Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA.

Sejarah Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurangupaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanakkanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya)bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran. Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan PendidikanKhas 1. Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailandyang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upayamenuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. 2. Pada tahun 1959, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin . Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid murid yang kurang upaya. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan PendidikanKhas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masingmasing mengenai kanak kanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripadaKementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan: Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehinggamereka berumur 19 tahun.

41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan: (a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan muridyang menerima pendidikan khas; (b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas; (c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagipendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan (d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagimaksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khasyang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendahatau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat. .Jabatan Pendidikan Khas Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang KetuaPenolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan Jabatan in imenjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas. Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf JabatanPendidikan Khas ialah untuk: Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan keperluan Khas

Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.

Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi kepada tiga bahagian dan satu unit: (a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar - Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas. (b) Bahagian Pengurusan Sekolah Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan menyelaras kurikulum dan kokurikum. (c) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru dan memberi khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat disamping merancang, mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille). (d) Unit Pengurusan Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik.
Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan 1. Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. 2. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempohpelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia, Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah penglihatan dan 25 sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran .Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbanding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah

pendengaran. Terdapat kira kira 99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatanberbanding dengan 531 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran di seluruh negara. Secara umum, pada tahun 2002 daripada jumlah pelajar yang mengikuti program pendidikan khas yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70% terdiri daripada pelajar bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pendengarandan 5% bermasalah penglihatan. Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas Setakat ini kita perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usaha KementerianPendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas. Selain Kementerian Pendidikan,pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (NonGovernmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yangterlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun. Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluankhas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 06 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yangkomited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

KERTAS KONSEPSELANGKAH KE PROGRAM INKUSIF BERKESAN : PERANAN GURU, IBUBAPA,SEKOLAH DAN PIHAK LUAR. ABSTRAK Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana merekamemasuki kelas aliran perdana, mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana danmengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak samaada yang terlibatsecara langsung dan tidak langsung.Walaupun banyak isu berbangkit namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. Objektif kertaskerja ini adalah ingin merungkai setiap satu masalah berkaitan dengan perlaksanaan programinklusif yang berkesan. Permasalahan ini banyak berkaitan dengan kekeliruan peranan yangdihadapi oleh setiap pihak dalam pendidikan inklusif. Setiap individu di sekolah perlumemainkan peranan penting bagi menjamin keberkesanan program inklusif yangdilaksanakan.Namun kekeliruan dan kekurangan maklumat tentang bidang tugas dan peranansetiap pihak menyebabkan banyak isu yang dibangkitkan. Antara isu yang sering diutarakanialah burn-out dikalangan guru aliran perdana mengajar pendidikan khas. Oleh itu kertas kerja inidiharap dapat mengupas isu apakah peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh guru, ibu bapa,sekolah dan pihak luar dalam menjayakan program inklusif yang berkesan di sekolah. PENGENALAN Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikankhas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalanmenuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orangsanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Iniadalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan programinklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.MenurutJennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut jugamempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukanakademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dankemahiran kefungsian hidup.Oleh itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan perananmereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikaninklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikaninklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka amsing- masing bagi mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak. PERANAN GURU

Peranan guru sebenarnya telah berubah secara dramatic sejak beberapa dekad ini, iaitu berubahdaripada individu yang menyampaikkan ilmu dengan pengajaran secara terus kepada fasilitator dan konsultan (Nancy Disa Turner, 2008). Ini adalah benar kerana sekarang guru bukan sahajasebagai penyampai maklumat namun melangkaui perhubungan yang lebih rumit dan mendalam.Guru menjadi bahan rujukan kepada beberapa aspek dalam kehidupan tidak kira dalam aspek pendidikan mahupun rohani.Selepas keluarga, guru merupakan salah satu pihak yang paling berpengaruh dalam pendidikan murid pendidikkan khas. Mereka berperanan sebagai sumber sokongan yang berterusan kepada ibubapa( Eitan, Rachel & Zohar 2009). Ini adalah kerana sokongan dan perhatian yang guru berikan kepada murid pendidikan khas ini membuka mata ibubapa tentangkepentingan pendidikan inklusif dan memberi sokongan moral kepada
mereka.Dalam melaksanakan pendidikan inklusif yang berkesan guru pendidikan khasmemainkan peranan penting kerana mereka perlu mempunyai pengetahuan unik sebagai amalanyang terbaik bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan konsultasi bersama guru aliran perdana (Lim Kilanowski et.al 2010). Pengetahuan dan pengalaman mereka berinteraksi dan berhubung dengan murid pendidikan khas memberikan mereka kelebihan dalam menjalinkanhubungan dengan guru aliran perdana. Mereka perlu selalu berbincang dan mendapatkan idea bagi mencari jalan penyelesaian tentang beberapa konflik pendidikan inklusif di dalam kelasaliran perdana.Pembelajaran kooperatif merupakan kaedah pembelajaran yang sinonim dengan pendidikan ink;usif. Ini disokong dengan dapatan yang dikaji oleh Lim Kilanowski et.al 2010yang menyatakan pembelajaran kooperatif merupakan model bagi amalan dalam inklusif yang paling berguna. Dalam pembelajaran kooperatif guru pendidikan khas dan guru aliran perdanaakan berkerjasama di dalam pengajaran dan pembelajaran namun mengikut gaya masing- masingdalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran.Menurut Frederickson et. al 2004 mendapati adalah satu kebiasaan dalam memaparkandefinisi kejayaan inklusif di kalangan guru

melibatkan proses inkusif. Guru mula beberapa bentuk sokongan dan program peningkatan kemahiran bagi masyarakat. Ini adalah penting bagimemastikan semua pihak yang berkenaan memndapat latihan dan pendedahan yang berterusanmengenai program inklusif yang berkesan. Guru juga memainkan peranan yang sangat pentingdalam kejayaan program inklusif (Burrack, Root et.al 1997) yang turut menyatakan ianya ada perkaitan program latihan perguruan yang mereka hadiri sebelum mula mengajar. Komitmenguru dan sekolah dalam menjayakan program inklusif adalah salah satu perkara yang paling penting dalam merealisasikannya. Ini disokong oleh Avramidis et.al 2000 yang menyatakan gurudengan sikap positif adalah disebabkan ilmu pendidikan inklusif dan pendidikan khas yangmereka perolehi semasa program latihan penguruan.Selain itu para guru juga perlu dibina secara professional dan bersedia secara psikologi,social dan sikap supaya dapat menghadapi situasi yang memerlukan mereka menyokong pendidikan inklusif dengan apa cara sekalipun (Mittler, 2000) Ini adalah penting kerana banyak karenah dalam pendidikan inklusif yang perlu mereka hadapi sepanjang karier mereka sebagaiguru inklusif. Karenah birokrasi sekolah, karenah rakan sekerja, karenah murid aliran perdana,karenah murid masalah pembelajaran dan karenah ibubapa adalah perkara yang sering terjadidalam karier sebagai guru. PERANAN IBUBAPA Mengikut Cross, Traub, Shelton et.al 2004 dalam melaksanakan program inklusif yang berkesan,ibubapa perlu : Sentiasa berfikiran positif Menjalin hubungan yang erat dengan guru Mengenalpasti program intervensi yang bersesuaian Menjalin hubungan sesame ibubapa murid khas yang lain

Berkolaborasi bersama guru khas, guru aliran perdana, pentadbir sekolah dan pihak luar. Menghadiri kursus dan latihan keibubapaan mendapatkan khidmat sokonganIbubapa perlu menjalinkan hubungan yang mantap dengan guru untuk melaksanakan intervensiyang berkesan bagi mengenalpasti keperluan pelajar dan pengubahsuaian yang berkesan.(Cross,Tranb & Shelton et.al 2004) Sebagai pihak yang paling rapat dengan murid pendidikan khas,ibubapa adalah sumber maklumat yang paling penting bagi guru bagi melaksanakan sesuatu program yang berkesan bagi murid inklusif Menurut Vito L & Valerie Valenti 2010 sebagai salah satu pihak yang bertanggungjawabdengan pendidikan anak mereka, ibubapa juga perlu diinklusifkan di mana mereka perlu terlibatdengan latihan pembangunan staff. Ini adalah relevan kerana sesuatu program inklusif sukar untuk berjaya kerana kekurangan sokongan dan penglibatan dari ibubapa. Jika ibubapa turutterlibat secara tidak langsung dengan program inklusif, maka pelajar dengan sendirinya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran inklusif
Posted by mnby75 at 18:57 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook 561 PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID AUTISTIK DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH : SATU KAJIAN KES Hjh Kamaliah Muhammad Wan Amimah Wan Mahmud Abstrak Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid-murid autistik di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data-data. Seramai dua puluh satu orang respoden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada seorang Guru Besar yang kemudiannya digantikan oleh Guru Penolong Kanan, Penyelaras Program Integrasi Pendidikan Khas Pembelajaran, tiga orang Guru Pendamping dari Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM), tiga orang guru mata pelajaran, tiga orang murid autistik dan sepuluh orang murid normal. Sekolah A merupakan sebuah sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Inklusif yang dinamakan Projek Rintis Pendekatan Inklusif Bagi Muridmurid Autistik. Seramai lapan orang murid autistik dari (NASOM) telah berjaya dimasukkan secara sepenuh masa di kelas biasa di sekolah tersebut. Istimewanya program ini ialah setiap kelas yang mempunyai murid autistik akan disertasi oleh seorang guru pendamping dari (NASOM) yang akan membantu murid-murid tersebut. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran telah diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid autistik dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan (NASOM). Dapatan kajian mendapati guru-guru kelas dan guru mata pelajaran menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping dari (NASOM) untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-murid autistik. Murid-murid ini mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir. Semua murid-murid tersebut gembira belajar di sekolah ini. Mereka boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan sekelas dan guru-guru mata pelajaran. Guru Penolong Kanan menyarankan Program Pendidikan Inklusif akan berkesan jika dirancang dengan rapi dari pihak KPM dan diimplimentasikan dengan bantuan dan pemantauan berterusan. Kata kunci: pendidikan inklusif, murid autistik, sekolah rendah Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010 562 Pendahuluan

Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik. Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Pernyataan Masalah Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran telah lebih sedekad dijalankan. Oleh itu, satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan PPI supaya ia dapat diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut. Murid-murid berkeperluan khas kategori autistik yang berupaya dalam akademik sahaja yang akan diinklusifkan dalam kelas arus perdana. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid autistik yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan PPI akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka. ( Gargiulo, R.M. 2006 ) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan muridmurid berkeperluan khas, maka satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut. Program Pendidikan Inklusif murid-murid berkeperluan khas khususnya murid kategori autistik, sedang dijalankan di sekolah rintis. Maka kajian ini dijalankan bagi melihat pelaksanaannya dan kesannya kepada murid autistik dan guru-guru yang terlibat. Objektif Kajian Objektif kajian kes ini adalah untuk meninjau pelaksanaan PPI murid-murid pendidikan khas dari kategori autistik di sebuah sekolah rendah. Objektif khusus kajian kes ini adalah untuk mengumpul maklumat-maklumat berikut: 563 1, Bagaimanakah pelaksanaan PPI bagi murid pendidikan khas kategori autistik dari segi: a. Murid autistik di kelas inklusif: 1) Ciri-ciri penempatan murid autistik di kelas inklusif 2) Ciri-ciri pemilihan murid autistik di kelas inklusif 3) Program persediaan dan bantuan yang diperlukan oleh murid autistik di kelas inklusif. 4) Kemajuan yang dapat di kesan dari murid autistik b. Guru-guru: 1) Pendedahan guru-guru mata pelajaran mengenai Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif sebelum mengajar 2) Aspek kerjasama di antara guru mata pelajaran dengan guru Pendidikan Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif 3) Amalan pengajaran guru-guru di kelas inklusif. Persoalan Kajian Kajian Kes ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalanpersoalan berikut. 1. Bagaimanakah pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif bagi murid pendidikan khas kategori autistik di Sekolah A dari segi: a. Murid autistik 1) Ciri-ciri penempatan murid autistik di kelas inklusif.

2) Ciri-ciri pemilihan murid autistik ke kelas inklusif 3) Program persediaan dan bantuan yang diperlukan olehmurid autistik. di kelas inklusif. 4) Kemajuan yang dapat di kesan dari murid autistik b. Guru-guru 1) Adakah guru-guru mata pelajaran diberi pendedahan mengenai Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif sebelum mengajar? 2) Adakah wujud kerjasama di antara guru mata pelajaran dengan guru Pendidikan Khas di dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif? 3) Apakah amalan pengajaran guru-guru di kelas inklusif? Kepentingan Kajian Hasil kajian ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihakpihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan PPI murid-murid autistik seperti Jabatan Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian. Pihak yang tersebut perlu memberikan perhatian yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan program yang lebih berkesan bagi murid autistik khasnya dan murid berkeperluan khas amnya. Di pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di sekolah pula diharapkan mendapat maklumat bagi menyediakan Program Pendidikan Inklusif yang berkesan bukan sahaja 564 kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa menerima murid autistik sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai akan membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dapat merancang dengan lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002 ) Tinjauan Literatur Kecelaruan Spektrum Autistik ( Autistic Spectrum Disorder ) Kecelaruan Spektrum Autistik lebih mudah dicirikan melalui aspek tiada perkembangan atau secara luar biasanya perkembanganya tertangguh. Autisme biasanya juga dirujuk sebagai satu gangguan yang berbentuk spektrum di mana ciricirinya boleh wujud dalam mana-mana kombinasi dan dalam keadaan keterukan yang berbeza.Sifat autistik tidak dapat dikesan pada kanak-kanak berumur antara setahun hingga dua tahun, tetapi biasanya menjadi ketara pada usia dua tahun hingga enam tahun.Mengikut Ketidakupayaan Tiga Segi Wing, individu autistik menunjukkan ketidakupayaan dalam tiga bidang, yaitu komunikasi, sosial, dan tingkah laku. Kajian Dalam Negeri Di Malaysia, tiada kajian dijalankan terhadap Program Pendidikan Inklusif murid autistik secara khusus. Ini adalah kerana tidak banyak program khusus yang menempatkan murid autistik di satu-satu PPI. Semua murid autistik ditempatkan di dalam Program Integrasi Pendidikan Khas Pembelajaran sekolah-sekolah harian biasa. Oleh yang demikian, kajian ini akan secara khusus mengkaji murid-murid autistik yang menghadiri Program Pendidikan Inklusif di sebuah sekolah rendah. Kajian Luar Negara Banyak kajian telah dibuat menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan, fizikal, terencat akal, emosi dan berpencapaian rendah dalam pelajaran tidak diterima oleh rakan sebaya mereka daripada golongan murid yang bernasib baik (Garguilo, 2006). Murid yang mempunyai masalah personaliti, pertuturan dan kecacatan ringan sering membuatkan mereka sukar diterima Begitu juga strategi yang diambil oleh guru dan pihak pentadbir sekolah dalam menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara murid normal dengan murid autistik. Sekiranya guru dapat menanamkan kefahaman yang positif kepada murid normal maka pergaulan dan penerimaan mereka juga akan lebih baik dan menimbulkan persepsi yang positif. ( Gore, 2004 ) Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.

565 Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap PPI mempunyai sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara ( Dyson dan Millward, 2000 ). D i Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas. Metologi Kajian Antara perkara yang akan dibincangkan ialah rekabentuk kajian, responden kajian, instrumen kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan data. Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah satu kajian kes yang dijalankan di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Pengkaji menggunakan gabungan kaedah kajian secara kualitatif.. Dua kaedah pungutan data telah digunakan iaitu temubual dan pemerhatian melalui senarai semak. Populasi Kajian Populasi kajian ini ialah Sekolah A iaitu sebuah sekolah rendah berenrolmen rendah di Kuala Lumpur. Sekolah A merupakan sebuah sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Inklusif yang dinamakan Projek Rintis Pendekatan Inklusif Bagi Murid-murid Autistik. Sampel Kajian Berikut adalah senarai sampel kajian ini. Jadual 3.1 Sampel Kajian di Sekolah A Bil. Sampel Bilangan (orang) 1. Guru Besar 1 2. Penyelaras Kelas Khas 1 3. Guru Mata pelajaran ( kelas inklusif) 3 4. Guru Pendamping Pendidikan Inklusif 3 5. Murid Autistik 3 JUMLAH 11 566 Instrumen Kajian Instrumen kajian kes ini adalah seperti berikut: Senarai Semak Pemerhatian Kelas Inklusif. (Lampiran A) Instrumen ini melihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi melihat bagaimanakah pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah yang dipilih. Senarai semak ini telah diubahsuai dan diadaptasi dari senarai semak Vandercook (1990) yang dipetik daripada Saravanan (1997). Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu seperti berikut: Bahagian A : Mengenai persekitaran fizikal kelas dan mengandungi 4 item Bahagian B: Mengenai aktiviti pembelajaran dan mengandungi 4 item Bahagian C: Mengenai Sosiolisasi dan Komunikasi dan mengandungi 7 item Set Temu Bual - Protokol Temu Bual Guru Besar ( Lampiran B ) - Protokol Temu Bual Guru Matapelajaran dan Guru Pendamping Pendidikan Inklusif ( Lampiran C ) - Protokol Temu Bual Guru Penyelaras Pendidikan Khas (Lampiran D) Dapatan Kajian Kajian kes ini telah mengambil sebelas orang sebagai responden dari sekolah A. Murid-muridnya terdiri daripada berbilang bangsa dan belajar dari tahun satu hingga tahun enam.Saiz kelas adalah sekitar dua puluh orang murid hingga dua puluh lima orang murid di dalam setiap kelas.Menurut Guru Besar Sekolah A, beliau bersama-sama semua Penolong Kanan telah dihubungi oleh pihak Jabatan Pendidikan Khas, KPM bagi membincangkan implementasi Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid-murid autistik dari Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society

Of Malaysia (NASOM) iaitu sebuah Organisasi Bukan Kerajaan yang menjalankan pendidikan untuk murid-murid autistik.Di pihak sekolah, mereka hanya menerima murid-murid yang telah dicalonkan oleh pihak NASOM tanpa bantahan. Sungguh pun demikian pihak sekolah telah mengemukakan satu set peraturan sekolah untuk dipatuhi oleh pihak NASOM dan ibu bapa murid-murid autisma yang terlibat. Penempatan murid-murid autistik dari NASOM ke PPI sekolah ini adalah secara inklusif penuh. Ini bermakna mereka akan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepenuh masa di dalam kelas-kelas yang terpilih bersama-sama murid normal. Ciri-ciri murid autistik yang layak mengikuti ini telah ditentukan oleh pihak NASOM. Mereka hanya memilih mereka yang menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping itu, murid-murid ini mampu untuk mengurus diri dan berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mempunyai tingkah laku yang terkawal dan tidak mempamerkan masalah tingkah laku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain. Di samping itu, tingkah laku sedemikian akan mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kelak.Paling utama ialah murid-murid tersebut mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka. Hanya ibu bapa yang 567 bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah A sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti program ini. Pihak NASOM turut mengatur program persediaan untuk murid-murid autistik yang terpilih sebelum mengikuti program ini secara sepenuh masa. Guru Penyelaras Pendidikan Khas telah memberi penerangan mengenai keadaan dan senario aktiviti pembelajaran yang akan berlaku di dalam kelas inklusif. Sebelum mengikuti program ini mereka dikehendaki melakukan lawatan ke sekolah A setiap pagi dan melihat kawasan sekolah dan bilik-bilik darjah disamping mengikuti aktiviti penilaian diagnostik dan Program Pra Inklusif selama beberapa hari. Murid-murid autistik ini telah melalui program persediaan yang terancang dan tersusun. Antara aktiviti persediaan yang telah dilakukan adalah lawatan ke sekolah A, melawat sekeliling kawasan sekolah, menghadiri majlis perhimpunan mingguan, makan bersama-sama murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan muridmurid normal sewaktu rehat, menyertai program pra inklusif di kelas PKBP dan kelas biasa Di samping itu, guru-guru kelas dan mata pelajaran telah diberitahu mengenai kehadiran murid-murid autistik tersebut di dalam kelas mereka. Di dalam kohort pertama, hanya empat buah kelas sahaja yang terlibat iaitu dua buah kelas di tahun satu dan dua buah kelas di tahun dua. Kesemua murid autistik hanya berada di kelas-kelas tahap satu sahaja. Di dalam setiap kelas telah ditempatkan dua orang murid autistik. Ini adalah bagi mengseimbangkan jumlah murid di setiap kelas yang terlibat supaya tidak membebankan guru mata pelajaran dan murid-murid normal yang belajar bersama-sama mereka. Selain daripada itu, antara persediaan sebelum program ini dilaksanakan adalah di pihak guru-guru mata pelajaran dan murid-murid normal sekolah A. Istimewanya Program Pendidikan Inklusif di sekolah ini ialah semua guru dan pentadbir telah diberikan kursus mengenai program ini secara khusus oleh pihak Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dan NASOM. Mereka telah diterangkan mengenai ciri-ciri murid autistik, bagaimana implementasi program tersebut dan bidang-bidang kuasa masingmasing. Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid autistik tersebut. Di samping itu, murid-murid normal dan warga sekolah yang lain telah diberikan penerangan oleh pihak pentadbir sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan secara formal dan tidak formal. Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa murid-murid melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru mengenai implementasi Program Pendidikan Inklusif ini. Surat-surat pemberitahuan mengenai program ini turut diedarkan kepada semua ibu bapa dan penjaga murid di sekolah A sebelum program ini dilaksanakan. Dari segi sumber bantuan pembelajaran untuk murid autistik di kelas inklusif pula, tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar yang telah dibuat oleh pihak terlibat. Tetapi yang istimewanya ialah setiap kelas inklusif akan mendapat khidmat guru pendamping dari NASOM yang bertindak sebagai guru pembantu. Ini adalah penyesuaian yang paling ketara dan berkesan bagi membantu murid-murid autistik ini semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bantuan ini di

dapati sangat diperlukan oleh murid-murid autistik ini. Setiap guru pendamping dari 568 NASOM ini akan bertanggungjawab kepada dua orang murid autistik Mereka akan sentiasa berada bersama-sama murid autistik di sepanjang waktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kemajuan yang ditunjukkan oleh murid-murid autistik ini diakui oleh kesemua guru yang terlibat. Mereka sekata menyatakan semua murid autistik telah menunjukkan perubahan sama ada dari aspek perubahan tingkah laku atau pun pencapaian akademik. Guru Penolong Kanan menerangkan bahawa tingkah laku murid-murid autistik tersebut kini sudah tidak dapat dibezakan dengan murid-murid normal. Ini dapat dibuktikan jika seorang pelawat baru datang ke sekolah tersebut pasti pelawat tersebut tidak dapat membezakan yang mana satu seorang murid autistik di dalam sesebuah bilik darjah itu. Kesimpulannya, perubahan murid-murid autistik sangat jelas selepas mereka mengikuti PPI. Semua murid autistik telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkah laku, komunikasi dan pencapaian akademik. Semua staf akademik dari guru besar, guru-guru penolong kanan hinggalah guru-guru mata pelajaran dan guru kelas Pendidikan Khas telah mendapat pendedahan mengenai PPI sebelum program ini dilaksanakan.Kursus pendedahan tiga hari dua malam tersebut telah diberikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas dan pihak NASOM. Kursus dan taklimat mengenai murid-murid autistik telah membuka minda dan memberi keyakinan kepada para guru untuk mengajar murid-murid autistik. Guru-guru mata pelajaran turut bersetuju mengenai kerjasama yang dijalin antara beliau dan guru-guru khas. Kewujudan kerjasama ini telah membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid autistik. Ia turut menggariskan skop tanggungjawab yang dibahagikan antara mereka. Kerjasama antara guru mata pelajaran dan guru pendamping NASOM jelas kelihatan di dalam bilik darjah.Mereka saling bantu membantu dan bertanya antara satu sama lain. Kesimpulannya, kerjasama yang wujud antara guru mata pelajaran dan guru pendamping telah memberi manfaat kepada semua pihak.Guru mata pelajaran mengaku bahawa dia mengajar menggunakan kaedah talk and chalk. Beliau yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu begitu yakin mengajar dan bijak menyelitkan murid autistik yang berada di dalam kelasnya di dalam sesi pengajaran. Murid autistik tersebut juga boleh dan begitu yakin berinteraksi dengan guru mata pelajaran dan rakan sekelas. Guru tersebut juga tidak nampak kekok berkomunikasi dan berinteraksi dengan muridmurid autistik dan ianya dibuat secara santai hingga tidak nampak janggal atau hanya berlakun di hadapan pengkaji yang turut berada di dalam kelas membuat pemerhatian. Dalam pemerhatian pengkaji, persekitaran fizikal kelas inklusif adalah amat sesuai. Dengan enrolmen murid antara dua puluh ke dua puluh lima orang di dalam satu bilik darjah, kemasukan murid autistik tidak menjejaskan kepadatan kelas. Kedudukan murid autistik selalunya diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kumpulan. Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru atau sebaliknya. Susunan meja yang di susun mengadap antara satu sama lain memudah interaksi muridmurid normal dengan murid autistik dan sebaliknya. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran semua murid autistik akan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid lain. Di samping itu, terdapat beberapa orang murid autistik yang melibatkan diri secara aktif 569 semasa guru mengajar. Namun majoriti daripada mereka agak pasif dan nampak seperti tidak memberikan tumpuan kepada guru tetapi tidak pula melakukan sesuatu yang mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Semua guru menggunakan bahan bantuan mengajar yang sama seperti murid lain. Murid autistik yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan guru tanpa merujuk kepada guru pendamping. Ini menunjukkan murid autistik tidak bergantung kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah beransur-ansur berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya perlu. Dari segi sosialisasi dan komunikasi murid autistik, mereka nampak agak matang dan sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa. Mereka boleh bersosialisasi dengan murid-murid lain dan begitu juga sebaliknya. Tetapi terdapat tiga orang murid autistik yang masih tidak dapat memulakan perbualan dengan rakan sekelas mereka.Murid lain perlu memulakan sesuatu komunikasi barulah mereka akan berinteraksi secara minima sahaja. Sungguhpun

demikian murid-murid autistik yang lain akan berinteraksi dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan baik. Komunikasi dua hala yang berkesan didapati semasa waktu rehat. Murid-murid autistik akan bergaul bukan sahaja dengan rakan sekelas tetapi dengan semua murid di sekolah A.Terdapat dua orang murid autistik yang mulai meninggalkan ciri-ciri tidak boleh berkomunikasinya dan berjaya berinteraksi dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh bermain kejar-kejar dengan rakanrakan bukan sekelas dan makan di tempat-tempat yang berlainan di kantin setiap hari. Rumusan dan Perbincangan Program ini berjaya mencapai matlamatnya kerana telah menjalankan beberapa perkara asas yang menjadi prasyarat kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif. Antaranya ialah hanya memilih murid autistik yang menguasai kemahiran asas 3M sahaja mengikuti program ini. Selain daripada itu murid-murid autistik yang terpilih boleh berkomunikasi dan tiada masalah tingkah laku berat yang boleh mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka ini dikategorikan sebagai murid autistik berfungsi tinggi. Selain itu, mereka telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai perjalanan program dan telah menjalani Program Pra Inklusif di kelas PKBP dan kelas-kelas terpilih sebelum mereka mengikuti Program Pendidikan Inklusif secara sepenuh masa. Kelas-kelas inklusif di sekolah A mempunyai enrolmen yang rendah dan kemasukkan murid-murid autistik tidak membebankan. Walaupun meja dan kerusi murid autistik itu turut ditempatkan di dalam kelas secara kekal tetapi pertambahan ini tidak memadatkan ataupun memenuhkan ruang di dalam bilik darjah tersebut. Murid-murid autistik yang terpilih ini mendapat bantuan dan kerjasama daripada ibu bapa masing-masing. Ibu bapa mereka telah bersetuju untuk mematuhi setiap peraturan yang telah dikeluarkan oleh semua pihak seperti NASOM, Jabatan Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pihak sekolah A. Mereka turut memberi kerjasama dalam semua perkara berkaitan pendaftaran anak-anak mereka dengan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, berdaftar dengan program PKBP sekolah A dan membayar semua yuran dan bayaran tambahan yang diperlukan. 570 Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif amat bergantung kepada pemahaman, penerimaan dan kolaborasi dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru, muridmurid normal dan ibu bapa.Perancangan yang teliti adalah kunci utama kerana program ini tidak akan berjaya jika tidak dirancang dan dibuat persediaan teliti termasuk menyelesaikan masalah yang timbul sebelum memulakan program. (Weishaar & Borsa, 2001). Program Pendidikan Inklusif di sekolah A berjaya dan mendapat kerjasama warga sekolah kerana penglibatan semua guru.Guru Besar, guru-guru penolong kanan hingga guru-guru mata pelajaran telah memainkan peranan yang penting. Semua guru telah diberi kursus dan penerangan sebelum murid-murid autistik memulakan program ini.Kursus yang dihadiri telah menaikkan keyakinan mereka untuk menghadapi dan mengajar murid-murid autistik.Di samping itu mereka telah diberikan garis panduan pelaksanaan program ini dan menyebabkan mereka tahu bidang tugas masing-masing. Sikap toleransi dan prihatin guru-guru mata pelajaran telah memberi impak yang positif kepada tabiat pembelajaran murid-murid autistik.Seterusnya ini telah meningkatkan kejayaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah A. Di samping itu, kewujudan guru-guru pendamping dari NASOM yang seakan guru pembantu telah menjadi kunci kepada kejayaan program ini. Wujudnya kerjasama dari segi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru mata pelajaran dan guru-guru pendamping sangat membantu program ini.Kadang kala guru-guru ini bertindak seperti mengajar bersama-sama atau co-teaching bersama-sama guru mata pelajaran semasa di dalam bilik darjah.Guru-guru pendamping memberi bantuan dan penerangan tambahan yang diperlukan kepada murid-murid autistik semasa guru mata pelajaran mengajar di dalam kelas.Ini amat membantu dan meringankan tanggungjawab guru mata pelajaran. Sungguhpun demikian penerangan guru-guru pendamping akan beransur-ansur kurang dari masa ke semasa. Cadangan Berdasarkan kepada rumusan daripada hasil kajian terdapat faktok-faktor positif yang terdapat di sekolah ini untuk dijadikan panduan bagi pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid autistik.Oleh itu beberapa cadangan dikemukan bagi perkembangan Program Pendidikan Inklusif di masa akan datang. Cadangan untuk Sekolah

Pihak sekolah perlu membuat perancangan yang rapi sebelum mempertimbangkan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah masing-masing. Pihak pentadbir perlu peka, arif dan memahami konsep sebenar Program Pendidkan Inklusif supaya matlamatnya tercapai. Hanya sekolah berenrolmen kecil sahaja sesuai bagi menjalankan program ini dengan berkesan. Ini adalah kerana kemasukan murid-murid autistik tidak banyak memberi impak kepada bilangan murid di dalam sesuatu bilik darjah. Penerangan dan pemantauan yang berterusan dari pihak Jabatan Pendidikan Khas dan pihak NASOM juga perlu diambil perhatian Memaklumkan kepada ibu bapa murid-murid normal seperti yang dilakukan oleh pihak sekolah ini turut membantu menghebahkan program ini supaya diterima oleh semua warga sekolah ini. 571 Penerangan kepada Murid-Murid Normal Pihak sekolah perlu mengadakan penerangan secara terperinci dan terbuka mengenai murid autistik yang akan menjadi rakan sekelas murid normal. Dengan penerangan berterusan, semua warga sekolah khasnya murid-murid dapat memahami dan menerima pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif. Kolaborasi antara Guru Khas dan Guru Mata Pelajaran Kolaborasi kerja dan tanggungjawab antara guru-guru khas dan guru mata pelajaran adalah faktor penyumbang kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif. Hubungan baik dan sikap bantu membantu menjamin hubungan yang harmoni dan seterusnya membantu pelaksanaan program ini. Kedua-dua pihak perlu tahu bidangbidang kuasa masing-masing supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Mereka boleh melakukan aktiviti bersama-sama seperti bengkel pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid autistik, bengkel co teaching atau mengajar bersama, lawatan sambl belajar dan sebagainya. Dalam keadaan-keadaan tertentu peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara yang bermakna antara rakan sejawat amat baik. Oleh itu, amat besar faedahnya jika Program Pendidikan Inklusif diperluaskan pada skala yang lebih besar, maka diadakan pula forum untuk berkongsi kejayaan, masalah, strategi pengajaran dan lain-lain di antara guru-guru yang terlibat. Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri Pengalaman menjalankan kajian rintis di sekolah A sepatutnya menjadi panduan kepada pihak Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri.Jelas menunjukkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah A berkesan kerana adanya perancangan yang rapi telah diatur. Semua persediaan di peringkat akar umbi telah dilakukan sebelum murid-murid autistik memulakan program ini. Semua warga sekolah telah diberikan taklimat, penerangan dan kursus yang sesuai untuk mereka. Oleh itu pihak guru jelas dan faham implementasi program ini dan dapat menjalankannya. Sekiranya program ini mahu dilaksanakan di sekolah-sekolah lain, pihak yang bertanggungjawab perlu membuat modus operandi yang sama seperti dilaksanakan di sekolah A. Penutup Kajian ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid autistik. Kejayaan sekolah ini dalam pelaksanaannya adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan. Hasil dari kajian tersebut mendapati perspektif baru Program Pendidikan Inklusif selepas pengkonsepan semula pendidikan khas sedang beransur-ansur bergerak maju. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid autistik ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti. 572 Rujukan Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi Al Quran.( 1983). Tafsir Al Quran oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, Edisi ke 23. Jakarta: P.T. Hidakarya Agung, Ahmad Mahdzan Ayob. (2002). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan

Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ashman, A. & Elkins, J. (1998). Educating Children with Special Needs. Australia : Prentice Hall. Asmah Hj. Omar. (2002). Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur DBP. Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Bauer, A. & Kroeger, S. (2004). Inclusive Classrooms. New Jersey : Pearson Merrill Prentice Hall. Choate, J. S. (Ed.). (2000). Successful Inclusive Teaching. USA : Allyn and Bacon. Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2000). Research Methods.( 5th Ed.). London : Routledge Falmer. Crowther, J. (Ed.) (1995). Oxford Advanced Learners Dictionary. (5th Edition). Oxford: Oxford University Press. Davis, P. (2003). Including Children With Visual Impairment in Mainstream school. A Practical Guide. London: David Fulton Publishers. Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and Inclusion. London: SAGE Publications Inc. Ee Ah Meng. (1998). Pedagogi III. Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengay

Penerapan elemen kemahiran abad ke 21 dalam pendidikan khas.


A. PENGENALAN Malaysia pada era globalisasi ini menggalas cabaran untuk mencapai wawasan 2020 yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Dimaksudkan , bukan sahaja bidang ekonomi , tetapi juga bidang-bidang politik , sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial. Namun, siapakah yang berperanan untuk membantu membentuk masyarakat bagi mencapai matlamat ini? Adakah matlamat ini boleh dicapai dengan memberi sepenuh tanggungjawab kepada individu? Semestinya tidak. Bagi mencapai wawasan kerajaan yang dibentangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana menteri Malaysia ketika itu, peranan masyarakat itu sendiri adalah faktor utama untuk mencapainya. Hal ini juga, institusi pendidikan adalah salah satu faktor yang penting bagi merialisasikan wawasan ini. Namun, bila kita lihat apakah kekuatan yang ada dalam sistem pendidikan kita mencukupi untuk mencapai wawasan ini? Kejayaan dalam bidang akademik pada masa kini menjadi kayu pengukur bagi seseorang individu. Sistem pengredan dalam sekolah menyebabkan pelajar kurang kemampuan dalam akademik terpinggir. Kadang-kala mereka ini tidak di beri peluang untuk mencari kemahiran yang tersirat dalam diri mereka kerana tersekat dengan desakan sekeliling yang mementingkan anti dakwat merah di kad laporan. Disebabkan fenomena ini, kepentingan penerapan sifat kreativiti, berfikiran kritis, inovasi semakin banyak di perkatakan bagi meningkatkan lagi mutu sistem pendidikan di Malaysia. Kajian daripada Dr. Yoshiro Yakamatsu, untuk menjadi negara yang kreatif, organisasi yang kreatif dan individu yang kreatif, budaya kreativiti, invensyen dan inovasi haruslah dipupuk dan di beri penekanan pada pelbagai peringkat. Justeru, untuk melahirkan negara yang kreatif, ianya bermula dari penerapan sikap kreativiti dalam budaya yang akan memberi pengaruh pada masyarakat dan seterusnya memberi impak pada negara. Hal ini juga boleh diperkuatkan lagi dengan penyataan Peter Drucker(1998) dalam bukunya On The Profession of Management mengatakan bahawa persaingan pada abad ini memerlukan sesebuah kreativiti dan inovasi sebagai kemampuan sesebuah organisasi untuk Berjaya dan berdaya saing dalam dunia globalisasi. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya keperluan inovasi, kreativiti dalam bagi membentuk satu negara yang maju dengan rakyatnya yang sentiasa bersedia untuk bersaing ke peringkat dunia. Oleh itu, penerapan ini seharusnya diterapkan dari bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika kita lihat negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman , Perancis mereka mengambil berat dalam matapelajaran kreativiti, invensyen dan inovasi dalam pendidikan. Malah, Malaysia sendiri seharusnya menjadikannya contoh menjadikannya saingan untuk menjadi lebih maju dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi.

Aspek pembelajaran berteraskan pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, kemahiran metakognisis,literasi era digital (digital-age Literacy), pemikiran inventif (Inventive Thinking), komunikasi efektif (effective communication), dan produktiviti tinggi (high productivity) merupakan agenda cabaran abad ke 21 yang perlu diterapkan dalam sistem pendidikan. Terdapat beberapa kajian tentang Kemahiran Abad 21 yang telah diperolehi dari pelbagai bahan. Menurut kajian Shepperd, (1998) selama sembilan minggu terhadap lima belas orang pelajar kumpulan dan mendapati signifikan dari aspek kemahiran berfikir secara kritis. Mereka menunjukkan peningkatan yang lebih baik dari segi pembelajaran dan keyakinan . Boaler (1997) dalam Thomas (2000) subjek kajian seramai tiga ratus orang mendapati bahawa dalam peperiksaan awam, lebih ramai pelajar di sekolah yang menggunakan kemahiran yang terkandung dalam kemahiran Abad 21 lulus dengan cemerlang. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pelajar yang diajar menggunakan pendidikan ICTlebih progresif, bersifat terbuka dan mampu menggunakan pengetahuan mereka dengan baik dalam pelbagai situasi , mampu menggunakan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah dan mengaitkannya dengan kehidupan sebenar mereka. Bernt et al. (2005) dalam kajiannya mendapati keberkesanan Kemahiran Abad 21 dalam pengajaran memberi pengalaman yang bermakna kepada pelajar, memupuk rasa tanggungjawab, mewujudkan persekitaran pembelajaran berfokuskan pelajar, merentasi pelbagai bidang ilmu dalam kurikulum, meningkatkan kemahiran bekerja secara kolaboratif dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam ICT.

B) ISI KANDUNGAN Pada tahun 1981, perdana menteri Malaysia ke empat iaitu Dato seri Dr. Mahathir Mohamad telah di lantik sekali gus memacu pembangunan industri , sains, teknologi dan komunikasi maklumat (IT) ( Ruslan, 2003). Cabaran abad 2020, yang di ketengahkan oleh beliau bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Namun ianya tidaklah mustahil jika Malaysia memberikan perhatian sepenuhnya pada pembangunan sumber manusia. Hal ini menurut Perdana Menteri (1991) ; amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyat. Tenaga otak adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber-sumber alam. Rakyat adalah sumber kita yang utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan seterusnya, Malaysia mestilah memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pembangunan manusia yang amat penting ini. Justeru pembangunan insaniah itu bukan setakat di fokuskan terhadap akademik sahaja tetapi juga aspek kemahiran abad ke 21 itu.

Senario di sekolah yang masih berlaku pada saat ini ialah cara pembelajaran yang berpusatkan guru. Cara pengajaran yang hanya memberi peluang pada murid untuk menerima maklumat dan pembelajaran yang hanya bermatlamatkan pencapaian akademik bukan lagi cara efektif dalam mendidik . Melihat pada wawasan 2020, peranan sistem pendidikan ialah untuk mendiidk dan menghasilkan rakyat yang bukan sahaja berpengetahuan & berketerampilan tetapi boleh berfikir secara kreatif. Menurut ( Mohd, Baharom, Abdul . 2011) guru memainkan peranan yang penting dalam dunia pendidikan dengan menyediakan pelajar ke arahmencapai matlamat dan wawasan pendidikan. Oleh itu, tahap pengetahuan guru dan persepsi guru terhadap pengajaran kemahiran berfikir akan mempengaruhi amalan dalam pengajaran . Justeru, keyakinan dan kesedaran dalam diri guru itu sendiri seharusnya di didik terlebih dahulu supaya apa yang dipegang dapat diaplikasikan dalam mendidik anak murid. Kemahiran berfikir itu termasuklah cara pemikiran yang kreatif, mahir strategi pemikiran metakognitif, pemikiran kritis, inovasi dan futuristik. Faktor mengapa aspek kemahiran berfikir tidak ditekankan oleh guru adalah menurut ( Mohd. Baharom. Abdul. 2011) sorotan kajian terkini, pelajar perlulah terlebih dahulu mengetahui semua fakta dan konsep matapelajaran sebelum mereka digalakkan untuk berfikir. Tetapi setelah mengajar semua fakta dan konsep masa pula tidak mengizinkan untuk menggalakkan pelajar berfikir. Faktor kedua ialah penekanan kepada antaranya ialah sesetengah guru berpendapat bahawa penekanan kepada peperiksaan yang mementingkan pengujian kebolehan pelajar mengingati kembali fakta . Sebahagian guru pula berpendapat bahawa pengajaran kemahiran berfikir akan mengambil masa yang lama dan membebankan guru dan mereka lebih menumpukan pengajaran kemahiran berfikir itu hanya kepada pelajar pintar sahaja. Faktor keempat dan yang paling ketara adalah guru sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk mempertingkatkan daya pemikiran pelajar mereka dan hanya mengajar untuk menghadapi peperiksaan. Mereka berpendapat bahawa mengajar pelajar menguasai maklumat untuk peperiksaan dan memperkembangkan daya pemikiran pelajar adalah dua matlamat yang bercanggah. Melihat pada faktor yang diketengahkan, hal ini tidak boleh sama sekali berlaku pada guru-guru. Terutaman sekali guru yang mengajar pendidikan khas. Seperti yang kita ketahui definisi pendidikan khas ialah program pendidikan yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Justeru penglibatan guru dalam aliran ini sangat memerlukan cara pengajaran yang kreatif,inovatif dan kritis kerana ianya melibatkan pelajar yang memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan aliran perdana dan mereka juga memerlukan pendekatan yang sesuai dengan kelainan upaya yang mereka miliki. Oleh itu, konsep pembelajarn individu yang menekankan pada Menurut cara model gaya pembelajaran Dunn & Dunn boleh juga di gunakan dalam pengajaran pelajar berkeperluan khas kerana menekan aspek pengajaran berteraskan keperluan pelajar . Beliau menekankan prinsip-prinsip kebanyakkan individu mampu dan boleh belajar dan setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu. Seterusnya, gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim , sumber dan pendekatan pengajaran

dan pembelajaran. Prinsip yang terakhir ialah dengan iklim, sumber dan pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran justeru seseorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya. Oleh itu kita mengetahui bahawa setiap pelajar itu mempunyai gaya pembelajaran sendiri dan gurulah yang berperanan untuk mengolah cara pengajaran yang sesuai mengikut kehendak pada pelajar. Justeru , satu persekitaran pembelajaran yang dikenali sebgaai Personalised Learning Environment (PLE) telah diperkenalkan supaya bersesuaian dengan keperluan pelajar. Menurut David Miliband( 2003) , pembelajaran personal adalah peluang untuk meningkatkan produktiviti sistem pendidikan dengan menjalankan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan individu dan menjadikan pelajar lebih aktiv dalam pembelajaran yang efektif. Justeru jika mahu di kaitkan dengan aliran pendidikan khas. Corak pembelajaran berteraskan pelajar perlu ditekankan, namun bagi memenuhi keperluan mereka guru juga perlu memberi bimbingan yang sebaik mungkin sebelum menguji mereka dengan kaedah mandiri dalam mengaplikasikan apa yang di pelajari. Hal ini, akan membuatkan mereka lebih berdikari dan tidak hanya bergantung pada orang lain. Penggunaan teknologi IT dalam pembelajaran di sekolah bukan lagi perkara yang baru di negara kita. Kerajaan sendiri telah melaburkan berjutaan ringgit untuk menyediakan kemudahan komputer dan perisaian yang sesuai dengan pengajaran di sekolah. Namun, ada segelintir sekolah yang mengambil mudah soal ini. Penggunaan bilik IT disekolah hanyalah sekadar memenuhi syarat dan tidak digunakan sepenuhnya untuk pengajaran. Sekolah seharusnya menjadi tempat di mana pelajar memperoleh kemahiran yang boleh di aplikasikan di luar bilik darjah serta sewaktu memasuki alam pekerjaan . Hal ini kerana keperluan pelajar pada masa ini juga adalah berbeza daripada pelajar masa dahulu. Mereka kini sangat berminat menggunakan teknologi serta mengharapkan pembelajaran mereka di sekolah menarik dan mencabar. ( Tappscott, 2003) . Namun , menurut ( Ashinida et al, 2004; Nor Azilah & Mona, 2004; Robiah et al, 2003; Mohd. Jasmy et al, 2003; Siti Aishah et al, 2002; Abd. Rahman, 2000; Bahagian Teknologi Pendidikan, 1999), penggunaan ICT dalam kalangan guru di sekolah menunjukkan tahap yang rendah. Oleh itu, kita boleh lihat keperluan pelajar dalam penggunaan ICT sangat perlu dititik beratkan bagi memvariasikan lagi teknik penjagaran yang lebih kreatif. Guru perlu menginovasikan kemahiran dalam diri dengan menguasai teknik-teknik pengajarn penggunakan ICT supaya boleh memenuhi keperluan pendidikan yang menitik beratkan soal kreativiti, inovatif, literasi maklumat dan pemikiran kritis. Terutama sekali dalam aliran pendidikan khas, hasil tinjauan dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai , Johor. Guru disana menyatakan banyak teknologi terkini yang dihasilkan bagi membantu para pelajar pendidikan khas, namun tidak dapat digunakan pada tahap maksimum kerana kurang guru yang berkemahiran dalam menggunakannya. Contohnya penggunaan alat bantuan mengajar pelajar masalah penglihatan iaitu mesin JAWS ( Job Access with Speech (JAWS) . Contoh inovasi teknologi pendidikan untuk pelajar masalah pembelajaran yang di buat kajian oleh Norfarhana Abdollah, Wan Fatimah Wan Ahmad , Emelia Akashah Patah dari Universiti Petronas , kajiannya ialah untuk membangunkan sebuah perisian

multimedia atau koswer untuk membantu pelajar lembam dalam pembelajaran mereka sekaligus meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam pembelajaran seharian. Koswer ini diberi nama Komputer Saya, dihasilkan berdasarkan tema pembelajaran multimedia, dimana tema ini adalah termasuk dalam bidang akademik berfungsi didalam Sukatan Pembelajaran untuk Pelajar Bermasalah Pembelajaran. Produk softwarenya yang berwarna warni, mudah untuk difahami boleh meransang pegunaan menyeluruh sensori pelajar dan seterusnya menghasilkan pembelajaran berkesan . Menurut ( Wah , Desember 2007) natural of multimedia application itself which can combine both pictorial and narrative instructions, added with user-interactivity can promote multi-sensory learning (auditory, visual and kinesthetic) which suits the learning needs of slow learners (Schools). Besides, multimedia learning resources also able to increase their motivation for learning (Wah, December 2007 . Oleh itu, pihak sekolah sendiri perlulah menyediakan kursus khas untuk meningkatkan kemahiran guru-guru novis mahupun guru lama dalam penggunaan teknologi ICT.

Pendidikan aliran taknik dan vokasional juga adalah satu inisiatif pendidikan yang boleh meningkatkan kemahiran soft skills , kreativiti, inovasi , dan pemikiran kritis pelajar. Pelajar pendidikan khas juga perlu di perbanyakkan lagi pendedahan pada arus pendidikan kemahiran ini . Hal ini kerana , Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang standing dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pancapaian pelajar yang normal. (Adam, 2003; Ali, 2007). Dalam usaha mendidik golongan ini, kemahiran yang tinggi yang dimiliki khususnya dalam bidang teknikal dijangka akan dapat membantu mereka merasa tidak tersisih serta mampu belajar dengan lebih berkesan. ( Lokman.Mohd,2009). Aliran teknik dan vokasional ini lebih menjurus terhadap pendidikan yang berteraskan pembelajaran yang menyediakan pelajar untuk ke alam pekerjaan. Malah, aliran sebegini juga mendidikan pelajar pendidikan khas yang biasanya mempunyai masalah komuniksasi sosial lebih terdedah dengan persekitaran masyarakat dan membuatkan mereka lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Malah, kemahiran yang di ajarkan kepada mereka sememangnya adalah kemahiran yang diperlukan oleh industri pada masa kini. Contonya seperti kemahiran yang di ajar ialah urutan refeksologi (masalah penglihatan,) catering, kursus chambermaid, pengurusan saloon dan pelbagai lagi. Bagi sekolah pendidikan khas aliran biasa, untuk meningkatkan kemahiran soft skills dalam diri pelajar, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum boleh membantu mereka. Aktiviti di sekolah yang lebih bersifat mencungkil bakat dapat mencorak kreativiti dan pemikiran kritis pelajar. Contohnya membuat pertandingan berasaskan kesenian, program amal, kem kerjaya dan jati diri . Lawatan sambil belajar dapat mendedahkan pelajar dengan situasi masyarakat sebenar dan menambahkan pengetahuan am mereka.

Penekanan pada spek kerohanian juga adalah sesuatu yang sangat penting untuk menghasilkan pelajar yang bukan sahaja bijak dalam kurikulum namun mempunyai rohani yang mantap. Apabila seseorang pelajar itu mengamalkan apa yang ditekankan pada agama, justeru kebarangkalian untuk mereka menjerumus ke gejala tidak sihat adalah minimum. Seperti yang kita ketahui semua agama itu menitik beratkan soal keperibadian akhlak yang baik dan melarang perlakuan mungkar. Penerapan nilai agama ini harus ditekankan sejak peringkat pelajar sekolah rendah lagi. Peranan guru disekolah mengajar agama seharusnya disusuli dengan peranan ibu bapa dirumah yang perlu memantau sikap anak supaya apa yang dipelajari boleh diamalkan dirumah atau di manamana juga. Sepanjang proses pengajaran juga guru harus memainkan peranan psykologi yang baik supaya dapat menjalainkan hubungan yang sihat dengan para pelajar. Hubungan antara guru dan murid yang akrab dapat memberikan impak yang lebih baik dalam pengajaran dan pembelajaran. Malah guru juga dapat memahami tingkah laku pelajar dengan lebih spesifik dan dapat menyesuaikan kaedah pembelajarn yang sesuai dengan perangai mereka.

KESIMPULAN For success in this new era creativity is the key. With more and more of routine tasks taken over by machines , human contributions to the new age will need focus on finding new direction ,new idea, ways of being that had not been thought of before (Anne, 1998). Kunci kejayaan pada zaman globalisasi ini adalah kreatif , aplikasi daripada konsep kreatif ini akan menghasilkan pemikiran yang invensyen. Dimana invensyen akan membuatkan seseorang berinovasi. Oleh itu, konsep kreatif dalam teknik pembelajaran boleh membuahkan hasil yang lumayan dalam aspek pemahaman pelajar. Malah, ianya juga membuatkan pelajar seronok untuk bejalar dan daripada keseronokkan itu akan menyebabkan pelajar mudah untuk menjana idea-idea baru, berfikir secara kritis. Pekembangan pemikiran pelajar juga dapat dipupuk dengan baik dan bukan hanya fokus pada peperiksaan , namun mampu mengaplikasikan pembelajaran mereka dengan kehidupan harian dan masa akan datang. Kepentingan kreatif,inovatif, kritis dalam aliran pendidikan khas juga tidak boleh disangkal lagi . Peranan sekolah, guru dan ibu bapa adalah tunjang utama dalam pelaksanaan elemen-elemen kemahiran abad ke -21 ini, supaya dapat melahirkan generasi yang kreatif bertaraf dunia.

Pendidikan Inklusif dan Pelajar Berkeperluan Khas


Abstrak Pendidikan inklusif merupakan satu isu global dan di beberapa buah negara, termasuk Malaysia telah menyatakan matlamat dan dasar secara bertulis untuk mencapai objektif tersebut. Usaha untuk membentuk komuniti sekolah yang lebih inklusif telah menghadapi berbagai halangan, dilema dan kontradiksi yang menghasilkan reformasi pendidikan secara permukaan dan ad hoc. Syarahan ini adalah satu usaha untuk mengenal pasti masalah utama dalam pembentukan dasar semasa untuk menginklusikan pelajar dengan meneliti dasar dan teori pendidikan serta ekologi persekolahan yang sedia ada. Syarahan ini dimulakan dengan menjejak rasionalke arah pendidikan inklusif dengan membicarakan konsep inklusi daripada perspektif hak asasi manusia dan impak kajian empirikterhadap perkembangan pendidikan inklusif. Berpandukan tinjauan literatur dan analisis dasar, didapati bahawa perkembangan pendidikan inklusif di Malaysia telah didorong oleh perspektif yang sempit dan terbatas; dan menunjukkan bahawa dimensidimensi input, proses, hasil, serta faktor luaran adalah saling berkaitan dan saling bergantung pada konteks. Analisis ini boleh dijadikan asas untuk menyemak semula dan mencadangkan dasar dan amalan pendidikan inklusif di Malaysia. Langkah ke arah pendidikan inklusif seterusnya perlu menggunakan pendekatan lebih luas yang meliputi sistem pendidikan perdana. Hanya dengan memahami matlamat sebenar persekolahan dan bagaimana sekolah sebagai sebuah institusi sosial boleh menyumbang secara berkesan, agenda untuk reformasi ke arah kualiti dan ekuiti pendidikan untuk pelajar dengan keperluan khas adalah satu usaha yang berterusan.

You might also like