Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

MATAPELAJARAN:

KAJIAN TEMPATAN
TAJUK:

Bentuk Muka Bumi dan Kepentingannya

NAMA GURU: PUAN HASISAH BACHO NAMA MURID : MOHAMAD RIZMAN BIN MOHD JAMLIN KELAS: 5D (DINAMIK)

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN BIODATA BENTUK MUKA BUMI MALAYSIA TANAH TINGGI KEPENTINGAN TANAH TINGGI TANAH PAMAH KEPENTINGAN TANAH PAMAH PINGGIR LAUT KEPENTINGAN PINGGIR LAUT RUMUSAN RUJUKAN PENUTUP RUJUKAN

01 02 03 03 - 04 05 06 07 08 09 - 11 12 13 14 15

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin, limpah dan kurnia Nya jua saya diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru matapelajaran Kajian Tempatan saya iaitu Pn. Hasisah Bacho kerana bimbingan serta tunjuk ajar beliau sedikit sebanyak menjadi pelengkap maklumat dalam tugasan ini. Bentuk Muka Bumi dan Kepentingannya, merupakan tajuk tugasan yang telah diberi. Maka besarlah harapan saya agar tugasan yang dihasilkan ini dapat menjadi satu bahan rujukan yang berguna kepada sesiapa sahaja yang membacanya dan tak lupa ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli keluarga saya serta rakan-rakan yang mahu berkongsi maklumat dalam menyiapkan tugasan ini. Wassalam....

MOHAMAD RIZMAN B. MOHD.JAMLIN SK.TANJONG BATU,TAWAU

BIODATA SAYA

NAMA TARIKH LAHIR UMUR SUKU SEKOLAH HOBI M. KEGEMARAN M. KEGEMARAN

: MOHAMMAD RIZMAN BIN MOHD JAMLIN : 02 HB JULAI 2002 : 11 TAHUN : BISAYA : SK. TANJONG BATU DARAT, TAWAU : BERMAIN KOMPUTER : NASI PATAYA : HORLICKS

BENTUK MUKA BUMI MALAYSIA

Malaysia terdiri daripada pelbagai bentuk muka bumi, iaitu: tanah tinggi Tanah pamah lembangan dan pinggir laut

(A) TANAH TINGGI

Tanah tinggi terbentuk daripada gunung lipat tua.Kawasan in i sangat tabil kerana tiada kejadian gempa bumi.Terbentuk daripada batu granit dan batu kapur kebanyakannya terletak dibahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan

Sarawak.Kedudukan tanah tinggi paling luas di utara dan menganjur serta meruncing ke arah selatan.
3

Tanah tinggi utama di Malaysia ialah:i) Banjaran Bintang


Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Bintang Menjadi legeh bagi sungai Perak dan sungai Kinta

ii) Banjaran Titiwangsa


Banjaran yang terpanjang di Semenanjung Malaysia Menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Korbu(2 182m) Penting sebagai tapak bina stesen hidroelektirk Mempunyai pusat-pusat peranginan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan TanahTinggi Cameron
4

iii) Banjaran Tahan


Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190m)

iv)Banjaran Crocker

Banjaran yang tertinggi di Sabah Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu

Kawasan tanah tinggi di Malaysia terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak.

KEPENTINGAN KAWASAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA a) Pusat pelancongan - suhu yang sederhana menarik pelancong seperti Tanah Tinggi Cameron.

b) Kawasan tadahan air

- menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa.

c) Sumber kayu balak - diliputi oleh hutan hujan tropika yang membekalkan kayu-kayu yang berharga seperti keruing dan Meranti.

d) Pusat jana kuasa hidroelektrik - sesuai dijadikan tapak bina stesen hidroelektrik kerana banyak sungai yang beraliran deras.

e) Kawasan pertanian - iklim yang sederhana menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana.

(B) TANAH PAMAH

Kawasan tanah pamah di Malaysia terletak di lembah sungai dan berhampiran dengan laut.Ketinggiannya kurang daripada 200 m.Kebanyakannya diliputi oleh tanih aluvium.

Tanah pamah utama ialah :(a) Dataran Kedah - Perlis


Diliputi tanih aluvium Berpenduduk padat Penting untuk penanaman padi

(b) Dataran Johor


Beralun dan berbukit-bukau Mempunyai hutan paya Ditanami dengan kelapa sawit, nanas dan getah

(c) Delta Kelantan


Diliputi tanih aluvium Penting untuk penanaman padi

(d) Delta Rajang


Diliputi tanih aluvium Penting untuk penanaman padi

KEPENTINGAN KAWASAN TANAH PAMAH DI MALAYSIA

a) Kawasan pertanian Diliputi tanih aluvium, penting untuk padi Bersaliran baik sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit

b) Kawasan perlombongan Timah aluvium banyak di lombong di Lembah Kinta

c) Tapak petempatan Menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti di Lembah Klang

d) Kawasan perindustrian Kebanyakan kilang-kilang dimajukan di kawasan tanah pamah seperti di Lembah Klang

e) Jaringan pengangkutan dan perhubungan Tanah pamah memudahkan pembinaan jaringan pengangkutan
7

(C) PINGGIR LAUT

Selain daripada Tanah Tinggi dan Tanah Pamah Malaysia juga dikelilingi oleh Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Sulawesi, dan Laut Sulu yang terletak kerana terletak di Pentas Sunda.Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kirakira 4800km dan mempunyai pelbagai ciri bentuk muka bumi pinggir pantai.

KEPENTINGAN KAWASAN PINGGIR LAUT DI MALAYSIA a) Pantai Berpasir Kawasan pelancongan dan perkelahan Kawasan penanaman kelapa Contoh: Port Dickson (Negeri Sembilan), Pantai Cahaya Bulan (Kelantan), Batu Ferringhi (Pulau Pinang)

b) Pantai Berlumpur Membekalkan sumber kayu bakau. Tempat pembiakan hidupan laut. Contoh: Sekitar muara Sungai Perak (Perak), Muara Sungai Rajang (Sarawak)

c) Pulau Kawasan pelancongan. Pelabuhan perikanan Pelabuhan antarabangsa Contoh: Pulau Langkawi (Kedah), Pulau Tioman (Pahang), Pulau Redang (Terengganu) dan Pulau Gaya (Sabah).

d) Tanjung Kawasan rekreasi dan pelanconan Contoh: Tanjung Bidara (Melaka), Tanjung Dawai (Kedah), Tanjung Datu (Sarawak)

e) Teluk Petempatan nelayan Tapak pelabuhan. Kawasan perikanan kawasan perkelahan Contoh: Teluk Kemang (Negeri Sembilan), Teluk Ramunia (Johor), Teluk Kimanis (Sabah)

10

f) Tebing Tinggi Kawasan rekreasi dan pelancongan. Tapak rumah api Contoh: Tebing Tinggi Kudat (Sabah) , Tebing Tinggi Tanjung Bungah (Pulau Pinang)

g) Pentas Benua Kawasan perikanan. Kawasan perlombongan petroleum dan gas asli Contoh: Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

11

Rumusan Kesimpulannya, saya berasa bangga menjadikan warganegara Malaysia kerana Negara kita dianugerahi bentuk muka bumi yang mempunyai pelbagai sumber alam. Setelah membuat kajian ini saya dapat merasai dan menghayati kepentingan ekonomi yang dijalankan terhadap pembangunan Negara. Saya juga dapat mengetahui kegiatan ekonomi di kawasan setempat yang memberi sumbangan kepada Negara. Akhir kata, saya berharap kawasan yang saya duduki akan lebih maju dan pesat pada masa hadapan.

12

Rujukan

Roslan Bin Yatim, S. A. (2006). Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Jamil bin Mohammad, (2004). Geografi Tingkatan 3, Johore Central Store Sdn. Bhd. Khaw Ah Seng, (2007). Success Geografi PMR, Oxford Fajar Sdn. Bhd. www.scribd.com www.googlemaps.com

13

You might also like