Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Penjelasan tentang: Isu dan cabaran pendidikan semasa Gejala sosial

Penbentangan hasil rumusan dalam bentuk forum. Pelajar-pelajar diberi peranan yang berlainan seperti ibu bapa, guru, ahli politik, pentadbir sekolah, NGO. CABARAN: KESEDIAN GURU DALAM MENGHADAPI GLOBALISASI Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu: 1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya. 2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastic kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu. 3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari". 4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi: a) kewangan b) motivasi dan dorongan c) pengiktirafan d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah. 5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif. JESSICA AGNES FLETCHER (196878) CABARAN: KEBERKESANAN KOKURIKULUM SEKOLAH Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan porno melalui

Internet dan melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat kini. Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemah system pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar. CHONG ZYY KIAT (196877) CABARAN: PENGURUSAN PENDIDIKAN Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System). Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti: 1. Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan. 2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran. 3. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai. 4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail. 5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses danmenyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar. 6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar. 7. Penempatan pelajar dalam kelas. 8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru. 9. Pembinaan jadual waktu guru. 10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya. 11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru. CHEE HAN PING (196754) PERANAN PENDIDIK Hussien Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia. Masyarakat Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Jati diri anak-anak remaja yang masih di bangku sekolah kini menjadi pertanyaan kerana terdapat petunjuk dimana asas-asas budaya, agama dan bangsa mulai longgar. Mereka semakin liar dan terikut-ikut akan gaya hidup dan amalan negatif kehidupan barat seperti pergaulan bebas dan berseronok-seronok sehingga lewat malam menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas keesokan hari. Semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk

meletakkan anak-anak remaja di landasan moral yang betul melalui pelaksanaan programprogram pendidikan nilai di sekolah. Aspek yang diteliti adalah aspek berkaitan keperibadian guru. Guru perlu menampilkan perwatakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Antara watak yang perlu diterampilkan supaya menjadi contohan pelajar ialah amanah, bersopan santun, berdedikasi serta taat kepada tuhan. Aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab, dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat kerjasama, berdikari dan semangat cinta akan negara serta membantu dalam pembentukan jati diri dan moral pelajar. NG NOOR VEEN (197475) PERANAN PELAJAR Isuisu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Dalam era globalisasi ini, banyak cabaran yang harus ditempuhi. Globalisasi itu sendiri merujuk kepada dunia tanpa sempadan. Generasi kini dikatakan mempunyai kemudahan dihujung jari. Namun begitu, generasi muda seperti pelajar harus lebih berhati hati dalam memilih segala maklumat yang diperolehi. Sebagai contoh, dunia hari ini banyak menggunakan internet sebagai rujukan maklumat terutamanya kepada pelajar. Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan rujukan kepada tugasan yang diberikan oleh pengajar. Selain itu, pelajar juga menggunakan internet sebagai bahan untuk bersosial pada laman web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah mempunyai nilai kesedaran sendiri. Mereka perlulah pandai dalam memilih maklumat. Banyak maklumat positif yang boleh merangsang minda pelajar dan dalam masa yang sama banyak maklumat negatif yang boleh merosakkan pelajar. Para pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang. Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pada masa sekarang pelajar harus lah sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang ramai. Pelajar yang ketinggalan tidak akan dapat bersaing dan akan sentiasa kebelakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani. Dunia hari ini mengatakan sehari tanpa berita semasa sudah banyak maklumat yang dilepaskan. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan arus dunia sekarang. SITI NORSAIDAH BT MOHD AZIMI (195751) PERANAN IBUBAPA Ibu bapa merupakan contoh terbaik untuk pembentukan sahsiah diri anak-anak. Ia bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti anak-anak supaya ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkannya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Keindahan tingkah laku dalam diri anak-anak menjamin masa depan yang cerah bagi belia untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa kelak. Oleh yang demikian, peranan ibu bapa dalam cabaran globalisasi masa kini terutama di Malaysia semakin mencabar. Ibu bapa haruslah menjadi contoh yang terbaik dalam mengorak langkah bagi membimbing anak-anak

mereka ini. Seawal dalam kandungan lagi, ibu bapa haruslah cuba untuk menjaga permakanan dan kesihatan agar dapat melahirkan anak yang baik. Ibu bapa juga haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik dari guru-guru dan seboleh-bolehnya ibu bapa haruslah cuba untuk memenuhi keperluan pelajaran mereka seperti menyediakan komputer peribadi kepada mereka, bahan-bahan bacaan yang mencukupi dan memberikan perkhidmatan tuisyen tambahan agar masa terluang mereka tidaklah diabaikan begitu sahaja. Tambahan pula, ibu bapa mesti sentiasa peka dengan pembelajaran anak-anak dan cuba untuk memberikan yang terbaik agar mereka dapat belajar dalam persekitaran yang baik dan tenang bagi memudahkan mereka menelaah pelajaran dengan berkesan. Selain itu, ibu bapa mestilah sentiasa menemani anak mereka terutama pada waktu malam sekiranya ibu bapa ada kelapangan bagi menemani anak-anak mengulangkaji pelajaran. Dengan itu, tidaklah mereka berasa sunyi dan ada teman untuk berbual atau teman ketakutan. Maka, jelaslah peranan ibu bapa amatlah besar dalam cabaran globalisasi pendidikan masa kini di Malaysia khususnya. NUR AMIRA BINTI ISMAIL (195612) PERANAN ICT Globalisasi yang asaskan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan budaya dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam system mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan. NOR SYAHIDA BT NIK WIL (114070) PERSEKITARAN PEMBELAJARAN Dalam usaha menangani cabaran globalisasi dalam sektor pendidikan, Malaysia perlu menyediakan segala sumber manusia dan kelengkapan sosialnya agar dapat membentuk satu daya ketahanan budaya yang membolehkannya berinteraksi dan bertindak secara autonomous dalam persekitaran baru ini.Pada abad ini, adalah amat penting untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih produktif dalam persekitaran ekonomi baru.Pengurusan sumber manusia dalam pendidikan dahulu dan kini telah membangkitkan pelbagai isu yang menyentuh pelbagai aspek perkhidmatan dalam pendidikan.Namun dalam memastikan produktiviti dipertingkatkan, isu-isu berbangkit ini perlu diberikan perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab. Antara isu yang telah dibangkitkan dalam sektor pendidikan beberapa tahun kebelakangan ini termasuklah: i)isu penilaian prestasi atau insentif dalam pendidikan,yang merangkumi, penilaian prestasi tidak dilaksanakan mengikut jadual seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling yang berkenaan, penilaian prestasi tidak dibuat secara objektif, adil dan telus, kelemahan pegawai penilai, sistem giliran dalam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,penetapan kuota 8% penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mengikut Pekeliling yang relevan, dan kefahaman konsep dan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan. ii)isu globalisasi pendidikan, yang merangkumi pencapaian perkhidmatan

pendidikan bertaraf dunia,pencapaian daya saing dan daya tahan global, dan transformasi pengajian tinggi bagi menjadikan negara hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. iii)isu teknologi dalam pendidikan, yang merangkumi keefisienan sistem pertukaran guru atas talian,kemahiran kakitangan dalam teknologi maklumat dan kekurangan infrastruktur fizikal (komputer/peralatan) dan infrastruktur bukan fizikal (perisian teknologi maklumat & komunikasi). iv)isu jaminan kualiti pendidikan yang merangkumi isu-isu berhubung Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 dan Pengurusan v)Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management (TQM)) dan Persijilan ISO(International Organisation for Standardisation); vi)isu perekrutan dan pemilihan staf yang merangkumi perekrutan dan pemilihan guru,unjuran keperluan guru, pembangunan kurikulum,latihan dan pembangunan kerjaya dan penempatan dan pertukaran guru,kekurangan data dan maklumat pendidikan. vii)isu latihan dan pembangunan staf yang merangkumi pembentukan polisi dan objektif latihan memerlukan maklum balas daripada semua kakitangan masalah impak latihan, contohnya, analisis organisasi yang tidak mencukupi sebelum pelaksanaan, kurangnya sokongan pengurusan, pelatih yang tidak bermotivasi, kemahiran diajar tidak berkaitan dengan masalah, tiada tindakan susulan di tempat pelatih dan masalah peruntukan bagi program latihan yang tidak mencukupi. viii)isu pembangunan kerjaya pekerja yang merangkumi kriteria yang dijadikan asas kenaikan pangkat,pertukaran tempat bertugas,pengurusan kerjaya,contohnya penilaian berorientasikan kerjaya, disiplin pekerja dan persaraan serta latihan yang diperlukan sebelum persaraan. NURUL SYUHADA BT MOHD SOHAIMI (113992) KESIMPULAN Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri. NASUHA BINTI CHE A.BAKAR (113533)

BAB 1 ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

EDU3109 GURU DAN CABARAN SEMASA - Bab 1 : Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

1) Pengenalan; usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar. penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif) pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan. Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum. memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara pendidikan adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh saingan. 2) 3) 4) 5) INTEGRASI NASIONAL; Akibat keretakan integrasi nasional Perbezaan budaya dan agama Ketidakpuasan hati Kedudukan Geografi Cabaran mewujudkan satu sistem sosial; Agama dan kebudayaan Dasar Penjajah British Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan Amalan ekonomi yang berlainan Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik Halangan Integrasi Nasional; Perbezaan budaya dan agama Dasar Penjajahan Sistem Pendidikan Amalan Ekonomi Perbezaan politik Pupuk Integrasi Nasional Melalui Dasar Pelajaran; Sistem Pendidikan Kebangsaan Agenda Memperkasakan SK Penerapan Nilai Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan Konsep Sekolah Wawasan Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum Perkasakan bahasa Kebangsaan Pemantapan Aktiviti Pupuk Kefahaman Dasar Pelajaran kebangsaan -menggunakan sukatan pelajaran,

-buku teks, peperiksaan, -pakaian seragam, -sistem latihan guru dan -bahasa penghantar yang sama 6) Usaha bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan;

melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan menjadikan agenda memperkasakan SK menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian. memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2003 memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme secara berterusan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum 7) 8) 9) Pupuk Integrasi Nasional Melalui RIMUP; Modul Aktiviti Kecemerlangan Akademik Modul Aktiviti Kesukanan dan Permainan Modul Aktiviti Kokurikulum Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat Modul Aktiviti Meningkatkan Patriotisme Tindakan KPM Untuk Pupuk Integrasi Nasional; Sekolah sebagai alat perpaduan Sistem persekolahan yang sama Penggunaan Bahasa Melayu Pendedahan kepada nilai Seminar/forum Penglibatan Komuniti Setempat Untuk Pupuk Integrasi Nasional; Program Permuafakatan Masyarakat Hari Keluarga Acara Kebudayaan Sambutan Perayaan Aktiviti Kokurikulum Bulan Kemerdekaan Lawatan ziarah Bina Insan

10) Melalui aktiviti yang dijalankan tersebut, secara keseluruhannya diharapkan akan dapatmencapai objektif seperti yang berikut;

meningkatkan kefahaman pelajar mengenai kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malaysia. menimbulkan rasa hormat terhadap kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum. menanamkan kesedaran bahawa unsur kebudayaan adalah penting untuk menyemarakkan suasana harmoni dan semangat toleransi antara kaum. menyemai dan memupuk nilai-nilai mulia yang dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara pelajar berlainan latar belakang, agama, budaya dan adat resam. 11) PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN; Semua dapat hak yang sama Sekolah dapat kemudahan yang sama Sekolah Wawasan,kongsi kemudahan Sekolah satu aliran Amalan kehidupan Peluang pendidikan yang sama Persamaan hak Peluang yang luas Pembangunan sumber manusia

12) Tumpuan Dalam Pendemokrasian Pendidikan; Basmi buta huruf Pendidikan universal Penyediaan infrastruktur Guru terlatih yang mencukupi Pra sekolah untuk semua

13) Strategi pelaburan dalam bidang pendidikan Pendidikan asas perlu disediakan kepada semua kanak-kanak dan orang dewasa sesuai dengan sumber yang ada. Dalam jangka masa panjang sistem pendidikan formal dan tidak formal perlu dibangunkan pada setiap peringkat pendidikan. Untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan ekuiti sosial, peluang pendidikan perlu disediakan tanpa mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan status sosioekonomi. Sistem pendidikan perlu cuba meningkatkan kecekapan dalaman dalam pengurusan. pengagihan dan penggunaan sumber sedia ada untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan. Pendidikan patut mempunyai kaitan dengan kerja dan persekitaran dalam usaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu untuk perkembangan ekonomi, sosial dan lain-lain. 14) Rumusannya: Tumpuan Bank Dunia Dalam Pendidikan Pendidikan asas Pendidikan wajib untuk semua Kecekapan dalam pengurusan

15)

Pengagihan sumber Keperluan dengan pasaran kerja Pendidikan Negara Pelbagai peringkat Kurikulum yang sama Penubuhan sekolah agama rakyat Peningkatan bilangan pelajar ke university Pendidikan swasta Pendidikan untuk semua Pengagihan sumber kewangan Pendidikan sawarjagat Pertambahan guru dan bilangan kelas Pendidikan Bertaraf Dunia Pendidikan berterusan Pendemokrasian pendidikan Pendidikan berkualiti

16) TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO; Tonggak Pendidikan UNESCO adalah berdasarkan kepada; I. pelajar belajar untuk tahu II. belajar untuk membuat III. belajar untuk menjadi apa IV. belajar untuk hidup bersama 17) Kejayaan Sekolah Menurut UNESCO; Pengurus punyai kuasa autonomi Memperkasakan kapasiti Struktur terurus Ukuran prestasi Pemantauan prestasi Kawalan sumber ketelusan

18) Menurut laporan Unesco (2005), kuasa autonomi bagi menguruskan perjalanan sekolah secara keseluruhannya; pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi untuk memperkasa kapasiti dan kepemimpinannya. sekolah perlu mempunyai maklumat tentang prestasinya untuk mengukur kekuatan, kelemahan dan prioritinya. sekolah memerlukan struktur yang terurus dan professional. kerajaan pusat perlu terus memainkan peranan kritikal terutamanya dari segi pemantauan prestasi sekolah. sekolah perlu mengawal sumber-sumber. pengurusan sekolah mesti telus.

19) 20)

Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO; Memenuhi keperluan pembelajaran asas Membentuk wawasan Akses kepada universal Focus terhadap pembelajaran Perluaskan skop Penambahbaikan persekitaran Perkukuhkan perkongsian Pembangunan dasar gerakkan sumber perpaduan antarabangsa Dasar KPM dan kaitannya dengan Tonggak Pendidikan UNESCO; Perkembangkan potensi individu Tingkatkan kreativiti Sistem pendidikan yang cekap Pusat kecemerlangan pendidikan Tingkatkan martabat pendidikan

21) Tujuan KPM untuk membentuk pembangunan insan yang seimbang adalah seperti yang berikut; Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar. Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat. Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa. 22) Pembangunan Modal Insan KPM; Perkembangkan potensi Punyai pelbagai kemahiran Bentuk peribadi Kemahiran berkomunikasi Kemahiran ICT Pembelajaran sepanjang hayat Nilai yang tinggi

23) Cabaran KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang dengan cara; memperkembangkan potensi diri bagi setiap pelajar. melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai kemahiran. membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 24) Pembangunan modal insan juga termasuk melengkapkan diri pelajar dengan; kemahiran komunikasi berkesan.

25)

kebolehan menggunakan ICT dengan baik. berfikir secara kreatif dan kritis. mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Pendidikan Berterusan; Institusi diperbanyakkan Bekalkan kemahiran Memenuhi guna tenaga sumber manusia Ahli masyarakat yang berfungsi Pemahaman kritikal Bijak menggunakan masa lapang Belajar sukarela Sedar kepada biografi Merancang kerja Perkembangan bakat Bentuk konsep kendiri

26) Beberapa alasan mengapa trend tersebut wujud dalam kalangan masyarakat; Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat sekolah tinggi untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan. Memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi. Memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorang ahli masyarakat yang berfungsi lebih efisien dan dapat menjadi seorang pengguna yang lebih pintar. Membangunkan pemahaman kritikal daripada masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat serta berupaya mengambil bahagian secara aktif dalam masyarakat dengan tujuan mencapai keadilan sosial. Membangunkan sikap menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi memperoleh pengetahuan yang diperlukan. Membangunkan sikap belajar secara sukarela. Membantu orang dewasa menjadi lebih sedar pada biografi sendiri dalam hubungannya dengan masyarakat secara keseluruhannya. Membantu orang dewasa dalam merancang kerjaya dan mencapai matlamat yang bererti. Membolehkan individu membangunkan kelebihan-kelebihan terpendamdan mempertingkatkan konsep kendiri individu tersebut. 27) Pendidikan Seumur Hidup adalah bertujuan untuk; Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran. Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam industri. Mewujudkan program e-Latihan. Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam perkhidmatan awam. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan dewasa dan Pendidikan Berterusan.

Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti, masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi program Pendidikan Berterusan. Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan seumur hidup. 28) 29) Rumusannya; Pendidikan Seumur Hidup; Galakan dalam teknologi Pembangunan pgram latihan E-learning Persekitaran yang mesra Penggunaan institusi Kempen di peringkat kebangsaan Globalisasi Dalam Pendidikan; Cabaran globalisasi dalam pendidikan adalah dari segi yang berikut; Keperluan terhadap pembelajaran berterusan. Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat. Pengurusan pendidikan. Pembentukan jati diri pelajar. Kualiti guru.

30) Perlu kepada perubahan kurikulum; Antara perubahan yang dapat diperhatikan adalah seperti yang berikut; 1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia 2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar 3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara. 4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

31) Persediaan menghadapi persaingan global iaitu dari segi; Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat. Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa. Meguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian. Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru. Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya.

32) 33)

Kesan Globalisasi Pendidikan; Pembelajaran sepanjang hayat Kebolehan berkomunikasi Kemahiran teknologi Kesediaan kognitif Warganegara bertanggungjawab Cabaran Globalisasi; Kesediaan guru Kurang rasa kepunyaan Pertambahan beban Kekurangan sokongan pengurusan Pengurusan pendidikan Sikap guru Perbezaan tahap pengetahuan Perubahan yang kerap Penggunaan teknologi Pembentukan jati diri Budaya sekolah Perkembangan profesionalisme guru

34) Pembelajaran Berbantu Komputer; Perisian latih tubi Perisian tutorial Perisian simulasi Perisian permainan Perisian penyelesaian masalah 35) Pengurusan Maklumat Sekolah Menurut Rahmad Sukor (2006); Permudahkan urusan Tingkatkan kecekapan Kurangkan beban Jimatkan masa Penempatan pelajar Pengagihan jadual waktu guru dan pelajar Pengagihan sumber Rekod stok dan inventori

36) Perkembangan Profesionalisme Guru; Memimpin perubahan Utamakan daya pengeluaran Perkembangan semasa Perkembangan teknologi Perubahan inovasi 37) Cabaran membentuk Perkembangan Profesionalisme Guru; Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas. Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya. Sentiasa mengikuti peredaran masa.

Memahami perkembangan teknologi. Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif

38) Fuller (1975) dalam kajian perkembangan profesionalisme guru mengkategorikan tingkah laku guru kepada tiga tahap iaitu; Tumpuan Berkaitan Peribadi Tumpuan Berkaitan Tugas Tumpuan Berkaitan Kesan. 39) Hall dan Loucks (1978) pula dalam kajian lanjutnya telah memurnikan klasifikasi tumpuan tersebut kepada tahap berikut; Tumpuan Tiada Berkaitan: Guru tidak mahu mengambil tahu apa-apa perubahan yang berlaku di sekolah. Tumpuan Berkaitan Peribadi: Guru melihat keupayaan diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu tugas terutama dari segi kemahiran dan pengetahuannya. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah berkaitan keluarga, kesihatan dan penggunaan masa senggangnya. Tumpuan Berkaitan Tugas: Guru cenderung untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan sentiasa berusaha menghasilkan yang terbaik terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran. Tumpuan Berkaitan Kesan: Guru mempunyai visi yang jelas terhadap peranannya sebagai pendidik secara holistik dalam konteks kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum dan implikasi kurikulum terhadap kemajuan negara. 40) Impak Globalisasi Kepada Perkembangan Profesionalisme Guru; Berdaya saing Hubungan sumber pendidikan Kemahiran berbahasa Komunikasi rentas budaya Produk dan perkhidmatan Keupayaan nilai antarabangsa Peningkatan bilangan institusi Penyebaran teknologi Cita rasa global 41) Kesan Negatif Globalisasi; Negara lemah ditindas Ketidakadilan perkongsian Pemantauan yang mendalam Permintaan pasaran tenaga kerja Meminggirkan bahasa melayu Terbuka kepada persaingan tidak sihat Pengkomersilan pendidikan Penafian pendemokrasian pendidikan Penghayatan ilmu terhakis

42) Kepelbagaian Budaya; Perlu keadilan Peluang pendidikan kepada semua

Pupuk melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum Program sekolah berkembar

43) Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya adalah seperti yang berikut; Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan pelajar secara aktif. Berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan pelajar. Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan. 44) Kepelbagaian sosio budaya pelajar haruslah ditangani dengan bijak. Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk menjayakan isi tersebut, antaranya adalah seperti yang berikut; Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju. Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman. Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasatermasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasabahasa ibunda. Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran. Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).

45) 46)

Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya; Sekolah kebangsaan sebagai peneraju Kelayakan pelajar jadi penentuan Pindaan akta Tingkatkan kemudahan Tingkatkan mutu pendidikan guru Peluang latihan Biasiswa kepada yang berkelayakan Kuasai pelbagai bahasa Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK); Suasana lebih kondusif Mudah hasilkan bahan Kepelbagaian media Maklumat pelbagai

47) Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu; teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima. 48) Perubahan Teknologi Maklumat; Kuasa penggerak Pelaksanaan Pemudahan bertindak Kaedah perubahan Permulaan perubahan

49) Implikasi TMK; penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampu merubah cara kerja dan penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan. menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi menjadi lebih terancang dan telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan terdapat perkara kerahsian. mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam perlaksanaannya. kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem komunikasi juga akan lebih menjurus kearahberkomunikasi secara interpersonal dan bukan secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi. 50) Komputer Dalam Pendidikan; Pendidikan jarak Jauh Reformasi dalam pendidikan Mudah beri maklumbalas Sebagai bahan pengajaran pembelajaran Alat komunikasi

Memudahkan pemahaman

51) GEJALA SOSIAL; Pengkelasan masalah sosial boleh dipecahkan kepada 3 Bahagian iaitu; I. Jenis kesalahan jenayah seperti mencuri basikal, melawan guru, bertumbuk sesama pelajar, berjudi dan mencuri kertas soalan ujian. II. Jenis kesalahan gengsterisme seperti menjadi ahli kumpulan geng, mengutip duit pau daripada pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan lain, memaksa kumpulan lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan berkelakuan seperti samseng. III. Jenis kesalahan kurang sopan dan biadab seperti menghisap serta menyimpan rokok, mengganggu pelajar perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah, minum serta menyimpan minuman keras, berbohong, berambut panjang, mengeluarkan kata-kata lucah, menonton dan menyimpan filem lucah dan lain-lain. 52) 53) 54) Punca Gejala Sosial; Globalisasi dan modenisasi Keruntuhan institusi keluarga Media-massa ICT Kelemahan undang-undang Sikap remaja Sikap ibu bapa Kesan Negatif; Kepada individu sendiri Menjejaskan Negara Keruntuhan nilai agama Tangani Gejala Sosial; Peranan ibu bapa Peruntukan undang-undang Pendekatan akademik Didikan agama Peranan ahli masyarakat

55) Kesimpulan; Antara cabaran yang perlu ditangani dan diatasi adalah seperti yang berikut; pemupukan Integrasi Nasional melaksanakan Pendemokrasian Pendidikan menjadikan Tonggak Pendidikan UNESCO sebagai panduan menghadapi Globalisasi Dalam Pendidikan dengan jayanya menangani Kepelbagaian Budaya dengan penuh berhemah menggunakan Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan sepatutnya berjaya mengatasi setiap Gejala Sosial yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di negara ini.

51) GEJALA SOSIAL; Pengkelasan masalah sosial boleh dipecahkan kepada 3 Bahagian iaitu; I. Jenis kesalahan jenayah seperti mencuri basikal, melawan guru, bertumbuk sesama pelajar, berjudi dan mencuri kertas soalan ujian. II. Jenis kesalahan gengsterisme seperti menjadi ahli kumpulan geng, mengutip duit pau daripada pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan lain, memaksa kumpulan lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan berkelakuan seperti samseng. III. Jenis kesalahan kurang sopan dan biadab seperti menghisap serta menyimpan rokok, mengganggu pelajar perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah, minum serta menyimpan minuman keras, berbohong, berambut panjang, mengeluarkan kata-kata lucah, menonton dan menyimpan filem lucah dan lain-lain. 52) 53) 54) Punca Gejala Sosial; Globalisasi dan modenisasi Keruntuhan institusi keluarga Media-massa ICT Kelemahan undang-undang Sikap remaja Sikap ibu bapa Kesan Negatif; Kepada individu sendiri Menjejaskan Negara Keruntuhan nilai agama Tangani Gejala Sosial; Peranan ibu bapa Peruntukan undang-undang Pendekatan akademik Didikan agama Peranan ahli masyarakat

55) Kesimpulan; Antara cabaran yang perlu ditangani dan diatasi adalah seperti yang berikut; pemupukan Integrasi Nasional melaksanakan Pendemokrasian Pendidikan menjadikan Tonggak Pendidikan UNESCO sebagai panduan menghadapi Globalisasi Dalam Pendidikan dengan jayanya menangani Kepelbagaian Budaya dengan penuh berhemah

menggunakan Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan sepatutnya berjaya mengatasi setiap Gejala Sosial yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di negara ini.

You might also like