Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani (Nota Form)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani Definisi penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid

dengan menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian juga bermaksud tidak terhad kepada ujian dan peperiksaan sematamata.Penilaian adalah sebahagian daripada proses P&P, dijalankan berterusan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. Hasilnya, guru dapat mengambil tindakan susulan, potensi murid dapat dikembangkan ke tahap maksimum. KBSR bertujuan memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. KBSR meliputi aspek-aspek : JERIS bagi melahirkan insan yang seimbang dan berakhlak mulia selaras dengan FPK. Fokus tahap 1 adalah kemahiran asas 3M dan Fokus tahap 2 adalah Ilmu pengetahuan, kemahiran belajar, peningkatan daya intelek dan penerapan nilai. Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Tidak terhad kepada Ujian dan peperiksaan semata-mata. Adalah sebahagian daripada proses P&P, dijalankan berterusan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. Hasilnya, guru dapat mengambil tindakan susulan, potensi murid dapat dikembangkan ke tahap maksimum. Tujuan penilaian ialah membantu guru menilai kemampuan murid. Seterusnya, penilaian memberikan penanda aras bagi sesuatu P&P yang telah dijalankan. Selain itu, penilaian meransang dan memotivasikan murid. Penilaian juga menilai keberkesanan pelaksanaan P&P. Di samping itu, penilaian membantu dalam proses dokumentasi & penyelidikan. Akhir sekali, penilaian menentukan kumpulan murid berasaskan kebolehan. Antara bidang penilaian dalam Pendidikan Jasmani ialah fizikal, psikomotor, kognitif dan afektif. Dalam bidang fizikal, perkara yang dinilai ialah tahap kecergasan dengan syarat menilai kemajuan kecergasan. Dalam bidang psikomotor pula, perkara yang dinilai ialah permainan, olahraga dan pendidikan pergerakan. Seterusnya dalam bidang kognitif, perkara yang dinilai ialah ujian yang merangkumi 80 peratus markah Pendidikan Kesihatan dan 20 peratus markah Pendidikan Jasmani serta folio yang mengandungi rekod amali kecergasan. Akhir sekali, dalam bidang afektif pula, perkara yang dinilai ialah amali nilai yang merangkumi semua aspek yang dinilai berdasarkan pemerhatian guru. Terdapat dua jenis ujian yang dijalankan sebagai penilaian iaitu ujian kriteria dan ujian norma. Bagi ujian berasaskan kriteria ialah ujian yang akan digunakan apabila guru ingin menilai tahap prestasi kemajuan muridnya. Contohnya: I. Bagi memastikan seseorang murid itu berjaya dalam ujian larian 2.4km murid perlu memenuhi syarat yang ditetapkan seperti tamat dalam lingkungan 13.00 minit. Contoh II. Jika dalam ujian bertulis PJ, murid sekurang-kurangnya perlu menjawab dengan betul sekurang-kurangnya 80 peratus dari soalan yang ada. Bagi ujian

berasaskan norma pula ialah ujian ini digunakan apabila guru yang ingin mentafsir kemajuan prestasi dalam satu-satu ujian dan ianya berupaya membandingkan keputusan dikalangan murid dalam satu darjah atau kumpulan. Perbandingan ini dilakukan berdasarkan norma yang berupaya membandingkan keputusan di antara satu sama lain. Norma dalam PJ sering dikaitkan dalam pengukuran berat, tinggi, umur dan aras gred. Selain itu, ujian SEGAk juga dilaksanakan sebagai satu penilaian yang merangkumi komponen kecergasan, item bateri ujian dan indek jisim badan. Komponen kecergasan adalah berasaskan kesihatan iaitu komposisi badan,daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan kelenturan (fleksibiliti). Item bateri ujian pula mengandungi Indeks jisim badan, naik turun bangku,tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur. Indeks jisim badan ialah murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut: Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m)

Naik turun bangku (mengukur daya tahan kardiovaskular)

Tekan tubi (mengukur daya tahan dan kekuatan otot)

Tekan tubi untuk murid lelaki

Tekan tubi ubah suai untuk murid perempuan

Ringkuk tubi (mengukur daya tahan dan kekuatan otot)

Sedia

Ringkuk Kiraan satu ulangan lakuan

Kedudukan asal

Jangkauan melunjur (mengukur kelenturan/fleksibiliti)

Sedia

Jangkau

Rehat

Peralatan ujian SEGAK ialah alat jangkauan melunjur, bangku ketinggian 30.5 cm, radio CD, rakaman metronom 96 detik seminit dan 50 detik seminit, span, jam randik dan tilam senaman (jika permukaan lantai licin atau terlalu kasar) Jenis-jenis Penilaian ialah penilaian Formatif. Bentuk penilaian ini digunakan bagi mengenalpasti perkembangan pembelajaran yang telah dilalui oleh murid semasa mereka mengikuti sebarang kelas pelajaran.Ianya juga dapat membantu guru membimbing pelajar yang agak ketinggalan supaya dapat dipertingkatkan kemajuannya secara tersusun.Contoh : I. Ketika guru sudah mengajar kemahiran sukan seperti tendangan asas dalam permainan bola sepak. II. Sebelum guru beralih kepada kemahiran asas seterusnya guru akan bertindak menguji semula latihan asas yang telah diberikan. III. Jika guru telah berpuashati bahawa kemahiran tersebut telah dikuasai oleh murid maka guru boleh beralih kepada kemahiran seterusnya. Seterusnya, penilaian Sumatif. Penilaian jenis ini sering digunakan pada peringkat akhir sesuatu topic pengajaran. Ianya dilaksanakan apabila sudah tiba akhir penggal persekolahan atau sudah berada pada peringkat akhir persekolahan. Contoh : I. Di akhir sesuatu pengajaran seperti kemahiran sukan hoki murid telah diajar semua kemahiran berkaitan. II. Bagi tujuan penilaian, guru boleh melaksanakan satu permaian hoki bagi menilai akan kemampuan atau penguasaan oleh murid. Guru boleh menilai pelajarberasaskan gred yang boleh digunakan seperti baik, sederhana dan lemah. Contohnya: I. Guru boleh menggunakan penilaian berbentuk bertulis bagi menguji kefahaman murid pada akhir penggal. II. Pelbagai soalan yang berbentuk objektif boleh digunakan dan ianya perlu meliputi semua topik pengajaran. III. Menetapkan kemahiran murid berasaskan markah yang berjaya diperoleh oleh murid. Alat penilaian yang digunakan ialah senarai semak, pemerhatian dan tingkah laku pelajar, rekod-rekod anekdot, temuduga,soal selidik aneka pilihan dan skala pemerhatian.

You might also like