Peruntukkan Utama

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

Pengajian Am 900/1

Perlembagaan

Peruntukan Utama Perlembagaan Persekutuan

Peruntukan Utama Perlembagaan Persekutuan


Kewarganegaraan (BAHAGIAN 3) Kebebasan Asasi (BAHAGIAN 2) Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak Agama bagi Persekutuan (Perkara 3) Bahasa Kebangsaan Sistem Pemerintahan

Kewarganegaraan (BAHAGIAN 3)
Empat Cara Mendapat Kewarganegaraan: 1. Kewarganegaraan melalui Kuatkuasa Undangundang (Perkara 14) 2. Kewarganegaraan melalui Pendaftaran (Perkara 15) 3. Kewarganegaraan melalui Naturalisasi/Kemasukan (Perkara 19) 4. Kewarganegaraan melalui Penggabungan Wilayah (Perkara 22)

Kewarganegaraan melalui Kuatkuasa Undang-undang (Perkara 14)


Orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963) Seseorang yang lahir di dalam Malaysia dengan salah seorang ibu atau bapanya pada ketika dia dilahirkan adalah seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia. Seseorang yang dilahirkan di luar Malaysia dan bapanya pada ketika kelahirannya adalah seorang warganegara yang lahir di Malaysia.

Kewarganegaraan melalui Pendaftaran (Perkara 15)


Seorang wanita yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan yang mana perkahwinannya telah didaftarkan sebagai warganegara sekiranya: dia masih bersuami dan suaminya adalah warganegara Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa dia telah bermastautin di dalam Persekutuan selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan dan berniat untuk bermastautin tetap dan dia berkelakuan baik. Seseorang yang di bawah umur 21 tahun boleh didaftarkan sebagai warganegara sekiranya sekurang-kurangnya ibu atau bapanya adalah seorang warganegara. Kerajaan Persekutuan juga boleh mendaftarkan seseorang di bawah umur 21 tahun dalam keadaan khas yang difikirkan sesuai.

Kewarganegaraan melalui Naturalisasi/Kemasukan (Perkara 19)


Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa keadaan khas yang difikirkan sesuai ataupun atas permohonan seseorang yang berumur 21 tahun atau lebih dan bukan warganegara, memberikan perakuan naturalisasi sekiranya; orang itu telah bermastautin di dalam Persekutuan bagi tempoh yang dikehendaki dan berniat berbuat demikian secara tetap berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan memadai dalam bahasa Melayu

Kewarganegaraan melalui Penggabungan Wilayah (Perkara 22)


Sekiranya terdapat wilayah baru yang diterima masuk ke dalam Malaysia selepas hari Malaysia. Parlimen boleh menetapkan individu di dalam wilayah tersebut adalah warganegara.

Kehilangan Taraf Kewarganegaraan


Setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan disebabkan oleh dua keadaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan iaitu melalui cara penolakan (Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan) dan pelucutan (Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan). Penolakan (pelepashakkan - Perkara 23), seseorang warganegara yang berumeu dua puloh satu tahun atau lebih dan sempurna akal dan juga adalah warganegara bagi suatu negeri lain atau yang hendak menjadi seorang warganegara bagi satu negeri lain boleh menolak warganegara Malaysianya. Pelucutan (Perkara 25), seseorang yang telah menjadi warganegara asing, seseorang telah menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan dan seorang warganegara yang telah membuktikan dia tidak setia kepada negara sama ada melalui percakapan atau tindakannya yang boleh mencemar keselamatan dan kedaulatan negara.

Kebebasan Asasi
Terdapat dua kategori kebebasan asasi rakyat Kebebasan mutlak Kebebasan Bersyarat

Kebebasan mutlak
bebas daripada penghambaan Dilarang diperdagangkan oleh orang lain Contohnya:Pemerdagangan Bayi dan Kanakkanak ke Negara-negara jiran untuk dijadikan pengemis,anak angkat dan lain-lain

Kebebasan Bersyarat
semua kebebasan asasi dan boleh dibatasi oleh undang-undang.

Bentuk Kebebasan(Bahagian 2PP) & Ciri-Ciri


Kebebasan diri/nyawa (Kecuali menurut undang-undang)
Subjek perlu diberitahu sebab dia ditangkap. Subjek perlu dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh 24 jam jika ada merit atau perlu dilepaskan Larangan pengabdian dan kerja paksa

Subjek dilarang bekerja secara paksa oleh mana-mana institusi kecuali terlibat dengan kerahan tenaga atau hukuman penjara.
Perlindungan penguatkuasaan undang-undang terkebelakang Tidak boleh dihukum atas perbuatan masa lalu yang hanya menjadi kesalahan pada masa kini. Perlindungan pembicaraan berulang Tidak boleh dibicarakan semula di atas kesalahan yang sama kecuali mendapat perintah daripada Mahkamah Tinggi.

Kesamarataan di sisi undang-undang (kecuali yang ditetapkan oleh Perlembagaan)

Perlindungan sama rata. Tidak boleh membeza-bezakan subjek atas sebab agama, kaum, keturunan, tempat lahir atau negeri di mana dia tinggal.
Tidak boleh membeza-bezakan subjek atas sebab agama, kaum, keturunan, tempat lahir atau negeri di mana dia tinggal. Boleh bergerak ke mana sahaja dalam persekutuan, kecuali mengikut sekatan undang-undang yang diperuntukkan mengikut perlembagaan. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan Subjek bebas menyuarakan pandangan setakat yang tidak dikecualikan oleh undang-undang atau sekatan parimen

Kebebasan beragama (kecuali menurut undang-undang)


Islam agama rasmi tetapi membenarkan agama lain diamalkan di kalangan penganutnya. Kesucian Islam dilindungi dengan peruntukan perlembagaan agama Islam dalam bidang kuasa negeri.

Kebebasan dalam pelajaran Semua rakyat berhak mendapat pelajaran

Hak terhadap Harta Harta seseorang dilindungi oleh undang-undang dan tidak boleh dilucutkan hartanya kecuali menurut undang-undang. Tidak boleh diambil harta seseorang tanpa pampasan yang sewajarnya

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak


Ia merupakan satu ikrar persetujuan kaum bukan Melayu atas tolak ansur penerimaan kewarganegaraan secara jus soli kepada mereka. Tolak ansur antara kaum ini dipersetujui bersama demi menjamin kestabilan dan perpaduan negara . Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapa keistimewaan, iaitu: Pemegangan jawatan dalam perkhidmatan awam. Pemberian Biasiswa. Pemberian Permit dan Lesen Yang di-pertuan Agong diperuntukkan kuasa khas bagi menjamin perkara tersebut.

Agama bagi Persekutuan (Perkara 3)


Islam ialah agama bagi persekutuan; tatapi agamaagama lain boleh dianalkan dengan aman di manamana bahagian Persekutuan Negeri-negeri yang mempunyai Raja/Sultan, Ketua Agama Islam ialah Raja/Sultan negeri berkenaan Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Agama Islam di negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dan di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Perkara 11(4) memperuntukkan, Agama lain disekat disebarkan kepada penganut agama Islam.

Bahasa Kebangsaan (Perkara 152)


Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat: tiada sesiapa pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan. Perkara 152 (6) menyatakan: "maksud rasmi" ertinya apa-apa jua maksud kerajaan, sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Sistem Pemerintahan Malaysia


Sistem berlandaskan 4 perkara: Raja Berpelembagaan Demokrasi Berparlimen Negara Persekutuan Bahasa Kebangsaan

Raja Berpelembagaan
Kuasa pemerintahan terletak pada Yang Di-Pertuan Agong. Namun, Perdana Menteri dan Kabinetnya yang menjalankan kuasa eksekutif atas nama Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong merupakan lambang perpaduan dan tonggak kekuasaan Malaysia. Kedaulatan, bidang kuasa dan tugas institusi raja telah tertera dalam Perlembagaan Persekutuan. Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk perkara tersebut: Melantik Perdana Menteri. Memeperkenankan atau tidak permintaan untuk membubarkan Parlimen. Mengeluarkan perintah supaya mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan untuk membincangkan isu-isu tentang kedudukan, keistimewaan,dan kehormatan raja-raja Melayu.

Tanggungjawab Yang Di-Pertuan Agong sebagai Raja Perlembagaan:Melindungi orang Melayu dan Bumiputra Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Memberi pengampunan terhadap kesalahan di Wilayah Persekutuan atas Nasihat Lembaga Pengampunan Ketua Agama Islam di negeri sendiri Memperkenankan rang undang-undang

Demokrasi Berparlimen
Pemerintahan secara perwakilan Rakyat menentukan pemerintahan negara melalui pilihan raya Ciri Demokrasi Berparlimen:Perdana Menteri dan Kabinetnya menjalankan kuasa politik atau eksekutif atas nama Yang Di-Pertuan Agong Rakyat memilih ahli Dewan Perwakilan dan parti politik yang mendapat undi yang terbanyak Perdana Menteri akan melantik ahli kabinet atau Jemaah Menteri dari kalangan Dewan Parlimen Di Malaysia, Barisan Nasional berjaya memperolehi undi majoriti dalam pilihan raya umum sejak tahun 1957

Negara Persekutuan
Negara persekutuan merupakan sistem pemerintahan yang mewujudkan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kerajaan persekutuan terdiri daripada gabungan negeri tanpa mengetepikan hak-hak kerajaan negeri Sistem persekutuan dan mengelakkan sebarang pertelingkahan yang mungkin timbul, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri

Bahasa Kebangsaan
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dalam Perkara 152 Bahasa-bahasa lain dibenar digunakan dalam situasi=-situasi tidak rasmi atau dalam pembelajaran Mengikut Akta(Pindaan)Perlembagaan 1971, kedudukan Bahasa Melayu tidak boleh dipersoal dan dilindungi oleh Akta Hasutan Bahasa Inggeris dibenarkan digunakan oleh Yang Di-Pertuan Agong dalam situasi berikut: Perhubungan dengan negara-negara lain Pengendalian dan perlaksanaan latihan oleh pakar-pakar dari luar negara Perundangan Laporan penaksiran dan perakaunan oleh JHDN Perkara 125, Perlembagaan Persekutuan hanya dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja

The End

You might also like