Professional Documents
Culture Documents
Hukum Nun Sakinah
Hukum Nun Sakinah
Izhar
Izhar bererti nyata dan terang Dari segi istilah: Mengeluarkan setiap huruf daripada makhrajnya dengan terang tanpa dengung. Bacaan terang dan jelas apabila ( )sukun dan tanwin bertemu dengan huruf-huruf izhar yang enam iaitu : , , , , , Contoh :
Idgham
Bahasa bererti memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu Istilah bermaksud memasukkan huruf yang sukun ke dalam huruf berbaris seolah-olah menjadi satu huruf bertasdid.
Idgham
Idgham Bighunnah
Bacaan dengung apabila () tidak bertanda dan tanwin bertemu dengan huruf Idgham Bighunnah Contoh :
Idgham Bilaghunnah
) , , , (
Bacaan tidak dengung apabila ( )tidak bertanda dan tanwin bertemu dengan huruf Idgham Bilaghunnah Contoh :
) , (
Iqlab
Iqlab bererti memalingkan sesuatu. Istilah bermaksud menukarkan lafaz sesuatu huruf kepada yang lain dengan mengekalkan dengung serta ikhfak. (Dikhfakkan mim kepada ba) Contohnya :
Ikhfak
Bahasa bererti tersembunyi. Istilah mennyembunyikan huruf sukun dengan satu sifat antara izhar dan idgham tanpa tasdid serta kekal ghunnah pada huruf pertama. Bacaan dengung apabila ( )tidak berbaris bertemu dengan huruf-huruf ikhfaq. Huruf-hurufnya digabungkan dalam rangkai kata
Contoh :
MAD FAR'IE
Istilah :
Sesuatu yang bergantung dengan suatu sebab (hamzah atau sukun) dalam pembentukannya.
Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah. Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan.
Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan: - Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal. - Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja. - Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja. - Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida'). Kadar bacaannya adalah 2 harakat.
Mad 'Iwad
- Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas kecuali pada huruf Ta' Marbutah.
- Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang terjadi kerana waqaf.
Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila:- Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja. - Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan. - Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat.
- Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran: 1.Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya. 2.Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada dua situasi: 1.Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah. 2.Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.
Mad Liin
Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja.
Mad Silah
Qasirah
Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris. Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha' tidak ada hamzah qat'ie.
Thowilah
Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris. Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie
..
8/7/2012
37