Edu 3106 G4

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 15

EDU 3106 Ketaksamaan Peluang Pendidikan

Izmir Fadzil B Ibrahim Maizatul Elany Bte Hasan Basri Mohd Hisyamudin Helmi B Abu Talib

Soalan Tutorial

Pengenalan

Konsep

Unsur-unsur pewujudan ketaksamaan peluang pendidikan.

Soalan
Sebagai guru yang bertanggungjawab, bincangkan bagaimana anda dapat mengurangkan ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina didalam bilik darjah.

Pengenalan
..merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang antara bandar dengan luar bandar; jurang antara miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir daripada arus pembangunan negara.
Perutusan tahun baru 2006 menteri pelajaran Malaysia. YB. Dato Sri Hisyamudin Tun Hussien

Konsep Ketaksamaan Peluang Pendidikan


Pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapatnya perbezaan antara anggota kelompok etnik dari pelbagai aspek seperti
Peralatan Peluang kerja Kemudahan Coleman (1968:14)

Kelas Sosial Isu-Isu Ketaksamaa n Peluang Pendidikan

Jantina
Unsur-unsur pewujudan ketaksamaan peluang pendidikan.

Berkeperluan khas

Kumpulan Minoriti

1. Keselamatan Tanggungjawab guru adalah untuk memastikan setiap pelajar di dalam bilik darjah berasa selamat untuk berada di dalam atau di luar kelas tanpa mengira jantina.
Contoh Melalui aktiviti fizikal pendidikan jasmani, guru memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki. Guru menetapkan aktiviti mengikut kesesuaian jantina.

Cara Mengurangkan Ketaksamaan dalam Bilik Darjah

2. Kecenderungan Bahan Pengajaran/Buku Teks Tanggungjawab guru adalah dengan memilih bahan pengajaran yang tidak cenderung kepada satu jantina sahaja.
Contoh Dalam m/p sains, saintis perempuan tidak mendapat pengiktirafan berbanding saintis lelaki dan menyebabkan bahan pengajaran cenderung kepada pelajar lelaki.

3. Amalan Pedagogi Guru perlu memastikan setiap proses p&p perlu berlaku dengan berkesan mengikut sensitiviti terhadap jantina dalam bilik darjah. Contoh Perubahan tingkahlaku guru dalam kelas dan mentransformasikan sikap dan perspektif terhadap jantina yang berlainan akan mampu mengurangkan ketaksamaan dalam jantina.

4. Kemahiran Fizikal / Meragui Kemampuan Wanita Matlamat kurikulum dibezakan secara eksplisit daripada aspek jantina. Guru memberi pendedahan terhadap m/p pelajaran dan memberi kesedaran untuk kursus-kursus berikut. Contoh Sesetengah negara pelajar perempuan tidak dibenarkan mengambil m/p seni pertukangan dan teknikal.

5. Kecerdasan Pelbagai 8 jenis kecerdasan pelbagai Howard Gardner, Pelajar lelaki dan perempuan mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza semasa proses pembelajaran berlaku. Contoh Guru mempelbagaikan aktiviti untuk memberi peluang pembelajaran yang sama rata. Lelaki kinestatik, muzik, logik matematik Perempuan verbal, intrapersonal, interpersonal

5. Gaya Pembelajaran Pada asasnya terdapat dua model gaya pembelajaran yang biasa digunakan oleh guru. Antaranya gaya VAK ( Visual , Auditouri , Kinestetik ) & gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn. Contoh Guru perlu mengenalpasti gaya pembelajaran muridmuridnya agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan bersesuaian dan tidak wujud bias dalam kalangan murid-murid.

6. Gaya Penilaian Penaksiran merupakan alat penting dalam penambahbaikan kualiti dalam pendidikan sekiranya digunakan sebagai cara untuk merangsang pembelajaran bukan untuk memilih kelemahan. Contoh Pelajar perempuan cenderung memberikan respon yang lebih baik dalam situasi kolaboratif berbanding secara individu.

Kesimpulan
Ketaksamaan peluang pendidikan yang berlaku di Malaysia akan merencatkan proses perkembangan pendidikan yang sama rata bagi setiap jantina yang berlainan. Oleh itu, sebagai seorang guru dan pihak yang bertanggungjawab perlu bersama-sama mengekang masalah ini agar taraf pendidikan negara dapat ditingkatkan selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Bibliografi
Buku ilmiah Noriati A. Rashid et.al.( 2011). Budaya & Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd : Shah Alam. Internet www.zanas.wordpress.com (diakses pada 11 Januari 2013) http://kheru2006.i8.com/EDU3106/4_Ketaksamaan_Peluang_Pendidikan.ht m (diakses pada 15 Januari 2013

You might also like