Topik 2 Kaedah Dan Teknik

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

TopikX Kaedah dan

Teknik

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat : 1. 2. 3. 4. Menyatakan definisi teknik dan gaya pengajaran; Mengenal pasti kaedah/teknik pengajaran; Menghuraikan kepentingan kaedah/teknik pengajaran; dan Mengaplikasikan kaedah/teknik yang bersesuaian.

X PENGENALAN
Penekanan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh daripada segi jasmani, mental, sosial dan rohani. Perkembangan yang menyeluruh ini akan membantu rnurid- murid sekolah mencapai peringkat optimum potensinya supaya menjadi insan yang seimbang, `berakhlak mulia, bertanggungjawab, mahir berfikir dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan' kepada masyarakat dan negara. (Falsafah Pendidikan Negara). Di peringkat sekolah rendah, semua mata pelajaran mempunyai peranan dan strategi tersendiri. Namun begitu setiap mata pelajaran mempunyai tuju hala yang sama ke arah pencapaian matlamat KBSR yang murni. Mosston dan Ashworth (1994), struktur keseluruhan spektrum berasaskan kepada premis bahawa tingkah laku pengajaran merupakan suatu rantaian membuat keputusan. Setiap tingkah laku yang disengajakan ialah hasil daripada keputusan yang telah dibuat sebelumnya.

26 X

TOPIK 2

KAEDAH DAN TEKNIK

2.1

PENGENALAN

Dasar Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah untuk memberi penekanan kepada perkembangan pelajar atau murid secara menyeluruh daripada segi jasmani, mental, sosial dan rohani. Perkembangan yang menyeluruh ini akan membantu rnurid-murid sekolah mencapai peringkat optimum potensinya supaya menjadi insan yang seimbang, berakhlak mulia, bertanggungjawab, mempunyai kemahiran berfikir dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Secara tidak langsung para pelajar atau murid berupaya memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. (Falsafah Pendidikan Negara). Kebanyakan mata pelajaran di sekolah mempunyai peranan dan strategi tersendiri serta mempunyai hala tuju yang sama ke arah pencapaian matlamat KBSR/KBSM. Dalam konteks ini, Pendidikan Kesihatan dalam mata pelajaran PJK, baik yang diajar secara langsung atau tidak langsung. Ianya lebih memberi penumpuan pada fokusnya kepada perkembangan ilmu kesihatan. Amalan sikap yang positif dan amalan yang bertanggungjawab dikalangan murid merupakan objektif yang cuba diterapkan di dalam perlaksanaan sistem tersebut. Perkembangan Ilmu, Sikap Amalan dan Kemahiran Berfikir) ini adalah sumbangan ke arah membantu murid-murid menjadi insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Pemupukan nilai-nilai murni yang berkait dengan kesihatan diri dan kesihatan masyarakat adalah selari dengan nilai-nilai moral sejagat yang juga dituntut oleh agama-agama yang terdapat dalam masyarakat Malaysia yang majmuk. Matlamat-matlamat tersebut adalah sejajar dengan laungan dan saranan Perdana Menteri mengenai peningkatan modal insan untuk menjamin keharmonian dan kesejahteraan penduduk di negara ini. Adalah membanggakan jika murid-murid sekolah telah menghayati segala pengajaran dan menunjukkan tingkah laku yang berteraskan nilai-nilai murni dan kemahiran berfikir dalam kehidupan hariannya. Ini menjadi petunjuk keberkesanan pendidikan kesihatan di sekolah sebagai satu alat modifikasi tingkah laku.

2.1.1

Definisi dan Konsep

Pendidikan (pengajaran/pembelajaran) merupakan pernyataan mengenai perubahan yang diharapkan dalam pemikiran, tindakan atau perasaan pelajarpelajar akibat daripada sesuatu kursus atau program pendidikan. (Bloom, B.S. (Ed.) (1956) menyatakan objektif pengajaran adalah merupakan pernyataan yang menerangkan tentang apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran." (R.J. Kibler, et.al (1981). Objectives for Instruction and Evaluation.)

TOPIK 2 KAEDAH DAN TEKNIK

27

Objektif pengajaran adalah suatu pernyataan yang akan menjelaskan hasil pembelajaran supaya dapat dikuasai oleh murid-murid pada akhir pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai suatu bukti objektif pembelajaran berlaku pada pelajar-pelajar. Objektif pengajaran tidak memberitahu atau menerangkan kepada guru bagaimana hendak mengajar. Objektif pengajaran juga tidak memberitahu atau menerangkan kepada pelajar bagaimana hendak belajar. Kaedah mengajar adalah merupakan satu prosedur yang diamalkan oleh seorang guru secara sistematik dan teratur untuk melaksanakan sesuatu pelajaran dan mencapai objektifnya. Teknik pelajaran adalah merupakan satu strategi pelaksanaan yang dirancangkan oleh guru untuk mengendalikan sebahagian atau keseluruhan pelajarannya. Kedua-duanya mempunyai matlamat dan objektif yang sama iaitu mempastikan proses pembelajaran murid-murid berlaku dengan berkesan dan efektif. Allen dan Seilman (1981) menegaskan bahawa tidak ada pendekatan atau teknik yang terbaik yang sesuai untuk segala situasi pengajaran.

2.1.2

Prinsip

Para pendidik atau guru akan menggunakan pelbagai teknik untuk menyampaikan pelajarannya. Penggunaan pelbagai gaya dan teknik pengajaran adalah penting kerana tidak semua perkara dapat dibincangkan dengan menggunakan pendekatan yang sama. Mata pelajaran ini menggalakkan teknik dan gaya pembelajaran secara kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri bagi tumpuan peningkatan pelbagai kecerdasan murid. Dalam setiap kegiatan pembelajaran, pemupukan nilai serta pemahaman unsur kesihatan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas kesihatan. Amalan rutin kesihatan dilakukan dalam suasana riang dan meyakinkan. Sesuatu teknik itu hendaklah selaras dengan kaedah yang diamalkan. Jika guru mengamalkan sesuatu kaedah yang berpusatkan murid (pupil-centred), penyampaian pelajaran dengan teknik ceramah atau kuliah adalah tidak sesuai. Tujuan pengajaran-pembelajaran yang berlainan memerlukan strategi yang berbeza-beza. Pemilihan kaedah atau teknik sangat dipengaruhi tajuk pelajaran, matlamat pelajaran dan paras penerimaan (receptive level) murid-murid. Oleh yang demikian seorang guru PJK yang baik sentiasa peka, bersedia dan cekap menyesuaikan strategi penyampaiannya dengan keperluan kelasnya. Berikut adalah beberapa jenis teknik-teknik pengajaran yang boleh diamalkan oleh guru dalam penyampaian pelajaran Pendidikan Kesihatan. Di antara teknik-teknik yang dihuraikan adalah:

28 X

TOPIK 2

KAEDAH DAN TEKNIK

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j)

Demonstrasi Ceramah Perbincangan Sumbangsaran Lakonan Projek Lawatan Bercerita Nyayian Teknik Penyelesaian Masalah

2.1.3

Kepentingan Kaedah dan Teknik

Kepelbagaian teknik pengajaran adalah untuk membantu para guru untuk menyampaikan pengajaran mereka dengan lebih berkesan. Pengajaran yang berkesan akan memberikan mutu pembelajaran yang berkesan kepada murid. Setiap pengajaran adalah diharapkan akan berlaku proses pembelajaran yang sempurna kepada murid. Segala peluang pembelajaran (learning opportunities) yang disediakan oleh guru hendaklah mendatangkan pengalaman pembelajaran (learning experiences) yang membawa kesan terhadap perubahan tingkah laku dari segi kognitif, psikomotor dan afektif. Peluang pembelajaran dalam berbagai situasi, baik di dalam bilik darjah atau di luar kawasan sekolah, seharusnya menyeronokkan, bererti dan memantapkan lagi pembelajaran murid-murid. Apabila sesuatu yang menyeronokkan sudah tentu ia akan menarik perhatian murid-murid untuk mempelajarinya. Menurut Gagne, Briggs & Wager (1992) terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu pengajaran, iaitu: (i) (ii) menarik perhatian menyatakan objektif pelajaran

(iii) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas (iv) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar (v) memberikan bimbingan (vi) tugasan dan soalan (vii) membuat penilaian tahap penguasaan pelajar (viii) mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar

TOPIK 2 KAEDAH DAN TEKNIK

29

Proses pembelajaran berlaku di kalangan murid kerana guru telah mengajar tetapi ini tidak bererti murid-muridnya telah mempelajari apa yang diajarnya. Kepentingan bagi guru untuk memastikan pengajarannya benar-benar memberi kesan yang diharapkannya. Murid-murid berupaya mengamalkan apa yang telah dipelajari di sekolah dan diaplikasikan pada kehidupan mereka. Kepelbagaian kaedah dan teknik di dalam pengajaran adalah merupakan salah satu cara untuk guru mengelakkan kebosanan. Pilihlah teknik yang bersesuaian dengan tajuk agar dapat menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk mengikut pelajaran.

2.2

JENIS KAEDAH DAN TEKNIK JANGKA MASA PANJANG

Gallahue (1996) dan pakar-pakar lain menegaskan bahawa gaya pengajaran untuk sekolah rendah terbahagi kepada tiga kategori iaitu gaya langsung, gaya tidak langsung dan gaya gabungan atau gaya limitasi. Gaya Langsung Ia berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah laku (Behavioristic). Pembelajaran dianggap berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwaperistiwa yang betul (Gallahue, 1996). Teknik ini lebih berpusatkan kepada guru. Guru membuat semua atau sebahagian besar daripada keputusan tentang `Apa? Bagaimana? dan Bila?' Sesuatu aktiviti itu dilakukan. Melalui teknik ini guru dianggap mempunyai pengetahuan terhadap pergerakan/kemahiran yang bakal dilakukan dan mengetahui cara-cara yang betul. Untuk melakukan pergerakan/kemahiran itu. Gaya Tidak Langsung la berdasarkanTeori Pembelajaran Kognitif yang menganggapkan pembelajaran sebagai suatu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalah sama penting dengan hasil pembelajaran berkenaan. Teknik ini berpusatkan murid berdasarkan kepada falsafah bahawa seseorang individu mampu mencapai matlamat pembelajaran dengan cara tersendiri. Melalui teknik ini, pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Pengajaran dikawal oleh keputusan yang dibuat keputusan terhadap pelajar, tugasan mengajar dan persekitaran. Mengikut Mosston dan Ashworth (1994), struktur keseluruhan spektrum berasaskan kepada premis bahawa tingkah laku

30 X

TOPIK 2

KAEDAH DAN TEKNIK

pengajaran merupakan suatu rantaian membuat keputusan. Setiap tingkah laku yang disengajakan ialah hasil daripada keputusan yang telah dibuat sebelumnya. Mosston dan Ashworth (1994) mengkategorikan gaya pengajaran kepada 11. la boleh digambarkan seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) Arahan Latihan Timbal balik Semakan kendiri Inklusif Penemuan terbimbing Pengayaan kendiri Ikhtiar pembelajaran Program pembelajaran individi. Penghasilan pencapaian Penemuan berpusat berpusatkan guru Had penemuan berpusatkan murid

Kepelbagaian kaedah atau gaya pengajaran penting di dalam pendidikan kesihatan kerana ia menuntut para guru untuk mempastikan proses penyampaian maklumat dan memupuk tingkah laku pembelajaran dikalangan murid. Berikut merupakan beberapa kaedah atau teknik pengajaran yang boleh digunakan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran: (i) Projek Merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid secara individu atau berkumpulan dalam sesuatu situasi pembelajaran. Melalui kaedah ini murid akan didedahkan kepada suatu cara penyelesaian kepada satu masalah yang memerlukan mereka menghasilkan satu laporan tinjauan mudah ataupun membina satu yang berbentuk kekal (konkrit) sebagai hasil usaha kumpulan. Pemilihan sesuatu projek yang ditentukan itu dan juga proses mengendalikannya oleh muridmurid perlu mempunyai kaitan dengan objektif topik atau bidang pelajaran yang disampaikan oleh guru. Kaedah ini memberi peluang kepada muridmurid memperolehi pengalaman pembelajaran secara langsung dan penglibatan dirinya secara aktif. Pembelajaran melalui sesuatu projek menggalakkan murid-murid menggunakan dan memantapkan kemahiran belajarnya. Projek adalah satu teknik pembelajaran yang memerlukan murid-murid mengaplikasikan kemahirannya dari segi kognitif, psikomotor dan afektif, nilai-nilai murni boleh diberi kewajarannya oleh

TOPIK 2 KAEDAH DAN TEKNIK

31

guru. Pemilihan tajuk projek yang dirancangkan sebagai tugasan kepada murid-murid hendaklah mempertimbangkan faktor-faktor seperti keberkesanannya sebagai satu cara pembelajaran, masa, kemampuan murid-murid dan bentuk hasilnya. Guru hendaklah juga memikirkan bagaimana projek yang diberi kepada murid-muridnya menjadikan satu kesempatan untuk mengamalkan prinsip penyerapan dan penggabungjalinan dalam proses pembelajaran. Salah satu daripadanya adalah seperti Rajah 2.1, lawatan ke lokasi sebenar di luar kelas.

Rajah 2.1 Lawatan ke lokasi sebenar

Panduan ringkas memberi projek kepada murid-murid: Guru: Objektif projek ditetapkan dengan mewujudkan peluang maksimum bagi pembelajaran murid-murid; bentuk hasil projek. - Memberi penerangan yang jelas kepada murid-murid cara melaksanakannya, masa yang diperuntukkan dan butir-butir yang penting. Merancang (individu/kumpulan) dibimbing oleh guru. -

Murid:

- Mengumpulkan bahan atau maklumat; - Membuat projek yang ditugaskan. Galakkan interaksi. - Menghantar/Membentangkan/Mempamerkan hasil projek.
Guru/ Murid Aktiviti pembelajaran susulan: Ulasan; Bersoal jawab; Penilaian; berkait dengan topik pelajaran Membuat catatan/laporan dan sebagainya.

Topik-topik Pendidikan Kesihatan yang boleh menggunakan teknik projek. Mengenali bahagian tubuh badan saya - Menghasilkan carta/model. Bagaimana membuat jadual harian - Menghasilkan carta/laporan. Keselamatan di tempat - Lawatan Tinjauan/Kajian permainan/rekreasi.

32 X

TOPIK 2

KAEDAH DAN TEKNIK

Perkhidmatan kesihatan di kampung/bandar raya - Menyediakan laporan/model/pelan lokasi. Bagaimana menjauhi penyakit - Membuat carta kesihatan/Poster-poster untuk kempen/pameran. Keselamatan di jalan raya - Mengumpul data kemalangan/model tanda-tanda jalan raya. Langkah asas pertolongan cemas - Melukis poster cara memberi bantu mula.

(ii)

Seminar/Ceramah Seminar atau ceramah merupakan salah satu kaedah pengajaran di sekolah rendah yang biasanya menerima reaksi yang negatif daripada orang ramai. Anggapan bahawa murid- murid akan pasif dan tidak dapat melibatkan dirinya secara aktif dalam proses pembelajaran merupakan suatu tanggapan bagi sesetengah pihak terhadap kaedah ini. Komunikasi ketika sesi ceramah sentiasa dan lebih merupakan satu hala sahaja, iaitu dari penceramah kepada murid-murid. Perancangan yang betul dan teliti, ceramah juga boleh mendatangkan faedah atau kesan pembelajaran kepada murid-murid. Pernah dinyatakan oleh ahli-ahli pendidikan bahawa mendengar juga cara belajar. Bagi memastikan seminar atau ceramah suatu tajuk atau isi pelajaran itu sesuai dan akan berkesan bila dibuat melalui kaedah ceramah, tajuk-tajuk yang dipilih perlulah bersesuaian dengan keadaan semasa. Janganlah pilih kaedah ceramah kerana sekaligus ramai murid (misalnya dua kelas dicantumkan) dapat mengikut satu pelajaran dan ini boleh menjimatkan masa pengajaran. Jika pemilihan adalah berdasarkan faktor tersebut, sudah pasti matlamat dan objektif pengajaran tidak akan dicapai. Terdapat beberapa garis panduan yang boleh dipertimbangkan oleh seseorang guru ketika hendak menggunakan kaedah ceramah untuk menyampaikan pelajarannya, antaranya adalah: Peringkat umur dan tahap kefahaman murid. Penggunaan alat bantuan mengajar yang sesuai dan menarik seperti slaid, gambar, carta atau pica video. Peruntukan masa ceramah yang sesuai supaya tidak membebankan konsentrasi murid. Gunakan bahasa yang dapat difahami oleh murid dan memberi contoh yang berkaitdengan pengalaman dan kehidupan sehari-harinya. Keselesaan murid perlu diberi perhatian supaya tidak mengganggu daya tumpuan perhatian mereka terhadap sesi ceramah.

TOPIK 2 KAEDAH DAN TEKNIK

33

Peluang penyertaan seperti sesi soal-jawab di mana ia boleh menghidupkan sesi ceramah. Kemukakan soalan-soalan yang boleh membantu menajamkan daya pemikiran murid- murid.

Rajah 2.2: Seminar atau ceramah di dalam dewan

Seminar atau ceramah tidak semestinya berlaku dalam bilik darjah atau di dewan perhimpunan sahaja. Kaedah seminar atau ceramah boleh juga diadakan semasa projek lawatan sambil belajar (lawatan ke pameran atau kilang proses makanan) di luar bilik darjah. Aktiviti bertulis dalam bentuk latihan menjawab soalan atau membuat laporan boleh dirancangkan sebagai aktiviti susulan setelah ceramah diadakan. Ini akan mendatangkan kesan pembelajaran yang sebenarnya kepada murid-murid. (iii) Persembahan/Lakonan Kaedah pengajaran ini melibatkan murid-murid yang terpilih melakukan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi yang berkait dengan tajuk pelajar yang hendak disampaikan oleh guru.Melalui kaedah ini guru akan memilih satu tajuk untuk diperjelaskan oleh tingkahlaku murid-murid sendidi.Murid-murid memainkan peranan dan bertindal sebagaimana sifatsifat watak yang ditetapkan dalam sesuatu situasi itu. Sebelum memainkan peranan, murid-murid akan terlebih dahulu digalakkan menggambarkan sesuatu situasi itu dengan menggunakan daya imaginasinya dan akan disampaikan melalui lakonan oleh murid-murid yang dipilih untuk melakonkan peranannya tanpa menggunakan skrip Situasi untuk main peranan boleh berbentuk berstruktur atau tidak berstruktur. Ini terpulanglah kepada budi bicara guru. Perancangan awal diadakan di mana peranan `pelakon' dibincangkan dengan murid-murid yang terbabit, Dalam situasi di mana murid-murid dikehendaki berlakon secara spontan tanpa penerangan mengenai wataknya, situasi itu dianggap sebagai tidak berstruktur.

34 X

TOPIK 2

KAEDAH DAN TEKNIK

Melalui kaedah lakonan ini ia berupaya: Menunjukkan dan menggunakan daya cipta dan imaginasinya serta memperkembangkan keyakinan dirinya; Merasa seronok melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan memerhati lakonan murid-murid lain; Menyediakan murid untuk berhadapan dengan situasi sebenar dan berpeluang memahaminya.

Walaupun begitu terdapat juga kekurangan di dalam kaedah lakonan ini seperti: Ciri-ciri spontan mungkin menjadikan persembahan murid tidak terkawal; Keberkesanan tidak tercapai jika murid yang bersifat pendiam, pemalu atau yang lemah penguasaan bahasanya enggan melibatkan diri secara bersungguh-sungguh. Melibatkan ramai murid, sesi lakonan akan memakan banyak masa.

Beberapa garis panduan mengadakan lakonan perlu diikuti sekiranya ingin melaksanakan kaedah pengajaran ini. Di antaranya ialah: Guru mewujud dan merancang satu situasi yang relevan dengan tajuk pelajarannya atau isi pelajaran yang disampaikannya. Memberi penerangan secara ringkas aktiviti kepada murid-murid. Pemilihan murid-murid untuk berlakon dan tentukan peranannya. Murid-murid yang lain memerhati dan mencatat sesuatu tentang watak-watak yang dilakonkan.

TOPIK 2 KAEDAH DAN TEKNIK

35

Perbincangan/ulasan oleh murid-murid/guru (hendaklah berpandu kepada objektif pelajaran).

(iv) Simulasi Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri. Kaedah ini adalah berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat mewujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2.1
(a)

Jenis Kaedah dan Teknik dalam Bilik Darjah

Perbahasan Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah. Melalui teknik murid mendapat manfaat dengan beberapa perkara berikut: (i) (ii) Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan; Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur;

(iii) Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai; (iv) Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif;dan (v) Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.

Oleh itu guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

36 X

TOPIK 2

KAEDAH DAN TEKNIK

(b)

Demonstrasi Terdapat beberapa tajuk tertentu di dalam Pendidikan Kesihatan yang sesuai disampaikan melalui kaedah demonstrasi. Kaedah ini merupakan cara pengajaran di mana sesuatu pertunjukan secara amali dijalankan di hadapan murid-murid. Demonstrasi diamalkan adalah untuk menerangkan isi pelajaran kepada murid supaya mereka akan lebih faham apa yang mereka cuba pelajari. Kaedah ini melibatkan pembelajaran melalui pelbagai deria iaitu deria pendengaran, penglihatan dan pengamatan yang lebih tajam. Keberkesanan sesuatu demonstrasi akan bergantung kepada teknik yang diamalkan oleh guru. Berikut adalah beberapa prinsip-prinsip asas berikut disarankan sebagai panduan kaedah demonstrasi: Murid dapat melihat apa yang ditunjuk dan dapat mendengar penerangan yang diberi oleh guru atau penunjuk cara. Tumpuan atau fokus oleh semua murid kepada perkara utama dalam demonstrasi. Guru hendaklah membimbing pemerhatian murid-murid supaya tujuan aktiviti itu tercapai. Murid-murid digalakkan mengemukakan soalan dan pandangan untuk perbincangan. Aktiviti pembelajaran yang menyusuli demonstrasi diadakan untuk memperkukuhkan pembelajaran. Demonstrasi hendaklah pembelajaran. bermutu dan hendaklah proses

merangsangkan

(c)

Perbincangan Merupakan teknik pengajaran-pembelajaran yang menggalakkan muridmurid bertukar- tukar fikiran sambil berkongsi maklumat tentang sesuatu tajuk pelajaran yang diperbincangkan. Kaedah perbincangan adalah satu kaedah di mana kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil (6 - 8 murid satu kumpulan) untuk menjalani tugasannya. Setiap kumpulan memilih seorang ketua sebagai pengerusi, seorang pencatat dan seorang pelapor. Pengerusi akan mengendalikan dan mengawal perbincangan, pencatat merekod perkara-perkara yang dibincangkan sementara pelapor akan mempersembahkan laporan atau rumusan perbincangan kumpulannya kepada kelas bila sampai masanya. Peranan guru ialah sebagai fasilitator kepada setiap kumpulan. Guru perlu mengelakkan daripada memainkan peranan yang dominan ketika membimbing murid-muridnya. Guru akan membuat rumusan muktamad setelah wakil-wakil kumpulan membentangkan rumusan atau laporan kumpulannya kepada kelas. Murid-murid boleh disuruh menyalin atau mencatat rumusan itu ke dalam buku latihannya pada akhir pelajaran.

TOPIK 2 KAEDAH DAN TEKNIK

37

Kaedah perbincangan ini dapat menggalakkan murid-murid berfikir dengan teliti sebelum bercakap atau mengemukakan pandangannya tentang sesutu yang dibincangkan. Kaedah ini juga merupakan satu aktiviti pembelajaran yang bersifat interaktif di mana murid-murid dapat berinteraksi secara berfaedah. Keberkesanan sesi perbincangan sangat bergantung kepada penglibatan yang aktif oleh setiap murid dan juga kesesuaian topik pelajaran yang diperbincangkan oleh murid-murid. (d) Sumbangsaran Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Sumbangsaran atau `percambahan fikiran' adalah biasa digunakan untuk satu sesi perbincangan di mana murid-murid dalam satu kumpulan. Kaedah ini memerlukan murid mengeluarkan idea atau pandangan masing-masing tentang sesuatu perkara yang diperbincangkan. Kaedah/Teknik perbincangan cara sumbangsaran mempunyai sedikit perbezaan dengan kaedah perbincangan yang lain. Ciri-ciri utama sumbangsaran adalah, antaranya: (i) (ii) Murid bebas memberi pandangan dan kuantiti idea dalam kumpulan diutamakan. Idea dan kritikan yang diterima oleh kumpulan terhadap sesuatu idea yang dikemukakan tidak dibenarkan.

(iii) Penelitian dan penilaian setiap idea itu dibuat di peringkat akhir. (iv) Idea atau perkara yang paling sesuai dijadikan hasil perbincangan. (v) Rumusan kumpulan akan dibentangkan oleh wakil kumpulan kepada kelas.

(vi) Guru membantu kumpulan-kumpulan membuat rumusan atau rnenghalusi hasil perbincangannya. Sumbangsaran merupakan satu cara pembelajaran di mana menawarkan peluang kepada murid-murid untuk menglibatkan diri secara aktif dan secara tidak langsung situasi tersebut berupaya merangsangkan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Konsep menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan

38 X

TOPIK 2

KAEDAH DAN TEKNIK

bukan pembelajaran secara analitis adalah tujuan utama kaedah ini dilaksanakan. Tujuan Sumbangsaran Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W (What? Why? Who? Where? How?) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

Renungan Tuntutlah ilmu walau di mana jua anda berada. Ilmu itu walau ditulis dengan selautan dakwat namun tiada noktahnya...infiniti... (e) Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut: (i) (ii) (ii) (v) Kenal pasti dan faham masalah. Jelaskan masalah. Cari alternatif penyelesaian masalah. Nilaikan penyelesaian.

(iv) Lakukan operasi penyelesaian.

TOPIK 2 KAEDAH DAN TEKNIK

39

Pengetahuan yang diperolehi dalam pelajaran pendidikan kesihatan hendaklah digunakan oleh murid-murid untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapinya dalam kehidupan seharian. Kaedah ini adalah untuk memanfaatkan pengetahuan yang dipelajarinya. Guru perlu membiasakan murid-murid dengan teknik dan pengalaman menyelesaikan masalah dan membina keyakinan mereka dalam mencari penyelesaian kepada sesuatu isu. Setiap keputusan-keputusan yang dibuat perlulah sesuai dengan peringkat kematangan dan kemampuan mentalnya. Melalui kaedah penyelesaian masalah murid-murid akan berusaha mencari jawapan terhadap isu kesihatan yang diperkenalkan oleh guru dalam pelajaran kesihatan. Menurut model R.M. Gagne (1978), pembelajaran penyelesaian masalah melibatkan langkah-langkah yang berturutan seperti berikut: Pendedahan masalah kepada murid. Mengenal pasti ciri-ciri masalah (mencari maklumat). Membuat andaian dan merancang penyelesaian (pilihan-pilihan). Merumuskan satu kemungkinan penyelesaian. Menilai penyelesaian.

Kaedah ini akan menilai penglibatan murid-murid dari penggunaan proses kognitif dalaman dan bimbingan guru. Pengetahuan dan pengalaman murid yang sedia ada akan digunakan untuk memahami dan mentafsir sesuatu masalah itu dalam usahanya mengemukakan pilihan untuk menyelesaikan sesuatu isu itu. Pada setiap langkah itu guru perlu membimbing murid dengan mengemukakan soalan-soalan yang bertujuan meningkatkan daya berfikir mereka. Aktiviti atau latihan yang diberi kepada murid hendaklah merangsangkannya mengeluarkan cadangan atau idea yang boleh dianggap sebagai kemungkinan untuk menyelesaikan masalah yang dikajinya. Guru hendaklah menggalakkan muridnya meneliti secara kritis setiap kemungkinan yang mereka cadangkan. Kaedah penyelesaian masalah memberi peluang kepada murid untuk membina kemahiran berfikir dan keyakinan semasa menyampaikan idea-ideanya.

40 X

TOPIK 2

KAEDAH DAN TEKNIK

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan peringkat yang terpenting dalam pendidikan di sekolah. Sekiranya kita mempunyai proses pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan canggih, sudah pasti penghasilan pelajar yang dihasilkan akan lebih bermutu dan mencapai matlamat Dasar Pendidikan Negara. Oleh itu, bidang pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pemantauan seharusnyalah diberi perhatian utama oleh setiap pengurus sekolah. Penyeliaan ke atas pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa sangat diperlukan sebagai saluran pengawasan untuk pembaikan dan pemantapan. Ini adalah supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan di atas landasan yang betul dan bermutu tinggi selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.

Kaedah Mengajar Teknik Pelajaran

LATIHAN 2.1
1. 2. 3. 4. 5. Nyatakan maksud kaedah pengajaran. Apakah teknik pengajaran? Nyatakan objektif pengajaran mengikut pendapat Bloom, B.S. Terangkan kaedah pengajaran seminar. Apakah kebaikan kaedah pengajaran berbentuk lakonan?

You might also like