Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

9 ciri mudah dapat kerja MAJU dan berdaya saing adalah antara sembilan ciri utama yang perlu

dimiliki graduan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan. Pengarah Pusat Pembangunan Keluarga, Universiti Malaya, Prof Dr Abd Rahim Abd Rashid, berkata graduan perlu memiliki ciri itu terutama dari segi kebolehan dan kemahiran kerana ia menjadi perhatian utama majikan. Bagi graduan yang ingin menceburi bidang profesional pula, katanya, ciri kedua diperlukan iaitu mempunyai ketrampilan diri dan personaliti unggul. Sifat seperti ceria, tenang, sabar, bijak, bersopan santun, mesra, sabar dan berdisiplin menjadi ukuran majikan bukan saja untuk penawaran kerja, malah kenaikan pangkat, katanya kepada Berita Harian. Beliau berkata, cari ketiga yang dinilai majikan sewaktu pemilihan pekerja baru ialah pengetahuan dan kelayakan akademik sesuai dengan pekerjaan. Dr Abd Rahim berkata, kemahiran komunikasi termasuk penguasaan bahasa, cetusan idea, kemahiran berfikir, pemikiran logik dan rasional adalah ciri keempat yang turut menjadi perhatian majikan. Penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa ketiga memberi kelebihan kepada graduan untuk mendapat sesuatu pekerjaan, katanya. Ciri kelima yang perlu dimiliki graduan ialah sikap positif dan minat seperti berfikiran terbuka, toleransi serta bersemangat tinggi. Aspek sikap ini, katanya, lazimnya diuji sewaktu temu duga dan sesi perbincangan bagi mengenal pasti pandangan mereka terhadap majikan serta isu semasa. Dr Abd Rahim berkata, majikan juga mengutamakan ciri keenam iaitu etika dan nilai, bagi memastikan pekerja diambil mempunyai integriti tinggi serta mampu menjalankan tugas secara profesional. Setiap majikan mahukan pekerjanya mengamalkan nilai murni seperti jujur, cekap, amanah, kesetiaan, bertimbang rasa, bekerjasama dan bertanggungjawab," katanya. Beliau berkata, graduan yang mempunyai pasaran seharusnya memiliki ciri ketujuh iaitu mempunyai kemahiran sampingan, antaranya literasi teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan kerja dan pejabat serta kecerdasan emosi. Katanya, ciri itu penting kerana majikan memerlukan pekerja yang sentiasa bersedia dan dedikasi menjalankan tugas apabila pelbagai idea dan inovasi baru diperkenalkan. Ciri kelapan ialah graduan perlu mempunyai kualiti intelektual. Walaupun menganggur, mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu terkini, katanya. Dr Abd Rahim berkata, graduan yang menepati pasaran seharusnya mempunyai ciri kesembilan iaitu peka terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta aplikasinya

Bahasa Inggersi atau bahasa ketiga Menurut beliau, walaupun graduan mempunyai keputusan cemerlang tetapi mereka tidak mampu berhujah mahu pun mengeluarkan pemikiran yang bernas mengenai pelbagai isu. Katanya, selain sukar menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, cara berkomunikasi graduangraduan tempatan juga tidak menyakinkan syarikat-syarikat terlibat. ``Cara mereka memberi penjelasan menunjukkan pengetahuan mereka terbatas kepada sesuatu perkara dan gagal memberi jawapan yang menarik mengenai sumbangan mereka terhadap syarikat yang dipohon,'' katanya. Kepentingan bahasa inggeris Sebelum ini, mutu pencapaian bahasa Inggeris di negara kita menampakkan kemerosotan yang ketara. Sejak pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsan yang menghapuskan aliran bahasa Inggeris, penguasaan para pelajar dalam bahasa Inggeris amat rendah. Hal ini dapat dibuktikan melalui keputusan-keputusan peperiksaan pada tahun-tahun yang lepas. Oleh hal yang demikian, mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk mewajibkan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dalam bidang Sains dan Matematik Tahun Satu dan Tingkatan Satu mulai tahun 2003. Dalam pada itu, ada pihak yang mengangguk kepala bahawa bahasa Inggeris banyak mempunyai kelebihan tetapi ada pihak yang menggeleng kepala bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa penjajah. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris haruslah dijadikan sebagai bahasa kedua penting tidak kira sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah demi kebaikan semua. Jadi, bahasa Inggeris memainkan peranan yang penting dalam kehidupan rakyat jelata. Antara kepentingan bahasa Inggeris termasuklah bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa. Hal ini dapat dibuktikan apabila jumlah penutur bahasa Inggeris di seantero dunia mengatasi jumlah penutur bahasa utama lain seperti bahasa Perancis, Sepanyol, Arab, dan Rusia. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa utama yang digunakan semasa seseorang berkomunikasi dengan bangsa negara lain ialah bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja memudahkan kita berhubung dengan dunia luar malah bahasa ini menjamin kelancaran urusan yang melibatkan bangsa negara lain. Misalnya, urusan seseorang dengan bangsa lain akan berjalan dengan lancar sekiranya seseorang itu menguasai bahasa Inggeris dengan sepenuhnya. Sebaliknya, urusan seseorang akan menempuh pelbagai dugaan sekiranya seseorang itu tidak petah dalam bahasa Inggeris. Hal ini jelas menampilkan kepentingan bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa Inggeris juga merupakan bahasa utama dalam bidang perniagaan. Walaupun bahasa rasmi negara ialah bahasa Malaysia namun dalam bidang perniagaan bahasa yang kerap digunakan ialah bahasa Inggeris. Contohnya, bahasa Inggeris digunakan semasa sesuatu perniagaan sedang dijalankan. Menurut kajian, bahasa Malaysia jarang-jarang digunakan semasa urusan perniagaan dijalankan. Hal ini berlaku demikian kerana bahasa Malaysia kekurangan istilah yang tepat untuk mengungkapkan maksud dalam perniagaan.

Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja penting untuk menjamin peluang kejayaan kerjaya malah juga penting untuk menjamin hubungan yang mantap dalam bidang perniagaan. Jikalau bahasa Inggeris tidak dikuasai, maka perniagaan individu, syarikat, dan negara akan terbatas. Apabila peluang perniagaan terbatas, hal ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara malah juga menjejaskan hubungan diplomatik dan nama baik negara. Oleh itu, bahasa Inggeris amat penting dalam bidang perniagaan. Di samping itu, kepentingan bahasa Inggeris yang lain ialah bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu pengetahuan. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam era globalisasi dan modenisasi ini, bahasa Inggeris merupakan bahasa sumber yang penting. Misalnya, kebanyakan buku ensiklopedia, buku rujukan, maklumat, penyelidikan dan khazanah ilmu yang lain terungkap dalam bahasa Inggeris. Hal ini tidak menjadi masalah bagi golongan yang dapat menguasai bahasa Inggeris untuk memahami isi-isi yang tercatat dalam bahan bacaan tersebut. Persoalannya, adakah anda faham akan isi-isi yang ingin disampaikan sedangkan tahap penguasaan bahasa Ingeris berada pada paras yang menyedihkan? Jawapannya semestinya tidak. Hal ini dikatakan demikian kerana ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan itu memerlukan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang optimum. Dengan ini, tampaklah bahawa penguasaan bahasa Inggeris amat penting dalam menimba ilmu yang tidak terhingga. Bukan itu sahaja, bahasa Inggeris penting kerana bahasa ini merupakan bahasa telekomunikasi ataupun bahasa internet. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat dapat memperoleh maklumat-maklumat yang terkini supaya masyarakat tidak menjadi katak di bawah tempurung dengan syarat masyarakat dapat menguasai bahasa Inggeris. Malahan, mereka juga dapat memahami isi-isi tersurat yang dipaparkan dalam maklumat antarabangsa yang disalurkan melalui satelit ataupun media massa seperti radio, televisyen, dan surat khabar. Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi maklumat ini, banyak alat teknologi yang canggih telah dicipta untuk memudahkan perhubungan masyarakat dengan dunia luar seperti internet tambahan pula, bahasa Inggerislah yang terungkap dalam laman web. Jadi, bahasa Inggeris haruslah dipandang berat kerana bahasa ini ialah bahasa telekomunikasi ataupun bahasa internet. Kesimpulannya, bahasa Inggeris ialah bahasa antarabnagsa yang sangat mustahak untuk berhubung dengan bangsa lain, baik dengan masyarakat tempatan mahupun dengan masyarakat dunia luar. Walaupun bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara namun bahasa Inggeris amat penting untuk kemajuan negara. Penggunaan bahasa Inggeris membolehkan masyarakat dan negara mempunyai hubungan yang lebih luas dan mudah menerima maklumat antarabangsa. Hal ini secara tidak langsungnya mempercepat pembangunan negara. Di samping itu, kemajuan hanya dicapai dengan lebih cepat sekiranya komunikasi dalam bahasa Inggeris berjalan dengan lancar dengan negara-negara maju. Dengan ini, kecemerlangan seseorang individu bergantung pada tahap penguasaan bahasa Inggeris. Oleh itu, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat penting dalam menimba ilmu pengetahuan, komunikasi antarabangsa, bidang teknologi, dan bidang perniagaan.

Kemahiran sampingan iaitu literasi teknologi maklumat dan komunikasi

Teknologi memainkan peranan penting dalam pekerjaan dan memberi kesan ke atas generasi akan datang. Malah, penggunaan teknologi dalam pekerjaan sangat menitikberatkan inovasi dalam membawa arus pemodenan dalam pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun. Oleh hal yang demikian, menurut Castells tiada struktur hubungan yang sistematik di antara penggunaan teknologi maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi secara keseluruhannya. Dalam pada itu, untuk sesetengah pekerjaan yang dianggap semakin tidak penting walaupun terdapat pekerjaan baru yang kian meningkat. Namun demikian, kuantiti hubungan di antara kerugian dan keuntungan tersebut adalah berbeza di antara firma, industri, sektor, wilayah dan negara. Hal ini, ianya bergantung kepada keupayaan daya saing, strategi firma, dasar kerajaan, persekitaran institusi dan kedudukan relatif dalam ekonomi global. Bagi menstukturkan semula kepercayaan dalam membuat keputusan yang lebih efektif dimana setiap pengguna perlu mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dalam pekerjaan. Bidang teknologi memberi peluang yang cerah dalam menimba pelbagai pengetahuan yang lebih berguna pada masa hadapan dimana generasi akan datang lebih berinformasi serta mengekalkan tahap hubungan yang lebih baik di antara semua pihak yang berkaitan dengannya.

Dalam pada itu, menurut Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), pada awal abad ke-21 telah dijangkakan akan terdapat peningkatan pekerjaan bagi negara-negara tersebut di negara Amerika Syarikat dimana pada tahun 1992-2005, akan mengalami peningkatan pekerjaan bersih 24 juta (peningkatan 19% sepanjang tempoh), Jepun, 4 juta(peningkatan 6%), dan Kesatuan Eropah lebih kurang 10 juta(peningkatan 6-7%). Namun unjuran ini, adalah amat sensitif kepada kepelbagaian dalam andaian yang digunakan. Hal ini, evolusi tahap pekerjaan tidak diberikan kerana ianya amat bergantung kepada tahap penggunaan teknologi tersebut oleh masyarakat, atas dasar penghijrahan, evolusi keluarga, pengagihan tempoh pekerjaan dalam hidup dan sistem baru dalam perhubungan industri. Justeru itu, teknologi maklumat tidak akan menyebabkan pengangguran walapun ia secara nyatanya mengurangkan tempoh kerja per unit pengeluaran. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa ianya akan membawa kepada pengasingan jenis pekerjaan yang lebih nyata terutamanya pekerjaan yang berkaitan dengan maklumat dan pekerjaan yang tidak nyata. Oleh itu, perlu menyimbangi penggunaan pekerjaan dalam membentuk setiap urusan dalam pekerjaan lebih bermutu serta berkualiti mengikut jenis pekerjaan tersebut. Malah, sentiasa mengaptasikan pembaharuan teknologi dalam bidang pekerjaan. Disamping itu juga,

dapat mengurangkan pengangguran di kalang an siswazah dan memberi peluang yang cerah dalam membuka setiap peluang kepada golongan ini supaya lebih berminat untuk menceburi bidang teknologi. Pendekatan ini lebih efektif untuk menjayakan seruan dimana untuk menggalakkan semua pihak yang terlibat supaya memasuki bidang teknologi dalam pekerjaan. Menurut DATUK DR. MAXIMUS J. ONGKILI, kehadiran teknologi dalam pekerjaan khususnya dalam tempat-tempat yang kurang maju seperti negeri Sabah, untuk membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negeri Sabah, menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang, mengurangkan jurang perbezaan pembangunan bandar dan luar bandar serta memastikan pengurusan hasil kekayaan negeri yang lebih bijak dan sistematik. Penggunaan teknologi dalam pekerjaan juga, menjuruskan urusan-urusan pengeluaran dan pemasaran secara elektronik dengan penjimatan-penjimatan kos melalui Pesanan-Pesanan Elektronik dalam E-dagang dan Pengeluaran Just-inTime. Manakala, dalam proses globalisasi telah menukar kepada pendekatanpendekatan pengeluaran, serta penggabungan-penggabungan di antara syarikat dan industri. Antaranya, adalah seperti di dalam industri otomotif dunia, dan membuat peenukaran dalam konsep pengeluaran. Kini, syarikat-syarikat melihat dunia sebagai lokasi pengeluaran, dengan membuat pemilihan satu tapak yang bersesuaian dengan tahap serta bentuk daya saing dan kosnya. Oleh itu, Malaysia dipilih sebagai tapak Operasi Perkilangan yang berasaskan sumber dan nilai tambah yang tinggi. Sebagai contohnya, di negeri China menjadi lokasi pilihan untuk pengeluaran intensif buruh. Hal ini kerana, di China sangat sesuai untuk menempatkan sebuah lokasi yang strategik untuk intensif buruh. Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain itu, ianya menjadi komponen yang penting dalam perniagaan dimana setiap perhubungan adalah harmoni di antara teknologi dan perniagaan yang harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan mahupun peringkat global. Dalam mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai penggunaan teknologi dalam perniagaan perlu bijak untuk mendapatkan sebarang maklumat penting tentang pekerjaan tersebut. Tambahan pula, teknologi kini terdapat banyak informasi yang membolehkan pengguna untuk berusaha dengan merebut peluang yang ada. Hal ini, membawa kepada adaptasi pembaharuan yang lebih berkesan dan memberi cenderung dalam mendapatkan impak yang positif dimana sesebuah perniagaan atau pekerjaan sangat mementingkan perubahan secara cepat dan pantas.

Manakala, bagi pandangan Dr. Martin Berlin iaitu Pengurus Pengambilan, McKinsey & Company (Malaysia), bahawa teknologi yang diterapkan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti telekomunikasi, peruncitan, broker saham, kewangan dan sebagainya adalah untuk tujuan kebaikan. Malah, bidang teknologi akan terus menjadi sebahagian atau komponen dalam pelbagai jenis perniagaan mahupun pekerjaan. Terdapat banyak pembangunan teknologi sejak kebelakangan ini dimana ianya dibiayai oleh pemodal teroka. Sumbangan ini, dapat menarik lebih ramai peneroka untuk menceburi dalam bidang teknologi dalam pekerjaan. Penglibatan yang lebih banyak dalam bidang ini akan membantu dalam generasi akan datang mengenai keberkesanan dalam pemulihan teknologi dari semasa ke semasa. Teknologi ini sangat memainkan peranan dalam membentuk haluan yang berstruktur untuk menjadikan lebih kreatif untuk generasi pada masa hadapan. Generasi akan datang akan membentuk satu lagi inovasi yang lebih baik bagi memperluaskan usul yang telah dibawa oleh kini hingga seterusnya. Walaubagaimanapun, terdapat kesan positif mahupun sebaliknya dalam mencapai tahap yang lebih efisyen dalam kerjaya berdasarkan teknologi dalam pekerjaan. Pencapaiannya, perlu fokus seiring dengan pemodenan yang global serta setaraf di semua peringkat untuk menjayakan program ini supaya mendapat kesan yang seimbang di antara satu sama lain. Justeru itu, realiti kejayaan sesebuah perniagaan tidak tertakluk kepada teknologi semata-mata. Hal ini, dapat dilihat dimana usaha seseorang itu penting dalam mencapai sasaran yang tersendiri dan mencapai objektif berdasarkan motif yang utama. Bagi pandangan Ramesh, dimana syarikat perlu mengetahui asas perniagaan yang baik untuk mengenalpasti ekonomi baru kerana model perniagaan yang baik adalah dari segi kewangan untuk mendapat keuntungan. Dalam pada itu, teknologi pada asasnya hanya membantu pengusaha untuk mengenalpasti model dimana kenyataan bahawa perniagaan perlu asas dan model yang baik. Sebagai contohnya, model terbaru seperti 'brick and click' sekali pun perlu asas perniagaan yang baik untuk dijalankan. Jika tiada model perniagaan yang baik untuk digabungkan dengan inovasi dan teknologi pintar, maka perniagaan itu tidak akan berjaya. Selain itu, kehadiran teknologi dalam pekerjaan akan meminggirkan beberapa pekerjaan yang menggunakan modal insan. Malah, pekerjaan-pekerjaan tersebut akan digantikan dengan penggunaan mesin atau jentera yang berinovasikan teknologi canggih. Oleh itu, teknologi dalam pekerjaaan memainkan peranan

penting dan memberi kesan ke atas generasi pada masa hadapan dimana penggunaan teknologi akan memberi impak yang positif mahuapun negatif kepada penggunaan sekiranya tidak menilai dengan baik. Malah, perlu mengimbangi secara keseluruhan tentang komponen dalam setiap sudut mengenai kemampuan teknologi dalam pekerjaan.

You might also like