Bab 3

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan tentang metodologi kajian yang merangkumi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan data.

3.2

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian yang berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sepenuhnya. Kaedah tinjauan dipilih kerana ianya bersesuaian dengan bilangan sampel yang agak besar serta dapat menjimatkan masa dan tenaga berbanding dengan kaedah-kaedah kualitatif. Kajian ini melihat sebanyak lima pemboleh ubah iaitu pencapaian dalam mata pelajaran Sains, persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran terhadap jantina dan lokasi tempat tinggal. Tumpuan kajian ini adalah pelajar-pelajar tahun 6 yang dipilih secara rawak dari enam buah sekolah rendah di daerah Serian. Satu set instrumen digunakan untuk mengukur hubungan antara persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sains.

41

3.3

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 6 dari enam buah sekolah rendah di daerah Serian. Sekolah-sekolah yang dipilih ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Sekolah Kebangsaan Serian Sekolah Kebangsaan St. Theresa Sekolah Kebangsaan St. Patrick Tangga Sekolah Kebangsaan Tebakang Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan Sekolah Kebangsaan St Raymond Mujat

Tiga buah sekolah yang pertama dikategorikan sekolah bandar dan tiga buah berikutnya sekolah di kawasan luar bandar. Pengkaji mengambil kira kedudukan sekolah bandar ini mengikut definisi yang diberikan oleh Lyson (1991) iaitu kawasan yang ditadbir oleh kerajaan tempatan dan terdedah dengan pembangunan dan perindustrian yang pesat. Manakala kawasan luar bandar ialah kawasan yang berada lebih kurang 15 km dari pusat bandar. Persampelan dibuat secara rawak berstrata (Multi Stage Random). Ini disebabkan daerah Serian mempunyai 79 buah sekolah rendah tetapi pengkaji hanya memilih enam buah sekolah sahaja iaitu tiga buah di kawasan bandar dan tiga buah di kawasan luar bandar. Pada setiap buah sekolah pula pengkaji memilih seramai 35 orang pelajar sebagai sampel kajian. Oleh yang demikian, jumlah sampel yang digunakan oleh pengkaji adalah seramai 210 orang. Sampel seterusnya dibahagikan mengikut jantina.

3.4

INSTRUMEN KAJIAN

42

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini merupakan satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A terdiri daripada maklumat biodata pelajar, manakala item-item bahagian B dan C adalah berbentuk skala likert 5 peringkat digunakan untuk mengukur persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran. 3.4.1 Soal Selidik Maklumat Diri Pelajar

Soal selidik maklumat diri pelajar ( Bahagian A ) ini mempunyai tujuh item yang bertujuan untuk memperolehi maklumat berkaitan dengan jantina, lokasi tempat tinggal dan pencapaian mata pelajaran Sains dalam Pra UPSR tahun 2010. Maklumat-maklumat yang diperolehi ini akan dihubungkaitkan dengan aspekaspek persekitaran keluarga, gaya pembelajaran serta pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains. Pencapaian Sains di peringkat UPSR merupakan pemboleh ubah Manakala faktor-faktor yang mempengaruhi bersandar, manakala pemboleh ubah persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran merupakan pemboleh ubah bebas. tempat tinggal. persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran adalah terdiri daripada jantina dan lokasi

3.4.2

Soal Selidik Persekitaran Keluarga

Item-item dalam bahagian B pula adalah untuk mengukur persekitaran keluarga pelajar. Item-item ini adalah diambil dan diubahsuai daripada soal selidik kajian Chuah (1994) dan Fatanah (1997) yang telah diterjemah dan diubahsuai daripada soal selidik persekitaran keluarga Moos & Moos (1986), masing-masing mempunyai lima skala jawapan mengikut skala Likert. Responden dikehendaki menunjukkan sejauh manakah dia bersetuju atau tidak setuju dengan tiap-tiap kenyataan yang dinyatakan.

43

Ukuran kebolehpercayaan yang dilaporkan oleh pengkaji-pengkaji lepas ke atas soal selidik (skala) persekitaran keluarga adalah sederhana. Nilai Cronbachs Alpha yang dilaporkan oleh Moos & Moos (1986) adalah berbeza-beza dari 0.61 - 0.78 manakala dapatan Chuah (1994) pula ialah 0.02 - 0.76. Terdapat sebanyak 50 item dalam bahagian B yang terdiri daripada 33 soalan bersifat positif dan bakinya 17 soalan adalah bersifat negatif. JADUAL 3.1 Sifat Item-item Alat Kajian Persekitaran Keluarga Jenis Item Item Positif Nombor Item 1,3,5,6,8,9,10,11,14,15,17,19, 21,22,23,24,28,30,31,32,33,34, 35,37,39,40,41,43,45,46,47,48,49. Item Negatif 2,4, 7,12,13,16,18,20,25, 26,27,29,36,38,42,44,50.

Contoh item positif : Kami selalu menghabiskan masa di rumah (6) Contoh item negatif: Kami tidak meminati aktiviti kebudayaan (26) Jawapan responden merupakan darjah persetujuan terhadap penyataan item berdasarkan skala Likert yang skornya berjulat di antara 1 hingga 5. Bagi item-item negatif, arah skor ini diterbalikkan. Skor persekitaran keluarga dihitung dengan menjumlahkan skor-skor item untuk kesemua 50 item pada skala itu. Oleh itu, skor maksimum bagi persekitaran keluarga adalah sebanyak 250, manakala skor minimun ialah 50. Jadual 3.2 menunjukkan taburan item-item mengikut nombor dalam setiap dimensinya.

44

JADUAL 3.2 Taburan item bagi Dimensi/subskala dalam Skala Persekitaran Keluarga ________________________________________________________________________ Dimensi / subskala Nombor Item

A.

Dimensi Perhubungan 1. 2. 3. Keakraban Pernyataan Masalah Konflik 1, 11, 21, 31, 41 2, 12, 22, 32, 42 3, 13, 23 ,33, 43

B.

Dimensi Perkembangan dan Pertumbuhan Personaliti 4. 5. 6. 7. 8. Kebebasan Orientasi Kejayaan Orientasi Intelek Orientasi Rekreasi Orientasi Agama-Moral 4, 14, 24, 34 ,44 5, 15 ,25, 35 ,45 6, 16, 26, 36, 46 7, 17 ,27, 37, 47 8, 18, 28, 38, 48

C.

Dimensi Pengekalan Sistem 9. 10. Organisasi Kawalan 9, 19, 29, 39, 49 10, 20, 30, 40, 50

45

3.4.3

Soal Selidik Gaya Pembelajaran

Item-item dalam bahagian C adalah untuk mengukur gaya pembelajaran pelajar. Itemitem ini adalah diambil dan diubahsuai daripada soal selidik yang diterjemahkan oleh Tumerah Rosimin (1998) daripada Inventori soal selidik gaya pembelajaran GrashaRiechmann (1996) yang masing-masing mempunyai lima skala jawapan mengikut skala Likert. Responden dikehendaki menunjukkan sejauh manakah dia bersetuju atau tidak setuju dengan tiap-tiap kenyataan yang dinyatakan. Ukuran kebolehpercayaan yang dilaporkan oleh pengkaji-pengkaji lepas ke atas soal selidik (skala) gaya pembelajaran adalah sederhana. Nilai Cronbachs Alpha yang dilaporkan oleh Tumerah Rosimin (1998) adalah berbeza-beza dari 0.60 - 0.82. Terdapat sebanyak 42 item dalam bahagian C yang kesemuanya bersifat positif. Contoh item : 1. Saya suka menyiapkan kerja sekolah secara bersendirian (1) 2. Saya suka guru-guru yang sistematik (40) Jawapan responden merupakan darjah persetujuan terhadap penyataan item berdasarkan skala Likert yang skornya berjulat di antara 1 hingga 5. Skor gaya pembelajaran dihitung dengan menjumlahkan skor-skor item untuk kesemua 42 item pada skala itu. Oleh itu, skor maksimum bagi gaya pembelajaran adalah sebanyak 210, manakala skor minimun ialah 42. Jadual 3.3 menunjukkan taburan item-item mengikut nombor bagi setiap subskala gaya pembelajaran.

46

JADUAL 3.3 Taburan item bagi setiap subskala Gaya Pembelajaran Gaya Pembelajaran Nombor Item

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Bebas Mengelak Bekerjasama Bergantung Bersaing Melibatkan diri

1, 7, 13, 19, 25, 31, 37 2, 8, 14, 20, 26, 32, 38 3, 9, 15, 21, 27, 33, 39 4, 10, 16, 22, 28, 34, 40 5, 11, 17, 23, 29, 35, 41 6, 12, 18, 24, 30, 36, 42

3.4.4

Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Sains

Bagi kajian ini, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dirujuk kepada keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2009 bagi mata pelajaran sains. Bagi memudahkan penganalisisan, keputusan peperiksaan UPSR tahun 2009 bagi mata pelajaran Sains dikategorikan seperti Jadual 3.4. JADUAL 3.4 Nilai Skor Bagi Item Gred Pencapaian Mata Pelajaran Sains Gred Sains UPSR Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E Skor 5 4 3 2 1

47

3.5

KAJIAN RINTIS

Kajian rintis telah dijalankan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian yang sebenar dijalankan. Melalui kajian rintis juga, kesesuaian dan ketepatan item serta format yang digunakan dapat dikenal pasti (Mohd Majid 1998). Bagi kajian ini, kajian rintis telah di buat pada 13 Mei 2010 di sekolah Kebangsaan Tebakang, Serian. Seramai 41 orang pelajar tahun enam telah dipilih untuk menjawab soal selidik ini iaitu 22 lelaki dan 19 perempuan .Tujuan kajian rintis ini adalah untuk mengesahkan kefahaman responden terhadap item-item soal selidik dan menguji kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik. Kesemua jawapan telah dikumpul dan dianalisi menggunakan prosedur statistik. Bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, pengkaji telah menggunakan program Statistical package for Social Sciences (SPSS) versi 11.5. Hasil analisis menunjukkan nilai Alfa Cronbach ( ) purata bagi item-item persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran. Nilainya seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.5.

JADUAL 3.5 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Bagi Soal Selidik Kajian Bil 1. 2. Jenis Item Persekitaran Keluarga Gaya Pembelajaran Nilai 0.51 - 0.76 0.62 - 0.83

3.6

TATACARA PENGUMPULAN DATA

48

Bagi menjayakan kajian ini, pengkaji telah mengikut prosedur-prosedur berikut:. a) Mendapatkan kebenaran menjalankan kajian daripada Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia. b) Mendapatkan kebenaran menjalankan kajian daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak. c) Berjumpa dengan Guru Besar sekolah yang terlibat untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian. d) Memberikan taklimat ringkas kepada pelajar yang terpilih sebagai responden supaya mereka jelas tentang tujuan kajian ini dijalankan dan cara bagaimana menjawab soal selidik.

3.7

TATACARA PENGANALISISAN DATA

Bagi kajian ini, data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For Social Science (SPSS). Data statistik yang digunakan untuk kajian ini dibahagikan kepada data deskriptif dan data inferensi. Bagi data deskriptif, analisis yang digunakan ialah frekuensi, peratus dan min bagi yang berkenaan. Manakala bagi data inferensi, analisis yang telah digunakan ialah ujiant, analisis korelasi Spearman dan analisis korelasi Pearson. Analisis secara deskriptif diadakan untuk mengetahui kekerapan, min, sisihan piawai dan peratus setiap item yang dijalankan serta latar belakang responden. Penilaian skor min yang dibuat adalah seperti berikut: a) Skor min 1.00 hingga 2.34 adalah tahap rendah

49

b) c)

Skor min 2.35 hingga 3.67 adalah tahap sederhana Skor min 3.68 hingga 5.00 adalah tahap tinggi

Untuk meneliti hubungan antara persekitaran keluarga dan gaya pemebelajaran dengan pencapaian Sains, pengkaji menggunakan klasifikasi yang dicadangkan oleh Sherri (2003) seperti Jadual 3.6 : JADUAL 3.6 Nilai Koefisi Korelasi dan Kekuatan Hubungan

Koefisi korelasi 0.00 - 0.29 0.30 0.70 - 0.69 - 1.00

Kekuatan hubungan Lemah Sederhana Kuat

3.8

KESIMPULAN

Secara keseluruhan bab ini menjelaskan proses pengumpulan data kajian. Ianya lebih menumpukan kepada reka bentuk kajian, populasi dan pemilihan sampel kajian, penyediaan instrumen kajian, tatacara pengumpulan dan penganalisisan data. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat tambahan kepada para guru dan ibu bapa dalam mengenal pasti persekitaran dan gaya pembelajaran anak-anak mereka ke arah menempa kejayaan yang lebih cemerlang.

You might also like