Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Sejarah Kemunculan Tamadun China

4 tahap perkembangan: Zaman Pembinaan

Kedudukan Geografi terletak di Lembah Hwang Ho (Sungai Kuning) dan meluas hingga ke bahagian selatan China pada 4000-2000 S.M. Bersifat setempat kerana bergunung ganang dan berpadang pasir

Dinasti Hsia (22051766S.M.) Dinasti Shang (17661122S.M) Dinasti Chou Zaman Keagungan Dinasti Han

Pengasas - Shih Huang Ti (Raja pertama China) Pemimpin yang berwibawa dan terkuat (gelaran Maharaja Kuning) berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.

Dinasti Sui Dinasti Tang Zaman Peralihan Dinasti Sung Dinasti Ming Zaman Moden

Sumbangan Politik Gelaran raja ditukar kepada maharaja konsep anak syurga dan mandat dari syurga Ekonomi membina terusan untuk mengairi kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir Kemajuan dalam teknologi pembajakan Penciptaan cangkul dan sabit Penggunaan batas untuk tujuan penanaman Penggantian alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi

Bidang agama dan kepercayaan - Pemujaan roh nenek moyang - Konsep Yin dan Yang dan Feng Hsui 5. Sistem kalendar - 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun. - menentukan musim menanam dan menuai - Untuk menjalankan aktiviti harian - upacara perkahwinan/ perburuan/pengebumian 6. Pengamalan falsafah perang Sun Tzu - Karya the Art of War membincang kan selok belok perang dan cara menangani

Berkembang secara revolusi

Digunakan dalam bidang Kemunculan Tamadun India penulisan dan percetakan

diaplikasikan sebagai taktik dalam perniagaan

Kedudukan geografi India boleh dibahagikan kepada dua bahagian : India Utara (hingga ke kawasan Himalaya di utara) India Selatan (meluas dari Sungai Tapti di Pergunungan Vindhya hingga ke Cape Comorin) Pergunungan Vindhya menjadi sempadan yang memisahkan India Utara dan India Selatan. Faktor bentuk muka bumi (geografi) di India telah menyebabkan perkembangan dua kebudayaan yang agak berbeza antara penduduk India Utara dan India Selatan dari rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya serta amalan keagamaan. Masyarakat di India Utara secara keseluruhan dikenali sebagai Indo-Aryan. Masyarakat India Selatan pula dikenali sebagai Dravida.

Tahap perkembangan: Zaman Sejarah Awal (1500S.M.) Zaman Vedik (1500 S.M-500 S.M) Zaman Vedik Kedua/ Terkemudian (600 S.M-320 S.M) Empayar Maurya (321 S.M- 185 S.M) Kemerosotan Empayar / Zaman Serangan Luar (200 S.M-300 M) Tamadun Empayar India Gupta (300 M-600 M) Zaman Sangam Zaman Pallava (600 M-900 M) Zaman Chola (850 M-1200 M) Zaman Pertengahan (1000 M-1756 M) Kerajaan-kerajaan Islam yang dibangunkan di India: Dinasti Hamba (Kesultanan Delhi) (1206 M-1290M) Dinasti Khilji (1290 M-1320 M) Dinasti Tughluq (1320 M-1412 M) Dinasti Sayyid (1412 M 1450 M) Dinasti Lodi (1451 M-1526 M) Dinasti Babur / Mughal (1526 M1707 M) Zaman Moden/Zaman Penjajahan Barat (1750 M-1947 M) Era Penjajahan Inggeris: Sistem Pemerintahan Sistem Pendidikan Sistem Perundangan

Sumbangan Perancangan Bandar

Bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa Pemahaman tentang ilmu geografi, kesenian, dan matematik sangat diperlukan Berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaaan membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segiempat / jalanraya yang lurus Batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan dengan suhu yangtinggi Sifat keterbukaan Mendapat manfaat dari segi pertukaran teknologi Pengaruh luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan

Kemunculan Tamadun Jepun

Kedudukan Geografi terdiri daripada 6.852 pulau yang membentuk segugusan kepulauan. Pulau-pulau utama terdiri daripada Hokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku dan Kyushu.

Pengasas Didirikan oleh Maharaja Jimmu pada abad ke-7 SM.

Sebagian besar bergunung-ganang

pulau

di

Jepun

Dikenali sebagai Tanah Matahari Terbit

Tahap perkembangan Zaman Awal/Prasejarah Zaman Jomon (800-300 s.m.) merujuk kepada sejenis tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat peralatan Zaman Yayoi Sumbangan : berlaku perubahan dalam pertanian penanaman padi. Berlaku penciptaan saliran, pembuatan alatan logam, pemilihan tanah sesuai untuk pertanian, penyimpanan makanan dan penentuan musim.

Zaman Feudal dan Pertengahan Bermula pada zaman pemerintahan Kamakura (1185-1338 s.m.) Diperkenalkan oleh Yoritomo. - wujudnya pemilikan tanah dan ladang-ladang oleh individu. - Tuan-tuan tanah ini dikenali sebagai syo dan mereka berhak memungut cukai dan hasil daripada ladang. Kesannya: kuasa Maharaja telah berpindah kepada tuan-tuan tanah tersebut. Muncul golongan samurai/buke yang amat ditakuti oleh rakyat. Golongan buke ini pula patuh kepada shogun yang berkuasa kuasa Maharaja disingkirkan dan pemerintahan dikuasai oleh para shogun

c. Zaman Moden

Kedatangan Komodor Matthew Perry dan "Kapal Hitam" Angkatan Laut Amerika Sy memaksa Jepun untuk membuka diri terhadap Dunia Barat melalui Persetujuan Kanagawa

Kemunculan Tamadun Eropah

Tahap perkembangan: Zaman Pertengahan Awal (Zaman Gelap) mengalami kemerosotan ilmu pengetahuan, perdagangan dan penbandaran tiada pusat pentadbiran yang berkesan. Dunai islam pada masa ini sangat mantap, oleh itu Eropah mengambil ilmu daripada dunia Islam. empayar Rom barat (kuasa pusat) runtuh, maka muncullah golongan baron (tuan tanah).

Kedudukan Geografi sebuah benua yang berada antara Lautan Atlantik di barat, Laut Artik di utara, Pergunungan Ural dan Sungai Ural di timur, Laut Kaspia, pergunungan Caucasan dan Laut Hitam di Tenggara, dan Laut Mediterranean di selatan. Dari segi keluasan ialah 10, 400, 000 km2

Zaman Kemuncak Pertengahan - Gereja menjadi institusi yang universal dan ejen penyatuan. - Perubahan ekonomi berlaku kerana pertambahan penduduk, peningkatan pertanian dan kemunculan perdagangan. - Muncul bandar seperti Venice, Milan. - Lahir kelas pertengahan seperti artisan, pedagang. - Status sosial ditentukan oleh kekayaan dan bukan pemilikan tanah. - Wujud institusi politik seperti parlimen. Zaman Pertengahan Akhir (Zaman Renaissance ) Politik Muncul monarki baru yang berasaskan kekuatan kerajaan pusat diperkukuhkan lagi dengan amalan bayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat. Ekonomi Aktiviti sara diri pupus, sebaliknya perdagangan meluas. Mereka mula menjelajah dan maju dalam bidang ilmu seperti matematik, geografi, astronomi. Sosial Berlaku perubahan pemikiran - lebih berani menzahirkan emosi dan keinginan mereka maka lahirlah muzik, lukisan, ukiran dan membentuk budaya Pemikiran logik, sainstifik, falsafah dan metafizik melahirkan manusia yang menggunakan minda untuk memajukan manusia.

Tamadun china terletak di Lembah Hwang Ho (Sungai Kuning) dan meluas hingga ke bahagian selatan China pada 4000-2000 S.M. Salah satu bangsa yang mencapai peradaban paling awal Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin (221 S.M. 206 S.M.) Mencapai kegemilangan dalam bidang pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral, penciptaan dan sains Raja China pertama Shih Huang Ti (2697 S.M.) Pemimpin yang berwibawa dan terkuat (gelaran Maharaja Kuning). Beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbantuk sebuah empayar. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman empayar merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat. Muncul kegiatan ekonomi yang lebih sempurna

Terdapat 4 tahap perkembangan 1) Zaman Pembinaan Dinasti Hsia Bermula dengan dinasti Hsia (2205- 1766 S.M.) Dinasti Hsia dibina oleh Raja Yu iaitu pemeritahan mistik dan penaung kepada pertanian.

Dinasti Shang (1766-1122S.M)

Raja mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh golongan bangsawan yang bertanggungjawab menjalankan pentadbiran di peringkat daerah.

Dinasti Chou Dipimpin oleh Chou Hsin Meletakkan ketua-ketua tentera sebagai pembesar-pembesar wilayah. Memperkenalkan konsep anak syurga dan mandat dari syurga Raja sebagai wakil dari langit yang diberi kuasa oleh tuhan untuk memrintah bumi Lahir ahli falsafah seperti Lao-tze, Kung Fu-tze dan Mencius.

2) Zaman keagungan Dinasti Han Diasaskan oleh Liu Pang yang menggunakan gelaran han Kao Ti Pencapaian agung dalam bidang pentadbiran iaitu mengamalkan sistem berpusat. Wu Ti menetapkan falsafah Konfusian sebagai falsafah rasmi Meluaskan empayar ke barat hingga ke Yunnan , ke barat daya hingga ke Kweichew Membahagikan tanah supaya semua keluarga memilikinya

Dinasti Sui Maharaja Wen Ti menyatukan empayar semula dan membina empayar Sui Menjalankan dasar-dasar menetapkan sistem pelantikan pegawai berdasarkan peperiksaan Terusan besar dibina untuk melengkapi pengangkutan utara-selatan. Menjalankan penindasan ke atas rakyat menimbulkan pemberontakan

Dinasti Tang Diperintah oleh Tang Tai Tsung Mempratikkan pendidikan dalam pemerintahan Menewaskan orang Mughal dan menakluki Turki timur Meletakkan ketua-ketua bangsa asing di dalam pentadbiran Sistem banci dan kerahan dipulihkan semula Zaman keemasan dalam bidang kesusasteraan cina

3) Zaman Peralihan Dinati Sung Dikuasai oleh orang Monggol Maharaja Tai Tsu Memusatkan kuasa kepada Maharaja dan memrintah secara dictator Monarki Maharaja mengawal secara langsung dari segi ketenteraan

Tamadun India Tamadun India adalah merupakan salah sebuahtamadun besar dunia yang telah banyak memberipengaruh kepada peradaban tamadun selepasnya. Peradaban Lembah Indus merupakan permulaan kepada perkembangan tamadun India, bermula daripada zaman prasejarah seterusnya sehinggalahkepada perkembangan Islam di India dan akhirnya berlaku penjajahan Barat ke atas India. Fokus utama perbincangan tajuk ini adalah ditumpukan kepada peradaban lembah Indus iaitu Harappa dan Mohenjodaro

Kedudukan Geografi India boleh dibahagikan kepada dua bahagian : - India Utara - India Selatan Sempadan : - Pergunungan Vindhya mmenjadi sempadan yang memisahkan India Utara dan India Selatan. Keluasan : - India Utara hingga ke kawasan Himalaya di utara - India Selatan meluas dari Sungai Tapti di Pergunungan Vindhya hingga ke Cape Comorin. Faktor bentuk muka bumi (geografi) di India telah menyebabkan perkembangan dua kebudayaan yang agak berbeza antara penduduk India Utara dan India Selatan. Ia berbeza dari rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya serta amalan keagamaan. Masyarakat di India Utara secara keseluruhan dikenali sebagai Indo-Aryan. Masyarakat India Selatan pula dikenali sebagai Dravida.

Bahasa Bahasa Sanskrit menjadi bahasa dasar bagi Indo-Aryan Bahasa Tamil pula menjadi bahasa bagi Dravida Terdapat dua lagi golongan masyarakat lain, iaitu : a. Golongan masyarakat asli yang tinggal di kawasan hutan dan pergunugan. Bahasa dan budaya mereka berbeza jika dibandingkan dengan yang lain. Mereka termasuklah kaum Mundas, Bhil dan Khol. b. Golongan masyarakat yang memiliki ciri-ciri fizikal orang Mongolia Menetap di kawasan kaki gunung Himalaya dan pergunungan Assam. Kaum Gurka, Bhutiya dan Khasi adalah termasuk dalam golongan ini.

Kedua-dua kumpulan yang terakhir ini, dipercayai berketurunan dari zaman Batu Baharu (Neolithic Age).

Agama Menyembah Dewa Shiva dan Dewi Ibu. Patung proto Siva & dancing girl: - Patung tiga tanduk yang menandakan tiga fungsi Tuhan iaitu penciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan dalam aliran Saivisme Patung The Mothers Goddess ialah Patung Dewi - Ibu sebagai lambang bahawa lelaki dan wanita sama taraf pada zaman tamadun Indus. Ekonomi Pertanian dan penternakan Pekerjaan baharu:- nelayan, dobi, penggunting rambut, penjual daging, tukang batu berlian, anyam bakul, Pendapatan pengurusan pentadbiran kerajaan - Cukai dikenakan seperti cukai tanah, cukai rumah, kedai dan air. - Pedagang yang merantau dikehendaki membayar cukai kepada Antapala (pengawal tol) Barangan yang diimport dikenakan cukai 1/20 daripada harga barang bagi barang keperluan asas dan 1/5 daripada harga barang yang lain. Perdagangan meluas dan terdapat pelabuhan penting seperti Bhrgukaccha dan Tamralipti. Pernigaan logam seperti bijih timah, besi, perak, emas dan tembaga. Besi dieksport ke Rumawi.

SEJARAH RINGKAS DALAM TAMADUN INDIA 1) Zaman Sejarah Awal (1500S.M.) Zaman Vedik (1500 S.M-500 S.M) Zaman Vedik Kedua/Terkemudian (600 S.M-320 S.M) Empayar Maurya (321 S.M- 185 S.M) Kemerosotan Empayar / Zaman Serangan Luar (200 S.M-300 M) Empayar Gupta (300 M-600 M) Zaman Sangam Zaman Pallava (600 M-900 M) Zaman Chola (850 M-1200 M) 2) ZAMAN PERTENGAHAN/ ZAMAN MUSLIM (1000 M-1756 M) Kerajaan-kerajaan Islam yang dibangunkan di India: Dinasti Hamba (Kesultanan Delhi) (1206 M-1290M) Dinasti Khilji (1290 M-1320 M) Dinasti Tughluq (1320 M-1412 M) Dinasti Sayyid (1412 M 1450 M) Dinasti Lodi (1451 M-1526 M) Dinasti Babur / Mughal (1526 M-1707 M) 3) ZAMAN MODEN / ZAMAN PENJAJAHAN BARAT (1750 M-1947 M)

Era Penjajahan Inggeris: Sistem Pemerintahan Sistem Pendidikan Sistem Perundangan FAKTOR KELAHIRAN TAMADUN INDIA _FAKTOR SEJARAH _ FAKTOR PANDANGAN SEMESTA _ FAKTOR NILAI DAN BUDAYA FAKTOR SEJARAH Tamadun awal India adalah sukar untuk dikenal pasti kerana kurang bukti mengenai bahan-bahan arkeologi/kaji purba mengenainya. Hanya terdapat beberapa jenis batu kuarzitditemui di beberapa kawasan di India seperti di daerah Chingleput (Madras), daerah Banda (Agra) 5.1 ZAMAN AWAL Zaman Awal mempunyai beberapa kompenan kecil yang saling berkaitan antara satu sama lain. Zaman Prasejarah (100 000 S.M-1000S.M) 1) Zaman Batu Awal (Paleolitik) wujud 400 000 S.M) Kegiatan ekonomi : pemburuan & mengumpul bahan makanan di tepi sungai (masih primitif ) berpindah randah. Pada zaman ini, golongan ini dikenali sebagai Negrito. 2) Zaman Mesolitik iaitu Zaman Batu Pertengahan (100 000 S.M-10 000 S.M) Kegiatan ekonomi pertanian dan penternakan, wujud konsep kepercayaan tentang kehidupan selepas kematian dan keinginan untuk berhias diri. 3) Zaman Neolitik Zaman Batu Baru (10,000 S.M-6000 S.M) berlaku perkembangan tamadun dalam sektor ekonomi, pembinaan dan budaya. Sektor pertanian- menanam jagung dan buah-buahan, perternakan seperti kambing dan lembu. Peralatan pertanian seperti kapak, parang dan alat untuk bercucuk tanam yang dibuat daripada batu dan kayu. Mereka juga diajar tentang pembuatan besi. Seterusnya gangsa digunakan sebagai sesuatu peralatan oleh masyarakat pada ketika itu 5.2 Zaman Proto Sejarah (3000 1500S.M.) Tamadun Lembah Indus : Tamadun Harappa Tamadun Mohenjodaro Harappa (di daerah Montgomery, Punjab) : terletak di tebing sungai Ravi dan Punjab, keluasannya 20 ribu batu persegi, meliputi 950 batu dan 35 tapak penempatan. 5.2.1 TAMADUN LEMBAH INDUS _ Penemuan-penemuan tinggalan arkeologi di kawasan Harappa yang bermula pada tahun 1872 dan di Mohenjodaro (di daerah Larkana, Sind, Pakistan) 20 pada tahun 1921 menunjukkan masyarakat Lembah

Indus telah mencapai satu tahap tamadun yang tinggi termasuk dalam bidang pertanian, pertukangan dan organisasi. Di Mesopotamia, dijumpai barang-barang buatan Harappa (2400SM-2300SM) dan ini membuktikan terdapat perdagangan antarabangsa berlaku antara 21 dua kawasan peradaban tersebut. _ Export bijiran dan kapas keMesopotamia (Sumeria) _ Barangan lain : emas, perak, barangan perhiasan Masyarakat Lembah Indus menjadikan aktiviti pertanian dan penternakan sebagai aktiviti utama. _ Sungai Indus sebagai sumber dan nadi 22 kerana hasil pertaniannya. _Pertanian : kapas, gandum, barli, kacang dan bijan. Pengairan : teknologi bawah tanah tanah, kincir angin dan terusan dibina untuk tujuan pertanian. 23 _Penternakan : kambing, biri-biri dan seladang - sumber makanan, dll. _Pembuatan pinggan mangkuk dan barangan perhiasan 5.2.2 CIRI-CIRI PERADABAN LEMBAH INDUS _ Penemuan arkelogi di Mohenjodaro menunjukkan ia juga adalah kawasan petempatan penduduk kota yang tersusun dan sistematik. 24 Bukti kemajuan penduduk di kawasan ini : _ Kawasan permandian yang luas _ Bangunan-bangunan yang seragam dan tersusun _ Gudang-gudang yang besar bagi menyimpan bijirin _ Sistem perparitan yang tertutup di sepanjang jalan dan lain-lain lagi. Bangunan-bangunan serta dinding kota sama ada di

Harappa ataupun Mohenjodaro serta tempat-tempat lain yang dibina dengan batu-bata yang sama saiz dan berat. _ Sistem perancangan, sistem pengaliran dan 25 pembinaan longkang juga menandakan pencapaian yang baik _ Longkang-longkang dibina selari dengan jalan raya. _ Ini merupakan longkang-longkang tertutup di tengahtengah jalan raya utama merupakan suatu kecekapan perancangan yang maju. Air buangan dari rumah dialirkan ke longkang besar menerusi longkang kecil yang juga tertutup dengan tutupan-tutupan yang diperbuat daripada sejenis tanah. _ Sistem longkang yang tertutup juga menjamin 26 kesihatan kerana air kotor dialirkan keluar tanpa terdedah kepada penduduk. _ Setiap rumah, terdapat perigi bagi tujuan mendapatkan air. Ini menunjukkan bahawa penduduk di Lembah Indus mementingkan kebersihan. Mengenai perancangan bandar, kota-kota ini mempunyai jalan yang lebar dan lurus digunakan untuk trafik beroda dan pejalan kaki Jalan-jalan ini pula mengandungi lorong yang penuh sesak 27 _ dengan rumah _ Jalan-jalan utama di bandar Mohenjo-Daro berukuran 10 meter lebar. _ Ia dihubungi oleh lorong-lorong yang berukuran 2.1 meter lebar. _ Setiap bahagian kawasan perumahan boleh dihubungi melalui jalan-jalan kecil yang berukuran 1.5 - 3 meter lebar. Antara struktur binaan yang unik ialah binaaan kolam permandian The Great Bath yang berukuran : _ 11.9 meter panjang _ 7 meter lebar 28 _ 2.4 meter dalam Di kedua-dua belah kolam permandian ini, terdapat tangga yang berukuran 2.4 meter lebar. Juga terdapat

serambi disekelilingnya. Bahagian dasar kolam dibina daripada batu dan disadur dengan bitumen bagi menahan air. _ Air kolam ini boleh dikosongkan dan diisi semula. 29 _ Ini menunjukkan satu kemajuan dalam pembinaan sudah dicapai lebih kurang 5000 tahun dahulu lagi Benteng-benteng pengawal banjir yang tingginya 13.1 meter. _ Kemajuan dalam bidang kegiatan ekonomi yang bercorak pertanian juga dapat dikesan dengan 30 penemuan sebuah gudang menyimpan bijirin yang besar. _ Ini menandakan penduduknya menjalankan aktiviti pertanian secara meluas sehinggakan mereka memerlukan gudang yang besar untuk menyimpan bijirin. Aspek kepercayaan politheistik: _ Menyembah Dewa Shiva dan Dewi Ibu. Bukti arkeologi tentang kepercayaan tersebut: 31 _ Patung proto Siva & dancing girl _ Patung tiga tanduk = tiga tuhan aliran Saivisme _ Patung The Mothers Goddess ialah Patung Dewi Ibu sebagai lambang bahawa lelaki dan wanita sama taraf pada zaman tamadun Indus. 5.3 ZAMAN SEJARAH AWAL _ 5.3.1 ZAMAN VEDIK (1500 S.M-500 S.M) _ Penghijrahan masuk mereka yang digelar sebagai bangsa Aryan iaitu bangsa yang berbeza dengan pembina Tamadun Indus (bangsa Dravidia). 34 _ Kehadiran mereka menyebabkan tamadun Indus menemui kehancuran. _ Asal-usul orang Aryan dapat dikesan di kawasan-kawasan antara Poland dan Asia Tengah. Kekurangan kawasan rumput bagi ternakan mereka mendorong bangsa ini untuk bermigrasi ke utara, barat dan selatan. Sebahagian dari kumpulan yang datang ke kawasan Iran dan Iraq meneruskan migrasi sampai ke benua kecil India.

Kedatangan mereka tidak berlaku serentak tetapi berselang-seli dan dalam masa inilah berlaku 35 pertembungan budaya dengan penduduk tempatan yang melahirkan satu budaya baru iaitu budaya IndoAryan. Asas politik orang Arya : Keluarga diketuai oleh grihaspati (ketua keluarga) _ Kampung diketuai oleh gramania (ketua kampung) 36 _ Bahagian diketuai oleh Vishapati (ketua bahagian) _ Beberapa bahagian diketuai oleh raja _ Kuasa raja dikawal oleh Sabha dan Samriti Kesan dari penghijrahan ini menyebabkan masyarakat nomadik mula menjalankan kehidupan 37 secara menetap dan yang lebih penting lagi mereka telah mula membentuk kehidupan yang tidak berasaskan kepada peperangan. Orang-orang Aryan telah mencipta teks-teks agama atau Veda-veda dan kitab yang terawal ialah Rig Veda. _ Rig Veda terkenal di dalamnya mengandungi penceritaan mengenai politik, sosial, ekonomi dan agama 38 _ Walaupun terdapat interaksi dengan penduduk tempatan namun kesepaduan antara kedua kelompok ini tidak pernah wujud, sebaliknya mereka memisah-misahkan kelompok mereka berdasarkan perbezaan warna kulit dan ciri fizikal yang lain. Peradaban Indo-Aryan banyak menyumbangkan elemen-elemen spiritual terutamanya dalam 39 konteks kepercayaan dan amalan keagamaan.

5.3.3 EMPAYAR MAURYA (321 SM-185 SM) _ Pengasasnya ialah Chandragupta Maurya yang berasal dari puak Moriya. 40 _ Kemunculan Dinasti Maurya telah mambawa satu perkembangan baru dalam sejarah Tamadun India di mana ia telah memulakan sistem pemerintahan bercorak empayar. Dinasti ini mencapai kegemilangan dalam banyak bidang termasuklah keagamaan apabila agama Buddha dan Jainism menjadi anutan utama termasuk 41 oleh golongan pemerintah serta penguasaan wilayah yang dilakukan pemerintahnya seperti Chandragupta dan Asoka dan pengembangan agama Buddha ke luar rantau seperti China dan Asia Tenggara. Penaklukan Kalinga penting dalam sejarah Maurya kerana kemusnahan yang berlaku di dalam peperangan ini 42 menimbulkan kesedihan kepada Asoka Piyadassi sehingga baginda memeluk agama Buddha yang menekankan ahimsa (tidak melakukan kekejaman). Asoka mengadakan hubungan yang luas dengan dunia luar seperti Syria, Mesir dan Eropah Timur. _ Di zaman ini juga muncul kitab Arthasastra iaitu 43 teks tentang kerajaan dan ekonomi yang disusun oleh Kautalya (penasihat Chandragupta). Kitab ini kemudiannya menjadi karya klasik yang amat dihormati.

1. 2.

Asas kecemerlangan Tamadun Indus terdahulu yg musnah oleh orang Aryan. Tahap baru dikenali Zaman Vedik asal dari kitab Veda lahir agama Hindu. Beralih di Lembah Ganges.

3. 4.

Pemerintah oleh Raja. Dua kerajaan Janapada ( kerajaan kecil ) dan Mahapada ( kerajaan besar ) Chadradupta Maurya satukan kerajaan kecil. 321 sm wujud empayar pertama Dinasti Maurya. Kemuncaknya dalam pemerintahan Asoka.

TAMADUN JEPUN Pendahuluan Jepun juga dikenali sebagai Nippon atau Nihon yang bermaksud Tanah Matahari Terbit. Jepun terdiri dari 4 buah pulau utama iaitu: a. Honshu b. Hokkaido c. Kyushu d. Shikoku - Sejarah ketamadunan Jepun dapat dibahgikan kepada: a. Zaman Awal b. Zaman feudal dan pertengahan c. Zaman Moden a. Zaman Awal - Zaman awal ini dipanggil sebagai Jomon (800-300 s.m.)Jomon merujuk kepada sejenis tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat peralatan. - Manusia zaman ini hidup secara nomad dan primitive. Menggunakan peralatan batu dan tanah liat, berburu, menangkap ikan, binatang liar sebagai pekerjaan. - Zaman kedua ialah Zaman Yayoi zaman perkembangan tamadun tahap kedua. Berlaku perubahan dalam pertanian penanaman padi. Berlaku penciptaan saliran, pembuatan alatan logam, pemilihan tanah sesuai untuk pertanian, penyimpanan makanan dan penentuan musim. - Kekayaan dan kemewahan mula dikecapi bermula pengumpulan harta kekayaan, kekuasaan dan pengaruh. - Muncul puak yang paling berpengaruh puak Yamatomo (menyembah Dewi Amateresu-Omikami Dewi Matahari).

b. Zaman Feudal dan Pertengahan - Bermula pada zaman pemerintahan Kamakura (1185-1338 s.m.) - Sistem feudal bermula apabila wujudnya pemilikan tanah dan ladang-ladang oleh individu. Pemilikan tanah dan ladang-ladang secara persendirian ini pula terlepas dari kawalan pihak kerajaan. - Tuan-tuan tanah ini dikenali sebagai syo dan mereka berhak memungut cukai dan hasil daripada ladang. Kesannya kuasa Maharaja telah berpindah kepada tuan-tuan tanah tersebut. - Muncul golongan samurai/buke yang amat ditakuti oleh rakyat. Golongan buke ini pula patuh kepada shogun yang berkuasa iaitu Keshogunan Kamakura. - Dalam sejarah Jepun, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem feudal ialah Yoritomo. Melalui sistem ini dilantik buke yang berperanan memungut cukai dari syo (tuan tanah). Pegawai-pegawai yang dilantik memberi kesetiaan penuh kepada Shogun. Inilah yang berlaku pada zaman feudal sejak tahun 16001868 di mana kuasa Maharaja disingkirkan dan pemerintahan dikuasai oleh para shogun yang mengamalkan sistem feudal. KRONOLOGI ZAMAN FEUDAL DI JEPUN Zaman Kamakura Keluarga Fujiwara Keluarga Taira Keluarga Minamoto Tentera Hojo Maharaja Go Daigo Ashikaga Takauji

Sengoku Jidai Shogun Tokugawa

You might also like