syria
KUALA LUMPUR: Mujur masih ber-
nyawa.
Namun, Encik Tan Ming Shing, salah
seorang di antara penumpang yang
terselamat dalam nahas bas yang jatuh
ke gaung di Genting Highlands, tidak da-
pat bergerak setelah dihimpit dua ma-
yat mangsa nahas selama setengah jam
sebelumbeliau diselamatkan keluar dari-
pada bangkai bas tersebut.
Fikiran saya ketika itu hanyalah cu-
ba terus hidup tidak kira apa.
Saya terperangkap. Ada ma-
yat-mayat di atas dan bawah saya. Mu-
jur, saya masih mempunyai sedikit
ruang untuk bernafas, kata Encik Tan,
26 tahun, semasa menceritakan pengala-
man menakutkan itu dalamlaporan The
Star, semalam.
Encik Tan, yang bekerja di Genting
Highlands sebagai tukang masak, patah
lengan kirinya semasa kemalangan terse-
but dan kini sedang dirawat di Hospital
Kuala Lumpur (HKL).
Apabila bas menjunam masuk ke
dalamgaung, para penumpang lain men-
jerit, menangis atau berdoa.
Saya hampir pasti bahawa saya
akan mati. Saya duduk di belakang bas
tetapi saya tercampak ke depan. Jika
tidak kerana pokok-pokok besar, bas
mungkin terjunam lebih jauh ke
bawah, tambahnya.
Bapa seorang lagi penumpang yang
terselamat dalam nahas itu, Cik Saedah
Misbun, 19 tahun, sedang minum di se-
buah restoran di kampung halamannya
di Tanjung Malim apabila anak perem-
puannya itu menelefonnya.
Dia telefon dan dia menangis. Dia
kata bas kena kemalangan dan dia
dalam kesakitan.
Saya boleh mendengar jeritan
orang kesakitan dan orang sedang ber-
doa. Dan kemudian, taliannya terpu-
tus, kata Encik Misbun Kastopodo, 43
tahun.
Beliau tidak ada pilihan melainkan
menunggu berita lanjut daripada anak-
nya itu kerana tidak tahu di mana
Saedah berada.
Selang beberapa jam kemudian, se-
orang doktor memanggil saya dan mem-
beritahu saya anak perempuan saya di
hospital, katanya lagi.
Saedah, yang tercampak keluar dari-
pada bas tersebut semasa kejadian, me-
ngalami keretakan pada rusuk kanan-
nya serta beberapa kecederaan pada pa-
ru-parunya tetapi keadaannya stabil.
Sementara itu, akhbar The New
Straits Times melaporkan bahawa para
pemandu bas Genting Highlands Trans-
port Sdn Bhd yang menjalankan khid-
mat pengangkutan antara Kuala Lum-
pur dengan Genting Highlands perlu
melakukan minimum lapan perjalanan
setiap hari, enamhari seminggu, dengan
setiap perjalanan memakan masa satu
setengah jam.
Mereka hanya diberikan waktu rehat
20 minit antara perjalanan yang meren-
tasi selekoh berbahaya naik dan turun
Genting Highlands, lapor akhbar itu la-
gi.
Syarat-syarat itu juga yang mencetus-
kan kemarahan kepada pemandu bas
tidak bernasib baik yang mengalami na-
has itu, Encik Lim Kok Ho, Rabu lalu.
Kejadian itu menyebabkan 37 orang
maut dan 16 lagi cedera. Ia dianggap na-
has bas paling teruk dalam sejarah Ma-
laysia, menurut NST.
Rakan-rakan Encik Lim menyifatkan
beliau sebagai seorang yang sering me-
matuhi arahan dan sistem, berdasarkan
pengalamannya dengan sebuah syarikat
bas di Singapura, menurut satu laporan
NST itu.
Mubarak jalani tahanan dalam rumah
Lagi wanita dirogol beramai-ramai di India
Bila bas junamada
menjerit, ada berdoa
BELUM BEBAS SEPENUHNYA: Para pegawai perubatan mengusung Encik
Hosni Mubarak ke dalam ambulans selepas helikopter yang membawa beliau
dari penjara Tora di Kahirah, mendarat di luar Hospital Tentera Maadi,
kelmarin. Foto AP
CARI BUKTI: Para aktivis yang memakai topeng gas
memasukkan seekor kucing yang sudah mati dalam beg,
sedang mereka mengumpulkan sampel untuk menyiasat
penggunaan senjata kimia di kawasan Zamalka, kelmarin.
Foto REUTERS
DIANGKUT: Bas yang terjunam dalam gaung di Genting Highlands Rabu lalu sehingga menyebabkan 37 orang
terbunuh, diangkat keluar dari gaung oleh pasukan polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. MSTARONLINE
BAS MASUK GAUNG DI GENTING HIGHLANDS
JALANI RAWATAN: Semalam, salah seorang mangsa yang terselamat, Cik Saedah Misbun,
menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Foto THE STAR
Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013 11
Berita DUNIA
AZAHAR MOHD
azahar@sph.com.sg
TABUNGAmal Aidilfitri (TAA) merancang mengum-
pulkan $100,000 daripada majlis hi-tea yang akan diada-
kan esok.
Pengurus kanan TAA, Haji Mohd Yahya Zakaria, ber-
kata pihaknya berharap dapat meraih jumlah tersebut
menerusi derma dari meja ke meja, acara lelongan dan
pemberian cek sewaktu Mega Raya Fiesta 2013 di De-
wan Fairmont, Pusat Konvensyen Raffles City, itu.
Menurut beliau, sejauh ini TAA berjaya mengumpul-
kan $780,000 hasil daripada derma individu, korporat,
telepol amal, tabung derma di sekitar Joo Chiat Com-
plex, Pasar Geylang Serai dan Tanjong Katong Complex
serta projek amal.
Tahun ini, matlamat kami ialah mengumpulkan
$880,000. Sejumlah $780,000 berjaya dikumpulkan. Ini
termasuk derma daripada individu dan korporat
($81,400), telepol amal ($298,000), tabung derma
($394,800) dan derma lain ($5,100).
Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Nasir
Aman, berkata:
Kami berharap menerusi kempen sepanjang bulan,
TAA akan berupaya mencapai matlamatnya.
Kami gembira kerana semangat gotong-royong
kekal tinggi di dalam masyarakat Melayu/Islam dan ra-
mai yang tampil membantu kami dalam memenuhi sasa-
ran ini dan kami berharap kami dapat memberi lebih
banyak bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Ketika dihubungi semalam, Ketua Pegawai Eksekutif
Orange Coach & Travel, Encik Syah Ibrahim, berkata
kesemua 1,300 tempat duduk berjaya dijual kerana
pihaknya memulakan publisiti seawal Mei lalu.
Tiket-tiket telah dijual pada harga $128, $98 dan
$78. Tiket yang berharga $128 ialah bagi tempat duduk
di hadapan di mana makanan akan dihidangkan untuk
mereka.
Malah, mereka yang membeli tiket ini akan diberi
pas untuk bertemu artis-artis yang kami atur sewaktu ma-
jlis hi-tea itu nanti, jelas beliau.
Antara artis yang akan menyerikan majlis hi-tea itu
itu Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini, Ady Putra, Sha-
heizy Sam dan Nora Danish.
Pemangku Menteri Tenaga Manusia, Encik Tan
Chuan-Jin, merupakan tetamu terhormat bagi majlis
tersebut.
Menjelaskan lebih lanjut, Encik Syah berkata Iman
Kindergarten &Childcare akan mengikrarkan derma se-
banyak $100,000 kepada TAA, Fotohi Carpet Gallery
pula mengikrarkan $10,000 sementara Orange Events &
Media pula sebanyak $5,000.
Kehidupan di luar sana semakin sukar kebelakangan
ini, lebih ramai yang memerlukan bantuan. Apatah lagi
musimRamadan dan Syawal, TAAlah yang kerap menja-
di organisasi sasaran. Jadi, saya rasa sesuai dengan aca-
ra tahunan Raya Fiesta anjuran Orange Coach & Travel
untuk kami turut serta merancakkan lagi pengumpulan
dana TAA tahun ini, jelas Encik Syah.
SEORANG lelaki berusia
40-an tahun diberkas polis
kerana cuba membunuh diri
semalam.
Jurucakap polis berkata
pihaknya menerima
panggilan meminta bantuan
sekitar 10.20 pagi dan
bergegas ke lokasi di Blok 39
Chai Chee Avenue itu.
Pasukan Pertahanan
Awam Singapura (SCDF)
pula tiba di tempat kejadian
sekitar 10.30 pagi. Mereka
segera memasang jaring
penyelamat dan
menyediakan tilam angin di
kaki blok tersebut.
Jaring penyelamat dan
tilam angin itu bertujuan
menyelamatkan lelaki itu
sekiranya beliau terjatuh dari
flatnya.
Laman web The Straits
Times melaporkan bahawa
lelaki bertubuh tegap itu
hanya diberkas lima jam
selepas polis dan SCDF tiba
di tempat kejadian iaitu
sekitar 3.30 petang.
Dia dibawa ke kereta polis
dengan berkaki ayam dengan
hanya memakai seluar jean.
Difahamkan lelaki
tersebut mengacu-acukan
pisau di dalam flatnya.
Dia dikatakan tidak
bekerja dan tinggal
bersendirian.
Jirannya, Cik Molly Gan,
48 tahun, dilihat mengikut
lelaki itu ketika dia diiring ke
kereta polis.
Cik Gan berkata kali
terakhir beliau melihat lelaki
itu ialah malam kelmarin,
dan lelaki tersebut kelihatan
tenang dan tidak berada
dalam keadaan tertekan.
Tolong jaga dia dengan
baik, teriak Cik Gan
berulang kali.
Aktiviti/Kursus
Masjid Al-Iman
Setiap Selasa: Kursus bahasa Mandarin, selama 10
minggu bermula dari 17 September, 7.30 - 9.30
malam. Bayaran $100. Maklumat lanjut boleh
diperolehi melalui talian 6769-0770 atau e-mel
kepada aliman@aliman.mosque.org.sg.
Masjid An-Nahdhah
Setiap Sabtu: Program Pembelajaran Abjad Arab
bagi Kanak-Kanak, 8.30 - 10.30 pagi. Bayaran $50.
Untuk pendaftaran, sila ke kaunter masjid atau
hubungi talian 6354-3138.
Umum: Pendaftaran bagi Madrasah
aLIVE@An-Nahdhah Mosque 2014 kini dibuka
bagi Kids aLIVE (5-8 tahun), Tweens aLIVE (9-12
tahun), Teens aLIVE (13-16 tahun) dan Youth
aLIVE (17-20 tahun). Untuk maklumat lanjut, sila
hantarkan emel kepada
nekmah@annadhdhah.mosque.org.sg atau hubungi
talian 6354-3138 sambungan 125.
Kelab Gaya Hidup Sihat Masjid Al-Istiqamah
Setiap Ahad: Kursus enam minggu Senaman
Qigong bagi wanita, bermula 1 September, di Kelab
Masyarakat Serangoon, 8.30 - 9.30 pagi. Untuk
maklumat lanjut, hubungi Cik Yatie di talian
6381-4287 atau hantarkan SMS ke 9652-1944.
Masjid Al-Muttaqin
Setiap Sabtu: Kelas Al-Quran bagi Muslimah
(dewasa), pimpinan Ustazah Bibah Ghani, 10.30
pagi - 12 tengah hari dan Ustazah Mussniah
Hussein, 4.30 - 6 petang.
Setiap Selasa: Kelas Iqra bagi Muslimah pimpinan
Ustazah Manisah Samian, 12.30 tengah hari - 2
petang.
Setiap Rabu: Kuliah Dhuha bagi Muslimah
pimpinan Ustazah Hadijah Safingi, 9 - 11 pagi.
Taman Warisan Melayu
Hari ini dan Esok: Acara Rumah Terbuka Hari
Raya 2013 di Taman Warisan Melayu, 10 pagi - 5
petang. Masuk percuma. Untuk maklumat lanjut,
hubungi talian 6391-0450 atau hantarkan e-mel
kepada NHB_MHC_Programmes@nhb.gov.sg.
Masjid AlKhair
Sabtu 31 Ogos: Kegiatan Cakap-Cakap Masjid
bertajuk Taubat Macam Mane Eh? oleh Ustaz
Harunarrashid Zainudin dan Ustaz Fachruddin
Dzaki Mohamed, selepas solat isyak.
Kegiatan Eksekutif Melayu (MAEC) Kelab
Masyarakat Clementi
Ahad 1 September: Acara Bulan Bahasa 2013
bertemakan Bahasa Martabat Bangsa. 2 - 5.30
petang.
Forum/Seminar
Persatuan Barah Singapura, Institut Barah
Universiti Nasional Singapura dan Hospital
Universiti Nasional
Sabtu 31 Ogos: Forum Awam mengenai Barah
Gastrik di YMCA International House, Auditorium
Lee Kong Chian, One Orchard Road, 11 pagi
hingga 12.30 tengah hari. Tiada bayaran masuk.
Pendaftaran boleh dibuat dengan melungsuri laman
web www.flickevents.com/gastric2013 atau
hubungi talian 6421-5804. Maklumat lanjut boleh
diperolehi dengan melungsuri laman web
www.singaporecancersociety.org.sg.
DIARI
Majlis hi-tea: TAAsasar $100,000
Lelaki
cuba
bunuh diri
diberkas
PERCUBAAN DAPAT DIPATAHKAN: Percubaan lelaki ini untuk mengambil nyawanya sendiri
berjaya dipatahkan polis dan SCDF. Foto SHIN MIN
Pengajian Bahasa Arab
Pengajian ini menitikberatkan keempat-empat kemahiran
dalampenggunaanbahasaArabiaitumendengar, membaca,
menulis dan bertutur. Kaedah pendekatan yang interaktif
menjadikanpengajianlebihmenarik danmudahdipelajari.
Syarat Kemasukan Bagi Pengajian
Singkat PERGAS
1. Berumur 16 tahun ke atas
2. Mengenali huruf Hijaiyyah Arab
Yuran
Pengajian Al-Quran: $180/ $60BulananuntukPembangunan
$210/ $70BulananuntukPemantapan
Pengajian Seni Kaligrafi Bahasa Arab: $240 (Asas)
Pengajian Bahasa Arab: $500 (Asas 101 / Asas 102)
PPPeennggaajjjiiiaann BBBaahhhaassaa AAArraabbb Pengajian Bahasa Arab
Pengajian Al-Quran
Pengajianini bertujuanuntukmemenuhi kemampuanpelajar
dari sudut pembacaanAl-Quranbertajwiddenganmengikuti
pengajian yang berstruktur.
Pengajian akan bermula dari peringkat bacaan asas hingga
ke peringkat khatamAl-Quran.
Kemudianpelajar akandipilihuntukmeneruskanpembacaan
Al-Quran yang bersanad.
Pelajar juga layak menduduki peperiksaan QTRS.
Pembangunan
Asas 3 Bulan
Pembentukan
Khatam
Al-Quran
12 tahun
Pemantapan
Tahsin 3 bulan
Pembacaan
yang Bersanad
12 tahun
Dibuka Peringkat selanjutnya Dibuka
SSSyyaarraattt KKKeemmaassuukkkaann BBBaaggiii PPPeennggaajjjiiiaann Syarat Kemasukan Bagi Pengajian
Pengajian Seni Kaligrafi
Bahasa Arab (Khat)
Pengajianseni kaligrafi bahasaArab(Khat) adalahpengajian
caramenulis perkataanbahasaArabdanJawi dengankaedah
yang betul dari tahap asas hingga ke tahap lanjutan. Tenaga
pengajar yangpakar danmampumenghidupkanseni warisan
tamadun Islam. Bagi pencinta seni tulisan, ini adalah titik
permulaan yang amat menarik.
Asas Lanjutan Pertengahan
Dibuka untuk
Asas sahaja Peringkat selanjutnya
Jadual Pengajian Bahasa Arab
Modul Hari Tarikh Waktu Jam Tempat Yuran
Asas 1
Isnin & Rabu 2 Sep 27 Nov 7:30 mlm 9:30 mlm
48 Jam
Wisma
Indah
$500
Selasa 3 Sep 26 Nov
9:00 pg 1:00 ptg
Ahad
8 Sep 24 Nov
Asas 2 Ahad
Asas 3
Selasa 3 Sep 26 Nov
Ahad 8 Sep 24 Nov
Jadual Pengajian Seni Kaligrafi Bahasa Arab
Modul Hari Tarikh Waktu Jam Tempat Yuran
Modul 1
Sabtu 7 Sep 23 Nov 11:00 pg 12:30 tgh
12 Minggu
Wisma
Indah
$240
Ahad 8 Sep 24 Nov 9:30 pg 11.00 ptg
Jadual Pengajian Al-Quran
Modul Hari Tarikh Waktu Jam Tempat Yuran
Pembangunan
Sabtu 7 Sep 30 Nov 12:00 tgh 2:00 ptg
12 Minggu
Wisma
Indah
$180
Rabu 4 Sep 27 Nov 7:30 mlm 9:30 mlm
Pemantapan
Sabtu 7 Sep 30 Nov 12:00 tgh 2:00 ptg
$210
Rabu 4 Sep 27 Nov 7:30 mlm 9:30 mlm
Institut Pengajian IslamPERGAS Wisma Indah 448 Changi Road #03-01 Singapore 419975
Emel: ipip@pergas.org.sg | www.facebook.com/ipip.pergas | Talian: 6346 9351 | Faksimili: 6346 3450
Asas Lanjutan
Dibuka
Dibuka
202
302
Pertengahan
Dibuka 101
201
301
102 103
203
303
P r o g r a m M e n g h a l a Ke Pe r i n g k a t O
12 Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013
Berita SETEMPAT
Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013 13
14 Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013 15
16 Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013
SAYA merujuk kepada ucapan Perdana Menteri
Lee Hsien Loong dalamRapat Hari Kebangsaan (NDR)
Ahad lalu.
Bagi saya, rapat tahun ini sesuatu yang dekat den-
gan hati warga Singapura kerana Encik Lee menyentuh
mengenai beberapa keprihatinan utama yang digolong-
kan kepada 5P perumahan, penjagaan kesihatan, pen-
didikan, pekerjaan dan peluang.
Lima keprihatinan tersebut bukanlah suatu yang ba-
ru, bahkan keperluan asas.
Sejak pilihan raya umumpada 2011, pemerintah te-
lah berjanji akan mendengar segala isu, cabaran,
masalah dan keprihatinan rakyat Singapura.
Saya pasti warga Singapura secara amnya bukan
hanya inginkan pemerintah mendengar, bahkan mene-
rima dan memahami maklum balas warganya, ber-
sikap ihsan dan berusaha mengatasi segala masalah
atau isu yang dihadapi warga.
Oleh itu, saya amat mengalu-alukan beberapa pe-
rubahan pada dasar pemerintah yang akan dilaksana
tidak lama lagi, yang diumum Encik Lee dalam rapat
itu.
Saya ingin berkongsi beberapa maklum balas saya
mengenai 5P.
PERUMAHAN: Encik Lee memberi jaminan ba-
hawa setiap individu atau keluarga yang bekerja akan
mampu membeli rumah sendiri.
Saya memuji langkah ini kerana rumah antara ke-
perluan asas. Kita perlukan bumbung untuk berteduh
daripada hujan, panas dan apa jua keadaan.
Namun, harga flat, khususnya flat dalam pasaran
jual semula, begitu tinggi dan semakin naik, ditambah
pula dengan pelbagai kos lain, seperti nilai tunai atas
taksiran (COV), dan tuntutan wang cengkeram yang
agak tinggi.
Memang benar keadaan ini mungkin di luar jang-
kauan pemerintah kerana ia terletak pada kerelaan
pembeli dan penjual.
Namun, saya berharap pemerintah dapat melong-
garkan lagi beberapa dasar, seperti meluaskan pinja-
man perumahan HDB kepada golongan pembeli yang
tidak layak mendapatkannya, menurunkan kadar
faedah bulanan pinjaman itu dan meniadakan atau
mengurangkan bayaran levi penjualan semula rumah
bagi golongan memerlukan.
PENJAGAAN KESIHATAN: Kos penjagaan
kesihatan perlu terus dimampui setiap warga, terutama
golongan bergaji rendah dan pertengahan.
Saya menyambut baik berita bahawa had umur ke-
layakan bagi Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat
(Chas) ditiadakan dan penggunaan akaun Medisave
diperluaskan.
Pemerintah perlu memastikan bil perubatan yang
dikenakan klinik swasta kekal rendah bagi warga, dan
tiada doktor mengenakan bayaran konsultasi tinggi
hanya kerana doktor tersebut terkenal atau pakar
dalam sesuatu bidang.
Ini lebih-lebih lagi bagi klinik swasta yang tertumpu
dalam bidang kehamilan, penjagaan kesihatan bayi
dan kanak-kanak serta penjagaan gigi.
PENDIDIKAN: Pemerintah perlu memastikan se-
tiap sekolah, guru dan pendidikan bermutu tinggi dari-
pada peringkat prasekolah sehingga universiti.
Saya harap lebih banyak skim bantuan dan sokon-
gan diberi kepada pelajar posmenengah dan pekerja
yang ingin menyertai kursus peningkatan, baik per-
ingkat sijil, diploma mahupun sarjana muda.
PEKERJAAN: Saya harap pemerintah mem-
perkenal pelbagai dasar dan insentif baru bagi memasti-
kan warga Singapura mendapat peluang pekerjaan ter-
lebih dahulu daripada warga asing; pekerja swasta
mendapat perlindungan pekerjaan secukupnya; maji-
kan dalam sektor swasta tidak mengamalkan sebarang
diskriminasi, dari segi jantina, umur, kaum, agama ma-
hupun latar belakang pemohon pekerjaan; serta
mengetatkan lagi kuota pekerja asing dalam industri
tertentu agar warga Singapura mendapat peluang pe-
kerjaan sewajarnya.
PELUANG: Kita perlu pastikan setiap warga Si-
ngapura berpeluang maju dalambidang masing-masing
dan menyumbang kepada masyarakat serta negara
melalui pelbagai usaha yang dijalankan pemerintah
dengan pihak lain.
Namun, saya berharap golongan tertentu diberikan
lebih banyak bantuan, sokongan, rangsangan dan pelu-
ang untuk keluar daripada belenggu kesusahan dan
membina sebuah kehidupan lebih bermakna.
Akhir sekali, saya percaya Encik Lee dan pemerin-
tah jujur dan ikhlas dengan membangunkan sebuah
negara dinamik dan bertaraf dunia.
Warga Singapura perlu terus bersatu padu dan bek-
erja keras untuk mencapai matlamat tersebut.
MUHAMMAD DZUL AZHAN HAJI SAHBAN
DI sebalik adab yang digariskan Islam dalam memeli-
hara perpaduan dan menghargai kepelbagaian, Muslim
tidak boleh terlepas pandang hakikat bahawa Islam juga
menggariskan prinsip-prinsip umum yang menjadi teras
pegangan ummah.
Keyakinan iman Muslim didasarkan pada enam
rukun sebagai tunggak utama aqidah Islam: beriman ke-
pada Allah, malaikat, kitab, para rasul, hari akhirat dan
qadak serta qadar ketentuan Allah. Begitu pula rukun
Islamyang lima: mengucap dua kalimah syahadah, solat,
puasa, zakat dan haji.
Sebagai panduan kepada umat Islam di dalam keper-
cayaan dan pengamalan agama pula, diturunkan kitab
Al-Quran yang suci, yang dihuraikan pengertian kandu-
ngannya oleh Rasulullah saw melalui sunahnya yang
mulia. Rukun-rukun Iman dan Islam ini, serta panduan
Al-Quran dan sunah Nabi, membentuk dasar-dasar aga-
ma yang perlu dipegang teguh oleh setiap Muslim.
Walaupun ada perbezaan yang boleh diterima selagi
masih dalam lingkungan sempadan agama, ada pendiri-
an yang tidak dapat diterima kerana terkeluar daripada
sempadan yang ada.
Sebagai contoh, jika ada mengaku memiliki ilmu ten-
tang bila akan berlaku kiamat ini jelas bertentangan dari-
pada nas agama yang amat nyata bahawa hanya Allah
mengetahui bila kiamat akan berlaku.
Sedangkan Rasulullah sawsendiri menegaskan bagin-
da juga tidak mengetahuinya. Ini adalah di antara perka-
ra pokok yang disepakati ulama. Oleh kerana itu, ada se-
buah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai
Faizal Baqarah telah difatwakan sebagai sesat kerana gu-
runya mengaku tahu tarikh berlakunya kiamat. Maka ini
tidak termasuk kepelbagaian yang wajar diterima. Ini
contoh dalam bab aqidah.
Contoh dalam bab ibadah pula, jika ada yang menga-
jar bahawa solat wajib sudah tidak lagi menjadi kewaji-
pan ke atas dirinya. Ada yang membawa ajaran seperti
ini dengan hujah dia sudah sampai ke maqampaling ting-
gi di sisi Tuhan, iaitu maqamAinul Yaqin, sedangkan so-
lat kononnya bagi mereka yang masih dalam perjalanan
untuk mendapatkan Tuhan. Ini pandangan songsang
yang terkeluar daripada sempadan agama, yang tidak
boleh diterima atas alasan meraikan kepelbagaian.
Dalam bab kehidupan, sudah ada orang yang menya-
takan akad nikah dengan segala rukun-rukunnya tidak
lebih hanyalah satu kontrak perjanjian antara dua pihak
yang sudah lapuk dan tidak relevan lagi.
Orang-orang ini mendakwa bahawa agama lebih me-
mentingkan keutuhan institusi keluarga dengan ikatan
kasih sayang dan pertanggungjawapan. Bagi mereka,
boleh saja mana-mana pasangan hidup serumah sebagai
suami isteri tanpa perlu diikat dengan sebarang akad
pernikahan yang ditetapkan Islam, meskipun mereka ini
sejenis.
Ini adalah antara contoh pandangan-pandangan yang
tidak termasuk dalam ruang yang boleh kita terima.
Sehubungan ini, khutbah ingin menegaskan beberapa
perkara:
Umat Islam wajib memelihara pegangan agama Is-
lam. Raikanlah kepelbagaian dan hormati perbezaan se-
lagi ia masih dalamlingkungan sempadan yang diterima.
Tetapi jangan sampai leka terhadap pandangan-pandan-
gan keliru yang boleh merosakkan agama.
Ini memerlukan pengetahuan dan pemahaman benar.
Oleh itu, usaha terus menuntut ilmu amat kritikal. Tidak
seharusnya ada garisan penamat dalam mendalami ilmu
agama selagi masih ada hayat.
Selain kesungguhan menuntut ilmu, penting juga me-
mastikan kita mendapat bimbingan daripada sumber
jelas dan guru bertauliah. Firman Allah dalam Surah
Yusuf ayat 108, di mana ditekankan kepentingan me-
ngajak manusia kepada Tuhan dengan basirah, iaitu buk-
ti jelas dan keyakinan nyata:
Katakanlah (wahai Nabi Muhammad): Inilah
jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, Aku
menyeru manusia kepada agama Allah berdasarkan ke-
terangan dan bukti jelas nyata. Dan aku menegaskan:
Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syi-
rik); dan bukanlah aku dari golongan yang memperseku-
tukan Allah dengan sesuatu yang lain.
Di sebalik ketegasan yang diperlukan di dalam
menghadapi pandangan-pandangan menyeleweng, kita
perlu berwaspada dan berhati-hati. Sebaik-baiknya,
keputusan menetapkan sesuatu pandangan itu sebagai
terkeluar daripada sempadan Islam biarlah dilakukan
oleh para ilmuan agama.
Ia bukan satu perkara yang boleh diambil ringan.
Para ilmuan agama juga perlu mempunyai rasa tanggung-
jawab besar untuk membuat pertimbangan teliti sebe-
lum memutuskan sesuatu pandangan sebagai sesat atau
tidak.
Kita perlu bersikap warak dan berhati-hati dan tidak
mudah menghukumkan seseorang itu sesat atau kafir. Ia
perlu berdasarkan penyelidikan yang menyeluruh,
perbincangan dan muzakarah. Tidak boleh hanya daripa-
da sumber kedua atau berdasarkan desas-desus cerita.
Nabi sawberpesan: Dan melaknati seorang Mukmin
(hukumnya) seperti membunuhnya, dan barangsiapa
yang menuduh seorang Mukmin sebagai kafir, maka ia
seakan-akan telah membunuhnya. (Hadis riwayat Imam
Al-Bukhari).
Meskipun sudah terbukti kesesatan sesebuah aja-
ran, kita tidak seharusnya membiarkan mereka, atau
melontarkan kata-kata kesat atau lebih teruk lagi meng-
hina dan mencaci mereka. Namun kita harus berusaha
memberikan kefahaman dan meyakinkan mereka untuk
meninggalkan kesesatan dan ajaran mereka yang berten-
tangan dengan Al-Quran dan sunah yang nyata.
Menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk me-
nyampaikan dakwah dengan penuh hikmah. Menasihati
saudaranya tanpa putus asa, dengan penuh keyakinan
bahawa Allah swt yang memberi hidayah. Dan tugas se-
orang Muslim hanyalah menyampaikan sahaja.
Saranan
tambahan 5P
Beza dalamagama ada batasnya
SEDUTAN KHUTBAH JUMAAT
FORUM
Perbezaan yang bercanggah dengan dasar Islam ditolak
Usah terlalu mudah menghukum seseorang itu sesat
Bantulah orang yang sesat kembali ke pangkal jalan
Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013 17
Rencana PANDANGAN
B
EBERAPA perkara menjadi inti ucapan Encik Lee
Hsien Loong di majlis penyampaian Anugerah
Jauhari akhbar ini Selasa lalu. Hadir sebagai tetamu
terhormat, Perdana Menteri memuji semangat gotong-
royong di kalangan masyarakat Melayu. Beliau
menekankan peri pentingnya kita menggalak
kecemerlangan dan usah berasa iri hati terhadap kejayaan
orang lain. Mereka yang berjaya pula harus menyumbang
kembali kepada masyarakat.
Semangat gotong royong membayangkan bahawa sikap
sedia bekerjasama dan saling tolong-menolong yang
diamalkan dalam kehidupan kampung suatu ketika bukan
sahaja masih hidup malah terus segar dalam kehidupan
moden yang diwarnai perubahan sosial hari ini.
Perasaan iri yang menimbulkan sakit hati adalah antara
sifat tercela. Apa yang sepatutnya menjadi amalan ialah
berasa bahagia di atas kejayaan orang lain, meraikannya
dan menjadikannya teladan dan perangsang untuk turut
membaiki diri, keluarga dan masyarakat. Setiap kejayaan
sewajarnya menjadi inspirasi dan menambah seri dalam
masyarakat.
Dan menyumbang semula kepada masyarakat setelah
mencapai kejayaan membuat pencapaian menjadi lebih
bermakna. Hakikatnya, individu merupakan komponen
yang membentuk masyarakat. Tanpa sebarang sikap
kacang lupakan kulit, kejayaan peribadi akan menjadi
kejayaan dan kebanggaan masyarakat. Lebih ramai
golongan yang berjaya menyumbang kembali kepada
masyarakat adalah lebih baik. Perkongsian itu dapat
membantu proses menggilap dan mengembangkan
bakat-bakat yang ada dalam masyarakat. Ini bukan sahaja
menambah keteguhan, bahkan akan menyemarak dan
mempercepat rentak kemajuan masyarakat Melayu/Islam
kita demi mencapai wawasan masyarakat cemerlang.
Antara kebimbangan utama warga
Singapura ialah menanggung bil hospital
yang besar, terutama sekiranya mereka
jatuh sakit tenat. Hakikatnya, kes-kes
seperti ini adalah kecil. Sekiranya anda
mempunyai MediShield, anda tidak perlu
bimbang. Pemerintah (juga) akan memberi
subsidi bagi MediShield Sepanjang Hayat
kepada mereka yang tidak mampu.
SETIAP kali soal penjagaan kesihatan
dan kos rawatan ditimbulkan, ia menarik
perhatian ramai.
Begitulah yang terjadi apabila soal ini
menjadi salah satu sorotan Perdana Ment-
eri Lee Hsien Loong dalam Rapat Umum
Hari Kebangsaan hujung minggu lalu.
Siapa dapat menyangkal bahawa kesi-
hatan antara perkara terpenting dalam ke-
hidupan manusia? Kelancaran hidup akan
terganggu dan kurang dapat dinikmati apa-
bila seseorang itu selalu dibelenggu sakit.
Yang menjadi tumpuan Perdana Ment-
eri ialah skim perlindungan insurans Me-
diShield yang bakal diperbaiki dan diberi
nama baru MediShield Life, atau MediSh-
ield Sepanjang Hayat. Semua rakyat Sin-
gapura akan diletak di bawah skimitu, ter-
masuk mereka yang pernah menyertainya
dan kemudian menarik diri.
Apabila ia dilaksana nanti, rakyat Si-
ngapura akan menjadi antara yang paling
beruntung di dunia sebab akan mendapat
perlindungan kesihatan sepanjang hayat.
Mereka tidak lagi perlu bimbang ten-
tang kos yang perlu ditanggung jika jatuh
sakit dan memerlukan rawatan, terutama
apabila mencecah usia senja.
Ini kerana jika simpanan Medisave
mereka tidak cukup, akan ada Medishield
Life yang akan menokok atau melunaskan
bil perubatan mereka itu.
Dan perlindungan ini, yang kini dibatas-
kan hingga seseorang itu mencapai usia 90
tahun, akan dilanjutkan sehinggalah beliau
meninggal dunia.
Saya yakin rakyat umumnya lega den-
gan langkah baru pemerintah ini. Ia menja-
di formula jangka panjang yang selama ini
dicari bagi menghuraikan masalah kos raw-
atan di sini.
Sedang penduduk kita kian menua, per-
siapan perlu dibuat bagi menghadapi caba-
ran berhubung keperluan penjagaan kesi-
hatan mereka, yang bukan perlu lengkap
saja, bahkan, lebih penting lagi, dimampui.
Bagaimanapun, berdasarkan beberapa
pengalaman peribadi, saya mendapati usa-
ha ini sebenarnya telah pun dilakukan
sekarang.
Yang jelas, mereka yang tergolong se-
bagai orang susah dan tidak berkemam-
puan memang tidak diabaikan.
Umpamanya, tidak berapa lama dulu
seorang saudara saya seorang wanita
yang sudah agak lanjut usianya dan hidup
sebatang kara dimasukkan ke hospital
setelah terjatuh dan tulang pinggulnya ced-
era.
Hampir dua minggu lamanya beliau ter-
lantar di hospital sebelum dipindahkan ke
sebuah hospital lain selama beberapa ming-
gu lagi untuk menjalani terapi, bagi memas-
tikan tubuhnya benar-benar kuat, sebelum
dibenarkan pulang.
Pengalaman bersama saudara saya itu
mungkin singkat tetapi ia menjadi pembuka
mata tentang tebalnya unsur ihsan dalam
khidmat kesihatan kita di sini.
Saudara saya itu tergolong orang susah.
Suaminya dan anak angkat lelaki mereka
sudah meninggal dunia.
Mujur beliau mempunyai rumah sendiri
sebuah flat tiga bilik yang sudah selesai
dibayar.
Bil hospital beliau agak tinggi, mencapai
beberapa ribu dolar.
Oleh kerana tidak bekerja, beliau tidak
mempunyai Medisave. Jadi bagaimana
hendak melunas bil hospital yang tinggi itu?
Sedang saya tertanya-tanya, seorang pe-
gawai kebajikan hospital memberitahu saya
jangan bimbang kerana beliau akan memban-
tu menguruskan soal bil hospital itu.
Berita baik yang saya terima beberapa
minggu kemudian ialah saudara saya itu
tidak perlu membayar apa-apa beliau
diberikan rawatan percuma.
Yang lebih menakjubkan saya ialah sebe-
lum saudara saya diizinkan pulang, seorang
pegawai menemui saya dan mengajukan pel-
bagai soalan tentang keadaan rumah sau-
dara itu. Beliau mahu memastikan saudara
saya itu tidak menghadapi masalah apabila
tinggal sendirian nanti.
Malah, selepas saudara saya itu pulang, se-
orang pegawai hospital datang untuk meli-
hat dan memeriksa sendiri keadaan di dalam
rumahnya.
Keprihatinan yang ditunjukkannya
menakjubkan saya.
Saya juga mendapat panggilan telefon
daripada seorang lagi pegawai yang berkata
beliau telah mengaturkan agar ada orang da-
tang ke rumah saudara saya dua kali seming-
gu bagi membantu mengemas rumah dan
mencuci pakaiannya.
Selain itu, persiapan dibuat bagi memasti-
kan ada orang mengirimmakanan ke rumah-
nya dua kali sehari, tengah hari dan malam.
Saudara saya juga tidak perlu bimbang
tentang lawatan ke klinik bagi mendapatkan
rawatan lanjut dan memperoleh bekalan
ubat, sebab sebuah van yang lengkap de-
ngan kerusi roda akan datang untuk mem-
bawanya ke klinik dan menghantarnya pu-
lang.
Yang membuat saya lebih kagum ialah
perhatian yang diberikan kepada saudara
saya apabila ada jururawat daripada klinik
datang ke rumahnya setiap dua minggu un-
tuk menyusun pelbagai jenis ubat yang perlu
dimakannya setiap hari.
Ini dilakukan demi memastikan saudara
saya tidak tersilap mengambil ubat yang per-
lu dimakannya.
Semua khidmat yang saya sebutkan itu
diberi secara percuma. Ada pihak menang-
gung kosnya tetapi pokoknya saudara saya
tidak perlu membayar apa-apa.
Dan perhatian yang diberi kepada sau-
dara saya itu tidak terbatas kepada soal rawa-
tan.
Ada pula seorang pegawai daripada
NTUC Eldercare menghubungi saya untuk
memberitahu saya beliau sedang berusaha
menghubungi beberapa pihak bagi menda-
patkan bantuan kewangan bagi saudara
saya.
Saya percaya tidak ramai rakyat Singapu-
ra sedar tentang adanya bantuan begitu
lengkap dan komprehensif yang disediakan
bagi golongan yang benar-benar susah di
negara kita ini. Saya sendiri tidak sedar seh-
inggalah saya mengalaminya sendiri.
Ada satu lagi kes melibatkan seorang lagi
saudara saya, seorang wanita yang meng-
hadapi masalah komplikasi dalam perut
dan salah satu anggota tubuhnya.
Beliau terpaksa menjalani beberapa
pembedahan yang menyebabkan beliau be-
rada di hospital beberapa bulan.
Apabila tiba masa beliau dibenarkan ke-
luar dari hospital, bilnya mencapai enam
angka!
Dapat dibayangkan betapa bimbang
dan bingungnya suami saudara saya itu apa-
bila mendapat tahu tentang bil tersebut,
lebih-lebih lagi kerana beliau sudah bersa-
ra.
Dari mana hendak didapatkan wang se-
banyak itu bagi melunaskan bil tersebut?
Bagaimanapun, seperti kes saudara saya
yang pertama, soal kos itu segera dapat dis-
elesaikan apabila pihak hospital mengada-
kan siasatan dan kemudian memutuskan
memberi pelbagai potongan harga, sehing-
ga kosnya menjadi begitu rendah dan dap-
at ditampung oleh simpanan Medisave sua-
minya.
Memang kita sering mendengar keluhan
tentang kos rawatan tinggi di sini. Sebahagi-
an keluhan itu memang ada benarnya.
Tetapi yang jelas, warga yang benar-be-
nar susah tidak akan dinafikan haknya
mendapatkan rawatan. Pendekatan yang
menjadi pegangan ialah: masuk hospital
dan dapatkan rawatan dulu. Soal kos jan-
gan dirisaukan sebab sentiasa ada pihak
yang akan tampil membantu.
Oleh itu, apabila saya mendengar uca-
pan Perdana Menteri Lee dalam Rapat
Hari Kebangsaan tentang usaha pemerin-
tah bagi memberi perlindungan kesihatan
seumur hidup kepada seluruh rakyat Sin-
gapura menerusi MedShield Life, ia mem-
berikan rasa lega yang tidak terkira.
Saya yakin ia akan dilaksana. Dan saya
yakin juga ia akan memberi faedah kepada
seluruh rakyat negara ini, terutama orang
susah.
Cuma yang masih menjadi tanda tanya
ialah berapakah premium yang perlu diba-
yar bagi mendapatkan perlindungan Me-
diShield Life itu?
Sebab, selalunya semakin panjang dan
lama tempoh sesuatu perlindungan insur-
ans, semakin tinggi pula premiumyang per-
lu dibayar.
Ini padahal semakin tua seseorang itu,
semakin kurang pula kemampuannya
sebab wang simpanannya semakin susut.
Jadi, seharusnya premiumyang perlu diba-
yar semakin kurang.
Tetapi, inilah percanggahan yang perlu
dihadapi dan diatasi dalam memperkenal-
kan MediShield Life.
Hayati danhargai
MediShielduntuksemua
PANDANGAN
UCAPAN PERDANA MENTERI
LEE HSIEN LOONG
DI RAPAT HARI KEBANGSAAN LALU
Foto fail
GUNTOR SADALI
guntor@sph.com.sg
Mempercepat rentak kemajuan masyarakat Melayu cemerlang
Sabtu, 24 Ogos 2013
18 Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013
Rencana PANDANGAN
Susunan HARYANI ISMAIL
haryani@sph.com.sg
MEREKAsering ditegur mahu-
pun disindir kerana memiliki tu-
buh gempal dan berat badan berle-
bihan.
Bagaimanapun, insan-insan ge-
muk seperti Encik Danny Ross
dan Cik Ulanda Williams merasa-
kan mereka wajar berterima
kasih kepada babat dan lemak
dalam tubuh mereka yang diang-
gap sebagai penyelamat dalam
musibah baru-baru ini.
Encik Ross, 44 tahun, yang ber-
asal dari Devon, United King-
dom, ditikamdengan pisau seban-
yak 38 kali di apartmennya tetapi
masih bernyawa dek badan berisi-
nya. Ini disahkan oleh pakar peru-
batan yang merawatnya di hospi-
tal.
Beliau begitu terkejut apabila
seorang lelaki gila, David
Johnson, 33 tahun, tiba-tiba men-
erpa masuk ke rumahnya dan
menuduh Encik Ross mencuri duit
salah seorang anggota keluargan-
ya.
Encik Ross yang mempunyai
berat badan sebanyak 102 kilo-
gram memberitahu akhbar Daily
Mail, beliau hanya menyedari be-
tapa teruk dirinya ditikamselepas
tersedar di katil hospital dengan
70 jahitan.
Seingat saya, saya sedang me-
nonton televisyen apabila si gila
itu datang menyerang dengan
menggunakan tali pinggangnya
untuk mencekik leher saya. Tali
pinggang itu dibiarkan di bahagi-
an tekak saya untuk menghalang
saya daripada memekik. Saya ke-
mudian ditetak berulang kali de-
ngan pisau.
Saya berdiri seketika sebe-
lum rebah dengan tangan yang
berlumuran darah menyentuh
tembok rumah, cerita penganali-
sis komputer itu.
Beliau dihantar ke hospital
oleh jirannya dalam keadaan ti-
dak sedarkan diri.
Sambil menghela nafas lega,
Encik Ross berkata: Saya lihat fo-
to-foto tubuh saya yang sarat de-
ngan liang tikaman. Saya macam
tidak percaya, saya masih hidup.
Kalaulah saya kurus kering, rasa-
nya sudah mati!
Cik Williams, 32 tahun, dari
NewYork, Amerika Syarikat, pu-
la jauh lebih berat daripada Encik
Ross. Berat badannya mencecah
181 kilogram, bahkan beliau se-
ring disindir teman-teman kerana
berjalan terkedek-kedek.
Pada suatu ketika, beliau se-
dang bergegas mencari perlindu-
ngan di luar sebuah restoran kera-
na hujan lebat. Tiba-tiba, papan
kayu yang dipijaknya patah dua
dan beliau terjatuh dua meter ke
dalambesmen geronggang di situ.
Tangannya patah dan beliau
perlu dibantu keluar daripada bes-
men tersebut oleh pasukan bom-
ba dengan menggunakan kren.
Selepas selesai dirawat di hos-
pital, Cik Williams yang masih le-
bamtangan dan kakinya member-
itahu Daily Mail:
Syukurlah, mereka kata saiz
saya yang besar gedabak ini me-
nyelamatkan saya! Tubuh saya ja-
di semacam kusyen dek kejatu-
han tadi. Tak tahulah apa nak jadi
kalau saya ni kurus.
Begitulah bertuah nasib badan.
Dalam hal seorang lelaki Jerman,
Encik Gerard Steiner, 27 tahun,
keadaannya pun serupa. Beliau
tergelincir sewaktu memanjat ke-
rusi dan terjatuh enam meter ke
bawah dari tingkap balkoninya.
Encik Steiner yang sedang se-
ronok makan sosej sambil mem-
bersihkan tingkap jatuh dalam
keadaan tertiarap. Beliau hanya
mengalami tulang rusuk yang le-
bam.
Menurut doktor, lemak pada
perutnya menyelamatkan kea-
daan dan bertindak seperti kusy-
en!
Jika beliau terselamat selepas
terjatuh, pemandu bas Chile, En-
cik Alegria Campos, 33 tahun, pu-
la hidup selepas ditembak di pe-
rutnya oleh seorang perompak.
Kata doktor, kalaulah Encik
Campos kurus, beliau kemungki-
nan sudah mati.
Bukan sahaja Encik Campos
mampu diselamatkan. Beliau juga
berupaya bangkit dan menghem-
papkan tubuh gempalnya pada si
perompak untuk memastikan si
dia tidak cuba melarikan diri!
Peluru yang terkena perut En-
cik Campos berjaya dikeluarkan,
sementara lukanya pula dijahit
doktor.
Beginilah bak kata orang, ber-
pantang mati sebelum ajal. Kira-
kan, tak sia-sia bertubuh gempal!
Babat Penyelamat
BERTUAHNYA BADAN: Cik Ulanda Williams yang terjatuh dua meter ke bawah besmen pula
bersyukur memiliki tubuh bak kusyen. Beliau hanya patah tangan sahaja selepas kemalangan itu.
Foto-foto LAMAN DEATH AND REALITY
Nyawa si gempal tidak terkorban dek berat badan
D
ip
e
r
b
u
a
t
d
i
A
m
e
r
ik
a
S
y
a
r
ik
a
t
DJ Marian Mas'od
Dia-Med Ambassador
Warna 94.2FM
Kesihatan menjadi keutamaan & kini saya
lebih yakin lagi dengan adanya Dia-Med.
Dia-Med pilihan yang tepat.
S e l a m a t H a r i R a y a A i d i l f i t r i k e p a d a s e m u a
Untuk Diri dan Keluarga Anda
Suplemen Sihat & Berkhasiat
Terma &
Syarat
dikenakan Hotline Suplemen: 6749 0004 / 9889 0004 8A Race Course Lane, Singapore 218735 www.herbalpharm.com.sg Facebook: HerbalPharm, High Q+
Dia-Med
Untuk Kesihatan Gula & Kolesterol
Menyokong tahap gula sihat
Mengekalkan kesihatan usus dan kolon
Menggalakkan tahap kolesterol yang sihat
90V-Caps
Habbatus Nigella Sativa
Untuk Kesihatan Pernafasan
Sistem peredaran baik
Menyokong Sistem Imun
Khasiat Antioksidan
60 Softgels
Dia-Slim
Untuk Melangsingkan Badan
Formula menurunkan berat badan
secara alami
Diperkuat dengan Raspberry Ketones
Meningkatkan kadar metabolisme
90V-Caps
NutraJoint Gold
Untuk Kesihatan Bersama
Membantu mengekalkan kesihatan sendi
Sokongan pemakanan untuk
meningkatkan mobiliti
Menyokong tisu badan
Melegakan kesakitan sendi
60V-Caps
Active|Men
Untuk Tenaga
Meningkatkan Tenaga
Menyokong Kecergasan
Menggalak Kesejahteraan Umum
Omega-3
Untuk Kesihatan Jantung
Meningkatkan Kesihatan Otak
Menyokong kesihatan kardiovaskular
yang sihat
Menggalakkan tahap kolesterol baik
Menyokong kesihatan mata dan penglihatan
$
150
*
4 PILIHAN
DENGAN HARGA HANYA
$
PROMOSI
ISTIMEWA
*Promosi hingga 25 Ogos 2013 sahaja!
60V-Caps 90 Softgels
DIBERI 70
JAHITAN: Encik
Danny Ross
terselamat daripada
dibunuh pemuda gila
yang menyerangnya
dengan tiba-tiba
kerana kegempalan
tubuhnya. Kelihatan
liang-liang tikaman
yang dijahit pada
tubuhnya.
Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013 19
Gah!Gaya Hidup Artistik Hiburan
SEPERTI keluarga kisah do-
ngeng Puteri Rapunzel yang sebe-
nar, Cik Terelynn Svetlecich Russel,
43 tahun, dan tiga anak perem-
puannya memiliki rambut yang pan-
jang lebih daripada orang biasa.
Rambut wanita dari Illinois,
Amerika Syarikat, itu kini hampir
1.82 meter dan gabungan rambut-
nya bersama anak-anak gadisnya di-
anggarkan sepanjang empat meter!
Rambut anak perempuan Cik
Russel, Callan, 11 tahun; dan Cenda-
lyn, sembilan tahun sepanjang 91.4
cm, manakala Chesney, enam
tahun, sepanjang 66 cm.
Menurut Cik Russel, beliau me-
miliki rambut panjang sejak kecil la-
gi dan kini anak-anaknya turut me-
ngikut tradisi memelihara rambut
panjang.
Paling pendek rambut Cik Rus-
sel pernah dipotong ialah di bawah
paras pinggang iaitu sewaktu beliau
berusia empat tahun.
Menurut Cik Russel, rambutnya
yang panjang dan sihat itulah yang
menarik perhatian suaminya, Encik
Chip, ketika mereka masih muda.
Disebabkan itu juga beliau tidak
sanggup memotongnya walaupun
berdepan dengan pelbagai masalah
dalam menjaga rambutnya itu.
Walaupun kelihatan cantik dan
menawan, Cik Russel sering ber-
depan dengan situasi berbahaya sep-
erti rambutnya tersepit pada pintu
kereta, tersedut mesin vakum dan
anak-anak sering terpijak rambut-
nya.
Sekurang-kurangnya suku botol
syampu dan perapi rambut di-
gunakan setiap kali mandi dan tuala
pasti basah kuyup apabila di-
gunakan buat mengeringkan ram-
but.
Malah, beliau terpaksa melutut
di dalam bilik air ketika mencuci
rambut kerana rambutnya menjadi
terlalu berat apabila basah.
Walaupun menghadapi pelbagai
kesusahan, rambut Rapunzel mere-
ka sering membawa tuah kerana me-
menangi pelbagai pertandingan ram-
but terpanjang di kawasan kedia-
man mereka.
Hubungan kekeluargaan Cik
Russel juga begitu erat kerana set-
iap hari masing-masing akan meny-
ikat dan mentocang rambut antara
satu sama lain.
Rambut gaya
Rapunzel
membawa tuah
Berita Minggu
Berita Harian
Langgani
Talian langganan:
6388-3838
SALING MEMBANTU: Hubungan kekeluargaan Cik Russel (kanan) juga begitu erat kerana setiap hari ibu dan tiga anaknya akan
menyikat dan mentocang rambut antara satu sama lain. Foto .INSIDEEDITION.COM
BUKAN MUDAH MENJAGA RAMBUT PANJANG: (Dari kanan) Cik Terelynn Svetlecich Russel memang mempunyai tradisi
memelihara rambut panjang sejak kecil. Beliau juga mengajar tiga anak perempuannya agar berambut panjang. Foto
YOUTUBE.COM
Keluarga sering menang dalam pertandingan rambut
di kawasan kediaman mereka
* Terms & Conditions apply * Terms & Conditions apply
Location Map
HOMEWAY DESIGN
Email: inquiry@homeway-interior.com
Cuma $888*
Kabinet Dapur Moden
20 Kaki
Blk 2 Joo Chiat Road
#01-1117 Joo Chiat Complex
Tel: 6748 7223
Sila Kunjungi Showroom Kami Sekarang! Sila Kunjungi Showroom Kami Sekarang!
Blk 2 Joo Chiat Road
#01-1155 Joo Chiat Complex
Tel: 6747 9119
FREE
PARKING
No. 62 Changi Road
#01-02
Tel: 6345 9989
20% Diskaun Untuk
Semua Pakej
20% Diskaun Untuk
Semua Pakej
MEGA RAYA
SALES
MEGA RAYA
SALES
KINI
$14,800
$15,600
$16,400
3 Bilik
4 Bilik
5 Bilik
BIASA
$18,500
$19,500
$20,500
Interior Design & Concept Interior Design & Concept II
20 Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013
GAH!
PELAKON Natasha Hudson mendedahkan tum-
puannya kini adalah pada keluarga dan perniagaan pa-
kaian wanita Muslimah dan kanak-kanak yang dimil-
ikinya, Dreamclouds, yang ditubuhkan setahun lalu.
Lantaran itulah, Natasha, atau nama penuhnya Na-
tasha Liana Hudson, 31 tahun, berkata beliau tidak
mempunyai masa untuk kegiatan seni kerana terlalu si-
buk menguruskan perniagaan dan keluarga.
Perniagaan jenama pakaian saya baru sahaja ber-
tapak dan perhatian lebih perlu diberikan bagi memas-
tikan ia dapat berkembang.
Lagipun, saya mahu memberi seberaba banyak
perhatian kepada keluarga. Sebab itulah saya kini le-
bih selektif dengan tawaran berlakon kerana
keutamaan saya adalah kepada keluarga dan pernia-
gaan, jelasnya kepada mStar Online.
Pada masa yang sama, Natasha menambah, selain
lakonan, beliau kini lebih berminat kepada bidang se-
perti pengacaraan, modeling, kerja-kerja amal dan me-
nulis.
Dalam pada itu, bercakap mengenai Dreamclouds,
Natasha berkata beliau memang meminati dunia fe-
syen dan telah lama mengimpikan mahu mempunyai
rangkaian pakaian jenamanya sendiri.
Jelas Natasha, kesemua produk di bawah label itu
adalah rekaannya sendiri.
Saya telah memulakan perniagaan pakaian Musli-
mah wanita dan kanak-kanak ini sejak setahun lalu
dan berharap perniagaan ini akan berkembang. Al-
hamdulillah, sejauh ini sambutan pelanggan amat
menggalakkan, kata ibu seorang anak itu.
Natasha mempromosikan jenama pakaian tersebut
menerusi laman web www.fashionvalet.com selain la-
man sosial lain seperti Instagram iaitu @dreamcloud-
bynh dan Facebook.
Menurut Natasha, sebagai ahli perniagaan, beliau
tidak terkecuali berdepan dengan pelbagai cabaran.
Namun, beliau menganggapnya sebagai pengala-
man berharga buat beliau merintis jalan dalam dunia
perniagaan.
Cabaran dunia bisnes ini biasa tetapi apa yang le-
bih penting saya dapat mempelajari pelbagai perkara
tentang perniagaan dan dunia fesyen.
Impian saya mahu membawa jenama Dream-
clouds ini sejauh mungkin dan alhamdulillah saya te-
lah mendapat undangan Minggu Fesyen Islam Antara-
bangsa di luar negara.
Bagaimanapun saya belum membuat keputusan
lagi memandangkan terlalu sibuk dengan kerja-kerja
di Kuala Lumpur bagi memastikan semua aspek
produk yang dijual kepada pelanggan memuaskan,
katanya.
Natasha mendirikan rumah tangga dengan Khalid
Kamal, 33 tahun, pada April tahun lalu di Masjid
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan dikurniakan
seorang cahaya mata, Naeema Kalila, yang kini beru-
sia empat bulan.
Hasil perkahwinan terdahulu, Natasha mempunyai
seorang anak perempuan, Nessa Helena, yang kini
berusia lima tahun.
OPRAH Winfrey pernah bereksperi-
men dengan dadah.
Demikian pendedahan pengacara dan
usahawan terkenal itu dalamsatu wawan-
cara menerusi programWatch What Hap-
pens Live bersama hos Andy Cohen, ba-
ru-baru ini.
Winfrey telah membuat pendedahan
tersebut dalam segmen Plead the Fith,
yang memerlukan para tetamu Cohen
menjawab satu soalan secara jujur me-
ngenai dirinya.
Menurut Winfrey, pada satu tempoh
dalam 1982, beliau telah bereksperimen
dengan dadah marijuana.
Namun, ia hanya untuk sekali dua.
Winfrey telah muncul dalam ranca-
ngan tersebut bagi mempromosikan filem
pertama lakonannya selepas 15 tahun ber-
judul The Butler, arahan Lee Daniels.
Selain Winfrey, filem yang ditayang-
kan pada 16 Ogos di Amerika Syarikat
itu turut dibintangi oleh Forest Whitaker,
Cuba Gooding Jr., David Oyelowo, Len-
ny Kravitz dan Mariah Carey.
Sementara itu, Cohen sempat berjena-
ka dengan mengajak Winfrey mengambil
dadah selepas menutup rancangan.
ALMY Nadia tiada masalah dikenali se-
bagai pelawak.
Demikian menurut pelakon itu ketika di-
minta mengulas mengenai penyertaannya
dalamrancangan Super Spontan terbitan As-
tro.
Menurut Almy, atau nama penuhnya
Almy Nadia Aminuddin Shah, 27 tahun, be-
liau kini pun banyak menerima tawaran
watak komedi dan program berbentuk sit-
kom.
Saya tidak kisah kalau selepas ini orang
mula gelar saya sebagai pelawak kerana di
Malaysia ini kita kurang pelawak perem-
puan. Yang ada sekarang kita boleh kira de-
ngan jari sahaja.
Jika rezeki sudah ke arah itu saya teri-
ma sahaja, lagipun sekarang sudah ramai pel-
akon baru yang keluar dan sebagai pelakon
saya harus sentiasa mempertingkatkan diri,
katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Almy menekankan ma-
sih ada banyak lagi yang perlu beliau belajar
untuk mampu benar-benar menghiburkan
penonton dengan aksi komedi.
Saya sendiri tidak tahu yang saya ini ke-
lakar ataupun tidak kerana saya rasa sifat
saya hanyalah biasa sahaja. Tapi selepas pro-
gram, Edisi Khas banyak maklumbalas yang
positif saya terima.
Apa yang penting saya hanya jadi diri
sendiri dan mencuba nasib. Kalau kita berak-
si berlebih-lebihan pula, ia akan nampak
menjengkelkan, katanya.
Dalam pada itu, Almy berkata, ibunya,
Roshida Hashim, 45 tahun, banyak memberi
sokongan dan menjadi pengkritik terhadap
lakonannya selama ini.
Ibu adalah pengkritik utama saya. Bia-
sanya selepas menonton rancangan komedi
saya, beliau akan telefon dan beri pandan-
gan. Sebab itu apabila penggambaran saya
asyik teringat pesanan beliau. Ibu juga selalu
minta saya baca buku dan belajar tentang ba-
han-bahan jenaka daripada buku dan Inter-
net, katanya.
Sementara itu, Almy berkata beliau agak
gementar berkongsi pentas dengan pela-
wak-pelawak mapan dalammusimkedua Su-
per Spontan.
Saya fikir banyak kali untuk sertai pro-
gram ini. Kalau rancangan sitkom saya tidak
kisah tetapi dalam rancangan ini saya perlu
beraksi spontan.
Berhadapan pula dengan semua pela-
wak yang handal dan terkenal, tetapi saya
sudah nekad untuk redah sahaja, ujarnya.
Winfrey pernah
bereksperimen
dengan dadah
Tumpu kepada niaga dan keluarga
Tidakkisah
berlawak
Suria
3.00 Queen Juara Memasak
4.00 Telefilem: Menanti Hujan Teduh
6.00 Joji
6.30 Rasa Halal Vietnam
7.00 Safiyya
8.00 Berita (Siaran Langsung)
8.30 5 Rencah 5 Rasa
9.00 Ekspedisi Chef Wan
9.30 Nora Elena
10.30 Musafir
11.00 Detik 2013/2014
11.30 Berita
12.00 Tamat Siaran
Sensasi(StarHub)
12.30 Filem: Pupus
2.30 Senario 2012
3.30 Projek Gila
4.00 Putri Nabila
5.00 Cinta Fitri
6.00 NGW
7.00 Antara Cinta Dan Dusta
8.00 Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
9.00 Sunshine Of Love
11.00 Senario 2012
12.00 Putri Nabila
1.00 NGW
2.00 Filem: Pupus
4.00 Memories Of Bali
6.00 Cinta Lama Bersemi Kembali
7.00 Mencari Resepi Temurun
7.30 Cinta Fitri
8.30 Surat Dari Langit Biru
9.30 Telefilem: Mencari Nurfitri
11.30 Inbox
Channel 5
6.00 The Jeff Probst Show (PG)(HD5)
7.45 Just For Laughs Gags
8.00 The Dr Oz Show
9.00 Sport Rockz
9.30 S-League 2013 (Matches) (HD5)
11.30 Fleet Racing Tour 2013 (HD5)
12.00 The Fast Lane (HD5)
12.30 GP Racing
1.00 The Price Is Right (USA)
2.00 Wipeout USA
3.00 Minute To Win It (UK)
4.00 The Million Pound Drop
5.30 Voices Today (HD5)
6.30 Americas Funnniest Home Videos
7.00 I Kid With Brad Garrett (HD5)
7.30 Filem: Bruce Almighty (PG)(HD5)
9.30 Berita 5 (HD5)
10.00 My Ghost Story Asia (PG13)(HD5)
10.30 The Walking Dead (PG13)(HD5)
11.30 Bedlam (PG13)
12.30 American Horror Story
(PG13)(HD5)
1.30 Alcatraz (PG)
2.30 Films and Stars
3.00 GP Racing
3.30 The Price Is Right (USA)
4.20 The Jeff Probst Show (HD5)
5.10 The Dr Oz Show
Channel 8
6.00 Family Combo
6.30 The Prncesses & The Dude
7.00 Welcome Home, My Love
8.00 Panda Fanfare
8.30 The Exciting Ventures of San Mao
9.00 Pleasant Goat and Big Big Wolf
9.30 Doraemon
10.00 The Legend of Nezha
10.30 Hao Hao In Words Wonderland
11.00 Yummy Yummy Lunch Box
11.30 Little Red Dancing Shoes
12.00 The i-weekly Show
12.30 Mr & Mrs Kok
1.00 Dessert Time
1.30 Golden Age Talentime 2013
2.30 Filem: Its A Mad Mad World 3 (PG)
4.30 The Price Of Peace
6.30 Berita Mandarin
7.00 Life (PG)
10.00 Berita Mandarin
10.30 The Bride With White Hair (PG)
12.30 The Dragon Heroes
2.30 My Star Guide
3.00 A Million Treasures
4.00 Venture Against Time
okto
7.00 Spell Cast
8.00 The Diary Of Amos Lee
9.00 My Little Pony
9.30 Cartoons (Looney Tunes)
10.00 Pokemon
10.30 LEGO Legends of CHIMA
11.00 HERO 108
11.30 Bakugan
12.00 Talent Exchange
12.30 Mazed Up
1.00 Little Battlers eXperience
2.00 The Adventures Of Merlin
3.00 Spell Cast
4.00 The Diary Of Amos Lee
5.00 Kamen Rider
6.00 Smurfs
6.30 PopPixie
7.00 Pokemon
7.30 Metal Fight Beyblade
8.00 Artzooka
8.30 Transformers Prime
9.00 Most Extreme
10.00 Verbier Festival 2010: Yuja Wang
Piano
12.00 Tamat Siaran
Astro Ria(mio TV)
6.00 Musikmanic
7.00 Bakekang
8.00 Memories Of Bali
9.00 Budoy
10.00 My Life
10.30 My Hobby
11.00 Ala Idola
11.30 Comparistar
12.00 Geng Raya Zizan
1.30 Lemang, Lebaran, Labucci!
2.00 My Life
2.30 Sisi Unik
3.00 Musikmanic
4.00 Sketsa Jakarta
4.30 Cantik
5.00 Gaya Q
5.30 5 Elemen
6.00 Randy!Oh My Raya!
7.00 MeleTOP
8.00 My Life
8.30 Hijabista
9.00 Malam Anugerah Festival Filem
Malaysia Ke-25
11.30 Di Balik Tabir Tanda Putera
12.00 Comparistar
1.00 Endless Love
2.00 Musikmanic
3.00 Majika
4.00 My Life
Astro Prima (mio TV)
6.00 Fitri Buah Hatiku
7.00 Cinta Indah
8.00 Bukan Cinderella
9.00 Misiku Kuza
10.00 Telefilem: Nak Raya
Sama Momok
12.00 Duck Ugly
1.30 Di Sebalik Suara Madagascar 3
2.00 Filem: Suami, Isteri Dan ...
4.30 Di Balik Tabir Tanda Putera
5.00 Telefilem: Hantu Telur
7.00 Al Kautsar
8.00 Di Balik Tabir Lemak Kampung
Santan
8.30 Di Balik Tabir Lagenda Budak
Hostel
9.00 Filem: Scoop
11.00 Fermats Room
1.00 Hitam Putih
Vasantham
1.00 Filem: Paasa Malar
4.00 Bollywood Masti: Inkaar (PG)
7.00 Oli Oli - A TV50 Special
8.00 Ha Ha Ha Sirippu
8.30 Berita Tamil
9.00 Filem: Aravaan (PG)
12.00 Berita Tamil
12.30 Tamat Siaran
JADUAL TV
LEBIH MEMILIH: Menurut Natasha Hudson, cabaran dunia bisnes biasa tetapi apa yang lebih
penting beliau dapat mempelajari pelbagai perkara tentang perniagaan dan dunia fesyen.
Ibu dua anak ini mempunyai impian mahu membawa jenama Dreamclouds sejauh mungkin
Foto MSTAR
BUAT
EKSPERIMEN:
Oprah Winfrey
tidak
berbangga
dengan apa
yang dilakukan
dan akur beliau
tewas kepada
rasa ingin
tahunya ketika
itu. Foto
REUTERS
PERLU
KEMBANGKAN
BAKAT: Almy tidak
kisah malah ghairah
belajar daripada
para pelawak mapan
untuk menjadi
pelawak yang lebih
baik. Foto SINAR
HARIAN
Walau gementar berkongsi pentas dengan pelawak mapan
Almy nekad hibur penonton dengan aksi komedi
Berita Harian
Berita Minggu
INFORMASI
Hubungi kami:
Level 3, Annex Block
1000 Toa Payoh North,
Singapura 318994
E-mel: bhnews@sph.com.sg
Faks: 6319-8255
Meja Berita: 6319-5353
Meja Ekoniaga: 6319-5387
Meja Sukan: 6319-5662
Meja Gah!:
bhgah@sph.com.sg
Meja Foto: 6319-5250
Meja Rencana:
bhkomentar@sph.com.sg
Forum: bhsurat@sph.com.sg
Laman Internet Rasmi:
cyBerita.asia1.com.sg
Iklan: 1800-289-9988
Langganan: 6388-3838
Saya tidak kisah kalau
selepas ini orang mula
gelar saya sebagai
pelawak kerana di
Malaysia ini kita kurang
pelawak perempuan.
Yang ada sekarang kita
boleh kira dengan jari
sahaja. Jika rezeki sudah
ke arah itu saya terima
sahaja, lagipun sekarang
sudah ramai pelakon baru
yang keluar dan sebagai
pelakon saya harus
sentiasa
mempertingkatkan diri.
Almy Nadia Aminuddin Shah.
Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013 21
Gah!
KADAR jenayah pada keseluru-
hannya merosot 6.3 peratus dalam
tempoh Januari hingga Jun tahun ini,
berbanding tempoh sama tahun lalu.
Polis mengendalikan 14,562 kes
jenayah dalam enam bulan pertama
tahun ini, berbanding 15,539 pada
tempoh sama tahun lalu, menurut
Laporan Jenayah Pasukan Polis Si-
ngapura (SPF) yang dikeluarkan se-
malam.
Empat kategori jenayah mencatat-
kan kemerosotan:
kes berkaitan pecah masuk tu-
run 24 peratus;
kes komersial turun 14 peratus;
kes berkaitan kecurian turun 6.8
peratus; dan
pelbagai kes jenayah, termasuk
pencerobohan, turun 4.8 peratus.
Namun, dua kategori jenayah men-
catatkan kenaikan jenayah ter-
hadap individu naik 5.3 peratus dan
jenayah terhadap harta benda naik
3.7 peratus.
Polis menarik perhatian trend
membimbangkan iaitu kesalahan
yang mengakibatkan kecederaan se-
rius yang naik sebanyak 30 kes.
Berbanding tahun lalu, lebih ba-
nyak kes itu kali ini membabitkan ke-
jadian di tapak pembinaan.
Di samping itu, polis juga melapor-
kan bilangan kes cabul kehormatan
yang merosot daripada 701 kes kepa-
da 667 kes.
Kes cabul kehormatan di kereta
api dan bas juga merosot 10 peratus.
Sementara itu, polis juga melapor-
kan kemerosotan dalam kes pemiu-
tang wang tanpa lesen (UML) dan kes
gangguan.
Angkanya turun 10 peratus daripa-
da 5,091 kes kepada 4,608.
Pada masa yang sama, lebih ramai
juga yang ditangkap bagi kesalahan
itu.
Seramai 1,117 ditangkap dalam
enam bulan tahun ini berbanding
1,016 dalam tempoh sama tahun lalu.
Belia yang ditangkap bagi kesala-
han ini juga merosot daripada 98 ke-
pada 77.
Polis turut menggariskan kemero-
sotan dalam kes penipuan telefon,
melibatkan penipuan cabutan ber-
tuah atau loteri dan penipuan mencu-
lik.
Perangkaan menunjukkan bukan
sahaja bilangan kes yang telah mero-
sot, malah juga jumlah wang yang ter-
libat.
Kes penipuan cabutan bertuah
merosot daripada 88 kes kepada 40
kes, dan wang daripada jenis peni-
puan ini juga merosot daripada $2.4
juta kepada $1.35 juta.
Kes penipuan menculik menurun
daripada 13 kepada empat, dengan
wang yang ditipu merosot daripada
$72,800 kepada $25,000.
Kemerosotan ini disebabkan kese-
daran lebih tinggi mengenai kes itu,
kata polis.
Oleh itu, polis menasihati orang
awam supaya terus berwaspada ter-
hadap panggilan yang diterima daripa-
da orang yang tidak dikenali.
Mereka juga harus menghubungi
999 dengan segera jika mereka mene-
rima panggilan kononnya orang yang
disayangi telah diculik.
Polis berkata ia akan terus
mengekalkan pendekatan menyelu-
ruh dengan bekerjasama rapat de-
ngan masyarakat dan pihak berke-
pentingan untuk membanteras
jenayah.
Pengarah Ehwal Awam Polis, Pe-
nolong Pesuruhjaya (AC) Ng Guat
Ting, berkata:
Meskipun kadar jenayah bagi
pertengahan pertama 2013 telah
berkurangan, kami meminta soko-
ngan awamsupaya kekal berwaspada
dan ambil langkah berjaga-jaga ter-
hadap jenayah terbit daripada meng-
ambil kesempatan dan boleh dielak-
kan.
PEGUAMdari firma guaman Wat-
son, Farley & Williams Asia Practice,
Encik Amrin Amin, dilantik sebagai
anggota Majlis Kebangsaan Bagi
Masalah Perjudian (NCPG).
Seorang aktivis sosial dan mantan
Presiden Kesatuan Guru-Guru Me-
layu Singapura (KGMS), Dr Bibi Jan
Mohd Ayyub, pula akan bersara dari-
pada menjadi anggota NCPG setelah
berkhidmat antara enamhingga lapan
tahun.
Dalam kenyataannya semalam,
Kementerian Pembangunan Sosial
dan Keluarga (MSF) mengumumkan
pelantikan Encik Amrin. Tujuh muka
baru juga diperkenal dalam NCPG.
Anggota baru itu akan berkhidmat
selama dua tahun mulai 31 Ogos ni.
Mereka terdiri daripada pelbagai
latar belakang seperti psiakitri,
psikologi, khidmat sosial, guaman,
khidmat pemulihan dan kaunseling.
Anggota baru itu ialah Ketua Ek-
sekutif Persekutuan Buddha Singa-
pura, Encik Kua Soon Khe; Setiausa-
ha Eksekutif Karyawan Khusus kepa-
da Kaunseling Ketagihan (Association
for Professionals Specialising in Addic-
tion Counselling), Cik Annie Lee;
Naib Pengerusi Persekutuan Tao Si-
ngapura, Encik Ling Kin Huat; Penga-
rah Meishin International, Encik Teo
Lin Lee; Pengarah Singcorp Interna-
tional, Encik P. Thirunal Karasu; dan
Dekan Fakulti Sastera dan Sains So-
sial, Professor Brenda Yeoh.
Majlis 16 anggota itu akan terus
dipengerusikan Presiden dan Ketua
Eksekutif United Industrial Corpora-
tion, Encik Lim Hock San.
Menurut kenyataan itu lagi, majlis
tersebut akan memberi nasihat dan
maklumbalas kepada pemerintah ten-
tang isu dan masalah judi serta melak-
sanakan langkah-langah pencegahan
dan progam pendidikan awam.
Seramai sembilan anggota majlis
telah dilantik semula sementara em-
pat lagi, termasuk Dr Bibi Jan, bersa-
ra dari menjadi anggota NCPG.
PENGUASA Pengangkutan Darat
(LTA) semalam menganugerah kontrak
bernilai $144 juta bagi pembinaan stesen
MRT Woodlands South yang dijangka
siap pada 2019.
Kontrak T205 bagi stesen Woodlands
South itu diberikan kepada Woh Hup
(Private) Limited, sebuah syarikat bi-
naan dan kejuruteraan yang mempunyai
pengalaman lebih 80 tahun dalam indus-
tri pembinaan.
Sebelum ini, Woh Hup pernah terli-
bat dalam projek Circle Line, termasuk
pembinaan stesen-stesen Dhoby Ghaut,
Bras Basah, Holland Village dan Buona
Vista.
Pembinaan stesen Woodlands South
dalam rangkaian Thomson Line itu di-
jangka bermula hujung tahun ini.
Stesen Woodlands South kali perta-
ma diumumkan Menteri Pengangkutan,
Encik Lui Tuck Yew, pada Ogos tahun la-
lu.
Ia terletak di simpang Woodlands Av-
enue 1 dengan Woodlands Dr ive 16, ber-
dekatan Gereja Christ dan Sekolah Me-
nengah Woodgrove.
Menurut LTA semalam, jarak antara
stesen tersebut dengan Sekolah Sukan
Singapura iaah sekitar tiga minit berjalan
kaki.
Apabila Thomson Line siap kelak, ia
akan mengambil masa selama 45 minit
bagi perjalanan dari Woodlands ke Gar-
dens By The Bay iaitu penjimatan 25
minit perjalanan dari laluan hari ini.
Thomson Line akan bertemu dengan
Circle Line di stesen Caldecott; dan Lalu-
an Utara-Selatan di stesen Orchard; Lalu-
an Timur-Barat dan Utara-Barat di Dho-
by Ghaut dalam perjalanannya ke stesen
Gardens By The Bay.
Kadar jenayahturun
6.3%Jan-Jun
Peguamantara dilantik anggotai badan
tangani masalah perjudian
Woh Hup bina stesen Woodlands South
ENCIK AMRIN AMIN: Peguam dari firma
guaman Watson, Farley & Williams Asia
Practice. Foto AMRIN AMIN
STESEN BARU: Beginilah gambaran artis bagi pintu masuk stesen Woodlands South apabila ia dijangka siap pada 2019 nanti. Foto-foto LTA
Namun, trend kesalahan akibatkan
kecederaan serius membimbangkan
.
B
H
2
4
-
B
H
S
-
0
2
5
-
T
i
m
e
7
:
2
9
:
0
8
P
M
D
a
t
e
2
3
/
0
8
/
2
0
1
3
MARKETING/
OPERATIONS
ASSISTANT
needed for freight forwarder
rLCL / FCL / air & seafreight
experience
rWork Location @ Ubi
r5.5-days work
Call : 9732-8852
SEGERA
MEMERLUKAN
1)CAR MECHANICS
2)SERVICING
Semi-skilled/ skilled
Berminat sila hubungi
67449663
Looking for
Car Polisher
@ AMK Autopoint
Start immed
Call -
6753 9906
PEMANDU KELAS 3
(sesi siang)
Tempat bekerja: Pasir Ris /
Loyang / Tampines
Gaji bulanan dari
$1600 ke atas
PEKERJA AM
Kerja luaran membersihkan
jalan-jalan Singapura
Sesi Siang - 7pagi - 5ptg
-9739 4800 & 9754 5800
TUKANG KEBUN @ Ri ver
Valley & Thomson Rd. 5
1/2 hari seminggu. Tel
91736107. Harap tiada ajen
AL-FATIHAH
HJH FATIMAH BTE ABDUL RAHMAN
Umur: 77
Telah kembali ke Rahmatullah pada 20 August 2013
Pihak keluarga mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua saudara mara dan sahabat handai di
atas sumbangan dan kehadiran mereka sehingga
jenazahnya selamat dikebumikan.
Bagi pihak Allahyarhamha kami memohon maaf
atas segala kesalahan dan kesilapan dan halalkan
segala makan dan minum semasa hayatnya.
Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas
rohnya dan mengampuni dosa-dosanya. Amin.
Anak-anak: Menantu:
Mariah Ali
Mohamed Ali Hashimah Hayon
Marinda Ali
Marina Ali Amir Wee
Mazlind Ali
Mustafa Ali Jana Chue
dan cucu-cucu
Pembantu: Kartem
Tel: 64731039
AL-FATIHAH
Allahyarham
MOHAMED ZAHIR BIN ABDUL HAMID
(Singapore Police Force Copral 6872)
Umur: 63
Telah kembali ke Rahmatullah pada 27 Ramadan 1433H
Pihak keluarga mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua saudara mara dan sahabat handai di
atas sumbangan dan kehadiran mereka sehingga
jenazahnya selamat dikebumikan.
Bagi pihak Allahyarham kami memohon maaf atas
segala kesalahan dan kesilapan dan halalkan segala
makan dan minum semasa hayatnya. Semoga Allah
S.W.T. mencucuri rahmat ke atas rohnya dan
mengampuni dosa-dosanya. Amin.
Isteri: Zaiton Bte Ahmad
Anak-anak: Zaidee, Abd. Razak, Zuraidah, Roziana
Tel: 65822410
CAR WASHER
(Hardworking) needed
in East / Central.
Good pay.
Daily cash.
One meal provided.
9109-8219
Established Engineering
Company in Woodlands
requires
1) GENERAL WORKER
2) SUPERVISOR
3) TECHNICIAN
Physical fit
Hardworking & responsible
Pls call 6368 6923
for interview
SVC CREW @ Pasir Ris cake
shop. Able to work week
end & PH. Senior citizen
welcome. Call 9118-5286
Berita Harian
|
Sabtu, 24 Ogos 2013
25
DR BIBI JAN MOHD AYYUB: Akan
bersara. Foto DR BIBI JAN MOHD
AYYUB
REKAAN UNIK: Rekaan artis bagi kawasan dalaman stesen Woodlands
South yang menjanjikan perjalanan yang lebih cepat ke kawasan bandar.
Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013 25
Berita
MADRID: Jersi mendahului pemain.
Itulah yang berlaku apabila Real
Madrid mula menjual jersi yang ter-
tera nama bintang Wales, Gareth
Bale, kelmarin sedang perjanjian per-
pindahan pemain Tottenham Hot-
spur itu dengan bayaran rekod keli-
hatan memasuki tahap akhir.
Perbincangan antara kelab gerga-
si Sepanyol itu dengan Spurs diper-
cayai berada di peringkat akhir, na-
mun pemain berusia 24 tahun itu be-
lum lagi berpindah ke Bernabeu.
Beberapa akhbar utama di Ma-
drid seperti Marca dan As menyiar-
kan gambar-gambar yang dirakam
daripada kedai dalam talian laman
web Real yang membubuh nombor
11 pada jersi Bale.
Bagaimanapun, kesilapan itu di-
sedari dan kedai dalam talian terse-
but ditutup lewat kelmarin.
As kemudian melaporkan baha-
wa kedai dalam talian itu diuruskan
jenama sukan adidas dan bukan
kelab tersebut.
Bagaimanapun, sejak beberapa
minggu lalu, terdapat laporan yang
mengatakan Bale akan berpindah ke
Real, juara Liga Juara-Juara seba-
nyak sembilan kali, dengan bayaran
pemindahan melebihi 80 juta
($160 juta) yang pernah diberikan
kepada Manchester United untuk
mendapatkan Cristiano Ronaldo pa-
da 2009.
Media Sepanyol kelmarin me-
laporkan satu pengumuman menge-
nai perpindahan Bale ke Real akan
dibuat dalam beberapa jam lagi.
Tahun lalu, Real menyenaraikan
nama pemain midfield Croatia, Luka
Modric, juga dari Spurs, sebagai pe-
mainnya dalam laman web kelab
tersebut sebelum mendapatkan tan-
datangan beliau.
Ia kemudian menyalahkan peng-
godam sebagai bertanggungjawab
atas kesilapan itu.
Pengurus Spurs, Andre Vil-
las-Boas, enggan melibatkan diri
dalam spekulasi mengenai masa
depan pemain itu.
Saya tidak boleh memberi ko-
men mengenai apa-apa dan ia telah
menjadi pegangan saya sejak permu-
laan musim dan saya tidak akan
mengubahnya, kata Villas-Boas
selepas pasukannya mengalahkan Di-
namo Tbilisi 5-0 dalam satu perla-
wanan Liga Europa kelmarin.
Apa pun pendirian Villas-Boas,
media Sepanyol kini kian hangat
memperkata perpindahan Bale itu.
Real dijadualkan bertemu Grana-
da Isnin ini dan berita mengenai Bale
kelihatan begitu mendapat perhatian
sehingga orang tidak lagi kisah sama
ada jurulatih Carlo Ancelotti memi-
lih mengekalkan Diego Lopez se-
bagai penjaga gawang atau menurun-
kan semula kapten pasukan, Iker
Casillas, buat julung-julung kalinya
sejak diketepikan bekas pengurus,
Jose Mourinho. AFP.
MANCHESTER (England): Chelsea
dan Manchester United dijadual ber-
temu Isnin ini dalamapa yang disifat-
kan sebagai perlawanan paling pen-
ting dalam minggu kedua selepas
musim baru Liga Perdana England
bermula pada hujung minggu lalu.
Namun, sebelumpertarungan ber-
mula, kededua pasukan sudah mula
berperang bagi mendapatkan khid-
mat penyerang England, Wayne
Rooney.
Memang Rooney masih menjadi
pemain United dan kelab itu juga
sudah memperjelas pendirian baha-
wa bintangnya bukan untuk di-
jual, menyusuli langkah Chelsea
mengemukakan dua bidaan untuk
memisahkan pemain dengan kelab
itu.
Namun, kedegilan pengurus
Chelsea, Jose Mourinho, yang
mendedahkan beliau akan membuat
bidaan ketiga, seakan satu strategi
untuk menjejas keutuhan United se-
belum kededua pasukan bertemu di
Old Trafford.
Rooney, yang membayangkan be-
liau mahu meninggalkan United pa-
da akhir musimlalu, belumpasti ditu-
runkan dalam perlawanan itu kera-
na masih belum cergas sepenuhnya.
Bagaimanapun, jika dipilih ber-
aksi, setiap tingkah lakunya dalam
pertarungan yang dianggap paling
penting pada awal musim ini, akan
dipantau.
Chelsea tentunya mahu membuk-
tikan kepada Rooney bahawa mere-
ka merupakan kuasa baru dalam bo-
la sepak England menyusuli kepula-
ngan Mourinho ke pangkuan pasu-
kan dari Stamford Bridge itu.
Chelsea menikmati permulaan
yang baik selepas mengalahkan Hull
City dan Aston Villa bagi memboleh-
kan mereka menduduki tangga ter-
atas liga.
United tidak kurang hebat apabi-
la mencatat kemenangan besar ke
atas Swansea City di padang lawan
dalam perlawanan kompetitif perta-
ma pengurus David Moyes.
Dalam musim pertama Mourin-
ho di Chelsea sebelum ini, mereka
menikmati permulaan yang baik
dalam beberapa perlawanan perta-
manya dan kami gagal mengejar
mereka, kata pemain midfield ve-
teran United, Ryan Giggs.
Semua orang tahu bahawa kami
menghadapi jadual perlawanan per-
mulaan yang sukar tetapi kami me-
mulakannya dengan baik dengan
mencatat kemenangan di Swansea
pada dinihari Ahad lalu dan kami
berharap dapat mengekalkannya.
Selepas berdepan Chelsea, Unit-
ed dijadual menentang Liverpool
dan Manchester City. Chelsea pula
berpeluang membuka jurang enam
mata jika mereka dapat mengalah-
kan United di Old Trafford kerana
bermain lebih satu perlawanan.
Perebutan mahkota Liga Perdana
musim ini dijangka melibatkan tiga
pasukan iaitu United, selaku juara
bertahan; Chelsea dan City. Agen-
si.
Lee dinasihat usah terlalu
banyak tanding
KUALALUMPUR: Pemain badminton
nombor satu dunia, Lee Chong Wei, dinasi-
hati supaya mengubah jadual pertandi-
ngannya yang ketat bagi membolehkan be-
liau bermain dalam Sukan Olimpik 2016
di Rio de Janeiro, Brazil.
Lee, yang mengalami masalah kejang
otot dan kepanasan semasa berdepan Lin
Dan dalam Kejohanan Dunia baru-baru
ini hingga hampir pengsan, kini beraksi
dalam Liga Badminton India.
Beliau tidak seharusnya bertanding
dalam terlalu banyak pertandingan, kata
pengarah besar Majlis Sukan Malaysia,
Zolkples Embong, yang pandangannya
dikongsi sama James Selvaraj, bekas pe-
main badminton negara itu. AFP.
Anelka mahu bersara
ekoran kematian ejen
LONDON: Pengurus West Bromwich
Albion, Steve Clarke, mendedahkan pe-
nyerangnya, Nicolas Anelka, sedang me-
nimbang mahu bersara selepas kematian
ejennya.
Penyerang asal Perancis itu diizin me-
ngambil cuti dan tidak terlibat dalamperla-
wanan West Brom menentang Everton
hari ini selepas ejennya, Eric Manasse,
meninggal dunia.
Media Britain kelmarin melaporkan
Anelka telah membersihkan almarinya di
pusat latihan kelab itu. Reuters.
Dua pegawai perlawanan
digantung seumur hidup
NYON: Kesatuan Persatuan Bola Se-
pak Eropah (Uefa) menjatuhi hukuman
gantung seumur hidup ke atas dua pe-
gawai perlawanan kerana cuba menetap-
kan keputusan satu perlawanan Liga Euro-
pa bulan lalu, menurut satu kenyataan
kelmarin.
Khidmat pengadil dari Armenia, An-
dranik Arsenyan, dan pembantunya, Hov-
hannes Avagyan, yang mengadili perla-
wanan antara kelab Finland, Inter Turku,
dengan Vikingur dari Kepulauan Faroe, di-
gantung seumur hidup oleh badan Penga-
wal dan Displin Uefa.
Dalam satu perbicaraan awal di Arme-
nia, Arsenyan dan Avagyan mengaku cu-
ba menetapkan keputusan perlawana pu-
singan kedua itu, yang berakhir dengan Vi-
kingur menang 1-0. Reuters.
Jersi Bale dijual
meski belum Real
Perang awal Chelsea, MU
TERSEBAR HINGGA KE
AMERIKA SYARIKAT:
Sebuah papan iklan di
Times Square di New York
memaparkan Gareth Bale
sebagai pemain profesional
Real Madrid sedangkan
beliau masih belum
disahkan sebagai pemain
kelab itu kerana rundingan
mengenai perpindahannya
belum usai walaupun ia kini
berada di peringkat akhir.
Foto AFP
DIREBUT: Wayne Rooney (kanan) jadi pemain rebutan antara Manchester
United dengan Chelsea. Foto PA
SEKILAS
Bidaan ketiga Mourinho dilihat sebagai
usaha jejas keutuhan pasukan United
LIGA PERDANA ENGLAND
Fazrul Nawaz
Jersi nombor 10
Rajin, berpengalaman dan seorang
yang berjiwa pasukan.
Bekas pemain SAF FC (kini Warriors
FC), Fazrul, pasti memberikan 100
peratus kepada pasukan tiap kali
beliau turun padang.
Fazrul ialah sejenis pemain yang tidak
akan berhenti berlari sepanjang 90
minit permainan. Corak permainannya
itu sering membuka ruang bagi pemain
lain untuk menjaringkan gol.
Namun, dengan kemungkinan SingaXII
akan bersaing tanpa kapten Shahril
Ishak, beliau harus lebih tajam merintis
peluang jaringan untuk dirinya sendiri.
Fazrul juga baru dipanggil semula oleh
jurulatih nasional, Bernd Stange, untuk
menyarung jersi Singapura. Dan itu
seharusnya menjadi insentif bagi
Fazrul membuktikan beliau mampu
menjadi sumber gol bagi pasukan
Singa.
Tanpa Shahril, Singa mana mampu tunjuk taring?
Khairul Nizam
Jersi nombor 20
Tegap, sasa dan berani.
Mungkin inilah ciri-ciri yang diperlukan
dalam perlawanan genting di depan
40,000 penonton lawan di Stadium
Negeri di Kuching.
Meskipun kerjayanya bersama LionsXII
dirundung kecederaan, namun Khairul
telah membuktikan sebelum ini
bahawa beliau juga mempunyai
sentuhan tajam di depan gol.
Jika V. Sundramoorthy memilih taktik
serangan balas atau counter attack,
beliau juga mampu mengawal bola di
barisan depan, lantas memberi masa
bagi para pemain lain mengambil
posisi-posisi serangan.
Namun, Khairul kurang berpengala-
man dan dalam perlawanan di mana
LionXII perlu mengutip tiga mata, ia
mungkin akan menimbulkan masalah.
Shahfiq Ghani
Jersi nombor 26
Beliau mungkin yang paling
berbakat dari segi teknikal
berbanding Fazrul dan Khairul.
Sentuhan kaki kiri Shahfiq Ghani
bukan hanya mampu menjaringkan
gol, bahkan merintis peluang
jaringan untuk teman-teman
sepasukan dengan keupayaannya
mengumpan bola dengan tepat.
Shahfiq juga mampu menjaringkan
gol menerusi tendangan percuma,
dan dalam perlawanan yang sengit
dengan peluang jaringan yang
terbatas, kebolehan beliau itu
merupakan senjata penting.
Bekas pemain Courts Young Lions
ini lincah dan ligat, dua kualiti
penting yang diperlukan untuk
meloloskan diri daripada pemain
pertahanan Sarawak.
Foto Fail
PIALA MALAYSIA
26 Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013
Sukan
NAZRI HADI SAPARIN
mhadi@sph.com.sg
V. SUNDRAMOORTHY berjanji
anak buahnya akan menyerang Sa-
rawak dari wisel pertama bagi memas-
tikan mereka membawa pulang mata
maksimum sebagai menebus keke-
cewaan keputusan seri menentang
Kedah di Stadium Jalan Besar.
Bagaimanapun, dalam menyerang
dan memburu kemenangan pertama
dalam pertandingan Piala Malaysia
2013, SingaXII perlu berhati-hati de-
ngan ancaman ke atas gawang mere-
ka sendiri.
Anak buah Sundram, khususnya
di benteng pertahanan, harus berwas-
pada dengan ketajaman penyerang pa-
sukan Bujang Senang, Bobby Gonza-
lez.
Gonzalez menjaringkan 19 gol
dalamkempen Liga Premiere yang la-
lu bagi membantu Sarawak menjuarai
liga dan kembali ke Liga Super musim
depan.
Anak kelahiran Sabah berusia 29
tahun itu seolah-olah mendapat nafas
baru di bawah tunjuk ajar jurulatih
berpengalaman, Robert Alberts.
Dalam wawancara dengan ma-
jalah dalam talian, Goal, baru-baru
ini, Gonzalez akur dengan sumba-
ngan jurulatih dari Belanda itu.
Malah, menurutnya, kejayaan be-
liau musim lalu adalah hasil kerja
keras setiap anggota pasukan Sara-
wak.
Saya harus menegaskan bahawa
segalanya adalah hasil usaha kami se-
bagai satu pasukan. Setiap anggota Sa-
rawak FA, termasuk pihak penguru-
san, jurulatih dan pemain telah melak-
sanakan tugas dengan sebaik-baiknya
musim lalu.
Usaha keras dan pemahaman
inilah yang membantu saya menja-
ringkan begitu banyak gol, ujar be-
liau, merendah hati.
Mujur, tunggak pertahanan Singa-
XII, Safuwan Baharudin, kembali be-
raksi malam ini setelah digantung ba-
gi perlawanan pembukaan Selasa la-
lu.
Ini bermakna, Sundram boleh me-
namakan benteng pertahanan terkuat-
nya, dengan Baihakki Khaizan dan
Safuwan di hadapan penjaga gawang,
Izwan Mahbud, manakala Faritz
Hameed dan Shakir Hamzah meng-
ambil tempat masing-masing sebagai
bek kanan dan bek kiri.
Selain Gonzalez, Sarawak mempu-
nyai para pemain kreatif lain yang da-
pat mengancam kubu SingaXII.
Pemain tengah campuran Swe-
den-Malaysia, Junior Eldstal, merupa-
kan enjin pasukan yang berupaya
mempengaruhi corak permainan.
Hasil kecemerlangan Eldstal dalam
kempen liga musim lalu telah melihat
beliau dipanggil menyarungi jersi pa-
sukan nasional Malaysia bagi perla-
wanan persahabatan menentang
Chelsea dan Barcelona baru-baru ini.
Jika diberi ruang dan kebebasan,
Eldstal dan seorang lagi pemain te-
ngah Sawarak, Guy Bwele, mampu
memporak-perandakan SingaXII.
NORMAN SAWI
normans@sph.com.sg
MUSIM lalu, anak buah Sundram
muncul pemenang ketika bertan-
dang ke Stadium Negeri di Kuching,
Sarawak, dan kapten azimat, Shahril
Ishak, memainkan peranan besar
dalam pencapaian itu.
Shahril menyumbatkan gol me-
nerusi tendangan penalti untuk men-
catat kemenangan tipis 1-0 ke atas
Sarawak.
Namun, saat yang mengubah ren-
tak permainan itu mengundang kon-
troversi.
Para pemain SingaXII dan penga-
dil yang memberikan penalti itu, Su-
haimi Mat Hassan, menjadi sasaran
tohmahan dan cercaan pemain serta
15,000 penyokong mereka yang ber-
senjatakan kekata nista, botol air
dan mercun yang dibalingkan ke
padang.
Menurut bekas pemain nasional,
Malek Awab, yang pernah mewakili
Singapura dan Kuala Lumpur dalam
pertandingan Piala Malaysia pada
tahun-tahun 1990-an, keadaan ga-
nas itu turut berlaku pada ketika itu.
Peminat mereka akan mengeko-
ri bas pasukan dari hotel hingga ke
stadium... mencaci kami tanpa henti.
Malah, kening saya terluka aki-
bat dibaling batu semasa perlawa-
nan, kata Malek.
Malam ini, sambutan yang serupa
boleh dijangkakan bagi SingaXII.
Bagaimanapun, mereka terpaksa
memasuki medan pertempuran tan-
pa Shahril, yang masih dihantui
kecederaan lutut yang dialaminya se-
masa menentang Kedah Selasa lalu.
Semalam, goal.com melaporkan
bahawa Sundramtidak akan menyer-
takan Shahril untuk perlawanan
malamini kerana tidak mahu memu-
daratkan kecederaannya.
Kami tidak akan menurunkan-
nya... tiada sebab untuk berbuat
demikian kerana beliau sedang ce-
dera, kata jurulatih SingaXII itu.
Sementara percaya bahawa anak
buah Sundram memiliki kekuatan
mental dan fizikal untuk mengharu-
ngi cabaran Piala Malaysia yang
mungkin paling penting setakat ini,
beberapa bekas pemain negara yang
pernah beraksi di Kuching berkata
bahawa SingaXII perlu bersedia ber-
tarung tanpa Shahril.
Ketiadaan Shahril di padang pas-
ti dirasakan para pemain, terutama
mereka yang bergantung pada pan-
duan Shahril semasa perlawanan.
Namun, ketiadaannya juga
boleh dijadikan sumber motivasi pe-
main yang tidak mahu menghampa-
kan kapten mereka yang tidak dapat
beraksi, kata bekas kapten pasukan
nasional, Terry Pathmanathan, apabi-
la dihubungi Berita Harian.
Bersetuju, Malek berkata Singa-
XII perlu menumpukan perhatian pa-
da perlawanan tanpa terlalu meng-
hiraukan perkara lain.
Mungkin semangat mereka pa-
tah sedikit (tanpa Shahril), tapi mere-
ka harus mematuhi arahan jurulatih
dan mengikut strategi yang telah
ditetapkan, kata Malek lagi.
Bercakap kepada akhbar The
New Paper, jurulatih Sawarak, Ro-
bert Alberts, berkata beliau tidak
menganggap ketiadaan Shahril akan
melemahkan semangat SingaXII.
Mereka tidak pernah cemas, se-
imbang dan memiliki penjaga
gawang yang baik, kata Alberts.
Sementara itu, memilih untuk
mengambil pandangan positif, Shah-
ril, berkata beliau percaya pemain
muda seperti Shahfiq Ghani, Syafiq
Zainal dan Khairul Nizam telah ber-
sedia mengganti tempatnya.
Memang, perlawanan ini perla-
wanan yang penting untuk kami, ta-
pi saya percaya mereka berupaya
bermain dengan baik jika kekal ten-
ang, kata Shahril.
Sesiapa sahaja yang terpilih, Path-
manathan berharap pemain tersebut
dapat merebut peluang untuk
menunjukkan keupayaannya.
Adalah tidak adil jika pemain itu
dibanding-bandingkan dengan Shah-
ril... mereka adalah dua pemain yang
berbeza, katanya.
Bukan senang kalahkan
Bujang Senang
Penontonjadi cabaran
BOBBY GONZALEZ:
Telah menjaringkan
19 gol dalam
kempen Liga
Premiere lalu dan,
dengan itu,
mencerminkan
ancaman beliau ke
atas gawang
SingaXII. Foto
FOXSPORTS.MY
BELUM PASTI: Shahfiq Ghani, Shafiq Zainal dan Khairul Nizam telah bersedia
mengambil tempat Shahril Ishak dalam pertemuan dengan pasukan Sarawak
malam ini di Kuching. Siapa yang bakal terpilih? Foto fail
SingaXII dijangka
hadapi perlawanan
sukar di Sarawak
tanpa Shahril Ishak
PIALA MALAYSIA
Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013 27
Sukan
Dining Set
L fabrik sofa
46Sungei Kadut Ave
Tel: 6269 5009 10.30am-10pm daily
FREE PARKING
Sungei Kadut
$
747.93
Relax Chair
UP$
2005.18
Direct Factory Sale
UP$
853.86
$
426.93
TiIam Jenama Diskaun Sebanyak
only$599
Certicate No: FF0922
88
%
Factory
Price
$
319.93
$
533.93
$
212.93
70
%
+
Specials
Sofa Sale
f u r n i t u r e d i s p l a y c e n t r e
Your Trusted Brand
38Commonwealth Ave
(Only one bus stop from Queenstown MRT. Next to former theatre & bowling
centre OR after the crossroad of Queensway, turn left immediately after 1st
trafc light.)
Tel: 6474 1788 10am-10pm daily
The Mattress Centre
Interest-
Free
0
(OCBC, Citibank,
DBS & Maybank)
months instalment
12
%
Terms & conditions apply
Conferred recognition as:
Potongan
sebanyak
ke atas
Saiz Queen Katil +
papan pangkal katil
Saiz Queen Katil +
papan pangkal katil
2
h
a
r
i
s
a
h
a
j
a
!
Sofa Set (exclud-
ing table & stool)
50
%
OFF
$
1888
D
IY
W
ardrobe
* Choice of more than 30 colours & print designs for all wardrobes doors.
* Inner compartment to suit your needs.
72 Lorong 23 Geylang
(Across overhead bridge from Aljunied MRT)
Tel: 6744 6443 10am-10pm daily
FREE PARKING
Geylang
Top 10 Furniture Firms
More
exclusive designs
S
e
g
e
r
a
Warehouse Sale
28 Berita Harian | Sabtu, 24 Ogos 2013
Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, circs@sph.com.sg, Faks: 6746-1925.

You might also like