Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Munn (1969) menyatakan bahawa persekitaran ialah kuasa luaran yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.

Persekitaran merujuk kepada pengalaman kanak-kanak ketika berinteraksi dengan seseorang individu baik di rumah , sekolah atau masyarakat.

Faktor persekitaran dalam mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan ini boleh dilihat sebelum ( prenatal ) dan selepas kelahiran ( postnatal ).

Pengawasan terhadap perkembangan bayi semasa peringkat prental adalah sangat penting .

Mohd Sharani Ahmad ( 2007 ) menyatakan 80% bayi yang lahir cacat disebabkan faktor persekitran.

Bayi da dalam kandungan sekurang-kurangnya memerlukan dua jenis perlindungan .

Pertama, cecair amniotik yang melindungi fetus daripada mengalami kecederaan fizikal.

Kedua, sempadan plasenta yang melindungi bayi dimasuki bendasing yang menyebabkan kecacatan bentuk pada janin mahupun tingkah laku dan kecerdasan otak.

Bagi

memastikan perkembangan janin yang sihat, seorang ibu

seharusnya menjaga kesihatan dengan baik.


Antaranya :

Pemakanan ibu

Ibu yang sedang hamil harus menerima set makanan yang seimbang bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.
Digalakkan untuk meminium air yang banyak dan pengambilan vitamin tambahan

Tugas utama adalah sentiasa mengikut rutin pemeriksaan yang ditetapkan oleh doktor atau petugas kesihatan yang lain sepanjang tempoh kehamilan itu.

Kesihatan ibu

Mengelakkan diri daripada terdedah kepada sinaran x-ray yang berlebihan kerana sinaran ini akan memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.

Bersenam dan melakukan aktiviti yang ringan sepanjang proses kehamilan.

Mengelakkan diri daripada mengambil dadah , merokok dan meminum minuman keras.

Gaya hidup ibu


Emosi ibu perlu stabil, tenang dan sentiasa gembira untuk menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga. Sentiasa berfikir tentang perkara yang positif dan aktiviti yang boleh membangkitkan semangat sebagai cara untuk mengatasi kebimbangan ,kerisauan

Usia ibu yang sesuai untuk melahirkan anak yang sihat adalah antara 24 hingga 40 tahun.

Umur ibu

Ibu muda atau lanjut usia, berisika tinggi melahirkan anak Sindrom Down atau darjah kecerdasan yang rendah.

You might also like