Panduan Pelaksanaan Mmi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, dan Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) DI BAHAGIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, JABATAN PELAJARAN NEGERI, PEJABAT PELAJARAN DAERAH, DAN SEKOLAH

1.

LATAR BELAKANG

1.1

Panduan pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) ini adalah untuk meningkatkan kesedaran Bahagian Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), dan sekolah tentang pentingnya melindungi waktu pembelajaran murid dalam bilik darjah di semua sekolah.

1.2

Panduan

ini diharapkan dapat membantu Bahagian, JPN, PPD,

pemimpin sekolah, dan guru untuk memberi perhatian terhadap usaha melindungi masa instruksional di sekolah supaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan.

1.3

Bahagian, JPN, PPD, dan pihak pengurusan sekolah seharusnya memastikan keberadaan guru di sekolah dan di dalam bilik darjah ditingkatkan dan seterusnya memaksimumkan masa pengajaran guru.

1.4

MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah.

1.5

Amalan

MMI

akan

dapat

memastikan

peningkatan

keberhasilan

pembelajaran murid di sekolah.

Muka Surat 1 / 19

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

1.6

Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin instruksional perlu memberi tumpuan dan tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas (basics),

memanfaat dan mengoptimumkan masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan sentiasa tampak di sekolah.

1.7

Di samping itu, guru perlu mendapat sokongan pemimpin dan komuniti setempat termasuk ibu bapa dengan meningkatkan jaringan

profesionalisme inter dan intra sekolah atau daerah demi meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

2.

RASIONAL MMI

2.1

Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar dengan itu, KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

2.2

MMI sangat penting dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Hal ini perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif.

2.3

Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat.

2.4

Mesyuarat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) (TKPPM SOP) bersama Pengarah Bahagian-bahagian,
Muka Surat 2 / 19

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Sektor

Operasi

Pendidikan

(SOP)

telah

memutuskan

untuk

mencadangkan supaya MMI dilaksanakan bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid melalui keberadaan guru (guru mata pelajaran atau guru ganti) yang berfungsi sewajarnya dalam bilik darjah.

2.5

MMI telah dipersetujui oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pada 3 September 2012, dan pelaksanaan taklimat kepada semua JPN dan PPD oleh TKPPM-OP telah disempurnakan bagi memastikan konsep MMI difahami dengan jelas.

2.6

Bahagian, JPN, PPD, dan pemimpin sekolah serta guru diminta merancang dan meningkatkan usaha MMI melalui strategi jangka pendek dan strategi jangka panjang.

2.7

Keputusan Mesyuarat Pengurusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bil. 6/2012 telah mengutarakan tiga fokus utama pendidikan iaitu murid, guru dan pemimpin sekolah. Salah satu fokus yang telah diberi perhatian oleh KPPM adalah semua JPN, PPD dan sekolah perlu memastikan guru berada dalam bilik darjah (guru mata pelajaran atau guru ganti) semasa proses PdP bagi melindungi waktu pembelajaran murid.

2.8

Pada 18 Disember 2012, satu taklimat telah diberikan kepada KPPM dan beliau telah memutuskan satu garis panduan pelaksanaan MMI

disediakan kepada Bahagian, JPN, PPD dan sekolah bagi memastikan semua guru kembali kepada yang asas iaitu pemimpin instruksional, guru mengajar dan murid belajar.

Muka Surat 3 / 19

Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

3.

KERANGKA KONSEP MMI

Melindungi Masa Instruksional (MMI)

KEMBALI KEPADA YANG ASAS

PEMIMPIN INSTRUKSIONAL

GURU MENGAJAR

MURID BELAJAR

Memaksimumkan Masa Instruksional

4.

OBJEKTIF PELAKSANAAN MMI

4.1

Memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep MMI.

4.2

Memastikan

semua

peringkat

pengurusan

pendidikan

dapat

meningkatkan usaha bagi melindungi masa instruksional (protecting instructional time) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan

pembelajaran murid. 4.3 Bahagian, JPN, dan PPD dapat menyebarluaskan konsep MMI di semua sekolah di bawah pentadbiran masing-masing. 4.4 Memastikan peningkatan masa pembelajaran akademik (academic learning time) dalam kalangan murid di semua sekolah. 4.5 Memastikan guru berada dalam bilik darjah (guru mata pelajaran atau guru ganti) dan berfungsi sewajarnya bagi memastikan PdP dilaksanakan.

Muka Surat 4 / 19

Thank you for evaluating Wondershare PDF Converter.

You can only convert 5 pages with the trial version.

To get all the pages converted, you need to purchase the software from:

http://cbs.wondershare.com/go.php?pid=524&m=db

You might also like